Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Iqra: Ibn Arabi tulis buku menerusi dialog, hikmah
Wednesday, August 02, 2006
Berita Harian, 2 ogos 2006

�SUATU hari saya ditimpa penyakit mengakibatkan saya koma dan mungkin membawa kematian. Dalam keadaan itu, saya melihat manusia hodoh cuba menyakitkan saya.

�Kemudian saya disedarkan oleh seseorang � yang begitu baik, berkuasa dan mengeluarkan bau harum � yang mempertahankan saya daripada mereka dan berjaya mengalahkan mereka. �Siapakah anda?� tanya saya kepada orang itu. Dia menjawab: �Sayalah surah Yassin, sayalah penjaga kamu.�

�Pada saat itu, saya tersedar dan melihat bapa saya. Syukur, semoga Allah memberikan rahmat kepadanya. Beliau sedang berdiri di sisi katil saya sambil menangis dan baru selesai membaca surah Yassin.�

Pengalaman itu dialami Ibn Arabi. Ketika itu beliau berusia 12 tahun dan kejadian itu menunjukkan daya kepemimpinan dan kelebihan yang dimilikinya.

Peristiwa itu juga menunjukkan kematian dan kelahiran semula melalui kelebihan suci dalam bentuk surah daripada al-Quran. Bagi Ibn Arabi, al-Quran adalah sesuatu yang hidup kerana setiap juz dan surah adalah dunia yang hidup.

Apa yang diceritakan itu adalah sebahagian daripada pengalaman Ibn Arabi yang dimuatkan dalam buku ini, penceritaan terhadap perjalanan hidup tokoh yang banyak menyumbangkan pemikiran dalam bidang falsafah Islam.

Buku ini adalah bacaan untuk mereka yang ingin mengenali dan mendekati Ibn Arabi.

Muhyiddin Ibn Arabi atau Muhammad b Ali b Muhammad b al-Arabi al-Ta�i al-Hatimi adalah seorang ilmuwan yang juga nama besar dalam bidang sufi.

Lahir pada Ramadan 560 hijrah dan meninggal dunia pada 638 hijrah di Sepanyol atau Andalusia ketika itu, Ibn Arabi sejak usia muda menunjukkan keupayaan dan pemikiran spiritual mengagumkan.

Daya intelek ini lahir hasil perbincangan dan dialog dengan ahli sufi dan pemikir masyhur pada zaman itu. Apa pun pengalaman juga adalah guru yang paling utama bagi Ibn Arabi. Ia diperoleh daripada pengembaraan kerana dalam setiap pengembaraan ada dialog dan pada setiap dialog itu pula ada hikmahnya.

Buku ini dapat disifatkan sebagai pemaparan kisah Ibn Arabi dengan mengenengahkan tulisan dan pengajarannya. Diselang-selikan di antara peristiwa yang dialami Ibn Arabi dengan ulasan Hirtenstein, ia memberikan pembacaan yang dapat menjelaskan lagi pemikiran Ibn Arabi.

Hirtenstein, lulusan Universiti Cambridge mula mengkaji Ibn Arabi ketika berada di Beshara School, Scotland dan menghadiri banyak persidangan mengenai Ibn Arabi. Beliau juga editor Journal of the Muhyiddin Ibn Arabi Society sejak penubuhannya pada 1982.

Namun, dalam memperkatakan daya intelek Ibn Arabi, kita tidak boleh mengkesampingkan asal tokoh ini. Dibesarkan di Seville, bandar itu pada waktu itu adalah sebuah kota yang dipenuhi manusia yang pelbagai, bangunan menarik dan kaya dengan peristiwa.

Perjalanan Ibn Arabi pula menemukannya dengan pelbagai persoalan dan tokoh yang bukan saja membibitkan perbincangan, malah penjelasan kepada punca kepada setiap permasalahan.

Ketika hayatnya, Ibn Arabi menghasilkan lebih 350 tulisan dan perjalanan yang dibuatnya meliputi dari Sepanyol ke Syria sehingga ke Turki. Kitab Al-Futuhat Al-Makkiyyah, Fushushul Hikam dan Al-Mabadi wa Al-Ghayat adalah tiga karya Ibn Arabi yang terkenal.

Judul: The Unlimited Mercifier, The spiritual Life and Thought of Ibn Arabi
Penulis: Stephen Hirtenstein
Penerbit: Anqa Publishing dan White Cloud Press
Pengulas: Azran Jaffar

posted by Blogger @ 9:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com