Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Awang Zaimi merantau tuntut ilmu
Thursday, August 17, 2006
Berita Harian, 17 ogos 2006


SEJAK usia 12 tahun, beliau sudah merantau mencari ilmu ke negara orang dan ternyata pemergian itu tidak sia-sia kerana banyak yang dipelajari termasuk membina kekuatan diri.


Apabila melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir pula, beliau mula mengharungi kehidupan berdikari kerana di sana tiada siapa yang membantu sebaliknya semua perlu dilakukan sendiri.

Ketika mengambil jurusan undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, beliau melalui pengalaman dan berhadapan dengan cabaran berbeza.

Begitulah kisah pengembaraan dalam mencari ilmu yang dilalui Ketua Pendakwa Syarie Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam, Awang Zaimi Talip.

Beliau yang juga hakim jemputan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-48 yang berlangsung baru-baru ini berkata, pengalaman merantau ke negara orang menjadikan seseorang itu lebih berfikiran terbuka.

“Kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan. Pengalaman menetap di negara orang membolehkan saya menimba banyak pengalaman dari segi budaya, bahasa dan adat resam sesuatu bangsa.

“Pengalaman itu banyak membantu kerana apabila kita faham budaya masyarakat di negara itu, lebih mudah untuk berurusan. Pengalaman melanjutkan pengajian di UKM membolehkan saya kenal budaya negara ini,” katanya.

Minat dan kecenderungan dalam bidang agama membawa anak kelahiran Kampong Sengkurong, Brunei itu, merantau menimba pengetahuan ke sekolah Arab Madrasah Al-Junid di Singapura.

Keputusan membanggakan yang diperoleh ketika ujian darjah empat sekolah agama membolehkan beliau mewakili sekolahnya menduduki peperiksaan untuk mendapatkan biasiswa yang ditawarkan kerajaan.

Setiap tahun, Brunei akan mengadakan peperiksaan pelajar sekolah agama seluruh negara bagi mencari lima calon yang layak mendapat biasiswa melanjutkan pengajian ke Madrasah Al-Junid, Singapura pada 1966.

Awang Zaimi berkata, perasaan rindu pada keluarga memang dirasakan tambahan bagi pelajar yang baru hendak mengenal erti kehidupan tetapi tanggungjawab memikul amanah sebagai pemegang biasiswa kerajaan menguatkan semangat untuk terus berjaya.

Katanya, belajar di asrama lebih fokus memandangkan makan minum serta keperluan lain dijaga oleh pengurusan sekolah dan setiap tahun beliau masih berpeluang pulang bercuti bersama keluarga

Cabaran dirasakan ketika mula-mula menjejakkan kaki sebagai pelajar baru di Universiti Al-Azhar, Mesir, pada 1975 kerana budaya belajar di universiti terkenal itu tidak sama dengan pengalaman belajar di sekolah asrama.

Jika di asrama, penginapan dan makan minum disediakan tetapi di Universiti Al-Azhar, keperluan hidup perlu diuruskan sendiri dari aspek tempat tinggal, makan minum dan jadual pembelajaran.

Pengalaman yang masih terpahat dalam ingatan ketika melanjutkan pengajian di sana ialah apabila terpaksa menduduki peperiksaan dalam khemah di tengah panas bersama beribu penuntut lain.

“Di Azhar bukan macam kuliah di sini kerana datang kelas atau tidak, terpulang kepada pelajar sendiri. Jika rajin pergilah kuliah, tidak pergi pun tiada tindakan dikenakan,” katanya.

Sekembali dari Mesir pada 1980, Awang Zaimi terus berkhidmat di Majlis Agama Islam Brunei sebelum jabatan itu ditukar namanya menjadi Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Brunei.

Apabila Kerajaan Brunei mengambil keputusan menaiktaraf Mahkamah Kadi kepada Mahkamah Syariah pada 1997, beliau yang ketika itu memangku jawatan Kadi Besar dihantar melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di UKM.

Sekali lagi, bermula kehidupannya bergelar pelajar pada usia 43 tahun dan bapa kepada enam cahaya mata itu mengakui berhadapan dengan keadaan sukar terutama kursus yang diambil memerlukan beliau mengingat banyak fakta kes.

Bagaimanapun, berkat kesabaran dan usaha keras, beliau berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun, malah berbangga kerana mendapat ijazah sarjana muda undang-undang dengan kepujian.

“Bayangkan usia sudah meningkat dan tahap ingatan pun tidak seperti masa muda dulu. Saya rasa susah sangat belajar kali ini kerana terpaksa menghafal banyak fakta kes.

“Kalau suruh buat tugasan tidak ada masalah tetapi suruh mengingat itu memang mencabar. Lagi pula, bersaing dengan pelajar yang kebanyakan lebih muda. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana berjaya melakukannya,” katanya.

Menyentuh mengenai tugas barunya sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang disandang sejak awal Ogos lalu, Awang Zaimi berkata, tanggungjawab kini lebih tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang.

Pada masa sama, beliau perlu memantau bahagian kawalan makanan yang menguruskan permohonan, proses penyelidikan dan pengeluaran sijil halal negara Brunei.

Ditanya mengenai masalah berkaitan dengan kes tertunggak di Mahkamah Syariah, katanya, penambahan jumlah hakim dan pendakwa syarie dilihat dapat membantu pihak mahkamah menyelesaikan kes dengan cepat.

“Saya bersyukur kerana sekarang ini kes di Mahkamah Syariah berjalan lancar. Tidak dinafikan kes rumah tangga memang meningkat tetapi kita cuba pastikan ia tidak berlarutan hingga menyebabkan banyak kes tertunggak.

“Biasalah sebab isu rumah tangga membabitkan pertikaian dua pihak. Jika satu hendak tetapi satu pihak lagi tidak beri kerjasama, itu yang buat kes lambat. Saya rasa mana-mana Mahkamah Syariah pun melalui proses sama,” katanya.

Katanya, rangkaian kerjasama yang terjalin antara Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Brunei dengan kementerian seangkatan dari negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura banyak memberi maklum balas memberangsangkan.

Pertemuan tidak rasmi pegawai kementerian banyak membuka peluang untuk bertukar fikiran serta pandangan yang membantu memajukan lagi bidang berkaitan kepentingan umat Islam di negara masing-masing.

“Melalui perjumpaan serta hubungan yang terjalin banyak tajuk yang dibincangkan dan masalah berjaya diselesaikan. Kerjasama ini memang wajar diteruskan demi manfaat bersama,” katanya.
posted by Blogger @ 8:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com