Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Rohayu timba ilmu melalui tv
Monday, August 07, 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN


INILAH sebahagian anak-anak di Pulau Ketam yang mendapat tunjuk ajar daripada Rohayu Abdullah.


KEPETAHAN serta keupayaan gadis kelahiran Permatang Pauh, Pulau Pinang ini menguasai dialek Mandarin dan Kantonis bukanlah sesuatu yang pelik. Ramai yang menyangka beliau adalah seorang mualaf berbangsa Cina.

Pun begitu, sangkaan penulis meleset kerana setelah diselidik daripada beberapa kenalan baru, terbongkarlah cerita bahawa beliau ialah anak jati Melayu.

Perkenalan kami bermula sewaktu penulis meliputi program ziarah di Pulau Ketam, Selangor anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan beberapa bulan lalu. Tugasan kami pada masa itu ialah mencari orang yang layak menerima bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Memandangkan kelebihan Rohayu Abdullah, 23, bertutur dalam bahasa Cina, beliau dan beberapa kanak-kanak pulau itu dilantik sebagai perantara bagi salah satu kumpulan untuk mencapai misi pencarian pagi itu. Yang pasti pertemuan kami tidak dirancang, semuanya berlaku secara semula jadi.

Penulis tidak terus menerkam Rohayu kerana menyedari kesibukan beliau serta memahami kepentingan orang yang pakar sepertinya mengendalikan kumpulan pada masa itu, sebaliknya kesempatan waktu senggang petang itu tidak penulis lepaskan.

Kami berbual-bual pendek membuka mukadimah dalam suasana mesra. Harapan utama penulis adalah untuk mengisi ruangan Generasi Berwawasan yang disiarkan dua kali sebulan pada setiap Isnin dengan kisahnya

Rohayu mengakui tidak pernah memperoleh pendidikan formal bahasa Cina sebaliknya minat menonton drama-drama Cina sejak di bangku sekolah rendah. Ini memberi peluang kepadanya mempelajari bahasa tersebut.

“Emak cukup marah setiap kali melihat saya asyik duduk depan televisyen lebih-lebih lagi program yang saya tonton tu ialah cerita Cina.

“Jadi untuk mengelakkan bebelan emak, saya cuba ambil buku, kononnya saya mentelaah. Tetapi semua itu helah saya... sambil menyelam minum air,” jelasnya.

Menurut Rohayu, apabila telah biasa menonton dan disediakan pula sarikata ia memudahkan beliau menyalinnya dalam buku.

“Lama-kelamaan kebiasaan ini menjadikan saya mampu menguasai dua dialek dalam satu masa. Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya mengambil bahasa Mandarin sebagai pilihan bahasa ketiga.

“Selepas itu, kemahiran saya dalam bahasa berkenaan semakin digilap. Malah saya tidak malu menuturkannya kerana tidak mahu ia hilang begitu sahaja. Walau bagaimanapun saya mengakui keupayaan saya hanya setakat pemahaman pertuturan sahaja,” cerita mahasiswa tahun dua jurusan Pendidikan Seni di UiTM, Shah Alam, Selangor ini.

Menurut anak kedua daripada tiga adik-beradik ini, khidmat sukarela sebagai guru tuisyen terutama kepada kanak-kanak Islam di Pulau Ketam bermula pada penghujung tahun 2005.

Sumbangan

“Saya mengetahui tentang keperluan mendesak kanak-kanak Islam di pulau ini menerusi seorang teman. Saya rasa ini adalah peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari selama ini selain berhasrat mencurah sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Bersama dua teman, kami ke Pulau Ketam sama ada pada Sabtu atau Ahad. Pada awalnya saya mengajar mereka Iqra’ tetapi apabila mengetahui yang mereka ini lemah subjek lain, saya mengajar matematik dan pendidikan seni kepada kanak-kanak sekolah rendah manakala kawan saya mengajar pelajar untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR),” tambahnya.

Biarpun kehadiran mereka pada awalnya agak janggal tetapi alhamdulillah kini mereka semakin diterima oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Saya sudah nampak penerimaannya dan tidak lagi melihat kami sebagai orang asing. Kini saya mengajar 12 kanak-kanak dan tiga daripadanya beragama Islam,” kata Rohayu yang memiliki Diploma Seni Halus sebelum meneruskan pengajian peringkat sarjana muda.

Ditanya tentang cabaran mengajar dalam komuniti yang majoritinya daripada kaum bukan Melayu, kata Rohayu, sudah lumrah kehadiran mereka sentiasa disangsikan.

Namun beliau berpegang kepada prinsip berfikiran positif serta membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau yakin pasti ada kebaikan pada kemudian hari.

“Alhamdulillah, saya sudah nampak perbezaan waktu kami mula-mula datang dahulu. Kini, ada ibu bapa yang beragama Islam sanggup menyediakan pelbagai juadah berasaskan makanan laut yang lazat-lazat sebelum kami pulang ke asrama.

“Kami bersyukur dengan penerimaan mereka dan ini salah satu peluang untuk kita berdakwah sekali gus memperbetulkan semula salah tafsiran mereka terhadap orang Islam. Peluang berdampingan dengan masyarakat di pulau itu sukar diperoleh oleh orang asing seperti kami,” katanya.

Malah prestasi kanak-kanak yang terlibat dengan program yang dianjurkannya semakin meningkat. Ia secara tidak langsung meningkatkan keyakinan dan kepercayaan ibu bapa mereka.

“Ini adalah amal jariah dan sumbangan ikhlas kami. Hanya ini kemampuan kami,” kata Rohayu yang berharap pelajar-pelajarnya menjadi insan berguna.

Rohayu yang menetap di Asrama Akasia, Seksyen 17, Shah Alam turut aktif sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Biro Kerohanian dan juga wakil kelas menganggap dirinya bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan keluarga terutama ibunya, Asnah Ismail.

“Emak sentiasa memberi kebebasan dan kepercayaan kepada saya sepenuhnya dengan syarat saya kena pandai seimbangkannya.

“Saya juga berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberi perangsang serta sokongan, terutama setelah mengetahui aktiviti kami di Pulau Ketam,” jelasnya.

Menurut Rohayu, kepercayaan yang ditunjukkan oleh mereka menjadi pemangkin semangat untuk beliau dan rakan-rakan meneruskan sumbangan kecil ini.

“Insya-Allah apabila tamat pengajian tahun hadapan, saya bercadang mengajar di sekolah yang berbilang bangsa.

“Saya gemarkan sesuatu yang mencabar di samping dapat peluang meluaskan pendangan dan tidak tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja,” kata yang sentiasa diapit anak-anak muridnya sepanjang sehari itu.

posted by Blogger @ 7:26 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com