Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Sembilan perbuatan bawa kepada murtad
Tuesday, August 15, 2006
Berita Harian, 15 ogos 2006

KITAB fiqh pertama bahasa Melayu ialah ash-Shirath al-Mustaqim oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Ia mengenai akidah karya beliau judul Durar al-Faraid bi Syarh al-'Aqaid bukan yang pertama dalam bahasa Melayu. Pertama ialah karya Syeikh Aminuddin ulama dari Kedah.


Sungguh pun demikian Durar al-Faraid bi Syarh al-'Aqaid dapat disejajarkan termasuk dalam kategori penulisan awal ilmu 'aqidah dalam bahasa Melayu. Kitab Durar al-Faraid selesai ditulis pada 1045 H/1635 M. Manuskrip salinan Durar al-Faraid dijumpai beberapa buah dan dalam bentuk cetakan pula ialah 12 Rabi'ulawal 1311 H/23 September 1893 M oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah.

Berdasarkan pendapat sarjana berasal dari Aceh sendiri, Prof Dr Ahmad Daudy, beliau berpendapat, Durar al-Faraid berasal dari kitab bahasa Arab yang berjudul Syarh al-'Aqaid an-Nasafiyah karya Imam Sa'duddin at-Taftazani.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah seorang ulama berpegang teguh pada Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Mazhab itu terbahagi pada tiga bahagian ialah iaitu Sekalian Fuqaha' (ahli fiqh); Sekalian Muhadditsin (ahli hadits) dan Sekalian Muhaqqiqin (ahli shufi).

Syeikh Nuruddin ar-Raniri menolak beberapa jenis golongan tasawuf yang dianggapnya sesat seperti beliau tulis:, "Adapun pada i'tiqad Muhibbahin yang sesat, apabila sampai hamba itu pada martabat kesudahan kasihnya akan Allah Ta'ala, dan tulus hatinya, dan dia memilih iman daripada kufur, maka gugurlah daripadanya ‘amar’ (perintah Allah) dan ‘nahi’ (larangan Allah). Dan tiada di masukkan oleh Allah akan dia ke dalam neraka jika ia mengerjakan segala dosa besar sekalipun."

Dalam Durar al-Faraid juga Syeikh Nuruddin ar-Raniri menempatkan wajib bagi negeri yang majoriti Islam mestilah mempunyai raja beragama Islam. Di antara kalimat beliau, ‘Wajib kita i'tiqadkan, menjadi raja, iaitu tak dapat tiada pada Islam. Wajib mengikutnya dalam segala pekerjaan yang berlaku dengan syarak.’

Barang siapa mati maka dia tidak mengenal raja pada masanya, maka mati kafir. Barang siapa menyangkal fardu menjadi raja (bagi orang Islam) itu mati kafir."

Di antara kandungan penting dalam Durar al-Faraid, Syeikh Nuruddin ar-Raniri menyenaraikan sebab orang Islam menjadi murtad atau terkeluar agama Islam di antaranya ialah:

l Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dengan hukum tetap seperti zina dan riba.

l Menghalalkan kilang minuman yang memabukkan.

l Barang siapa bersedekah dengan harta haram dengan mengharapkan pahala di akhirat, menjadi kafir.

l Kalau harta yang haram disedekahkan kepada orang fakir sedang tahu ia haram, lalu dia berdoa, pemberi sedekah mengaminkannya, menjadi kafir keduanya.

l Barang siapa berkata pada sesama Islam, ‘Hai kafir!’. Maka yang berkata itu menjadi kafir.

l Barang siapa berkata: "Diriku murtad" atau ‘Aku mulhid.’

l Barang siapa memukul seseorang, yang dipukul berkata: "Jangan engkau pukul aku, aku Islam!" Berkata yang memukul ‘Laknat Allah padamu’, atau ‘pada Islammu.’

l Barang siapa membaca al-Quran ketika memukul rebana atau meniup serunai.

l Barang siapa berkata bahawa Yahudi dan Nasrani atau barang sebagainya lebih baik daripada Islam.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri menyenaraikan beberapa jenis dosa besar, iaitu lari dari perang sabilillah dengan kafir; makan harta anak yatim; derhaka kepada ibu bapa; makan riba; mencuri; minum arak, tuak atau apa saja yang memabukkan; liwat; merampas harta orang; saksi dusta; memukul sesama Islam; bersumpah palsu; meninggalkan amar ma'ruf (menyuruh kebaikan) dan nahi munkar (melarang kemungkaran); melupakan al-Quran sesudah dipelajarinya; membakar orang bernyawa ketika masih hidup; menghina ilmu; menghina ulama dan mensia-siakan hak ulama.
posted by Blogger @ 7:36 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com