Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kisah Sahabat: Kejujuran Ali pikat musuh peluk Islam
Friday, August 18, 2006
Berita Harian, 18 ogos 2006

PEMILIKAN harus diserahkan kepada yang berhak meskipun dia musuh.


Ketika menjadi khalifah, Ali ra menemukan baju besi (baju perang) miliknya di tangan seorang Nasrani, tetapi orang Nasrani itu tidak mengakuinya.

Selaku rakyat, Ali mengadukan hal itu kepada ketua pengadilan. Pada waktu persidangan, dia dipanggil si hakim dengan panggilan Amirul Mukminin. Ali tidak senang mendengar panggilan ini. Dia menolak panggilan itu kerana pada waktu persidangan kedudukannya sebagai pendakwa sama seperti yang didakwa. Dia menyedari persamaan kedudukan antara pendakwa dan tertuduh di hadapan hakim adalah suatu langkah menuju keadilan.

Ali ra mendakwa orang Nasrani dengan mengatakan bahawa baju besi itu miliknya dan dia tidak pernah memberinya atau menjualnya kepada simpanan.

Hakim Syuraih bertanya kepada tertuduh, “Apa jawapanmu terhadap dakwaan itu?”

Orang Nasrani itu menjawab,“ Baju besi ini milikku dan bagiku Amirul mukmimin bukanlah pembohong.”

Hakim Syuraih bertanya kepada Ali ra, “Apakah anda punya bukti?”

Ali tersenyum dan berkata, “Tepat pertanyaan, hakim aku tidak mempunyai bukti.?”

Oleh sebab Ali tidak memiliki bukti maka sidang pengadilan memutuskan baju besi berkenaan milik orang Nasrani itu. Selepas persidangan selesai, orang Nasrani kembali bertemu Ali r.a. Dia berkata, “Aku bersaksi bahawa ini adalah pengadilan para nabi. Amirul Mukmimin menuntut aku melalui hakimnya dan mengalahkannya. Sejak saat ini saya bersyahadat tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Baju besi itu milikmu, ya Amirul Mukmin. Aku mengambil baju besi ini daripada untamu yang kelabu ketika engkau dan pasukanmu hendak berangkat ke Shifin.”

Ali kemudian berkata, “Kerana kamu masuk Islam maka baju ini untukmu.” (HR Attirmidzi, Alhaakim).

Banyak orang menyaksikan orang Nasrani itu kemudian menjadi tentera yang setia kepada Ali ketika berperang melawan kaum Khawarij yang memberontak dan memerangi Ali dalam pertempuran Annahrawan, dia berkata:

“Biarlah Aku yang Menghadapinya, ya, Rasulullah.”

Dalam Perang Khandak kaum Musyrikin yang berjumlah 24,000 perajurit mengepung kota Madinah dengan ketat dan berusaha menyerbu masuk. Namun, parit yang digali kaum Muslimin sekitar Madinah menghalangi usaha mereka.

Selepas beberapa kali mereka berusaha masuk, beberapa orang kaum musyrikin akhirnya hasil menerobos masuk melalui celah pertahanan yang lemah. Pasukan berkuda mereka dipimpin oleh seorang lelaki yang kuat bernama Amru bin Wudd.

Amru bin Wudd berteriak dan berseru, “Ayuh, apa ada yang siap berlawan?”

Mendengar cabaran ini Ali minta izin kepada Nabi SAW untuk menghadapinya. Mula-mula Nabi SAW mencegahnya, tapi kerana Ali terus mendesak maka akhirnya Baginda mengizinkannya.

Dalam sekejap mata Ali berhadapan dengan Amru bin Wudd dan Ali berseru kepadanya, “Aku mengajak kamu ke jalan Allah, ke jalan Rasulullah dan kepada Islam.”

Amru bin Wudd menjawab dengan angkuh, “Aku tidak memerlukan itu semua.”

Ali berkata; “Kalau demikian aku mengajak kamu bertempur.”

Amru bin Wudd menjawab; Mengapa hai anak saudaraku demi berhala Allaata aku tidak ingin membunuhmu.”

Namun, Ali menjawab; “Tapi demi Allah, aku ingin membunuhmu.”

Cabaran Ali membangkitkan semangat Amru bin Wudd. Ia menikam kudanya dengan pedangnya dan menyerang Ali dengan bengis. Namun, Ali menangkis dengan sekuat tenaga dan menikam pedangnya ke tubuh Amru. Selepas peristiwa itu, Ali kembali kepada barisan Muslimin.





Maka tidak menghairankan bila Ali dikenal sebagai orang yang tidak dapat dikalahkan lawan.



bersambung Isnin.

posted by Blogger @ 7:25 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com