Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

MUHAMMAD YASIN
Monday, August 01, 2005
ULAMA KEDAH BERHIJRAH KE MEMPAWAH

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

MAKLUMAT bertulis berupa tulisan tangan dan kitab-kitab peninggalan Syeikh Muhammad Yasin yang berasal dari Kedah ini telah ditemui di Kampung Kuala Secapah, Mempawah, Kalimantan Barat tahun 1998 Masihi.

Selain itu jauh sebelum ini, sumber-sumber sahih yang dapat dipercayai diperoleh daripada Tuan Guru Haji Abdur Razzaq. Ulama yang berasal dari Daik, Kepulauan Riau ini wafat di Mempawah, 1978 dalam usia hampir 100 tahun, adalah murid yang terakhir Haji Muhammad Yasin Kedah, saya sempat bergaul dengan beliau sejak tahun 1968 hingga 1978. Daripada beliau banyak diperoleh informasi tentang ulama yang berhijrah dari Kedah ke Mempawah yang diriwayatkan ini.

Diriwayatkan bahawa ulama yang berasal dari Kedah itu belajar di Mekah lebih dua puluh tahun. Untuk memenuhi sara hidupnya selama belajar di Mekah, beliau mengambil upah menyalin pelbagai kitab Melayu/Jawi. Yang paling banyak disalinnya ialah kitab Siyarus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Salah satunya ada dalam simpanan saya.

KEPERCAYAAN

Mengenai guru Haji Muhammad Yasin Kedah ketika belajar di Mekah, Haji Abdur Razzaq meriwayatkan, ``Sewaktu saya akan pergi ke Mekah dalam tahun 1889, waktu itu saya masih kecil, saya dibawa oleh ayah saya menziarah Tok Haji Mat Yasin. Ayah saya adalah murid yang setia dan kepercayaannya. Tok Haji Mat Yasin mengamanahkan berupa kiriman duit yang banyak kepada gurunya di Mekah, iaitu Syeikh Nik Mat Kecik Fathani, pengarang Mathla'ul Badrain.'' Kata Haji Abdur Razzaq, ``Tok Haji Mat Yasin adalah termasuk khalifah dan mursyid Thariqat Qadiriyah di bawah jagaan Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

Saya kurang pasti apakah beliau menerima langsung daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu ataupun beliau telah dibaiah oleh murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas, di antaranya Syeikh Abdul Karim Bantan ataupun Syeikh Abdul Qadir al-Fathani ataupun Syeih Nik Mat Kecik al-Fathani sendiri.''Memperlihatkan hal-hal yang tersebut saya berkesimpulan bahawa walaupun Haji Muhammad Yasin dikatakan murid kepada Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani, namun umur beliau barangkali tidak berjauhan.

Atau sekurang-kurangnya beliau ini adalah murid peringkat terawal ulama yang berasal dari Patani kelahiran Pulau Duyung, Terengganu yang terkenal itu. Kedatangan Haji Muhammad Yasin ke Mempawah, Kalimantan Barat juga adalah ditugaskan oleh Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani, bukan kehendaknya sendiri.

MEMBUKA PONDOK

Diriwayatkan bahawa dakwah yang berantai yang dilakukan dari Semenanjung Melayu dan Patani ke Kalimantan Barat yang melibatkan setiap orang yang pergi haji ataupun orang yang sengaja semata-mata untuk belajar ke Mekah memang tahu pasti mengenai Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang berlanjutan sampai ke zaman Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani. Di kalangan sultan ataupun penembahan terutama Sultan/Penembahan Pontianak, Mempawah dan Sambas setiap tahun mengirim surat, barang-barang dan wang kepada ulama-ulama Patani, terutama kepada Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani.

Oleh kerana banyak surat yang diterima daripada tiga kerajaan tersebut maka Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani telah mengutus beberapa orang muridnya berdakwah dan mengajar di Kalimantan Barat. Sedangkan yang telah menunggu di Mempawah ialah Tuan Guru Haji Wan Nik al-Fathani, yang sebelumnya telah dirintis oleh Syeikh Ali bin Faqih al-Fathani. Adapun Haji Muhammad Yasin Kedah adalah di antara sekian ramai mubaligh dan ulama yang ditugaskan di Kalimantan Barat itu. Manakala Haji Muhammad Yasin sampai ke Pontianak, beliau ditampung oleh Sultan Pontianak yang memerintah ketika itu iaitu Sultan Syarif Yusuf bin Syarif Abdul Hamid al-Qadri (1873 Masihi - 1895 Masihi).

