Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Personaliti: Rahmah teruskan tradisi saudagar kitab berdakwah
Thursday, March 02, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20060302002355/Article/



Urus niaga bermula apabila pelanggan katakan 'tidak'. Bunyinya nampak pelik tetapi bila dilihat impak daripada percubaan yang dibuat untuk menjual sesuatu produk, barulah kata-kata tadi difahami.


Pengurus Darulfikir Sdn Bhd, Rahmah Ahmad, berkata walaupun pelanggan tidak mahu membeli, sekurang-kurangnya interaksi wujud dan tidak mustahil hasil pertemuan itu nanti berakhir dengan persahabatan berpanjangan.

“Bukan semua orang yang kita dekati akan terus beli produk yang dijual tetapi bagi saya itu bukan kerugian. Daripada pertemuan itu, tidak mustahil ada yang akhirnya menjadi kawan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap kita nanti.

“Itulah pengalaman yang saya lalui dan ramai kenalan saya bermula daripada pelanggan yang datang untuk melihat-lihat atau membeli buku di kedai kami,” katanya.

Beliau berkata, fungsi kedai buku juga bukan sekadar menjual buku kepada pelanggan tetapi peniaga buku turut terbabit dengan misi dakwah melalui rangkaian buku agama yang diterbit dan diedarkan sebagai bacaan atau rujukan.

Oleh itu katanya, jika penulis mengajak pembaca ke arah kebaikan melalui hasil tulisan mereka, penerbit dan pengedar menyebarkan ilmu itu dalam bentuk buku yang sudah siap untuk tatapan pembeli.

Menceritakan kejayaan menguruskan Darulfikir sehingga berjaya bertahan antara syarikat pengedar dan penerbit buku agama berjaya hingga hari ini, Rahmah berkata, beliau amat berterima kasih kepada Allahyarham abangnya, Datuk Abdul Aziz Ahmad.

Mengenang kembali saat membesar dikelilingi buku di Pustaka Antara, iaitu kedai buku milik abangnya, banyak pengalaman menarik dan pengajaran bermanfaat diperoleh yang memberi kelebihan kepada beliau.

Katanya, selain ilmu perniagaan dan pengurusan, perniagaan buku turut menawarkan pelbagai peluang seperti bertemu penulis serta pengarang buku, sasterawan dan ulat buku yang sering berkujung ke Pustaka Antara.

“Darulfikir ditubuhkan oleh adik saya, Datuk Mohd Zaki Ahmad. Saya hanya menguruskan dan membantu mana yang perlu. Kami banyak belajar di Pustaka Antara yang ibarat universiti bagi kami.

“Kesempatan bekerja di sana menemukan saya dengan ramai ulat buku yang kebanyakannya kawan kepada abang saya. Di sana juga saya kenal sasterawan negara Pak Arenawati.

“Kebetulan abang saya menulis mengenai Tunku Abdul Rahman, dapatlah saya pergi rumah Tunku dan berjumpa beliau. Memang banyak kenangan manis saya di sana," katanya.

Darulfikir ditubuhkan pada 1984 oleh Mohd Zaki yang sebelum itu berjinak menjadi penjual dan pengedar buku secara kecil-kecilah sejak awal 80-an.

Berkat kesungguhan dan keyakinan, syarikat itu mendapat peluang membekalkan bahan bacaan kepada perpustakaan awam di seluruh negara sebelum mengembangkan sayap sebagai kontraktor membekalkan peralatan perpustakaan yang diimport dari Denmark.

Selepas itu, Darulfikir mula menerbitkan buku agama dan kini boleh dikatakan kira-kira 90 peratus bahan bacaan yang dijual, diedar dan diterbitkan syarikat itu adalah buku pelbagai bidang berkaitan agama Islam.

Kebanyakan buku diperoleh dari Timur Tengah dan juga syarikat tempatan manakala ejen pengedaran boleh dikatakan berada di seluruh negara.

Kini, Darulfikir turut giat mempromosikan al-Quran digital bertajwid Al-Muneer yang memungkinkan pembacaan ayat suci al-Quran dilakukan dengan mendengar dan melihat kepada surah atau ayat di skrin rata paparan cecair kristal (LCD).

Rahmah berkata, pemilihan buku agama sebagai teras perniagaan Darulfikir adalah atas rasa yakin bahawa buku agama malarsegar kerana sumbernya dari al-Quran yang tidak berubah dari segi isi kandungannya.

Beliau berkata, bahan bacaan berkaitan ilmu agama juga sentiasa diperlukan sebagai panduan dan rujukan umat Islam berpaksikan kepada suruhan agama agar umatnya membaca untuk menambah pengetahuan.

Seperti Darulfikir sendiri katanya, al-Quran tajwid berkonsepkan kod atau petunjuk warna diilhamkan jurutera warga Syria, Subhi Taha, mendapat sambutan baik daripada pembeli.

Namun yang mengecewakan katanya, ada pihak tidak bertanggungjawab cuba membawa masuk al-Quran yang sama bentuk tetapi tidak mendapat kelulusan kerajaan hingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Keadaan itu ada kalanya menimbulkan banyak masalah tetapi setiap cabaran dihadapi sebaik mungkin kerana menyedari kesulitan yang datang memerlukan beliau agar lebih kuat serta yakin menghadapi dugaan.

Walaupun ada ketikanya beliau merasakan seakan putus asa disebabkan masalah yang timbul, tetapi berkat kesabaran serta doa yang tidak putus, beliau bersyukur akhirnya berjaya menyelesaikan kesulitan dihadapi.

Rahmah berkata, beliau bertuah kerana mempunyai kumpulan pekerja yang amanah dan jujur serta mampu melaksanakan kerja dengan cemerlang.

Beliau berkata, selain produk, pekerja adalah aset penting syarikat dan beliau menggunakan pendekatan saling bekerjasama serta bersikap terbuka dalam memastikan operasi Darulfikir berjalan lancar.

“Jika tidak ada pekerja yang amanah dan jujur, susah juga. Ada kalanya jika saya kurang sihat, boleh telefon saja dari rumah, kerja tetap beres. Kebanyakan kakitangan Darulfikir ada pengalaman lima hingga 10 tahun.

“Kami mengamalkan keterbukaan, jika saya salah mereka boleh tegur dan begitu juga sebaliknya. Saya tidak kisah mengikut kata mereka asalkan keputusan itu yang terbaik. Saya bertuah memiliki kakitangan yang baik,” katanya.

Selain menguruskan Darulfikir, Rahmah juga bergiat sebagai ahli jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ditanya tidakkah bercita-cita menghasilkan buku sendiri, graduan ijazah sarjana muda jurusan ekonomi dari Universiti Nothern Illinois Amerika Syarikat itu berkata, cita-cita memang ada.

Cuma katanya, bukan dalam masa terdekat ini kerana menghasilkan buku memerlukan tumpuan dan dengan tugas serta aktiviti pertubuhan bukan kerajaan, masa untuknya duduk menulis agak terbatas.

“Angan-angan itu memang ada. Malah, tajuknya pun sudah ada. Jika ada umur dan rezeki, adalah nanti. Mungkin bukan berkisar soal agama tetapi saya memilih tajuk mengenai bangsa Melayu,” katanya.

PROFIL
Nama: Rahmah Ahmad
Tarikh lahir: 10 Ogos 1951
Tempat lahir: Sabak Bernam, Selangor
Pendidikan: Ijazah sarjana muda ekonomi, Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat
Jawatan: Pengurus Darulfikir Sdn Bhd, Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
posted by Blogger @ 6:40 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com