Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

PETANDA DARIPADA SUNNAH ILAHI
Thursday, February 09, 2006
http://marhaen.kelatedaily.net/mar_b_tun_telanai08.html



Oleh Tun Telanai - Laman M@RHAEN

Assalamu’alaikum wm.wrt.,
“Selepas Hamas, Jordan pula condong kepada Islam”. Begitulah tajuk yang amat menarik yang disiarkan di Harakahdaily.net pada hari Selasa, 31.1.2006 [http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=581&Itemid=28]. Penulisnya [Ibnu Ismail] mencatatkan gerakan Islam di Jordan [Parti Amal Islami] juga percaya akan memperolehi kemenangan dalam pilihan raya yang akan di Negara itu tidak berapa lama lagi sepertimana yang dicapai oleh HAMAS di Palestin yang mengejutkan Amerika Syarikat dan Israel dan Ikhwanul Muslimin juga turut menang besar di Mesir.

Kemenangan HAMAS yang ditubuhkan oleh As Syahid Sheikh Ahmed Yassin pada Disember 1987 telah berjaya mengalahkan FATAH parti tertua yang selama ini kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Palestin. Selepas Yasser Arafat meninggal dunia pada tahun lalu, parti FATAH dipimpin Presiden, Mahmoud Abbas. FATAH dibawah pimpinan Mahmoud menghadapi berbagai masalah terutama hubungan dengan Israel dan skandal rasuah yang berluasa di kalangan para pemimpinnya. Sayang, Sheikh Ahmed Yassin tidak sempat melihat kejayaan yang dicapai oleh HAMAS kerana beliau ditembak dengan peluruh berpandu oleh helicopter tentera rejim Israel pada 22.3.2004 dan pengantinya Dr. Abdul Aziz Rantissi juga turut dibunuh pada 17.4.2004.

Hamas mengeksploitasi rasa tidak puas hati rakyat dengan parti FATAH yang dicemari rasuah ini dan penderitaan kehidupan rakyat Palestin. Dalam kempennya, HAMAS mengulangi komitmennya untuk meneruskan perjuangan bersenjata menentang Israel, Hamas memfokuskan kempen terhadap isu-isu dalaman Palestin dengan menjanjikan perkhidmatan awam lebih baik, kejujuran dalam kerajaan dan berusaha untuk menamatkan keadaan kacau-bilau yang wujud sekarang.

Kemenangan HAMAS ini memberi banyak pengajaran kepada gerakan Islam di seluruh dunia terutama parti PAS yang bergerak di Malaysia semenjak dari tahun 1951 sehinggalah sekarang. PAS perlu mengkaji kaedah yang digunakan oleh HAMAS untuk mencapai kemenangan. HAMAS terlalu muda berbanding dengan PAS. HAMAS baru berusia 19 tahun, berbanding PAS telah telah berusia 54 tahun, sudah menghampiri usia bersara, tetapi tidak nampak tanda-tanda kemenangan akan menjelma, kecuali pada pada tahun 1959 dan tahun 1999, PAS berjaya menawan Kelantan dan Terangganu dan berupaya melebarkan pengaruhnya di negeri-negeri di sebelah utara [Kedah dan Perlis] yang mempunyai penduduknya majority Melayu-Islam, di negeri-negeri lain PAS menghadapi laluan yang amat sukar kerana UMNO menjalankan pemerintahan secara autokratik dan menutup ruang demokrasi yang menyukarkan PAS dan rakan-rakan dari kalangan parti-parti pembangkang bergerak.

Saya berpendapat, PAS dan rakan-rakannya dari parti-parti pembangkang lain perlu menggunakan pendekatkan yang diambil oleh HAMAS. HAMAS melaksanakan 3 pendekatan politik yang amat berkesan, iaitu melalui penyertaan pilihan raya [seperti PAS amalkan semenjak dari tahun 1951 lagi], melalui kaedah perbincangan [juga PAS pernah melaksanakannya selepas tragedy 13 Mei 1969] dan melalui kaedah peperangan. Kaedah ketiga ini PAS belum mencubanya lagi. Peperangan di sini bukan bererti mengangkat senjata sepertimana yang dilakukan oleh HAMAS menentang Israel. Suasana dan iklim di Malaysia berbeza sama sekali apa yang wujud di Israel.

