Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Matn al-Ajrumiyah rujukan pondok dunia Melayu
Tuesday, April 04, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060403234149/Article/




MATAN (teks) ilmu nahu yang paling terkenal di seluruh dunia Islam ialah ‘Matn al-Ajrumiyah’ yang disusun oleh Syeikh Muhammad bin Muhammad ash-Shanhaji. Beliau lahir di Fez, Maghribi pada 672 hijrah/1273 Masihi dan meninggal dunia pada 723 hijrah/1323 Masihi.

Ada beberapa matan nahu yang diajar di pelbagai pondok dunia Melayu, tetapi tidak banyak mempunyai syarah.

Matn al-'Awamil al-Jurjani hanya ada satu syarah, yang diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Matn Alfiyah Ibni Malik tidak pernah disyarah oleh ulama Melayu.

Matn ar-Risalah al-Fathaniyah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ada dua syarah. Ia disyarah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri dan syarah yang lain diusahakan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Ismail as-Sanawi al-Fathani.

Berbeza dengan ‘Matn al-Ajrumiyah’, kitab ini disyarah oleh ramai ulama. Hampir semua syarah al-Ajrumiyah tidak asing lagi bagi tok guru pondok dan pelajar peringkat akhir pendidikan pondok. Antara paling terkenal dan banyak diajarkan ialah ‘Mukhtashar Jiddan’ oleh Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Begitu juga dengan ‘Kitab Kawakib ad-Durriyah’. Ulama dunia Melayu mempelbagaikan kitab Matn al-Ajrumiyah. Contohnya, Syeikh Ahmad al-Fathani mengubah bentuk yang asli kalam nasar (susunan kalimat biasa) menjadi kalam nazham (puisi) yang diberi judul "ats-Tsimarusy Syahiyah".

Syeikh Ahmad al-Fathani tidak menulis syarah daripada Matn al-Ajrumiyah yang asli. Beliau juga menulis syarah daripada yang beliau nazamkan, namun tidak sempat selesai.

Sebuah syarah al-Ajrumiyah yang ditulis oleh Syeikh 'Abdu Ilah bin 'Utsman, seorang Arab, berjudul ‘Kitab al-Kharidah al-Bahiyah’ yang ditashhih Syeikh Ahmad al-Fathani.

Cetakan pertama oleh Mathba'ah at-Taraqqi al-Majidiyah, Makkah pada 1328 Hijrah. Pada cetakan pertama, ada syair Syeikh Ahmad al-Fathani. Ada juga ulama kita masih mengekalkan kalimat demi kalimat seperti pada Matn al-Ajrumiyah, tetapi pada bahagian bawah perkataan diberi gantungan maknanya ke dalam bahasa Melayu.

Semua yang dipelbagaikan saya tinggalkan saja kerana artikel ini hanya menumpukan syarah kitab dalam beberapa versi yang diselenggarakan oleh ulama dunia Melayu.

Syarah al-Ajrumiyah yang ada pada saya, yang paling awal dan tebal diselenggarakan Haji Muhammad Ma'shum bin Syeikh Salim as-Samarani as-Sapatoni, seorang ulama besar dari Semarang, Jawa Tengah.

Kitab itu berjudul Hasyiyah ‘Tasywiq al-Khullan 'ala Syarh al-Ajrumiyah li Saiyid Ahmad Zaini Dahlan’ diselesaikan pada malam Jumaat, Jamadilakhir 1303/Mac 1885. Pada bahagian mukadimah dicatatkan beberapa karya gurunya Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan sedikit mengenai gurunya Saiyid Abi Bakri Syatha.

Masih ada dalam pasaran kitab dan diajarkan di beberapa pondok-pesantren di Jawa. Dicetak oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, tanpa dinyatakan tahun cetakan.

Lebih 20 tahun kemudian al-Ajrumiyah disyarah pula oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani diberi judul "Janiyatus Tsamarat fi Ta'rifi Ba'dhil Kalimat". Ia diselesaikan di Makkah, Subuh Jumaat, awal Rabiulawal 1325/12 April 1907.

Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah 1325. Pada cetakan ini ada juga ilmu isti'arah, karya gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Janiyatus Tsamarat pernah diajar di Masjid al-Haram, Makkah; Madrasah Shaulatiyah dan beberapa institusi pendidikan di Jambi.

Daripada al-Ajrumiyah juga Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani menulis dalam bentuk atau bahasan yang berbeza dengan judul di atas. Karangan beliau yang baru mengandungi empat jilid iaitu ‘Tamhid al-Manahij al-Adabiyah fi I'rab Mabani al-Ajrumiyah’. Ia diselesaikan pada Isnin, 10 Zulkaedah 1352.

Jilid 1 dan 2 dicetak oleh The New Klang Press, Klang pada Isnin, 11 Rejab 1352/30 Oktober 1933. Jilid 4, dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang.

Kitab yang empat jilid itu pernah diajar di beberapa madrasah di Selangor pada zaman Tengku Mahmud Zuhdi sebagai Syeikh al-Islam Kerajaan Selangor.

Syarah al-Ajrumiyah oleh Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani atau lebih dikenali Tok Kenali. Syarah al-Ajrumiyah" oleh Tok Kenali berjudul "Mulhiq li Miftah at- Ta'allum fi I'rab Matn al-Ajrumiyah wa al-Amtsilah 'ala Ratbih". Ia selesai ditulis pada 29 Syaaban 1354/25 November 1935.

Kitab Tok Kenali itu dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang murid beliau, Tuan Guru Haji 'Abdullah Tahir bin Ahmad, Bunut Payung, Kelantan. Dicetak oleh Persama Press, 83 Achen Street, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru 'Abdullah Tahir bin Ahmad bin Muhammad Zain, 9 Safar 1356.

Kitab susunan Tok Kenali ini pernah diajar di beberapa pondok pengajian yang dibina oleh murid Tok Kenali, terutama di seluruh Kelantan. Antaranya di Bunut Payung diajar oleh Tuan Guru Haji Abdullah Tahir.

Apa yang dipaparkan di atas adalah sebagai bukti bahawa ulama kita, yang berasal dari dunia Melayu, menguasai ilmu Arabiah sehingga mampu mengulas ilmu nahu dan ilmu lainnya setaraf dengan ulama dari dunia Arab.

Beberapa karya ulama kita yang dikenal pasti pernah diajar di dunia luar kawasan Melayu adalah oleh Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi dan Syeikh 'Abdul Hamid Kudus.
posted by Blogger @ 8:14 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com