Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Hak ibu bapa hingga ke liang lahad
Monday, July 03, 2006
Utusan Malaysia, 3 julai 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN


DAN Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'Uhh', dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (Al-Israa': 23-24)

Ayat ini popular dipetik setiap kali orang membicarakan kedudukan hak ibu bapa. Ini kerana ibu bapa diletakkan hak mereka selepas hak Allah, sekali gus menunjukkan betapa besar dan tingginya ganjaran mereka yang berbuat baik kepada kedua-dua insan istimewa itu.

Hakikatnya berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah tertumpu semasa hayat mereka sebagaimana yang selalu dipraktikkan atau menjadi keutamaan kepada anak-anak zaman sekarang.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Mushaddad Hasbullah menjelaskan, Islam adalah agama yang syumul. Tidak ada mana-mana agama yang memberikan penjelasan teliti tentang hal ini sebagaimana yang diterangkan oleh Islam.

"Peranan dan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa bukan semasa hayat mereka sahaja bahkan Islam telah menggariskan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh anak-anak selepas kematian ibu bapa," katanya.

Anak-anak juga perlu berbuat baik kepada ibu bapa selepas kematian mereka sebagaimana kisah dalam satu hadis Ibn Hibban yang bermaksud: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanyakan: Wahai Rasulullah! Adakah masih terdapat kebaikan yang aku boleh lakukan kepada ibu bapaku selepas mereka meninggal dunia?

Rasulullah menjawab: Ya, berdoalah untuk mereka, mintalah keampunan Allah untuk mereka, tunaikanlah janji-janji mereka, hubungkanlah silaturahim yang tidak dapat dihubungi oleh mereka berdua semasa hidup, dan muliakanlah teman-teman mereka berdua.

Pun begitu, sekiranya seorang anak itu tidak sempat bertaubat atau mohon keampunan daripada ibu bapa semasa mereka masih hidup, kata Mushaddad, mereka masih berpeluang mendapat keampunan daripada Allah di atas penderhakaan dan keterlanjuran itu.

Apa yang penting, anak tersebut mestilah benar-benar insaf terhadap dosa yang dilakukan dan sentiasa berdoa supaya Allah mengampunkan dosanya dan dosa kedua-dua ibu bapa.

Berjihad

Menurut Mushaddad lagi, hak ibu bapa ke atas anak-anak amat besar sehinggakan Allah mendahului berbuat baik kepada ibu bapa daripada berjihad pada jalan Allah.

Ini dijelaskan hadis yang bermaksud: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Baginda bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: Berbuat baiklah kepada mereka berdua dan kemudian berjihad. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Ibn Mas'ud menyebut bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai apakah amalan yang paling disukai Allah? Jawab baginda: Sembahyang pada awal waktu. Kemudian aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Rasulullah menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi: Selepas itu apa? Jawab Baginda: Berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga pernah ditanya mengenai hak ibu bapa ke atas anak-anak, Rasulullah menjawab: Kedua-dua ibu bapa adalah syurga dan neraka kamu. Syurga apabila kita berbuat baik dan taat kepada mereka dan neraka apabila kita menderhaka kepada mereka. (Riwayat Ibn Majah)

Jelaslah di sini bahawa ibu bapa mempunyai hak yang amat besar yang mesti dipenuhi oleh anak-anak. Antaranya mentaati dan melayani dengan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagaimana ibu bapa menyayanginya ketika kecil. Kedua, sentiasa mendoakan ibu bapa yang masih hidup supaya Allah memberi rahmat kepada mereka dan mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mereka; dan ketiga, memberi nafkah kepada mereka terutamanya ibu bapa yang miskin.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah bersabda: "Kamu dan harta kamu adalah hak bapa kamu, sesungguhnya anak-anak kamu adalah daripada sebaik-baik pekerjaan kamu, maka makanlah daripada hasil kerja anak-anak kamu."

Ibn al-Qayyim pernah menyebut dalam bukunya Zaad al-Ma'aad: "Bukanlah daripada kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa jika seseorang itu membiarkan bapa ibunya bersusah payah bekerja sedangkan dia hidup senang-lenang."

Lantaran itu, pinta Mushaddad, anak-anak wajib menyayangi ibu bapa kerana fungsi dan pengorbanan yang mereka curahkan tidak terbalas. Pengorbanan mereka membesarkan, mendidik, memberi ilmu, kasih sayang serta mengorbankan segala-galanya adalah untuk melihat anak-anak mereka menjadi anak soleh.

Abu al-Laith pernah menyebut bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata kepada Baginda: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua dan tinggal bersamaku. Lalu daku suapkan makan dan minumnya dengan tanganku sendiri serta aku ambilkan wuduk untuknya dan aku dukung dia di atas tengkukku. Adakah aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah: "Belum lagi walaupun satu daripada seratus tetapi engkau berbuat baik dan Allah akan membalas kepadamu dengan ganjaran yang besar di atas amalanmu yang sedikit itu."

Tahlil arwah

Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad)

Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: "Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya." Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.

Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.

Balasan berbuat baik

KEREDAAN kedua-dua ibu bapa amat penting untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Antaranya;

1. Mendapat keredaan Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: Reda Allah adalah pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah pada kemurkaan ibu bapa. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

2. Jaminan syurga. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Baginda meminta izin untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Rasulullah bertanyakan lelaki tersebut: Adakah kedua-dua ibu bapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah bersabda: "Dampingi mereka dan berbuat baiklah kepada mereka berdua, sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki mereka." (Riwayat al-Tabrani)

3. Panjang umur dan murah rezeki. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang inginkan umur panjang dan murah rezeki maka hendaklah dia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim. (Riwayat Ahmad)

4. Jaminan mendapat layanan yang baik daripada anak-anak kelak. Sabda Baginda: Berbuat baiklah kamu kepada kedua-dua ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. (Riwayat al-Tabrani)


posted by Blogger @ 5:29 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com