Peperangan di sini membawa maksud PAS perlu bertindak secara aggresif dan tidak perlu ada tolak-ansur lagi untuk menentang UMNO dalam berbagai kaedah dan strategi yang diizinkan oleh Perlembagaan dan Undang-undang Negara, tidak ada masa lagi untuk kita berlembut dengan tingkah laku UMNO yang kurang ajar dan biadap dalam melaksanakan demokrasi di Negara ini. Sebagai contoh, kita patoh apabila Harakah dihadkan dari 4 keluaran sebulan menjadi 2 keluaran sebulan, sedangkan pada masa yang sama UMNO memiliki dan mengawal seluruh media massa sama ada elektronik dan cetak. Mengapa kita tidak tentang tindakan ini yang jelas kezalimannya? Begitu juga apabila majlis-majlis penerangan yang dihadiri oleh pemimpin-pemipin utama kita dikacau, disembur asid dan dihentikan oleh pasokan polis atas arahan pemimpin-pemimpin UMNO, kita masih lagi berdiam diri membiarkan hal-hal tersebut berlaku. Kita masih lagi berdiam diri apabila setiap kali adanya pilihan raya, UMNO melakukan pelbagai penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa yang di luar batas-batas demokrasi. Tidak ada sebuah pun Negara autokratik [dictator] di dunia seperti yang diamalkan di Malaysia kini yang boleh ditumbangkan melalui system pilihan raya. Kebangkitan rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan kerajaan seperti itu. Pendekatan yang digunakan oleh HAMAS amat berkesan, PAS perlu memperkenalkan curak politik ala-HAMAS di Malaysia.

Walaupun begitu, saya percaya dan yakin pada suatu hari nanti UMNO akan tersungkur juga menyembah bumi akibat kezaliman, penindasan, pembahagian kekayaan Negara yang tidak adil dan amalan rasuah yang bermaharajalela dalam berbagai sector dalam Negara ini. Keyakinan ini bersandarkan kepada tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi melalui bukunya PETANDA-PETANDA KEMENANGAN ISLAM. Apa yang penting bagi kita ialah untuk terus beristiqomah dalam mendalami ilmu-ilmu Islam sambil berjuang untuk menegakkan Kalimah Allah di bumi ini.

Petanda daripada Sunnah Ilahi : Terdapat petanda yang bersumber daripada Sunnah Allah dalam penciptaannya dan dalam sifat perkumpulan manusia itu sendiri. Ia adalah berupa Sunnah dan undang-undang tetap yang akan berlaku terhadap manusia zaman sekarang sebagaimana ia telah berlaku terhadap manusia zaman dahulu. Ia berlaku terhadap kaum Muslimin sebagaimana ia juga boleh berlaku terhadap kaum Musyrikin. Ia tidak akan berubah dan tidak akan bertukar ganti sebagaimana firman Allah : " Maka tiada engkau dapati Sunnah Allah itu bertukar-tukar dan tiada engkau dapati Sunnah Allah itu berubah-ubah ". (Surah Fathir : 43)

Apabila kita melihat kepada Sunnah-sunnah Ilahi ini, kita akan mendapati sekumpulan daripadanya menyebelahi nasib umat Islam dan para pendokongnya. Di antaranya ialah :

Sunnah Putaran Kuasa :

Di antara Sunnah tersebut ialah Sunnah pertukaran kuasa (Sunnah Al-Tadawul/Al-Mudawalah) yang akan berlaku di antara pelbagai umat dan kaum. Ia adalah satu Sunnah yang telah ditetapkan oleh satu ayat yang mulia daripada Surah Al-Imran. Ayat ini telah diturunkan selepas peperangan Uhud di mana umat Islam telah mengalami kesulitan. Firman Allah : " Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan keadaan hari-hari Kami tukar-gantikan di antara manusia, (supaya menjadi pengajaran)". (Surah Al-Imran : 140)

Oleh itu pepatah menyatakan : ' Zaman itu ada dua, satu hari untuk kamu dan satu hari ke atas kamu '.

Pepatah lain menyatakan : ' Keadaan yang berterusan adalah mustahil berlaku '.

Keadaan akan bertukar, dunia akan berganti dan alam akan berubah. Berapa ramai orang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya. Berapa ramai orang yang senang menjadi susah dan yang susah menjadi senang. Allah telah berfirman : " Maka sesungguhnya, bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesenangan itu ada kesusahan ". Surah Al-Insyirah : 5-6)

Firman Allah lagi : " (Ingatlah) Allah akan menjadikan selepas kesusahan itu kesenangan ". (Surah Al-Thalaq ; 7)

Sesiapa yang melihat kepada keadaan pelbagai umat sepanjang sejarah, dia akan mendapati kepimpinan tamadun itu berpindah daripada satu umat kepada umat yang lain, daripada satu tangan berpindah ke tangan yang lain.

