Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Perintis Gerakan Islam Mendalami Fiqh Al-Waqi'
Wednesday, December 13, 2006
Detikdaily, 11 disember 2006

Oleh: Saari Sungib

PAS menang besar dalam pilihanraya 1959. Kemenangan tersebut membolehkan PAS memerintah dua buah negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu. Kemenangan tersebut juga menjadikan PAS parti politik pertama di Asia berjaya membentuk kerajaan melalui proses demokrasi pilihanraya.

Bahkan kemenangan tersebut mengungguli usaha tokoh-tokoh besar lain di dunia Islam termasuk Sayyid Abul A'la Al-Mawdudi di Pakistan dan Muhammad Natsir di Indonesia. Apakah rahsianya?



Kemenangan PAS pada 1959 ada persamaan dengan kemenangan yang diraih PAS 40 tahun kemudiaan, iaitu pada tahun 1999. Kedua-dua kemenangan ini memiliki ciri yang sama walaupun disebabkan fenomena yang berbeza.

Ciri persamaannya adalah pada tahun 1959, PAS merupakan sebuah parti politik arus perdana dalam waqi' politik zamannya. Sedangkan pada tahun 1999, PAS berjaya menempatkan diri sebagai sebuah pakatan politik arus perdana, iaitu BA.

Apa yang dimaksudkan parti arus perdana adalah parti yang membawa dan dilihat rakyat membawa agenda yang memperjuangkan kepentingan rakyat segenap lapisan. Agenda perubahan adalah berorientasikan "nation-building" dan tidak dilihat sempit dengan semata-mata bertujuan untuk memajukan kepentingan suatu lapisan atau kelompok tertentu.

Parti arus perdana adalah sebuah parti yang diterajui oleh tokoh-tokoh pemimpin yang dianggap setanding dengan pemimpin-pemimpin kerajaan. Bahkan lebih unggul daripada pemimpin-pemimpin kerajaan itu sendiri.

Parti arus perdana juga bererti ia berjalan seiring serta memenuhi gelombang kebangkitan rakyat semasa. Ia menjadi parti arus perdana kerana sokongan rakyat yang padu diberikan kepadanya.

PAS pada tahun 1959 menepati ciri-ciri di atas dalam konteks dan realiti politik pada masanya. PAS membawa agenda kemerdekaan tulen yang mahu membebaskan negara yang baru 'dianugerahkan' Merdeka oleh penjajah British pada tahun 1957.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang menerajui PAS pada masa itu memberi amaran kepada rakyat bahawa ancaman koncu-koncu penjajah masih kuat bertapak dalam prasarana sosio-ekonomi Malaya. Ini katanya berlaku melalui kuasa kapitalis tempatan di kalangan elit-elit Melayu, Cina dan India yang menjadi proksi British pada masa itu.

Menurut Dr. Burhanuddin, elit kapitalis inilah yang bakal mengukuhkan cengkaman penjajah ke atas rakyat dengan meneruskan dasar penindasan. Agenda "nation-building" PAS adalah untuk memastikan Malaya ditadbir sepenuhnya menurut dasar dan sistem tempatan yang bebas daripada sebarang pengaruh dan kawalan British. PAS memperjuangkan negara bebas daripada segala bentuk penjajahan, sama ada dari Barat mahupun dari Timur.

Di segi tokoh-tokohnya pula, PAS menampilkan gandingan Dr. Burhanuddin dan Prof Zulkifli Muhammad. Dr. Burhanuddin melalui penglibatannya dalam PKMM, KMM, PRM, Putera-AMCJA dan banyak lagi front yang memperjuangkan kemerdekaan seiring dengan Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan lain-lain dianggap sebagai pejuang kemerdekaan yang lebih unggul berbanding Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Tunku pernah berkhidmat lama sebagai pegawai kanan menjaga kepentingan British di Malaya. Tun Abdul Razak bersama Ghazali Shafie adalah ejen British dalam Force 136 yang ditugaskan untuk menimbulkan ketegangan kaum bagi membolehkan British kembali berkuasa selepas Jepun menyerah diri.

Prof Zulkifli Muhammad yang hebat berpidato dianggap lebih popular daripada Tunku dan Tun Abdul Razak. Puluhan ribu rakyat berhimpun untuk menyaksikan Prof Zulkifli berpidato di pentas-pentas politik. Ramai pula yang sanggup berjalan berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk mendengar ucapannya.

Dengan itu PAS adalah parti politik arus perdana kerana pemimpin-pemimpin utamanya dianggap tokoh-tokoh bertaraf dunia yang setanding, bahkan lebih unggul daripada dua orang pemimpin utama negara ketika itu.

