Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 1426H
Thursday, October 27, 2005



Selamat Menyambut Aidilfitri
Berhati-hati di jalanraya
Maaf Zahir dan Batin
1 Syawal 1426H

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:06 PM   0 comments
IRAQ DAN PARSI : Pertempuran Di Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Tuesday, October 25, 2005

IRAQ DAN PARSI : Pertempuran Di Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.

Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.

Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.

Oleh: Pak Ngah

Pertempuran-pertempuran kecil di antara Umat Islam dan Parsi telah berlaku dibawah pimpinan al-Muthanna bin Harithah asy-Syaibany di mana dengan bilangan tentera dan kelengkapan yang kecil tentera Islam dapat menewaskan tentera Parsi yang besar dan mempunyai kelengkapan yang banyak.

Melihat kejayaan ini, Khalifah Abu Bakar r.a. mula menghantar balatentera yang lebih besar dipimpin oleh Khalid al-Walid. Khalifah Abu Bakar r.a. mengutus surat kepada al-Muthanna memintanya supaya menyambut khalid al-Walid serta taat dan tunduk pada perintahnya.

Apabila Khalid al-Walid tiba di Iraq, Bandar-bandarnya menerima tawaran perdamaian serta tunduk dan membayar jizyah kepadanya dan berjanji akan bersama-sama menentang Parsi.

Negeri terpenting menerima tawaran perdamaian ialah Hirah. Dari sini Khalid al-Walid menuju ke Anbar dan mengepungnya, akhirnya mereka menyerah dan meminta damai. Khalid al-Walid meneruskan kemaraannya ke Ainut-Tamar dan berlaku pertempuran dan kepungan oleh tentera Islam, akhirnya mereka menyerah kalah. Khalid al-Walid telah membebaskan sekumpulan orang Arab yang telah ditawan oleh tentera Parsi yang dikurung di dalam gereja di Bandar Ainut-Tamar.

Di antara pertempuran terpenting yang diharungi Khalid al-Walid ialah Mauqi’ah Zatis-Salasil(Pertempuran Askar Berantai) yang dipimpin oleh Hormuz panglima Parsi. Tentera Parsi secara paksa diikat dengan rantai-rantai besi di antara satu sama lain supaya mereka tidak lari meninggalkan medan pertempuran tetapi ini tidak membantu mereka. Setengah dari mereka dapat melarikan diri sementara yang lain gugur terbunuh. Hasil dari pertempuran itu tentera Islam dapat menakluki al-Ubullah yang terletak di Teluk Parsi.

Khalifah Abu Bakar r.a. mengarah Khalid al-Walid dan tenteranya membantu tentera Islam yang berada di Rom kerana kesulitan dan kepayahan yang mereka alamai. Tentera yang dipimpin Khalid al-Walid beralih arah menuju ke Rom, ini menyebabkan tentera al-Muthanna menjadi lemah dan tidak berdaya menentang tentera Parsi. Akhirnya mereka kembali semula ke Semenanjung Arab.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. keadaan balatentera Islam jauh lebih kuat daripada askar Rom iaitu sesudah mendapat kemenangan gilang-gemilang dalam pertempuran Ajnadain. Oleh itu Khalifah Umar r.a. pun mengirim kembali tentera ke Parsi.

Artikel seterusnya akan melihat penyebaran dakwah dan perluasan Empayar Islam di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. terutamanya peperangan al-Jasr, Mahran, al-Qadisiyah, Mada’in, Jalula’ dan Nahawand yang akhirnya melenyapkan penentangan bangsa Parsi dan akhirnya memasukkan Parsi ke dalam alam Islam buat selama-lamanya.

Wallahu a’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:09 AM   0 comments
SUASANA DI PARSI SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Sunday, October 23, 2005

SUASANA DI PARSI SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.

Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.

Oleh: Pak Ngah

Parsi merupakan salah satu dari dua kuasa besar yang dikagumi dan digeruni sebelum kedatangan Islam. Negara Parsi walaupun menjadi kuasa besar dunia di samping Rom serta dianggap paling maju dari aspek kebendaan dan falsafah tetapi tanpa aqidah yang benar dan sahih maka mereka telah mencipta falsafah yang karut dan menyesatkan kerana tanpa bimbingan agama yang benar. Mereka terkenal sebagai penganut agama Majusi iaitu menjadikan Api sebagai Tuhan yang mereka sembah.

Di antara falsafah mereka ialah Zoroaster yang menjadi pegangan golongan bangsawan di Parsi. Ajaran ini memberi kelebihan kepada orang-orang yang berkahwin dengan ahli keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya. Masyarakat kita mengenali perkara ini sebagai sumbang mahram. Mereka berkahwin dengan ibu, anak perempuan dan saudara perempuan. Malah pemerintah mereka yang bernama Yazdegerd ke-2 (651M) yang memerintah dipertengahan abad ke-5 telah berkahwin dengan puterinya.

Di Parsi juga lahir ajaran Mazdak yang mengistiharkan bahawa manusia itu hendaklah bebas di dalam memakai dan menggunakan apa sahaja termasuklah segala harta dan perempuan semuanya menjadi halal dengan tidak ada apa-apa batas sempadan pun.

Di Parsi juga lahir suatu kepercayaan yang dikenalai dengan nama ‘Hak Ketuhanan Yang Suci’ iaitu menurut keyakinan ini raja-raja adalah bayangan Tuhan di atas Mukabumi. Maharaja Parsi mendakwa bahawa dalam diri mereka mengalir darah Tuhan. Oleh itu rakyat hendaklah mempersucikan dan memuja mereka sebagai Tuhan.

Apa saja perbuatan yang dilakukan oleh Raja walaupun perbuatan jahat, hendaklah dianggap mulia dan baik. Rakyat dipaksa memberi ketaatan kepada Raja seperti taatkan Tuhan.

Di Parsi juga wujud berbagai-bagai cukai yang membebankan rakyat seperti cukai ke atas tiap-tiap jiwa, cukai pakaian, cukai perabut, cukai orang mati dan sebagainya cukai yang menindas rakyat.

Kedatangan Islam hanya mengenakan cukai yang sedikit iaitu jizyah bagi mereka yang tidak mahu menganut agama Islam yang jauh lebih rendah dari cukai yang dikenakan oleh pemerintahan Parsi yang zalim.

Tentera Islam memberi pilihan kepada rakyat Parsi dan wilayah-wilayah yang ingin ditakluki iaitu:

  1. Masuk Islam dan mereka akan dapat hak dan kewajipan sebagai warganegara empayar Islam.
  2. Membayar Jizyah iaitu cukai yang diwajibkan atas setiap individu kecuali kanak-kanak dan orang tua. Apabila membayar jizyah, mereka dapat menikmati dan menggunakan alat kelengkapan Negara seperti warga Muslim seperti pengairan, polisi dan lain-lain.
  3. Berperang sekiranya tidak mahu memenuhi kedua-dua syarat di atas.

Wallahu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:58 AM   0 comments
PENYEBARAN DAKWAH DAN PERLUASAN EMPAYAR ISLAM DI PARSI

PENYEBARAN DAKWAH DAN PERLUASAN EMPAYAR ISLAM DI PARSI


Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.

Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.

Oleh: Pak Ngah

Di dalam artikel ini dan seterusnya penulis akan memfokuskan penulisan iaitu mengenai penyebaran dakwah Islamiyyah ke Parsi. Penyebaran dakwah Islamiyyah ini juga seterusnya meluaskan lagi empayar Islam terutama di dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rashidin. Banyak peperangan yang ditempuh oleh umat Islam untuk menyelamatkan penduduk Rom dan Parsi dari cengkaman Kaisar dan Kisra’ yang maha zalim kepada rakyatnya sehinggakan Orientalis mendakwa Islam disebarkan dengan Pedang oleh kerana banyaknya peperangan yang terpaksa ditempuh umat Islam dalam gerakan penyebaran dakwah Islamiyyah.

Semasa di sekolah rendah iaitu pada tahun 70-an, penulis amat mengagumi dua orang pahlawan lagenda iaitu Rustam Panglima Parsi dan Herculis Pahlawan Rom. Penulis banyak membaca buku cerita mengenai keperwiraan mereka. Semasa di tahun 80-an iaitu sewaktu penulis melanjutkan persekolahan menengah ke Maahad Hamidiah, tanggapan itu mula berubah apabila mempelajari sejarah Islam terutamanya di zaman Khulafa’ ar-Rashidin, Kerajaan Umaiyyah dan Kerajaan Abassiyyah.

Barulah penulis sedar siapakah Rustam Panglima Parsi? Beberapa peperangan seperti al-Jasr(Jambatan), Mahran atau an-Nakhilah, al-Qadasiah, Mada’in, Jalula’, Nahawand dan sebagainya di Parsi akan mendedah bahawa Rustam adalan penentang kuat penyebaran dakwah Islamiyyah. Mereka menggunkan cara-cara yang zalim dan paksaan ke atas tentera mereka umpamanya dalam pertempuran Mauqi’ah Zatus-Salasil yang dipimpin oleh Hormuz dimana tentera Parsi diikat dengan rantai-rantai besi supaya mereka tidak melarikan diri dari peperangan.

Tentera Rom dan Parsi juga menggunakan taktik membawa isteri, anak-anak dan harta kekayaan mereka yang dikumpul dibelakang balatentera peperangan dengan tujuan mengingati mereka bahawa kekalahan bereti hancurnya rumahtangga dan kekayaan mereka.

