Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Menghayati sejarah tulisan bahasa Arab dan tulisan Jawi
Thursday, March 02, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm


SELAIN memperkaya sesuatu bahasa dengan kemasukan perbendaharaan kata, bahasa Arab juga sebenarnya telah memperkenalkan satu sistem tulisan. Sehubungan itu mana-mana bahasa yang belum memiliki sistem tulisan yang boleh menterjemah pertuturan seharian mudah menerima pakai sistem tulisan Arab.

Contohnya, sistem tulisan Jawi yang teratur baik pada Batu Bersurat Terengganu menunjukkan bahawa huruf Arab telah pun digunakan dalam bahasa Melayu lama sebelum tahun 1303 Masihi. Sistem tulisan Jawi pada awal abad ke-14 M ini bolehlah dikatakan sudah mencapai tahap yang baik walaupun tidak mengikut satu sistem yang mantap. Tulisan perkataan Melayu ketika itu dibuat mengikut pendekatan tulisan perkataan Arab iaitu tidak menggunakan huruf-huruf saksi.

Abad ke-14 M bolehlah dianggap sebagai zaman peralihan bagi masyarakat Melayu yang sebelum itu dipengaruhi kebudayaan India. Ketika itu bahasa Melayu mengalami suatu evolusi yang cepat dalam perkembangan perbendaharaan kata dan tulisan apabila menerima banyak perbendaharaan kata dalam bentuk tulisan Jawi.

Kedatangan Islam telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan bahasa Melayu yang ketika itu belum mempunyai satu sistem tulisan yang teratur. Islam telah membantu mengatasi kekurangan itu dengan memberikan sistem tulisan Jawi, yang kemudiannya menjadi tulisan rasmi di beberapa daerah kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu hingga abad ke-20 M.

Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan sebagai tulisan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masyarakat Melayu tempatan telah menambah beberapa huruf tambahan untuk sebutan yang tidak terdapat dalam bahasa Arab seperti cha, nga, ga, pa, wau bertitik dan nya.

Gang Geong Sok, seorang pengkaji berbangsa Korea, berpendapat bahawa penggunaan tulisan Jawi boleh memudahkan seseorang untuk memahami Islam kerana teks yang berkaitan al-Quran dan al-Hadis lebih sinonim berpasangan dengan bahasa Arab, tulisan Arab atau tulisan Jawi.

Beliau menyatakan teks yang berkaitan dengan agama Islam tidak begitu sesuai dengan tulisan Rumi (Latin) yang berasal daripada pengaruh agama Kristian. Beliau juga menganggarkan terdapat kira-kira 7,000 manuskrip bertulisan Jawi masih tersimpan di muzium negara-negara Barat yang tiada salinannya di Kepulauan Melayu.

Menurut seorang pengkaji bahasa Indonesia, Ayob Jadwat, terdapat 34 bahasa yang masih menggunakan tulisan Arab dalam penulisan bahasa mereka pada awal abad ke-20. Antara bahasa tersebut ialah bahasa Parsi, bahasa Turki, bahasa Kurdis dan bahasa Melayu.

Penyelidik Osman Khalid pada tahun 1988 berpendapat sebelum kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu, pengaruh dan kesan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu adalah besar. Sehubungan itu hampir semua buku teks, buku ilmiah yang bercorak keagamaan, siaran-siaran kerajaan, perutusan-perutusan rasmi, pemasyhuran dan perjanjian-perjanjian rasmi kerajaan ditulis dalam tulisan Jawi.

Kajian Sohair Abdel Munem Sery mendapati akhbar-akhbar dan majalah-majalah bertulisan Jawi telah muncul dalam pelbagai bentuk keluaran iaitu mingguan, bulanan, dwi bulanan dan tahunan di beberapa buah negeri Persekutuan Tanah Melayu selepas akhbar Jawi Peranakan diterbitkan di Singapura pada tahun 1876.

