Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Meneroka daerah baru kewartawanan Haraki
Thursday, February 09, 2006
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=703&Itemid=1

Oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah


pabila diminta kembali ke Harakah secara tiba-tiba, saya tidak perlu berfikir panjang untuk terus menolaknya saja. Pertama, saya sudah pun 'ada kerja' yang selesa di Siasah, selepas lama menganggur apabila beberapa penerbitan yang saya kendalikan, bermula zaman reformasi, seperti Detik dan Wasilah, selain siri akhbar-akhbar tidak berkala, dikuburkan KDN.

Kedua, rekod menunjukkan saya bukannya seorang petugas - kepada organ parti - yang tinggi darjah kesabarannya. Saya mula bertugas di Harakah, seminggu sebelum keluaran sulungnya muncul di pasaran, pada Mac 1987. Tidak seperti Zulkifli Sulong yang setia atau Haji Suhaimi Mokhtar yang tabah, saya keluar-masuk Harakah, rasanya lima-enam kali juga, termasuk untuk mengetuai majalah Muslimah, Dunia Islam dan Tamadun yang diterbitkan di bawahnya.

Ketiga, banyak perancangan untuk Siasah belum sempat dihadamkan sedang saya mula rasa seronok dan puas bekerja dengan Sayuti Omar, Haris Zalkapli, Hafiz Baqi dan Ali Bukhari Amir. Siasah banyak keterbatasannya, namun ruang untuk bereksperimen terbuka luas, hanya kudrat dan kemampuan terbatas.

Namun, 3 Februari lalu, terpaksa juga saya meninggalkan 'zon selesa', untuk kembali memberi makna kepada dunia yang lama terpisah.

Harakah kini berbeza dengan Harakah yang saya tinggalkan 13 tahun lalu. Ia mewarisi zaman kegemilangannya apabila pernah mencapai jumlah cetak menghampiri 400,000 naskhah, ketika laungan 'Re-For-Ma-Si' bergemuruh sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, khususnya di depan Sogo, pada hujung minggu. Malah adik bongsunya, majalah Tamadun, dalam edisi Oktober 1998, diulang cetak tiga kali, dengan jumlah hampir 200,000 naskhah.

Maknanya, Harakah bukan lagi akhbar nyamuk atau terkurung sebagai lidah rasmi PAS. Dari segi sirkulasinya pun ia pernah mengatasi akhbar-akhbar harian utama yang berpengaruh. Harakah meningkat apabila akhbar-akhbar berkenaan menongkah 'arus perdana' demi mempertahankan ego seorang perdana menteri. Harakah dicari apabila berita-berita panas digelapkan, lalu pembaca ghairah mencarinya pada media alternatif.

Selain Harakah, laman-laman web juga merupakan fenomena yang mencatat sejarah.
Harakah kerap diingati ketika zaman puncaknya, waktu kehadirannya begitu ditunggu-tunggu dan isi kandungannya dibahaskan di mana-mana. Namun saya lebih terpanggil menghimbau kenangan semasa Harakah mula diterbitkan. Semua pihak berkorban, daripada pengurusan hingga kakitangan biasa, juga sokongan pimpinan dan kesetiaan ahli-ahli parti yang tidak berbelah bagi, bagi memastikan Harakah dapat mencari tapak kukuh. Misalnya, di peringkat awal, wartawan Harakah hanya diberi makan percuma, tanpa sebarang gaji dan kemudahan lain.

Harakah muncul dengan tekad dan azam politik yang kuat selepas PAS dikalahkan dengan teruknya pada 1986, pilihan raya pertama di bawah era kepimpinan ulama. Media, dengan mengetepikan segala etika dan panduan persuratkhabaran, berkempen penuh agresif bagi memburuk-burukkan PAS, termasuk menyiarkan karikatur fitnah dan sarat dengan adu-domba. Dalam suasana sukar dan perit, Harakah berusaha menemui jati diri dan membentuk identiti sendiri.

Harakah bukan percubaan pertama kali PAS untuk menerbitkan akhbar. Parti-parti pembangkang lain turut berusaha mempunyai media sendiri tetapi kebanyakannya menemui jalan buntu. Akhbar bukan saja memerlukan idealisme kewartawanan, ia juga perlu diurus seadanya menurut hukum-hukum bisnes, selain bijaksana menguruskan segi-segi sensitif yang tidak pernah tertulis dalam mana-mana parti politik. Malah Umno sendiri gagal menerbitkan secara konsisten lidah rasminya, dan kalaupun nampak terurus, siapa pula yang berselera membaca, apatah lagi membelinya.


Dari satu segi, suasana yang melatari kelahiran Harakah, selepas PAS kalah teruk pada 1987 dulu, seakan-akan berulang melihatkan suasana politik yang muram kini. Kenangan pahit menempuh kekalahan pada 2004 menjadi bertambah perit selepas PAS melalui detik-detik indah pilihan raya 1999. Kalah berterusan mungkin tidak sepilu tewas selepas beroleh kemenangan sementara. Obor semangat aktivis oposisi - dan dulunya sering dirujuk golongan reformis - perlu dinyalakan segera. Sikap bertangguh hanya mengundang padah, sedang masa bergerak pantas, manakala 'tsunami politik' tidak semestinya berulang.

Tentunya Harakah bukan lampu Aladin untuk memberi jawapan kepada banyak persoalan yang berserabut itu. Namun saya yakin, Òdaerah sunyiÓ ini akan dapat diceriakan semula jika semua pihak yang mempunyai matlamat bersama dapat meleburkan segala halangan (terutama yang datang daripada dalam diri) tadi. Banyak lagi sisi-sisi kehidupan, selain kerencaman pergolakan politik semasa, dapat disorot, dengan persembahan lebih menarik. Pembaca pula tidak seharusnya bersikap pasif dan hanya bersedia menerima dan menadah; mereka juga perlu proaktif, menjadikan Harakah institusi unik kepunyaan bersama.

Mudah bermadah, menyusun kalimah, namun segala konsep dan idea murni tidak akan ke mana-mana jika tidak dituang ke muka-muka surat kosong. Harakah sudah ada legasinya sendiri, maka saya menjadi semakin kerdil memikul tanggungjawab baru ini. Seperti usikan seorang teman, 'hang sudah lama kesejukan, apatah lagi pernah dua tahun tidur di rumah menunggu penyakit sembuh, kini tiba masanya hang duduk di kerusi yang panas itu!'

------------------------------------

Tulisan ini dibuat khas oleh penulis dalam keluaran pertama Harakah selepas beliau menjadi Ketua Pengarangnya.

posted by Blogger @ 8:02 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com