Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Wawancara Sekitar Isu Sekodeng……….
Friday, December 22, 2006
Tranungkite, 22 Disember 2006


Wawancara azhrddn writes "Isu kenyataan SS Dr Maza hangat diperkatakan.Berikut adalah beberapa pandangan yang boleh difikirkan bersama.Hasil wawancara di antara sipulan dan sipulan.Baca dan fikirkan dahulu. Keputusan terserah kepada tuan-tuan.

Isu kenyataan SS Dr Maza hangat diperkatakan.Berikut adalah beberapa pandangan yang boleh difikirkan bersama.Hasil wawancara di antara sipulan dan sipulan.Baca dan fikirkan dahulu. Keputusan terserah kepada tuan-tuan.

Sebelum itu, saya tekankan focus pandangan ini adalah pada penekanan SS Dr Maza dalam kenyataan yang di petik daripada akhbar Harian Metro :

“ New Straits Times kelmarin memetik Dr Mohd Asri sebagai berkata pegawai penguatkuasa jabatan agama Islam perlu berhenti merisik dan mengintai untuk menahan pasangan yang berkhalwat kerana bertentangan dengan kaedah yang disarankan Islam.

Ia memalukan Islam melihat pegawai penguat kuasa agama kita ke hotel untuk mendapatkan senarai tetamu. Islam tidak mengalakkan kita mencari mereka yang berbuat dosa. Kita patut berpegang kepada ‘amar makruf nahi mungkar’ dan bertindak apabila jenayah dan maksiat dilakukan di tempat terbuka,” katanya….”

…………………………….


Sama-sama kita fikirkan wawancara ini dgn tenang :

1) Soalan = Apa perasaan saudara berkenaan isu kenyataan SS Pulau Pinang ?

Jawapan = sedih kerana kenyataan zahir itu mengundang seribu satu macam fitnah terhadap kekuatan ummah islam secara umumnya.

2) S = Pihak yang Pro kepada SS Pulau pinang cuba menyatakan pendirian masing-masing. Ada yg berkata Pas tidak adil pada SS,Teras berfikiran selari dalam mengulas kenyataan itu, ahli Pas suka menfitnah,ambil kesempatan politik, suka bermusuhan,kerana benci dengan Dr Maza segala-galanya di tolak……dan macam-macam lagi…Saudara pula bagaimana ?

J = Mudahnya,kalau kita nak komen politik harakah soleh, pertama sekali kena faham konsep asas SIASAH SYARIYYAH. Kita kena fIkir…mengapa ada kritikan terhadap kenyataan Dr Maza?, kemudian fikirkan apa akan jadi kalau tiada respon kritikan sedemikian dalam kontek realiti negara kita ?

Melalui Fiqh Muazanah dan Fiqh Waqi’ iaitu salah satu komponen penting yang mendokong kematangan dan kebijaksanaan Siasah Syariyyah, saya perincikan begini..

Melalui Fiqh Waqi’ kita perlu memahami suasana islam di Negara kita. Islam sangat diasak oleh musuh-musuh sekeliling samaada musuh yang kafir atau musuh umat islam yang liberal dan umat islam yang lemah dalam realiti seni OPERASI KERJA-KERJA ISLAMI.

Oleh kerana itu apabila kenyataan tersebut tidak di kritik,dengan mudah pihak musuh-musuh harakah soleh atau islam menyandarkan hujjah mereka kepada kenyataan itu.mereka akan memanipulasi kenyataan itu untuk secara umumnya memburukkan imej islam atau harakah soleh sekaligus menyungguhkan tuntutan mereka selama ini adalah benar.Dari sudut teknikal operasi perang, kenyataan Dr Maza menjadi senjata atau bahan kekuatan untuk mereka.

Ertinya, kalau tiada respon tegas berkenaan kenyataan itu, dibimbangi kerja-kerja atau strategi-strategi harakah soleh dan jemaahnya akan musnah sekelip mata.

Perkara ini memang dalam dilema,serba salah,ditelan mati emak diluah mati bapak.Kalau tiada kritikan musuh akan ambil kesempatann ini mudharat, kalau dikritikpun akan timbul fitnah sesama pencinta islam inipun mudharat.