Kaum Muslimin berperang untuk membela keyakinan aqidah mereka walaupun tanpa anak dan isteri ikut serta dalam peperangan. Hanya kekutan aqidah dan keimanan yang menjadi beklan mereka, mereka cintakan mati sebagai Syuhada’ kerana darjat yang tinggi yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Tentera Islam berjuang untuk mati sebagai Syuhada’ sementara tentera kuffar berjuang untuk hidup dengan segala paksaan yang dikenakan oleh pemerintah mereka. Lihat sajalah kezaliman kuku besi Empayar Rom dan Parsi yang sanggup mengikat perajurit mereka dengan rantai-rantai besi secara paksaan supaya mereka tidak dapat meninggalkan medan pertempuran.

Artikel seterusnya akan membincangkan bagaimana suasana pergolakan hidup dan kepercayaan masyarakat Parsi yang menganut agama Majusi iaitu menyembah Api sebelum kedatangan Islam ke sana.

Wallahu a’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:06 AM   0 comments
TUMPASNYA SEORANG PERAGUT DI MASJID MAKMURIAH
Friday, October 21, 2005

TUMPASNYA SEORANG PERAGUT DI MASJID MAKMURIAH

Kisah ini merupakan suatu kisah yang benar-benar berlaku iaitu beberapa hari sebelum umat Islam berpuasa iaitu menyambut kedatangan Ramadhan 1426H yang penuh berkat. Tujuan penulis menceritakan kisah ini sebagai pengajaran kepada peragut dan kepada kita semua supaya sentiasa berhati-hati apabila membawa beg tangan, dompet atau beg terutamanya yang mengandungi barang berharga.

Kebetulan peristiwa ini berlaku di sebuah Masjid iaitu Masjid Jamek Makmuriah yang terletak di dalam pekan Sungai Besar di Selangor. Lokasi masjid ini amat sesuai untuk masyarakat Sungai Besar menunaikan solat secara berjamaah kerana ia di apit oleh tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama Ehya al-Falah dikiri, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur di Kanan dan di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Berhampiran Masjid juga terdapat balai polis, komplek Majlis Daerah Sabak Bernam yang merupakan pusat pentadbiran.

Sewaktu Jamaah Masjid Makmuriah menunaikan solat Zohor iaitu dalam rakaat kedua, tiba-tiba mereka mereka dikejutkan dengan jeritan seorang wanita yang terpaksa membatalkan solatnya kerana beg tangannya dicuri oleh seorang peragut. Walau bagaimana jamaah masjid tetap meneruskan solatnya.

Di waktu itu, ada tiga orang guru dari sekolah berhampiran baru hendak masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Mendengar jeritan itu, mereka terus mengejar peragut itu. Peragut itu melarikan diri ke arah SMK Sungai Besar tetapi malang tidak berbau, mungkin ini hari malang buat peragut kerana setelah lama terlepas kali ini tertangkap pula, bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Peragut itu dapat ditangkap oleh murid-murid sekolah di situ.

Peragut itu kemudian dibawa ke Masjid, kebetulan memang ramai anggota polis yang berpakaian biasa solat berjamaah di Masjid Makmuriah. Maka peragut Melayu berusia awal 20-an itu dibawa ke balai polis. Setelah diperiksa terdapat banyak kunci pada peragut itu, mungkin selain meragut beliau menjalankan kegiatan mencuri motorsikal dan sebagainya. Sebelum ini memang ada berlaku kehilangan motorsikal dan kejadian pecah kereta semasa jamaah solat di Masjid.

Kadang-kadang penulis terfikir, di akhir zaman ini orang ke Masjid bukan semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT tetapi ada juga yang bertujuan untuk melakukan kemungkaran, jika tidak masakan selipar, kasut, pembesar suara, tong derma, motorsikal hilang dicuri dan kereta dipecah orang. Malah peragut juga mencari jalan mudah dengan meragut di dalam masjid ketika jamaah khusyuk solat.

Di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat masjid ditegakkan atas dasar taqwa dan ia menjadi dasar kepada penegakan masjid-masjid lain kemudiannya. Masjid yang dididirikan adalah untuk menambat hati agar sentiasa mengingati Allah SWT walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun. Masjid dibina bertujuan memimpin dan membentuk kegiatan masyarakat.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua, berhati-hatilah semasa membawa barang berharga hatta ketika solat pun kita tidak boleh lepa.

Wallahu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:02 PM   0 comments
email dari Abu Naqibah

Assalamualaikum...

Saya harus mengaku bahawa saya peminat Pak Ngah. Er... Minat atas setiap karya yang Pak Ngah hantarkan. Nampkanya usia kita sama di hidayahnet. Sayajoin hidayahnet pun Ramadhan yang lepas juga.

Tapi saya amat mengkagumi kiriman2 dari Pak Ngah. Sebahagian darinya saya copy dan paste dalam words dengan impian hendak membuat seberapa banyak salinan dan edarkan kepada orang apabila ada kemampuan nanti.

Saya telah sedia maklum akan keadaan Pak Ngah di mana Pak Ngah sendiri yang beritahu saya. Rasanya tidak ada sebab untuk saya merendahkan kebolehan Pak Ngah hanya semata2 Pak Ngah OKU. Rasanya hampir semua orang juga begitu. Bukankah keadaan Pak Ngah itu cuma sementara? Kerana insyaAllah kita akan (atau boleh berusaha untuk) dibangkitkan dalam keadaan sempurna, tanpacacat dan cela di sana nanti.

Baiklah. Saya tak ramai teman OKU. Hanya ada seorang jiran yang cacat penglihatan. Selalu juga saya tanya padanya mengapa tak minta bantuan. Katanya sedikit sangat. Yang minta pula ramai. Dia lebih suka meniaga dari merayu menagih bantuan. Sama ada dari orang perseorangan mahupun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Secacat2 dia, dalam bank dia ada puluhanribu!

Ok. Itu kisah dia. Sekarang ni, saya harap Pak Ngah dapat hantar lagi karya2 sebegini. Saya menyokong penuh. Jika boleh dapatkan sekali pengalaman kebanyakan teman2 senasib. Masyarakat kita hari ini bukan tak sensitif tetapi kebanyakan telah leka. Mereka fikir kerajaan telah benar2 menjaga kebajikan orang seperti Pak Ngah. Mereka terpedaya dengan selimut mediaseperti apa yang Pak Ngah sebutkan dulu.

Terima kasih Pak Ngah atas usaha yang baik ini. Semoga kita semua beroleh pengajaran daripadanya. Dan teruskan berkerya dengan karya2 yang hebat lagi. Saya penyokong dan peminat Pak Ngah. Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini akan beroleh limpah imbuhan daripada Allah. Amin ya Rabbal'Alamin...

- Abu Naqibah -


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:57 AM   0 comments
email dari Indonesia

Assalaamualaikum wrwb,


Subhanallah Pak Ngah,

Tidak banyak orang yang diberi cobaan namun tetap tabah. Mungkin ini sangat terlambat bagi saya dan teman-teman di Indonesia untuk menyampaikan simpati kepada Pak Ngah karena kami masih termasukanggota baru, dan baru tahu hal ini setelah Pak Ngah cerita.

Syukur yang besar kepada Allah karena Pak Ngah menjadi lebih dekat denganNya dan berdakwah melalui pena. Doa kami semoga Pak Ngah tetap tabah dan Allah membuatkan sebuah rumah di syurga, Amin ya Rabbal alamin.Tabah sampai akhir...berlindung kepada Allah dari segala tipu daya makhlukNya.

Wassalam alaikum wrwb,

Cahaya Malam dan para sahabat
Jawa Timur - Indonesia


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:56 AM   1 comments
OKU MEMERLUKAN PARKING KHAS KENDERAAN YANG LEBIH BESAR
Wednesday, October 19, 2005

OKU MEMERLUKAN PARKING KHAS KENDERAAN YANG LEBIH BESAR

Sebagai OKU aku sering berulang-alik ke hospital, kadang-kadang aku pergi juga ke tempat-tempat awan seperti kedai dan bank untuk menguruskan keperluanku. Di antara masalah yang dihadapi oleh OKU sepertiku ialah tempat parking kenderaan yang terlalu kecil dan sempit yang tidak memungkinkan kerusi roda bebas bergerak untuk keluar dan masuk ke dalam kereta atau kenderaan seumpamanya.

Di kebanyakan tempat di Malaysia ketika ini memang tidak disediakan tempat parking khas untuk OKU sama ada yang dipandu OKU sendiri atau kenderaan yang dipandu orang lain untuk membawa OKU. Pihak yang bertanggungjawab misalnya Majlis Perbandaran, Majlis Daerah, Menteri yang terbabit dan pihak kontraktor mestilah prihatan akan maslah ini kerana akta kebebasan bergerak diluar bnagunan telah diwartakan di beberapa buah negeri sejak 1991 lagi.

OKU memerlukan tempat parking kereta khas yang lebih besar sedikit dari biasa. Biasanya tempat parking kereta berukuran 4800mm panajng dan lebar 2400mm lebar. Tempat parking kereta berukuran biasa ini sering menyukarkan OKU sepertiku untuk keluar dan masuk ke dalam kenderaan, kadang-kadang ayahku terpaksa parking sebentar ditengah-tengah jalan supaya aku boleh keluar dan masuk dengan bebas. Perkara ini memang mengundang bahaya, sekiranya orang yang hendak parking di situ tidak nampak aku, nescaya habislah aku dilanggar. Perkara ini sering terjadi kepadaku kerana saiz parking kereta yang tidak sesuai bagiku.