Sultan meminta beliau mengajar di istana dan masyarakat Pontianak. Permintaan itu beliau persetujui, namun mengajar di Pontianak tersebut hanya beberapa bulan, kerana pada pandangan beliau mengajar dengan cara menerima gaji adalah mencerminkan kurang tawakalnya terhadap Allah. Haji Muhammad Yasin Kedah lebih suka berdikari daripada diarahkan oleh orang lain. Beliau bermohon kepada Sultan Pontianak untuk melakukan pengembaraan ke utara, maksudnya adalah Mempawah dan Sambas.

Pada khayalannya apabila berjalan menuju ke utara adalah bersifat mendaki atau naik ke atas, maka segala cita-cita akan tercapai. Sebaliknya apabila menuju ke selatan adalah bersifat menurun, maka akan menempuh gangguan dan cubaan, kejayaan sukar dicapai.Tujuan pengembaraan ini ialah mencari lokasi untuk membuka satu institusi pengajian pondok. Beliau berkenan sebuah lokasi yang mempunyai sebuah sungai yang mengalir dan letaknya di tepi laut. Apabila tempat yang demikian ada penduduknya, maka akan lekas berkembang kerana dari pihak laut orang akan datang ke daratan.

Tabiat air pula mengalir dari hulu menuju pantai, maka orang akan datang menuju pondok itu mengikut jalan dan tabiat air tersebut.Hanya dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang enam puluh kilometer, Haji Muhammad Yasin Kedah tidak jadi meneruskan perjalanannya ke utara kerana tempat yang sesuai menurut beliau membuka pondok pengajian itu telah ditemuinya. Tempat tersebut ialah Kampung Kuala Secapah yang merupakan muara sungai Mempawah. Di Sungai Mempawah itulah dahulunya tempat pahlawan Bugis bernama Upu Daeng Menambon mulai melabuhkan perahunya yang kemudian mudik ke hulu kira-kira empat kilometer, lalu membentuk sebuah kerajaan Islam yang dinamakan Kerajaan Mempawah.

Kedatangan Haji Muhammad Yasin disambut gembira oleh penduduk kerana sebelum kedatangan beliau ke situ namanya memang sudah sangat terkenal sama ada di kalangan elit kerajaan mahupun masyarakat yang memang fitrahnya mengasihi para ulama. Dipercayai kedatangan beliau ke Mempawah ialah pada zaman pemerintahan Gusti Ibrahim yang bergelar Penembahan Ibrahim Shafiuddin (kira-kira tahun 1872 Masihi - 1887 Masihi).

Menurut riwayat, Haji Muhammad Yasin membina sebuah rumah yang besar di Kampung Kuala Secapah tersebut, orang pun datang berbondong-bondong kerana menimba ilmu dan berkat kekeramatannya. Dalam waktu yang relatif singkat ada pula yang membuat pondok di sekeliling rumah beliau. Haji Muhammad Yasin Kedah menarik minat masyarakat dengan pelbagai kepandaiannya.

Dari sudut kesenian yang bercorak Islam beliau adalah seorang ulama yang pandai bermain Hadhrah. Sampai sekarang masih ada golongan masyarakat Kuala Secapah khususnya dan Kalimantan Barat umumnya pandai bermain Hadhrah yang bersumber daripada Haji Muhammad Yasin Kedah.Menurut keterangan masyarakat permainan Hadhrah bahawa sanad kesenian itu berasal daripada Syeikh Abu Bakar al-Adani. Selain kesenian shufi berupa Hadhrah Haji Muhammad Yasin juga mengajar pelbagai lagu Barzanji, Nazham dan Burdah. Semua kesenian yang tersebut itu masih belum pupus di Mempawah, Kalimantan Barat terutama sekali Barzanji hampir setiap malam ada saja orang-orang yang mengadakan upacara itu.

