Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Cina NS sokong peraturan pakaian seksi
Wednesday, December 13, 2006
Tranungkite, 13 Disember 2006

Oleh BPPNS

"Saya, Yau Con Seng hari ini ingin membidas sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Negeri Sembilan, En Lee Kee Cheong berhubung isu etika pakaian wanita yang dibangkitkan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim yang juga Mursyidul Am PAS Pusat.

Saya juga ingin membidas kenyataan En Lee Kee Cheong yang juga merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Temiang , YB Dato’ Lee Yuen Fong dalam surat khabar harian Cina bertarikh 8 Dis 2006 melambangkan bahawa MCA sebenarnya menggalakkan kaum wanita khususnya wanita Cina berpakaian seksi dan menyifatkan sesiapa yang tidak berpakaian seksi merupakan wanita yang tidak berilmu dan ketinggalan zaman.

Dalam kenyataan En Lee Kee Cheong baru-baru ini dalam surat khabar harian Cina, beliau menyifatkan PAS sebagai ketinggalan zaman,tidak menghormati kaum wanita dan tidak prihatin dalam isu-isu semasa khususnya dalam soal etika pemakaian kaum wanita.

Saya beranggapan bahawa kenyataan MCA tersebut sebenarnya berniat jahat dan sengaja ingin memutarbelitkan kenyataan dari YAB Menteri Besar Kelantan. YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz bin Nik Mat baru-baru ini menyarankan agar etika pemakaian yang lebih sopan di kalangan wanita perlu dipraktikkan di negeri tersebut sebagai satu usaha bagi mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah rogol yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Saya juga turut menyelar kenyataan dangkal MCA yang mengaitkan bahawa larangan berpakaian seksi ini akan menjejaskan ekonomi dan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2007.

Inilah bukti bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak menghormati maruah wanita dan sering mengeksploitasi wanita dengan menggalakkan pemakaian seksi dengan alasan untuk menarik pelancong datang ke negara ini.Mereka sanggup mengorbankan maruah kaum wanita semata-mata untuk kepentingan mereka. Saya menyeru semua persatuan wanita dan NGO wanita supaya membuat bantahan kepada kenyataan MCA yang jelas menghina dan merendahkan martabat kaum wanita.

Pakaian seksi sebenarnya tiada kaitan langsung dengan usaha meningkatkan industri pelancongan kerana pelancong-pelancong datang melawat sesebuah negara untuk melihat budaya dan keindahan negara tersebut.

Saya juga menyeru agar semua pengundi wanita di seluruh negara memboikot calon-calon MCA dan Barisan Nasional dan memberi undi kepada calon-calon BA dalam pilihanraya yang akan datang ini sebagai satu hukuman kepada MCA atas kenyataan tidak bertanggungjawab ini.

Buat masa ini kod etika berpakaian yang melarang kepada orang awam berpakaian seksi dan juga batasan-batasan dalam berpakaian juga sebenarnya telah termaktub dalam undang-undang kecil (By Laws) dalam Akta Kerajaan Tempatan. Saya ingin bertanya kepada En Lee adakah parlimen Malaysia tidak bertamadun dan ketinggalan zaman apabila tidak membenarkan mereka yang berpakaian seksi masuk ke dalam parlimen walaupun sekadar menjadi pemerhati.

Akhirnya, saya memberi tempoh satu minggu kepada En Lee Kee Cheong supaya menarik balik kenyataan biadap beliau seterusnya memohon maaf kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan seluruh kaum wanita di negara kita ini, seandainya beliau gagal berbuat demikian, saya dan Kelab Penyokong PAS akan mengadakan gerakan besar-besaran mendedahkan kenyataan tidak bertanggungjawap MCA ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya Presiden MCA , YB Dato’ Seri Ong Ka Ting supaya mengambil tindakan tegas dengan memecat En Lee Kee Cheong atas perbuatan biadap ini.


Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO berkaitan isu ini kerana agama Islam menuntut wanita Islam supaya berpakaian sopan dan menutup aurat. Soalan saya kepada anda semua ialah “UMNO, what is your stand ?!”

Yang benar,

En Yau Con Seng

Timbalan Pengerusi

Kelab Penyokong PAS Pusat
12 Dis 2006 "
posted by Blogger @ 11:19 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com