Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kompleks Baitul Quran Bahrain martabatkan kitab suci
Wednesday, March 22, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm



DEWAN Al Ala’a Al Hathrami.

Susunan: SITI AINIZA KAMSARI

RASULULLAH s.a.w. dalam sebuah hadis pernah bersabda bermaksud: “Kamu berikanlah peruntukan ibadat untuk mata kamu. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apa dia peruntukan ibadah untuk mata?’ Baginda menjawab: ‘Peruntukan ibadah mata ialah memandang mushaf (al-Quran), memikirkan kandungannya dan mengambil iktibar daripada keajaibannya’.” (Riwayat Abu Said al-Khudri)

Dalam bahasa yang paling mudah, dengan memandang kitab al-Quran sahaja diberikan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t..

Mungkin hadis ini menjadi falsafah dan teras kepada pembinaan sebuah institusi yang sangat terkenal dalam dunia Islam, iaitu Kompleks Baitul al-Quran (Rumah Al-Quran) di Manama, Bahrain yang pada tarikh 12 Mac lalu merayakan 16 tahun penubuhannya.

Baitul al-Quran merupakan usaha bagi memartabatkan lagi kitab itu pada persadanya yang sangat mulia.

Di samping sesuai dengan fungsinya sebagai kitab paling suci di muka bumi ini, maka semua umat Islam sepakat (ijmak) tentang kewajipan ke atas mereka untuk menjaga dan menghormati al-Quran.

Ulama Imam Nawawi menjelaskan apabila seorang muslim itu melempar atau mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat yang kotor dan jijik, maka dia boleh dihukumkan sebagai kafir (Kitab Al Tibyan: 150, Al Majmuk 2:85).

Kompleks Baitul Al-Quran yang terletak dalam kawasan seluas 11,000 kaki persegi di Diplomatic Area, iaitu salah sebuah kawasan utama di Manama, ibu negara Bahrain, dirasmikan penubuhannya oleh bekas pemerintah Bahrain, Amir Sheikh Isa Salman Al Khalifa.

Penubuhannya merupakan hasil ilham seorang tokoh daripada sebuah keluarga ternama di negara itu, iaitu Dr. Abdul Latiff Jassim Kanoo. Beliau merupakan seorang jurutera yang juga bekas pegawai kanan kerajaan dan ahli Majlis Shura Bahrain. Abdul Latiff mengilhamkan penubuhan kompleks itu berikutan koleksi peribadi naskhah al-Qurannya yang jarang dijumpai dan indah beriluminasi serta mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi.

Dari situ timbul kesedaran beliau untuk membina sebuah institusi yang khas bagi tujuan penyimpanan, pemeliharaan, perlindungan, penyelidikan terhadap kitab suci itu selain bagi tujuan pameran.

Walaupun dari aspek luaran, kompleks itu dibina dengan reka bentuk moden. Namun pembinaannya tetap mengambil kira kesemua elemen dan ciri seni bina Islam dan awan larat. Selain mempunyai sebuah menara dengan ketinggian 44.2 meter, kompleks itu dikatakan mempunyai struktur kubah yang dihiasi dengan kaca-kaca warna (stainglass) yang dipercayai terbesar di dunia.

Pembinaannya disempurnakan dengan ragam-ragam hias yang bermotifkan kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran, motif flora dan fauna serta pelbagai jenis corak geometri.

Ini menjadikan hiasan dalamannya begitu indah sehingga mampu mencetuskan suasana yang hening, tenang dan damai lagi holistik berbanding muzium lain.

Di kebanyakan tempat bangunan itu hanya diterangi lampu neon yang samar dan pemilihan rona-rona pastel dan tanah pada struktur dinding. Ia sengaja dibuat begitu supaya membuka lebih banyak ruang kepada minda dan rohani pengunjung untuk kembali bernostalgia kepada kegemilangan dan ketamadunan dunia Islam.

