Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SYEIKH MUHAMMAD SALEH AL MINANKABAWI
Tuesday, February 28, 2006
SYEIKHUL ISLAM PERAK DARUL REDZUAN

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa perkara yang masih bersimpangsiur.

Terdapat dua nama mengenai orang tuanya, iaitu Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama Abdullah digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan.

Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada tahun 1266 Hijrah.

Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933 Masihi di Kuala Lumpur.

Dalam buku muridnya itu diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Saleh bersahabat dengan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (lahir 1276 Hijrah), Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (lahir 1278 Hijrah) dan Syeikh Nawawi Bantan (1230 Hijrah).

Berdasarkan perbandingan tahun kelahiran ulama-ulama yang tersebut dengan kelahiran Syeikh Muhammad Saleh (1266 Hijrah) itu, penulis berkesimpulan bahawa Syeikh Muhammad Saleh bukan sahabat Syeikh Nawawi Bantan tetapi beliau adalah muridnya. Kelahirannya yang diandaikan tahun 1266 Hijrah itu masih perlu dikaji semula, sekurang-kurangnya agak berdekatan dengan tahun kelahiran Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (1276 Hijrah) dan Syeikh Mukhtar Jawa/Bogor (1278 Hijrah) itu.

PENDIDIKAN

Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah sejak berumur 6 tahun mendapat pendidikan daripada orang tuanya, Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah, seorang Syeikh haji di Mekah. Beliau sempat belajar kepada ulama-ulama besar Mekah yang terkenal, iaitu Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Abu Bakar Syatha, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani, Saiyid Umar Ba Junaid, Saiyid Muhammad Said Babshail dan Saiyid Abdullah Zawawi.

Dalam buku biografinya tidak disebut seorang pun gurunya yang berasal dari dunia Melayu secara jelas, tetapi memperhatikan jalan ceritanya, Syeikh Muhammad Saleh juga belajar kepada ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal di Mekah pada zaman itu. Diceritakan dalam buku itu bahawa sewaktu Syeikh Muhammad Saleh akan memperdalam ilmu falak bersama beberapa orang kawannya.

Kawan-kawannya hanya belajar empat kali saja kerana guru tersebut terlalu keras. Nama guru falak yang diceritakan dalam buku itu tidak dinyatakan. Syeikh Muhammad Saleh sempat khatam belajar kepada guru yang keras itu. Demi lebih memperoleh kefahaman, beliau belajar pula kepada seorang pemuda yang berusia 16 tahun, juga tidak disebut namanya.Daripada cerita di atas penulis berpendapat kemungkinan yang dimaksudkan guru falak yang terlalu keras itu ialah Syeikh Ahmad al-Fathani. Sedangkan pemuda ahli falak yang berusia 16 tahun itu, ialah Syeikh Muhammad Nur al-Fathani.

PENGEMBARAAN DAN AKTIVITI

Setelah belajar selama 17 tahun di Mekah, Syeikh Muhammad Saleh pulang ke Minangkabau. Selama kira-kira empat tahun di Minangkabau, digunakan untuk mengembara ke segenap pelosok wilayah itu, dan pada waktu-waktu tertentu membantu gurunya, Syeikh Muhammad Jamil mengajar.

Pengembaraan di Minangkabau dimanfaatkannya pula berdakwah dan mengajar melalui pembacaan kitab, sama ada kitab bahasa Arab mahu pun bahasa Melayu. Sewaktu berada di Minangkabau selama empat tahun itu, Syeikh Muhammad Saleh berkesempatan pula belajar ilmu persilatan dan beberapa jenis ilmu hikmat untuk pertahanan diri yang diperlukan pada zaman itu. Diceritakan bahawa dalam ilmu persilatan, beliau telah mencapai martabat seorang pendekar.

Dalam ilmu perubatan beliau berkemampuan pula mengubati berjenis-jenis penyakit. Syeikh Muhammad Saleh berangkat lagi ke Mekah kerana masih dirasakan kekurangan ilmunya dalam bidang-bidang tertentu, seperti ilmu falakiyah, ilmu manthiq, ilmu tafsir dan lain-lain.

Setelah beberapa tahun belajar dan mengajar di Mekah, sahabat dan muridnya, Engku Kudin, putera Raja Deli-Serdang mengajak beliau menyebarkan Islam di kerajaan di Sumatera Timur itu. Selesai menunaikan haji tahun 1309 Hijrah/1892 Masihi, Syeikh Muhammad Saleh bersama jemaah haji menaiki kapal dari Jeddah ke Pulau Pinang.

Selanjutnya Syeikh Muhammad Saleh mengembara di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, mulai Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Johor. Di mana saja beliau pergi, beliau terus mendapat sambutan bukan hanya rakyat jelata tetapi juga para sultan setiap kerajaan yang tersebut itu.

Daripada pergaulan dengan sultan-sultan Melayu, Syeikh Muhammad Saleh berkesimpulan bahawa Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga adalah sultan yang paling garang. Beliau mementingkan keindahan pakaian dan perhiasan serta menyukai kelazatan makanan dan minuman. Sultan Abu Bakar, Sultan Johor, adalah sultan yang cerdik, mengasihi rakyat dan mengutamakan kepentingan kerajaannya. Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, adalah sultan yang sangat alim pengetahuan Islamnya dan sangat bertakwa kepada Allah.

HAKIM DI KERAJAAN RIAU-LINGGA

Sebelum Syeikh Muhammad Saleh menjadi Syeikh al-Islam Perak, beliau pernah memegang jawatan Hakim di kerajaan Riau-Lingga. Pelantikan beliau sebagai Hakim Riau-Lingga adalah atas kehendak Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi.Sebab-sebab Syeikh Muhammad Saleh diminta oleh Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi menjadi Hakim Riau-Lingga adalah untuk menjaga kewibawaan putera baginda, Sultan Abdur Rahman Mu'azzam Syah, Sultan Riau-Lingga ketika itu.

Yam Tuan Muda Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi dalam beberapa tahun merasa gelisah kerana beberapa perkara di mahkamah banyak yang tidak dapat diselesaikan. Ada yang tertangguh sekurang-kurangnya tiga tahun. Syeikh Muhammad Saleh dapat menyelesaikannya, beliau adalah seorang ulama yang bijaksana, amanah. Semuanya dapat beliau selesaikan.Syeikh Muhammad Saleh terpaksa berpindah dari Riau, Pulau Penyengat ke Pulau Lingga untuk menjalankan tugasnya sebagai Hakim.

Sewaktu Syeikh Muhammad Saleh memegang jawatan Hakim Riau-Lingga itulah salah seorang Kerabat Diraja Kerajaan Perak bernama Engku Raja Mahmud atau digelar dengan Imam Paduka Tuan Perak mengenalinya.Engku Raja Mahmud mengkagumi kebijaksanaan Syeikh Muhammad Salehdalam menyelesaikan pelbagai isu, apatah lagi ulama yang berasal dari Minangkabau itu dapat menggabungkan pengetahuan yang bercorak duniawi dan ukhrawi. Dengan bermacam-macam cara Engku Raja Mahmud memujuk ulama itu supaya berkhidmat di negerinya di Perak Darul Redzuan.

MENJADI SYEIKH AL-ISLAM

Engku Raja Mahmud akhirnya berhasil mengajak Syeikh Muhammad Saleh berpindah ke Perak setelah dua tahun beliau bertugas sebagai Hakim di Riau-Lingga. Manakala Engku Raja Mahmud kembali ke Perak, beliau dilantik menjadi Kadi Besar Kerajaan Perak. Syeikh Muhammad Saleh mulai mengajar pelbagai kitab-kitab Islam terutama kitab-kitab Melayu/Jawi di Kuala Kangsar pada tahun 1318 Hijrah/1900 Masihi.

Sejak awal kedatangannya di Kuala Kangsar, beliau telah mendapat restu daripada Sultan Idris, Sultan Perak Darul Redzuan ketika itu.Selain mengajar kitab untuk pengajian orang tua-tua, Syeikh Muhammad Saleh juga berhasil mendirikan Madrasah Ihsaniyah yang menurut sistem pendidikan persekolahan di Teluk Anson.Cita-cita Sultan Perak untuk melantik seorang Syeikh al-Islam bermula tahun 1922 Masihi, namun secara rasminya Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi memegang jabatan itu pada 6 Jamadilakhir 1343 Hijrah/1 Januari 1925 Masihi.

KARYA KARYA

1. Mawa'izhul Badi'ah, diselesaikan pada 24 Muharam 1335 Hijrah. Dicetak Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1344 Hijrah. Kandungannya merupakan nasihat dan akhlak yang diringkaskan daripada Mawa'izhul Badi'ah karya Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

2. Kasyful Asrar, diselesaikan pada hari Selasa, 27 Safar 1344 Hijrah. Cetakan yang pertama hingga cetakan yang ke 29 oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, Singapura. Kandungannya membicarakan tentang tasawuf haqiqat atau tasawuf falsafi. Karya ini pernah ditahqiq oleh Syeikh Haji Muhammad Wali al-Khalidi dengan judul Tanwirul Anwar fi Izhhari Khalal ma fi Kasyfil Asrar, diterbitkan oleh Al-Maktabatut Taufiqiyah, JalanPerdagangan No. 4 Atas, Banda Aceh. Kasyful Asrar juga pernah diubahsuai ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Menyingkap Rahsia Agama Dan Tasawuf, diterbitkan oleh Yayasan Dakwah Islam, Surabaya.

3. Jalan Kematian, diselesaikan 14 Jamadilakhir 1344 Hijrah. Dicetak pada bahagian akhir Kasyfur Asrar oleh Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, Singapura.

4. Nashihatul Mubtadi, tanpa tarikh. Cetakan yang pertama Maktabah wa Mathba'ah Al-Ahmadiah, 1346 Hijrah/1927 Masihi. Kandungannya merupakan berbagai-bagai nasihat ke arah keteguhan pegangan dalam beragama Islam dan iman.