Kita beruntung kerana Sunnah Pertukaran Kuasa Antara Manusia ini menyebelahi kita dan bukannya bertentangan dengan kita sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Al-Imam Hassan Al-Banna : Sesungguhnya giliran ini adalah untuk kita dan bukannya ke atas kita (dan menyebelahi orang lain).

Kepimpinan dunia pada zaman dahulu berada pada orang timur iaitu tamadun Fir'aun, Assyuria, Babylon, Kaldan, Phoenix, Parsi, India dan China. Kemudian ia berpindah ke Barat pada tamadun Yunani yang mempunyai falsafah yang terkenal dan tamadun Rom yang mempunyai perundangan yang diketahui umum. Kemudian kepimpinan ini berpindah sekali lagi ke timur di tangan tamadun Arab Islam, yang merupakan satu tamadun yang unggul yang menggabungkan di antara ilmu dan iman, juga menggabungkan kemajuan material dengan keunggulan spiritual. Kemudian dunia timur tertidur dan lupa terhadap risalahnya.

Lantas kepimpinan itu diambil oleh Barat dan akhirnya ia mendapat semula kepimpinan itu sekali lagi. Tetapi ia tidak menjaga amanah kepimpinan. Bahkan ia terus muflis dalam spiritual dan akhlak, lalai dalam keadilan, kekuatan mengatasi kebenaran, kepentingan mengatasi nilai hidup, material mengatasi spiritual, jamad kebendaan ( benda beku tidak bergerak ) mengatasi insan dan ia bersikap berat sebelah dalam mengurus permasalahan kemanusiaan. Maka adalah menjadi ketetapan Sunnah Allah kepimpinan ini akan bertukar kepada umat yang lain. Menurut perkiraan sejarah secara deduktif, ia mesti akan kembali ke timur sekali lagi. Alam timur tersebut tidak memiliki risalah yang sama seperti risalah barat, iaitu Timur Islam. Oleh itu ia hendaklah bersedia untuk mengambil alihnya dan menyediakan persediaan yang sepatutnya sebagaimana firman Allah : " Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Dia akan memerhatikan bagaimana pula perbuatan kamu?". (Surah Al-A'raf : 129)

Firman Allah lagi : " Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz : Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh ". (Surah Al-Anbiya' : 105)

Adalah tidak menghairankan roda kepimpinan dunia akan berpindah dari Barat ke Timur. Sekarang Barat merupakan alam yang amat maju dan berkuasa manakala Timur amat mundur dan lemah.

Realitinya, materialisme di Barat telah menjalar di dalam pemikiran, tingkah laku dan kehidupan. Keruntuhan dan kerosakan akhlak telah sampai ke kemuncaknya. Tamadun manusia tidak mungkin - menurut Sunnah-sunnah Allah - akan berterusan tanpa akhlak. Akhlak pula tidak akan berkembang dan memberikan kesan kecuali di bawah lembayung iman.

Kita telah melihat dan dunia semuanya telah menyaksikan bagaimana kuasa dunia yang kedua terkuat iaitu Soviet Union telah runtuh secara mengejut tanpa sebarang mukaddimah yang disebutkan, walau pun ia mempunyai simpanan nuklear yang amat besar, senjata strategik yang mantap serta kekuatan ketenteraan dan ekonomi yang ulong. Hal ini berlaku kerana keruntuhannya berlaku dari dalam dan bukannya dari luar, dari perkara spiritual sebelum perkara material. Amerika Syarikat [kuasa tunggal dunia] juga akan menimpa nasib yang sama sepertimana Soviet Union. AS juga akan jatuh tersungkur kerana sekarang terdapat tanda-tanda ke arah itu. AS kini menghadapi berbagai masalah ekonomi, social, akhlak dan moral yang mengancam survivalnya.

Sebagai gantinya, Islam akan muncul kembali menyinari alam ini dengan kebebasan, kebenaran dan keadilanya kepada seluruh umat manusia. Islam mulai diterima oleh masyarakat dunia dan kemenangan mulai berpihak kepadaNya, walaupun Islam menerima tentangan paling hebat dari golongan kuffar, tetapi Islam tetap menang sepertimana janji Allah. Allahu Akhbar 3 x.

Sekian. Wassalam.

- Tun Telanai - 07.02.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
posted by Blogger @ 8:38 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com