Namun, penggunaan kaca-kaca warna yang begitu luas di kompleks itu mampu memberikan kehangatan tersendiri apabila bermain dengan sinar mentari dan cahaya lampu neon.

Selain terdapat muzium setinggi dua tingkat, yang dikenali sebagai Muzium Al Hayat, kompleks itu dilengkapi dengan kemudahan sebuah masjid, iaitu Masjid Abdul Rahman Jassim Kanoo, Dewan Syarahan Mohammed Khalifa al Khalifa, Sekolah Pengajian al-Quran Yousif Kanoo dan Perpustakaan Al Furqan.

Bangunan muzium itu dibahagikan kepada 10 buah galeri atau dewan yang dikenali dengan nama Dewan Ahmad Al Fatih, Dewan Ahmad Mohammad Al Farisi, Dewan Al Ala’a Al Hathrami, Dewan Makka Al Mukkaramah, Dewan Al Medina Al Munawarah, Dewan Al-Quds Al Shariff, Dewan Bandar Sultan Al Saud, Dewan Khulafa Ur Rashideen, Dewan Abdullah Mohammed Kamel dan Dewan Bahrain.

Mengenai simpanan al-Quran di muzium itu, ia merupakan koleksi naskhah yang paling signifikan, unik dan istimewa yang pernah dikumpulkan dari serata ceruk dunia seawal tarikh tahun pertama Hijrah (abad ketujuh dan lapan Tahun Masihi) sehinggalah ke hari ini. Daripada al-Quran yang ditulis di atas kulit unta, pelepah tamar, kertas sehinggalah al-Quran dalam bentuk digital boleh ditemui di muzium itu.

Malah terdapat juga naskhah al-Quran terjemahan dalam pelbagai jenis bahasa termasuk Latin, Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan Melayu dari seawal tahun 1694.

Antara yang menarik perhatian ialah sebuah kitab al-Quran yang berasal dari Kashmir, Pakistan yang disifatkan kitab yang paling indah beriluminasi yang dipercayai ditulis pada abad ke-16.

Orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan bagaimana seorang artis dari Pakistan baru-baru ini berjaya mengukir atau menulis ayat al-Quran di atas dua butir beras. Terdapat juga ayat al-Quran yang ditulis dengan begitu unik di atas kepingan kulit kacang pis.

Yang lebih menarik ialah sebuah kitab miniatur al-Quran yang hanya sebesar ukuran 1 cm x 3.2 cm yang disempurnakan dengan iluminasi berona merah yang begitu indah.

Kebanyakan naskhah yang dipamerkan disifatkan sebagai hasil karya agung oleh para artis yang begitu hebat dan mempunyai ketinggian kepakaran mereka dalam menulis khat dan seni iluminasi.

Namun, yang menghairankan, mereka tidak meletakkan sebarang pengenalan pada karya tersebut kerana al-Quran yang seumpama itu dihasilkan sebagai bukti keagungan cinta mereka terhadap Allah s.w.t. dan mereka sanggup mendedikasikan seluruh hidup semata-mata untuk menghasilkan karya-karya agung itu.

Perpustakaan Al-Furqan yang menjadi sumber rujukan di kompleks itu merupakan hasil derma orang ramai dan di bawah pembiayaan seorang Menteri Minyak Arab (Saudi) yang terkenal, Sheikh Ahmad Zaki Yamani.

Perpustakaan yang serba lengkap dan moden itu mengandungi lebih daripada 50,000 bahan termasuk 20,580 buah buku yang terdapat dalam pelbagai bahasa terutama Arab, Inggeris dan Perancis.

Mengunjungi Rumah Al-Quran di Bahrain pasti menjadi ‘sekolah’ yang terbaik kepada para pengunjung. Ia terbuka juga kepada orang bukan Islam bagi memberikan mereka peluang berkongsi menikmati keindahan yang tercipta daripada kalamullah.

posted by Blogger @ 8:41 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com