Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Arkitek landskap perlukan minat dan kreativiti
Monday, March 20, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Oleh: ZUNAIDAH ZAINON


SEMASA melanjutkan pelajaran di Australia, Nurhayati Abdul Malek (kiri) sempat meluangkan masa mengunjungi Duta Malaysia ke Australia.

PROSPEK kerjaya dalam bidang seni bina landskap menjanjikan masa depan yang cerah asalkan seseorang mempunyai minat dan kesungguhan untuk berjaya. Bagaimanapun, sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi, pelajar yang menuntut dalam bidang berkenaan harus membuktikan bahawa kerjaya sebagai arkitek landskap bukan sekadar mengindahkan alam sekitar dengan tanaman bermacam jenis pokok bunga.

Menurut pensyarah di Jabatan Seni Bina Landskap, Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitaran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurhayati Abdul Malek, cabaran utama yang perlu mereka hadapi adalah bagaimana hendak mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang seni bina landskap.

“Bukan mudah untuk mengubah tanggapan masyarakat tetapi itulah halangan utama yang perlu mereka selesaikan. Dalam masyarakat kita, kita seolah-olah telah diletakkan satu standard bahawa sebarang kerjaya yang kurang popular adalah berbeza dan tidak diiktiraf walaupun ia memberi sumbangan yang cukup besar,” kata Nurhayati yang baru pulang dari Adelaide, Australia setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, bidang landskap turut memainkan peranan penting di Malaysia. Ini dapat dilihat apabila setiap majlis perbandaran memerlukan sekurang-kurangnya seorang arkitek landskap. Malah, pelan pembangunan dan perumahan memerlukan kelulusan landskap bagi mendapatkan sijil sah menduduki (CF).

Jelas beliau, tanggungjawab utama arkitek landskap adalah mereka bentuk persekitaran agar sesuai dengan kehendak masyarakat dan perancangan kawasan. Kerjaya ini jauh lebih menarik berbanding arkitek yang hanya memberi tumpuan kepada rekaan bangunan, pereka hiasan dalaman yang bertanggungjawab mencantikkan ruang dalaman rumah dan juruukur bahan yang terlibat dalam pengiraan kos kerja-kerja pembinaan.

“Dalam hal ini, pelajar dan anggota masyarakat mesti mempunyai keyakinan terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini. Persepsi bahawa arkitek landskap hanya menanam pokok bunga untuk mencantikkan kawasan perlu diubah. Kerjaya ini sebenarnya cukup menarik jika kita benar-benar ada kesungguhan dan keinginan untuk berjaya,” ujarnya yang pernah bekerja sebagai arkitek landskap selama setahun setengah sebelum memilih profesion sebagai pensyarah.

Menceritakan pengalamannya, ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, kerjaya pensyarah lebih mencabar berbanding arkitek landskap kerana ia melibatkan masa depan pelajar dan membantu memberikan tanggapan awal positif mengenai masa depan dalam bidang tersebut. Pensyarah juga bertanggungjawab melahirkan arkitek landskap yang berkebolehan dan berdaya saing.

Bagaimanapun, ada sebahagian pelajar yang kabur dengan masa depan mereka dan hilang semangat belajar. Untuk menangani perkara ini, Norhayati seboleh-bolehnya akan menyelami masalah mereka dan berbincang dengan baik. Selain itu, beliau turut terlibat sebagai guru penasihat bagi setiap aktiviti melibatkan pelajar seni bina landskap.

Beliau turut mengulas mengenai perkembangan sektor pembinaan di negara ini yang turut memberi kesan kepada pelajar bidang berkenaan. Kekurangan projek menyebabkan pihak jabatan dan fakulti menghadapi kesukaran menempatkan pelajar untuk menjalani latihan praktikal dengan alasan tidak mampu membayar elaun bulanan.

“Dalam kes ini, sama ada pihak firma lebih cenderung untuk memberi peluang kepada mereka atau memikirkan masalah elaun yang perlu diberikan kepada pelajar. Walaupun projek berkurangan, tetapi profesion ini tidak akan hilang begitu saja kerana ia amat penting untuk pembangunan negara,” tegas Nurhayati.

Selain minat dan kreativiti, untuk menjadi arkitek landskap yang berjaya, mereka perlu melakukan banyak rujukan penyelidikan dari luar negara supaya idea-idea baru dapat bercambah dengan baik dan bermanfaat bagi pembangunan negara. Malaysia yang kaya dengan sejarah dan tradisi tersendiri sepatutnya dijadikan aset untuk pembinaan landskap yang unik.

PROFIL

Nama: Nurhayati Abdul Malek

Umur: 30 tahun

Tarikh lahir: 18 November 1975

Asal: Kuala Lumpur

Akademik: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Sarjana Rekreasi dan Pengurusan Persekitaran, Universiti Adelaide, Australia

Kerjaya: Pensyarah Jabatan Seni Bina Landskap, Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitaran UIAM

posted by Blogger @ 4:03 PM  
15 Comments:
  • At 11:42 AM, Anonymous mesmerising1 said…

    Saya akui susah untuk mengubah persepsi masyarakat dalam memahami dan menganggap apa itu senibina landskap yang sebenar,,
    bila kita kata senibina landskap, masyarakat akan menggelarnya landskap sahaja, iaitu yang berkaitan dengan taman2 dan pokok2, tetapi senibina landskap itu sendiri lebih daripada itu dan lebih besar prospek nye..
    saya sebagai pelajar senibina landskap ini, mengajak orang lain yang tahu mengenai senibina landskap dengan lebih mendalam untuk bersama2 mengubah persepsi masyarakat sekarang..
    semoga senibina landskap diangkat standard nya di malaysia..