MURID MURID

Murid beliau sangat ramai di seluruh Semenanjung, di antaranya termasuk Sultan Iskandar Syah, Sultan Perak. Yang pernah menulis riwayat hidup beliau ialah murid yang lama bergaul dengannya, beliau ialah Muhammad Saleh Mandahiling, Tapanuli. Buku tersebut diberi judul Izalatul Hairan fi Qshshah Syaikhil Islam Darir Ridhwan, judul bahasa Melayu ialah Menghilangkan Kehairanan Pada Menyatakan Cerita Syeikhul Islam Perak Darul Redzuan.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:02 AM   0 comments
Manaqib papar kehidupan ulama salih seluruh dunia
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20060227223126/Article/

TRADISI memaparkan kehidupan ulama yang salih di seluruh dunia Islam dinamakan manaqib. Rupanya ulama besar yang berasal dari Kuching, Sarawak, Syeikh 'Utsman bin 'Abdul Wahhab as-Sarawaqi, juga wujud ‘manaqib’ mengenai beliau.

Manaqib yang dimaksudkan berjudul Nafahat ar-Ridhwan fi Manaqib asy-Syaikh 'Utsman yang ditulis oleh anak beliau bernama Syeikh Muhammad Zainuddin.

Nafahatur Ridhwan, diselesaikan pada 21 Zulhijah 1340. Cetakan pertama, Mathba'ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura pada 1340 Hijrah.

Manaqib ini diberi kata pujian oleh beberapa ulama iaitu Saiyid Muhammad 'Ali bin Husein al-Maliki al-Makki, tarikh 28 Zulhijah 1342. Syeikh Sa'id bin Muhammad al-Yamani (2 Muharam 1343), Syeikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid (3 Muharam 1343), Syeikh 'Umar bin Abi Bakar Bajunaid (6 Muharam 1343) dan Syeikh 'Abdul Qadir bin Shabir Mandailing.

Bahasa yang digunakan oleh pengarang adalah Arab klasik. Cermat dengan kaedah nahu, sharaf, balaghah, badi', bayan, ma'ani dan yang ada hubungan dengannya. Syeikh Zainuddin Sarawak turut menterjemah karangan beliau itu ke dalam bahasa Melayu.

Katanya : “Pertama-tama memperkenalkan tokoh yang diriwayatkan dengan menggunakan nama yang panjang dan layak ialah "al-'Allamah al-Humam Barakatul Anam Shahibul Hilmi wa al-Fadhli wa al-Kamal allazi la yunkaru asy-Syeikh 'Utsman" ..., yang beliau terjemahkan ke dalam bahasa Melayu "seorang pendeta yang banyak ilmu, yang mempunyai cita-cita yang besar, ialah jadi berkat dan keuntungan manusia, yang mempunyai lemah lembut, dan kelebihan, dan kesempurnaan, yang tiada diingkarkan, iaitu asy-Syeikh 'Utsman ... ". Susunan nama hingga ke atas ialah Merpati Jipang. Asal usul datuk neneknya adalah golongan kaum bangsawan di Jawa, tetapi tidak disebut dengan pasti datuk neneknya yang mana berasal dari Jawa.”

Sebagai bukti Nafahat ar-Ridhwan ada unsur balaghah atau badi', berakhlak atau beradab dalam penggunaan bahasa Melayu, contohnya, istilah untuk ‘orang meninggal dunia’. Syeikh Zainuddin Sarawak menggunakan beberapa istilah iaitu: “Kembali ke Rahmatullah", ‘sampai ajal’, dan ‘mati’.

Istilah yang digunakan untuk ibu Syeikh 'Utsman Sarawak dinyatakan dalam kalimat: "Dan kemudian daripada diperanakkan dia dengan tiga hari berpindahlah ibunya kepada rahmat Tuhan Yang Karim, Yang 'Allam." Bererti pada kalimat ini digunakan juga istilah ‘pindah kepada rahmat Allah’.

Pada konteks ini, selain kita dapat mengetahui susunan kalimat berbudi bahasa, sekali gus mengetahui tahun kematian ulama yang terkenal, termasuk ulama yang berasal dari dunia Melayu.

Di sini saya catatkan penggunaan istilah ‘kembali ke Rahmatullah’ seperti pada kalimat: "Maka manakala umurnya empat belas tahun bapa angkatnya Datu' Imam al-Haji 'Abdul Karim pun kembali ke Rahmatullah pada tahun hijrah seribu dua ratus sembilan puluh lima, pada bulan Syaaban, tengah hari Khamis. Dan dikubur akan dia pada hari Jumaat kepada rahmat Tuhan Yang Karim, Yang 'Allam." (Nafahatur Ridhwan, muka 3).

Daripada kalimat ini, selain istilah ‘kembali ke Rahmatullah’, ada pula istilah ‘dikubur’. Istilah ini juga digunakan oleh semua ulama dunia Melayu dalam penulisan mereka. Kadang-kadang digunakan juga istilah ‘dimakamkan’. Istilah ‘dikuburkan’ dan ‘dimakamkan’ digunakan untuk orang Islam, sedangkan ‘disemadikan’ hanya digunakan untuk bukan beragama Islam.

Daripada kalimat di atas dapat diketahui bahawa satu metodologi penulisan sejarah yang mencatat tarikh kewafatan, iaitu jika kita ubah bentuk menjadi ‘tengah hari Khamis, bulan Syaaban 1295’.

Pada konteks tarikh wafat ulama, terutama guru Syeikh 'Utsman Sarawak, banyak yang diketahui daripada manaqib itu.

Contohnya, Syeikh Muhammad Sa'id Ba Bashail (Mufti Makkah) meninggal dunia pada 23 Rabiulakhir 1330 /10 April 1921, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (malam Ahad, 11 Jamadilawal 1335/4 Mac 1917) dan Syeikh 'Abdul Karim Daghistani (akhir Syaaban 1338/Mei 1920).

Syeikh Muhammad al-Minsyawi al-Muqri meninggal dunia pada 1314 hijrah/1896 masihi, Saiyid Abu Bakri Syatha (12 Zulhijah 1310), Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan (1304 hijrah/1886 masihi), Saiyid 'Umar asy-Syami (Syawal 1313/1895) dan Saiyid Husein al-Habsyi (Khamis, 21 Syawal 1330).

Dalam Nafahatur Ridhwan, Syeikh Zainuddin Sarawak juga menyebut beberapa ulama Nusantara sebagai guru Syeikh 'Utsman Sarawak. Katanya: "Dan setengah daripada mereka itu (maksudnya guru bagi Syeikh 'Utsman Sarawak, pen:), daripada orang Jawi, orang yang telah naik ia pada segala ilmu agama, dan melebihi atas lainnya daripada guru-guru yang sempurna mereka itu, al-Marhum asy-Syaikh Zainuddin al-Badawi orang Sumbawa ... " Katanya lagi: "Dan setengah daripada mereka itu, asy-Syaikh yang 'Alim, yang sampai kepada kepandaiannya, ialah seperti ‘Qus’ pada masanya tentang bahasa Melayu, iaitu seorang cerdik pada orang Arab, yang memegang tali lagam segala ilmu adab, [se]orang adalah ia atas me[ng]khidmat akan tuhannya terlampau cermat dan jaga, iaitu asy-Syeikh Ahmad orang Lingga ... "

Katanya: "Dan sesetengah daripada mereka itu, gurunya pada ilmu tarekat dan ilmu hakikat, ialah yang mempunyai pangkat yang tinggi, Al-Marhum asy-Syeikh 'Abdul Karim orang Bantan..."

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:19 AM   0 comments
Al-Farabi tolak pandangan Plato
Monday, February 27, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060226222346/Article/



SATU keistimewaan tokoh ilmuwan Islam, mereka bukan saja menguasai satu bidang tertentu, malah mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu. Perkara ini menimbulkan kehairanan dan tanda tanya bagaimana mereka mencapai kejayaan itu.

Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan atau Al-Farabi atau Al-Pharabius di Barat, contohnya, banyak menyumbang dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi dan sains.

Beliau terkenal sebagai ‘Guru Kedua’ (al-Mou'allim al-Thani) sementara ‘Guru Pertama’ ialah Aristotle.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.

Tidak hairan, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle.

Beliau juga orang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani, beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik, sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Mengenai teori politik, Al Farabi berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu dan sebarang percubaan untuk memisahkan antara satu sama lain hanya akan melahirkan sebuah negara yang pincang.

Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah.

Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan terulung lebih dalam bidang falsafah.

Bahkan kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Al-Farabi mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya.

Antaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu adalah sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia adalah gejala sifat semula jadi itu.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul Madinah al-Fadhilah.

Manakala perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani, falsafah Plato serta Aristotle disentuhnya dalam karya Ihsa al-Ulum dan Kitab al-Jam.

Dua buku tidak dapat disiapkan oleh Al-Farabi pada zamannya iaitu buku Kunci Ilmu diselesaikan anak muridnya, Muhammad Al Khawarismi pada 976 masihi. Fihrist Al-Ulum pula diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim pada 988.

Al Farabi juga seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya.

Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus.

Malah, beliau turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam, yang diberikan judul Al-Musiqa. Ia dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidang berkenaan.

Al-Farabi memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan dan pandangannya memberikan sumbangan cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu perubatan di zamannya.

Salah satu pandangan menarik beliau ialah jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Ini kerana jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota badan.

Al-Farabi adalah seorang tokoh falsafah serba boleh dan banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan serta kehidupan manusia hari ini.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:39 PM   0 comments
Pehin Datu Imam Haji Mokti imam terkenal Brunei


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

GAJAH mati meninggalkan gading, manusia bijak mati mengukir nama dalam suratan sejarah. Sejuta murid yang tidak dapat meneruskan perjuangan seorang guru adalah kurang bermanfaat. Cukup seorang murid, sekiranya ilmu dapat disebarkan dan sambung bersambung daripadanya kepada generasi berikutnya.

Dalam sejarah ramai ulama yang dapat memenuhi kategori dalam kalimat selayang pandang di atas, termasuk Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif, ulama Banjar di Brunei Darussalam yang telah diperkenalkan dalam halaman agama Utusan Malaysia Isnin lalu.