Bagi OKU kami memerlukan tempat parking khas yang luas sedikit iaitu 6600mm panjang dan 3300mm lebar, di mana 900mm kelebaran itu diperuntukan untuk urusan pemindahan keluar masuk OKU dari kereta ke kerusi roda dan membolehkan mereka bergerak dengan bebas keluar dari tempat paerking menuju destinasi yang mereka ingin tuju.

Seandainya tempat parking itu tidak disediakan adalah memadai parking khas bagi OKU 4800mm panjang dan lebar 3300mm, 900mm di bahagian lebar diperuntukan untuk urusan pemindahan OKU dari kenderaan ke kerusi roda atau sebaliknya dan membolehkan mereka keluar masuk dengan bebas dari kereta ke kerusi roda.

Tempat parking khas OKU atau apa-apa kemudahan OKU perlulah diletakan simbol supaya OKU dan orang ramai mudah mengetahui di mana tempat itu berada. Simbol itu mestilah mengikut piawaian antarabangsa iaitu gambar manusia duduk di atas kerusi roda.


Simbol yang dibuat hendaklah tidak terlalu kecil atau terlalu besar mengikut ukuran di bawah:






Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:49 AM   0 comments
PERITIWA 13 OGOS 92 MENGUBAH AKU MENJADI OKU
Sunday, October 16, 2005

PERITIWA 13 OGOS 92 MENGUBAH AKU MENJADI OKU

Setiap insan ada sejarahnya, begitu juga aku. Tarikh 13 Ogos 1992 tetap terpahat dalam ingatanku kerana dari manusia normal aku telah menjadi OKU pada tarikh tersebut akibat kemalangan jalanraya yang menimpaku di Paloh Inai, Kuantan, Pahang semasa perjalananku mahu menghadiri Muktamar PAS di Kelantan bersempena dengan kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada pilihanraya umum tahun 1990 di Kelantan.

Akibat dari kemalangan itu, aku menjadi lumpuh sehingga sekarang. Setelah 22 tahun hidup sebagai insan normal akhirnya nikmat itu diambil oleh Allah SWT mungkin ada hikmahnya, sebagai seorang hamba Allah aku redha akan segala ketentuannya. Mungkin Allah ingin mengujiku semasa hidupku di dunia ini.

Kini aku hanya punya tangan, kepala serta sebahagian badan yang masih berfungsi, insyallah akan gunakan untuk meneruskan perjuangan Islam bersama-sama denagan PAS. Aku telah memilih medan dakwah secara penulisan kerana di situ sahaja ruang yang ada dan mampu aku terokai. Melihat rakan-rakan seperjuanganku yang kini terus aktif bersama PAS, kadang-kadang aku berasa cemburu kerana aku sudah tidak mempunyai keupayaan lagi seperti mereka.

Sahabat-sahabatku umpamanya Haji Ishak Ismail kini Bendahari PAS Pulau Pinang, Shamsul Ketua Pemuda PAS Rembau, Mohd Zai Mustaffa beberapa kali menjadi calon PAS dalam pilihanraya umum di Pahang, Adly Zahari kini Setiausaha PAS Melaka, rakan-rakanku dalam Dewan Pemuda PAS Johor dan sebagainya. Teruskan perjuanganmu, walaupun kini aku manusia OKU aku tetap mengikuti perkembanganmu dan menyokong perjuanganmu.

Rasanya masih belum terlambat aku mengucapkan terima kasihku kepada rakan-rakanku yang menziarahiku dan membantuku semasa aku terlantar di Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan akibat kecederaan parah yang ku alami. Aku terpaksa menjalani pembedahan dengan memasukan besi bagi menyokong tulang belakangku yang patah dan pecah ketika kemalangan itu.

Selepas itu aku menjalani rawatan pemulihan di fisiotheraphy dan occapational theraphy selama setahun. Aku kini menjadi manusia baru, manusia oku, kalau dulu semua kerja dilakukan dengan mudah tetapi kini segalanya menjadi rumit dan memakan masa yang lama. Kerja yang dibuat dalam masa beberapa saat kini menjadi sehingga setengah jam baru selesai. Aku mula belajar semula bagaimana untuk memakai pakaian, menulis, naik turun dari katil dan kerusi roda sehinggalah akhirnya menunggang motorsikal khas untuk orang cacat.

Akhirnya aku berjaya juga berdikari sendiri, sekurang-kurangnya tidak menyusahkan orang lain. Aku kemudiannya menyambung semula pengajianku yang tertangguh selama setahun itu. Jika dulu aku memang seorang yang aktif, kini tidak lagi. Semasa di Sekolah rendah aku pernah mewakili sekolah dalam acara 4X400 m, bolasepak dan bola baling. Di sekolah menengah aku mewakili rumah sukan dalam catur, lompat tinggi dan bolasepak. Aku juga minat bermain bola tampar, takraw dan badminton. Di Universiti aku terlibat dalam Persatuan Mahasiswa Islam, Exco MPP iaitu sebagai ketua penerangan dan penerbitan. Kini semuanya telah berlalu.

Kini dengan semangat, azam dan tekat yang baru, aku akan terus menulis, semuanya ini untuk perjuangan Islam yang aku yakini dan memperjuangkan isu-isu OKU. Aku yakin Islam yang syumul ini masih menerima aku dan masih terdapat ruang yang luas bagiku memperjuangkan nasib OKU sepertiku.

Aku akan kembali lagi dengan isu-isu agama, politik, isu oku dan sebagainya, insyallah…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:31 PM   0 comments
OKU-Peristiwa di KTMB, Johor Baharu
Thursday, October 13, 2005

OKU-Peristiwa di KTMB, Johor Baharu

Tujuan aku menulis artikel sebegini adalah sekadar berkongsi pengalaman suka dan duka sebagai orang kurang upaya(OKU) kepada masyarakat, semoga ia menjadi pengajaran berguna kepada kita semua. Sebelum ini aku banyak menulis artikel mengenai agama, isu semasa dan politik. Rasanya sudah genap setahun aku menjadi penulis setia di internet terutamanya yahoogroups harakahdaily, PAS Selangor, PAS Wilayah dan hidayahnet iaitu bermula Ramadhan/oktober 2004. Terima kasih kepada moderator yang menyiarkan tulisanku.

Berbagai email aku terima meminta nasihat, pandangan malah meminta aku menulis artikel sebagai hujah dalam masalah wahabi dan sebagainya, dari pengirimMalaysia hinggalah Indonesia. Ada yang memanggilku Ustaz, terdetik dihatiku, jika mereka tahu aku hanyalah seorang hamba yang lemah. Pak Ngah adalah OKU, seorang insan yang selalu dilabel warga kelas kedua. Perkara ini tentu tidak akan berlaku.

Masih segar dalam ingatanku suatu peristiwa di Keretapi Tanah Melayu Berhad, Johor Bharu(KTMB JB). Peristiwa itu berlaku dalam bulan April 1994. Mungkin ini merupakan satu kisah dukaku. Ketika itu aku baru sahaja habis final exam bagi semester terakhirku di UTM, aku juga telah berjaya menyiapkan projek tahun akhirku di dalam bidang Statistik atau sesetengah pelajar mengatakan tesis.

Semua kerja telah beres, 2 atau 3 hari lagi aku akan pulang, sebagai pengguna setia kerusi roda dan sebuah motorsikal yang diubahsuai khas untuk orang-orang cacat. Aku perlulah menghantar dahulu motorsikalku balik ke rumahku di Kuala Lumpur. Aku telah meminta tolong pada dua orang sahabatku yang ku panggil Shamsul dan Lebai untuk menemani aku dari Skudai ke Johor Baharu(JB) yang jaraknya kira-kira 14 km. Bagi OKU sepertiku itu adalah perjalanan yang jauh dengan kesibukan kenderaan yang melalui jalanraya menuju ke JB.

Aku menunggang motorsikalku yang besar terpampang ‘AWAS PEMANDU CACAT’ sendirian dan 2 orang sahabatku dengan sebuah motorsikal lain. Sesampai di KTMB, JB kawanku pergi ke kaunter penghantaran barang bertujuan untuk mengepos motorsikal roda tigaku.

Pegawai KTMB tidak mahu membawa motorsikalku dengan berbagai alasan, puas kami merayu tetapi tidak dilayan. Kena marah adalah dengan jelingan yang sungguh tajam dari pegawai-pegawai KTMB. Mentang-mentanglah kami hanya student, ikan bilislah katakana. Aku sebenarnya sudah letih memandu ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku, terasa hina betul diri ini, maklumlah warga kelas kedua. Hanya kesabaran yang tinggi sebagai pengubat duka bagiku.

Kemudian, aku terpaksa menyewa teksi. Motorsikal roda tigaku dipandu oleh Shamsul sementara Lebai memandu motorsikal yang satu lagi. Kami terus bertanya ke kedai di sekitar JB jika ada syarikat pengangkutan yang boleh membawa motorsikal roda tigaku ke KL. Mereka kata di Tampoi ada.

Kami pun berpatah balik ke Tampoi, Akhirnya dapat juga aku mengepos motorsikalku dengan syarikat penghantar berlori. Aku dikenakan caj RM200, suatu nilai yang besar untuk pelajar ketika itu. Jika melalui KTMB sekitar RM70-RM80 sahaja. Bila balik di kampus UTM, caj teksi pula.

Itulah sikap masyarakat kita! , padahal masa aku pos motorsikal dari KL ke JB setahun yang lepas boleh aje. Walaupun ayahku kena sindir pada mulanya, pakcik nak berniaga tak payahlah guna khidmat KTMB. Ayahku menerangkan ini motorsikal orang cacat bukan untuk berniaga. Mungkin kerana malu agaknya maka motorsikal roda tigaku yang ada side car bertujuan membawa kerusi rodaku selamat di bawa KTMB ke JB.

