Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SYEIKH MAHFUZ AT-TARMASI
Friday, May 13, 2005
Ulama Hadis Dunia Melayu

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

DALAM Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 21 Mac 2005, telah diperkenalkan Kiyai Muhammad Saleh Darat, ulama besar Jawa Tengah. Kali ini diperkenalkan pula salah seorang murid beliau yang menjadi ulama besar di Mekah, iaitu Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah bin Abdul Mannan bin Abdullah bin Ahmad at-Tarmasi/Termas. Gurunya banyak menghasilkan penulisan dalam bahasa Jawa, dan hanya sebuah dalam bahasa Melayu. Berbeza dengan muridnya ini. Beliau yang banyak menghasilkan karya yang menjadi rujukan ulama peringkat antarabangsa, hanya menulis dalam bahasa Arab. Oleh itu beliau tidak banyak dikenali oleh masyarakat awam dunia Melayu. Syeikh Muhammad Mahfuz Termas lahir di Termas, Pacitan, Jawa Tengah, pada 12 Jamadilawal 1285 H/31 Ogos 1868 M, wafat di Mekah pada 1 Rejab 1338 H/20 Mac 1920 M.

PENDIDIKAN

Untuk mengetahui latar belakang pendidikannya, nama para guru dan jenis ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh Syeikh Muhammad Mahfuz Termas tidaklah terlalu sukar kerana dalam peringkat pengenalan tercatat dalam beberapa buah karya beliau. Di bawah ini saya terjemahkan dan petik sebahagian daripada riwayat yang tercantum dalam karya Muhibah zil Fadhli jilid ke-4. Kitab-kitab yang dipelajari daripada ayahnya sendiri, Syeikh Abdullah bin Abdul Mannan at-Tarmasi, ialah Syarh al-Ghayah li Ibni Qasim al-Ghuzza, al-Manhaj al-Qawim, Fat-h al-Mu'in, Fat-h al-Wahhab, Syarh Syarqawi `ala al-Hikam dan sebahagian Tafsir al-Jalalain hingga sampai Surah Yunus saja. Semua kitab yang tersebut adalah dalam bahasa Arab. Sekurang-kurangnya dalam rangkaian ilmu fikah, tasawuf dan tafsir al-Quran.

Setelah memperoleh ilmu yang banyak daripada orang tuanya sendiri, Syeikh Muhammad Mahfuz Termas berpindah ke Semarang dan belajar kepada Kiyai Muhammad Saleh Darat. Kitab-kitab yang dipelajari ialah Syarh al-Hikam (dua kali khatam), Tafsir al-Jalalain (dua kali khatam), Syarh al-Mardini dan Wasilah ath-Thullab. Kitab yang terakhir ini mengenai ilmu falak. Perlu juga saya sebutkan bahawa kitab ini yang disebarkan berupa cetakan adalah ditashhih dan ditahqiq oleh Syeikh Ahmad al-Fathani.

Syeikh Muhammad Mahfuz Termas dari Semarang berpindah pula ke Mekah. Guru-gurunya di Mekah ialah Syeikh Ahmad al-Minsyawi yang dikenali sebagai Muqri kepada ulama ini, beliau belajar Qiraah `Ashim dan tajwid, sebahagian Syarh Ibni al-Qashih `ala asy-Syathibiyah (tidak sempat khatam). Dalam masa yang sama belajar kepada Syeikh `Umar bin Barakat asy-Syami, kitab yang dipelajari ialah Syarh Syuzur az-Zahab li Ibni Hisyam, kitab ini disusun oleh gurunya. Juga kepada Syeikh Mustafa al-'Afifi, kitab yang dipelajari ialah Syarh Jam'il Jawami' lil Mahalli dan Mughni al-Labib. Juga kepada Sayid Husein bin Sayid Muhammad al-Habsyi, kitab yang dipelajari ialah Sahih al-Bukhari.

Juga kepada Syeikh Muhammad Sa'id Ba Bashail, kitab yang dipelajari ialah Sunan Abi Daud. Sunan Tirmizi dan Sunan Nasai. Juga kepada Sayid Ahmad az-Zawawi, kitab yang dipelajari ialah Syarh `Uqud al- Juman, karangan gurunya itu, dan sebahagian kitab asy-Syifa' lil Qadhi al-'Iyadh. Juga kepada Syeikh Muhammad asy-Syarbaini ad-Dimyathi, kitab yang dipelajari ialah Syarh Ibni al-Qashih, Syarh ad-Durrah al-Mudhi-ah, Syarh Thaibah an-Nasyr fi al-Qiraat al-'Asyar, ar-Raudh an-Nadhir lil Mutawalli, Syarh ar-Ra-iyah, Ithaf al-Basyar fi al-Qiraat al-Arba'ah al-'Asyar, dan Tafsir al-Baidhawi bi Hasyiyatihi. Juga kepada Sayid Muhammad Amin bin Ahmad Ridhwan al-Madani, kitab yang dipelajari ialah Dalail al-Khairat, al-Ahzab, al-Burdah, al-Awwaliyat al-'Ajluni dan Muwaththa' Imam Malik. Ulama yang paling banyak mengajarnya pelbagai ilmu secara keseluruhannya ialah Sayid Abi Bakr bin Sayid Muhammad asy-Syatha.

Setiap guru yang tersebut bersambung kepada ulama yang lebih ke atas yang dinamakan sanad atau salasilah. Mengenainya Syeikh Muhammad Mahfuz Termas mencatatnya dengan lengkap dalam karyanya Kifayatul Mustafid. Memperhatikan tulisan Syeikh Muhammad Mahfuz Termas yang menyebut bahawa ilmu terbanyak diperolehnya ialah daripada Sayid Abi Bakr asy-Syatha, pada masa beliau berada di Mekah, maka dapat disimpulkan sahabat-sahabat seperguruan dengannya ialah Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani (1283 H/1866 M - 1355 H/1936 M). Ulama Patani ini lebih tua sekitar dua tahun daripada Syeikh Muhammad Mahfuz Termas (1285 H/1868 M - 1338 H/1920 M), Mufti Pulau Pinang Haji Abdullah Fahim, lebih muda setahun (lahir 1286 H/ 1869 M), Tok Kenali, lebih muda dua tahun (lahir 1287 H/ 1871 M) dan lain-lain. Saya berkesimpulan sungguh pun nama-nama para guru telah disebut oleh Syeikh Muhammad Mahfuz Termas sendiri, namun masih banyak ulama lain gurunya yang belum beliau sebut. Di antara mereka seumpama Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Ahmad al-Fathani dan lain-lain. Berdasarkan banyak maklumat saya pastikan bahawa Syeikh Muhammad Mahfuz Termas juga pernah pernah belajar kepada Syeikh Nawawi al-Bantani.

Hubungan dan kedudukan Syeikh Ahmad al-Fathani dengan Sayid Abi Bakr asy-Syatha adalah sangat erat, kerana sebuah karangan Sayid Abi Bakr asy-Syatha yang berjudul I'anatut Thalibin Syarh Fat-hil Mu'in yang selesai ditulis bulan Syawal 1300 H. Sebelum cetakan pertama kitab tersebut ditashih dan ditahqiq oleh Syeikh Ahmad al-Fathani atas kehendak Sayid Abi Bakr asy-Syatha sendiri dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Sama ada sebelum dicetak (masih manuskrip) mahu pun setelah cetakan pertama, yang mula-mula mengajar kitab I'anatut Thalibin di dalam Masjid al-Haram ialah Syeikh Ahmad al-Fathani, semua murid Sayid Abi Bakr asy-Syatha pada zaman itu termasuk Syeikh Muhammad Mahfuz Termas hadir dalam halaqah atau majlis pengajian Syeikh Ahmad al-Fathani itu.

PENULISAN

Syeikh Muhammad Mahfuz Termas termasuk salah seorang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menghasilkan karangan dalam bahasa Arab dan dikenali ulama antarabangsa sesudah Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Hamid Kudus. Semua karangan beliau dalam bahasa Arab disenaraikan sebagai berikut:

1. As-Siqayatul Mardhiyah fi Asamil Kutubil Fiqhiyah li Ashabinas Syafi'iyah, diselesaikan pada hari Jumaat, Syaaban 1313 H, risalah ini terdiri daripada tiga bahagian tetapi yang saya miliki hanya sebuah saja. Kandungannya membicarakan senarai kitab karya-karya dalam Mazhab Syafie serta nama-nama ulamanya. Dicetak oleh Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah, Mekah (tanpa tahun).

2. Muhibah zil Fadhli `ala Syarh al-'Allamah Ibnu Hajar Muqaddimah Ba Fadhal), kitab ini empat jilid dan tebal. Jilid pertama diselesaikan pada 25 Safar 1315 H, tebal 556 halaman. Jilid kedua diselesaikan pada hari Jumaat, 27 Rabiulakhir 1316 H, tebal 504 halaman. Jilid ketiga diselesaikan pada malam Ahad, 7 Rejab 1317 H, tebal 544 halaman. Jilid keempat, diselesaikan pada malam Rabu, 19 Jamadilakhir 1319 H, tebal 733 halaman. Keseluruhan halaman jilid pertama sampai empat ialah 2437 halaman. Kandungannya membicarakan fikah lengkap berupa syarah dan hasyiyah dalam Mazhab Syafie yang dibahas secara mendalam, ilmiah dan terperinci. Kitab khazanah keilmuan yang demikian tinggi dihasilkan oleh putera dunia Melayu yang penting tersebut dicetak Mathba'ah al-'Amirah asy-Syarfiyah, Mesir, 1326 H.

3. Kifayatul Mustafid lima `ala minal Asanid, diselesaikan pada hari Selasa, 19 Safar 1320 H. Kandungannya membicarakan pelbagai sanad keilmuan Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi/at- Tirmisi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Masyhad al-Husaini, No. 18 Syari' al-Masyhad al-Husaini, Mesir (tanpa tahun). Kitab ini ditashhih dan ditahqiq oleh Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani al-Makki, al-Mudarris Daril `Ulumid Diniyah, Mekah.

4. Manhaj Zawin Nazhar fi Syarhi Manzhumati `Ilmil Atsar, diselesaikan pada tahun 1329 H/1911 M. Kandungannya membicarakan Ilmu Mushthalah Hadits merupakan Syarh Manzhumah `Ilmil Atsar karangan Imam Jalaluddin as-Suyuthi. Daripada kitab ini dapat kita buktikan bahawa ulama yang berasal dari dunia Melayu berkemampuan menulis ilmu hadis yang demikian tinggi nilainya kerana kitab ini menjadi rujukan ramai ulama antarabangsa terutama ulama-ulama hadis. Dicetak oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, 1352 H/1934 M. Cetakan dibiayai oleh Syeikh Salim bin Sa'ad bin Nabhan wa Akhihi Ahmad, pemilik Al-Maktabah An-Nabhaniyah Al-Kubra, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

5. Al-Khal'atul Fikriyah fi Syarhil Minhatil Khairiyah, belum diketahui tarikh penulisan. Kandungannya juga membicarakan hadis merupakan Syarh Hadits Arba'in (Hadits Empat Puluh) berdasarkan yang disyairkan oleh Syeikh al-Qasthallani dalam Hadis Bukhari yang berasal daripada perkataan al-Hafizh Abi Bakr al-Burqani. Yang ada di tangan saya masih dalam bentuk manuskrip merupakan salinan Haji Ahmad Dahlan bin Muhammad Minhaj, tokoh ulama Selangor. Menurutnya disalin daripada yang pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1315 H. Menurut riwayat bahawa kitab ini terdiri daripada 13 bahagian.

Selain yang ada dalam koleksi saya seperti tersebut di atas, masih terdapat karangan Syeikh Muhammad Mahfuz Termas yang ditulis oleh Sayid `Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan, ialah sebagai berikut:

6. Al- Badrul Munir fi Qira-ati Ibni Katsir.

7. Tanwirus Shadr fi Qira-ati Ibni `Amr.

8. Insyirahul Fawaid fi Qira-ati Hamzah.

9. Ta'mimul Manafi' fi Qira-ati Nafi'.

10. Al-Fawaidut Tarmasiyah fi Asamil Qira-ati `Asyariyah, Syeikh Yasin Padang menyebut bahawa kitab ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Majidiyah, Mekah, tahun 1330 H.

11. Is'aful Mathali' Syarhul Badril Lami'.

Masih banyak judul yang belum dapat diperkenalkan, menurut riwayat bahawa karangan Syeikh Muhammad Mahfuz Termas semuanya sekitar 20 judul atau pun lebih.

KESIMPULAN

Daripada semua yang dipaparkan di atas saya berkesimpulan bahawa daripada sekian banyak ilmu, yang paling menonjol untuk Syeikh Muhammad Mahfuz Termas ialah dalam semua bidang ilmu hadis, seumpama ilmu Dirayah Hadits atau Mushthalah Hadits, Rijal Hadits dan lain-lain. Beliau juga seorang yang hebat dalam fikah Syafi'iyah dan pelbagai jenis ilmu qiraat dan tajwidnya.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:02 PM   0 comments
SYEIKH ISMAIL AL-ASYI
Thursday, May 12, 2005
KETUA MAHASISWA MELAYU PERTAMA DI MESIR

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

PENYELIDIKAN pertama terhadap ulama yang berasal dari Acheh ini dimulai dengan pengesanan artikel-artikel karya beberapa orang ulama yang beliau kumpulkan dalam satu kitab yang cukup terkenal di dunia Melayu yang diberi judul olehnya ``Jam'u Jawami'il Mushannafat''. Selain itu juga kitab yang diberi judul oleh beliau dengan ``Tajul Muluk''. Setelah itu dijumpai pelbagai judul karya beliau sendiri dan beberapa buah kitab yang ditashhihnya.

GALAKKAN

Dalam fail surat Syeikh Ahmad al-Fathani 1323 Hijrah - 1325 Hijrah dijumpai beberapa lembar surat Syeikh Ahmad al-Fathani, di Mekah, kepada Syeikh Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi di Kaherah, Mesir. Dari surat- surat itu dapat diambil kesimpulan bahawa Syeikh Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi itu adalah termasuk murid Syeikh Ahmad al-Fathani. Beliau dilantik oleh Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi Ketua Pelajar-Pelajar Melayu di Kaherah, sedang Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dilantiknya sebagai Ketua Pelajar Putera Diraja Riau di Kaherah juga.

