Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IMAM NAWAWI
Tuesday, August 09, 2005

IMAM NAWAWI

Beliau dikenali dengan nama As-Syeikh Al-Imam Al-Alamah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syarif bin Muri bin Hassan bin Hussin bin Hazam bin Muhammad bin Jamaah An Nawawi As Syafie.

Beliau merupakan syeikul Islam dan ulama’ yang masyhur di zamannya. Di antara kitab karangannya yang masyhur adalah riadatul solehin, at tibyan, syarah muslim dan lain-lain. Beliau mengarang 18 kitab yang masyhur dan 5 buah kitab yang belum diselesaikan.

Imam Nawawi dilahirkan pada 11 muharam 631 H di Nawawi salah sebuah kampung di negeri Syam yang berhampiran dengan Bandar Damsyik. Beliau berpindah ke kota Damsyik pada tahun 649H dan mengajar di Darul Hadith Al-Asrofiah pada tahun 665H. beliau telah menunaikan fardhu Haji sebanyak 2 kali.

Pada akhir usianya beliau kembali ke kampung asalnya dan sempat menziarahi Baitul Muqaddis dan Khalil di Palestin. Sekembalinya dari menziarahi tempat-tempat tersebut beliau jatuh sakit dan meninggal dunia disisi ibubapanya pada hari Rabu, bulan Rajab 676H, dikebumikan di kampung Nawawi ketika berusia 45 tahun.

Beliau dibesarkan di kampungnya dan dipelihara oleh ibubapanya di kampung Nawawi. Belia belajar al-Quran, feqah, dan bermacam-macam ilmu termasuklah ilmu hadith. Beliau mengajar di Darul Hadith Al-Asrofiah di Damsyik tanpa gaji sehingga ke akhir hayatnya.

Imam Nawawi suka memakai baju ‘Saub’ yang dibuat dari kain kapas dengan berseban dan berjanggut.

Beliau boleh membaca kitab ‘at-Tanbiah’ dengan mengambil masa empat setengah bulan sahaja dan boleh menghafaz ¼ ‘al-Mahzab’dalam masa tujuh setengah bulan. Semasa belajar beliau boleh menghabiskan masa 24jam dengan mengikuti 12 matapelajaran daripada beberapa guru dalam berbagai ilmu.

Sebahagian besar daripada masanya dihabiskan untuk beramal. Terkenal sebagai seorang yang zuhud dan sabar. Beliau hanya makan dan minum sekali sehari dan sentiasa mengawasi makanannya daripada barang-barang syubahat. Beliau tidak berkahwin sehingga akhir hayat. Sentiasa berjaga malam untuk beribadat dan menjalankan amar makruf dan mencegah kemungkaran sehingga ditujukan kepada raja-raja dan pembesar Negara. Imam Nawawi sentiasa bersikap tenang dan mendalami sesuatu masalah serta membuat kajian rapi. Sentiasa mengikut Jamaah Salaf dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengikut cerita ayahnya, ketika berusia 7 tahun imam Nawawi tidur disisi ayahnya pada 27 ramadhan. Beliau terjaga pada pertengahan malam dan berkata, “wahai ayah! Apakah ruangan cahaya yang menerangi ruang rumah ini”. Ayahnya bangun tetapi tiadak melihat suatu apapun. Itulah malam lailatul Qadar.

Semasa kecil, beliau tidak disukai kanak-kanak yang sebaya dengannya. Beliau hanya membaca al-Quran sepanjang hari, setelah beliau khatam al-Quran, pada suatu hari terjadilah satu peristiwa yang luarbiasa iaitu jari-jari tangannya kelihatan bercahaya di dalam gelap ketika hendak memasang pelita.

Wallah hu aklam,….

posted by Blogger @ 5:05 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com