Inilah sebenarnya sikap masyarakat kita! Padaku slogan masyarakat penyayang adalah hipokrik semata-mata. Di dalam iklan PETRONAS ada iklan kononya ada skim bantuan untuk orang cacat. Bagiku itu juga semata-mata retorik. Aku pernah minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dulu masa di UTM, ditolak sebab tak layak. Kamu ada komputer alasanya, tanpa komputer macam mana aku nak menyiapkan tesis tahun akhirku.

Insyallah, aku akan kembali lagi dengan kisah suka dukaku bertujuan untuk masyarakat menyelami kehidupan OKU. Memang ada tulisan tentang OKU di akhbar-akhbar tapi itu tidaklah mengambarkan keadaan sebenarnya. Hanya mereka yang mengalami yang tahu apa ertinya menjadi OKU. Dalam media bila OKU dapat jemputan ke majlis, terima bantuan sedikit sudah digambarkan terlalu gembira.

Adakah setakat program berkala, kadang-kadang bila hendak tiba Aidilfitri sudah cukup mencapai sasaran, MASYARAKAT PENYAYANG? Adakah ini sudah memadai?

Wallahu a’lam.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:47 PM   0 comments
Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin
Monday, October 10, 2005


" Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semuatempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.

Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah,ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas
kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebankami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan "Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami,wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam
kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yangdiamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepadakami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu…(3x).. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akanmenyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan,tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnyakami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Note: di petik daripada buku tulisan Ibnu Ismail"


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:53 AM   0 comments
Pengganas-pengganas Yahudi yang mengancam al-Aqsa
Sunday, October 09, 2005

Pengganas-pengganas Yahudi yang ingin merobohkan al-Aqsa

Oleh :Maszlee Malik


Ancaman yang dihadapi oleh Masjid al-Aqsa bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Samada ianya diumumkan secara rasmi, ataupun ianya terjasad di dalam artikel-artikel, kajian-kajian, tesis-tesis dan juga kenyataan-kenyataan akhbar. Usaha kumpulan-kumpulan pengganas (yang
sering digelar oleh media sebagai ekstrimis Yahudi) untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan menggantikannya dengan Haykal yang ingin mereka bina demi menyambut kedatangan Messiah (penyelamat) juga bukanlah sesuatu yang rahsia lagi. Keputusan kabinet Sharon berkaitan pengunduran dari Gaza sendiri telah menyebabkan kumpulan-kumpulan tersebut bertambah agresif dan bertambah berani. Tahun 2005 (dari Januari sehingga September) sahaja telah menyaksikan enam ancaman yang diumumkan secara rasmi dengan liputan media antarabangsa bahawa mereka akan melancarkan serangan ke atas masjid al-Aqsa.

Yahudi berfahaman Zionis benar2 ingin melihat binaan Masjid Aqsa menyembah bumi

Siapakah kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi tersebut? Di dalam artikel ini, para pembaca akan diperkenalkan dengan kumpulan-kumpulan utama dan yang paling berpengaruh di dalam usaha untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan membina kembali Haykal yang mereka idam-idamkan tersebut. Sesuatu yang menarik mengenai kumpulan-kumpulan ini, mereka semuanya bergerak secara rasmi dan secara halal dan dilindungi oleh undang-undang negara rejim Zionis. Setiap kumpulan tersebut juga mempunyai tugas masing-masing yang khusus berkaitan dengan keperluan dan tuntutan pembinaan Haykal yang ingin dibina itu. Ada di antara kumpulan-kumpulan tersebut dikhususkan untuk mengumpulkan dana, ada yang bertugas untuk menyampaikan kesedaran kepada warga Yahudi di seluruh dunia mengenai kepentingan Haykal yang ingin dibina, ada yang bertugas untuk mempraktikkan upacara-upcara ibadat yang akan dijalankan di dalam Haykal dan diajarkan secara turun temurun kepada puak-puak Yahudi tertentu yang ditugaskan untuk menjadi penjaga Haykal secara warisan, ada yang berperanan untuk melobi media, ada yang berperanan menjalankan kajian-kajian ilmiah untuk tujuan tersebut, ada yang berperanan untuk melakukan kerja-kerja arkeologi untuk mencari kesan-kesan Haykal dan pelbagai lagi. Kesimpulannya kumpulan-kumpulan pengganas ini bertugas siang dan malam untuk mencapai cita-citamereka.

Antara kumpulan-kumpulan pengganas tersebut ialah:

1) Temple Mount Rabbinical Court

Ianya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya. Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obses untuk mendirikan semula Haykal, seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan in telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam kawasan di dalam masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahwehuntuk bangsa Yahudi.

2) Ateret Cohanim

Merupakan sebuah "non-profit" NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanh-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar "Mount of Temple" (masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds danaktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik.

Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum-hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan. Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan "Passover" dan juga perayaan "Sukkoth", pertubuhan ini dan juga kementerian agama milik rejim akan bersama mempelajari dan mengulangkaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner, iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektualmereka sebelum ianya dibina.

3) Shofar Benim

Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai olehindividu-individu dan juga para hakham Yahudi.

4) Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group)

Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan di bawah organisasinya beberapa pertubuhan Yahudi lain yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh di kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak di dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss. Menurut kata Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan "Kach". Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama di dalam kerjaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyatrejim.

5) The Temple Establishment Movement

Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum. Kini ianya diketuai oleh Raabi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka. Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai "Haykal" (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal, dan jugamenyusun jadual kerja para Kohanem.

6) Machon HaMikdash (Temple Institute)

Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi di dalam kota Baitul Maqdis. Pada tahun 70'an, Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua di dalam gerakan Kach, tetapi di dalam tahun 1980 beliau telah
dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana telah muncul dengan ide yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal. Di dalam konfrens Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center di Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai konfrens itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya "saya bersedia untuk membinanya sekarang!". Tindakan beliau ini didorong oleh idenya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah. Neiman dan Ben Horin juga mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel dan juga mantan ahli pertubuhan Kach yang aktif. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 cemmendments) mereka yang hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal sahaja. Pertubuhan ini mendapatkan dana mereka dari kementerian pelajaran dan juga kementerian pendidikan rejim Zionis. Kumpulan ini menerima bantuan tenaga dan dana juga daripada pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita bergama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan yang bercita-cita menubuhkan Haykal dari Amerika dan juga Eropah.

7) Hai Ve Kayam (Enduring)

Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah , antara mereka ialah Yehuda Etzion dan juga Sekumpulan ekstrimis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin di Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan "Negara Israel" dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat "Haykal ketiga". Antara aktivis mereka yang terkenal juga ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal ini mempunyai matlamat menubuhkan sebuah negara "agama" Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan "haram" yang didirikan di atas tanah Haykal.
Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70'an sehingga tahun -tahun 90'an. Antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal juga adalah tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel, Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal yang bernama "Joseph's Tomb Yeshiva" di Hebron. Luaskan rongga pemikiran kita melihat isu Palestin ini !

8) El Har Hamor (To Mount Hamor)

Sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh ahli akademik dari kawasan penempatan Yahudi di Yitzhar. Di antara anggota mereka ialah Rabbi Yizthak Shapira, Rabbi Dudi Dudakvich, Shay Dawim dan juga Rabbi YossiPlai (anak Menachem Felix)

9) The Temple Women

Sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Michal Aviezer, seorang suri rumah dan juga salah seorang petugas di mahkamah rabbinik (agama Yahudi) dan juga salah seorang penduduk Kiryat Shmuel berdekatan dengan Haifa. Kumpulan ini bertanggungjawab mengumpulkan emas-emas dan juga batu permata sebagai persiapan untuk pembinaan Haykal. Emas dan batu permata yang dikumpulkan itu disimpan di tempat simpanan milikMachon HaMikdash.

10) Lechatchila (At The Beginning)

Sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Rabbi Moshe Feiglin. Mereka berusaha mengumpulkan warga Yahudi untuk bermastautin di sekitar kawasan "Bukit Haykal" (Temple Mount) iaitu sekitar kawasan masjid al-Aqsa. Ini selaras dengan prinsip mereka bahawa Haykal hanya akandibina oleh usaha kaum Yahudi di waktu ini dan bukannya setelah kedatangan Messiah.

11) Mishnarot HaMikdash (The Temple Work Shifts)

Satu lagi pertubuhan yang ditubuhkan oleh Yehuda Etzion. Beliau menubuhkannya bersama dengan Moshe Feiglin. Penubuhannya diilhamkan melalui pertemuan keduanya di jalan Misgav Ladach, berdekatan dengan "Temple Institute" di Baitul Maqdis. Tujuan penubuhan kumpulan ini adalah untuk menyediakan pengawal-pengawal pintu masuk ke Haykal yang berjanggut dan berbaju kemeja putih berdasarkan periwayat dari Talmud berkaitan pakaian pengawal Haykal di zaman silam. Mereka telah memulakan tugasnya sedari awal penubuhannya sehingga kini. Ianya adalah bertujuan untuk meneruskan tradisi tersebut sehinggalah robohnya masjid al-Aqsa dan terbinanya Haykal yang mereka impikan itu. Kumpulan ini juga bertindak sebagai pengawal kepada para pengunjung berbangsa Yahudi ke dalam kawasan al-Haram al-Sharif (masjid al-Aqsa) ke jarak yang mereka dibenarkan masuk. Tugas itu menurut mereka, adalah selari dengan ajaran Talmud dan juga sebagai penghormatan untukberkhidmat kepada Haykal.