     
  • At 2:09 PM, Anonymous Anonymous said…

    saya pelajar lepasan spm...tp sy konfius nk ambik subjek form six..kalau bleh sy nk ambik seni,math,sej...tp geografi mst diperlukan...untk course ni,tp sy memang minat course ni, cuma sy takut bila dpt tawaran course lain kat kolej nt.. dan, mst la sy tak dapat peluang nk blaja course ni lg..tlglah sy...perlu ambil f6 atau ke kolej.?

     
  • At 7:02 PM, Anonymous Anonymous said…

    asalamualaikum...
    saya akan keliru untk memilih hala tuju saya kerana sya amat minat dengan seni bina, tetapi ibu bapa saya tidak mengalakkn saya untuk ambil seni bina kerana mereka menganggap seni bina itu kurang pekerjaan. boleh tak beri keterangan lebih lnjut tentang pekerjaan seni bina?

     
  • At 6:55 PM, Blogger andyjiunn said…

    siapa kata seni bina susah mendapat perkerjaan bagi saya mesti ada cara atas sendiri sahaja

     
  • At 2:25 PM, Anonymous Anonymous said…

    sy pelajar dalam jurusan diploma seni bina yang akan melakukan praktikal pada awal bulan dis2011 ni.. sy buntu, sy minat pada seni bina landskap tp saya dapat tempat praktikal d pejabat daerah rembau, sy nk tahu, ada hubung kait ke pejabat daerah tu dgn kerja2 asas seni bina landskap?? -memerlukan penjelasan-
    *syaima
    shy_bab92@yahoo.com

     
  • At 5:16 PM, Anonymous Anonymous said…

    Puan Nurhayati, mungkin kita perlu lebih publisiti tentang industri ini sama ada melalui media cetak, elektronik, maya dan sabagainya. Mohon alumni2, otai2, sesiapa saja yang telah menempa nama didalam industri buat beberapa sumbangan seperti membuat artikel didalam ruang tengah akhbar2 hari minggu (contoh). Terima kasih atas sumbangan itu. salam.

     
  • At 11:01 AM, Anonymous Anonymous said…

    valium online 5mg valium recreational - buy valium 5mg uk

     
  • At 11:29 AM, Anonymous Anonymous said…

    up the jeans by Jack Jones with casual trainers. Some of the jeans sale christian louboutin Ambulance Perspectives, we feature David Manzer. David is the christian louboutin boutique party games to entertain your guests will ensure that everyone Isabel Marant corners, remove the saw and reinsert it where the lines connect.
    market today that can help you win consistently, giving you a christian louboutin shoes jack, while meant largely for gambling, is also a challenging ルイヴィトン 財布 toothpicks or a similarly narrow shaft to hold the stem in place. nike dunk low starts to need maintenance, you wont have any way to access the
    put inside a candle or glowing bulb to your carved pumpkin, http://www.redwing.lib.mn.us/blog/isabelmarant.htm world of jeans on a new level through its regular, boot cut and Michael Kors outlet of mens shirts. Green and Jacks bespoke shirts are made from nike NFL Jerseys very crowded and the rest are completely empty. And you have

     
  • At 7:51 AM, Anonymous Anonymous said…

    some of the lecturer is not good to be lecturer and she is one of it...she said will help student. but i dont think so...

     
  • At 2:50 PM, Anonymous Anonymous said…

    Hi there, I discovered your site by the use of Google at the same time as searching for a related topic, your website came up, it looks good.
    I've bookmarked it in my google bookmarks.
    Hello there, just became alert to your weblog through Google, and found that it is truly informative. I am going to watch out for brussels. I'll be grateful if you happen
    to continue this in future. Numerous other folks can be benefited out of
    your writing. Cheers!

    Here is my site クリスチャンルブタン

     
  • At 10:34 AM, Anonymous Anonymous said…

    Hi, yup this article is truly fastidious and I have learned lot of things from it concerning blogging.
    thanks.

    my website :: トリーバーチ靴

     
  • At 1:55 PM, Anonymous Anonymous said…

    Have you ever considered publishing an e-book
    or guest authoring on other sites? I have a blog based on the same ideas you discuss and would really like to have you share
    some stories/information. I know my visitors would
    appreciate your work. If you are even remotely interested, feel free to send me an e-mail.


    Feel free to surf to my web page blogspot.fr

     
  • At 1:59 PM, Anonymous Anonymous said…

    This post is invaluable. Where can I find out more?

    my blog post; プラダバッグ

     
  • At 12:54 PM, Anonymous Anonymous said…

    Everything is very open with a precise description of the challenges.
    It was truly informative. Your site is useful.
    Many thanks for sharing!

    Feel free to visit my weblog: オークリーサングラス

     
  • At 10:32 PM, Anonymous Anonymous said…

    Hey there this is somewhat of off topic but I was wanting to know if blogs use WYSIWYG editors or if you
    have to manually code with HTML. I'm starting a blog soon but have no coding know-how so I wanted to get guidance from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!

    Here is my homepage ... http://icecap.us/index.php/member/583654

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com