Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Seminar Membongkar Bahaya Islam Liberal,Gejala Murtad dan IFC-Mesti hadir!!
Saturday, July 08, 2006
M@rhaen

Kiriman: Urusetia Diskusi Ummah


Assalamualaikum,

Menginsafi akan suasana semasa yang berlaku di negara ini dengan timbulnya pelbagai isu yang begitu menyentuh sensitiviti ummat Islam seperti gejala murtad, Islam Liberal, tuntutan kumpulan Artikel 11, cubaan mengwujudkan IFC, penentangan terhadap perlaksanaan syariat Islam serta pelbagai lagi, maka sekumpulan NGO-NGO Islam yang prihatin akan menganjurkan satu seminar khas bagi membongkar segala hal yang berkaitan pada 16/7/2006 (Ahad).

Tuan/Puan adalah dijemput beramai2 untuk hadir. Bersama dengan ini juga dilampirkan maklumat lengkap tentang seminar tersebut dan kami berharap agar pihak Tuan dapat menghebahkannya untuk manfaat bersama. Wassalam

ABDULLAH HAJI ABDUL KARIM
B/P URUSETIA DISKUSI UMMAH
CABARAN UMMAT MELAYU ISLAM DI MALAYSIA
DARIPADA SUDUT AQIDAH.

Diskusi Ummah
Cabaran Umat Melayu Islam Di Malaysia Dari Sudut Aqidah

“ Membongkar Bahaya Islam Liberal, IFC dan Gejala Murtad”

Kami dengan segala hormatnya menjemput seluruh warga Malaysia untuk hadir di dalam seminar di atas. Berikut adalah butiran seminar tersebut. Maklumat lanjut boleh dilihat di dalam attachment yang dilampirkan.

Tarikh: 16 Julai 2006
Hari: Ahad
Tempat: Auditorium LT2, Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7, Shah Alam
Masa: 8.00 pagi – 1.30 tengahari
Yuran Penyertaan : RM20.00 setiap peserta/RM15.00 untuk pelajar
Sila hubungi

En Farish Husin 013-3923891
En Hisham Ibrahim 019-2396514
En Tajul 019-2701055
Cik Shariza 012-9147184

Faksimili: 03-33923346 (Sila faks kan slip deposit bank untuk bayaran dan catitkan nama penuh)

E-mail : seminar_islam@hotmail.com

Alamat untuk dihubungi Sekretariat Seminar Cabaran Umat Melayu Islam
No 14, Jalan Tanjung Shawal 2/3 KU, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor

Anjuran: Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) dengan kerjasama NGO-NGO Prihatin.


Penjelasan Kertas Kerja yang Dibincangkan

Kertas kerja 1: Fenomena Pemikiran Islam Liberal
Kertas kerja ini akan membongkar dan menggali asas-asas pemikiran Islam Liberal, melihat secara global asas-asas pemikiran dan perjuangan mereka seperti pendekatan hermaneutik, kritik Al-Quran, feminisme, pluralisme agama dan dekonstruktivisme ke atas agama Islam. Ia akan menjawab persoalan kritikan terhadap autentikasi al-Quran dan as-Sunnah dan jawapan terhadap pelbagai masalah fiqh yang dipertikaikan sekarang.

Kertas Kerja 2: Implikasi Penubuhan IFC dan Tuntutan Kumpulan Artikel 11 Terhadap Aqidah Umat Islam di Malaysia
Kertas kerja ini akan melihat dari sudut perundangan kewajaran tuntuan yang dibuat oleh kumpulan Artikel 11 mengenai tafsiran hak-hak kebebasan beragama di dalam perlembagaan Malaysia. Ia juga akan menyorot kesan penubuhan IFC terhadap nasib umat Islam di Malaysia. Selain itu, kertas kerja ini juga melihat kepada isu-isu aktivis di dalam bantahan terhadap kelompok Islam Liberal dan IFC di Malaysia ini. Fenomena murtad yang semakin meruncing di kalangan umat Islam juga akan diperbincangkan.

Biodata Speaker

Dr Ugi Suharto
Beliau merupakan penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Mengkhusus di dalam bidang ekonomi Islam, usul dan pemikiran, Bekas felo kanan ISTAC ini merupakan pengkaji yang aktif di dalam perbahasan pemikiran Islam Liberal. Tulisan beliau sering kali keluar di dalam pelbagai jurnal dan majalah. Di antara penerbitan beliau yang berkaitan dengan pemikiran liberal ialah seperti Upaya Meruntuhkan Kewibawaan Mushaf Uthmani Dari Dulu Sehingga Kini, Al-Attas dan al-Qardawi Mengenai Islam dan Sekularisme, Kritik Awal Terhadap Islam Liberal dan Gagasan Qur'an Edisi (QEK) Mereka, Apakah al-Qur'an Memerlukan Hermeneutika? dan pelbagai lagi.

Beliau sering dijemput menjadi speaker untuk pelbagai seminar isu-isu semasa terkini terutama berkaitan dengan Islam Liberal sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia. Selain itu, beliau juga adalah merupakan salah seorang editor bagi satu majalah ilmiah yang berkaitan dengan pemikiran dan ketamadunan Islam iaitu majalah Islamia.

Tuan Haji Azmi Abdul Hamid
Aktivis masyarakat yang sangat aktif di dalam pelbagai isu yang melanda umat Islam dan masyarakat Melayu. Beliau yang pernah terlibat di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kini merupakan presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), NGO yang berperanan untuk memperjuangkan jatidiri Melayu dan Islam di Nusantara, Dalam isu IFC ini, beliau merupakan penggerak utama Badan Bertindak Anti-IFC (BADAI). Selain itu, beliau juga adalah Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), terlibat dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan pelbagai lagi NGO serta badan bertindak lain sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Saudara Zainur Zakaria
Peguam kanan yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Beliau merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) dan banyak mengendalikan kes-kes yang berprofil tiuggi. Di dalam isu IFC ini, beliau merupakan antara peguam yang terkehadapan di dalam membantah penubuhan badan tersebut. Beliau juga seorang aktivis masyarakat yang cekal terutama di dalam memperjuangkan pelbagai isu-isu Hak Asasi Manusia dan masyarakat.

- Urusetia Diskusi Ummah - 04.07.2006
Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
posted by Blogger @ 11:05 AM  
1 Comments:
  • At 11:28 AM, Anonymous Anonymous said…

    children folkdrama handouts smoke monopolies itemmany alcoholsee announcing describing gordon zvika
    lolikneri havaqatsu

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com