12) Mishmarot HaKohanim (The Kohanim's Preserves)

Pertubuhan ini ditubuhkan oleh ahli keluarga Cohen yang mendakwa bahawa mereka adalah daripada keturunan Lawi (Levi dalam bahasa Ibrani, iaitu salah seorang daripada abang Nabi Yusuf) yang bertanggungjawab menjadi paderi-paderi (Kohanim) di dalam Haykal dan paling layak menjalankan upacara-upacara ibadat kaum Yahudi di dalamnya. Mereka telah melatih para kohanim semenjak mereka kecil lagi dan berterusan melatih generasi berikutnya walaupun sehingga kini Haykal masih belum lagi wujud. Untuk melatih kohanim-kohanim yang
dipilih, setiap anggota masyarakat yang terlibat dengan usaha pembinaan Haykal akan bertanggungjawab menjaga kohanim dari keturunan Cohen yang ada bersama dengan mereka. Setiap Kohanim pula sentiasa bersedia melakukan semua upacara yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal selaras dengan motto mereka: "At The Time The Command Is Given".

Antara latihan upacara ritual yang diberikan latihan kepada para kohanim ialah upacara penyembelihan, cara membina Haykal, cara menyucikan dan membersihkan Haykal, cara mempersembahkan sembelihan, cara bermain muzik dengan laat-alat muzik yang diperlukan sewaktu upacara ibadat mereka dan laijn-lain lagi urusan dalam Haykal. Di dalam usaha berlatih menyembelih haiwan-haiwan korban yang akan dilakukan di dalam Haykal, mereka telah dibekalkan dengan patung-patung haiwan dari plastik oleh seorang Yahudi Amerika di Texas yang memiliki kilang plastik melalui penduduk Mitzpeh Yericho. Di Mitzpeh Yericho juga mereka telah membina sebuah bangunan model Haykal yang mempunyai keluasan (187 meter X 187 meter) dan rekaan seperti Haykal yang ingin dibina. Buat sementara ini pembinaan dan usaha melengkapkan model tersebut dihentikan buat sementara waktu kerana....

Dapatkan artikel selanjutnya dari www.palestinkini.info


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:52 AM   0 comments
MAZHAB HANBALI-Imam Ahmad bin Hanbal
Friday, October 07, 2005

MAZHAB HANBALI-Imam Ahmad bin Hanbal

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Syaibani. Dilahirkan pada tahun 164H dan berketurunan Parsi. Merupakan seorang ulama’ hadith yang terkenal. Fatwa dan pandangan beliau dalam hukum Islam dijadikan asas bagi Mazhab Hanbali. Mazhab Hanbali dikenali dengan mazhab aliran Hadith.

Dikenali dengan sifat peribadi yang tinggi dan mulia umpamanya suka mengembara untuk mencari ilmu pengetahuan terutama tentang hadith Rasulullah s.a.w. Beliau suka bekerja sendiri untuk sara hidupnya dan menolak pemberian orang kerana hendak menjaga kehormatan dirinya. Seorang yang tegas pendirian hingga dihukum penjara kerana tidak mahu menukar pendapatnya.

Imam Hanbali pernah menjadi murid kepada ramai ulama’ di Baghdad termasuk berguru dengan Imam Syafie’. Beliau merupakan seorang ulama’ terkemuka dan menjadi rujukan dimasanya. Beliau telah mengumpul dan menghafaz lebih dari sejuta hadith Rasulullah s.a.w. beserta sanadnya. Mengarang banyak buku hadith dan di gunakan sehingga sekarang. Di antara kitab karangannya ialah kitab al-Musnad, kitab Taatul-Rasul, kitab Tafsir al-Quran dan kitab al-Nasikh wal Mansukh.

Ulama’ terkenal dari kalangan mazhab Hanafi ialah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Pengikut mazhab Hanafi banyak terdapat di Makkah, Madinah, Najd dan Syria. Dasar yang diamalkan oleh mazhab Hanafi ialah al-Quran, as-Sunnah, Fatwa sahabat, al-Qias dan hadith da’if.

Wallah hu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:30 AM   1 comments
MAZHAB SYAFIE'- Imam Syafie'
Wednesday, October 05, 2005

MAZHAB SYAFIE’-Imam Syafie’

Merupakan pengasas mazhab Syafie’. Nama sebenarnya ialah Imam Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Usman bin Syafi’i. Dilahirkan di wilayah Ghazzah, Palestin dan dibesarkan di Makkah serta mendapat ilmu di sana. Beliau dilahirkan dalam tahun 150H dan meninggal dunia di Mesir pada tahun 204H.

Imam Syafie terkenal sebagai ulama’ hukum dan imam bagi Mazhab Syafie’. Aliran mazhab Syafie’ terkenal sebagai mazhab aliran pertengahan di antara aliran akal dan hadith. Dasar fatwa mazhab Syafie’ adalah al-Quran, as-Sunnah, ijma’ ulama’, al-Qias dan al-Istidlal. Pengikut mazhab Syafie banyak terdapat di seluruh Asia Tenggara, Mesir, Palestin, Sudan dan Yaman.

Imam Syafie’ telah hafaz al-Quran sejak umur lapan tahun, beliau mahir dalam bahasa Arab dan kesusasteraan Arab. Beliau adalah seorang ulama’ yang amat tajam pemikiran dalam mengeluarkan hukum dan pernah dilantik menjadi Mufti dalam usia lima belas tahun di Masjidil Haram. Beliau cintakan ilmu pengetahuan sejak dari kecil, suka mengembara untuk mencari ilmu pengetahuan, berusaha mengembangkan ilmu di tempat yang dikunjungi dan bersedia menukar fikiran bila keadaan didapati sesuai.

Imam Syafie’ telah mengarang beberapa kitab yang terkenal di antaranya kitab al-Um, kitab al-Musnad, kitab al-Risalah dan kitab al-Hujjah. Di antara ulama’ mazhab Syafie yang terkenal ialah Mokhyidin al-Nawawi(Imam Nawawi), Taqayuddin al-Subki, Zakaria al-Ansari, Ibnu Hajar al-Haitami dan Ahmad bin Hanbal.

Semasa di peringkat awal iaitu semasa beliau tinggal di Hijjaz dan Iraq beliau mengeluarkan hukum yang dikenali sebagai Qaul Qadim dan semasa beliau berpindah ke Mesir beliau mengeluarkan hukum-hukum yang berlainan dari dahuku dikenali dengan Qaul Jadid.

Wallah hu a’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:25 AM   0 comments
MAZHAB MALIKI-Imam Malik
Tuesday, October 04, 2005

MAZHAB MALIKI-Imam Malik

Imam Malik merupakan pengasas mazhab Maliki. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Aamir al-Asbahi. Berketurunan Arab, dilahirkan dan dibesarkan di Madinah. Terkenal dengan peribadi yang mulia iaitu seorang yang bersopan-santun, pendiam, benci kepada perkara keji, kuat berfikir untuk mencari kebenaran, tegas pendirian dan berani mengemukakan kebenaran. Beliau selalu menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah hingga ke kubur.

Beliau telah berguru dengan lebih daripada 700 orang ulama’ dan ahli hadith di antaranya Abdul Rahman bin Hurmuz, Nafi’(Maula) Ibnu Umar, Ibnu syihab al-Zuhri, Yahya bin Rabi’ al-Ansori, Rabi’ bin Abdul Rahman(ar-Rakyi) dan sebagainya. Imam Malik mempunyai kecerdasan yang luarbiasa dan dapat menghafaz al-Quran sejak kecil lagi. Beliau adalah orang yang mula-mula menyusun hadith Rasulullah s.a.w. dalam sebuah buku dan terkenal sebagai pengarang dan penyusun al-Muatta’.

Mazhab Maliki terkenal dengan gelaran mazhab ahli hadith. Pengikut Mazhab Maliki banyak terdapat di Mesir, Sepanyol, Libya, Maghribi dan Algeria. Dasar yang diamalkan oleh mazhab Maliki dalam mengeluarkan hukum Islam ialah al-Quran, as-Sunnah, ijma’ ulama’, masolih-mursalah dan amal ahli madinah(adat-adat dikalangan penduduk Madinah).

Di antara hasil karya Imam Malik yang terkenal ialah kitab al-Muatta’ dan kitab Nasul-Quran wa-zahiruhu. Ulama’ terkenal dari mazhab Maliki ialah Ibnu Mubarak, Abdul Rahman bin al-Qasim, Khalil bin Ishak, al-Ajhuri, Alkarsi dan al-Adawi.

Wallah hu a’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:16 AM   19 comments
Kumpulan Jangan Ikut Tuhan(JIT)-Satu Lagi Ancaman Umat Islam di Malaysia
Kumpulan Jangan Ikut Tuhan(JIT)
Rujukan: Mastika, oktober 2005

Kalau ada sesiapa yang membaca mastika, oktober 2005. Di dedahkan satu lagi kumpulan yang rosak aqidahnya. Perkara ini dulu biasa kita dengar di Barat tetapi telah menular ke Malaysia.

Kumpulan JIT ini dikatakan kumpulan atheis iaitu tidak percaya pada Tuhan dan menolak semua agama malah mereka memuja syaitan. Kumpulan ini berasal dari kumpulan muzik rock metal seperti Black Sabbath di tahun 60-an dan 70-an. Hentakan muziknya amat keras dan padat dengan suara lantang dan garau, liriknya bermasej anti sosial dan anti politik.

