Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ensiklopedia Nusantara: Turjuman al-Mustafid tafsir pertama dalam bahasa Melayu
Tuesday, August 01, 2006
Berita Harian, 1 ogos 2006


PADA kali ini dibicarakan kitab Tafsir Baidhawi Melayu. Dalam persuratan, judul yang diberi oleh penyusunnya Syeikh ‘Abdur Rauf bin ‘Ali al-Fansuri ialah Turjuman al-Mustafid bi al-Jawi atau dinamakan juga Tafsir al-Baidhawi asy-Syarif.


Terjemahan dan tafsir al-Quran lengkap 30 juzuk yang dibicarakan ini dipercayai yang pertama dalam bahasa Melayu. Selain yang berupa cetakan, beberapa versi salinan tulisan tangan (manuskrip) Turjuman al-Mustafid sejak lama mendapat perhatian sarjana peneliti manuskrip.

Turjuman al-Mustafid berupa cetakan ada yang tanpa tashih dan ada pula yang tashih. Cetakan yang ditashih adalah atas usaha Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani adalah pentashih pertama dan yang memperjuangkan penerbitannya di Istanbul, Turki dan Mesir.

Usaha tashih Turjuman al-Mustafid Syeikh Ahmad al-Fathani dibantu oleh dua murid beliau, Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani dan Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani.

Penerbitan awal Turjuman al-Mustafid tercatat cetakan pertama Istanbul 1302 H/1884 M dan cetakan pertama Mathba'ah Miriyah, Bulaq, Mesir 1303 H/1885 M.

Sejarah sebab terjadi penerbitan pertama di Istanbul bahawa selepas Syeikh Ahmad al-Fathani mentashih pelbagai kitab Melayu/Jawi, maka untuk mencetaknya timbul halangan yang menghendaki perjuangan yang gigih. Raja Makkah ketika itu tidak membenarkan menerbitkan kitab selain dalam bahasa Arab.

Syeikh Ahmad al-Fathani membantah larangan seumpama. Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani, larangan seperti demikian akan menyempitkan penyebaran Islam ke seluruh dunia. Keadaan ini disebabkan penduduk selain tanah Arab tidak faham dengan bahasa Arab.

Secara diam-diam, Syeikh Ahmad al-Fathani mengirim surat kepada Sultan Turki 'Utsmaniyah iaitu Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani. Sumber cerita ini daripada Haji Mansor Merbok, Kedah, pada 30 Mei 1990. Dia mendengar cerita daripada ayahnya Tuan Guru Haji Ibrahim. Ibrahim mendengar cerita daripada ayahnya Tuan Guru Haji Yahya yang juga murid Syeikh Ahmad al-Fathani.

Cerita ini disesuaikan dengan pelbagai catatan Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri. Syeikh Ahmad al-Fathani dijemput oleh Sultan Turki 'Utsmaniyah dan pada waktu sama, pemerintah Makkah atas permintaan ulama Makkah mengutus Syeikh Ahmad al-Fathani untuk mewakili ulama Makkah pada persidangan ulama Islam sedunia di Turki.

Syeikh Ahmad al-Fathani berangkat ke Turki dengan membawa beberapa beg kitab bahasa Melayu dan Arab yang dikarang oleh ulama dunia Melayu, yang beliau tashih. Khazanah karya ulama dunia Melayu itu semuanya untuk diperkenalkan kepada Sultan Turki ‘Utsmaniyah dan pihak penting di sana.

Syeikh Ahmad al-Fathani berhasil memperjuangkan penerbitan bukan untuk kitab bahasa Melayu saja, juga termasuk bahasa lainnya. Oleh sebab itu pada 1302 H/1884M ada terdapat sekurang-kurangnya tiga kitab Melayu/Jawi yang diterbitkan di Istanbul. Dua yang lainnya ialah Sabil al-Muhtadin karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Furu' al-Masail karya Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani.

Pada kata pengantar Turjuman al-Mustafid cetakan pertama, Syeikh Ahmad al-Fathani menulis: "Inilah kitab yang bernama Turjuman al-Mustafid bi al-Jawi yang diterjemahkan dengan bahasa Jawi yang diambil setengah maknanya dari Tafsir al Baidhawi. Karangan al-Alim al-Allamah wa al-Bahr al-Fahamah Farid Ashriri wa Wahidu Dahrihi Tuan Syeikh Abdur Rauf ibnu asy-Syeikh Ali al-Fanshuri al-Jawi ..." Turjuman al-Mustafid yang diusaha cetak oleh Syeikh Ahmad al-Fathani berasal daripada manuskrip yang diselesaikan oleh murid pengarangnya yang bernama Baba Daud al-Jawi ibnu Ismail ibnu Agha Mustafa ibnu Agha 'Ali ar-Rumi. Salah seorang pentashih yang bernama Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani adalah keturunan Baba Daud al-Jawi ibnu Ismail ibnu Agha Mustafa ibnu Agha 'Ali ar-Rumi.”

Bukti Turjuman al-Mustafid dapat perhatian pelbagai pihak bahawa seorang orientalis bernama Peter Riddell pernah membuat tesis doktor falsafah, ANU, Canberra dengan judul Abd al-Rauf al-Singkili's al-Mustafid. Tokoh yang sama juga menulis artikel dalam JMBRAS (1984) dengan judul The Sources of 'Abd al-Rauf's Turjuman al-Mustafid.

Karel A Steenbrink menyebut pada nota kaki buku Mencari Tuhan Dengan Kacamata Barat bahawa "sekarang ini Drs Salman Harun dari IAIN Ciputat, Jakarta sedang mempersiapkan sebuah disertasi mengenai beberapa aspek lain dari karya yang besar ini."

Syeikh Ahmad al-Fathani menyebut bahawa Turjuman al-Mustafid adalah "diterjemahkan dengan bahasa Jawi yang diambil setengah maknanya daripada Tafsir al-Baidhawi ....", maka bererti Turjuman al-Mustafid bukanlah terjemah secara keseluruhan Tafsir al-Baidhawi seperti banyak diperkatakan orang.

Pendapat Syeikh Ahmad al-Fathani itu sesuai pula dengan tulisan penyalin pertamanya Daud Jawi bin Ismail yang mengatakan: "Akan kisahnya yang diambil kebanyakannya daripada Khazin." Terlalu baru Karel A Steenbrink yang juga petikan dan tulisan Peter Riddell yang mengatakan bahawa "ternyata dasar tafsir ini adalah sebuah terjemahan yang cukup harfiyah daripada Tafsir Jalalayn."

Syeikh Ahmad al-Fathani walaupun tidak menyebut Tafsir Jalalayn itu, namun kalimat beliau itu mewakili bahawa Turjuman al-Mustafid hanya sebahagiannya daripada Tafsir al-Baidhawi selainnya termasuk Khazin, Jalalain dan tafsir selain itu.

Penulis boleh dihubungi pada pengkaji@streamyx.com
posted by Blogger @ 7:13 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com