Bagi murid-murid yang memahami ilmu tauhid, fikah dan tasawuf, beliau tawajjuhkan zikir Thariqat Qadiriyah yang dinisbahkan kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang sangat terkenal diajarkan oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah pada abad ke 19 itu. Semua yang tersebut di atas merupakan pelajaran tambahan sebagai alat penyeru masyarakat yang berminat pada seni. Mata pelajaran pokok yang diajarkan di pondok Haji Muhammad Yasin Kedah tersebut sama seperti pondok-pondok di Patani. Pondok yang beliau asaskan di Kampung Kuala Secapah, Mempawah tersebut merupakan pondok pengajian mengikut sistem pondok Patani yang pertama sekali di Kalimantan Barat.

DIANGGAP KERAMAT

Oleh kerana Haji Muhammad Yasin Kedah memang seorang yang hebat dalam bidang keilmuan dan banyak pula perkara-perkara menyalahi adat yang dapat disaksikan oleh masyarakat luas dengan mata sendiri pada zamannya, maka beliau dianggap seorang yang keramat oleh masyarakat. Bukti-bukti kekeramatan dan keberkatannya sangat banyak. Menurut cerita masyarakat, sebelum kedatangan beliau, silang sengketa sesama masyarakat sering terjadi, namun setelah beliau datang semua masyarakat tiba-tiba rukun dan damai. Semenjak beliau datang rezeki melimpah ruah, hasil tanaman padi berlipat ganda yang sebelumnya selalu diserang oleh hama, tikus dan air masin menghentam tanaman padi. Demikian halnya juga dengan perkebunan kelapa, selain berbuah lebat harganya juga dijual dengan baik dan memuaskan.

Salah satu keistimewaan ulama ini ialah beliau tidak mahu membunuh binatang walau sekecil nyamuk sekalipun. Di kampung tempat beliau membuka pondok itu jika musim angin barat nyamuk sangat banyak. Jenis nyamuknya pula apabila menyengat bisanya sangat berkesan sakit dan gatal-gatal. Bagi orang biasa seekor nyamuk menggigit saja sudah tidak sanggup menahan bisa, tetapi bagi beliau beribu-ribu nyamuk hinggap ke atas tubuhnya beliau biarkan saja, jangankan membunuhnya menghalaupun tidak.

KETAQWAAN

Keramatnya pula, bahawa semua murid yang datang belajar di pondoknya tanpa dikenakan bayaran berupa apapun dan semuanya beliau beri makan dengan belanja kewangan beliau sendiri. Hal ini sangat menghairankan masyarakat kerana tidak diketahui dari mana beliau memperoleh kewangan untuk keperluan perbelanjaan yang tidak sedikit itu. Haji Muhammad Yasin Kedah dengan penuh yakin menyatakan bahawa rahsianya terletak pada ketaqwaan masyarakat dengan memperbanyak ibadat yang pelbagai corak ragamnya.

Tetapi di antara amal yang paling penting ialah memperbanyakkan zikrullah dan selawat serta salam ke atas Nabi s.a.w. Apabila dua amalan tersebut telah menjadi darah dan daging, maka pertolongan Allah akan datang di luar dugaan akal manusia, semuanya boleh terjadi. Yang demikian itu mudah bagi Allah, apabila Allah telah meredhainya.

Berdasarkan penyaksian masyarakat, Haji Muhammad Yasin Kedah sememangnya banyak melakukan ibadat. Beliau mempunyai bilik khas untuk melakukan ibadat bersendirian selain tempat yang digunakan untuk berjamaah. Di dalam tempat khas itulah beliau banyak mengkhatam zikir nafi dan isbat tujuh puluh ribu kali. Sedangkan zikir dalam berjamaah dilaksanakan sesudah sembahyang lima kali sehari semalam hanya seratus enam puluh kali.

Selawat yang beliau amalkan ialah `Salawat Dalail al-Khairat' yang dibaca setiap hari dan dikhatamkan setiap hari Isnin. Selain selawat tersebut, beliau juga mengamalkan `Salawat Quraniyah' dan `Salawat Seratus Empat Puluh Sembilan' yang terdapat dalam Lum'atul Aurad karya Syeikh Wan Ali Kutan, al-Kalantani.
posted by Blogger @ 9:42 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com