Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Personaliti: Badrul Hisham dakwah menerusi kartun
Thursday, June 22, 2006
Berita Harian, 22 jun 2006

PROFIL:

Nama: Badrul Hisham Mohamad Shari
Lahir: 30 Mac 1962
Asal: Padang Rengas, Perak
Jawatan: Pengarah Seni, Galeri Ilu Sdn Bhd
Pendidikan: Diploma Reka Bentuk Grafik, Institut Teknologi Mara

BELIAU tidak memiliki kemampuan untuk berdiri di hadapan pentas dan berceramah berjam-jam. Malah, tidak juga mahir menulis artikel menarik serta mantap mengenai pelbagai ajaran dalam Islam.

Bagaimanapun, Badrul Hisham Mohamed Shari, 44, sedar dakwah tidak hanya bersandar kepada ceramah atau penghasilan kitab agama. Sesiapa saja perlu melaksanakan tugas itu mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berpegang kepada firman Allah bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan bertukar pendapat dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin.” (Surah an-Nahl, ayat 125). Ayat ini begitu menginsafkannya bagaimana setiap umat Islam boleh melaksanakan tanggungjawab ke arah kebaikan walaupun sekadar nasihat atau bertukar pandangan.

Badrul Hisham sedar Allah mengurniakan bakat kepadanya dan perlu menggunakan anugerah itu sebaiknya. Beliau beriltizam memulakan usaha dakwah mengikut kemampuannya – menerusi lukisan kartun.

Kartunis yang juga Pengarah Seni di Galeri Ilmu Sdn Bhd itu berkata, berbanding ceramah atau artikel, kartun adalah medium yang lebih berkesan untuk mengetengahkan pelbagai isu termasuk ilmu agama kepada masyarakat.

Katanya, ini disebabkan kartun secara umumnya bertindak menyampaikan sesuatu idea secara santai, menyindir secara halus. Malah, lukisan kartun pula dihasilkan dengan konsep lucu menyebabkan ia boleh diterima kebanyakan masyarakat.

Badrul Hisham berkata, kebanyakan masyarakat di negara ini juga kurang gemar membaca, terutama bacaan yang mengupas isu berat atau artikel yang terlalu panjang menyebabkan kartun menjadi antara tarikan bagi mereka.

“Kebanyakan pembaca lebih suka membaca bahan bacaan ringan seperti cerita misteri atau hiburan. Mereka juga akan menyelak helaian muka surat dalam majalah atau buku dan akan berhenti pada muka yang memiliki kartun berbanding yang penuh dengan baris ayat,” katanya.

Menyedari besarnya pengaruh kartun dalam masyarakat dan potensi bidang itu dalam berdakwah, beliau menggunakan sepenuhnya bakat melukis kartun untuk menghasilkan karya yang mampu mengajak masyarakat menuruti perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Badrul Hisham kini melukis kartun secara tetap untuk ruangan Sketsa Rumah Tangga dalam majalah bulanan Anis; Godaan Syaitan dalam majalah bulanan Asuh selain pelbagai ilustrasi dalam dua majalah itu serta majalah bulanan Asuh Kids.

Beliau mula berdakwah menerusi kartun bermula kira-kira 10 tahun lalu apabila diterima bertugas sebagai artis grafik bagi majalah terbitan Galeri Ilmu.

Selain bertanggungjawab menghasilkan grafik dan mereka bentuk paparan muka surat, beliau menghasilkan kartun untuk majalah berkenaan.

“Dakwah menerusi kartun pernah dipelopori beberapa majalah di negara ini sekitar 10 tahun lalu antaranya majalah OK! dan Lanun tetapi akhirnya majalah itu ‘terkubur’. Sejak itu, saya dapati sudah tidak banyak kartun yang mengetengahkan unsur dakwah.

“Ramai kartunis mahu berdakwah menerusi kartun, tetapi tidak ada saluran berbuat demikian. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan itu,” katanya.

Beliau berkata, kartunis yang ingin menghasilkan kartun sebagai bahan dakwah juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dakwah. Antaranya memahami ajaran Islam, bijak mengenal pasti sasaran dan menyampaikan bahan secara berhikmah.

Dalam mengenal pasti isu yang sesuai bagi sasaran pembaca komik kartunnya, Badrul Hisham bergaul dengan rakan sekerjanya di kalangan wanita selain melihat telatah isteri, anak-anaknya dan masyarakat sekeliling.

“Saya juga gemar membaca banyak majalah untuk mendapatkan idea. Melukis kartun juga memerlukan imaginasi dan saya perlu meletakkan diri sebagai sasaran pembaca iaitu kanak-kanak atau golongan ibu ketika melukis.

“Saya juga perlu mengetahui ilmu agama seperti bagaimana berlakunya tipu daya syaitan untuk menghasilkan siri komik Godaan Syaitan,” katanya yang turut menegaskan tanpa ilmu dakwah, lukisan kartun itu mungkin tidak diterima sasaran pembaca atau keterlaluan.

Katanya, berbanding ceramah, kartun akan dibaca oleh pembeli majalah yang puluhan ribu menyebabkan beliau sedar bahawa tanggungjawab memastikan sesuatu karya itu benar-benar berkesan menyampaikan dakwah, tidak boleh diambil mudah.
posted by Blogger @ 9:46 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com