Dipercayai bahawa Syeikh Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi adalah sebagai Ketua Pelajar Melayu di Kaherah yang pertama sekali. Ada pun perintis jalan orang Melayu yang pertama belajar di Masjid Al-Azhar ialah Syeikh Ahmad al-Fathani (tahun 1292 Hijrah sampai 1299 Hijrah). Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani kembali ke Mekah beliau menggalakkan murid-muridnya belajar di Mesir terutama sekali di Al-Azhar.

Maka sangat ramai pelajar kita yang berasal dari dunia Melayu pergi ke Mesir itu. Selain Syeikh Ismail al-Asyi dan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Minangkabau termasuk peringkat awal ke Mesir juga di antaranya ialah: Syeikh Ahmad Tahir Khathib Kerue (Lampung), Syeikh `Abdur Razzaq bin Muhammad Rais Lampung, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, dan ramai lagi.

PENDIDIKAN

Pendidikan asas di Acheh tidak dapat diketahui secara pasti. Dari tulisannya sendiri yang termaktub dalam cetakan Zahratul Murid karya Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani, beliau menyebut, ``Adapun silsilah haqir Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi, maka telah mengambil talqin zikir dan bai'ah daripada Syeikh Muhammad `Ali.

Ia mengambil daripada Syeikh Muhammad As'ad. Ia mengambil daripada Syeikh Sa'id....'', dan seterusnya sama dengan silsilah Thariqat Syathariyah versi Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani. Tidak jelas ``Syeikh `Ali'' yang disebutkannya dalam silsilah itu, apakah berasal dari Acheh atau tempat lainnya. Yang menjadi kemusykilan ialah bahawa apabila kita semak bererti ``Syeikh `Ali'' itu seperguruan dengan Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani, kerana Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani juga menerima Thariqat Syathariyah daripada Syeikh Muhammad As'ad itu.Syeikh `Ali al-Asyi adalah ulama Acheh yang seperguruan dengan Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani. Syeikh `Ali al-Asyi lebih muda dari Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani, kemungkinan beliau berumur panjang sehingga Syeikh Ismail al-Asyi sempat menerima thariqat daripadanya. Sebaliknya Syeikh Ahmad al-Fathani tidak sempat bertemu dengan Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani, yang menjadi murid ulama Patani itu ialah Syeikh Muhammad Zain al-Fathani (ayah beliau).

PENTASHHIH KARYA ACHEH

Sumbangan yang besar Syeikh Ismail al-Asyi ialah mentashhih kitab-kitab karya ulama Acheh. Beliau adalah orang yang pertama memberi catatan nota beberapa kosa kata dari bahasa Acheh diberikan maknanya ke bahasa Melayu yang umum digunakan pada masa itu.

Jadi bererti aktiviti tashhih kitab Melayu/Jawi yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah itu, bahagian penelitian bahasa Acheh ditangani oleh Syeikh Ismail al-Asyi. Syeikh Ismail al-Asyi mulai melibatkan diri dalam usaha Syeikh Ahmad al-Fathani itu sejak permulaan lagi, bersama-sama dengan Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani, Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani, Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, ketiga-tiganya merupakan orang kepercayaan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam semua permasalahan tashhih. Kitab-kitab yang ditashhih oleh Syeikh Ismail al-Asyi pada peringkat awal dikumpulkan dalam Jam'u Jawami'il Mushannafat ialah:

1. Hidayatul `Awam karya Syeikh Jalaluddin bin Kamaluddin Acheh.2. Faraidh al-Quran, tanpa nama pengarang.3. Kasyful Kiram karya Syeikh Muhammad Zain al-Asyi.4. Talkhishul Falah karya Syeikh Muhammad Zain5. Syifaul Qulub karya `Arif Billah Syeikh `Abdullah Acheh.6. Mawaizhul Badi'ah karya Syeikh `Abdur Rauf Fansuri7. Dawaul Qulub karya Syeikh Muhammad bin Syeikh Khathib Langien.8. I'lamul Muttaqin karya Syeikh Jamaluddin bin Syeikh `Abdullah.

Cetakan awal kitab di atas diusahakan oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah. Halaman terakhir cetakan ke lapan, 1320 H/1902 M disebutkan bahawa pada cetakan itu ditambah dua naskhah lagi iaitu, Fathul `Arifin, Paal Kamalullah dan Paal Nabi S.A.W. Syeikh Ismail al-Asyi mencatatkan, ``... dan ditashhihkan dengan cermat dan ditaruhkan pula pada tepinya hasyiah yakni tafsir kalam yang payah jadi mudah''. Maksudnya bahawa beliau memberi nota bahasa Acheh disesuaikan dengan maknanya dengan bahasa Melayu, dan memberikan huraian pada kalimat yang tidak jelas. Pada cetakan yang kemudian dari cetakan tersebut terdapat puisi Syeikh Ismail al-Asyi 18 bait yang terdiri dari dua rangkap-dua rangkap. Kitab yang diusahakan oleh Syeikh Ismail al-Asyi itu mendapat sambutan masyarakat luas di dunia Melayu, sampai sekarang masih banyak diajar dan masih mudah mendapatkannya di kedai-kedai kitab.Dalam kitab yang berjudul Tajul Muluk terkumpul pula beberapa buah karangan, juga diusahakan oleh Syeikh Ismail al-Asyi.

Cetakan awal yang telah ditemui ialah yang diusahakan oleh Mathba'ah al- Miriyah al-Kainah, Mekah, 1311 Hijrah/1893 Masehi. Pada mukadimah Tajul Muluk terdapat 34 bait puisi Syeikh Ismail al-Asyi yang terdiri dua rangkap-dua rangkap. Syeikh Ismail al-Asyi memulakan kumpulan Tajul Muluk dengan karya Syeikh `Abbas al-Asyi yang berjudul Sirajuz Zhalam, yang membicarakan ilmu hisab dan falakiyah. Pada akhir kitab Sirajuz Zhalam karya Syeikh `Abbas al-Asyi, Syeikh Ismail al-Asyi mencatat, ``Maka telah selesai hamba salin kitab ini dalam negeri Mekah yang Musyarrafah pada masa hijrah Nabi S.A.W 1306 tahun, pada hari Sabtu, pada 28 hari bulan Rabiulawal ... `` Kitab terakhir dalam Tajul Muluk ialah yang berjudul Hidayatul Mukhtar karya Syeikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani.

MANUSKRIP

Sebuah karya Syeikh `Abdus Shamad bin `Abdur Rahman al-Falimbani yang berjudul Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid yang sebelumnya hanya ditemui manuskripnya saja, dalam bulan April 1993 saya temui cetakannya, pada halaman terakhir terdapat silsilah Syeikh Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi dan beliau juga menyalin silsilah Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Syathariyah Syeikh `Abdur Rauf al-Fansuri, ditashhihkan oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani. Saya berkesimpulan bahawa kitab Zahratul Murid karya Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani itu diusahakan bersama-sama Syeikh Ismail al-Asyi dan Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani, dicetak oleh Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah Makkah, 1331 Hijrah/1912 Masehi.

KARYA DAN PEMIKIRAN

Selain karya yang bercorak tashhih seperti tersebut di atas, Syeikh Ismail al-Asyi juga menghasilkan karya sendiri, di antaranya yang telah ditemui ialah:

1. Muqaddimatul Mubtadi-in, diselesaikan pada hari Rabu, 30 Safar, di Mekah, tanpa menyebut tahun. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1307 Hijrah/1889 Masehi. Pada halaman tercantum 19 bait puisi beliau yang terdiri dua rangkap-dua rangkap.

2. Tuhfatul Ikhwan fi Tajwidil Quran, diselesaikan pada waktu Dhuha hari Jumaat dua likur Jamadilawal 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1311 Hijrah/1893 Masehi. Terdapat lagi cetakan Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1324 Hijrah/1906 Masehi.

3. Fat-hul Mannan fi Bayani Ma'na Asma-illahil Mannan, diselesaikan tahun 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1311 Hijrah/1893 Masehi.

4. Fat-hul Mannan fi Hadits Afdhal Waladi `Adnan, diselesaikan tahun 1311 Hijrah/1893 Masehi. Hanya diketemukan cetakan Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan, 1379 Hijrah/1960 Masehi yang diusahakan oleh Haji Muhammad bin Ahmad, Kampung Gong, Kelantan, dengan catatan, ``Dengan izin waris pengarangnya dan anak muridnya yang di Mekah al-Mukarramah pada tahun hijrah 1377.''

Kesimpulan bahawa karya Syeikh Ismail al-Asyi meliputi beberapa disiplin ilmu, ialah `aqidah (Muqaddimatul Mubtadi-in), tajwid (Tuhfatul Ikhwan), hikmah dan fadhail (Fat-hul Mannan, nombor 3), hadis (Fat-hul Mannan, nombor 4), bahasa (pada kitab-kitab yang ditashhihnya) dan sastera (puisi), yang berbentuk syair dua rangkap-dua rangkap. Syair yang digubahnya dalam bahasa Melayu memang indah susunan bahasanya, tetapi sayang kadang-kadang bercampur dengan bahasa Acheh yang sukar dimengerti oleh masyarakat dunia Melayu umumnya.
Contoh beberapa bait syair Syeikh Ismail al-Asyi, ialah:

``Wahai ikhwan yang Muslimin,orang yang yakin akan Rabbana,Karangan ini intan ku karang,segala maknikam himpun di sana.''(Jam'u Jawami'il Mushannafat)``Barangsiapa tiada makrifat,segala ibadat tiada guna.Kitab ini baik sekali,makrifat Rabbi di sini nyata.''(Muqaddimatul Mubtadi-in)

KETURUNAN

Keturunan Syeikh Ismail al-Asyi ramai di Mekah, mengenai ini dapat diketahui di antaranya tercatat dalam kitab Durrul Faraid karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 1311 H/1893 M, tertulis, ``Maka orang yang empunya kitab ini Tuan Haji Ahmad anak Tuan Syeikh Ismail anak Tuan `Abdul Muthallib al-Asyi ... Dia duduk di muka pintu, di dalam Maq'ad, di sanalah empunya kitab ini.'' Syeikh Ismail bin `Abdul Muthallib al-Asyi meninggal dunia di Kaherah, Mesir, demikian tersebut dalam buku Student Indonesia di Mesir.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:01 PM   0 comments
SYEIKH ABDUL MUBIN AL-JARIMI AL-FATANI
Tuesday, May 10, 2005
GURU SULTAN PAHANG

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Nama lengkapnya ialah Syeikh Syihabuddin Abu Ahmad Abdul Mubin bin Syeikh Muhammad Thaiyib bin Syeikh Abbas bin Syeikh Muhammad Jailani (gelar Tok Janggut) bin Masari bin Hamzah bin Abdul Mubin bin Abdul Jabbar Syah bin Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani.

Selanjutnya disingkatkan dengan Syeikh Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani.Beliau dilahirkan di Kampung Jerim, Patani pada 15 Rabiulawal 1303 Hijrah/1885 Masihi. Dan meninggal dunia pada waktu Subuh hari Jumaat tanggal 14 Syaaban 1367 Hijrah/20 Ogos 1948 Masihi di Kuantan, Pahang.

Dikebumikan pada pukul 12.00 tengah malam di Perkuburan Beserah, Kuantan, Pahang, dekat dengan Maqam Tuan Wok.Syeikh Muhammad Arifin Syah, iaitu datuk neneknya adalah di antara ulama peringkat awal yang datang ke Patani Darus Salam. Beliau digelar juga dengan Tok Kelupang. Selain itu sebagai seorang ulama dan ketua pemerintahan di Cabang Empat, Patani.

PERHUBUNGAN KELUARGA

Dalam perhubungan silsilah ulama yang diceritakan ini, terdapat empat nama ulama yang bernama Abdul Mubin. Pertama, Syeikh Abdul Mubin bin Abdul Jabbar Syah bin Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani. Syeikh Abdul Mubin yang pertama ini memperoleh anak bernama Syeikh Hamzah.

Syeikh Hamzah memperoleh anak bernama Syeikh Masari. Syeikh Masari memperoleh anak tiga orang iaitu, 1. Syeikh Abdul Mubin, 2. Syeikh Abdur Rahman, dan 3. Syeikh Muhammad Jailani.

Ada pun Syeikh Muhammad Jailani (anak ketiga) memperoleh lima orang anak, iaitu 1. Syeikh Abdul Mubin, 2. Syeikh Muhammad Shalih, 3. Syeikh Abbas, 4. Muhammad Yunus, dan 5. Syeikh Maula.

Syeikh Abdul Mubin (anak pertama) memperoleh 11 orang anak, di antaranya Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok, Syeikh Abdullah (penyusun kitab Tanbihul Ghafilin dalam bahasa Melayu, selengkapnya buku Manhalush Shafi). Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok adalah guru kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ulama dunia Melayu yang sangat terkenal. Syeikh Abbas (anak ketiga) memperoleh anak bernama Syeikh Muhammad Thaiyib. Syeikh Muhammad Thaiyib memperoleh anak bernama Syeikh Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani, guru kepada Sultan Ahmad al-Mu'azzam Syah, Sultan Pahang, iaitu ulama yang sedang dibincangkan ini.

PENDIDIKAN NYA

Pendidikan asasnya diperoleh dari lingkungan keluarga sendiri yang secara bersambung mulai dari pihak ayah dan ibunya hingga ke atas adalah orang-orang yang alim dalam ilmu-ilmu keIslaman. Syeikh Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani mengikuti pengajian sistem pondok di Pondok Tok Raja Haji, Jambu, Patani dalam tempoh yang lama.

Setelah memperoleh ilmu yang banyak menurut pengajian sistem pondok Patani, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan berguru kepada Syeikh Ahmad al- Fathani kerana Syeikh Ahmad al-Fathani tetapi hanya sekejap kerana ulama yang terkenal itu meninggal dunia (1325 Hijrah/1908 Masihi). Selepas itu Syeikh Abdul Mubin mencari guru-guru yang lain sehingga akhirnya belajar kepada Syeikh Mukhtar bin `Atharid Bogor.

Setelah pulang dari Mekah beliau memperdalam ilmu pula kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba, kedua-duanya adalah peringkat abang kepadanya sewaktu sama-sama belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Sebelum Syeikh Abdul Mubin pindah ke Kampung Beserah, Pahang, beliau pernah merantau ke beberapa tempat selain memperdalam ilmu pengetahuan, sekali gus menyebarkan ilmu-ilmu keIslaman yang telah dikuasainya.

