Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Nurul Syafiqah reda hadapi rintangan
Thursday, August 03, 2006
Utusan Malaysia, 3 ogos 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN


NURUL Shafiqah Abdullah tenang melafazkan dua kalimah syahadah di surau Al-Falah, Bandar Tasek Selatan pada malam Ahad lalu.


MALAM Ahad lalu, Surau Al-Falah, Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur menganjurkan majlis pengislaman seorang saudara baru dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Sungai Besi.

Biarpun pada awalnya hadirin menjangkakan seramai tiga saudara baru akan diraikan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya satu pengislaman berlangsung. Walaupun berlangsung dalam suasana serba sederhana ia tetap meriah dan penuh kesyahduan tatkala melihat titisan air mata kegembiraan hadirin malam itu.

Majlis bermula tepat pukul 9.40 malam dengan ucapan kesyukuran oleh Pengerusi Perkim cawangan Sungai Besi, Omar Samsuri, 73. Ia turut dihadiri oleh kira-kira 30 tetamu termasuk ahli kariah dan teman-teman serta saudara gadis manis keturunan Kadazan dari Keningau, Sabah, Shaffrio Anggong yang menganut kristian untuk bergelar muslim.

Shaffrio atau nama Islamnya, Nurul Shafiqah Abdullah, 29, tenang melalui saat-saat paling bermakna dan bersejarah dalam diari kehidupannya. Pun begitu penulis dapat melihat garis-garis keresahan dan perasaan gementar gadis berkulit putih merah ini biarpun cuba berselindung di sebalik senyuman manisnya.

Alhamdulillah dengan dua kali lafaz syahadah serta membaca terjemahannya, sempurnalah majlis pengislaman Nurul Shafiqah yang merupakan saudara baru ketiga di surau itu semenjak awal tahun ini. Pengislaman sebelum ini ialah pada 30 Jun lalu yang menyaksikan gadis berusia 19 tahun dari Sarawak diislamkan.

Selesai proses syahadah, beberapa kariah mencadangkan Nurul Shafiqah tetap menggunakan nama bapanya. Pesan Omar kepada Nurul Shafiqah, kini semua umat Islam sudah menjadi saudara seagamanya dan memintanya mandi sunat dengan niat memeluk Islam.

Katanya, selepas bergelar muslim maka perjalanan hidup dalam kebenaran perlu dijaga agar tidak kembali kepada kesesatan atau kejahilan. Lantaran itu, peranan mendalami Islam perlu dilaksanakan sama ada secara formal atau sebaliknya.

Pada malam itu, penulis sempat berkenalan dengan emak saudara Nurul Shafiqah, Fauziah Abdullah sebelum majlis bermula. Beliau yang menetap di Taman Daya, Johor Bahru, memeluk Islam kira-kira 12 tahun lalu. Kehadirannya bersama suami dan anak-anak bertujuan berkongsi kegembiraan dan sebagai tanda sokongan kepada Nurul Shafiqah, anak kakaknya yang mahu memeluk Islam.

Menurut Fauziah lagi, sejak di bangku sekolah, anak saudaranya menunjukkan minat terhadap agama Islam. Malah dia juga amat rapat dengan saudara-mara Islam sama ada di sebelah emak atau ayah.

“Saya begitu gembira dan bersyukur apabila menerima panggilan telefon daripada Nurul Shafiqah memberitahu niatnya untuk memeluk Islam. Walaupun sekadar mengambil cuti hujung minggu, saya ingin berkongsi pengalaman semasa pengislaman kepadanya supaya dia tidak merasa keseorangan dan terlalu gementar.

“Allah sahaja memahami bagaimana perasaan gembira ini apabila lebih ramai dalam keluarga kami yang memeluk Islam.

“Ini kerana Islam itu adalah agama yang benar dan syumul. Tidak ada agama lain yang seindah serta sebaik Islam,” kata Fauziah tersekat-sekat cuba menahan sebak di dadanya.