Pada terbitan hari ini diperkenalkan pula murid beliau, anak jati Brunei, yang nama lengkapnya Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Nasar. Beliau dilahirkan di Kampung Burung Pingai Ayer pada tahun 1281 H/1864 M. Wafat tahun 1365 H/1946 M. Memperhatikan tahun kelahiran ini, bererti Imam Haji Mokti tahun kelahirannya sama dengan Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab Sarawak yang juga lahir tahun 1281 H/1864 M.

Jika kita bandingkan dengan ulama dunia Melayu lainnya, bererti Imam Haji Mokti lebih muda sedikit daripada Tuan Husein Kedah yang lahir pada tahun 1280 H/1863 M dan Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali Kudus, yang lahir pada tahun 1280 H/ 1863 M.

Daripada perbandingan tahun kelahiran para ulama dunia Melayu yang mendapat pendidikan di Mekah di atas, dengan pasti kita dapat menjejaki para guru Imam Haji Mokti di Mekah, iaitu guru beliau selain Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif Banjar seperti yang telah disebut di atas.

Dalam buku Tokoh-Tokoh Agama di Brunei Darussalam: Pengenalan Ringkas susunan Simat bin Angas, Suhaili bin Haji Hassan dan Ismail bin Haji Ibrahim dari Unit Penyelidikan, Bahagian Sejarah/Epigrafi Jabatan Muzium Brunei, Bil. 23, tahun 1992, hlm. 38, tercatat, “Selain daripada itu Pehin Datu Imam Haji Mokti juga pernah berguru dengan Syeikh Ahmad Khathib Sambas, seorang ulama dan tokoh agama yang terkenal dari Indonesia. Pehin itu belajar Tarekat Qadiriyah daripadanya....”

Walaupun dalam kalimat ini tidak dinyatakan di mana Imam Haji Mokti bertemu dan belajar daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, namun dapat dipastikan ia adalah di Mekah kerana Syeikh Ahmad Khathib Sambas tidak pernah pulang ke Sambas. Juga beliau tidak pernah berkunjung ke tempat-tempat lain di Indonesia ataupun tempat-tempat lain di dunia Melayu.

Cerita Imam Haji Mokti dikatakan ‘pernah berguru dengan Syeikh Ahmad Khathib Sambas’ dan ‘belajar Tarekat Qadiriyah daripadanya’ perlu dikaji kembali kerana dalam beberapa riwayat ulama yang seangkatan dengan Imam Haji Mokti tidak berkesempatan belajar secara langsung dengan Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

Mereka hanya belajar melalui ‘Khalifah Syeikh Ahmad Khathib Sambas’. Sebagai contoh Imam Haji Mokti belajar dengan Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif Banjar. Ulama yang berasal dari Banjar ini termasuk salah seorang ‘Khalifah Syeikh Ahmad Khathib Sambas’.

Dalam buku saya yang berjudul Penyebaran Thariqat-Thariqat Shufiyah Mu‘tabarah di Dunia Melayu, telah saya sebut beberapa orang murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Daripada sekian ramai murid beliau ada yang menjadi ‘Mursyid’ dan dilantik menjadi ‘Khalifah Qadiriyah-Naqsyabandiyah’. Sebagai contoh, ulama yang berasal dari Sarawak bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak. Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak pernah merantau ke Pontianak, Banjar, Brunei, bahkan di seluruh Borneo/Kalimantan. Oleh sebab kedua-dua Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdul Lathif Banjar dan Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak adalah murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas, bererti kedua-duanya adalah bersahabat. Imam Haji Mokti Brunei berkali-kali datang ke Pontianak dan pernah dibaiah dan ditawajjuh oleh Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir Sarawak.

Selain itu, Imam Haji Mokti Brunei juga ada hubungan dengan beberapa murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang berada di Sambas, yang juga dikategorikan sebagai ‘Mursyid’. Mereka ialah Syeikh Nuruddin Tekarang, Syeikh Muhammad Sa’ad dan lain-lain. Syeikh Nuruddin Tekarang berasal dari selatan Filipina. Setelah belajar di Mekah, dia pulang ke Sambas dan meninggal pada tahun 1312 H/1894 M. Kuburnya terletak di Kampung Tekarang, Kecamatan Tebas, Kabupaten Sambas.

Saya telah tiga kali menziarahi makam ulama tersebut, selain mencatat data-data sejarah sekali gus memenuhi disiplin ilmu tarekat sufiyah bahawa seseorang ‘Syeikh Mursyid’ sangat penting diziarahi sama ada ketika masih hidup mahupun setelah mereka meninggal dunia. Syeikh Nuruddin Tekarang termasuk juga salah seorang guru Imam Haji Mokti Brunei.

Menurut riwayat, ulama jati Brunei itu berkali-kali menziarahi Syeikh Nuruddin Tekarang ketika beliau masih hidup dan juga menziarahi makamnya setelah ulama berasal dari selatan Filipina itu meninggal dunia.

Diriwayatkan pula bahawa Imam Haji Mokti Brunei adalah murid Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani, ulama ini termasuk ulama Borneo/Kalimantan yang banyak menghasilkan karangan. Ulama ini adalah murid Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, iaitu Khalifah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Daripada maklumat ini dapat diambil kesimpulan bahawa Imam Haji Mokti Brunei ada hubungan keilmuan atau sanad kepada ulama-ulama yang berasal dari Patani.

Selama lebih kurang empat tahun tinggal di Mekah, diriwayatkan pula bahawa Imam Haji Mokti Brunei juga pernah belajar dengan Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani, pengarang Mathla’ al-Badrain, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Wan ‘Ali bin ‘Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, pengarang al-Jauhar al-Mauhub, Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau, dan lain-lain termasuk juga ulama bangsa Arab.

Setelah pulang daripada perantauan Imam Haji Mokti Brunei mula aktif menyebarkan agama Islam. Sebagaimana ulama tradisional lainnya pelajaran yang ditekankan ialah tajwid al-Quran, akidah atau tauhid, fiqh Mazhab Syafie dan tasawuf. Tentang tarekat shufiyah, Imam Haji Mokti Brunei sempat membai’ah dan mentawajjuhkan Tarekat Qadiriyah-Naqsyabandiyah kepada beberapa orang muridnya, di antaranya ialah Haji Muhammad bin Haji Minuddin.

Murid Imam Haji Mokti Brunei memang ramai. Dalam beberapa disiplin ilmu yang disebut, beberapa orang pembesar Brunei, bahkan Sultan Brunei juga sempat belajar dengan beliau. Antaranya Sultan Muhammad Jamalul Alam, Sultan Haji Omar Ali III, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Awang Haji Umar bin Randah dan lain-lain.

Disebut dalam buku Tokoh-Tokoh Agama di Brunei Darussalam: Pengenalan Ringkas bahawa Imam Haji Mokti Brunei selain mengajar dan berdakwah di Kampung Burung Pingai juga berdakwah di kampung-kampung pedalaman seperti Kampung Pudak, Pulau Berbunut dan Labu Estate di Daerah Temburong. Beliau juga mengajar dan berdakwah hingga ke Padas di Sabah.

Dalam buku yang sama juga disebutkan bahawa Imam Haji Mokti Brunei pernah merantau ke Marudi dan Baram di Sarawak dan Sambas, Kalimantan Barat. Apabila disebutkan Baram, saya teringat barangkali di sana pernah ada beberapa orang ulama kerana pada zaman yang sama dengan Imam Haji Mokti Brunei pernah ditulis sebuah kitab berjudul Hidayah li al-Walad al-Walad. Pengarangnya bernama Saiyid Manshur bin Saiyid Abu Bakar al-‘Aidrus. Beliau menyebut bahawa kitab tersebut diselesaikan pada 15 Rabiulawal, hari Sabtu, 1343 H di negeri Baram.

Kekerapan Imam Haji Mokti Brunei berkunjung ke Baram di Sarawak itu dipercayai ada hubungan antara beliau dengan Saiyid Manshur bin Saiyid Abu Bakar al-‘Aidrus Baram, tetapi masih belum dapat dipastikan siapakah yang menjadi guru ataupun menjadi murid ataupun kedua-duanya hanya bersahabat.

Dengan maklumat ini, sama ada untuk menyelidiki sejarah Imam Haji Mokti Brunei mahupun Saiyid Manshur bin Saiyid Abu Bakar al-‘Aidrus Baram, seseorang diperlukan turun ke lokasi iaitu Baram di Sarawak.

Selain mengajar, Imam Haji Mokti Brunei dipercayai juga menghasilkan karya bertulis. Dalam buku Tokoh-Tokoh Agama di Brunei Darussalam: Pengenalan Ringkas dicatatkan ada empat naskhah tulisan tangan iaitu:

1. Doa-doa dan fatwa-fatwa amalan serta faedah ubat-ubatan. Khusus pada perkataan ‘faedah ubat-ubatan’, dari sini dapat kita ketahui bahawa Imam Haji Mokti Brunei juga adalah seorang peminat bidang itu. Mengenai ini perlu penyelidikan lebih lanjut, kepada siapakah beliau belajar ilmu perubatan itu? Sekiranya beliau belajar ilmu perubatan di Mekah daripada ulama Melayu, jelas pada zaman itu hanya Syeikh Ahmad al-Fathani seorang saja mengajar ilmu tersebut. Tidak ramai murid Syeikh Ahmad al-Fathani dalam bidang ilmu perubatan jika kita bandingkan dengan ilmu-ilmu lainnya.

2. Salasilah Tarekat Qadiriyah yang dimulai dari beliau naik kepada Datuk Haji Ahmad bin Abdul Lathif Banjar, naik kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan seterusnya sama dengan yang termaktub dalam Fat-h al-'Arifin yang telah berulang-ulang kali diterbitkan.

3. Catatan kejadian wabak cacar di Brunei Darussalam pada tahun 1290 H dan tahun 1322 H.

4. Riwayat dan nasihat Luqman al-Hakim berserta ulasan beliau.

Dalam artikel ini saya sebutkan tentang ziarah ke makam. Oleh sebab dalam perkembangan mutakhir tentang Islam di dunia Melayu ada golongan yang membidaah dan mengkhurafatkannya, maka dirasa perlu saya memberi sedikit ulasan dan pandangan. Saya mengakui dalam konteks ziarah makam atau kubur ada yang mengikut syarak dan ada pula terkeluar daripada ajaran Islam. Ini adalah berdasarkan pengetahuan seseorang yang melaksanakan ziarah itu.