AKTIVITI, KARYA DAN PEMIKIRAN

Minat Syeikh Abdul Mubin untuk menyebarkan ilmu pengetahuan melalui media cetak yang ditanamkan oleh gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani kepadanya sangat berkesan. Syeikh Abdul Mubin tahu benar peristiwa pelantikan yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Raja Ali Kelana dan Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani untuk mengelolakan media cetak itu; masing-masing di Riau dan Singapura ditugaskan pada Raja Ali Kelana dan di Kota Bharu, Kelantan ditugaskan pada Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani.

Beliau sendiri walaupun tidak melalui pelantikan rasmi oleh gurunya, namun berusaha bergerak mendirikan Mathba'ah al-'Ubudiyah al-Fathaniyah di Patani. Akan tetapi oleh sebab pengetahuan khusus beliau mengenainya kurang memadai, maka usahanya di Patani itu telah gagal.

Beliau kemudiannya terpaksa berpindah ke Singapura mendekati sahabat-sahabatnya keturunan Diraja Riau, yang juga bekas murid Syeikh Ahmad al-Fathani, yang telah berhasil mendirikan Mathba'ah Al-Ahmadiah Singapura cawangan Syarkah Ahmadi & Co. Midai. Oleh kerana itulah beberapa buah karya beliau pada peringkat awal dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah Singapura.

Selepas beliau merasa pengetahuannya dalam dunia percetakan dan dunia perniagaan sudah cukup, beliau mengorak langkah berhijrah ke Pahang.Di Pahang beliau mulai mengajar ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat dengan cara berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh kerana pengetahuan Islamnya yang luas, Sultan Pahang sendiri berhasrat melantiknya sebagai mufti tetapi beliau menolaknya.

Beliau hanya bersedia menjadi guru kepada keluarga Sultan Pahang. Selain mengajar masyarakat sekeliling dan keluarga istana Sultan Pahang, beliau juga menyusun beberapa buah risalah dan kitab. Karya-karyanya ada yang disusun di atas kehendaknya sendiri dan ada pula di atas kehendak Sultan Pahang.

Dalam masa yang sama beliau meneruskan cita-cita membangun media cetak yang pernah diusahakannya tetapi gagal sewaktu berada di Patani dulu. Percetakannya di Pahang dinamakan sebagai Mathba'ah al-'Ubudiyah al-Fathaniyah al-Kainah, Beserah, Pahang. Di antara karya beliau yang berada di dalam simpanan penulis adalah sebagaimana tersenarai di bawah ini:

1. Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman, diselesaikan ada 12 Syaaban 1337 Hijrah/12 Mei 1919 Masihi di Pahang Darul Amani (istilah beliau, padahal yang umum dipakai sekarang ialah Pahang Darul Makmur). Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah al-Kainah Singapura, 50 Minto Road, 1343 Hijrah/1924 Masihi. Halaman muka dinyatakan, `Diterjemahkan ini kitab dengan titah yang maha mulia al-Mu'tasim Billah as-Sultan `Abdullah al-Muzaffar Syah ibni al-Marhum as-Sultan Ahmad al-Mu'azzam Syah Pahang'.

2. Fat-hul Majid fi `Ilmit Tauhid, diselesaikan pada 20 Safar 1342 Hijrah/1923 Masihi. Cetakan kedua oleh Mathba'ah al-'Ubudiyah al-Fathaniyah, Beserah, Kuantan, Pahang, 1356 Hijrah/ 1937 Masihi.

3. Tabshiratul Ikhwan fi Tajwidil Quran, diselesaikan 22 Zulhijah 1342 Hijrah/1923 Masihi di Pahang Darul Amani. Cetakan kedua oleh Mathba'ah al-'Ubudiyah al-Fathaniyah al-Kainah bin Firdaus al-Fahamiyah, 1356 Hijrah/1937 Masihi. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah Singapura tahun 1346 Hijrah/1927 Masihi.

4. `Umdatul Hukkam li Ta'dilil Ahkam, diselesaikan pada tahun 1358 Hijrah/1939 Masihi. Juzuk pertama cetakan pertama oleh Mathba'ah al-`Ubudiyah al-Fathaniyah al-Kainah bil Bashrah al-Fahamiyah al-Mahmiyah, 1359 Hijrah/1940 Masihi. Kata pengantar Sultan Pahang, katanya, ``Adalah kitab `Umdatul Hukkam li Ta'dilil Ahkam ini dengan kehendak beta menanggungkan atas orang yang beta percayai akan dia, iaitu al-Labibun Najib Tuan Haji Wan Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Fathani, pada menterjemahkan dia ke bahasa Melayu daripada kitab Fiqh asy-Syafi'iyah yang masyhur.''

5. Hadis Suluk lil Umara' wal Muluk, diselesaikan pada 19 Zulhijah 1359 Hijrah/1940 Masihi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-'Ubudiyah al-Fathaniyah al-Kainah bil Bashrah al-Fahamiyah al-Mahmiyah, 1359 Hijrah/ 1940 Masihi.

6. Safinatun Najah fima Yajibu `alal `Abdi li Maulah, juzuk yang pertama, tanpa disebut tahun selesai penulisan. Cetakan pertama oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, tanpa kenyataan tahun cetakan.

7. As`adur Rafiq, tersebut pada iklan Natijah Al-Ahmadiah bagi tahun 1345 Hijrah atau tahun 1926-1927 Masihi, halaman 53. Dengan terdapatnya kata pengantar Maulana al-Watsiq Billah as-Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin Mu'azzam Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'tasim Billah as-Sultan `Abdullah bin as-Sultan Ahmad al-Mu'azzam Syah, Sultan Pahang, pada karya-karya Syeikh `Abdul Mubin al-Jarimi al-Fathani adalah sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ulama yang sangat besar peranan dan pengaruhnya di Kerajaan Pahang.

KETURUNAN NYA

Syeikh Abdul Mubin sepanjang hidupnya pernah berkahwin sebanyak tujuh kali dan meninggalkan 11 orang anak. Perkahwinan pertamanya dengan Hajah Aisyah binti Syeikh, berasal dari Pahang. Beliau memperoleh anak-anak; 1. Ahmad 2. Haji Mahmud, menetap di Betong, Patani. Daripada beliau ini penulis memperoleh pelbagai dokumen mengenai ulama yang diceritakan ini, 3. Hamidah, 4. Salamah, dan 5. Rahmah. Anak-anak beliau daripada isteri yang lain penulis tinggalkan. Ia dapat dirujuk di dalam buku yang telah penulis terjemahkan berjudul Dhiyaul Murid Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:59 PM   0 comments
SAYID SHEIKH AL - HADI
Monday, May 09, 2005
PENYEBAR ILMU YANG GIGIH

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Terdapat pertikaian pendapat tentang tarikh dan tempat lahir Sayid Syeikh al-Hadi. Pendapat pertama menyebut bahawa beliau lahir di Kampung Hulu, Melaka, pada hari Jumaat, 25 Rejab 1281 Hijrah/24 Disember 1864 Masihi.

Dalam buku Sayid Syeikh Al-Hadi, Sasterawan Progresif Melayu karya Talib Samat, hari lahirnya ialah hari Selasa (lihat hlm. 1), buku Jadwal Tarikh, Bulan dan Tahun Hijri-Masihi, jilid 14 karya Raja Haron bin Raja Mohammad Salleh (manuskrip) tarikh 25 Rejab 1281 Hijrah bukannya hari Selasa, tetapi adalah hari Jumaat.

Maklumat di Muzium Islam Melaka pula dinyatakan bahawa beliau lahir pada tahun 1278 Hijrah/1862 Masihi. Selain itu ada lagi yang menyebut bahawa Sayid Syeikh al-Hadi lahir pada tahun 1867 Masihi.

Dalam buku Pendokumentasian Naskah Kuno Melayu dan Kajian Khusus, Hasan Junus menyebut bahawa Sayid Syeikh al-Hadi ``lahir di Pulau Penyengat pada akhir tahun 1860-an atau awal tahun 1870-an.'' (hlm. 128). Beliau meninggal dunia di rumahnya No. 410, Jalan Jelutong, Mukim Jelutong, Pulau Pinang pada 6 Zulkaedah 1352 Hijrah/20 Februri 1934 Masihi.

Ayahnya Sayid Ahmad bin Sayid Hasan as-Saqaf al-Hadi.lahir pada hari Khamis, di Kampung Hulu Melaka, 1 Syawal 1253 Hijrah/29 Disember 1837 Masihi dan meninggal dunia di Penyengat, Riau pada Sabtu, 15 Zulhijjah 1312 Hijrah/9 Jun 1895 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi termasuk dalam golongan kerabat diraja Riau-Lingga kerana ayah saudaranya, Sayid Muhammad al-Hadi berkahwin dengan Syarifah Hasyimah binti Sayid Utsman as-Saqaf. Sebelah ibu Syarifah Hasyimah ini adalah keturunan Upu Daeng Celak, iaitu jalur ke atas golongan Diraja Riau-Lingga.

PENDIDIKAN

Jika kita ikuti perkembangan pada masa kanak-kanak dan remaja Sayid Syeikh al-Hadi, maka kita peroleh data pendidikannya dimulai di Kampung Hulu Melaka, Pulau Penyengat (Riau), Kuala Terengganu, Mekah al-Mukarramah dan Cairo (Mesir). Pendidikan terawal dan asas diperolehnya daripada orang tuanya sendiri, sekali gus memasuki sekolah agama dan Sekolah Melayu Settlements di Melaka.

Pendidikan di Penyengat Riau pula adalah pendidikan khusus bersama-sama golongan elit Kerabat Diraja Riau-Lingga kerana Sayid Syeikh al-Hadi sendiri tinggal bersama Raja Ali Kelana, saudara kandung Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, iaitu Sultan Riau-Lingga yang terakhir. Di Penyengat, Riau, selain belajar kepada Raja Ali Kelana, beliau juga belajar kepada Raja Haji Muhammad Tahir bin Marhum Mursyid, Hakim Kerajaan Riau-Lingga, juga kepada Al-'Alim Al-'Allamah Al-Ustaz Tuan Guru Haji Husein. Antara sahabat Sayid Syeikh al-Hadi dalam pengajian tersebut ialah Raja Haji Muhammad Sa'id bin Raja Haji Muhammad Thahir, Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong, dan ramai lagi. Sayid Syeikh al-Hadi juga dikirim ke pengajian pondok di Terengganu. Setelah menimba ilmu pengajian pondok, tetapi kurang mendalam di Terengganu, Sayid Syeikh al-Hadi berpatah balik ke Penyengat, Riau untuk lebih memantapkan dan memperdalam ilmunya terutama ilmu bahasa Melayu dan bahasa Arab untuk komunikasi kerana Raja Ali Kelana akan membawa Sayid Syeikh al-Hadi berangkat ke Mekah.

Selain menunaikan ibadah haji, sekali gus Raja Ali Kelana akan menemui gurunya Syeikh Ahmad al- Fathani untuk membicarakan pelbagai persoalan termasuk politik yang begitu tertekan oleh kaum penjajah. Dalam tahun 1312 Hijrah/1895 Masihi sewaktu Raja Ali Kelana dibawa oleh gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani ke Turki, Sayid Syeikh al-Hadi menemani Raja Ali Kelana, sama-sama berangkat dari pelabuhan Singapura ke Jeddah. Dalam perjalanan itulah Sayid Syeikh al-Hadi tinggal di Mesir dan sempat belajar kepada Syeikh Muhammad Abduh

AKTIVITI

Aktiviti Sayid Syeikh al-Hadi secara garis besarnya dapat dibahagikan kepada empat kelompok ialah: a) Aktiviti organisasi, b) Aktiviti menolong Raja Ali Kelana, c) Aktiviti pendidikan. d) Aktiviti penulisan. Organisasi yang pertama didirikan oleh orang Melayu ialah Jam'iyatul Fathaniyah oleh Syeikh Ahmad al-Fathani di Mekah (1290 Hijrah/1873 Masihi) yang diikuti oleh Jam'iyatul Rusydiyah atau Rusydiyah Klab, 1298 Hijrah/1880 Masihi, oleh murid-murid beliau di Riau-Lingga. Sayid Syeikh al-Hadi aktif dalam Rusydiyah Klab yang di-nyatakan sebagai Timbalan di Mekah ketika beliau masih seorang pelajar. Hingga tahun 1896 Masihi, Sayid Syeikh al-Hadi masih memegang jawatan pertubuhan itu di Mekah.

Sayid Syeikh al-Hadi adalah orang kepercayaan Raja Ali Kelana mengurus Syarikat Batam Bricks Works Limited yang bergerak dalam pemprosesan batu-bata di Pulau Batam, Riau. Syarikat itu mempunyai cawangan dan beribu pejabat di Singapura. Apabila kita bercerita tentang Raja Ali Kelana dalam bidang usahawan, ia melibatkan sekurang-kurangnya dua tokoh usahawan Riau-Lingga, iaitu Raja Haji Ahmad bin Raja Haji `Umar dan Raja Ali bin Raja Muhammad/Tengku Nong. Bererti kedua-dua tokoh ini juga bersahabat karib dengan Sayid Syeikh al-Hadi. Sayid Syeikh al-Hadi telah berkhidmat kepada Raja Ali Kelana dalam perusahaan batu-bata mulai tahun 1325 Hijrah/1907 Masihi hingga berakhirnya syarikat itu pada tahun 1329 Hijrah/1911 Masihi.

Raja Ali Kelana pindah ke Johor, lalu dilantik sebagai Syaikhul Islam Kerajaan Johor. Disebabkan Raja Ali Kelana sangat besar pengaruhnya di dalam Kerajaan Johor, ia memberi kesempatan kepada Sayid Syeikh al-Hadi mendapat kedudukan dalam Kerajaan Johor pada tahun 1909 - 1915 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi menjadi peguam di Mahkamah Syariah Johor Bahru. Dalam bidang pendidikan, pada tahun 1907 Masihi, Sayid Syeikh al-Hadi mengasaskan Madrasah Al-Iqbal di Seligie Road, Singapura.

Oleh kerana madrasah itu tidak mendapat sambutan, maka ia dipindahkan ke Penyengat, Riau. Sayid Syeikh al-Hadi mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba, Melaka pada tahun 1917 Masihi tetapi hanya bertahan setahun saja. ia ditutup pada tahun 1918 Masihi. Kemudian ia diteruskan di Pulau Pinang pada tahun 1919 Masihi dengan nama Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Tek Soon Street, Pulau Pinang. Hanya madrasah yang didirikan terakhir inilah perjuangan Sayid Syeikh al-Hadi dalam dunia pendidikan meninggalkan kesan yang tidak dapat dinafikan.