Di antara alirannya black metal, death metal, doom metal, folk/viking metal, gothoc metal, heavy methal, orchestra metal, symphonic metal, power metal, progresif metal, speed metal dan trash metal.


Mereka ini anti agama, antisosial, antiestablisment dan anti normal. Pada asalnya mereka hanya anti Kristian tetapi akhirnya anti kepada semua agama. Mereka menggunakan gambar syaitan kematian dan kegelapan berbentuk biblical dan salib terbalik. Setiap kumpulan menggunakan nama-nama syaitan daripada bahasa purba yang terdapat dalam kitab injil seperti Venom, Burzum dan Mahyem.

Mereka mengadakan upacara anih apabila ingin masuk kelab black metal iaitu memuja syaitan dan menghina agama dengan membakar kitab suci dan meminum darah kambing. Mereka memakai lambang-lambang salib terbalik, tengkorak, bintang bucu lima, kepala kambing dan Lucifer(iblis). Mereka biasa memakai baju hitam, bersubang pelik ditelinga malah ada yang menindik lidah dan sebaginya. Memakai cincin pelik yang menyakitkan pemakainya.

Dari sinilah lahirnya kumpulan JIT di Malaysia. Yang terbaru, mungkin ada di antara kita yang pernah tengok VCDnya. Penulis belum pernah tengok. Mereka berkumpul mengelilingi api sambil minum minuman keras dan membaca mentera(zikir kumpulan JIT), mereka berbogel dan melakukan perbuatan terkutuk. ketua mereka lelaki berselubung hitam. Peristiwa ini berlaku di Sungai Petani, Kedah...anak-anak Melayu Islam yang terlibat. Malah mereka mencuri al-Quran dari masjid-masjid dan surau-surau untuk dikoyakan dan dibakar. Sebelum itu mereka kencing di atas al-Quran.

Wallahu a'lam...sekiranya ini benar....ianya satu lagi ancaman kepada umat Islam

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:01 AM   0 comments
MAZHAB HANAFI- IMAM ABU HANIFAH
Monday, October 03, 2005

MAZHAB HANAFI

Imam Abu Hanifah(80-150H)

Pengasas mazhab Hanafi ialah Imam Abu Hanifah, nama sebenarnya ialah Al-Nu’man bin Sabit dari golongan Tabi’in dan berasal dari keturunan Parsi. Beliau dilahirkan pada tahun 80H di Kufah dan dibesarkan di sana. Wafat pada tahun 150H.

Imam Abu Hanifah ialah seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi iaitu suka berpakaian bersih, memakai wangi-wangian sehingga orang ramai mengenalinya melalui bau wangi yang dipakainya. Beliau juga amat meminati ilmu pengetahuan dari kecil, pintar dan suka berhujah. Bersedia menerima hujah yang munasabah dari mana-mana pihak termasuk muridnya.

Pada mulanya beliau menjadi seorang ahli perniagaan dan saudagar yang terkenal tetapi akhirnya bertukar menjadi seorang ulama’ yang terkenal. Pada peringkat awal beliau terkenal dalam bidang ilmu akal(tauhid) tetapi akhirnya membuat tumpuan lebih kepada hukum sehingga menjadi imam mazhab Hanafi yang terkenal.

Beliau adalah seorang ulama’, tokoh undang-undang, ahli fikir, pernah menjadi saudagar dan banyak mengarang kitab dalam beberapa bidang ilmu dan hukum. Di antara karyanya ialah kitab al-Masbut, kitab al-Zaiyat, kitab al-Jami’us-soghir, kitab al-Jami’ul-kabir, kitab al-sairu-soghir, kitab al-sairu-kabir.

Aliran yang dipakai dalam mazhab Hanafi ialah aliran akal atau ahli akal. Mazhab Hanafi lahir di Iraq iaitu kawasan yang terletak jauh dari tempat banyak terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Di antara ulama’ terkenal mazhab Hanafi ialah Imam Abu Yusoff (Yaakob bin Ibrahim), imam Muhammad bin al-Hassan, al-Nasafi, al-kamal dan lain-lain.

Dasar fatwa mazhab Hanafi selain dari al-Quran dan al-Hadith ialah al-Qias, al-Istihsan dan fatwa al-Sahabah(fatwa para sahabat). Tempat yang terdapat ramai ahli mazhab Hanafi ialah India, Mesir, Turki, Syria dan Yaman.

Mazhab Hanafi telah mencapai kemuncak kecemerlangannya di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyhid. Pada masa itu seorang ulama’ dari pengikut mazhab Hanafi iaitu Imam Abu Yusoff dilantik menjadi hakim bertaraf menteri. Imam Abu Yusoff telah mengembangkan mazhab Hanafi ke seluruh Negara dan menyerahkan urusan kehakiman kepada orang-orang yang sealiran dengan mazhab Hanafi. Ini menyebabkan mazhab ini tersebar luas dan ramai orang berusaha mempelajarinya.

Wallah hu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:05 AM   0 comments
Taufan Katrina
Sunday, October 02, 2005



Gambar Taufan Katrina yang Melanda Amerika

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:33 AM   0 comments
TUAN TABAL
Saturday, October 01, 2005
PENYEBAR THARIQAT AHMADIYAH PERTAMA DI NUSANTARA

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Hubungan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani dengan Tuan Tabal yang diriwayatkan sebagai saudara ipar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004/28 Rejab 1425H, masih dirasakan perlu diberi keterangan lanjut.

Oleh itu pada terbitan kali ini dipilih judul mengenai ulama yang berasal dari Tabal itu. Nama sebenarnya ialah Haji Abdus Shamad bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani al-Kalantani. Sebelum bergelar Tuan Tabal beliau juga pernah digelar Tuan Kutan. Oleh sebab semua tulisan yang meriwayatkan Tuan Tabal sebelum ini tidak pernah menyebut bahawa beliau adalah beripar dengan Syeikh Wan Ali Kalantani, maka sebelum meneruskan riwayat ini dirasakan perlu menulis perbandingan di bawah ini.

Para penulis Kelantan selama ini menyebut bahawa isteri Tuan Tabal itu bernama Wan Tsum atau Wan Kaltsum anak Tok Semian. Maklumat daripada keluarga ini di Terengganu menyebut bahawa Tok Semian adalah nama gelar kepada Haji Abdur Rahman. Apabila kita teliti maklumat ini, maka salasilah yang diperoleh dari Terengganu ada benarnya, kerana ayah Syeikh Wan Ali Kutan dan Wan Kaltsum, adiknya memang bernama Abdur Rahman.

Cuma ayah Abdur Rahman di sini bernama Abdul Ghafur, sedangkan ayah Abdur Rahman pada konteks isteri Tuan Tabal sebelum ini dikatakan bernama Lebai Muda. Kemungkinan Lebai Muda di sini adalah nama gelar juga bagi Abdur Ghafur pada konteks datuk kepada Syeikh Wan Ali Kutan dan saudaranya Wan Kaltsum tersebut. Penulis meyakini maklumat versi Terengganu ini, namun walau bagaimana pun penelitian tetap masih perlu dijalankan tanpa hentinya.

KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN

Ada pertikaian pendapat tentang tahun kelahiran Tuan Tabal. Yang pertama mengatakan bahawa beliau lahir tahun 1816 Masihi, dan pendapat yang kedua menyebut tahun 1840 Masihi. Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Hassan dalam buku Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan menentukan bahawa Tuan Tabal lahir pada tahun 1840 Masihi, yang diikuti oleh Hamdan Hassan dalam bukunya Tarekat Ahmadiyah di Malaysia Suatu Analisa Fakta Secara Ilmiah (DBP, 1990, hlm.72).

Disebabkan ada dua pendapat di atas, maka penulis masih ragu dengan kedua-dua tahun yang disebutkan itu. Kedua-dua tahun yang disebutkan penulis-penulis lain tidak menyebutkan tahun Arabiyahnya. Padahal pada zaman itu tidak ada ulama kita mencatatkan tahun kelahiran dan tahun wafat menggunakan tahun Masihi.

Pemindahan dari tahun Arabiyah kepada tahun Masihi sering terjadi kekeliruan, sebagai contoh Nik Abdul Aziz dalam buku yang sama tersebut di atas (lihat hlm. 99) menyebut bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani lahir tahun 1872, padahal hanya salah menyalinnya sahaja daripada tulisan penulis dalam majalah Dian bil. 49, 1972, yang penulis tulis tahun 1272 Hijrah bukan 1872 Masihi.Tulisan terawal Tuan Tabal ialah Munabbihul Ghafilin yang beliau selesaikan dalam tahun 1285 Hijrah yang jika dijadikan tahun Masihi lebih kurang tahun 1868 Masihi, bererti ketika itu Tuan Tabal baru berusia 28 tahun.

Kitab yang tersebut itu walaupun nipis sahaja, namun mencorakkan falsafah mistik peringkat tinggi, yang menurut tradisi ulama dunia Melayu, ilmu tasawuf semacam itu tidak pernah ditulis oleh orang-orang yang berumur 28 tahun. Walaupun mereka menguasai ilmu tasawuf, namun mereka lebih suka menulis ilmu-ilmu yang bercorak zahir saja.