Melalui Fiqh Muazanah,apabila bertembung dua mudharat ( kritik salah tak kritik pun salah )maka ulamak menggariskan penyelesaian dengan kaedah :

1) Irtikab A khaffut Dharurain ( lakukan dharurat yg ringan )
2) Dar ul Mafasid Muqaddam ‘ala Jalbil Masolih ( tindakan menolak kerosakan itu kita dahulukan berbanding tindakan mengambil manfaat kecil )

Ertinya dalam kes ini mengkritik kenyataan Dr maza itu dharuratnya ringan keranan dharurat hanya terkena pada dirinya sahaja.Berbanding tindakan tidak mengkritik, dharurat dan fitnahnya sangat luas,samaada kepada survival islam di tanah air kita, umat islam itu sendiri, atau kepada jamaah soleh dan harakah islam induk yang menaungi jamaah2 soleh itu.Dalam kes makan babi ketika dalam dharurat boleh kita kiaskan.Di situ berlaku dua kerosakan tak makan babi nyawa akan hilang, makan babi pula adalah haram, maka ketika ini menjaga nyawa perlu diutamakan maka islam membenarkan makan babi dengan syarat-syaratnya.Di sini aulawiyyat / preority sangat perlu terutama kepada mereka yang bergelar pemimpin.

Memang isu ini meletakkan kita dalam dilema.Tapi dalam seni OPERASI KERJA ISLAMI keputusan perlu dibuat dan tindakan perlu diambil dengan tujuan memenuhi tuntutan waqi’ yang ada.semuanya untuk kepentingan umum.Inilah kematangan dan kebijaksanaan Siasah Islami.

3) S = Mengapa dalam kes tuhan samseng,TGNA tidak mendapat kecaman daripada pihak pencinta islam.Adakah kerana individu itu bermasalah atau berlainan aliran apa yang dikata semua tak betul?

J = Dalam keadaan biasa,ada benarnya persoalan ini.Tetapi kalau kita pergi lebih jauh, khususnya dalam persoalan pengalaman atau kemahiran SENI OPERASI KERJA ISLAM dalam Negara kita, kita akan dapati betapa perlunya kita membezakan antara PANDANGAN PIMPINAN SOLEH DAN PANDANGAN ORANG YG DIPIMPIN.Bezakan antara HARAKAH SOLEH INDUK dan individu.Lihat situasi kes tuhan samseng.Ia telah diperbahaskan secara ilmiah.Telah jelas kedudukannya.Tapi dalam kes kenyataan Dr Maza dalam akhbar bekenaan, ia dilontarkan dalam suasana islam dikelilingi musuh-musuhnya.

Suka saya katakan sebagai pencinta islam mesti ada ikatan dengan harakah soleh atau jamaah soleh terdahulu yang memahami strategi bergerak dalam berdakwah.Kita bukan pemula perjuangan apalagi menganggap kta adalah mujaddid kurun ini.Kita hebat dalam konsep tapi kita kerap gagal dalam seni praktikel dalam masyarakat.

4) S = Tidakkah kenyataan Dr Maza benar menurut konsep Amar Makruf Nahi Mungkar ? Menepati saranan Buku Fiqh Daulah Dr Qhardhawi dalam bab cegah mungkar ?

J = Kita fokus pada kenyataan akhbar itu dan soal kemahiran SENI OPERASI KERJA ISLAM dalam Negara kita.Saya dah kata ramai orang berjaya memahami konsep tetapi gagal apabila berada dalam realiti alam praktikel bersama masyarakat.Bahkan kalau berbicara pasal konsep pun , tindakan jabatan agama dalam kes ini masih mengikut prosuder, mereka menerima aduan. Dalam Bab Hisbah, perbahasannya sangat cantik.Jabatan agama berkenaan telahpun berkunjung kepejabat mufti itu .Bermunaqasyah mencari titik temu.Tindakan ini bagus,dan sepatutnya Mufti itu bertindak demikian sebelum menyatakan penekanannya terhadap isu ini.

Berkenaan buku Fiqh Daulah.Perlu kita fahami Dr Qardhawi menulis secara umum dengan konsep yang umum.Supaya boleh dirujuk oleh pihak kawan dan lawan. Apabila kita berada diruang praktikal kita berhak mengaplikasi kaedah umum itu mengikut kesesuaian dan tuntutan waqi’.Adakalanya praktikalnya berbeza tapi maqasid atau matlamatnya sama.Dr Yusuf Qardhawi sangat menyungguhkan persoalan perubahan fatwa bergantung dengan perubahan waqi’.Bezakan antara “ tahwaabit dan mutaghayirat ”.
Tiada pertembungan di sini kalau kita tumpu pada fokus kes ini.