Pada tanggal 22 Julai 1906, Sayid Syeikh al-Hadi bersama Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Abbas Taha menerbitkan majalah Islam yang dinamakan Al-Imam. Dalam terbitan-terbitannya dinyatakan pada halaman depan dalam bahasa Melayu, ``Al-Imam Majalah Perlajaran Pengetahuan Perkhabaran''. Pada bahagian bawahnya tertulis, ``Dikeluarkan di Singapura pada tiap-tiap sehari bulan Arabi oleh mudirnya Asy-Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, nombor 19 Wailid Road''.

Daripada kalimat ini jelas bahawa mudir Al-Imam adalah Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali bukan Sayid Syeikh al-Hadi. Menghairankan, kerana beberapa jilid Al-Imam yang ada pada penulis tidak terdapat nama Sayid Syeikh al-Hadi dalam Bibliografi, sedangkan nama Syeikh Muhammad bin Salim al-Kalali hampir semua terbitan terpampang namanya pada halaman kulit. Beberapa orang pengkaji menyebut bahawa Al-Imam adalah majalah Melayu-Islam yang pertama dalam bahasa Melayu.

Mengenai ini juga tercatat dalam salah satu terbitan Al-Imam.Tetapi dalam buku yang diterbitkan tahun 2002, berjudul Sultan Abd Al-Hamid II Dan Kejatuhan Khilafah Islamiah karangan Dr. Eeman Mohamed Abbas dinyatakan bahawa dalam tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi telah wujud majalah-majalah Jajahan Melayu, Lengkongan Bulan dan Cahaya Pulau Pinang. Maklumat ini memberikan pengetahuan baru bagi kita, bahawa majalah-majalah tersebut telah mendahului Al-Imam sekitar enam tahun.

Al-Imam yang mulai terbit tahun 1906 itu tidak bertahan lama, setakat hingga tahun 1908 Masihi. Selanjutnya Sayid Syeikh al-Hadi menerbitkan majalah Al-Ikhwan di Pulau Pinang. Terbitan pertama pada 16 September 1926 Masihi dan berakhir dengan terbitan September 1931 Masihi. Terbit pula Akhbar Saudara mulai 29 September 1928 Masihi. Sayid Syeikh al-Hadi menulis dalam akhbar tersebut hingga Februari 1934 Masihi.Selain majalah, pengkaryaan Sayid Syeikh al-Hadi dikategorikan kepada tiga kelompok iaitu,
a). Mengenai Agama Islam,
b). Novel/Sastera,
dan c). Penulisan Kewartawanan.
Penulisan keislaman ialah

1.At-Tarikhul Islami, cetakan pertama Al-Imam Printing Press, Singapura, 1922.
2. Tafsir Juz Amma, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1927.
3. Tafsir Al-Fatihah, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1928.
4. Alam Perempuan, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1930.
5. Kitab Agama Islam dan Akal, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1931.
6. Kitab Agama Islam, I'tiqad dan Ibadat, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1931.
7. Hadiah Kebangsaan, cetakan pertama The Jelutong Press, Pulau Pinang, 1933.

Penulisan yang bercorak novel/sastera ialah Hikayat Faridah Hanum, cetakan pertama, 1925. Di Penyengat, Riau penulis menemui karangan-karangan Sayid Syeikh al-Hadi yang beliau kirim sebagai hadiah kepada sahabatnya bernama Raja `Abbas bin Raja `Abdul Muthallib. Pada halaman pertama terdapat tanda tangan Raja `Abbas bertarikh 1 Mac 1929.

Data hadiah pengarang Sayid Syeikh al-Hadi di antaranya ialah: Angan-Angan Kehidupan/The Moral Trainer. Bilangan Yang Pertama, Bagi Bulan Disember 1927, Tahun Yang Pertama. Penggal Yang Kedua. Tempat Penulisan: 555 Jelutong Road, Penang. Kandungan: Menceritakan kisah percintaan Mahir Afandi dan Iqbal Hanim. Tulisan huruf Melayu/Jawi. Cetakan pertama The Jelutong Press, Penang, 1927.Angan-Angan Kehidupan/The Moral Trainer. Bilangan Yang Kelima, 25 Februari 1928, Tahun Yang Pertama. Penggal Yang Kedua. Kandungan: Menceritakan kisah anak dara Ghassan atau Hammad dan Hindun.Tulisan huruf Melayu/Jawi. Cetakan pertama The Jelutong Press, Penang, 1928. Dan yang lain-lain penulis tinggalkan sahaja.

Demikianlah tentang Sayid Syeikh al-Hadi pada konteks penyebaran ilmu, ketokohannya yang mengundang kontroversi yang pernah hangat dibicarakan tentang Kaum Tua dan Kaum Muda penulis tinggalkan sahaja. Ini kerana perkara khilafiyah jika dibicarakan tidak akan ada penghujungnya. Oleh itu sebaik-baiknya tidak dibicarakan kecuali jika tidak dapat dielakkan.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:53 PM   0 comments
IMAM YA'QUB AL KALANTANI
Sunday, May 08, 2005
PENYEBAR ISLAM DI BRUNEI DAN SABAH

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Dalam ruangan ini pula penulis perkenalkan seorang lagi ulama perantau Kelantan yang menyebarkan Islam di beberapa tempat dan berakhir perantauannya di Brunei Darussalam dan Sabah.

Beliau yang dimaksudkan ialah Imam Haji Ya'qub bin Haji Ali bin Haji Abdullah al-Kalantani.Beliau lahir di Kampung Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1257 Hijrah/1841 Masihi, dan meninggal dunia di rumahnya, di Bukit Dia Sako', Jesselton, Sabah pada hari Rabu, 16 Muharam 1360 Hijrah/12 Februari 1941 Masihi dalam usia 103 tahun menurut tahun hijrah.

Beliau merupakan ulama yang muncul agak kemudian sedikit dengan beberapa orang ulama Kelantan yang terkenal, mereka ialah Syeikh Abdul Muthallib bin Isa al-Kalantani (di Mekah), Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan (di Mekah), Tuan Tabal (di Kota Bharu, Kelantan) dan ramai lagi. Bererti Haji Ya'qub adalah peringkat guru kepada Tok Kenali, ulama Nusantara yang sangat terkenal. Adik beradik Haji Ya'qub ada empat orang; Abdul Aziz, Haji Ya'qub, Muhammad Saleh dan Zulaikha.

PENDIDIKAN

Dipercayai mulai ayahnya Haji Ali, datuknya Haji Abdullah hingga beberapa lapis ke atas adalah ulama yang mewakili zamannya. Oleh itu pendidikan keIslaman dan bekalan hidup untuk kepentingan duniawi telah diterima dari lingkungan rumah tangga dan kalangan keluarga sendiri.

Pendidikan yang mendalam yang membolehkan beliau diakui sebagai seorang ulama besar adalah di Mekah. Antara ulama berbangsa Arab yang menjadi guru-gurunya ialah: Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Utsman Dimyathi, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan ramai lagi. Antara ulama yang berasal dari dunia Melayu pula ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani dan Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar as-Sambasi. Selain itu, yang lain belum dapat dikesan.

Menurut riwayatnya, walaupun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripada Haji Ya'qub al-Kalantani, namun dalam beberapa ilmu tertentu Haji Ya'qub belajar daripada ulama yang berasal dari Patani itu. Bahkan Haji Ya'qub juga mengajarkan kitab karangan Syeikh Ahmad al-Fathani, antaranya ialah Faridatul Faraid mengenai akidah, Tashil Nail al-Amani mengenai nahu.

PERANTAUANNYA

Sekembalinya dari Mekah, Haji Ya'qub mengembara ke beberapa negeri dalam Semenanjung, antaranya ialah Selangor, Melaka dan Kedah. Barangkali di Kedah beliau tinggal agak lama dari tempat-tempat lainnya kerana beliau pernah mengajar Kerabat Diraja dalam istana Sultan Kedah.

Haji Ya'qub selanjutnya pindah ke Brunei Darussalam. Di sana beliau mendapat kedudukan yang layak kerana beliau adalah seorang ulama, ramai yang mempelajari pengetahuan Islam daripada beliau. Walau pun Haji Ya'qub telah beristeri dan memperoleh enam orang anak di Kampung Muara, Brunei, hal itu tiada menghalang beliau untuk merantau lagi.

Perantauan dilanjutkan dan kemudian Haji Ya'qub pindah ke Putatan, Sabah pada 16 Syawal 1335 Hijrah/4 Ogos 1917 Masihi. Sedangkan keluarganya masih tinggal di Brunei. Di Putatan, Sabah, Haji Ya'qub dilantik menjadi Imam Masjid Putatan dan beberapa tahun kemudian beliau dilantik pula menjadi Imam di Jesselton. Bererti di kedua-dua masjid itu beliau memegang peranan yang paling penting, selain bertugas sebagai imam sekali gus beliau mengajar masyarakat di beberapa tempat. Maka terkenallah namanya sebagai seorang ulama di seluruh pesisir pantai Sabah atau kawasan-kawasan penduduk Sabah yang beragama Islam lainnya.

PENGAJARAN MELALUI KITAB

Oleh sebab Haji Ya'qub adalah seorang ulama besar yang berpengalaman dalam bidang dakwah dan pendidikan sistem pondok, sistem yang pernah diikutinya di Kelantan dan sekitarnya mahu pun di Mekah, maka sistem yang paling berkesan adalah dengan jalan murid-murid menadah kitab.

Ertinya guru membaca kitab, sedangkan murid menyemak kitab yang sedang mereka pelajari. Murid-murid diberi kesempatan membaca kitab di hadapan guru, jika salah maka guru menegur dan membetulkannya. Dipercayai Haji Ya'qub telah menyebarkan sistem demikian di tempat-tempat beliau mengajar sama ada di Brunei mahu pun di Sabah.

Untuk masyarakat yang tidak mempunyai persiapan memahami kitab-kitab bahasa Arab, Haji Ya'qub hanya mengajar kitab-kitab bahasa Melayu terutama kitab-kitab karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dengan demikian kitab-kitab Melayu/Jawi sangat sebati dalam kehidupan masyarakat Islam Brunei Darussalam dan Sabah seperti kawasan-kawasan kediaman orang-orang Melayu di tempat-tempat lain juga.

KETURUNAN

Sewaktu Haji Ya'qub tinggal di Kampung Muara, Brunei Darussalam, beliau berkahwin dengan Dayang Fatimah binti Awang Tarip. Hasil perkahwinan itu beliau memperoleh enam orang anak; Dayang Zauyah, Dayang Badariah, Muhammad Syarbaini, Muhammad Ali, Muhammad Seruji dan Haji Suhaili.

Awang Sahari Abdul Latif dalam satu artikel yang dimuat dalam ``Islam Di Sarawak dan Sabah'' menulis bahawa, Dayang Zauyah berkahwin dengan Ma'asom Juragan Ahmad yang tinggal di Bintulu, Sarawak. Anak kedua, Dayang Badariah berkahwin dengan Awang Abdul Latif Awang Mohd. Taha, Kerani Kastam di Brunei Darussalam. Sewaktu Haji Ya'qub pindah dari Muara, Brunei ke Putatan, Sabah, kedua-dua anaknya yang disebutkan tadi tidak ikut serta kerana mengikut suami mereka.

Nampaknya yang meneruskan perjuangan Haji Ya'qub sebagai ulama pendakwah dan pendidik masyarakat Islam ialah anaknya yang bongsu, iaitu Haji Muhammad Suhaili. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Biawak, Muara, Brunei Darussalam pada tahun 1336 Hijrah/1918 Masihi dan meninggal dunia di Kuala Belait pada 14 Jamadilawal 1405 Hijrah/4 Februari 1985 Masihi.

Anak Haji Ya'qub yang bongsu, Haji Muhammad Suhaili, berkahwin dua kali. Perkahwinan yang pertama pada tahun 1933 dengan Siti Zalekha binti Majinggang. Melalui isteri pertamanya ini Haji Muhammad Suhaili memperoleh lapan orang anak. Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau berkahwin pada tahun 1954 dengan Dayang Salmah binti Pehin Dana Laila Radin Mas Hanafi di Brunei.

Dengan isteri keduanya ini, Haji Muhammad Suhaili memperoleh tiga orang anak. Daripada maklumat yang tersebut ini dapat diketahui bahawa Haji Ya'qub mempunyai ramai keturunan mulai dari Sarawak, Brunei Darussalam hinggalah ke Sabah.

GENERASI PENERUS

Sudah lumrah pada zaman itu bahawa seseorang yang dicalonkan menjadi ulama penerus mestilah mampu membaca kitab turas Islam dari peringkat yang paling rendah hingga peringkat yang paling tinggi. Oleh itu Haji Ya'qub telah memberi pendidikan yang cukup kepada anaknya Haji Muhammad Suhaili kerana menurut firasat, anaknya itu berbakat sebagai pengganti beliau. Dipercayai Haji Ya'qub telah mendidik Muhammad Suhaili menurut tradisi pengajian kitab-kitab yang beliau pernah belajar daripada guru-gurunya, sama ada di pondok pengajian di Kelantan mahu pun di Mekah.

Kitab-kitab turas Islam dalam bahasa Melayu yang mesti diajarkan dalam bidang akidah ialah Faridatul Faraid oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, `Aqidatun Najin oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan Ad-Durruts Tsamin oleh Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani dan lain-lain. Bidang fikah ialah Mathla'ul Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani, Mun-yatul Mushalli oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sabilul Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari dan lain-lain.

Bidang tasawuf ialah Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin, kedua-duanya oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Minhajul Abidin terjemahan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain.

Oleh sebab sama ada Haji Ya'qub sendiri mahu pun anak beliau Haji Muhammad Suhaili kedua-duanya adalah sebagai `Imam', bererti kedua-duanya ahli dalam bidang ilmu tajwid. Antara kitab tajwid dalam bahasa Melayu yang dianggap sebagai turas ialah Al-Mawahibul Makkiyah oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani dan Mauriduz Zhamaan oleh Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri (Senggora).

Selain keempat-empat bidang ilmu yang tersebut, juga diajarkan kitab-kitab dalam bahasa Arab menurut jenjang atau kurikulum yang telah umum diketahui oleh ulama dunia Melayu pada zaman itu. Dipercayai Haji Muhammad Suhaili telah khatam banyak kitab dan pelbagai ilmu selain yang tersebut itu daripada ayahnya sendiri, Haji Ya'qub, ulama besar gigih yang berasal dari Kelantan itu.Ismail Mat (sekarang Dr.) dalam satu artikel yang dimuat dalam Ulama Silam Dalam Kenangan, menulis bahawa Haji Muhammad Suhaili di Sabah dikenali sebagai `Imam Suhaili', manakala di Brunei dikenali dengan `Qadhi Suhaili'.