Oleh sebab hal-hal yang tersebut di atas tahun 1840 Masihi itu perlu penyelidikan lebih lanjut.Setelah memperoleh ilmu di Patani, Tuan Tabal melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Oleh sebab ilmu Arabiyah beliau kurang kemas sewaktu di Patani, beliau diperintah oleh gurunya Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki memperdalam ilmu-ilmu Arabiyah itu daripada Syeikh Ahmad al-Fathani, walaupun Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri jauh lebih muda daripada Tuan Tabal. Tuan Tabal lebih muda sedikit umurnya daripada Syeikh Muhammad Zain al-Fathani, ayah kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.Mengenai Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani itu sangat masyhur diceritakan oleh guru-guru pondok. Juga telah dirakamkan berupa tulisan oleh beberapa orang di antaranya Muhammad Uthman El-Muhammady, Hamdan Hassan (dalam buku yang sama di atas) dan lain-lain. Namun demikian tulisan Hamdan Hassan mengenai kepulangan Tuan Tabal dari Mekah sebelum tahun 1860 Masihi (lihat hlm. 74) masih meragukan.

Sebab, dalam tahun 1860 Masihi itu Syeikh Ahmad al-Fathani baru berumur 4 tahun, jadi dalam tahun berapakah Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani ? Sebab itu mahu tidak mahu kita terpaksa memilih salah satu daripada dua, iaitu Tuan Tabal benar pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani jauh sesudah tahun 1860 Masihi, atau Tuan Tabal tidak pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani kerana ketika beliau turun dari Mekah pada tahun 1860 Masihi, Syeikh al-Fathani masih kanak-kanak.

Penulis tetap masih berpegang kepada cerita yang mutawatir bahawa Tuan Tabal memang pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, namun yang perlu penelitian ialah tahun-tahun yang bersangkutan dengan Tuan Tabal kerana masih banyak yang diragui. Ada pun tahun-tahun yang melibatkan Syeikh Ahmad al-Fathani mulai lahir, aktiviti kepelbagaian dalam kehidupan dan tarikh wafat semuanya cukup jelas kerana dokumen mengenai beliau memang tercatat secara teratur.

Dalam waktu yang sama Tuan Tabal, Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid kepada Sidi Ahmad Idris, iaitu daripadanya dinisbahkan Thariqat Ahmadiyah yang tersebut. Oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap tinggal di Mekah, maka dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan thariqat tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau tempat-tempat lain di Nusantara.

Sampai artikel ini ditulis memang belum diketahui orang lain yang lebih awal menyebarkan thariqat itu di dunia Melayu, bagaimanapun penyebaran yang dilakukan oleh Tuan Tabal tidaklah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad Sa'id Negeri Sembilan yang muncul agak terkebelakang sedikit daripada Tuan Tabal.

AKTIVITI

Maklumat mengenai Tuan Tabal, pengamal Thariqat Ahmadiyah yang tersebut dapat disemak daripada surat Raja Kelantan ibnu Sultan Muhammad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani tarikh 14 Ramadan 1323 Hijrah, tertulis,''... orang yang dahulu beberapa banyak terima Thariqat Rasyidi, seperti Tuan Haji Abdus Shamad Tabal ...'' Dipercayai beliau telah mengajar thariqat yang tersebut terutama kepada anak-anak beliau.

Bagaimanapun pengajaran Thariqat Ahmadiyah yang disebarkan oleh Tuan Tabal bukanlah merupakan pengajian asas. Pengajian yang asas dan pemantapan beliau mula mengajarnya di kampung Kutan, Kelantan, selanjutnya pindah ke Terengganu. Di antara muridnya di Terengganu ialah Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaituDato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Selanjutnya beliau mengajar pondok di kampung Tempoyak Tabal. Setelah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, pengajaran dan dakwah lebih dipergiatkan lagi. Beliau telah berhasil membangun sebuah surau tempat beribadat dan mendidik umat di Lorong Semian.

PENULISAN

Karya Tuan Tabal yang telah ditemui ialah:
1. Munabbihul Ghafilin, diselesaikan hari Sabtu, 2 Muharam 1285 Hijrah/ 1868 Masihi. Kandungannya membicarakan tasawuf, merupakan petikan daripada kitab Ihya Ulumid Din dan Masyariqul Anwar. Naskhah yang dicetak berasal daripada salinan anak beliau, Nik Abdullah pada hari Sabtu, 29 Syaaban 1320 Hijrah.

2. Jalalul Qulub bi Zikrillah, diselesaikan pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi. Kandungannya juga mengenai tasawuf. Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam Kelantan, 29 Zulhijjah 1254 Hijrah/ 1935 Masihi. Cetakan yang kedua, Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan.

3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam, diselesaikan 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi. Manuskrip kitab ini telah penulis miliki pada 3 Syawal 1411 Hijrah, dihadiahkan oleh salah seorang keturunan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Manan (ulama Kelantan murid Syeikh Ahmad al-Fathani). Manuskrip tersebut tidak lengkap dan merupakan salinan yang dilakukan pada akhir bulan Syawal 1321 Hijrah/1903 Masihi. Selain manuskrip penulis juga memiliki cetakan batu yang diperoleh di Senggora (1991). Tempat dan tarikh cetakan tiada tersebut dalam cetakan huruf batu tersebut.

4. Mun-yatu Ahlil Auwab fi Bayanit Taubah, oleh sebab saya tidak dapat merujuk kitab asli, maka tidak dapat memastikan yang mana sebenarnya judul yang betul, apakah seperti yang penulis tulis itu atau yang satu lagi tertulis ``... al-Awbah ...'' bukan `` ... Auwab ...''. Tertulis Auwab berdasarkan senarai tulisan tangan yang penulis peroleh daripada salah seorang keturunan Tuan Tabal, dalam senarai Nik Abdul Aziz juga sama demikian. Yang menulis al-Awbah ditulis oleh beberapa penulis termasuk Hamdan Hassan (lihat hlm. 238). Daripada senarai Hamdan Hassan diperoleh maklumat bahawa kitab ini pernah diterbitkan oleh Mustafa Press, Kota Bharu (tanpa tahun).

5. Bab Harap, dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1359 Hijrah/ 1940 Masihi.

6. Bidayatu Ta'limil `Awam fi Tarafi min Arkanil Islam, tanpa menyebut tarikh. Pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1323 Hijrah/1906 Masihi. Cetakan kelima oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu.

7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib, diselesaikan pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi. Kandungan kitab ini ialah usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang terpenting ialah fikah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal, 327 halaman menurut ukuran model kitab-kitab Melayu/Jawi.

8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin, kitab ini tidak sempat diselesaikan kerana beliau meninggal dunia. Kitab ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1345 Hijrah/1926 Masihi.

Beberapa orang anak dan keturunan Tuan Tabal yang menjadi ulama, di antaranya Mufti Haji Wan Muhammad, Mufti Haji Wan Musa dan lain-lain akan dibicarakan dalam siri-siri berikutnya.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:12 AM   0 comments
MUHAMMAD SA'ID UMAR KEDAH
PENGARANG TAFSIR NUR AL-IHSAN

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

JIKA kita teliti penulisan pelbagai ilmu pengetahuan Islam zaman klasik yang menggunakan tulisan Melayu/Jawi di dunia Melayu, maka penterjemahan dan pentafsiran al-Quran secara lengkap tiga puluh juzuk adalah termasuk dalam kategori yang paling sedikit dilakukan oleh ulama kita.

Terjemahan dan tafsir al-Quran klasik yang lengkap tiga puluh juzuk yang tersebar menggunakan media cetak hanya dua buah saja, iaitu Turjuman al-Mustafid atau Tafsir Baidhawi Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri (abad ke 16-17 M), dan yang sebuah lagi ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar yang berasal dari Kedah.

Biografi ulama yang berasal dari Kedah ini belum pernah ditulis orang, oleh itu dalam artikel ini akan membicarakan tentang beliau terutama tentang dua buah karangannya; Fatawa al-Qad-hi fi Ahkam an-Nikah dan Tafsir Nur al-Ihsan.

Hendaklah diperhatikan bahawa pada zaman yang sama di Kedah terdapat dua orang yang bernama serupa, yang pertama ialah Muhammad Sa'id Yan, yang telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada hari Isnin, 19 Julai 2004. Yang seorang lagi ialah ulama yang dibicarakan ini.

TAFSIR

Dalam Fatawa al-Qad-hi beliau menggunakan nama Muhammad Sa'id bin Umar Khathib. Dalam Tafsir Nur al-Ihsan pula beliau menggunakan nama lengkap dengan keterangannya iaitu Sa'id bin Umar al-Qad-hi Baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan.

Nama lain yang diletakkan orang pada halaman depan Tafsir Nur al-Ihsan ialah Al-'Alim Al-Fadhil Al-Haji Muhammad Sa'id bin Umar Qadhi Jitra Kedah.Yang dimaksudkan dengan al-Qad-hi Baladan, ialah negeri asalnya ialah Kedah. Jawatan beliau pula ialah al-Qadhi Syar'iyan, maksudnya ialah sebagai Kadi Syar'ie di Jitra. Beliau mengaku pula asy-Syafi'ie Mazhaban, maksudnya bermazhabkan Mazhab Syafi'ie.

Dengan jelas diakuinya pula an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, iaitu beramal dengan Thariqat Naqsyabandiyah Ahmadiyah. Thariqat Naqsyabandiyah aliran ini dinamakan Naqsyabandiyah Ahmadiyah Muzhhariyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Sayid Ahmad al-Muzhhar.

Ada lagi yang dinamakan Naqsyabandiyah al-Khalidiyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Syeikh Khalid al-Kurdi. Kedua-dua Thariqat Naqsyabandi yang tersebut diamalkan oleh ramai ulama di seluruh dunia termasuk ulama di dunia Melayu juga. Oleh itu tuduhan melulu yang mengatakan ``semua thariqat adalah sesat'' adalah tidak berasas sama sekali.

