Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bencana banjir, PM patut pendekkan cuti - Ustaz Nasharudin
Thursday, December 21, 2006
Harakahdaily, 21 Disember 2006

Azamin Amin dan Salman Hussain
Thu | Dec 21, 06 | 05:59:57 AM

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Banjir yang melanda tiga buah negeri di Selatan tanah air, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan semakin membimbangkan malah ada mangsa yang masih belum dapat dipindahkan meskipun bantuan sudah mula diusahakan pihak berkuasa dan pertubuhan tertentu.

Namun paling dikesali ketika rakyat sedang bergelut dengan ancaman banjir yang 'luar biasa' khususnya di Johor yang berada ditahap kritikal, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sanggup pula bercuti selama dua minggu selepas lawatannya ke Venezuela.

Menurut laporan berita salah sebuah stesen televisyen semalam, Abdullah telah menamatkan lawatan tiga harinya ke Venezuela serta bertemu rakan sejawatnya Presiden, Hugo Chavez dan akan bercuti dua minggu sebelum kembali bertugas

Dalam sidang media di Caracas pada hari yang sama, beliau turut menafikan isu terkini dan 'panas' membabitkan laporan kononnya membeli sebuah kapal layar mewah sehingga berharga RM30 juta.

Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa mengulas hal ini, turut kesal dengan sikap Abdullah yang tidak mengendahkan masalah bencana banjir yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Abdullah mesti pendekkan cuti dan terus kembali ke negara di saat rakyat sedang dilanda masalah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Ini sikap yang tidak baik, sanggup bercuti seolah-olah tidak prihatin langsung kesusahan mereka dan dua minngu selepas itu baru nak melawat atau ambil berat, sudah terlambat," katanya.

Begitu juga katanya sewaktu umat Islam di Lubnan dan Palestin yang diserang dan 'disembelih' oleh Israel dengan begitu kejam, Perdana Menteri yang juga Pengerusi OIC sibuk bercuti sedangkan beliau sepatutnya memendekkan cuti dan kembali memanggil mesyuarat tergempar OIC bagi menangani masalah umat Islam di sana.

Dalam masa sama, rakyat dan masyarakat dunia turun ke jalan-jalan raya bagi mengadakan bantahan, protes dan demonstrasi terhadap kezaliman Israel.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa PAS akan menubuhkan Jawatankuasa Pusat bagi menanggani permasalahan banjir yang melanda di beberapa buah negeri.

Katanya Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Dalam lawatannya hari ini ke kawasan yang paling kritikal di Segamat, Ustaz Nasarudin diiringi oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil.

"Ini musibah rakyat sendiri, takkan sibuk bercuti lagi. Memang tidak prihatin dan sensitif langsung masalah rakyat, " katanya.

Walaupun tugas menangani bencana banjir diserahkan kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak, namun sebagai PM, Abdullah juga perlu 'turun padang' dengan segera untuk menyelami masalah rakyat.

Ketika dihubungi, Ustaz Nasharudin sedang dalam rangka lawatannya ke beberapa kawasan banjir di Johor dan dalam masa yang sama turut mendengar masalah dan keluhan yang dihadapi penduduk dan mangsa banjir di sana.

"Ramai yang mengeluh Kerajaan Negeri Johor lambat bertindak dan gagal membuat persiapan awal.

"Sedangkan tanda-tanda awal banjir sudah pun dikenal pasti dan akibatnya ramai yang terkandas, terperangkap dan tidak berjaya dipindahkan," katanya yang turut bimbang dengan keadaan banjir yang sedang berada ditahap kritikal dan berharap kerajaan pusat termasuk negeri proaktif dalam membantu mangsa banjir di sana.

Menurut laporan, sehingga kini yang berjaya 29,000 orang berjaya dipindahkan manakala sekitar 12,000 masih terperangkap kerana terputus hubungan dan bekalan.

Sementara keadaan dua daerah iaitu di Segamat dan Kota Tinggi pula dilaporkan masih terputus hubungan sehingga kini kerana banjir mengakibatkan seluruh jalan yang menghubungkan dua pekan ini ditenggelami air.

Sumbangan derma untuk mangsa banjir boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan PAS Pusat di Maybank, 564070705537 atas nama Parati Islam SeMalaysia (PAS) dan kepada akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 1032010007572 atas nama Perhubungan Negeri Johor.-wann/mr

NOTA: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM (564070000336).

posted by Blogger @ 9:04 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com