Ziarah ke makam atau kubur yang betul menurut syarak sekurang-kurangnya ada dua disiplin. Disiplin secara umum ialah dengan mengucapkan salam dan membaca surah al-Ikhlas 11 kali, atau lainnya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. Disiplin khusus yang dilakukan oleh golongan ahli sufi, ziarah makam atau kubur golongan ini mempunyai adab-adab yang tersendiri.

Upacara ziarah makam atau kubur kenegaraan yang dilakukan oleh kebanyakan negara di dunia sekarang ini, termasuk negara-negara yang dipimpin oleh orang-orang Islam, didominasi oleh adab-adab yang bukan daripada ajaran syariat Islam.

Sebagai contoh, menghadap ke makam atau kubur dengan berdiri, menghentakkan kaki kemudian hormat kepada makam atau kubur dengan mengangkat tangan kanan dan lain-lain.

Yang saya sebutkan di atas adalah sebagai contoh saja. Walau bagaimanapun saya berpandangan dan berpendirian bahawa disiplin apa pun juga yang kita jalankan perlulah kembali kepada yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Sesuatu perlaksanaan duniawi yang bertentangan dengan syariat Islam adalah wajib ditinggalkan. Apa jua bentuk kedurjanaan terhadap Allah dan Rasul-Nya marilah kita cuba mengurangkannya, dan selanjutnya berusaha menghapuskannya sama sekali.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:35 PM   0 comments
ABDUL RAHMAN AL-KALANTANI
Sunday, February 26, 2006
MUFTI TERAKHIR KERAJAAN MEMPAWAH

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Ulama-ulama yang dikisahkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia sebelum ini, sebahagian besarnya adalah ulama-ulama pendatang ke Malaysia, terutama yang berasal dari Patani. Berlainan dengan ulama yang diceritakan ini, beliau adalah ulama yang berasal dari Kelantan, Malaysia yang menyebarkan Islam di Kalimantan Barat, Indonesia.

Beliau ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani. Tahun kelahirannya tidak diketahui. Beliau meninggal dunia pada tahun 1391 Hijrah/1971 Masihi dalam usia melebihi 80 tahun. Kuburnya terletak di Kampung Pulau Pedalaman, Mempawah.Terdapat beberapa ulama yang berasal dari Malaysia dan datang ke Kalimantan Barat sebelum Abdur Rahman, antara mereka ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yasin yang berasal dari Kedah. Makamnya terletak di Kuala Secapah, Mempawah. Haji Ismail bin Abdul Majid berasal dari Kelantan dan pernah menjadi Mufti di Kerajaan Pontianak. Beliau meninggal di Kelantan.

PENDIDIKAN

Abdur Rahman adalah murid peringkat awal Tok Kenali. Menurut keterangannya sendiri bahawa beliau sempat menadah kitab sewaktu Tok Kenali mengajar di bawah pohon getah, kerana pada waktu itu beliau belum memiliki bangunan surau atau madrasah.

Perkara yang sangat ditekankan dalam pendidikan tersebut ialah ilmu nahu dan sharaf. Abdur Rahman sempat mempelajari kedua-dua ilmu itu daripada Tok Kenali mulai peringkat yang paling asas hingga peringkat tertinggi.

Sampai hari tuanya, beliau masih tetap menghafal Matan Alfiah Ibnu Malik yang terdiri daripada 1000 bait dan sangat terkenal. Selain Matan Alfiah, beliau juga menghafal matan-matan lainnya.Antara murid Tok Kenali yang menjadi ulama besar terkenal dan sama-sama belajar dengan Abdur Rahman, bahkan tinggal sepondok, ialah Syeikh Idris al-Marbawi, penyusun Kamus al-Marbawi, tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan Malaysia pertama. Selanjutnya setelah memperoleh ilmu yang sangat banyak di pondok pengajian Tok Kenali, Abdur Rahman melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Beliau tinggal di Mekah selama belasan tahun.

PERANTAUAN

Begitu lama Abdur Rahman belajar sambil merantau di Mekah dan sekitarnya, sehingga ketika pulang ke Kelantan beliau tidak begitu mesra tinggal di Kelantan, negerinya sendiri. Menurutnya, pada mulanya beliau akan merantau ke Banjar, kerana di sana sangat terdapat ramai ulama.

Perancangan awalnya, dari Banjar beliau akan ke pulau Jawa kerana sewaktu berada di Mekah beliau sempat belajar kepada beberapa orang ulama yang berasal dari Jawa, antaranya, Syeikh Mukhtar bin `Atharid Bogor.Dari Kelantan Abdur Rahman menuju ke Singapura dan selanjutnya belayar menuju Sambas.

Pada zaman itu Sambas juga terkenal dengan ulamanya yang ramai. Di Sambas beliau tinggal di rumah Syeikh Muhammad Basiyuni Imran, Maharaja Imam Sambas yang sangat terkenal. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran menyarankan supaya Abdur Rahman tinggal di Kerajaan Sambas dan tidak perlu merantau ke Banjar atau ke Jawa kerana Kerajaan Sambas masih memerlukan para ulama.

Atas kehendak Syeikh Muhammad Basiyuni, beliau diberikan seorang isteri di Kampung Semperiuk, Sambas. Sekali gus diberi tugas mengajar di daerah tersebut dan beberapa daerah yang berdekatan dengannya.Mufti dan guru penembahan MempawahSetelah beberapa tahun Abdur Rahman menetap di Sambas, beliau diminta pula oleh Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin, Penembahan Mempawah untuk berpindah ke Mempawah bagi mengajar di Istana Mempawah dan sekali gus mengajar di masjid-masjid dan surau-surau dalam pemerintahan Mempawah.

Sebelum tawaran itu diterima, terlebih dulu Abdur Rahman mengadakan perundingan dan persetujuan daripada Syeikh Muhammad Basiyuni Imran.Semua yang dijanjikan oleh Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin kepada Abdur Rahman dipenuhi. Pangeran Muhammad Taufiq membahagikan dua jalur penyebaran Islam dalam Kerajaan Mempawah, iaitu sebelah utara ditugaskan kepada Abdur Rahman Kelantan dan sebelah selatan kepada Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Ahmad yang berasal dari Banjar. Kedua-dua ulama tersebutlah yang paling terkenal dalam Kerajaan Mempawah sebelum perang dunia kedua. Selain sebagai Mufti, mengajar kerabat istana, mengajar di masjid-masjid dan surau-surau, Abdur Rahman juga mendirikan pondok pengajian menurut sistem pondok Patani dan Kelantan yang diberi nama Darul `Ulum.

CATATAN PERIBADI

Pertama kali sampai di Mempawah pada tahun 1969, penulis tinggal di rumah Tuan Guru Haji Abdur Rahman Kelantan. Di sini penulis sempat bergaul dan belajar kepada beliau, maka dirasakan perlu merakamkan beberapa catatan penting mengenai beliau.

Sewaktu perang dunia kedua, ramai pemimpin dan ulama di Kalimantan Barat dibunuh oleh Jepun tetapi Abdur Rahman terlepas daripada tangkapan Jepun. Menurut ceritanya bahawa pada suatu hari sesudah sembahyang Subuh, tiba-tiba ada seorang yang tidak dikenali datang ke rumahnya. Orang itu menyuruh beliau segera meninggalkan rumah. Abdur Rahman segera mengikut arahan tersebut. Beliau kemudiannya pergi ke Sungai Bundung, kira-kira 30 km dari Mempawah, iaitu sebuahkampung yang ramai muridnya. Tidak lama kemudian tentera Jepun sampai ke rumahnya tetapi Abdur Rahman tidak berada di rumah.

Oleh kerana itu, tentera Jepun langsung menuju Istana Mempawah dan menangkap Penembahan Pangeran Muhammad Taufiq Aqamuddin dan pembesar-pembesar lainnya. Sekiranya beliau berada di rumah, sesudah Maghrib biasanya beliau mengamalkan wirid hingga masuk waktu Isyak.

Sesudah makan malam beliau akan berjalan mundar-mandir sekurang-kurangnya seratus langkah. Menurutnya amalan sedemikian untuk penghadaman makanan yang tujuannya menjadikan badan sentiasa segar dan sihat. Sambil melakukan riadah tersebut, kedengaran beliau membaca surah-surah al-Waqi`ah, al-Mulk dan lain-lainnya secara hafalan. Beliau akan berhenti mengajar kira-kira pukul 11.00 malam.

Pukul 3.00 pagi akan terdengar suaranya mengucapkan zikir dan surah al-Ikhlas sehingga kedengaran azan Subuh. Peristiwa ini diketahui penulis kerana penulis tidur di bilik yang disediakannya, iaitu bersebelahan dengan bilik tempat beliau tidur dan beramal.Jika beliau berada di kediaman muridnya, mengajar di kampung yang berjauhan dari rumahnya, beberapa amalan di atas tetap dikerjakan, ditambah lagi mengajar hingga pikul 12.00 malam.

Sesudah mengajar beliau terus mengerjakan beberapa jenis sembahyang sunat dan berwirid kira-kira satu jam lamanya. Sekitar pukul 1.00 pagi barulah beliau merebahkan badannya di atas tempat tidur. Kira-kira pukul 3.00 pagi, beliau bangun lagi untuk berwirid selama satu jam. Lebih kurang satu jam sebelum Subuh beliau mandi. Biasanya, air mandinya disediakan oleh murid-muridnya.

Cara mandinya juga mempunyai cara tersendiri, Setiap gayung air yang disiramnya, diiringi dengan bacaan doa. Siraman air sekurang-kurangnya 40 gayung. Selain hal-hal yang tersebut, biasanya murid-muridnya menyediakan kopi yang asli, telur ayam kampung dan madu asli. Semuanya beliau adun dalam air panas.

