Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Muhasabah Penutup Tahun 2005
Saturday, December 31, 2005


Hari ini merupakan hari terakhir atau hari penutup tahun 2005. Dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT atas segala kurnia dan rahmatNya kepadaku kerana aku dapat menulis semula setelah bertahun-tahun tidak menulis secara aktif, bermula pada Oktober 2004 atau Ramadhan 1425 Hijrah. Weblog Bicara Bersama Pak Ngah ini akhirnya dapat diwujudkan pada 28 Ogos 2005.

Sebelum ini aku dibelenggu dan diuji oleh Allah SWT dengan berbagai-bagai penyakit yang menyerangku seperti bedsore, anaemia dan multiple ulser yang menyebabkan aku koma selama 2 minggu pada tahun 2002. Sejak tahun 1995 sehingga 2002 aku berulang-alik ke hospital setiap hari bagi menjalani rawatan, terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada kedua ibubapaku yang sama-sama bersabar menghadapi cabaran dan dugaan ini. Juga kepada adik-beradik dan ipar-ipar dan anak-anak saudaraku yang sentiasa menyokongku.

Aku juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersamaku dalam cita-cita menegakan Negara Islam di Malaysia, rakan-rakan sekolah dan Universiti yang sudi menziarahiku dan tidak melupaiku walaupun kini aku bergelar OKU. Juga rakan-rakan di Komuniti OKU yang sama-sama berjuang untuk menuntut hak dan keadilan bagi OKU. Mungkin satu masa nanti kita akan melihat ada di antara OKU yang akan menjadi Senator atau Wakil Rakyat. Mungkin juga kita akan dapat mengusulkan satu draf undang-undang mengenai pencegahan diskriminasi OKU di Malaysia dan seterusnya melihat lahirnya usahawan-usahawan OKU yang akhirnya dapat membantu masyarakat dan Negara Malaysia tercinta ini.

Harapan aku semoga artikel-artikel ini akan dapat menyedarkan diriku dan masyarakat, artikel ilmiah akan menjadi rujukan umat Islam dan artikel politik akan memberikan kesedaran kepada ummah akan kesyumulan Islam yang menolak politik suku agama suku. Berbagai komen, kritikan dan cadangan aku terima. Kepada yang memberikan semangat dan pujian aku ucapkan terima kasih. Kepada yang menghina dan mengutuk, insyallah aku akan cuba mempertingkatkan kualitinya lain kali.

Kepada yang mengatakan artikel berkenaan OKU ini adalah artikel bodoh, aku tetap mempertahankannya, jika bukan OKU yang memperjuangkan nasibnya sendiri. Siapa lagi yang ingin diharapkan?

Akhir kata, menjelang tahun 2006 ini aku akan mempertingkatkan lagi daya juangku dibidang penulisan bersesuaian dengan kata-kataku iaitu PERJUANGAN INI ADALAH UNTUK SEMUA DAN IA MENGATASI SEMPADAN BANGSA, NEGARA, KEBUDAYAAN, POLITIK DAN SEMUANYA SEMATA-MATA MENUNTUT HAK KEADILAN MENURUT NERACA ISLAM YANG MENJADI PEGANGANKU...

Wallahua’lam…

posted by Blogger @ 3:01 PM  
1 Comments:
  • At 7:47 AM, Blogger Abu Naqibah said…

    Tak ada kurangnya dalam perjuangan Pak Ngah. Perjuangan ialah berusaha menegakkan apa yang kita percaya. Sebab kita percaya pada Islam, kita mesti berjuang untuk Islam. Sebab Pak Ngah percaya OKU tertindas, Pak Ngah mesti perjuangkan untuk OKU. Saya tak mampu. Cuma sekadar manyokong. Nak tulis artikel pasal OKU, pengetahuan saya tentang ini memang terlalu terhad. Jangan hiraukan orang yang cakap artikel tentang OKU ni bodoh. Tu orang yang bodoh sebenarnya. Semua orang berpeluang menjadi OKU. Semoga Allah memberikan mereka hidayah...

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com