Menurut Ismail Mat pula bahawa Imam Haji Suhaili sempat menghasilkan dua buah karangan, iaitu Risalatut Tauhid, diselesaikan pada hari Rabu 27 Muharam 1378 Hijrah, di Kuala Belait, Brunei Darussalam. Dan yang sebuah lagi ialah Risalatus Shalah. Menurut Ismail Mat pula, risalah kedua ini telah disemak oleh dua orang ulama Mekah, iaitu Syeikh Abdur Rahim bin Idris al-Kalantani dan Syeikh Hasan Sa'id al-Yamani pada tahun 1381 Hijrah/1961 Masihi, sewaktu Imam Suhaili menunaikan haji pada tahun tersebut.Daripada semua yang dipaparkan di atas, penulis berkesimpulan bahawa ulama yang bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya ialah mereka yang telah berhasil menyebarkan ilmu pengetahuannya untuk kepentingan masyarakat. Bahawa mereka berbahagia di alam barzakh hingga ke Hari Kiamat sekiranya anak dan zuriatnya dapat meneruskan perjuangan suci mereka demi meninggikan syiar agama Islam yang diredhai Allah s.w.t.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:48 PM   0 comments
UMAR CIK AHMAD
Saturday, May 07, 2005
TUAN GURU BESUT TERENGGANU

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Nama lengkapnya Haji Umar bin Cik Ahmad bin Cik Wan Abdul Lathif bin Cik Wan Cik bin Cik Wan Jat bin Cik Wan Abdul Lathif bin Cik Jenal bin Cik Hamat bin Cik Wan. Beliau berasal dari Patani dan dilahirkan di Besut pada tahun 1295 Hijrah/1878 Masihi, lebih muda sedikit daripada Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor (1293 Hijrah/1876 Masihi - 1375 Hijrah/1956 Masihi), yang telah dikisahkan dalam Ruangan agama, Utusan Malaysia sebelum ini. Beliau meninggal dunia di Kampung Raja, Besut, pada hari Selasa pukul 2.30 petang, 5 Zulhijjah 1360 Hijrah/23 Disember 1941 Masihi.

Pada namanya terdapat istilah `Cik Wan' atau dulunya ditulis dengan `Che' Wan' yang merupakan satu istilah keturunan bangsawan Patani yang berhak memerintah negeri. Istilah `Cik Wan' adalah berbeza dengan istilah `Wan' sahaja, walau pun sebenarnya masih termasuk dalam lingkungan satu kekeluargaan.

`Wan' adalah lupus haknya untuk menjadi raja dalam Patani. Jadi ulama yang diceritakan ini merupakan keturunan raja Patani yang mempunyai hak untuk memerintah dalam Patani. Daripada datuk nenek ulama inilah yang mencetuskan nama `Besut', yang sekarang berada dalam kerajaan Terengganu.

Bermula ceritanya bahawa Cik Wan melarikan diri belayar menuju ke sebelah Timur melintasi beberapa kuala. Akhirnya beliau berhenti di sebuah Pulau Ru yang berhadapan sebuah kuala, iaitu paling penghabisan dalam bahasa Patani disebut `sut', ertinya tidak ada lagi sesudahnya, maka dinamakanlah kuala itu dengan Kuala Sut, lama kelamaan berubah menjadi Kuala Besut.

Cik Wan yang berasal dari Patani meninggal dunia dalam peperangan. Kuburnya dijumpai di Pengkalan Kubor, Kuala Besut. Kubur tersebut merupakan kubur yang tertua di Kuala Besut. Demikianlah riwayat ringkas datuk nenek Tuan Guru Haji Umar yang sekali gus merupakan gambaran awal kerajaan Besut dan ulama-ulama yang berada di dalamnya.

PENDIDIKAN

Umar memperoleh pendidikan asas dari lingkungan keluarga sendiri. Pendidikan al-Quran dan ilmu-ilmu asas yang lain beliau pelajari daripada ayah saudaranya Haji Ibrahim, adik beradik ayahnya. Ayahnya Haji Ahmad mempunyai sembilan adik beradik.

Haji Ibrahim adalah yang paling alim dalam keluarga mereka, beliau pula sempat belajar kepada ulama besar Besut yang terkenal iaitu Syeikh Wan Hasan Besut bin Wan Ishaq al-Fathani. Syeikh Wan Hasan Besut adalah murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Dari sini mempunyai silsilah dan sanad pelbagai ilmu Islam yang bersambung hingga yang lebih atas. Sebelum Umar melanjutkan pelajaran di Mekah, beliau terlebih dulu memasuki salah sebuah pengajian pondok di Kelantan. Ketika di Mekah beliau di bawah bimbingan Tok Kenali, Tok Bacuk dan Tok Kemuning yang membolehkan beliau mengikuti pelajaran kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.

Oleh sebab Syeikh Ahmad al-Fathani mengajar orang-orang yang telah memperoleh ilmu yang banyak, maka Umar belajar kepada guru-guru yang lebih muda atau peringkat murid Syeikh Ahmad al- Fathani. Oleh itu Umar lebih banyak belajar kepada Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud), Syeikh Umar Sumbawa, Syeikh Muhammad Mukhtar bin `Atharid Bogor, dan ramai lagi.

AKTIVITI

Setelah Umar memperoleh pelbagai bidang ilmu di Mekah, beliau pulang ke Besut. Dalam tahun 1326 Hijrah/1908 Masihi, beliau membuka pondok pengajian di Kampung Palembang, iaitu sebuah kampung yang ramai dikunjungi orang pada zaman itu kerana tempat itu merupakan pelabuhan.

Sistem pengajian pondok Umar adalah seragam dengan pengajian-pengajian pondok lainnya, sama ada di Patani mahu pun dengan tempat-tempat lain di seluruh Semenanjung. Pengetahuan Islam sama ada yang berbahasa Melayu/Jawi mahu pun bahasa Arab adalah sangat ditekankan dalam pondok beliau.

Ada pun kitab-kitab Melayu/Jawi yang diajarkan terutama karangan guru-guru beliau atau karangan guru daripada guru beliau, di antaranya dalam bidang akidah ialah Faridatul Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani, ad-Durruts Tsamin karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain.

Mengenai fikah pula ialah Wusyahul Afrah, Mathla'ul Badrain, kedua-duanya karya Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani dan lain-lain. Ilmu tasawuf ialah Hidayatus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.Pengajian kitab-kitab Melayu/Jawi selain diajarkan kepada pelajar-pelajar pondok juga diikuti oleh masyarakat kampung.

Walau bagaimanapun untuk pelajar-pelajar pondok lebih diutamakan kitab-kitab bahasa Arab. Kitab-kitab bahasa Arab yang beliau ajar di pondoknya mulai daripada yang paling rendah hinggalah yang besar-besar, di antaranya ialah:Fathul Qarib, Fathul Mu'in, I'anatuth Thalibin. Ketiga-tiganya adalah mengenai fikah. I'anatuth Thalibin adalah karya Syeikh Abu Bakar Syatha, kitab tersebut ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Kedua-dua ulama itu adalah guru beliau. Kitab-kitab fikah dalam Mazhab Syafie peringkat tinggi juga diajarkan oleh Umar, kitab-kitab itu ialah Minhajut Thalibin, Fathul Waahhab dan Mahalli.

Kitab-kitab mengenai bahasa Arab, nahwu dan sharaf merupakan mata pelajaran yang dianggap wajib. Di antara yang diajarkan ialah: Matan `Awamil al-Jurjani, Matan al-Ajrumiyah, Mukhtashar Jiddan, Qathrun Nada, Kaukabud Durriyah dan Tashilu Nailil Amani. Tashilu Nailil Amani adalah karangan gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Daripada kitab-kitab asas ilmu nahwu yang tersebut akan membolehkan kepada kitab-kitab yang besar-besar yang juga diajarkan oleh Tuan Guru Haji Umar di pondok pengajiannya.

Umar Besut selain berkemampuan mengajar kitab-kitab akidah, fikah, nahwu, sharaf dan lain-lain, beliau juga mengajar kitab-kitab tasawuf. Di antara kitab tasawuf yang pernah diajarnya ialah Minhajul `Abidin karangan Imam al-Ghazali. Selain mengajar Minhajul `Abidin yang berbahasa Arab, beliau juga mengajar Minhajul `Abidin bahasa Melayu terjemahan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.Walaupun ada orang menafikan Tuan Guru Haji Umar Besut mengamalkan sesuatu Thariqat Shufiyah, namun menurut keterangan Ustaz Muhammad bin Abdur Rahman (Kampung Raja Besut), beliau telah menemukan catatan bahawa Tuan Guru Haji Umar Besut pernah mentalqinkan Thariqat Sammaniyah.

Yang ditalqinkan Thariqat Sammaniyah itu ialah Haji Cik Man Banggul (Imam Tua Banggul) dan Haji Sulaiman bin Haji Ibrahim. Haji Sulaiman adalah salah seorang murid Tok Kenali. Haji Sulaiman adalah ayah saudara kepada Ustaz Muhammad bin Abdur Rahman yang tersebut. Selain Thariqat Sammaniyah ternyata Tuan Guru Haji Umar Besut juga mengamalkan Shalawat Dalail al-Khairat.

Kitab Shalawat Dalail al-Khairat pernah diamal oleh tuan guru itu yang tercatat ijazah daripada gurunya juga ada dalam simpanan Ustaz Muhammad bin Abdur Rahman. Dalam catatan pula bahawa setiap malam Jumaat Tuan Guru Haji Umar Besut mengadakan halaqah zikir yang dimulakan dengan bacaan Al-Asma' Al-Husna. Daripada keterangan yang tersebut, tidak diragui bahawa Tuan Guru Haji Umar Besut adalah juga mengamalkan sesuatu Thariqah Shufiyah seperti ulama-ulama yang lain juga.

Selain yang tersebut di atas dalam peristiwa khilafiyah yang dibangkitkan oleh Mufti Haji Wan Musa Kelantan, ulama Besut bernama Tuan Guru Haji Muhammad bin Husein Besut dan Tuan Guru Haji Umar Besut termasuk dalam barisan ulama yang tidak sependapat dengan Mufti Haji Wan Musa Kelantan itu. Tuan Guru Haji Muhammad bin Husein Besut telah menyanggah pendapat Mufti Haji Wan Musa Kelantan itu dalam sebuah tulisannya bertarikh malam Isnin, 29 Syawal 1334 Hijrah. Sebelum sanggahan itu dikirim kepada Mufti Haji Wan Musa Kelantan, ulama Besut itu telah bermuzakarah dengan Tuan Guru Haji Umar Besut yang diriwayatkan ini.

KETURUNAN DAN MURID MURID

Umar Besut berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan yang pertama dengan saudara sepupunya bernama Hajah Khadijah, memperoleh tiga orang anak. Perkahwinan kedua dengan Hajah Wan Sa'idah binti Haji Wan Muhammad. Haji Wan Muhammad ini adalah Mufti Perak Darul Redzuan yang pertama. Usia Hajah Wan Sa'idah sekarang sudah hampir seratus tahun. Beliau menetap di Kampung Raja, Besut.

Penulis sempat menemubual beliau (8 Mac 2004). Banyak cerita menarik diperoleh daripadanya. Di antaranya sewaktu beliau ke Mekah yang pertama bersama ayahnya, beliau mengenali Syeikh Ahmad al-Fathani dan Syeikh Nur al-Fathani. Kedua-dua ulama itu menurutnya sangat banyak keistimewaannya.

Perkahwinan Umar Besut dengan Hajah Wan Sa'idah binti Haji Wan Muhammad memperoleh anak enam orang. Di antaranya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz. Beliau ini pernah berkahwin dengan anak Nik Mustafa Fadhil bin Datuk Nik Mahmud, Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan (tokoh yang pernah diceritakan dalam Ruangan Agama Utusan Malaysia sebelum ini).

Ustaz Haji Abdul Aziz adalah seorang penulis buku-buku untuk sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah agama di Kelantan. Sebagai guru pengajian pondok yang lain juga, Umar Besut telah menurunkan murid yang ramai terutama di sekitar Besut atau seluruh Terengganu dan Kelantan. Murid-murid beliau itu ramai pula yang membuka pondok pengajian di beberapa tempat.

Di antara mereka ialah: Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Wan Saleh, Bukit Puteri, Besut, Tuan Guru Haji Abbas bin Muhammad, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Lathif bin Awang, Alor Keladi, Jeretih, Besut, Tuan Guru Haji Muhammad Ali bin Haji Abdullah, Kampung Nering, Pasir Putih, Tuan Guru Haji Husein bin Awang Hamat, Pengkalan Pauh, Jeram, Pasir Putih dan ramai lagi.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:42 PM   1 comments
TENGKU MAHMUD ZUHDI
Thursday, May 05, 2005
SYEIKHUL ISLAM SELANGOR

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

NAMA lengkapnya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Ayahnya adalah Raja Jambu, Patani yang ditangkap oleh Siam dan ditempatkan di istana tersendiri di Ban Sim Dip, Bangkok. Ibunya bernama Kalsum binti Haji Sa'ad, berasal dari India.Tengku Mahmud lahir di Ban Sim Dip, Bangkok, pada tahun 1293 Hijrah/1876 Masihi. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tanggal 6 Rabiulawal 1376 Hijrah/10 Oktober 1956 Masihi.

PENDIDIKAN

Walaupun berada di dalam keadaan sangat darurat di dalam tahanan, namun ayahnya sempat mengajar Tengku Mahmud ilmu-ilmu asas Islam tradisi Patani dan pengetahuan adab raja-raja Melayu. Tengku Mahmud juga sempat belajar kepada Syeikh Abdul Latif bin Mustafa al-Fathani di Thait (pinggiran Bangkok).

Ketika berusia antara 8 - 9 tahun (1302 Hijrah/1885 Masihi), dalam keadaan sukar, Tengku Mahmud berhasil dikirim ke Mekah. Di Mekah, diserahkan sekalian urusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani mendidiknya sendiri dan memasukkannya ke Maktab Saulatiyah, yang diasaskan oleh orang India.

