Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bahasa temukan Abdul Karim Germanus dengan Islam
Thursday, June 22, 2006
Berita harian, 22 Jun 2006

Susunan: ZUARIDA MOHYIN

PENGHIJRAHAN akidah yang dilalui oleh Abdul Karim Germanus telah mengubah kehidupan profesor di sebuah universiti di Republik Hungary ini buat selama-lamanya. Malah beliau pernah menggambarkan pengislamannya itu sebagai detik kesedaran.

Abdul Karim Germanus (1884-1979) atau sebelum ini dikenali sebagai Julius Germanus menghabiskan separuh daripada hayatnya dalam usaha mempertahankan Islam dan bahasa Arab. Beliau tertarik dengan agama Islam selepas berjaya membebaskan diri daripada kemelut zaman remaja dan penindasan tradisi di negara kelahirannya.

Germanus dilahirkan di Budapest, republik Hungary pada 1884 dan dibesarkan dalam agama Kristian. Sebaik sahaja menamatkan pengajian dari Universiti Budapest, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang bahasa Turki. Lantaran itu, beliau berhijrah ke Universiti Istanbul pada 1903 untuk memenuhi cita-citanya. Dalam tempoh dua tahun, beliau menguasai bahasa Turki selain mahir bertutur, membaca dan menulis.

Sepanjang di Universiti Istanbul, beliau terjumpa dengan tafsiran kritis tentang al-Quran dalam bahasa Turki. Inilah petanda awal yang menjadi titik tolak kepada perubahan dan minat beliau kepada Islam dan al-Quran.

Tafsiran kritis ini membolehkannya memahami Islam daripada sumber yang sahih dan asli dan beliau turut dapat melihat pelbagai tafsiran kritis daripada beberapa bahasa serta salah anggapan tentang Islam yang sampaikan mubaligh-mubaligh Kristian.

Bersemangat untuk mengetahui kebenaran tentang Islam, beliau memutuskan untuk mengendalikan satu kajian perbandingan penulisan agama Kristian tentang Islam, al-Quran dan sunah. Beliau turut menterjemah hadis dalam bahasa Turki untuk mendalami sabda Rasulullah melalui sumber yang tulen.

Germanus pulang ke Hungary dari Istanbul dan bertemu dengan bekas profesornya yang merupakan seorang orientalis yang bereputasi baik tetapi mengeluarkan banyak kenyataan salah tentang Islam. Beliau berdebat dengan mereka tentang keperibadian sebenar Rasulullah. Setelah bertelingkah dengan profesornya, Germanus membuat keputusan mendalami bahasa Arab selepas mendapat tahu bahawa bahasa Turki mempunyai banyak unsur bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian Arabnya dan akhirnya mahir dalam bahasa tersebut dan kemudiannya menguasai bahasa Parsi.

Kecemerlangan beliau dalam pengajian bahasa telah membawanya ke pelantikan jawatan profesor bahasa Arab, Parsi dan Turki serta sejarah Islam di Akademi Diraja Hungary di Budapest pada 1912. Beliau kemudian dilantik ke Jabatan Pengajian Oriental, Universiti Ekonomi di Budapest.

Beberapa tahun berkhidmat di universiti itu, beliau menerima undangan mengajar dan mengisi kerusi Pengajian Islam, Universiti Visva-Bharati di Shantiniketan, Bengal daripada pensyair berdarah campuran Bengali-India serta seorang tokoh terkemuka di negara itu, Gurudev Rabindranath Tagore (1861-1941) pada 1928. Beliau menetap di India beberapa tahun dan ketika itulah Germanus melafazkan syahadah di Masjid Agung Delhi dan menggunakan nama Islam, Abdul Karim. Beliau diberi keistimewaan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid tersebut pada setiap minggu.

Keghairahan beliau mendalami Islam telah membawanya bertemu dengan seorang penyajak muslim yang terkenal pada masa itu. Beliau gembira dapat berkenalan dengan pensyair muslim yang berasal dari Pakistan, Muhammad Iqbal. Perbualan mereka sering kali berlarutan panjang yang sentiasa berkisar isu-isu penting yang diharungi umat Islam. Mereka juga membincangkan kerjasama dengan para Orientalis dan aktiviti-aktiviti daripada mubaligh-mubaligh Kristian.

Germanus dan Iqbal mempunyai pandangan berbeza tentang aktiviti-aktiviti para mubaligh. Germanus percaya bahawa propaganda ini berpunca daripada usaha pengembangan daripada mubaligh-mubaligh Kristian di Eropah. Iqbal pula mempercayai bahawa ia disebabkan tiadanya penyatuan antara umat Islam. Dialog berpanjangan antara mereka berkesudahan dengan masalah orientalisme dan dan kelemahan kerjasama antara para Orientalis.

Selain itu, Germanus turut mempunyai hubungan yang agak rapat dengan penulis terkenal dari Mesir, Mahmoud Timour. Timour ada menulis catatan tentang perjalanan pengislaman Germanus dalam salah sebuah bukunya yang berbunyi: “Apabila saya bertanyakan faktor yang membawa kepada pengislamannya, Germanus mengusap jambangnya dan mengakui pengislamannya sebagai satu detik kesedaran bahawa Islam itu adalah agama yang benar. Ia menyedarkan saya serta mereka yang tiada pegangan akidah tentang toleransi dalam Islam. Mereka juga bebas daripada cengkaman tradisi. Saya tahu ramai golongan profesional yang menemui kebenaran menerusi Islam jauh di sudut hati mereka. Saya lantas bertanya sebab yang membawanya kepada Islam?” Dengan nada tenang beliau menjawab: “Satu perkara yang menarik saya kepada Islam ialah ia adalah intipati kepada semua perkara dan perkara itu ialah kesucian, kebersihan rohani dan fizikal dan perlakuan sosial dan perasaan.”

