Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

KISAH SAHABAT: Uthman takluk jajahan Rom, Parsi, Turki
Wednesday, August 16, 2006
Keperibadian dan Perjalanan Hidup Saidina Uthman adalah seorang yang bertakwa, warak dan menghabiskan waktu malam dengan beribadat seperti mengaji al-Quran manakala setiap tahun menunaikan ibadat haji.

Bila sedang berzikir air matnya mengalir. Dia selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat. Dia juga dermawan dan penuh belas kasih. Dia melakukan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah dan yang kedua ke Madinah.

Laknat dan kutukan Allah bagi siapa saja yang membenci Uthman.



l Uthman dan perluasan Dakwah Islamiah



Pada masa khalifah Uthman perluasan wilayah dakwah Islamiah mengalami zaman keemasan. Pada tahun ke 24 Hijrah, Uthman mengirim pasukan tentera yang berada di bawah pimpinan Al-Walid bin Aqobah menuju Azerbaijan dan Armenia kerana kedua negeri itu membatalkan perjanjian yang dibuat dengan kaum muslimin pada masa khalifah Umar. Penduduk Azerbaijan dan Armenia yakin mereka akan dikalahkan pasukan tentera Uthman. Oleh itu, mereka kembali sepakat akan memenuhi perjanjian yang dibuat oleh Huzaifah Ibnul Yaman sehingga tentera kaum muslimin pulang tanpa melakukan pertempuran.

Pada 25 Hijrah penduduk Iskandariah membatalkan perjanjian kerana mereka dijanjikan mendapat bantuan daripada kerajaan Romawi. Namun, negeri ini segera tunduk dan kembali dikuasai dengan damai oleh kaum muslimin selepas pasukannya menyerbu negeri ini.

Pada tahun 26 Hijrah panglima tentera muslimin yang terdiri daripada 3,300 orang di bawah pimpinan. Uthman bin Abil Aash dapat menguasai Sabur dengan damai. Lalu pada 27 Hijrah. Uthman menguasakan Abdullah bin Saad bin Abbi Abi Sarah (Gabenor Mesir menggantikan Amru Ibnul Aash) untuk menyerbu Afrika. Tentera muslimin seramai 20,000 orang (termasuk Abdullah bin Umar dan Abdullah Ibjnu Azzubair) berhadapan dengan kaum Barbar seramai 120,000 orang. Mereka di bawah pimpinan rajanya sendiri, yang bernama Jarjir.

Abdullah Ibnu Azzubair berhadapan dengan Jarjir. Dalam peperangan itu, Jarjir dipenggal kepalanya oleh Azzubair dan dibawa dengan hujung tombak daam suatu pertempuran dahsyat di suatu tempat yang bernama Sabithalah (dekat kairawah). Selepas itu mereka menuju Andalusia (Sepanyol).

Pada 28 Hijrah tentera muslimin berada di bawah pimpinan Mu’awiyah bin Abi Sufyan dapat menguasai Pulau Siprus. Pada 29 Hijrah tentera muslimin yang berada di bawah pimpinan Abdullah bin Amir menguasai seluruh wilayah Parsi. Pada 30 Hijrah tentera muslimin yang dipimpin Said Ibnul Aash menguasai Tibristan dan pada 31 Hijrah terjadi peperangan Dzatish-Shawari yang terkenal dahsyat. Pada 32 Hijrah, Muawiyah bin Abi Sufyan menyerbu wilayah jajahan Romawi sampai ke Konstantinopel.

Pada tahun sama tentera yang dipimpin Ibnu Aamir menguasai Marwarrauz, Thaliqon, Fariab, Jauzjan dan Thakharstan.

Ahli sejarah menganggap masa Uthman sebagai zaman kemenangan kaum muslimin dan zaman penaklukan kekuatan Romawi, Parsi dan Turki.





l Fitnah Besar dan terbunuhnya Uthman



Pada akhir tahun 34 Hijrah, daulah Islam mulai dilanda fitnah yang menjadi sasarannya adalah Uthman sampai mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Fitnah keji datang dari Mesir, iaitu tuduhan palsu dibawa oleh orang yang datang hendak mengerjakan umrah pada bulan Rejab.