Dengan demikian Tengku Mahmud memperoleh dua sistem pendidikan, iaitu sistem tradisional pondok dan sistem persekolahan. Beliau adalah murid yang paling cemerlang di sekolah itu. Oleh kerana itu beliau diminta mengajar di sekolah tersebut pada tahun 1895.

Syeikh Ahmad al-Fathani mendesak Tengku Mahmud supaya melanjutkan pelajarannya ke Mesir bersama Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, Syeikh Tahir Jalaluddin Minangkabau dan lain-lain pada tahun 1900.

Di Mesir beliau hanya memperdalam pelbagai ilmu yang telah dipelajarinya di Mekah, terutama ilmu falakiyah dan ilmu khat. Pada tahun 1905, Tengku Mahmud lulus peperiksaan Hasyimiyah (Syarif Husein) dengan memperoleh Syahadah al-Kubra dan memperoleh kebenaran mengajar di Masjidil Haram, Mekah.

Sungguhpun Tengku Mahmud telah mengajar di Maktab Saulatiyah dan Masjidil Haram, namun beliau sentiasa memperdalam ilmu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani terutama ilmu sastera Arab. Beliau juga menerima bai`ah Thariqat Syathariyah dan Thariqat Syaziliyah daripada Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani. Selain pendidikan yang telah disebutkan, agak kebelakangan Tengku Mahmud juga belajar kepada Syeikh Mukhtar `Atharid Bogor.

KERABAT DIRAJA SELANGOR

Tengku Mahmud berhijrah dari Mekah ke Jambi, Sumatera. Beliau sampai di Jambi pada hari Khamis, 6 Rabiulawal 1344 Hijrah/23 Oktober 1925 Masihi. Di sana beliau mendirikan sekolah Arab di sebuah tempat yang bernama Tahtul Yaman.

Apabila Sultan Sulaiman Syah mendengar ulama tersebut berada di Jambi, baginda sendiri datang ke Jambi mengajak Tengku Mahmud supaya pindah ke Selangor. Tengku Mahmud berangkat ke Klang pada tahun 1929. Pada mulanya beliau dilantik sebagai Penasihat Agama Selangor, selanjutnya menjadi Syeikhul Islam Setia Diraja Selangor.

Di Selangor Tengku Mahmud berkahwin dengan Tengku Hajah Safiah, puteri Sultan Abu Samah bersama isterinya Tengku Kubis. Tengku Mahmud berkahwin beberapa kali, isterinya di Kelantan bernama Tengku Maryam. Di Kedah beliau berkahwin dua kali dan di Patani sekali.Anak perempuannya yang bernama Tengku Aminah (tidak jelas daripada isterinya yang mana) berkahwin dengan Tengku Badli Syah (Tengku Laksamana Selangor) ibni Sultan Hisyamuddin Alam Syah.

MURID MURID NYA

Di kalangan kerabat Diraja Selangor termasuk Sultan Sulaiman (mangkat 1937), putera baginda Tengku Haji Ibrahim Syah (Tengku Sri Wangsa) adalah murid Tengku Mahmud Zuhdi. Selain itu, Tengku Mahmud telah mencetuskan idea sehingga berdirinya madrasah di Klang yang bernama Marta' al-Ulum ad-Diniyah (1933 sampai tahun 1945).

Pada tahun 1945, madrasah ini terpaksa ditutup kerana perang dunia ke-II. Setelah peperangan selesai madrasah tersebut dibuka kembali dengan mudirnya Hj. Abdul Ghani bin Hj. Othman. Selanjutnya ia dipimpin oleh Sayid Abdul Aziz asy-Syami al-Masri dan nama madrasah tersebut diganti dengan Darul Ulumid Diniyah.

Kemudian setelah pimpinannya beralih kepada Sayid Mahmud `Arif Bukhari, madrasah tersebut kembali kepada nama asalnya, iaitu Marta' al-Ulum ad-Diniyah.Seorang ulama besar berbangsa Arab dan berasal dari Mekah yang pernah belajar kepada Tengku Mahmud sewaktu di Klang, ialah Sayid Mahmud `Arif al-Bukhari.

Ramai para pentadbir Islam di dalam Selangor yang menjadi murid kepada Tengku Mahmud, di antara mereka ialah Ustaz Ahmad Dahlan bin Abdul Mannan, bekas Pembantu Pelajaran Agama di Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Hj. Abdul Jalil Safwan bin Hj. Abdul Rahman, bekas Yang Dipertua Persatuan Guru-Guru Islam Selangor (PEGUAM) dan ramai lagi.

Murid Tengku Mahmud Zuhdi yang mempunyai hubungan dengan golongan korporat pula, seperti Haji Abdullah bin Faqih, ayah kepada Dato' Hj. Shahrani, D.P.M.S, J.P, F.C.I.T, Group Excutive Chairman, Shapadu Corporation Sdn. Bhd. Dato' Hj. Shahrani Hj. Abdullah adalah salah seorang usahawan yang berjaya, berasal dari Selangor dan beliau berminat terhadap khazanah dunia Melayu.

KARYA KARYA NYA

Tengku Mahmud dapat dikategorikan sebagai ulama dunia Melayu yang mampu mengarang dalam dwi bahasa; bahasa Arab dan bahasa Melayu. Di antara karangannya yang telah ditemui disenaraikan sebagai berikut:

1. Al-Faridatus Saniyah wal Khuthbatul Bahiyah, diselesaikan pada hari Isnin, akhir Muharam 1321 Hijrah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah 1331 Hijrah. Kata pujian oleh Syeikh Abdullah Daud al-Fathani dan saudaranya Syeikh Muhammad Nur Daudi al-Fathani. Kandungannya mengenai khutbah Jumaat. Pada halaman akhir terdapat puisi Syeikh Abdullah Daud Fathani dan puisi pe-ngarangnya. Kedua-duanya dalam bahasa Melayu.

2. Janiyatus Tsamarat fi Ta'rifi Ba'dhil Kalimat, diselesaikan di Mekah, Subuh Jumaat, awal Rabiulawal 1325 Hijrah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah 1325 Hijrah. Kandungannya membicarakan nahu dalam bahasa Arab dan merupakan syarah Matan al-Ajrumiyah. Pada cetakan ini terdapat juga tentang ilmu isti'arah karya gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

3. Syarh Tadrijish Shibyan ila Tasywiqil Bayan, diselesaikan di Mekah, 1330 Hijrah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1332 Hijrah. Pada bahagian tepi dicetak juga matan ilmu tersebut yang disusun oleh gurunya, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Kata pujian oleh Saiyid Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (Mufti Mekah al-Mukarramah). Kandungannya membicarakan ilmu isti'arah (bahagian ilmu bayan), ditulis dalam bahasa Arab dan merupakan syarah karya gurunya, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

4. Tsimarul Khuthab al-Mahbarah al-Minbariyah, diselesaikan Muharam 1335 Hijrah. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-Arabiyah. Kandungannya merupakan kumpulan khutbah dan terdapat berbagai-bagai amalan.

5. Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar, diselesaikan pada hari Jumaat, 7 likur Muharam 1339 Hijrah. Dicetak oleh Mathba'ah Dar at-Thiba'ah al-Islamiyah, Patani. Kata pujian oleh Syeikh Muhammad Mukhtar bin `Atharid Bogor, Syeikh Abdul Qadir bin Shabir Mandailing, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani, Syeikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani, Syeikh Ismail/Pak De `El bin Abdul Qadir al-Fathani, Syeikh Muhammad Nashir al-Fathani, bertarikh 16 Zulkaedah 1339 Hijrah dan Syeikh Abdul Haq, tahun 1341 Hijrah. Pentashihnya adalah Syeikh Abdullah bin Ibrahim Langgar al-Qad-hi. Kandungannya menolak beberapa pemikiran Kaum Muda terutama karangan Mufti Haji Wan Musa Kelantan.

6. Pemudahan Yang Disayang, diselesaikan pada hari Jumaat, 7 Muharam 1343 Hijrah. Dicetak oleh Mathba'ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1345 Hijrah /1927 Masihi. Kandungannya mengenai melakukan fidiyah menurut Mazhab Hanafi yang boleh dipakai dalam Mazhab Syafie.

7. Pegangan Yang Terutama Pada Sedikit Daripada Pangkal Ugama, diselesaikan pada 10 Syaaban 1352 Hijrah. Dicetak pada hari Rabu, 2 Safar 1353 Hijrah/16 Mei 1934 Masihi, tanpa disebut tempat mencetaknya. Kandungannya membicarakan akidah.

8. Tamhidul Manahij al-Adabiyah fi I'rabi Mabanil Ajrumiyah, diselesaikan pada hari Isnin, 10 Zulkaedah 1352 Hijrah. Jilid 1 dan 2 dicetak oleh The New Klang Press, Klang, pada hari Isnin, 11 Rejab 1352 Hijrah/30 Oktober 1933 Masihi. Jilid 4, dicetak oleh Persama Press, Penang. Kandungannya mengenai ilmu nahu dan merupakan huraian Matan Ajrumiyah.

9. Dua Khutbah Bagi Dua Hari Raya Fitrah Dan Adha, tidak terdapat tahun selesai penulisan. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Ishlah, Jeddah. Dicetak atas perbelanjaan pengarang sendiri. Kandungannya mengenai khutbah, doa khatam al-Quran untuk khanduri/kenduri, talqin mayat dan doa Nisfu Syaaban.

KETURUNAN

Anak Tengku Mahmud yang meninggalkan keturunan ada empat orang; Haji Muhammad, keturunannya di Jambi, Sumatera, Haji Ahmad keturunannya di Jambu, Patani, Tengku Abdul Hamid dan Tengku Aminah, keturunan dua orang yang terakhir ini di Selangor.

Anak Tengku Mahmud yang menjadi ulama besar dua orang; Haji Muhammad, sangat terkenal di Jambi. Digelar oleh masyarakat sebagai `Ulama Jubah Hitam'. Yang menjadi ulama pula ialah Haji Ahmad, Imam Masjid Jambu, Patani dan guru mengajar pelbagai kitab. Semua anak Tengku Mahmud Zuhdi yang tersebut telah meninggal dunia.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:35 PM   1 comments
ABU BAKAR MUAR
Wednesday, May 04, 2005

BENTENG PERTAHANAN KAUM TUA

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

NAMA lengkapnya ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

GURU GURU NYA

Semua ulama yang telah disebut dalam riwayat Syeikh Abdullah Fahim dan Abdul Lathif Melaka, adalah juga guru kepada Abu Bakar. Ulama yang paling rapat dengannya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga.

Kepada ulama yang berasal dari Lingga, Riau itu beliau mendalami hadis Bukhari. Sementara Ilmu Qiraat dipelajarinya dan menerima ijazah daripada Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Seperti Abdullah Fahim, beliau juga mendalami Ilmu Falak dan menerima ijazah daripada Syeikh Muhammad Nur al-Fathani. Selain itu ada dua orang ulama, gurunya yang banyak disebut dalam tulisannya, iaitu Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

AKTIVITI

Abu Bakar al-Muari adalah Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama seminggu sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin Othman bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah Percadangan' (Bandar Maharani Muar, Mac 1925, dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah Muar 1925).Abu Bakar al-Muari adalah pengasas Madrasah Al-Arabiyah Al-Khairiah di Muar. Beliau bukan hanya mendirikan madrasah, tetapi keterlibatannya di Bandar Muar meliputi keseluruhan aspek pembangunan di Muar, terutama sekali yang melibatkan urusan keIslaman.

MURID MURID NYA

Murid-muridnya sangat ramai, bukan hanya murid di madrasah tetapi termasuk murid-murid yang menadah kitab di masjid, surau dan di rumahnya, sehingga beliau dikenali dengan nama `Haji Abu Bakar Alim'.

Di antara tokoh yang pernah mendapat pendidikan di Madrasah Al-Arabiyah Al-Khairiah ialah saudara sepupu beliau yang bernama Tan Sri Mohamed Noah. Setelah Mohamed Noah menerima pendidikan di madrasah tersebut, Abu Bakar lalu menghantarnya belajar ke Timur Tengah. Mohamed Noah adalah ayah mertua kepada allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

Murid Abu Bakar yang lain ialah Ustaz Muhammad Yasin. Beliaulah yang meneruskan perjuangan pendidikan madrasah yang diasaskan oleh gurunya itu. Muhammad Yasin adalah ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin (sekarang Menteri Pertanian Malaysia).

Murid Abu Bakar yang lain ialah Datuk Haji Mohd. Noor. Di antara anak beliau ialah Datuk Haji Juma'at, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, (sekarang Bendahari) Persatuan Sejarah Malaysia. Menurut keterangan Mohammad, anak kepada Abu Bakar Muar, kedua-dua tokoh di atas sangat memuji dan mengenang jasa orang tuanya (Abu Bakar).

Mohamed Noah pernah berkata, ``Kalaulah aku tidak dididik oleh sepupuku, Abu Bakar, tiadalah aku dapat ke Timur Tengah. Barangkali aku pun hidup dalam kejahilan tiada kenal hukum-hakam Islam ... ``.Muhammad Yasin pula pernah berkata, ``Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

KARYA KARYA NYA

Abu Bakar al-Muari menghasilkan karangan dalam jumlah yang banyak. Ia ditulis dalam bahasa Arab dan Melayu. Oleh sebab ruangan yang disediakan sangat terbatas, semua karangannya tidak dapat disenaraikan di ruangan ini.Keterangan ringkas hanyalah sebagai berikut, bahawa beberapa karyanya merupakan polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Azhari. Walaupun Syeikh Tahir Jalaluddin adalah sahabatnya yang sama-sama belajar di Mekah, namun pendapat kedua-duanya adalah berbeza.

Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung.

Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani.

Kandungannya menyatakan tentang sunat sembahyang ba'diyah Jumaat dan qabliyahnya. Ia membatalkan perkataan Syeikh Thahir Jalaluddin al-Minankabawi, guru Madrasah Al-Haji Taib Parit Jamil Muar yang mengatakan sembahyang qabliyah itu bidaah.

Dan menyatakan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, rumuz-rumuz ulama fikah, tarikh Imam ar-Rafi'ie, Imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Haitami. Dicetak oleh Mathba'ah al-Khairiyah, Muar (tanpa tarikh). Dicetak dengan perbelanjaan ahli-ahli al-khair Johor, Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Kukup.

