Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Abu Ubayd al-Bakri ahli geografi abad ke-9
Friday, April 07, 2006
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

ABU Ubayd, adalah ahli kaji bumi Muslim yang terkenal dan berasal dari Barat. Beliau juga dikenali sebagai ahli botani, ilmu linguistik, sejarah dan perbandingan (filologi). Nama penuhnya ialah Abdullah bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Ayyub Abu Ubayd al-Bakri.

Ayahnya, Izza ad-Dawla Abdul Aziz al-Bakri yang meninggal pada 456H/1064M adalah seorang penguasa dari sebuah kerajaan kecil Huelva (Walba) dan Saltes (Shaltish). Kerajaan ini didirikan pada 403H/1012M ketika kejatuhan Marwan iaitu Khalifah Cordoba. Ia terletak di pesisir Lautan Atlantik.

Pada 443H/1051M, Izza ad-Dawla berada di bawah tekanan politik al-Mu’tadid bin Abbad yang dipaksa menyerahkan daerah kekuasaannya kepada Raja Seville Sepanyol. Ketika berlakunya rampasan kuasa, Abu Ubayd berusia 30 tahun. Beliau menyertai ayahnya ke Cordoba dan mendapat perlindungan daripada Abu al-Walid Muhammad bin Jahwar.

Abu Ubayd menetap di Cordoba yang keadaannya telah dipulihkan oleh Sultan Yusuf bin Tasyufin sebagai ibu kota Andalusia sehinggalah meninggal dunia pada Syawal 487H/1094M.

Keluasan ilmu serta pemikiran Abu Ubayd dapat dinilai daripada penguasaannya terhadap pelbagai bidang termasuklah botani, filologi, teologi dan kesusasteraan. Kitab an-Nabat merupakan karyanya yang mengandungi siri naskhah Andalusia tentang botani. Buku tersebut merupakan sumber kepada para penyelidik alam termasuklah Ibnu Abdu al-Ishbili yang kemudiannya menyusun buku Umdat at-labib fi Syarh al-‘Ashab.

Menurut Ibnu Abi Ushybi’ah, Kitab an-Nabat hampir sama dengan karya Ibnu Abdu dari segi kandungan dan bahan dari kawasan Andalusia. Namun karya Abu Ubayd tidak hanya digunakan oleh penyelidik Andalusia tetapi di luar Andalusia seperti Ibnu al-Baytar dan al-Ghafiki.

Terdapat dua karya terkenal Abu Ubayd al-Bakri dalam bidang geografi iaitu Mu’jamma Ista’jam dan Al-Masalik wa al-Mamalik. Mu’jamma diterbitkan oleh F. Wustenfeld (terdiri daripada empat jilid, Cairo 1945-1951 dan Cottingen 1876-1877M). Buku ini merupakan sebuah daftar topografi yang kebanyakannya terdapat di Jazirah Arab.

Buku bertajuk Al-Masalik pula membahaskan tentang geografi umum. Pada 1831M, sebuah terjemahan telah diterbitkan di Paris oleh Quatremere. Beliau telah menerbitkan beberapa bahagian daripada al-Masalik yang mempunyai hubungan dengan Andalusia termasuk sebuah kompilasi sejarah geografi berjudul Ar-Rawd al-Mikhtar yang ditulis oleh Ibnu Abdul Mun’im al-Himyari as-Sabri.

Selain itu, karya Abu Ubayd yang terkenal ialah Itineraries and Kingdoms yang memuatkan rencana mengenai geografi, politik dan etnografi (kajian mengenai bangsa). Laporan mengenai al-Idrisi dan Almoravid misalnya, merupakan dokumentasi mengenai destinasi tersebut. Ini termasuklah gambaran mengenai Ifrikiya, Maghribi dan Sudan yang amat berharga dan menarik. Abu Ubayd turut menulis sebuah deskripsi penting tentang Afrika Utara semasa di tempat pembuangannya di Cordoba.

Sebagaimana karya besar Asy-Syarif al-Idrisi, karya Abu Ubayd juga menyajikan maklumat yang terperinci terutama geografi sejarah dunia Islam pada abad pertengahan. Beberapa bahagian daripada buku al-Masalik digunakan untuk rujukan sistematik. Satu kajian mengenai bahasa yang digunakan telah banyak dilakukan kerana ia menggunakan kosa kata mirip dengan penulis-penulis lain seperti Ibnu Abdu al-Ishbili, Ibnu Abdur-Rauf dan as-Sakati. Mereka merupakan penulis Andalusia yang perbendaharaan katanya mengandungi The Greatest Number of Hispanicims.

posted by Blogger @ 7:41 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com