Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Anak tak sah taraf mesti dibin/binti Abdullah
Friday, July 07, 2006
Utusan Malaysia, 7 julai 2006

Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

1. SAYA telah melahirkan ‘anak tak sah taraf’ sejak lima tahun lalu dan sekarang berada di bawah jagaan ibu mertua. Saya juga telah bernikah dengan lelaki yang menghamilkan saya selepas melahirkan anak ini. Bolehkah meletakkan nama suami saya (lelaki yang menghamilkan saya dahulu) di hujung nama anak tanpa perkataan binti?

Apabila anak ini berusia 12 tahun, saya perlu membuat kad pengenalan. Adakah ia dibintikan dengan Abdullah? Sekiranya anak saya dewasa kelak, adakah auratnya masih batal dengan suami saya (ayah kandungnya).

JAWAPAN: Pertamanya saya bersimpati dengan masalah yang melanda puan dan anak puan. Semoga puan bertaubat dengan kesilapan silam dan mendidik anak puan dengan didikan Islam yang sebenar.

Tafsiran 'anak tak sah taraf’ di dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri ialah seseorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada akibat daripada zina atau dirogol atau anak yang dilahirkan kurang enam bulan dari tarikh akad nikah dan dia anak yang bukan daripada persetubuhan syubhah. Dalam pandangan Islam, anak yang lahir setelah 180 hari iaitu enam bulan qamariyah atau lebih dari tarikh pernikahan maka dikira anak yang sah.

Sebagai contoh, Siti berzina dengan Mamat lalu hamil. Ketika usia kandungan zinanya tiga bulan Hijrah, Minah pun dinikahkan dengan Mamat (atau dengan lelaki lain). Enam bulan sepuluh hari selepas akad nikah itu, Minah pun melahirkan bayi hasil perzinaan dengan Mamat lebih kurang sembilan bulan yang lalu. Walaupun anak itu sebenarnya adalah hasil perzinaan, tetapi atas dasar Husnuz Zan (berbaik sangka), maka syariah membenarkan anak itu dibinkan kepada Mamat (atau lelaki lain) yang telah berkahwin dengan Minah secara sah. Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' daripada ayat 15 Surah al-Ahqaf, ayat 14 Surah Luqman dan ayat 232 Surah al-Baqarah.

Dari sudut hubungan nasab keturunan, anak tak sah taraf haram dibinti atau dibinkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya. Dia hendaklah dibinkan kepada salah satu nama Asma al-Husna atau sifat Allah.

Menasabkan anak dengan betul adalah perkara wajib kerana ia melibatkan perwalian nikah, pusaka, batasan aurat dan sebagainya. Meletakkan nama suami dihujung nama anak perempuan seperti ‘Rafeah Ujang’ tanpa perkataan binti adalah sesuatu yang agak janggal. Bahkan jika nama itu dilihat dari sudut budaya masyarakat Arab, ia juga bermaksud Rafeah binti Ujang. Melainkan jika nama ayah kandung kanak-kanak itu diabadikan sebagai namanya seperti Rafeah Ujang binti Abdullah.

Justeru nama anak perempuan puan di dalam kad pengenalan nanti mesti dibintikan dengan Abdullah atau nama-nama Allah yang lain. Saya sangat khuatir, berhelah di dalam aspek keturunan ini akan mengundang implikasi yang sangat buruk di kemudian hari, walaupun puan melihat adanya maslahat atau kebaikan di situ. Kaedah fikah menyatakan ‘mencegah kerosakan hendaklah didahulukan berbanding melihat kepentingan’.

Dari sudut pergaulan, anak tak sah taraf tidak boleh dihalang daripada menjalin apa-apa hubungan atau aktiviti seperti seorang kanak-kanak Islam yang sah tarafnya. Pergaulan anak tidak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki itu adalah bapanya sebenar, hendaklah berasaskan pergaulan antara anak tiri dan bapa tirinya.

Contohnya, jika anak tak sah taraf itu ialah seorang anak perempuan maka wuduknya dan wuduk suami ibunya, sama ada si suami itu adalah bapanya yang tidak sah ataupun lelaki lain, tidak akan terbatal kerana pada pandangan syarak suami ibunya itu sebagai bapa tirinya.

Perhubungan antara anak tidak sah taraf dan anak-anak sebelah ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapanya yang tidak sah. Untuk keterangan lanjut, rujuk Garis Panduan Anak Tak Sah Taraf; Penamaan, Pergaulan dan Hak-haknya (terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

3. ADAKAH seorang pelakon Islam murtad jika melakonkan watak bukan Islam dan mengucap atau melakukan perbuatan yang boleh dihukumkan pelakon itu murtad?

JAWAPAN: Seni lakonan pada asalnya adalah harus di sisi syarak. Jika dilakukan untuk tujuan dakwah, pasti ada ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t. Begitulah juga sebaliknya. Secara amnya, dibolehkan seorang muslim melakonkan watak bukan muslim dengan syarat tiada perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur dalam lakonannya itu. Contoh, berlakon sebagai anggota komunis atau memakai nama yang lazimnya digunakan oleh bukan muslim. Jika terdapat ucapan atau perbuatan yang membawa kepada syirik seperti menafikan kewujudan Allah s.w.t. atau menyembah berhala, maka pelakon tersebut dikira murtad.

Syarak hanya membenarkan melafazkan kalimah kufur atau melakukan perbuatan kufur dalam keadaan yang benar-benar darurat (terdesak) sedangkan hatinya masih beriman. Dalam konteks lakonan, ia terlalu jauh dari tahap darurat walaupun di hati si pelakon berniat baik.

posted by Blogger @ 6:39 AM  
2 Comments:
  • At 3:03 PM, Anonymous Anonymous said…

    Asalamualikum ....saya dari mahasiswa jurusan syariah ..saya mau mntak pendapat ustaz..tentang fatwa yg dinyatakan majlis negeri perlis tntg nasab anak yg lhir kurg 6bln blh di bin atau dibintikan kpd ayhnya.. Melihat pernyataan ini saya saat ini masih bingung dengan perundangan di negara kita.. Kerana semua ngeri mngikut undang2 yg dttpkn wilayah persekutuan undang2 keluarga islam..jadi pertanyaan saya apa negeri perlis masih mengikut undang2 jawatakuasa wilayah persekutuan itu atau mngikut undang dia daerah mereka sdri dn apa pndgn ustaz tntg pernyataan fatwa majlis perak..harap ustaz dpt membantu saya utk tmbhan ilmu dan juga sebagai bahan thesis sy..syukran ..

     
  • At 3:34 AM, Blogger ahmad said…

    as-salam , barang siapa yang mempunyai masalah anak tak sah taraf ini sila hubungi saya 0122375631....
    mohon bersatu...kami akan menghantar satu memorandum kepada fatwa kebangsaan malaysia memohon pengecualian penggunaan abdullah pada kp dan surat beranak . sila hubungi saya ....

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com