Salah satu sebab penyusunan karya ini ialah pertanyaan Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, guru agama Bandar Maharani, 14 Syaaban 1346 Hijrah. Surat dilampirkan pada halaman awal dan setelah pada halaman akhir dilampirkan surat Haji Utsman bin Haji Muhammad Said, tarikh, Bandar Maharani, 18 Zulhijjah 1346 Hijrah yang menyambut baik kitab ini.Judul selanjutnya ialah Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi. Diselesaikan 10 Rabiulawal 1351 Hijrah/1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah, Muar, 1351 Hijrah/1932 Masihi.

Kandungannya merupakan polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi, sebagai tanggapan atas karya yang berjudul Huraian Yang Membakar. Di dalam Taman Persuraian Haji Bakar, yang dipersoalkan ialah mengenai sembahyang qabliyah Jumaat. Ia merupakan kelanjutan judul Taman Persuraian. Polemik dengan Hasan Bandung pula, Abu Bakar Muar menyusun risalah berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Diselesaikan 20 April 1932 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor.

Kandungannya menjawab dan membatalkan fatwa pengarang Al-Fatwa Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh, dan mulut anjing pun belum tentu najisnya.

Salah satu sebab disusun karangan ini atas permintaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar yang ditandatangani oleh ketuanya, Abdus Syukur bin Ismail bertarikh 2 April 1932. Surat tersebut dicetak pada halaman 1-2.

Mengenai sanggahan pendapat Sayid Rasyid Ridha selain dalam bahasa Arab, terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu yang diberi judul Sanggamara Dalam Perkara Menolak dan Membatalkan Perkataan Sayid Muhammad Rasyid Ridha Yang Berkata Dengan Niat Ushalli Itu Bid'ah. Sama ada yang dalam bahasa Arab atau pun yang dalam bahasa Melayu hingga kini belum ditemui.Cogan Perikatan. Diselesaikan pada 3 Zulkaedah 1346 Hijrah/1928 Masihi, dalam Muar, Bandar Maharani, Johor. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 15 Syawal 1346 Hijrah/1928 Masihi.

Kandungan risalah ini juga merupakan polemik kerana mempertahankan pendapat golongan Mazhab Syafie daripada serangan Kaum Muda yang menolak mengucapkan lafaz `Ushalli'. Karya Abu Bakar Muar selain yang bercorak polemik, dilengkapi pula dengan pelbagai disiplin ilmu, di antaranya tentang Ilmu Falak, ditulis dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan belum diberi judul, diselesaikan pada 28 Rabiuakhir 1323 Hijrah/1905 Masihi di Mekah.

Kandungan ilmu falakiyah merupakan syarah nazam al-Fadhil Abil Hasan Ali bin Abi ar-Rijal al-Katib al-Qairuani. Ilmu Wafaq, juga dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan belum diberi judul. Diselesaikan pada 1 Zulhijjah 1323 Hijrah/1905 Masihi di Mekah. Tentang faraid (cara-cara membahagi pusaka) ditulis kitab berjudul Nihayatut Taqrib fi Ma'rifatil Irtsi wat Ta'shib, juga dalam bahasa Arab. Ia masih dalam bentuk manuskrip dan diselesaikan pada 28 Jamadilawal 1324 Hijrah/1906 Masihi di Mekah.

Tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., disusun risalah bernama Peringatan. Diselesaikan pada 2 Rabiulawal 1338 Hijrah/1919 Masihi dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menyatakan kalimah-kalimah yang ada di dalam kitab Kisah Maulid an-Nabi bagi karangan Sayid Ja'far al-Barzanji yang harus diubah-ubahkan bacaannya, cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Bandar Maharani, Muar, 1938. Juga tentang kelahiran Nabi s.a.w. beliau susun Mastika Ajaib. Diselesaikan pada 9 Safar 1350 Hijrah/26 Jun 1931 Masihi, dalam Bandar Maharani, Muar, Johor. Kandungannya menyatakan hukum dan kelebihan membaca Maulid an-Nabi s.a.w., cetakan yang pertama Mathba'ah al-Jamiliyah, Parit Jamil, Muar, 1350 Hijrah/1931 Masihi. Sebab disusun risalah ini memenuhi pertanyaan anggota Gubahan Setia Kelab Muar.

Tentang tajwid, Abu Bakar Muar menyusun risalah Pertinjauan, Penggal Pertama. Diselesaikan pada 1 Syaaban 1342 Hijrah dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 1342 Hijrah/1924 Masihi. Pada halaman pertama sesudah halaman kulit terdapat salinan ijazah daripada gurunya, Syeikh Abdullah bin Muhammad Qasim Senggora yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 25 Zulhijjah 1334 Hijrah di Mekah.Hikayat Qadhi Dengan Harami, diselesaikan pada 12 Rabiulawal 1343 Hijrah dalam Bandar Maharani, Muar. Cetakan yang pertama, Mathba'ah al-Khairiyah, Muar, 1343 Hijrah/1924 Masihi.

Kandungannya merupakan sastera Islam, menceritakan kisah seorang qadi pada zaman pemerintahan Harun ar-RasyidAbu Bakar juga menyusun buku-buku pengetahuan lain, seperti buku mengenai masakan yang terkumpul dalam judul Jangka Rampaian yang terdiri daripada tiga jilid. Saya simpulkan saja bahawa Abu Bakar Muar telah melakukan penulisan sejak tahun 1323 Hijrah/1905 Masihi hingga 18 Muharam 1357 Hijrah/20 Mac 1938 Masihi. Judul terakhir karyanya ialah Jadwal Tarikh Antara Nabi Adam Dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dan Lainnya.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:27 PM   0 comments
ISMAIL AL-KALANTANI
Monday, May 02, 2005
MUFTI KERAJAAN PONTIANAK

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

ULAMA yang berasal dari Kelantan ini pernah penulis riwayatnya di dalam Majalah Pengasuh yang diperlengkapkan oleh Ismail Awang. Selanjutnya dimuat dalam buku Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (jilid 1), yang diselenggarakan oleh Ismail Che Daud dan diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, cetakan pertama, 1988.

Beberapa tahun kemudian penulis menemui data-data baru mengenai ulama Kelantan yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Pontianak di Kalimantan Barat ini, oleh itu riwayat mengenainya ditulis kembali di dalam ruangan Agama, Utusan Malaysia ini.

Nama lengkapnya ialah Ismail bin Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Qadir al-Kalantani. Lahir di Kampung Labok, Macang, Kelantan. Mengenai tahun lahir dan wafatnya masih perlu dikaji kembali. Pendapat awal menyebut bahawa Ismail Kelantan lahir pada tahun 1293 Hijrah/1876 Masihi. Ismail Che' Daud menjelaskan pada notanya bahawa ulama tersebut lahir pada awal tahun 1300 Hijrah/1882 Masihi. Demikian tentang wafatnya bahawa pendapat awal menyebut tahun 1365 Hijrah/1946 Masihi, Ismail Che' Daud menyebut kemungkinan pada tahun 1370 Hijrah/1951 Masihi atau terkemudian lagi.

PENDIDIKAN

Ismail dan abangnya Muhammad Nuh (yang kemudian dikenali sebagai Haji Nuh Kaya) setelah memperoleh pendidikan asas di Kelantan, dihantar belajar ke Mekah. Di Mekah, Ismail sempat mengikuti majlis pengajian Syeikh Ahmad al-Fathani, sama ada di rumah mahu pun di Masjid al-Haram.

Ada orang meriwayatkan bahawa Ismail Kelantan pulang ke Kelantan sesudah haji pada tahun 1325 Hijrah/1908 Masihi, iaitu tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325 Hijrah/18 Januari 1908 Masihi). Riwayat lain menyebut bahawa setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia, Ismail Kelantan meneruskan pengajiannya kepada beberapa orang ulama besar Mekah, antaranya Saiyid Abdullah az-Zawawi (lahir 1266 Hijrah/1850 Masihi, wafat 1343 Hijrah/1924 Masihi), Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi dan ramai lagi. Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi berasal dari Termas (Jawa) adalah seorang ulama besar Mazhab Syafie dan ahli dalam ilmu hadis. Beliau mempunyai beberapa karangan yang besar, antaranya Muhibah Zawin Nazhar yang tebalnya empat jilid.

Hubungan mesra antara Ismail Kelantan dengan Saiyid Abdullah az-Zawawi sejak beliau belajar di Mekah lagi, yang ketika itu Saiyid Abdullah az-Zawawi adalah seorang Mufti Mazhab Syafie di Mekah. Ketika pergolakan Wahhabi di Mekah, beberapa orang ulama tidak aman tinggal di Mekah, termasuklah Saiyid Abdullah az-Zawawi. Haji Ismail Kelantan mengikut gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi itu berhijrah dari Mekah ke Riau dan selanjutnya ke Pontianak.

Sewaktu Saiyid Abdullah az-Zawawi menjadi Mufti Pontianak, Ismail Kelantan terus bersama gurunya itu, belajar pelbagai bidang ilmu tiada henti-hentinya walau pun ilmu yang dikuasainya cukup banyak dan memadai. Riwayat lain menyebut bahawa Ismail Kelantan pulang ke Kelantan lebih awal (1325 Hijrah/1908 Masihi), dan selanjutnya pergi ke Cam/Kemboja.

ILMU FALAK

Ismail Kelantan tidak sempat menamatkan ilmu falak yang dipelajarinya daripada Syeikh Ahmad al-Fathani. Oleh itu setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia, beliau meneruskan pendidikan khusus tentang ilmu falak itu daripada Syeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathani.

Ketika mempelajari ilmu falak daripada Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, beliau bersama Syeikh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar.Mengenai ketokohan Ismail Kelantan dalam ilmu falak dapat dibuktikan dalam karyanya Pedoman Kesempurnaan Manusia. Menurut cerita Ustaz Abdur Rani Mahmud (ketika masih hidup sebagai Ketua Majlis Ulama Kalimantan Barat), bahawa Ismail Kelantan adalah orang pertama yang menyebarluaskan ilmu falak di Pontianak, khususnya atau Kalimantan Barat umumnya.

KE PONTIANAK SEBAGAI MUFTI

Selain bersama gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi di Pontianak, Ismail Kelantan pernah menziarahi Syeikh Muhammad Yasin, seorang ulama yang berasal dari Kedah, yang tinggal di Kuala Secapah, Mempawah. Pada tahun kedatangan Ismail Kelantan ke Kuala Secapah, Mempawah itulah Syeikh Muhammad Yasin Kedah meninggal dunia.

Ismail Kelantan juga menziarahi Wan Nik, seorang ulama sufi yang berasal dari Patani. Beliau tinggal dalam bandar Mempawah.Dalam waktu yang relatif singkat, kealiman Ismail Kelantan tersebar di sekitar Mempawah dan Pontianak. Oleh sebab itu Adam, seorang hartawan Bugis di Sungai Itik, Pontianak, iaitu seorang yang sangat haus dengan ilmu pengetahuan, menjemput Ismail Kelantan mengajar di rumahnya.

Bukan itu saja, atas kehendak Adam dan Mu'minah binti Haji Muhammad Thahir, mereka menjodohkan anak perempuannya dengan Ismail Kelantan. Perkahwinan dengan anak Adam itu merupakan perkahwinan Ismail Kelantan yang pertama di Pontianak. Detik-detik terakhir akan kepulangannya ke Kelantan, Ismail berkahwin lagi dengan Jamaliah yang berasal dari Tasik Malaya, Jawa Barat.

Perkahwinan kedua ini adalah atas kehendak dan perintah Sultan Muhammad, Sultan Pontianak. Daripada sepucuk surat Ismail Kelantan kepada Syarif Muhammad bin Syarif Yusuf, Sultan Pontianak, tarikh Pontianak: 28 Februari 1924, dapatlah diketahui bahawa mula-mula beliau dilantik sebagai Naib Hakim di Rad Agama Pontianak mulai tarikh 12 Ogos 1920 Masihi. Pada tarikh penulisan surat 28 Februari 1924, kedudukan Ismail Kelantan adalah sebagai Mufti di Kerajaan Pontianak.

Sewaktu Ismail Kelantan menjadi Mufti Pontianak, ada tiga orang ulama yang bernama Ismail. Dua orang lagi ialah Ismail bin Abdul Lathif (lebih dikenali dengan Ismail Jabal) dan Ismail bin Abdul Karim (lebih dikenali sebagai Ismail Mundu). Ismail bin Abdul Lathif berpangkat Adviseur Penasihat Rad Agama Kerajaan Pontianak. Ismail bin Abdul Karim (wafat pada hari Khamis, 15 Jamadilakhir 1376 Hijrah/16 Januari 1957 Masihi) pula adalah Mufti Kerajaan Kubu, sebuah kerajaan kecil di bawah naungan Kerajaan Pontianak. Ketiga-tiga ulama tersebut sangat terkenal di dalam Kerajaan Pontianak. Bahkan kerajaan-kerajaan lain di seluruh Kalimantan/Borneo.

PULANG KE KELANTAN

Ismail Kelantan pulang ke Kelantan sekitar tahun 1937. Di Kota Bharubeliau menjadi guru di Jami' Merbau yang berstatus sebagai pendidikan tinggi Islam ketika itu. Murid-murid yang diterima di Jami' Merbau adalah orang-orang yang telah mendapat pendidikan yang cukup memadai, yang datang dari seluruh Semenanjung dan Patani.

Semangat

Selain mengajar di Jami' Merbau, Ismail Kelantan juga menjadi guru dan imam di Istana Sultan Kelantan. Ismail Kelantan adalah hafiz al-Quran tiga puluh juzuk, fasih ketika berpidato dan berkhutbah di atas mimbar. Kelebihannya pula dapat mempengaruhi dan membakar semangat pendengar. Dalam satu peristiwa pergaduhan yang didalangi Bintang Tiga yang terjadi di Kota Bharu, Ismail Kelantan telah berpidato sehingga menaikkan semangat juang orang Melayu

PENULISAN

1. Fatwa Daripada as-Saiyid Abdullah Ibnu Almarhum as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi Jawab Soal Dari Tanah Jawa, diselesaikan pada 25 Syawal 1330 Hijrah. Kandungannya mengenai ayat-ayat al-Quran dalam piring hitam. Diberi gantungan makna dalam bahasa Melayu daripada karya asalnya yang ditulis dalam bahasa Arab, Rejab tahun 1326 Hijrah. Dicetak dengan kehendak as-Saiyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-Qadri Pontianak. Dicetak di Mathba' Haji Muhammad Sa'id bin al-Marhum Haji Arsyad, No. 82 Arab Street Singapura, pada 25 Syawal 1330 Hijrah oleh Muhammad bin Haji Muhammad Sa'id, Basrah Street, No. 49 Singapura.