Menurut beliau, amalan tersebut diamalkannya sejak muda lagi dan khasiatnya supaya badan tidak lemah. Menurut keterangan anaknya Drs. Haji Abdul Malik, sepanjang pergaulannya dengan beberapa orang ulama di Banjar, Kalimantan Selatan, beliau tidak berjumpa cara-cara melakukan amalan-amalan dengan rutin atau istiqamah seperti yang dikerjakan oleh orang tuanya itu, bahkan tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa bidang penguasaan ilmu Islamnya juga sangat sukar untuk dicari gantinya. Segala yang penulis sebutkan di atas mungkin ada benarnya, kerana umur beliau ketika itu telah mencecah lebih 70 tahun. Penulis pernah mengikutnya berjalan kaki sejauh 8 km ke tempatnya mengajar. Beliau berjalan dengan laju tanpa berhenti walaupun sekejap.

KARYA DAN KETURUNAN

Karya yang sempat dihasilkannya hanya sebuah, iaitu Qawaninul Mubtadi fil Fiqh yang diselesaikan pada 22 Zulhijjah 1353 Hijrah/27 April 1935 Masihi. Kandungannya membicarakan tentang fikah dalam bentuk soal jawab. Ia dicetak oleh Mathba'ah al-Masawi, 14 Ulu Palembang. Abdur Rahman Kelantan berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya di Kampung Semperiuk, Sambas, memperoleh seorang anak bernama Haji Aziqqi.

Beliau memperoleh pendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir dan selanjutnya menjadi pensyarah di sebuah universiti di Banjar. Haji Aziqqi meninggal dunia di Banjar. Semua anaknya berada di Banjar, Kalimantan Selatan. Perkahwinan kedua di Mempawah, memperoleh dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Antara anak-anaknya dengan isteri di Mempawah ialah Drs. Abdul Malik yang telah meninggal dunia. Jawatan yang pernah disandangnya ketika hidupnya ialah Kepala Kantor Urusan Wilayah Propinsi Kalimantan Barat di Pontianak.

Anak perempuan Abdur Rahman yang bernama Mahfuzah berkahwin dengan Ustaz Hasan Basri, yang aktif memimpin Thariqat Naqsyabandiyah Muzhhariyah. Antara murid-murid Abdur Rahman yang masih aktif hingga sekarang ialah Ustaz Haji Zainal Arifin bin Ahmad, Ketua Majelis Ulama Daerah Tingkat II Kabupaten Pontianak di Mempawah. Murid beliau pula ialah Drs. Haji Bujang Rasni, Kepala Pondok Pesantren Usuluddin di Singkawang.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:07 AM   0 comments
Habasy al-Marwazi kuasai ilmu trigonometri
Friday, February 24, 2006
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm


HABASY adalah nama jolokan yang diberikan kepada Al-Marwazi berdasarkan kepada warna kulitnya yang hitam manis. Nama lengkapnya Abbas bin Abdullah Habasy al-Hisab al-Marwazi. Beliau merupakan orang terpenting dalam dunia astronomi Islam. Habasy berasal dari Marw dan kemudian menetap di Baghdad.

Menurut Ibnu al-Qifti, Habasy hidup semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al-Mu’tasim. Ibnu Yunus dalam bukunya Great Hakimitic Tables melaporkan pemerhatian yang dilakukan oleh Habasy di Baghdad antara tahun 214H/829M dan 250H/864M dipercayai yang pertama dalam bidang astronomi. Pemerhatian pertama dibuat pada usianya 15 tahun.

Beberapa judul karya Habasy yang terdapat dalam Fihrist, antaranya ialah The Damascusrrable, The Ma’munictables, On the Distances (of the Planets) and (their) Bodies, On the Construction of the Astroable, On Sundials and Gnomons, On the Three Tangent Circles and the Properties of their Junctions dan On the Construction of Horizontal, Vertical, Inclinecl and Turned Planes.

Dalam karya Ibnu Qifti, dua judul terakhir digabungkan menjadi satu yang menyatakan tajuk tersebut tidak menunjukkan pada konstruksi sundial. Istilah ma’ila (condong) dan muharif (menyimpang dari arah yang sebenarnya) menyangkut ekliptik dan horizon.

Kebalikan dari datar di atas hanya mengandungi dua zij. Ibnu Qifti dalam ‘vita’ menyebut tiga zij dengan tajuk berbeza iaitu berdasarkan kaedah Sindhind yang menyangkal semua prosedur al-Fazari dan al-Khawarizmi serta aplikasinya pada gerak trepidasi menurut Theon dari Alexandria. Yang lain pula disebut dalam Az-Zij al-Mumtahan iaitu karya terkenal yang disusun setelah Habasy melakukan pemerhatian. Judul terakhir karyanya adalah Small zij atau disebut Zij ash-Shah.

Menurut Zij ash-Shah, ia tersusun berdasarkan asas parameter atau kaedah yang digunakan dalam jadual Pahlavi Zik-i Shatroayer. Cara ini telah diguna semasa astrologi al-Mansur seperti mana yang ditunjukkan oleh Nallino yang didasarkan daripada model-model Hindu (Surya Siddhanta).

Habasy sememangnya memiliki kemampuan menguasai fungsi-fungsi trigonometri serta penerapannya pada astronomi sfera. Cukup menghairankan apabila Abu Nasr dalam risalahnya mengenai karya Habasy bertajuk Jadual at-Takwin menghindari istilah zill dan menggantikannya dengan ratio (perbandingan) sinus dan kosinus.

Al-Biruni mengagumi keupayaan Habasy menguasai ilmu astrologi. Bahkan seorang penulis terkenal pernah menganggap Habasy sebagai seorang ahli astronomi teragung semasa pemerintahan Abbasiyah. Abu Jafar bin Ahmad bin Abdullah, anak lelaki Habasy juga mencipta nama sebagai pembuat instrumen sains.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:49 AM   0 comments
Islam di Afrika Selatan dikembangkan oleh Sheikh Yusuf
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Susunan ZUNAIDAH ZAINON

SYEIKH Yusuf yang dilahirkan di Gowa, Sulawesi Selatan pada 1626 adalah ikon dalam sejarah sosial intelektual Islam pada abad ke-17 terutama kepada muslim Afrika Selatan. Beliau dibawa ke Cape Town pada 1694 dari Sri Lanka sebagai orang buangan politik kerana perjuangannya menentang penjajah Belanda.

Perayaan Festival Easter di kalangan muslim Afrika Selatan bermula ketika Syeikh Yusuf dan para pengikutnya diberikan hak hiburan pada hari-hari Easter. Kesempatan itu digunakan untuk menyambutnya dengan cara tersendiri dan akhirnya menjadi tradisi bagi mengenang Syeikh Yusuf sebagai pengasas Islam di Afrika Selatan.

Kebiasaannya perayaan Festival Easter disambut pengikut agama Kristian tetapi masyarakat Islam Afrika Selatan memanfaatkannya dengan menziarahi makam Syeikh Yusuf yang dikenali sebagai Keramat Syeikh Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 23 Mei 1699.

Sejarah mencatatkan pada usia 18 tahun Syeikh Yusuf mengembara ke Banten dan Aceh. Di Banten, beliau menjalin persahabatan dengan Pangeran Surya (Sultan Ageng Tirtayasa), yang kemudian melantiknya sebagai Mufti Kesultanan Banten. Sementara di Aceh, Syeikh Yusuf berguru pada Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan mendalami Tarekat Qodiriyah.

Dalam catatan perjuangan melawan penjajah Belanda, nama Syeikh Yusuf, cukup terkenal. Tetapi ketika Kesultanan Gowa kalah dalam peperangan menentang Belanda, beliau berhijrah ke Banten dan dilantik menjadi mufti oleh Kesultanan Banten.

Berkat dakwah Syeikh Yusuf, Kesultanan Banten menjadi pusat pendidikan agama Islam. Beliau memiliki murid daripada pelbagai daerah, termasuk 400 orang dari Makassar yang dipimpin oleh Ali Karaeng Bisai.

Saat pasukan Sultan Ageng ditakluk oleh Belanda pada 1682, Syeikh Yusuf ditangkap dan dibuang ke Sri Lanka pada September 1684. Di tempat pengasingannya, beliau tetap menyebarkan agama Islam. Kebanyakan pengikutnya ketika itu adalah penduduk India Selatan.

Akhirnya, Belanda mengambil keputusan memindahkan beliau ke Afrika Selatan. Di Afrika Selatan, nama dan sumbangannya cukup akrab di kalangan warga Afrika Selatan terutama yang beragama Islam.

Di Afrika Selatan, beliau memulakan dakwah Islamiah kepada penduduk tempatan dengan bantuan ahli keluarganya dan beberapa alim ulama. Antaranya ialah Abdul Salam iaitu seorang hakim yang menulis al-Quran dalam bahasa Arab buat pertama kali di Afrika Selatan. Kitab tersebut masih tersimpan hingga kini di dalam masjid pertama yang didirikan di Afrika Selatan.

Walaupun tidak begitu ramai yang memilih agama Islam sebagai cara hidup jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di Afrika Selatan, tetapi mereka tetap menghormati penduduk yang beragama Islam. Mereka menghargai jasa umat Islam yang pernah mendamaikan pergelutan antara orang kulit putih dan kulit hitam serta ajaran Islam yang menghormati kaum wanita.

Jumlah penduduk Islam di Cape Town pada ketika itu dianggarkan 20 peratus daripada populasi dan terdapat kira-kira 130 masjid di setiap penjuru kota. Selain itu, terdapat juga sejumlah 250 madrasah yang didirikan termasuklah 25 maahad tahfiz al-Quran.

Ajaran Islam yang tidak membezakan darjat manusia, merupakan prinsip unik yang membuatkan ia mudah diterima penduduk Afrika Selatan dan berkembang dengan baik. Kemudian mereka berusaha menghancurkan tembok pemisah yang membezakan orang kulit hitam dan putih hingga mencapai kesamarataan.