LAHIR DAN PENDIDIKAN

Ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar lahir sekitar tahun 1270 H/1854 M di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah. Dan wafat pada tahun 1351 H/1932 M. Walau bagaimana pun penulis masih ragu dengan tahun kelahiran yang diriwayatkan itu, kerana berdasarkan tulisan beliau sendiri pada penutup Tafsir Nur al-Ihsan, juzuk keempat, ada menyebut bahawa Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-Islam Kedah, adalah guru beliau.

Sedangkan Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-Islam Kedah, yang lahir 1291 H/1874 M bererti lebih muda daripada Haji Muhammad Sa'id bin Umar sekitar 20 tahun.Mengenai pendidikannya pula ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar pernah belajar di Pondok Bendang Daya, Patani, sempat belajar kepada pengasasnya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya pertama), tetapi yang lebih banyak beliau belajar ialah kepada Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya ke-2).

Memperhatikan riwayat ini berertilah Haji Muhammad Sa'id bin Umar seangkatan dengan Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih terkenal sebutan di Kedah dengan ``Cik Doi @ Cik Dol'', iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Husein Cik Doi, Tok Kelaba dan ramai lagi. Haji Muhammad Sa'id bin Umar juga melanjutkan pendidikannya di Mekah seperti ulama-ulama lainnya.

PENULISAN

Hanya dua judul karangan Haji Muhammad Sa'id bin Umar Kedah yang telah diketahui, judul yang pertama ialah Fatawal Qad-hi fi Ahkam an-Nikah. Judul ini bermaksud Fatwa-Fatwa Kerajaan Kedah Tentang Hukum-Hukum Nikah Kahwin, diselesaikan di Negeri Kedah Darul Aman, hari Khamis, 25 Syaaban 1320 H (27 November 1902 M, pen:), Kandungannya membicarakan pelbagai aspek tentang nikah kahwin.Dinyatakan pada muqaddimah, ``Ada pun kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun dua puluh, kemudian daripada seribu dan tiga ratus daripada Hijrah (1320 H, pen:) telah bertitah akan hamba oleh Sultan yang mu'azzam dan haqqan, yang mukarram, yang me[ng]hamburkan panji-panji keadilan atas segala rakyatnya, iaitu Maulana Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Yang Maha Mulia, yang khalifah ia pada melakukan hukum Tuhannya Yang Mannan pada Negeri Kedah Darul Aman.

QAHIRAH

Telah dikekal oleh Allah s.w.t. kiranya akan daulatnya yang qahirah. Dan [di]tinggikan kiranya akan martabatnya di dalam dunia dan akhirat. Dan dipeliharakan kiranya daripada segala seterunya zahir dan batin. Dan dipalingkan kiranya daripadanya kejahatan tiap-tiap yang mempunyai hasad pada sekarang dan ke hadapan ...``.

Pada akhir karangan dinyatakan, ``Maka telah selesailah barang yang dikashad oleh faqir ilallahil qarib Muhammad Sa'id bin Umar Khatib daripada mentaswidkan Fatawa Kedah pada menyatakan masalah nikah, dan talaq, dan raj'ah, dan diyat, dan hudud, dan qadha, atas jalan ikhtishar pada hari Khamis, dua puluh lima Syaaban di dalam negeri Kedah Darul Aman tahun seribu tiga ratus dua puluh. Serta faqir hantar kepada Tuan Haji Ahmad Hakim bin Tuan Haji Muhammad Zain, dan Tuan Haji Idris bin Tuan Jamal, dan Tuan Haji Muhammad Amin bin Tuan Ismail, Anak Bukit, pintak ipa tashhihkan. Maka sudahlah ipa tashhih ... `` Dicetak oleh Mathba' tempat cetak Kerajaan Kedah, Alor Setar, pada 7 Syaban 1348 H.Tafsir Nur al-Ihsan merupakan terjemah dan tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu yang lengkap tiga puluh juzuk, ia merupakan yang kedua sesudah Turjuman al-Mustafid atau Tafsir al-Baidhawi. Penulisan dilakukan mulai tahun 1344 H/1925/6 M dan selesai pada 1 Rabiulakhir 1346 H/27 September 1927 M.

Terdiri daripada empat juzuk. Juzuk yang pertama, mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Tebal 296 halaman. Juzuk yang kedua, mulai surah al-An'am hingga surah al-Isra'. Tebal 429 halaman. Juzuk yang ketiga, mulai surah al-Kahfi hingga surah az-Zumar. Tebalnya 432 halaman.Pada juzuk yang ketiga ini ada dinyatakan selesai menulis pada hari Isnin, 27 Zulhijjah 1345 H. Juzuk yang keempat, mulai surah al-Mu'min hingga surah an-Nas. Diselesaikan 1 Rabiulakhir 1346 H. Tebal 387 halaman.Pada akhir Tafsir Nur al-Ihsan, Haji Muhammad Sa'id bin Umar menyatakan, ``Telah selesailah bi `aunillah wa husnit taufiq daripada mentaswid Tafsir Nur al-Ihsan ini oleh faqir ilallahi Subhanahu wa Ta'ala Sa'id bin Umar al-Qad-hi baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan, pada pagi hari Arba', sehari bulan Rabi'uts Tsani, tahun seribu tiga ratus empat puluh enam, zaman Hadhrat Maulana Al-Mu'azzam Sultan `Abdul Hamid Halim Syah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Negeri Kedah Darul Aman, dan hadhra najal (anak laki-laki, pen:)nya Maulana Al-Mu'azzam Tunku Ibrahim Raihin Banghasa, dan hadhrat syaqiq (saudara laki-laki, pen:) nya Maulana Tunku Mahmud Wais Presiden. Ialah asbab pada menyuratnya, dengan isyarat Syeikhul Waqti wat Thariqah, Mursyidi wa Ustazi Syeikh Sulaiman, Syeikh al-Islam bi Qad-hi Daril Aman.

Maka barang yang didapati berbetulan itu, maka itu daripada Allah kurnia-Nya. Dan yang khatha' (salah, pen:) atau silap qalam itu daripada hamba taqshirnya, diharap tolong perbetul kemudian daripada im'an an-nazhar. Mudah-mudahan dapat manfaat dan dapat ketahui kehendak Allah dalam al-Quran oleh ahli membaca daripada perempuan, dan kanak-kanak sekolah yang membawa jadi tauhid Allah yang melepas daripada kaum asyqiya' (orang-orang yang celaka, pen:) masuk kepada kaum su'ada' (orang-orang yang bahagia, pen:) yang dapat bahagia selama-lamanya ... `` Dari kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa penterjemahan dan pentafsiran al-Quran yang dilakukan oleh Haji Muhammad Sa'id bin Umar ada kaitannya dengan pihak istana kerajaan Kedah Darul Aman ketika itu. Semua juzuk cetakan pertama Tafsir Nur al-Ihsan dicetak Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir 1349 H. Dinyatakan hak mencetak tertentu bagi Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, guru agama Alor Setar, Kedah. Cetakan pertama dengan nafqah Haji Muhammad bin Muhammad Ali Rawa.

PERBANDINGAN

Untuk mengetahui gaya bahasa, terjemah dan tafsir al-Quran menurut Melayu klasik di sini penulis kemukakan contoh satu ayat dalam surah Muhammad, ayat 22 berdasarkan terjemah dua orang ulama, yang terdahulu dan dibandingkan dengan Tafsir Nur al-Ihsan. Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dalam Turjuman al-Mustafid, terjemahannya, ``Maka mudah-mudahan kamu, jika berpaling kamu daripada iman, bahawa binasa di dalam bumi, dan kembali kamu kepada pekerjaan jahiliah daripada derhaka dan membunuh, dan kamu putuskan daripada berkasih-kasih dengan segala kerabat kamu'' (ayat 22).

Terjemah Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Bisyarah al-'Amilin, ``Maka hampir kamu, jikalau berpaling kamu daripada iman, bahawa membinasa kamu di dalam bumi, dan memutus kamu akan segala rahim kamu.''

Terjemah
Kedua-dua contoh di atas lebih bercorak terjemah, sedang Haji Muhammad Sa'id Kedah dalam Tafsir Nur al-Ihsan, lebih bercorak tafsir, ialah ``Maka adakah barangkali kamu, jika kamu berpaling daripada iman atau perang itu, bahawa kamu berbuat fasid dalam bumi, dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu, dan kamu putus rahim kamu, dengan balik pada kerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''.

Perkataan atau kalimat yang bercorak tafsir dalam Nur al-Ihsan ialah, ``atau perang itu'', ``dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu'', ``dengan balik pada pekerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''.Ketiga-tiga ulama di atas dalam menterjemahkan perkataan ``in tawallaitum'', kepada bahasa Melayu adalah sama, ialah ``jika kamu berpaling daripada iman'', tetapi berbeza dengan kebanyakan terjemahan al-Quran sekarang, ialah ``jika kamu berkuasa''.

Kedua-duanya adalah terjemahan yang betul, penulis lebih dapat menerima terjemahan Melayu lama kerana seseorang ``jika berkuasa'' belum tentu ``membuat kerosakan di bumi dan memutuskan rahim'', tetapi apabila seseorang ``jika berpaling daripada iman'' ertinya ``tidak beriman'' golongan inilah yang melakukan pelbagai ``kerosakan di bumi dan tiada kasih sayang sesama manusia''. Fenomena keganasan, peperangan, dan pembunuhan sesama manusia yang terjadi di dunia sekarang ini adalah dilakukan oleh ``orang-orang yang sedang berkuasa yang tiada beriman''.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:56 AM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com