Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ilmuwan Islam: Jamaluddin Al-Afghani membangkit kegemilangan umat Islam
Monday, July 03, 2006
JAMALUDDIN bin Safdar lebih dikenali dengan nama Jamaluddin Al-Afghani adalah anak seorang pegawai tentera yang dilahirkan di sebuah kampung bernama Asad Abad dalam jajahan Iran pada 1839.

Pada satu ketika, bapanya dihantar bertugas di sempadan Afghanistan dan kerana tertarik dengan keadaan di negeri itu, beliau mengambil keputusan bermastautin di sana.

Sejak kecil, Jamaludin menunjukkan bakat, kecerdasan otak dan kepintaran yang dimiliki sehingga membolehkan beliau mendapat didikan agama yang mantap.

Pada mulanya beliau belajar bahasa Arab seperti nahu, saraf dan sastera. Kemudian mengkaji ilmu syariat seperti tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, ilmu kalam, tasauf, sejarah, falsafah, mantik, politik, akhlak, ilmu jiwa, ilmu falak dan teori kedoktoran ilmu kajian tubuh manusia.

Selepas tamat pengajian, Jamaluddin merantau ke India dan di sana beliau belajar ilmu matematik peringkat tinggi mengikut cara dan sistem moden.

Sekembali ke negaranya, Jamaluddin berkhidmat dengan pemerintah tetapi disebabkan kepincangan berlaku dalam kerajaan, beliau mengambil keputusan keluar meninggalkan tanah air.

Beliau tidak menetap di sebuah negeri saja bahkan beliau berpindah-randah menyebarkan seruan dan pengajarannya ke mana saja beliau pergi antaranya ke Arab, Mesir, Turki, Iran, Iraq, Eropah, Russia, England, Paris hingga Amerika.

Jamaluddin juga menulis pelbagai masalah dan krisis dalam majalah dan akhbar di Arab dan Eropah.

Pengalaman, pemikiran serta keahliannya itu menjadikan beliau seorang tokoh besar dunia pada masa itu.

Ketika di Mesir, beliau bertugas di Universiti Al-Azhar. Disebabkan pengaruh yang mendalam serta pengalaman luas, kuliah syarahannya mendapat sambutan hangat daripada golongan cerdik pandai.

Dari Mesir, Jamaluddin Al-Afghani ke Turki dan tokoh terkemuka di sana sangat terpengaruh oleh pengajarannya.

Pada 1871 beliau sekali lagi kembali ke Mesir lalu menghabiskan masanya bagi membangkitkan semula kegemilangan umat Islam dan ajarannya.

Jamaluddin Al-Afghani turut mengembara ke Paris dan dari sana beliau ke Moscow serta menetap lebih daripada empat tahun.

Di sana, beliau berjaya memujuk Maharaja Czar Russia membenarkan rakyatnya yang beragama Islam supaya menerbitkan serta menggunakan Al-Quran serta buku agama lain dengan bebas.

Jamaluddin Al-Afghani menekankan hakikat bahawa keteguhan sesebuah negara tidak bergantung kepada tenteranya bahkan kepada semangat rakyatnya, akhlak serta keteguhan perpaduan mereka.

Beliau sentiasa berpendapat umat Islam merosot akhlaknya dan lemah semangat serta dikuasai oleh hawa nafsu yang buas.

Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa kekuasaan negara Barat ke atas negara Islam amat bahaya dengan keadaan demikian jika umat Islam tidak berubah, mereka pasti akan menerima nasib lebih buruk lagi.

Oleh yang demikian umat Islam hendaknya bangkit untuk mengembalikan maruah agama dan diri mereka sebagai umat yang mulia lagi terpuji.

Pejuang Islam yang gigih lagi dinamik ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di bandar Constantinople, 9 Mac 1897.
posted by Blogger @ 8:55 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com