Bermula dari sinilah mereka tertarik dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, para ulama tidak terlepas menerima dugaan dalam usaha menyebarkan agama Islam. Namun, seteruk mana sekalipun ancaman yang diterima, mereka tetap teguh memperjuangkan agama Islam hinggalah diterima oleh penduduk Afrika Selatan.

Nafas kebudayaan dan kuasa emosional berjaya menawan ramai saudara baru khususnya kaum kulit hitam yang tertindas. Mereka menemui konsep persaudaraan Islam yang begitu kukuh berbanding agama Kristian.

Institut Belgia melaporkan bahawa pada permulaan abad ke-20, terdapat 4,000 umat Islam di salah satu wilayah di Congo, juga negara di Afrika. Pada 1960, jumlah ini telah bertambah kepada 236,000 di Maniyema, Stanleyville dan Kiyu.

Seorang pengkaji Islam di Afrika, Marcel Corder pernah berkata, “Islam, yang satu ketika pernah menjadi agama utama daerah dan anak-anak raja, kini menjadi pegangan rakyat. Ia umpama banjir yang menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan aman. Banjir ini turut membawa realisme dalam penyebaran Islam dari utara hingga ke selatan Afrika dengan kelajuan yang tidak dapat dihalang.’’

Kristian tidak akan berhenti sama sekali untuk menghancurkan Islam. Profesor Muhammad Qutb menulis, perusahaan perkapalan yang berasal dari England telah mengelola perusahaan di Afrika Selatan. Pada satu ketika ia mengambil ramai umat Islam Afrika Selatan untuk bekerja di kapalnya, tetapi sebagai sebuah perusahaan Kristian, ia mula berhenti mengambil pekerja yang beragama Islam. Untuk mencapai matlamatnya, pekerja dibayar dengan arak dan ini menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan kerana arak diharamkan oleh Islam.

Pertambahan

Pada 1990, masyarakat Islam di Afrika Selatan mencapai pertambahan memberangsangkan terutama daripada kalangan orang kulit sawo matang yang berasal dari gugusan kepulauan Indonesia (Cape Malay) dan pedagang Asia Selatan yang kemudian bercampur gaul dengan kulit putih di Afrika Selatan.

Sejak Afrika Selatan mencapai demokrasi pada 1994, penduduk muslim berhijrah dari Asia Selatan dan Afrika Utara. Kebanyakannya adalah penduduk bandar yang tinggal di Cape Town, Durban, Port Elizabeth, East London, Kimberley dan Johannesburg.

Semasa pilihan raya demokrasi yang pertama pada April 1994, dua parti Islam muncul iaitu Parti Muslim Afrika (AMP) dan Parti Islam. Pada pilihan raya tersebut, AMP memperoleh 47,690 undi, kurang daripada satu peratus daripada jumlah undi keseluruhan. Orang Islam memilih untuk mengundi Parti Nasionalis dan Kongres Nasional Afrika (African National Congress).

Pada pilihan raya 2004, AMP mencuba nasib sekali lagi tetapi hanya mampu meraih 34,446 undi iaitu lebih kurang 0.2 peratus daripada jumlah undi keseluruhannya. Parti Islam pula dibubarkan dan ada sebahagian ahlinya menganggotai Parti Keamanan dan Keadilan (Peace and Justice Party) yang juga gagal meraih kemenangan pada pilihan raya tersebut. Kegagalan mereka berpunca daripada ahli teologi muslim yang juga ahli Jamiat ul-Ulama (Persatuan Ahli Teologi Muslim) dan Majlis Kehakiman Muslim menyokong idea agar penduduk Islam mengundi Kongres Nasional Afrika.

Ekoran keputusan pilihan raya 2004, terdapat empat menteri Islam dilantik menganggotai Kabinet Afrika Selatan iaitu Naledi Pandor dan Enver Surty manakala Dr. Essop Pahad dan abangnya, Aziz Pahad, dilantik mengetuai Kementerian Luar.

Cape Utara adalah satu-satunya wilayah yang mempunyai ahli Parlimen beragama Islam iaitu Ebrahim Rasool. Apabila Nelson Mandela diangkat sebagai Presiden Afrika Selatan pada 1994, beliau melantik Dullah Omar mengetuai Kementerian Keadilan dan kemudiannya sebagai Menteri Pengangkutan semasa pemerintahan Presiden Thabo Mbeki. Dullah Omar kekal dengan portfolionya hinggalah beliau meninggal dunia pada awal 2004. Beliau membuktikan penglibatan aktif masyarakat muslim dalam arena politik negara.

Kebanyakan muslim Afrika Selatan adalah ahli Sunni yang lantang bersuara pada lewat 1980-an dan awal 1990 tetapi kemudian memilih untuk menjadi sebahagian daripada muslim minoriti pada abad ke-21. Pertubuhan seperti Jamiat ul-Ulama of Transvaal (ditubuhkan pada 1923), Majlis Kehakiman Muslim (1945) dan Pergerakan Remaja Muslim Afrika Selatan (1970) memperoleh sokongan moral dan bantuan kewangan daripada komuniti Islam untuk menjalankan aktiviti kebajikan mereka.

Aktif

Muslim Afrika Selatan juga banyak menyumbang dalam pembangunan masyarakat Afrika Selatan secara keseluruhannya. Contohnya, Yayasan Mustadafin di Cape Town yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan di kalangan masyarakat berpendapatan rendah turut mendapat sokongan daripada kerajaan Afrika Selatan. Yayasan ini bukan sahaja dapat menyalurkan kerja kebajikan di Afrika Selatan tetapi juga negara-negara Afrika yang lain seperti Somalia dan Mozambique.

Kebanyakan pertubuhan sosial di Afrika Selatan mendapat sokongan daripada hubungan diplomatik dengan ahli politik negara-negara Islam. Kerajaan Iran, Arab Saudi dan Kuwait, misalnya, menyumbang kepada pembinaan masjid dan berusaha untuk membangunkan Islam di Afrika Selatan.

Menurut seorang penyelidik dan penulis tentang Islam di Afrika, jumlah orang kulit hitam yang memeluk Islam semakin bertambah terutama di kalangan wanita dan golongan muda. Beliau percaya ini berpunca daripada pendedahan yang mereka peroleh mengenai senario politik terutama menyentuh dasar Aparteid.

Kedudukan sosial

Profesor Westermann dalam bukunya, Imperialism and the Gospel, menyatakan agama Islam telah meningkatkan kedudukan sosial orang kulit hitam dan meningkatkan harga diri mereka serta menjelaskan hubungan dengan warga Eropah secara terhormat.

Kata beliau, orang kulit hitam yang dulunya menjunjung sampah di atas kepala kini mendapat kemuliaan dalam Islam. Mereka memperoleh status yang memberikan penghormatan walaupun mereka berada di antara orang kulit putih. Tetapi, orang kulit hitam yang meninggalkan paganisme untuk memeluk Kristian akan melihat diri mereka berbeza daripada muslim kulit hitam.

Pada hari ini, hampir 455 masjid, 408 institusi pendidikan, kolej, sekolah swasta, pusat pendidikan agama dan Kolej Sains Islam didirikan. Tidak kurang juga, universiti menawarkan pengajian Islam dan bahasa Arab sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik.

Organisasi yang terlibat dengan aktiviti kebajikan turut bertambah sebanyak 465 pertubuhan. Stesen radio swasta yang berorientasikan Islam juga diwujudkan. Antaranya, Stesen Radio al-Zaheer, Fordsburg; Pusat Penyiaran Azaania, Durban dan Radio 786, Cape Town.

Cawangan Persatuan Perubatan Islam Afrika Selatan juga terdapat di kebanyakan bandar utama. Kebanyakan orang Islam sama ada secara berkumpulan atau perseorangan menerbitkan majalah dan jurnal dalam bahasa Inggeris. Antaranya Muslim Digest, Al-Akhbar (Cape Town), Al-Rasheed (Frodsburg), Muslim Views (Cape Town), Palastine Times (Fordsbug), The Majlis (Port Elzabeth), The Message (Johannesburg) dan Al-Balaagh (Johannesburg).

Para pelajar Islam turut mengambil kesempatan menubuhkan persatuan di institusi pendidikan bagi menguatkan perjuangan menegakkan syiar Islam. Begitu juga kaum wanita Afrika yang menubuhkan beberapa organisasi seperti Majlis Wanita di Cape Town, Persatuan Wanita Muslim, Durban dan Jama ‘at-un-Nissa, Kimberley.

Golongan remaja sama-sama berganding bahu membangunkan Islam melalui perjuangan mereka dalam persatuan, antaranya Pertubuhan Remaja Muslim Fordsburg, Johannesburg; Perpaduan Remaja Muslim, dan Saut-us-Shabaab di Cape Town.

Kaum yang terbesar di Afrika Selatan adalah kaum pribumi berkulit hitam iaitu 77 peratus yang terdiri daripada masyarakat majmuk yang boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan etnik berdasarkan kepada bahasa masing-masing.

Kumpulan terbesar iaitu 50 peratus penduduk Afrika yang berbahasa Nguni termasuk bangsa Ndebele, Swazi, Xhosa dan Zulu. Kumpulan kedua terbesar adalah yang berbahasa Sotho-Tswana, termasuklah beberapa bangsa Sotho, Pedi dan Tswana dan merupakan majoriti di kebanyakan kawasan Highveld. Dua kumpulan yang terakhir adalah Tsonga, atau Shangaan yang tertumpu di Utara dan wilayah Mpumalanga, dan Venda, yang juga tertumpu di wilayah utara Afrika Selatan.

Kaum kulit putih terdiri daripada 11 peratus penduduk yang berbangsa Belanda, Perancis, Inggeris dan Jerman. Kebanyakan orang Eropah di negara itu adalah keturunan peneroka-peneroka awal di koloni Cape. Terdapat juga kumpulan minoriti Portugis iaitu kumpulan pertama daripada keturunan peneroka Eropah yang terawal, manakala kumpulan kedua keturunan hamba abdi Belanda yang datang dari Indonesia.