Ali bin Abi Thalib mati-matian membela Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Ali juga menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, tetapi mereka menjawab, “Uthman membakar mushaf, solat penuh (tidak qasar) di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pegawai daripada golongan muda. Ia juga mengutamakan segala kepentingan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”

Pada Jumaat, Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, “Ya, Allah aku beristighfar dan bertaubat kepada-Mu. Aku bertaubat atas perbuatanku.” Saidina Ali menjawab, “Mushaf yang dibakar ialah mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah disepakati bersama kesahannya. Adapun solat penuh (qasar) yang dilakukannya di Makkah adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat tinggal di sana.

Oleh kerana itulah solatnya tidak di qasar. Sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sampai mereka besar, bukan untuk ternak unta dan kambing miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya.

Uthman mengangkat pegawai daripada golongan muda kerana orang itu memang sudah sepantas jika dilihat daripada kemampuan dan sifat yang dimilikinya.

Kemudian Ali menyarankan kepada Uthman agar ia berbicara di hadapan rakyat untuk meminta maaf atas perbuatannya dalam mengutamakan kedudukan bagi keluarganya dengan mengemukakan alasan.

Uthman menangis tersedu-sedu sehingga seluruh yang hadir pun ikut menangis. Sesudah itu rakyat sangat bersimpati kepada imam mereka, Uthman berjanji akan memperbaiki kesalahan yang lalu. Setelah itu dia turun dari mimbar dan memimpin solat, lalu dia pun pulang.

Rakyat pulang dengan rasa puas, tetapi peniup api fitnah terus melangsungkan rencana jahatnya. Antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tandatangan palsu daripada sahabat terkemuka yang menjelekkan Uthman. Mereka juga menuntut Uthman supaya dibunuh.

Uthman masih tetap mengimamkan solat dan ketika sedang berkhutbah Jumaat, dia dipaksa turun dari atas mimbar. Lalu dia dianiaya sampai beberapa tulangnya patah dan kepalanya retak, maka dia segera diangkat ke rumahnya.

Keadaan semakin parah dan Uthman dikepung di rumahnya lebih dari sebulan. Dia hanya boleh berdiam diri di rumah dan tidak pergi ke masjid.

Pada suatu hari golongan pembangkang dan penderhaka menyerbu rumahnya lalu membunuhnya. Mereka tidak menaruh sedikitpun belas kasihan kepada Uthman.

Uthman memangku jawatan khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Ia meninggalkan seramai 16 orang anak iaitu sembilan lelaki dan tujuh perempuan.











Ibnu Abidunia menyampaikan kisah dari Abdullah bin Salaam “Aku pergi ke rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan dia. Lalu dia berkata “Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah Saw di suatu lorong yang sempit ini dan beliau berkata: “Ya Uthman mereka mengepung kamu?”

Aku menjawab, “Ya” Nabi bertanya lagi, “Dan mereka membuat kamu haus?”

Aku menjawab. “Ya.”

Kemudian Nabi SAW memberiku baldi berisi air dan aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air pada dada dan pundakku, lalu beliau berkata, “Kalau kamu menghendaki, kamu di menangkan dan kalau kamu mengkehendaki berbuka puasa di tempat kami”

Ketika itu Uthman dalam keadaan berpuasa. Uthman berkata, ”Aku memilih berbuka puasa di tempat Nabi Saw,” . Tepat pada petang hari itu, Uthman dibunuh. Ia dimakamkan di semak-semak bukit sebelah timur perkuburan Albaqii, pada 35 Hijriah (tanggal 17 Dzulhijjah) pada usia 80 atau 82 tahun.

Uthman memangku jawatan khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Ia meninggalkan seramai 16 orang anak iaitu sembilan lelaki dan tujuh perempuan.
posted by Blogger @ 7:17 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com