Kebanyakan nama majalah dan akhbar pada masa itu adalah berunsur Arab. Penggunaan majalah dan akhbar bertulisan Jawi ini menggambarkan betapa tersebar luasnya tulisan Jawi di kalangan masyarakat. Masyarakat orang Melayu ketika itu boleh dikatakan masyarakat pembaca Jawi.

Faktor pemudah

Keadaan inilah yang menjadi salah satu faktor pemudah dalam pembelajaran bahasa Arab pada zaman itu. Besarnya pengaruh bahasa Arab bukan sahaja dapat dilihat pada nama-nama orang Melayu, tetapi juga boleh dilihat pada kata pinjaman daripada bahasa Arab yang terdapat dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu.

Menurut Amat Juhari Moain, tulisan Arab telah dibawa masuk ke alam Melayu dan digunakan sebagai tulisan untuk bahasa Melayu. Bukti terawal menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Arab di alam Melayu telah bermula pada abad ke-3 Hijrah yang bersamaan dengan abad ke-10 M. Ini berdasarkan tulisan Arab dalam bentuk prasasti yang pernah dijumpai di beberapa tempat di nusantara.

Antaranya ialah di Kedah semasa zaman Langkasuka, iaitu pada batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam pada 290H/910. Kedua, di Pekan, Pahang, iaitu pada batu nisan yang bertarikh 14 Rabiulawal 419H/1030M. Penemuan ketiga pula ialah di Vietnam, iaitu pada batu nisan di Phan-Rang Vietnam yang dahulunya termasuk dalam Wilayah Selatan Champa pada 431H/1039M.

Seterusnya keempat di Brunei, iaitu pada batu nisan puteri Sultan Abdul Majid ibn Mohamad Syah al-Sultan pada 440 H/1048M. Yang kelima pula ialah di Grisek, Jawa Timur, iaitu pada batu nisan Fatimah binti Maimun binti Hibat Allah pada 475H/1082M.

Bagi orang-orang Melayu, antara faktor kepentingan bahasa Arab ialah tulisan Jawi yang huruf asalnya adalah daripada bahasa Arab. Sejak abad ke-16 M, tulisan Jawi telah mendominasikan perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu. Syed Muhammad Naguib menyatakan bahawa terdapat manuskrip terjemahan daripada bahasa Arab yang bertulisan Jawi seperti kitab Aqaid al-Nasafi yang ditulis pada tahun 1590 M.

Seterusnya Marjuni Rangkuti mendapati selepas pertengahan abad ke-20 peranan tulisan Arab dalam penulisan bahasa Melayu tidak begitu penting lagi. Penggunaannya di Malaysia dan Indonesia adalah terhad untuk buku agama yang tertentu dan digunakan oleh golongan tertentu sahaja, walaupun aksara Arab telah digunakan lebih ratusan tahun untuk penulisan bahasa Melayu.

Di Malaysia, sebelum ini terdapat surat khabar harian Utusan Melayu yang menggunakan tulisan Jawi. Namun, di Indonesia akbar harian bertulisan Jawi tidak diterbitkan lagi.

Berdasarkan pengalaman ini, dapat disimpulkan masyarakat Melayu telah menerima kemasukan tulisan Arab dan digunakan dalam penulisan bahasa Melayu dengan rela hati.

Ini bermakna masyarakat Melayu berkemahiran menulis sama ada ayat al-Quran, al-Hadis, doa, kata-kata hikmah dan teks bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Dengan kata lain, penguasaan tulisan Jawi dan penggunaan ayat al-Quran, al-Hadis dan doa dalam kehidupan seharian banyak membantu pelajar untuk belajar bahasa Arab.

posted by Blogger @ 6:34 PM  
1 Comments:
  • At 9:29 AM, Anonymous Anonymous said…

    http://technologiesuae.com/#use xanax drug family - xanax for insomnia

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com