2. Risalah Pada Bicara Jum'at dan Sembahyang Zhuhur Mu'adah, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Tarikh salinan 3 Rabiulawal 1345 Hijrah. Manuskrip disalin oleh Khathib Peniti Kecil, diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 Hijrah/22 Disember 2001 Masihi. Kandungan perbahasan khilafiah mengenai sembahyang Jumaat dan sembahyang Zuhur atau mu'adah.

3. Pedoman Kemuliaan Manusia, kandungannya membicarakan rampaian berbagai-bagai ilmu, termasuk falakiyah. Cetakan yang pertama Mathba'ah al-Ma'arif, Kota Bharu, Kelantan. Taqriz/pujian: Tuan Guru Ahmad Mahir bin Haji Ismail Kemuning, Kadi Besar Negeri Kelantan (ditulis pada 22 Januari 1938), Tuan Guru Nik Muhammad Adib bin Syeikh Muhammad Daud, Jawatan Tinggi Kadi Pelawat atau Pemeriksa Kadi-kadi Dalam Kelantan (ditulis 22.11.37), Tuan Guru Abdullah Tahir bin Ahmad, Guru Besar Ugama Dalam Kelantan dan Anggota Ulama Dalam Majlis Ugama Islam Kelantan (ditulis 14 Zulkaedah 1356 Hijrah).

KETURUNAN DAN MURID

Sewaktu Ismail Kelantan pulang ke Kota Bharu, Kelantan, tiga orang anaknya dengan isteri pertama telah berumah tangga, ketiga-tiganya tidak ikut pulang ke Kelantan. Anak-anaknya yang pernah ditemui penulis ialah anaknya yang tinggal di Parit Sungai Keluang, Peniti, Kecamatan Siantan, Kabupaten Pontianak.

Suaminya bernama Arif. Seorang anak Ismail Kelantan yang perempuan lainnya tinggal di Pontianak. Dipercayai ketiga-tiga anak Ismail Kelantan melahirkan keturunan yang ramai di Pontianak atau pun telah berpindah ke tempat-tempat lainnya.Antara sekian ramai murid Ismail Kelantan di Pontianak yang sangat rapat dengan penulis ialah Ustaz Abdur Rani Mahmud. Beliau termasuk salah seorang guru penulis.

Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Majlis Ulama Kalimantan Barat. Beliau adalah tempat rujukan segala kemusykilan mengenai Islam bagi masyarakat umum dan pihak pemerintah di Kalimantan Barat. Cerita-cerita mengenai kelebihan atau keistimewaan Ismail Kelantan banyak penulis dengar dan catat daripada Abdur Rani Mahmud. Menurut Abdur Rani Mahmud, Ismail Kelantan adalah orang pertama menyebarkan ilmu falak secara meluas di Pontianak.

Katanya, ``Kemungkinan Haji Ismail Kelantan hafal Quran tiga puluh juzuk kerana di mana saja beliau duduk, mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat al-Quran. Tangannya senantiasa memegang tasbih. Kalau mengajar mata pelajaran apapun yang diajarkannya semuanya secara hafal walau pun kitab ada di depannya.''

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:22 PM   0 comments
GUSTI MUHAMMAD TAUFIQ AQAMUDDIN
Sunday, May 01, 2005
RAJA MEMPAWAH TERAKHIR

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Dua siri keluaran yang terdahulu telah diceritakan dua orang keturunan Upu Daeng Celak, iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Syah, Selangor dan Raja Ali Kelana Riau.

Keluaran kali ini diperkenalkan pula keturunan Upu Daeng Menambon. Nama lengkapnya ialah Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin bin Gusti Ibrahim, raja terakhir yang memerintah Mempawah (yang ke-13).Upu Daeng Celak dan Upu Daeng Menambon adalah adik beradik.

Dalam penulisan sejarah yang dilakukan oleh Raja Ali Haji dan penulis-penulis lain pada masa dulu, selalu menyebut hubungan kekeluargaan antara Mempawah dan negeri-negeri Melayu di Riau, Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan lain-lain.

Oleh itu tulisan ini mengingatkan kembali hubungan kekeluargaan yang pernah wujud pada masa silam itu. Sebelum melanjutkan kisah yang termaktub pada judul di atas, terlebih dulu dirasakan perlu menyebut nama raja-raja yang memerintah Mempawah dari awal hingga ditutup dengan Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin (Raja yang ke-13).

Raja yang pertama ialah Raja Dayak, iaitu Patih Gumantar pada tahun 1380 Masihi. Raja kedua, iaitu Kerajaan Mempawah Hulu yang berpusat di Pukan Raja ialah Raja yang bernama Penembahan Kudung dengan isterinya, Puteri Burkalim pada tahun 1610 Masihi-1680 Masihi. Raja ketiga pada tahun 1680 Masihi, Penembahan Sepauk/Senggauk memerintah kerajaan di Sepauk di Perhuluan Mempawah.

Semua raja yang tersebut belum menganut sesuatu agama (animisme)Raja keempat, Upu Daeng Menambon, iaitu raja Islam yang pertama di Mempawah pada tahun 1740, berasal dari negeri Bugis. Raja kelima, putera kepada Gusti Jamiril bergelar Penembahan Adiwijaya Kesuma yang terkenal anti penjajah Belanda. Baginda adalah saudara sepupu dengan Raja Ali Haji (Riau), Raja Lumu (Selangor) dan lain-lain.

Raja keenam pada tahun 1804, Gusti Jati yang bergelar Sultan Muhammad Zainal Abidin Putera Mahkota. Raja ketujuh pada tahun 1831, Gusti Amin. Raja kelapan pada tahun 1839, Penembahan Mu'min. Raja kesembilan pada tahun 1855 yang terkenal dengan gelaran Penembahan Mahmud. Raja kesepuluh pada tahun 1858, Gusti Utsman. Raja kesebelas, Gusti Ibrahim yang bergelar Penembahan Ibrahim Saifuddin pada tahun 1872. Raja kedua belas iaitu Puteri Raja Gusti Intan dengan gelaran Ratu Permaisuri pada tahun 1887.

Raja ketiga belas yang diriwayatkan ini, ialah Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, lahir pada tahun 1288 Hijrah/1871 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1944 Masihi. Beliau memerintah Mempawah pada tahun 1322 Hijrah/1904 Masihi - 1363 Hijrah/1944 Masihi.

ULAMA DI MEMPAWAH

Mulai pemerintahan Upu Daeng Menambon di Mempawah, beliau mendatangkan seorang ulama berbangsa Arab, Sayid Husein bin Sayid Ahmad al-Qadri. Putera Upu Daeng Menambon yang bernama Gusti Jamiril mendapat pendidikan daripada ulama ini dan dilanjutkan dengan Syeikh Ali bin Faqih yang datang dari Patani. Diriwayatkan bahawa Gusti Jamiril mendapat pendidikan Islam yang mendalam daripada kedua-dua ulama Arab dan Patani itu.

PENDATANG

Sampai pada zaman pemerintahan Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, tradisi menampung ulama pendatang di Mempawah berjalan terus. Ulama yang datang dari Semenanjung ke Mempawah ketika baginda memerintah antaranya ialah Syeikh Muhammad Yasin yang berasal dari Kedah, Haji Abdur Rahman bin Husein berasal dari Kelantan dan Haji Muhammad Saleh Sarawak.

Ulama yang datang dari Patani ialah Haji Wan Nik al-Fathani dan Syeikh Abdul Lathif al-Fathani. Selain ituada juga dari Arab seperti Syeikh Yusuf al-Manshuri. Dari Banjar Haji Abdul Qadir bin Ahmad al-Banjari.Antara guru Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin dalam bidang agama yang dapat dikesan ialah Haji Abdul Fattah, Haji Wan Nik al-Fathani dan Syeikh Abdul Lathif al-Fathani, Haji Ali bin Sulaiman dan ramai lagi.

Daripada data ini dapatlah diketahui latar pendidikan Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, bahawa beliau memperoleh pendidikan Islam seimbang dengan pendidikan kenegaraan yang diperoleh dalam lingkungan Istana Kerajaan Mempawah sendiri.Ulama yang berkhidmat dalam masa pemerintahan Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin yang paling akhir meninggal dunia ialah Haji Ahmad dan Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani.

Haji Ahmad berasal daripada keturunan Pulau Pinang. Jawatan yang disandangnya ialah Maharaja Imam Mempawah. Sementara Haji Abdur Rahman Kelantan pula, jawatan yang disandangnya ialah Maharaja Imam Mempawah. Penulis sempat mewawancara kedua-dua ulama tersebut pada tahun 1968 -1970.Penulis mempunyai beberapa buah kitab bahasa Arab bekas milik Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin.

Sungguh mengkagumkan kerana beberapa judul, antaranya adalah kitab yang besar berjilid-jilid. Ada pula yang tidak diterbitkan lagi dan sukar mendapatkannya. Kitab yang besar antaranya ialah Fathul Bari, iaitu kitab syarah Shahih Bukhari yang terkenal oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani. Memperhatikan kitab-kitab yang ditinggalkan dandirujuk dalam dua buah karangannya yang telah dijumpai, dapatlah diyakini bahawa Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin adalah seorang raja Melayu yang mampu memahami kitab-kitab bahasa Arab yang tinggi dan mendalam huraiannya.

PENULISAN

Nasihat Kepada Anak Buah Kerajaan Mempawah Yang Beragama Islam, diselesaikan pada 25 Syawal 1351 Hijrah/21 Februari 1933 Masihi. Kandungannya merupakan nasihat seorang raja kepada rakyatnya supaya hidup menurut panduan Islam dan menghindari hidup yang bermegah-megah dengan kemewahan. Tidak terdapat nama pencetak. Dalam koleksi ini terdapat tanda tangan Pangeran Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, Penembahan Kerajaan Mempawah lengkap dengan cop mohornya.

Naskhah ini diperoleh dari dalam Istana Kerajaan Mempawah. Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin memulakan nasihatnya dengan kalimat, ``Waktu sekarang dikatakan orang musim Malaise, iaitu segala harga barang tanaman seperti kelapa, getah dan lainnya ada terlalu amat turun harganya. Ialah tiada menurut seperti harga penjualan pada tahun yang telah lalu. Oleh sebab demikian semua orang yang hidup daripada hasil berkebun kelapa, getah, dan lain tanaman ada berasa amat berkurang menerima keuntungan daripada hasil harga kebunnya itu.

Sebab biasanya orang itu menerima banyak dari pendapatan hasil kebunnya tetapi pada waktu sekarang ia cuma menerima hasil yang terlalu sedikit.'' Istilah ``Malaise'' yang digunakan oleh beliau barangkali boleh kita samakan dengan `kemelesetan ekonomi' iaitu sama ada disukai atau pun tidak, diundang atau datang dengan sendirinya, senantiasa datang dan pergi dalam sesuatu pemerintahan atau pun dunia secara keseluruhannya.

INSAF

Daripada mukadimah nasihat di atas dapat kita ketahui bahawa Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, Raja Mempawah, adalah seorang raja yang faham keadaan ekonomi dan mengambil perhatian terhadap rakyat yang diperintahnya.

Dapat dibuktikan pula dengan nasihat beliau, katanya, ``Maka sepatutnya orang yang pemboros itu waktu sekarang banyak menaruh insaf akan dirinya kerana waktu Malaise ini ialah menjadi satu pengajaran kepadanya. Maka hendaklah ia membanyakkan berhemat, jangan lagi suka membuang-buang harta jikalau tiada amat fardu ...'' Baginda menganjurkan berusaha supaya wang dapat digandakan, baginda menyambung kalimat di atas, ``Jika sekiranya mereka itu ada kelebihan daripada nafkah yang wajib baginya pada masa ini lebih baik diperbanyakkan berusaha menuntut jalan kemajuan bagi dunia dan akhirat atau pun apa sahaja yang mendatangkan keuntungan baginya.

Jauhkan sifat pemboros yang mengecewakan hidup kita ...'' Sikap Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin tidak terikat dengan sesuatu adat kuno, tetapi beliau lebih mengutamakan ajaran yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Mengenainya dapat kita pelajari daripada kalimat, ``Maka kerana demikian terasalah pada fikiran, hati kita, akan memberi nasihat kepada bangsa Islam anak buah kerajaan Mempawah supaya mengubah adat kuno itu (adat zaman dahulu) yang kiranya pada fikiran kita tiada sekali merosakkan pada hukum agama Islam...'' Yang dimaksudkan dengan kalimat ini ialah pembaziran kewangan dalam upacara perkahwinan, berkhatan dan lain-lain.

Menurut baginda dalam masa krisis ekonomi cukuplah dikerjakan hal-hal yang diwajibkan oleh syarak saja. Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, Raja Mempawah, ketika menyusun nasihatnya, baginda menyebut beberapa kitab rujukannya dalam bahasa Arab iaitu I'anatut Thalibin oleh Saiyid Bakri Syatha. Rujukan dalam bahasa Melayu ialah Sabilul Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.

KETURUNAN

Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin, Raja Mempawah yang terakhir ini meninggal dunia akibat korban pembunuhan kejam tentera Jepun sewaktu perang dunia kedua. Hingga sekarang tidak diketahui di manakah tempat pembunuhan itu sebenarnya terjadi. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1944 Masihi. Sewaktu pembunuhan terjadi, Gusti Muhammad Taufiq Aqamuddin meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri, iaitu Pangeran Muhammad yang kemudian dikenali dengan nama Drs. Jimmy Ibrahim, seorang tokoh yang terkenal dalam pemerintahan Propinsi Kalimantan Barat.

Putera-puteri beliau yang lain ialah Pangeran Faishal, Pangeran Taufiqiyah dan Pangeran Abdullah.Kesimpulan dan penutup artikel ini, penulis berpendapat bahawa hubungan Mempawah dan negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Brunei sejak Upu Daeng Menambon telah terjalin kekeluargaan yang sangat erat.

Oleh itu masa kini hubungan silaturahim perlu diikat dan dijalin kembali. Mengenai hal ini dirasakan perlu diikatkan dengan penelitian sejarah, kebudayaan, pelancongan, kerjasama ekonomi dan lain-lain yang dirasakan perlu. Mempawah dan Kalimantan Barat khususnya atau Kalimantan/Borneo umumnya adalah berpotensi untuk kekukuhan ekonomi rakyat Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam pada masa-masa yang akan datang.

Rakyat mengharapkan mudah-mudahan para pemimpin tiga negara yang memerintah Kalimantan/Borneo sekarang mengambil berat untuk menangani perkara-perkara yang tersebut di atas.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:17 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com