Sembilan peratus penduduk Afrika Selatan pula terdiri daripada bangsa berwarna (coloured) termasuklah kumpulan peranakan dan juga pendatang Asia, termasuk orang Melayu dan Indonesia (dipanggil Cape Malays) yang dibawa masuk untuk bekerja sebagai kuli di Natal. Tiga peratus lagi adalah berbangsa India yang merupakan pedagang-pedagang India.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:46 AM   0 comments
NST perkecil bantahan awam
Wednesday, February 22, 2006
Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Disaat umat Islam seluruh dunia masih terluka dengan tindakan biadap akhbar Denmark Jyllands Posten yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad saw, sepatutnya semua pihak khasnya di Malaysia mengambil jalan tengah menyejuk dan meredakan keadaan. Jangan lagi diguris dan ditoreh luka yang masih merah berdarah itu.

Apabila akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama, pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Demikian juga apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut, kerajaan telah serta-merta menggantung penerbitannya selama dua minggu.

Semua ini dilakukan demi memelihara sensitiviti umat Islam yang telah tidak dihormati atau dipedulikan oleh anasir-anasir dari Barat itu.

Kita sangkakan keadaan akan kembali tenang, rupa-rupanya masih ada pihak yang cuba menangguk di air keruh. Dan kali ini pihak berkenaan bukan calang-calang statusnya, iaitu salah sebuah akhbar media perdana yang tersohor dalam negara yang ada pula kaitan langsung dengan parti pemerintah. Akhbar NST telah menyiarkan kartun karikatur berikut dalam ruangan kartun akhbarnya Isnin lepas:



Ekoran penyiaran karikatur tersebut beberapa badan NGO seperti GPMS, Persatuan Pengguna Islam PPIM, KIMMA, MAPAN termasuklah PAS telah membuat laporan Polis kerana menganggap kartun tersebut menghina Nabi Muhammad saw.

NST sepatutnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan segera memohon maaf di atas kelalaiannya itu. Akan tetapi penjelasan yang disiarkan di muka dua akhbar NST hari ini tidak langsung mencerminkan keinsafannya. Sebaliknya ia menganggap mereka yang membuat laporan termasuklah pihak media lain yang menyerang tindakannya menyiarkan kartun di atas sebagai memiliki agenda jahat terhadapnya.

Do we continue to be a society where a vocal few, with personal vendettas and less than honourable motives, can whip up sentiments and make the innocent guilty?
(Adakah kita mahu menjadi satu masyarakat dimana segelintir kecil yang begitu vokal, yang masing-masing dendam kesumat dan maksud jahat, memukul gendang dan membuat tuduhan sesuka hati)

NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan:

The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits; whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet.
(Isu yang perlu kita putuskan adalah, apakah kartun (itu) telah melampaui batas-batas yang ditetapkan dan apakah ia menghina Islam dan Nabi nya?)

Saya sendiri pada awalnya menganggap kartun ini biasa sahaja dan tidaklah setanding dengan karikatur terbitan Jyllands Posten yang biadap itu. Namun setelah lama berfikir saya terpaksa bersetuju dengan pihak-pihak yang telah membuat laporan Polis itu kerana bahang karikatur Jyllands Posten masih panas membara, mengapa NST tidak ambil pusing dan berhati-hati agar maksud yang sama tidak lagi dieksploitasi oleh mana-mana pelukis kartun dan karikatur.

Mungkin kartun terbitan NST itu berbeza dari kartun Jyllands Posten, tetapi maksudnya tetap sama iaitu memperlekeh dan merendah-rendahkan kecintaan umat Islam terhadap Nabinya Muhammad saw.

Dalam hal ini saya kira NST perlu segera memohon maaf dan pihak kerajaan sendiri, suka tak suka, kalau berani bertindak terhadap Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily, maka walaupun NST kerabat kroni sendiri, tindakan tegas perlu juga dikenakan.

Dan NST janganlah lagi bermain api, setelah berjaya melepaskan diri bermain api ketika isu Perkara 121 (1)(A) dan isu Allahyarham Sarjan Moorthy (dan memo Geng 9) dahulu. Semoga dalam kes ini NST tidak dapat melepaskan diri.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:57 PM   0 comments
Pemuda PAS tolak penjelasan NST, tuntut permohonan maaf terbuka

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=943&Itemid=28

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Pemuda PAS menolak penjelasan akhbar New Straits Times hari ini dengan menyifatkannya sebagai satu yang tidak meyakinkan.

Sehubungan itu, Ketuanya, Salahudin Ayub menuntut supaya Pengarang akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat di negara ini atas penyiaran kartun yang tidak bertanggungjawab itu.

Satu surat menuntut perkara berkenaan telah ditunjukkan oleh Salahudin kepada media dalam sidang akhbarnya hari ini.

"Jika tidak ada permohonan maaf terbuka, kami akan berdemo di depan pejabat NST Jumaat ini," kata Salahudin.

Semalam akhbar NST menyiarkan kartun yang disifatkan sebagai menyindir usaha membela penghinaan terhadap Nabi dan bagi Pemuda PAS kartun itu menghina Nabi.

Beberapa pertubuhan termasuk Pemuda PAS membuat laporan polis mengenainya.

Laporan polis

ABR melaporkan, Salahudin menyifatkan akhbar New Straits Times (NST) mengancam keselamatan negara dan berniat jahat apabila menyiarkan kartun berkaitan karikatur kontroversial mengenai Nabi Muhammad s.aw.

"Perbuatan menyiarkan kartun itu juga boleh mengancam keselamatan negara kerana ia berunsur hasutan dan akan memecah belahkan perpaduan di negara ini," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Akhbar itu menyiarkan kartun yang dilukis Willie Miller di muka surat lapan dalam ruangan "coffee break". Kartun itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan sambil melukis sesuatu di atas kertas.

Salahuddin mengganggap kartun yang disiarkan oleh akhbar berkenaan sengaja mempersendakan isu yang dianggap sensitif dan merupakan satu penghinaan terhadap masyarakat Islam seluruh dunia.

Pengarah Latihan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Izham Nayan berkata penyiaran kartun itu menunjukkan akhbar itu berniat jahat untuk menghina agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, menghina umat Islam, tidak menghormati perlembagaan negara dan biadab.

"Kita mahu editor akhbar ini diambil tindakan sewajarnya," tegas beliau.

Selain Pemuda PAS dan PPIM, turut membuat laporan polis ke atas NST ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang bergabung di bawah Majlis Angkatan Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan).

Bendahari Agung GPMS Azan Ismail berkata akhbar berkenaan cuba menguji sensitiviti orang Islam di negara ini dengan menyiarkan kartun itu malah mencabar arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, agar tidak menyiarkan karikatur yang menghina Nabi.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:45 PM   0 comments
Kartun: NST pula didakwa hina Nabi
Tuesday, February 21, 2006


NST HINA NABI... Ketua
Pemuda PAS, Salahudin Ayub bersama timbalan dan naibnya menunjukkan akhbar NST semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun yang dianggap menghina Nabi ketika umat Islam di seluruh dunia marah kepada akhbar Jerman kerana menghina Rasulullah saw melalui kartun mereka. Beliau menunjukkan keratan akhbar itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi. Foto Md Nasir Sudin.



http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=925&Itemid=28



KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Ketika umat Islam di seluruh dunia marah dengan sebuah akhbar Jerman yang menyiarkan kartun yang menghina Nabi, langkah akhbar New Straits Times menyiarkan satu kartun yang boleh ditafsirkan sebagai menyindir isu itu, dikesali.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataanya berkata, PAS melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan akhbar New Straits Times semalam (20 Februari) yang menyiarkan satu kartun dimuka 20 ruangan Life & Times yang boleh disifatkan menghina Nabi.

"PAS memberi amaran keras kepada NST yang menerbitkan kartun pada halaman 8 Life & Times semalam. Kartun tersebut mempunyai unsur menghina Rasul saw," kata Nasharudin dalam kenyataannya kepada Harakah.

Sehubungan dengan itu, katanya, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 2 petang ini bagi membantah penyiaran itu, kata Nasharudin.

NST semalam menyiarkan satu kartun yang dilukis oleh Wiley Miller bertajuk Non Sequitur.

Antara perkara yang disiarkan dalam kartun itu adalah "Caricatures of Muhammad while you wait!".

Nasharudin berpendapat, kartun yang disiarkan oleh NST itu mempunyai unsur penghinaan dan sengaja dibangkitkan dalam suasana protest umat Islam seluruh dunia yang semakin membara sekarang.

3 Mac hari Protes

Sementara itu, PAS bersama-sama dengan gerakan Islam seluruh dunia akan menjadikan 3 Mac 2006 sebagai hari protes antarabangsa terhadap kartun yang menghina Rasulullah yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman dan diikuti oleh media lain.

Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah dihubungi oleh Qadhi Hussein, Amir Jamiat Islami Pakistan bagi memaklumkan perkara itu.

"Protes ini dicadangkan oleh Jamiat Islami dan saya mewakili PAS menyokong cadangan ini," kata Nasharudin.

"PAS akan bersama dengan umat Islam seluruh dunia akan menjadikan hari tersebut sebagai hari protes dan perhimpunan akan dilancar di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada hari tersebut," katanya.

Sehubungan itu, PAS akan mengeluarkan arahan bertulis kepada Perhubungan PAS negeri-negeri untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu, kata Nasharudin, hendaklah dibuat di sebuah masjid sahaja untuk setiap negeri bagi memastikan keberkesanannya.

Semua ahli, penyokong dan orang ramai yang prihatin dengan penghinaan terhadap Rasulullah ini dijemput hadir beramai-ramai, katanya lagi.

"Kempen memboikot barangan keluaran negara yang terbabit dengan penyiaran kartun itu akan dilancarkan pada hari itu juga," katanya.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:18 PM   0 comments
Mahathir warns Proton market share in Malaysia to plunge
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=915&Itemid=32

Oleh AFP

KUALA LUMPUR, Feb 21 - Former prime minister Mahathir Mohamad on Monday warned that the market share in Malaysia of national car maker Proton may plunge to as low as 10 percent if a controversial car import scheme is allowed to continue.

