Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Personaliti: Perwatakan Zamri popularkan AQ
Thursday, July 06, 2006
Berita Harian, 6 julai 2006


KETIKA kanak-kanak lain sibuk bermain dengan rakan seusianya. Kanak-kanak ini ketika itu berusia lingkungan enam tahun pula banyak menghabiskan masa mengikut ayahnya ke masjid untuk bersolat jemaah dan mendengar ceramah agama.

Pernah ada seorang lelaki mendekatinya mahu memberikan duit supaya bercampur gaul dan bermain dengan rakan lain. Justeru, sejak kecil lagi, kanak-kanak ini sudah diberi jolokan ustaz di kalangan teman dan orang kampungnya.

Natijahnya, tindakannya itu tidak sia-sia. Mungkin disebabkan sejak daripada awal lagi sudah terdedah kepada dunia masjid, akhirnya memupuk dirinya untuk mencintai serta mendalami ilmu terkandung di dalam Islam.

Perjalanan anak muda ini, Mohd Zamri Mohd Zainuldin, 27, dari Tanjung Karang, Selangor ke Zarqa, Jordan untuk menuntut ilmu juga memberikan hikmah apabila berjaya meneruskan kerjayanya sebagai Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Darul Quran di Kuala Kubu Baru.

Kini, beliau bangga dapat mencurah ilmu dan bakti di institusi pendidikan tinggi tertua di Malaysia yang menawarkan program diploma dalam bidang Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam dan Bahasa.

Institusi berkenaan sudah melahirkan hafiz dan hafizah berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang al-Quran seperti tafsir, tajwid, Qiraat dan ilmu yang berkaitan dengannya.

“Program diploma dan persijilan yang ditawarkan di Darul Quran itu mampu melahirkan golongan profesional yang hafiz al-Quran dalam pelbagai latar belakang,” katanya ketika ditemui Berita Harian, baru-baru ini.

Antara pelajar kelahiran Darul Quran termasuk tokoh terkenal Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz (Pegawai Agama Istana Negara) dan Hassan Mahmud al-Hafiz.

Berdasarkan perkembangan sekarang, minat umat Islam negara ini untuk mendekati dan mendalami al-Quran serta menjadi hafiz atau hafizah semakin meningkat.

Jika dilihat keadaan ini di Darul Quran saja, kenyataan Mohd Zamri itu ada kebenarannya yang mana minat golongan remaja sekarang kepada al-Quran semakin semarak.

Kini, kemasukan pelajar ke Darul Quran diketatkan tidak seperti dulu kerana calon diwajibkan melalui temu duga berikutan ramai yang berminat melanjutkan pelajaran di situ berbanding empat tahun lalu yang menerima saja sesiapa yang berminat.

Ia dilakukan kerana pusat pengajian itu sudah tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Pusat itu hanya mampu menerima kira-kira 200 hingga 300 pelajar bagi setiap sesi pengajian.

Beliau berkata, ibu bapa pada zaman ini sudah menyedari anak perlu mahir membaca dan menghafal al-Quran. Mungkin disebabkan ibu bapa tidak begitu mahir dalam bidang itu, maka mereka menghantar ke Darul Quran.

“Pelajar yang mengikuti program di Darul Quran, dimestikan hafaz al-Quran dalam tempoh tiga tahun. Biasanya mereka mampu melakukannya dan sesetengahnya berjaya hafaz kurang daripada tempoh itu,” katanya yang menyimpan hasrat supaya semua anaknya juga hafaz al-Quran.

Keistimewaan anak hafaz al-Quran boleh memberi syafaat kepada ibu bapanya pada hari akhirat. Melahirkan anak yang hafaz al-Quran juga boleh disemai sejak daripada dalam kandungan lagi. Ibu mengandung digalak memperdengarkan ayat suci al-Quran supaya bayi dalam kandungannya cintakan Quran dan Allah.

Mohd Zamri yang sebelum ini mengajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda, Kuala Lumpur berkata, inisiatif kerajaan menubuhkan Darul Quran juga sebagai alternatif remaja mendapatkan pendidikan secara formal.

Ia disebabkan universiti tempatan tidak menawarkan program hafaz al-Quran. Mengenai minat Mohd Zamri sendiri dalam al-Quran dipupuk sejak kecil dan mula menyertai pertandingan mengaji seawal usia sembilan tahun.

Pencapaian tertinggi, mendapat tempat ketiga tahfiz al-Quran peringkat Sekolah Kebangsaan Agama seluruh Malaysia, pada 1995. Bintangnya semakin menyerlah dalam bidang agama sejak Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Agama Simpang Lima, Sungai Besar.

Justeru, pada usia muda, Mohd Zamri yang mempunyai aura tersendiri berjaya menarik perhatian TV9 untuk menjadi juri rancangan realiti TV, Akademi Al-Quran (AQ).

Dengan perwatakan kelakar, wajah selamba dan ada kalanya diselitkan dengan dialek dan perkataan bahasa Jawa ketika memberikan kritikan kepada peserta AQ, menjadikan program itu lebih menarik, ceria dan ada kelainan berbanding pertandingan membaca al-Quran lain.

Dengan nada berlawak beliau mengaku sudah mula merasai bahang dunia glamor apabila ramai yang menyapanya selepas menyedari wajahnya kerap muncul di televisyen bagi rancangan AQ.

Di AQ, Mohd Zamri menjadi juri tajwid dan fasohah, markah tertinggi dalam pertandingan AQ, iaitu 40 markah selain aspek taranum dan qiraat.

Beliau berkata, tajwid adalah perkara wajib dan tidak boleh dipisahkan ketika membaca al-Quran.

“Kesilapan tajwid boleh mengubah makna, menghilangkan keaslian, sekali gus boleh membawa kepada dosa,” katanya.

Ciri bacaan dengan tajwid berkenaan perlu ada dengung, panjang, pendek, baris, makhraj (sebutan dan sifat huruf).

Kepentingan tajwid itu adalah bertepatan dalam Surah Al-Muzzammil, Ayat ke-4 yang menyuruh membaca al-Quran dengan tartil dan bertajwid, manakala fasohah membabitkan wakaf dan ibtida’, iaitu untuk memula, memberhentikan dan melancarkan bacaan secara keseluruhan dalam al-Quran itu.

Sesungguhnya, semangat dan darah muda yang mengalir itu seharusnya dicontohi generasi sekarang dalam usaha memperbanyakkan lagi ahli cendikiawan dan tokoh dalam bidang keagamaan pada masa depan.

PROFIL
Nama: Mohd Zamri Mohd Zainulddin
Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
Asal: Tanjung Karang, Selangor
Jawatan: Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Darul Quran
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Hashimite University, Zarqa, Jordan; Diploma Bahasa Arab dan Pengajian Islam Maktab Perguruan Islam, Bangi.
Isteri: Mustazzila Mustakhim, 27
Anak: Muhammad Zuhair, 4, Durratun Nusaibah, 3, Wardatun Nuha, 1.


posted by Blogger @ 8:45 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com