Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Umdatul Hukkam rujukan pengadilan urusan jual beli
Tuesday, March 21, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060320234153/Article/


SEJAK dulu beberapa sultan dalam kerajaan Melayu memerintahkan ulama supaya menulis sesebuah kitab yang dikehendaki atau yang baginda minati.


Pada pemerintahan Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Muazzam Syah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Syah di Kerajaan Pahang, baginda menitahkan seorang ulama yang berasal dari Patani menyusun sebuah kitab. Ulama itu ialah 'Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani. Selepas kitab itu selesai disusun, ia diberi judul Umdatul Hukkam li Ta'dilil Ahkam.

Umdatul Hukkam koleksi saya, hanya jilid 1. Itu pun tidak lengkap. Yang ditemui mulai kulit depan hingga sampai halaman 168 saja.

Memperhatikan halaman yang saya temui, dapat disimpulkan bahawa Umdatul Hukkam adalah sebuah kitab bahasa Melayu untuk kepentingan mahkamah atau pengadilan yang dikhususkan dalam bidang jual beli serta perkara berkaitannya.

Ada beberapa hal menarik dibicarakan mengenai edisi cetakan pertama yang berjudul Mathba'ah Al-'Ubudiyah Al-Fathaniyah Al-Kainah bi Al-Baserah Al-Fahamiyah Al-Mahmiyah. Cetakan itu dilaksanakan pada 1359 Hijrah/1940 Masihi. Nama percetakan diberikan oleh penyusun kitab mempunyai sejarah yang panjang. Ia ada hubungannya dengan kegiatan Syeikh Ahmad al-Fathani di Makkah serta hubungan dengan Patani dan Mathba'ah Al-Ahmadiah di Singapura. Yang dimaksudkan dengan perkataan Al-Baserah Al-Fahamiyah’ ialah Beserah di Pahang.

Sebelum membicarakan kandungannya, terlebih dulu diperkenalkan Kata Pengantar oleh Sultan Pahang. Kata baginda: “Adalah kitab Umdatul Hukkam li Ta'dilil Ahkam ini dengan kehendak beta menanggungkan atas orang yang beta percayai akan dia, iaitu al-Labibun Najib Tuan Haji Wan 'Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Fathani, pada menterjemahkan dia ke bahasa Melayu dari kitab Fiqh asy-Syafi'iyah yang masyhur.

“Alhamdulillah, maka sempurnalah kehendak beta dengan khidmat tangannya yang ikhlas itu. Mudah-mudahan membalas Allah akan dia dengan sebaik-baik balasan."

Daripada kalimat ini dapat diambil pengertian bahawa pada zaman itu dalam Kerajaan Pahang masih kukuh menjadikan kitab mazhab Syafie sebagai pegangan istana. Ia perlu disebarkan kepada masyarakat oleh ulama yang boleh dipercayai ikhlas seperti Abdul Mubin Muhammad Thaiyib al-Fathani yang disebut sendiri Sultan Pahang.

Selanjutnya baginda bertitah: “Maka adalah maksud beta supaya dijadikan kitab Umdatul Hukkam ini pemimpin bagi yang ditauliah pada perkara syarie di dalam negeri Pahang ini.

“Dan menggunakan dia, dan berpegang dengan nas-nas yang tersebut padanya, pada menimbangkan perselisihan atau mengitsbatkan ke dalam buku keputusan atau memfatwakan pertanyaan.

“Betapa tidak, kerana di dalamnya terhimpun dan teratur daripada beberapa masalah yang disajikan, pada hal susah dan payah daripada kitab yang lain pada telek dan memungutkan.”

Apabila diteliti kandungan Umdatul Hukkam, banyak juga perkara yang tidak dibicarakan dalam kitab Melayu/Jawi selainnya, terkandung dalam kitab itu.

Di antara perkara itu istilah khusus dalam lingkungan mazhab Syafie, seperti istilah ‘qaul qadim‘ dan ‘qaul jadid’. Kedua-dua istilah ini banyak dibicarakan oleh orang Melayu. Bagaimanapun, apabila diminta menakrifnya, kebanyakannya gagal memberikan takrif yang betul dan jelas.

Takrif betul kedua-dua istilah itu disebut dalam Umdatul Hukkam sebagai berikut: ‘qaul qadim’ ialah ‘perkataan, fatwa dan karangan Imam Syafie ketika beliau berada di Iraq’.

“Qaul jadid ditakrifkan ‘perkataan, fatwa dan karangan Imam Syafie setelah beliau pindah ke Mesir‘"’.

Dikatakan ‘qaul qadim’ diriwayatkan beberapa jemaah yang masyhur termasuk Imam Ahmad bin Hanbali, az-Zaghfarani, al-Karbisi dan Abu Tsauri.

‘Qaul jadid‘ pula diriwayatkan seperti al-Buaithi, al-Muzani, ar-Rabi' al-Muradi, Harmalah, Yunus bin 'Abdul A'la, 'Abdullah bin az-Zubeir al-Makki, dan Muhammad bin 'Abdul Hakam.

Kedua-dua istilah itu dihuraikan dengan agak panjang. Pada penelitian saya memang belum ada kitab Melayu/Jawi yang membicarakan sepanjang demikian.

Setelah selesai membicarakan kaedah dan istilah yang digunakan dalam mazhab Syafie, lalu memasuki bahagian pertama yang membicarakan Kitab al-Bai' atau perniagaan.

Tuan Guru Haji 'Abdul Mubin al-Fathani menulis: “Ketahui olehmu, bahawasanya bai', pada loghat, iaitu membetuli suatu dengan suatu. Dan pada syarak, yakni membetuli harta dengan harta atas wajah yang tertentu.”

Ayat al-Quran digunakan sebagai hujah untuk kerja perniagaan, kemudian dikemukakan beberapa hadis. Antaranya hadis yang diutamakan bahawa ketika Nabi Muhammad SAW ditanya: “Apa usaha yang terlebih baik? Maka sabdanya: “Amal seorang lelaki dengan tangannya “Hadis ini diriwayatkan al-Hakim dan Ahmad. Perkataan ‘mabrur’ dijelaskan Tuan Haji Wan 'Abdul Mubin al-Fathani: “Yakni yang tiada tipu daya padanya dan tiada khianat.”

INTI PATI
  • Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Muazzam Syah ibni Al-Marhum Sultan Abdullah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Syah menitahkan Abdul Mubin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani menyusun kitab Umdatul Hukkam li Ta'dilil Ahkam.
  • Kitab bahasa Melayu yang membicarakan soal kepentingan mahkamah atau pengadilan dikhususn dalam bidang jual beli serta perkara berkaitan.
  • Edisi cetakan pertama berjudul Mathba'ah Al-'Ubudiyah Al-Fathaniyah Al-Kainah bi Al-Baserah Al-Fahamiyah Al-Mahmiyah. Ia dicetak pada 1359 Hijrah/1940 Masihi.
  • posted by Blogger @ 2:47 PM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    About Me

    Name: Blogger
    Home: Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Kunjungan

    Pengunjung Dari Negara Online
    Previous Post
    Archives
    Links
    Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com