Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Syarifuddin utama pendidikan akhlak
Thursday, August 10, 2006
Berita Harian, 10 ogos 2006


“USAH fikir nak jadi apa nanti, yang penting sekarang belajar dengan baik. Jika ada ilmu, orang akan perlukan kita nanti dan kedua, jaga akhlak kerana dengan akhlak yang baik, ke mana pun orang akan senang dengan kita.”


Nasihat guru ternyata benar dan bagi Timbalan Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia, Drs H Syarifuddin Muhammad, beliau bersyukur kerana melalui perjalanan hidup menepati kehendak hati untuk berbakti demi Islam.

Walaupun tanpa cita-cita untuk mendorong beliau mencapai kejayaan, anak kelahiran Banjar Masin, Kalimantan Selatan itu, tetap yakin ilmu adalah kunci kehidupan dan memastikan dirinya sentiasa menimba pengetahuan.

“Memang kita tidak tahu jalan hidup kita nanti. Namun, saya berpegang dengan pesanan guru yang banyak beri nasihat supaya tidak terlalu memikirkan masa depan, sebaliknya, berusaha mencari ilmu.

“Syukur, kini khidmat dan ilmu saya diperlukan. Saya akan cuba mencurahkan bakti serta khidmat selagi daya ini diperlukan dalam mengembangkan syiar Islam,” katanya.

Syarifuddin adalah salah seorang daripada 12 jemaah hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-48 yang berlangsung dari 4 Ogos dan berakhir malam ini.

Beliau yang pertama kali memikul tanggungjawab sebagai hakim dalam bidang taranum berterima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman, yang mempelawanya menyumbangkan kepakaran pada majlis tilawah kali ini.

Hakikatnya, majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan Malaysia meninggalkan kenangan manis kerana beliau pernah mengharumkan nama negaranya apabila muncul johan qari pada 1988.

Selepas itu, beliau terus terbabit secara tidak langsung dalam majlis tilawah apabila dilantik sebagai pelatih dan pembimbing kepada qari yang mewakili Indonesia pada 1991 dan 1995.

Ditanya kenapa tidak bertanding lagi selepas itu, katanya, menjadi dasar kerajaan memberi peluang peserta untuk bertanding sekali saja bagi membuka ruang kepada qari lain yang berbakat dalam bacaan al-Quran.

Bidang penghakiman tilawah al-Quran tidak asing bagi Syarifuddin kerana beliau juga ahli dewan hakim tilawah al-Quran peringkat nasional yang diadakan setiap tahun di Indonesia.

Beliau juga pernah menjadi hakim majlis tilawah al-Quran peringkat wartawan Asean yang pertama kali diadakan di Riau, Indonesia pada 1994.

Berkongsi mengenai penganjuran majlis tilawah al-Quran di Indonesia, menurutnya, konsep penganjurannya tidak banyak berbeza dengan majlis tilawah di Malaysia.

Jika ada pun, dari segi jumlah lagu di mana peserta tilawah di sana perlu membaca dengan lima daripada tujuh lagu pokok, sementara majlis tilawah antarabangsa di Malaysia menetapkan peserta membawakan empat lagu saja.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Indonesia kini mengambil keputusan menganjurkan tilawah al-Quran dua kali setahun bagi mencari peserta mewakili republik itu dalam memenuhi undangan menyertai tilawah di luar negara.

“Sebagai sokongan, kita ada Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran yang memberi bimbingan serta kemudahan kepada peserta tilawah daripada peringkat bahagian, daerah, wilayah hingga nasional,” katanya.

Katanya, dengan perhatian dan sokongan yang diberi, usaha menarik minat masyarakat mendekati dan mendalami al-Quran menjadi lebih mudah serta dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Pada masa sama, kerajaan turut mengadakan gerakan pembebasan buta huruf al-Quran (kempen celik al-Quran) dengan kanak-kanak seawal usia enam tahun diajar membaca al-Quran dan khatam menjelang umur 10 tahun.

Kelangsungan daripada kempen itu, turut diadakan majlis tilawah al-Quran peringkat kanak-kanak sebagai persediaan untuk mereka melangkah lebih jauh dalam mendalami ilmu al-Quran.

“Majlis yang diadakan dua tahun sekali itu sangat menarik dan ada- kalanya buat kita rasa hendak menangis melihat kemampuan anak menghayati al-Quran kerana bacaan mereka cukup bagus.

“Tidak semua daerah terbabit dengan kempen ini, tetapi usaha itu sudah meluas. Pihak masjid dan ibu bapa perlu memberi penekanan pembelajaran al-Quran supaya kanak-kanak celik al-Quran,” katanya.

Syarifuddin berkata, berbeza dengan zaman kanak-kanaknya, pendidikan al-Quran banyak diajar oleh ahli keluarga termasuk datuk dan bapa saudara di rumah atau pihak pengurusan surau.

Katanya, kanak-kanak sekarang bertuah kerana pelbagai usaha dilakukan bagi memudahkan mereka mempelajari al-Quran sehingga ke peringkat yang membolehkan mereka bertanding pada majlis tilawah.

Harapannya, usaha berkenaan bukan saja bakal melahirkan lebih ramai qari atau qariah, malah menjadi pelapis yang akan membangkitkan syiar Islam pada masa depan.

Perkembangan semasa menunjukkan umat Islam hari ini berminat mendalami ajaran agama dan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka.

“Saya memang yakin umat Islam akan kembali kepada agama dan kemajuan akan tercipta. Contohnya, menerusi pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia dengan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai asas utama.

“Kemunduran umat Islam kerana kita jauh dengan ajaran Islam. Jika kita dekat dengan ajaran Islam, kita sudah maju. Ia kerana Islam mengajar daripada mentadbir negara hingga cara menjalin hubungan sesama manusia.

“Inilah masanya kita tunjukkan apa yang kita cakap sama dengan apa yang kita tampilkan.

“Lihat sejarah Rasulullah SAW, apa yang diajar Baginda sesuai dengan akhlak mulia yang ditunjukkan,” katanya.
posted by Blogger @ 7:06 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com