Kecintaan Germanus terhadap bahasa Arab membawanya ke Kaherah, Mesir di mana beliau melanjutkan pengajian bahasa Arab klasik. Sewaktu tiba di bandar pelabuhan Iskandariah, beliau terkejut dengan sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan di situ. Mereka mentertawakannya setiap kali beliau bertutur bahasa Arab kerana beliau menggunakan bahasa Arab klasik. Apabila mereka bercakap dengannya pula, Germanus langsung tidak memahami apa yang disampaikan kerana mereka banyak menggunakan bahasa basahan. Respons negatif yang diterima benar-benar mengecewakan Germanus.

Beliau membawa hati yang lara ke Universiti Budapest dan bekerja sebagai profesor sejarah dan tamadun selama lebih 40 tahun lamanya. Dalam tempoh tersebut beliau menghasilkan beberapa kertas kajian bagi menghidupkan semula bahasa Arab klasik di dunia Arab. Beliau berazam mengembalikan semula kegemilangan bahasa itu yang sudah lama mati seperti bahasa Latin di Eropah, sekali gus mengimpikan suatu hari nanti negara-negara Arab akan bertutur menggunakan satu bahasa yang mampu memperkukuhkan ikatan bangsa Arab yang kaya dengan warisan sejarah.

Sepanjang kerjaya akademiknya, Germanus sentiasa memerangi Orientalis Eropah yang menyokong kolonialisme. Beliau akan menggunakan bukti dan hujah yang rasional walaupun terpaksa berhadap dengan mereka yang menentang. Kesan pertikaian antaranya dengan Orientalis menyebabkan Germanus

dipecat.

Pun begitu, sokongan kuat yang diperoleh daripada pelajar-pelajarnya menyaksikan penyambungan semula jawatan sebagai profesor biarpun mendapat tentangan rakan Orientalis.

Pada pertengahan abad ke-20, pertubuhan pelajar di dunia Arab berusaha untuk seiring dengan dunia moden. Mereka berharap dapat membina hubungan dengan para ilmuan Barat, lantas pertubuhan pelajar di Iraq melantik Germanus sebagai wakil luar negara serta ahli akademik bahasa Arab di Kaherah dan Damascus pada 1962.

Sementara itu di Hungary, Germanus berikhtiar menyatupadukan umat Islam di negaranya yang hanya berjumlah antara 1,000 hingga 2,000 orang pada masa itu. Beliau menubuhkan sebuah organisasi yang mengendalikan hal ehwal umat Islam di Hungary dan berjaya meyakinkan kerajaan Hungary untuk mengiktiraf agama Islam sebagai salah satu agama rasmi negara itu.

Selain itu, Germanus juga adalah antara sebilangan orang Eropah yang berpeluang menziarahi tanah suci Mekah dan Madinah sewaktu perjalanannya dari Mesir ke Arab Saudi pada 1935. Beliau sempat menulis sebuah memoir perjalanan sucinya bernama Allahu Akbar yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Empat tahun kemudian, beliau menunaikan fardu haji untuk kali kedua.

Germanus berkahwin dengan seorang wanita Eropah yang beragama Kristian pada masa perkahwinan mereka. Namun, dengan bantuan penulis dan ahli akademik terkemuka, Ahmed Abd. Al-Ghafur Attar, akhirnya isteri beliau turut mendapat hidayah Ilahi.

Sumbangan Germanus dalam dunia penerbitan di Eropah memang diakui banyak terutama yang menyentuh tentang Islam. Dalam salah satu rencananya, beliau menulis: “Saya adalah seorang lelaki berbangsa Eropah yang suatu masa dahulu sentiasa menjadi hamba kepada kuasa, emas dan pengaruh. Saya terpengaruh dengan kesederhanaan di dalam Islam dan penghormatan yang diperoleh di kalangan umat Islam. Muslim di dunia ini akan sentiasa menjaga intipati sebenar Islam menerusi kerohanian dan contoh terpuji. malah Islam sentiasa menjaga asas-asas kebebasan, persaudaraan dan kesamaan antara manusia.”

Germanus meninggal dunia pada 7 November 1979 selepas berjuang bermati-matian demi menegakkan syiar Islam selama hampir 50 tahun lamanya.

Buku-buku beliau ialah The Greek, Arabic Literature in Hungarian, Lights of the East, Uncovering the Arabian Peninsula, Between Intelectuals, The History of Arabic Literature, The History of Arabs, Modern Movements In Islam, Studies in the Grammatical Structure of the Arabic Language, Journeys of Arabs, Pre-Islamic Poetry, Great Arabic Literature, Guidance from the Light of the Crescent (a personal memoir), An Advanture in the Desert, Arab Nationalism, Allahu Akbar, Mahmoud Timour and Modern Arabic Literature, The Great Arab Poets dan The Rise of Arab Culture.

posted by Blogger @ 7:49 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com