PAS sebagai parti politik arus perdana juga pada masa itu berjalan seiring dengan gelombang kebangkitan rakyat. Dr. Burhanuddin yang pernah menerajui PUTERA-AMCJA dan berjaya menggerakkan "hartal" dengan jaringan 450,000 penyokong dianggap sebagai pejuang tulen kemerdekaan. PUTERA-AMCJA punyai agenda "Merdeka" dengan gagasan Perlembagaan Rakyatnya yang tersendiri.

UMNO pula hanya melaungkan slogan "Hidup Melayu" dengan Perikatan dilihat tunduk kepada perlembagaan yang diatur oleh Suruhanjaya Reid yang dilantik British. PAS di bawah kepimpinan tokoh-tokoh besar pejuang kemerdekaan tulen lebih dilihat sebagai memenuhi aspirasi dan hasrat perjuangan rakyat.

Malangnya pilihanraya 1959 dijalankan dalam keadaan Malaya berada di bawah undang-undang Darurat. PAS dihalang daripada menganjurkan rapat-rapat umum dan perhimpunan-perhimpunan besar.

Sedangkan penjajah British membuka ruang seluas-luasnya untuk UMNO, MCA dan MIC menganjurkan mesyuarat dan pertemuan di seluruh negara. Hasrat rakyat untuk menggerakkan gelombang agenda perubahan besar disekat dengan kuatkuasa undang-undang Darurat yang terpilih.

Ciri-ciri politik arus perdana ini berulang kembali pada tahun 1999 bagi PAS. Melalui pakatan BA, PAS merintis satu tahaluf siyasi yang menempatkannya sebagai sebuah parti politik yang amat relevan dan signifikan. PAS terlibat secara langsung dalam penggubalan agenda Ke Arah Malaysia Baru.

PAS juga melonjakkan imej pemimpin utamanya bila berganding dengan tokoh-tokoh alternatif besar negara. Seterusnya PAS komited dan berjalan seiring dengan gelombang perubahan yang menjadi aspirasi rakyat, iaitu Reformasi!

Dua waqi' siyasah yang terpisah empat dekad ini memiliki ciri-ciri arus perdana yang sama. Apa yang membezakan keduanya hanyalah fenomena bagaimana ianya tercetus.

Pada tahun 1959, fenomena PAS menjadi parti arus perdana bersumber daripada kekuatan dalaman PAS sendiri. Gandingan Dr. Burhanuddin dan Prof Zulkifli serta barisan pemimpin-pemimpin muda yang dinamik dalam PAS dilihat rakyat sebagai fenomena baru yang memangkin dan memungkinkan perubahan besar.

Pada tahun 1999, Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu fenomena. Anwar Ibrahim dianggap sebagai putera terbaik negara ini. Anwar lebih baik dan lebih layak daripada Dr. Mahathir untuk menerajui Malaysia. Gelombang Reformasi yang diledakkan oleh Anwar Ibrahim menatijahkan pakatan politik BA dengan gandingan pemimpin-pemimpin alternatif, iaitu Fadzil Noor dari PAS, Dr. Wan Azizah dari keADILan, Lim Kit Siang dari DAP dan Dr. Syed Husin Ali dari PRM.

Wan Azizah bagi rakyat adalah sebuah ikon yang melambangkan kesetiaan seorang isteri dan ibu gigih yang membela maruah keluarga, memperjuangkan pembebasan suami serta memikul agenda besar Reformasi dengan menerajui sebuah parti alaf baru.

Lim Kit Siang sudah tersohor sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan diterima sebagai pemimpin masyarakat Cina di luar kerajaan. Dr. Syed Husin Ali pula adalah pembela rakyat marhaen yang gigih, tabah dan terbukti tahan diuji.

Memahami waqi' siyasi semasa, Fadzil Noor merintis ranjau mendukung pakatan politik BA. Lantas usaha itu meledak menjadi satu fenomena besar. Bahkan boleh duduknya Fadzil Noor bersama Lim Kit Siang serta PAS bersama DAP sendiri merupakan satu fenomena. Fenomena ini telah berjaya mencetuskan imaginasi rakyat bahawa negara ini sedang menuju ke era sosio-politik baru.

Sebagaimana Dr Burhanuddin, Prof Zulkifli dan pemimpin-pemimpin PAS pada tahun 1959, demikian jugalah Fadzil Noor, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS tahun 1999, kedua-dua angkatan pemimpin ini memahami secara mendalam tuntutan fiqh al-waqi dalam mengarusperdanakan perjuangan Islam.


posted by Blogger @ 9:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com