5) S = Adakah ini melambangkan buruknya aliran Wahabi dan pengikut-pengikutnya ?

J = Mohon perlindungan daripada Allah daripada maksud soalan ini.

Secara peribadi saya tidak gemar melabel si pulan itu dan ini dengan label buruk.Khuatir ia akan menambah perpecahan ummah islam.Bagi saya bukan soal nama atau istilah.Yang menjadi punca sekarang ialah sikap atau ciri-ciri negatif yang ada.Sikap atau ciri-ciri seperti “ memperbesarkan isu furu ”….” Aku sahaja yang lebih dekat dengan Rasul..” “ bermudah-mudah menghukum amalan ini sesat masuk neraka “ “taassub melulu” “bersikap celupar dengan harakah soleh “ dan lain-lain lagi.


Kalau saya memiliki sifat ini orang lain berhak membenci saya walaupun ketika itu saya bukanlah wahabi.Kalau nama saya Wahabi belajar di Arab Saudi suka kepada tokoh Wahabi tetapi tidak ada sikap negative di atas, saya percaya tidak timbul fitnah begini.

Kita perlu pandu minda ummah khususnya pencinta islam agar jangan bersikap begini.Kalau kita membaca buku Dr Qhardhawi kita akan faham kemelut ini.

Saya cuba memahami apa yang tersirat di balik kenyataan zahir Dr Maza di dalam akhbar itu.Dengan husnus zhon ,saya percaya niat beliau baik.Perkara yang sama perlu dipraktikkan oleh Dr Maza dan akan-rakannya agar memahami apa maksud tersurat di balik respon-respon tegas ke atas kenyataannya.Saya kira ini titik pertemuan kita.Kekocakan antara pencinta islam adalah gelombang pemusnah buat musuh kita bersama

6) = Apakah pesanan terakhir atau harapan saudara dalam kes ini ?

J = Setiap yang berlaku kita fikir dengan tenang dan rasional.Jangan dahulukan emosi atau amarah.Disebalik kes ini ada seribu satu mcam pengajaran khususnya berkenaan pripentingnya memahami SENI OPERASI KERJA ISLAMI dalam Negara kita.

Dr mahmod zuhdi, Dr Harun din dan lain2....
mereka memahami konsep seni kerja dlm harakah islamiah...
bila mereka kerja di luar Pas....mereka tahu apa yg perlu disumbangkan
pada Pas....langsung atau tidak langsung....mereka tahu yang mana satu arahan pimpinan harakah dan yang mana satu bukan arahan...mereka tahu isu mana yg boleh memberi manfaat umum ( kekuatan harakah )...isu mana yang sekadar memberi manfaat individu dikendiankan.....mereka tahu disiplin parti.....
mereka bergerak selari dlm kerangka amal jama'i dan amal ijtimaie....
Bukan soal membenci individu,tak tahulah, tapi saya suka kata....

- konsep dakwah satu hal....
seni praktikel dakwah bersama masyarakat dan musuh satu hal..
- teori dalam kitab satu perkara...
praktikel ilmu dan penyelarasannya dengan waqi' satu perkara lain.....
- kepemimpinan / siasah syariyyah satu hal....
org yang dipimpin satu hal.....
- ada perbezaan antara kepatuhan dgn pemimpin negara yg soleh
dan kepatuhan kpd syeikh atau guru....

Bukan soal membenci individu....
tapi yg perlu diteliti ialah...
sikap memperjuangkan " individu " dlm kerja2...
harakah soleh dulu kini dan selamanya memperjuangkan " islam....'

Sebagai seorang islam...
saya masih sayangkan Dr Maza....
tak sanggup saya nak kata
dia pendokong liberal , bersekongkol dengan liberal.....
apa yg ada hanyalah perumpamaan, agar masyarakat berjaga-jaga.
TAPI INILAH REALITI ALAM PERJUANGAN
DALAM PERJUANGAN ISLAMI, FAHAMI konsep dan SENINYA PRAKTIKALNYA......

YG PASTI SAYA , MAZA, DAN KITA SEMUA pencinta islam......
ADALAH ORNG YG BERADA DI BAWAH HARAKAH SOLEH,
SENTIASA MENGHALAKAN KUDRAT UNTUK BERDAKWAH

DISAMPING MELAWAN GERAKAN TOGHUT…..

Labels:

posted by Blogger @ 8:43 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com