Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SAHIFAH MADINAH ASAS PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM
Wednesday, February 08, 2006

Rujukan: Haji Abdul Hadi Awang, Fiqh al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, DPF, jilid 2, 1992

Disusun: Abdul Malek Othman

Hijrah merupakan perkara yang penting kepada umat Islam kerana melaluinya Rasulullah SAW bersama para sahabat RA telah membina sebuah Negara Islam yang merupakan contoh kepada kita semua di sepanjang zaman. Rasulullah SAW telah meletakkan asas perlembagaan(sahifah) Madinah sebagai ciri-ciri utama sesebuah Negara Islam.

Dewasa ini banyak Negara umat Islam sudah cenderung kepada Islam setelah mereka mendapati sistem-sistem yang lahir dari ideologi Barat tidak dapat menyelesaikan permasalahan Negara mereka. Keruntuhan akhlak, jenayah dan keganasan semakin menjadi-jadi kerana akal fikiran manusia semata-mata tidak mampu mencipta undang-undang yang mampu mengawal manusia apatah lagi dengan mencampakkan undang-undang ciptaan Allah SWT ke tepi.

Dakwaan-dakwaan seperti undang-undang Islam sudah lapuk dan ketinggalan zaman sudah mula terjawab dengan gagalnya ideologi ciptaan manusia menyelesaikan permasalahan manusia moden ketika ini. Kini sebahagian umat Islam mula sedar bahawa kejatuhan dan kemunduran mereka adalah disebabkan mereka meninggalkan sebahagian dari ajaran Islam dengan tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya.

Kemenangan HAMAS dipenghujung tahun 1426H di Palestin dan pertambahan kerusi yang diperolehi oleh ikhwanul muslimin, Mesir adalah diharapkan akan dapat membentuk Daulah Islamiyyah suatu hari nanti. Penduduk Jordan juga sudah menunjukan minat pada Islam.

Mungkinkah Semenanjung Arab akan mengembalikan semula kegemilangan Islam?

Adakah dunia Islam akan mengambil iktibar dari kegagalan ideologi ciptaan manusia?

Ulama’ berpendapat sahifah Madinah menepati piagam atau perlembagaan yang merupakan perjanjian di antara kerajaan dan rakyat dan penegasan tentang dasar Negara dan siasahnya. Terdapat 47 perkara di dalam sahifah Madinah dan bolehlah disimpulkan kepada berikut:-

1. Memeterai perjanjian persaudaraan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

2. Ikatan persaudaraan di kalangan tiap-tiap individu Muhajirin dan Ansar.

3. Kedudukan orang-orang bukan Islam yang menjadi warga Negara Islam Madinah.

4. Peristiharan secara terbuka Negara Madinah adalah Negara Islam.

5. Meletakkan hukum tertinggi iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

6. Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara dan meletakkan dasar bahawa kepimpinan seterusnya mestilah orang Islam.

Dalam Negara Islam rakyat bukan Islam bebas menganut agama mereka dan boleh melakukan adat istiadat mereka tanpa menjejaskan kepentingan umum seperti adat istiadat perkahwinan, undang-undang keluarga dan makanan yang halal menurut agama mereka walaupun haram mengikut Islam.

Negara Islam yang didirikan Rasulullah SAW telah menyatakan keIslamnya secara terbuka dan menyampaikan dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia. Pernyataan terbuka ini penting bagi menentukan sikap negara-negara lain terhadap Negara Islam Madinah sama ada menerima Islam, menjadi sebahagian dari Negara Islam, berdamai, tidak menyekat dakwah Islamiyyah atau bermusuh dengan Islam.

Meletakkan al-Quran dan as-Sunnah membawa implikasi bahawa Negara Islam tidak dibenarkan beramal atau meluluskan sesuatu yang bertentangan dengan dua sumber rujukan utama. Inilah prinsip yang dijelmakan dari ucapan dua kalimah syahadah iaitu sepertimana individu taatkan Allah dan Rasulullah SAW. Jadi Negara Islam juga mestilah meletakkan Allah SWT sebagai kuasa hakimiyyah dengan Rasulullah SAW sebagai contoh pelaksana terbaik.

Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara Islam Madinah, ini menunjukan kepimpinan Negara adalah penting dalam ajaran Islam. Ini menunjukan kesyumulan Islam iaitu Islam bukan sekadar syiar ibadat tanpa memperdulikan soal kepimpinan di dalam Negara Islam. Dasar ini seterusnya meletakkan bahawa salah satu syarat penting di dalam Negara Islam ialah ketua Negara mestilah beragama Islam dan beriman kepada seluruh ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi “wali” dengan meninggalkan orang-orang mukmin, barangsiapa yang berbuat demikian maka ia bukan daripada Allah (Surah ali-Imran:28)

Itulah di antara asas-asas penting yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam membina Negara Islam. Sekiranya Negara umat Islam hari ini menepati dan mempunyai ciri-ciri sepertimana Negara yang diasaskan oleh Rasulullah SAW maka Negara itulah Negara Islam. Marilah kita sama-sama umat Islam mendoakan agar Daulah Islamiyyah akan berdiri semula di atas mukabumi ciptaan Allah SWT ini.

Wallahua’lam…

posted by Blogger @ 9:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com