Suasana bertambah syahdu pada penghujung majlis pengislaman apabila kaum muslimat berpeluk-pelukan dengan Nurul Shafiqah sebagai simbolik kepada penerimaan dan kehadiran seorang lagi saudara seagama. Penulis turut sebak dengan suasana hening sambil diiringi alunan selawat.

Ditanya tentang tarikannya kepada Islam, lembut Nurul Shafiqah menjawab, cara hidup umat Islam yang tinggi nilai-nilai kesopanan dan kemesraan menyuntik rasa ingin tahunya kepada agama pegangan mereka.

“Boleh dikatakan ramai saudara-mara di sebelah emak dan ayah yang sudah Islam, jadi pergaulan dengan mereka secara tidak langsung mendedahkan saya dengan keindahan ajaran Islam itu. Bila melihat mereka bermaaf-maafan, bersalaman dan menjaga hubungan silaturahim biarpun dengan ahli keluarga yang belum Islam, cukup mengasyikkan dan hati saya seronok serta selesa dengan keadaan demikian.

“Saya merupakan yang pertama dalam adik-beradik yang mengambil keputusan memeluk Islam. Biarpun timbul kemarahan di pihak ibu namun disebabkan ramai ahli keluarga yang lain sudah Islam, mereka akur dengan pilihan saya.

“Hakikatnya, saya tidak berniat untuk membelakangkan keluarga, apa yang saya putuskan ini adalah demi kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi saya Islam sesuai dengan fitrah manusia itu. Segala ajarannya adalah relevan dengan keadaan naluri setiap manusia dan punyai hujahannya yang kukuh sama ada menerusi al-Quran dan hadis,” cerita anak keempat daripada tujuh adik-beradik ini.

Nurul Shafiqah yang menjejakkan kaki ke Semenanjung pada Oktober 2004 bersyukur kerana mempunyai teman serumah yang boleh menunjuk ajar dan menunjukkan contoh seorang muslim yang baik. Tambah beruntung apabila majikannya, Abdul Malik Manap, turut menguruskan proses pengislamannya malam itu.

Gadis yang lengkap bertudung dan berbaju kurung moden warna kuning, tidak nampak janggal dengan penampilan barunya itu. Walaupun beliau akui agak kurang selesa tetapi selepas mengucap dua kalimah syahadah, hatinya tenang umpama dikurniakan semangat dan kehidupan baru.

“Saya tidak lagi terlalu memikirkan apa akan berlaku kepada saya. Adakah saya akan dipulau keluarga atau lebih teruk daripada itu, semuanya saya reda menghadapinya. Agama Islam menjadi kekuatan lebih-lebih lagi apabila kita yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang yang benar dan ikhlas kerana-Nya.

“Buat masa ini saya akan memastikan usaha mendalami Islam. Mungkin saya akan mengikuti kelas-kelas agama secara formal di samping dibantu oleh teman serumah dan kariah surau.

“Malah apa yang berlaku pada malam ini, memang tidak diduga. Saya tidak sangka sebegini baik dan meriah sambutan kepada seorang saudara baru apatah lagi dengan sumbangan daripada pihak surau dan individu,” kata Nurul Shafiqah yang kini menetap di Desa Tasek.

Sementara itu, Pengerusi Surau Al-Falah, Kolonel Mat Rashid Ashaari, 53, berkata, program pengislaman adalah sebahagian daripada aktiviti surau selain penganjuran ceramah dan kelas-kelas pengajian agama.

Alhamdulillah, katanya, semenjak dimulakan awal tahun ini, sambutannya bukan setakat saudara baru yang hendak diislamkan menerusi Perkim, cawangan Sungai Besi tetapi penglibatan ahli kariah juga sangat menggalakkan.

“Pantang ada majlis pengislaman, pasti ada yang mahu bersedekah dengan menyumbang juadah tertentu. Kami juga menjadikan saudara-saudara baru ini sebagai anak angkat kepada surau ini.

“Di samping itu, menerusi majlis yang serba sederhana ini juga, hubungan silaturahim penduduk di kariah ini dapat dieratkan sekali gus membina suasana harmonis sesama Islam,” kata mereka selepas tamat majlis malam itu.

posted by Blogger @ 7:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com