Such a policy could result in Proton losing its distribution markets and see its market share diluted to between 10 and 20 percent in its own country, the official Bernama news agency cited Mahathir as saying.
Mahathir, a Proton adviser, lamented that since he raised the issue of the controversial scheme of car import permits last year, the government has yet to act on the abuses.
"I am disappointed, that's what can be said, what else to say since the policy has still not changed," he said.
Mahathir has been fuming over the decision and its impact on the embattled car maker.
Last year he traded accusations with Rafidah Aziz, minister of international trade and industry, over car imports, saying that the scheme was allowing under-priced foreign vehicles into Malaysia.
Mahathir also said that there were still two individuals who held a large number of permits and whoever wanted to import vehicles, had to refer to them to bring in cars.
"Why should nearly 80 percent of permits be given to the same people, people whom we have reprimanded (previously)," he said.
Proton's market share slid to 41 percent in 2005.
The car maker had a 60 percent market share in 2002, but that declined to 48 percent in 2003 and to 44 percent in 2004. - mks.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:14 PM   2 comments
Mufti Perak dakwa 250,000 murtad di negara ini?
Tuesday, February 14, 2006
Oleh Ekmal Yusof

IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Mufti Besar Negeri Perak, Dato' Seri Haji Hurusaini Haji Zakaria memberitahu kini terdapat hampir 250,000 umat Islam yang murtad di negara ini.

Bilangan tersebut termasuklah kira-kira 100,000 orang-orang Islam Melayu yang telah mengistiharkan diri mereka masuk Kristian.

ufti Perak itu menyatakan demikian dalam Forum Perdana 'Pekerti Islam' di Kedah baru-baru ini yang disiarkan pada siri ceramah agama RTM disini pada jam 2 petang tadi.

Manakala, katanya, 100,000 orang lagi sedang membuat permohonan menunggu untuk murtad. Selebihnya, tegas beliau, termasuk mereka yang memohon untuk menukar nama Islam di dalam kad pengenalan kepada nama fahaman lain.

"Ini tidak termasuk lagi individu-individu yang lagsung tidak bersolat, tidak berpuasa dan menentang semua hukum Islam," katanya.

Menurut Mufti Perak, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubalig Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam disini bersifat zalim kerana tidak benarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian.

Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam jangan ganggu kerja-kerja seorang mubaliq di negara ini dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba memperngaruhi para remaja liar untuk murtad.

Jesteru, beliau mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali terikut dan percaya kepada satu hukum rekaan baru yang pasti menyesatkan.

Pertama, katanya, ada orang sekarang suruh sembahyang hanya dua rakaat saja untuk mengikut cara Nabi Allah Ibrahim a.w.s. Dan kini sudah ada pihak menyatakan mengucap menyebut dengan Nabi Muhamad s.a.w. seperti biasa dibuat itu, kata mereka adalah 'salah'.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:42 PM   0 comments
Cabinet reshuffle – a great disappointment
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=790&Itemid=42

Tue | Feb 14, 06 | 05:59:05 PM
Oleh Lim Kit Siang

“A great disappointment” – this must sum up the consensus reaction of Malaysians to the long-delayed Cabinet reshuffle announced by the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi on live telecast at 2.45 p.m today.

Only two Ministers, Shafie Salleh and Leo Michael Toyad have been dropped, as of the other two Cabinet personality changes, Kadir Sheikh Fadzir resigned while Adenan Satem stepped down from national politics to prepare to become the next Sarawak Chief Minister.

There is no downsizing to reduce the bloated Cabinet created after the March 2004 general election to a decent number proportionate to Malaysia’s population and needs.

There is no infusion of new blood to replace the deadwood in the Cabinet.

The second Abdullah Cabinet after his landslide 2004 general election victory neither inspires nor motivates Malaysians to excellence, glory and distinction to become towering personalities who can stand tall in the era of globalization to compete and take on the best in the rest of the world.

If the previous Cabinet failed so miserably in the past two years to provide Abdullah the necessary support and thrust to implement his reform pledge and programme, how can Abdullah’s second post-election Cabinet make any difference to transform itself to become an Integrity and Reform Cabinet – as they comprise basically the same personalities and philsophies.

As for individual Cabinet appointments, it is hoped that Mustapha Mohamad’s appointment as Higher Education Minister will end the blight in tertiary education in Malaysia in the past two years although Zainuddin Maidin’s appointment as Information Minister is a storm signal that hard times await the mass media, press freedom and freedom of information in Malaysia.

In fact, Zainuddin’s shock promotion raises the question whether the curtains for Abdullah’s reform pledge and reform are beginning to come down even before the promised reforms have taken off the ground.

--------------------------------------------------------------------------------
Media Statement by Parliamentary Opposition Leader and DAP MP for Ipoh Timur Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, 14th February 2006.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:35 PM   0 comments
Mahathir sokong demonstrasi dan boikot
Oleh: Roslan SMS

http://n32.blogspot.com/


Tun Dr Mahathir walaupun telah bersara sejak dua tahun lalu, namun sejak akhir-akhir ini kelihatan terus bertenaga. Kadangkala lantaran lemahnya PM yang ada Mahathir disangkakan masih PM justeru kenyataannya yang tegas dan pedas yang sama-sekali berlainan dengan PM yang lembut dan longlai.

Mengulas isu bantahan umat Islam terhadap tindakan biadap akhbar Denmark dan beberapa akhbar negara Eropah yang lain yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw, Mahahtir dipetik BERNAMA sebagai berkata:



You (Muslims) must protest and, if necessary, make them feel the pain by boycotts and all that. But the thing is to send a message that they shouldnt do this again.

Umat Islam mesti membuat bantahan dan jika perlu melakukan apa-apa tindakan sehingga mengakibatkan (pihak ini) merasakan kepedihan (hasil tindakan mereka) melalui boikot dan seumpamanya. Yang penting adalah menyatakan sikap bahawa mereka tidak patut mengulangi perkara yang sama.

Ditanya mengenai reaksi beliau terhadap demonstarsi dan bantahan yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia (termasuk di Malaysia), Mahathir berkata:

Well, it is insensitive (reprinting of the caricatures), and I think Muslims are right in protesting.

(Menerbitkan karikatur itu) adalah sikap yang tidak sensitif dan saya merasakan umat Islam berhak untuk membuat bantahan.

Sebelum ini TPM Najib Tun Razak pun bersetuju dengan tindakan umat Islam membuat bantahan ketika diminta mengulas demonstrasi besar-besaran umat Islam Jumaat lepas yang diketuai oleh Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang di Kedutaan Denmark di KL.

Sewajarnya diperingkat ini kerajaan melancarkan boikot besar-besaran barangna dan produk Denmark. Menurut akhbar kerajaan Denmark telah meminta bantuan Malaysia untuk meredakan ketegangan hubungan antara negara mereka dengan dunia Islam.

Dalam hal ini dan demi memelihara perasaan umat Islam kerajaan sepatutnya menasihatkan Denmark agar pertama-tama sekali memohon maaf secara terbuka dan berjanji bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Jika mereka sanggup berbuat demikian, barulah kita usahakan langkah-langkah pembaikan hubungan, jika tidak persetankan sahaja mereka yang biadap itu.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:01 PM   0 comments
Al-Tusi pakar garis sejajar
Monday, February 13, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060213015403/Article/

KEHEBATAN dan keagungan ilmuwan Islam sering menjadi sanjungan ilmuwan Barat yang mengakui menjadikan mereka sumber rujukan dalam penyelidikan ilmu yang dikembangkan sarjana Islam sejak dulu.

Antara tokoh ilmuwan itu ialah Al Allamah Nasiruddin Abu Ja'far Muhammad bin Muhammad Al-Tusi atau lebih dikenali dengan gelaran Al-Tusi, pakar dalam bidang ilmu matematik terutama hitungan geometri segi tiga dimensi.

Al-Tusi adalah saintis, ahli pemikir, pakar matematik, astronomi dan ilmuwan ulung yang begitu kecil bilangannya pada masa itu.

Beliau pernah diculik oleh Hasan bin Sabah dan dihantar ke penjara di Almut. Ketika dalam tahanan, beliau menghabiskan masanya dengan mengarang buku dalam pelbagai bidang seperti matematik.

Pada 1256, apabila Almut ditawan oleh tentera Mongol, ketuanya Hulagu Khan membebaskan Al-Tusi dari penjara.

Hulagu Khan kagum dengan pengetahuan Al-Tusi, lalu melantiknya sebagai penasihat ilmiah yang kemudian menjadi setiausaha menguruskan harta wakaf kerajaan.

Al-Tusi menggunakan harta kerajaan untuk membina perpustakaan besar sehingga mampu menampung lebih 400,000 jilid buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Selain itu, Al-Tusi adalah orang pertama membina menara peneropong bintang yang dilengkapi dengan peralatan termoden dan canggih ciptaan ahli astronomi pada waktu itu.

Beliau turut menyumbangkan pelbagai hasil penelitian menerusi laporan dan kajian kepada dunia mengenai rahsia kubah langit, selain menemui formula hitungan geometri segi tiga dimensi.

Kecemerlangan beliau boleh dilihat dalam bidang kejuruteraan dan ilmu fizik garis sejajar.

Antara karangan Al-Tusi termasyhur ialah kitab Syaklu Qita iaitu kitab pertama mengenai perbezaan antara hitungan geometri segi tiga dimensi dengan ilmu astronomi.

Beliau juga menghasilkan buku mengenai ilmu geografi, falsafah, kalendar astronomi, muzik, akhlak dan ilmu optik.

Hasil kerjanya dalam bidang falsafah dan etika bertajuk Akhlaq-i-Nasri menjadi buku rujukan terkenal hingga beberapa abad lamanya.

Buku Al-Tusi ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi, ia kemudian diterjemahkan kepada bahasa Latin dan bahasa Eropah lain dan ada

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:47 AM   0 comments
Muhammad Fuad azam hasilkan empat kitab sebulan
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM


Muhammad Fuad Kamaludin bersama sebahagian daripada kitab-kitab yang ditulisnya.

PEPATAH Arab menyebut, “masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.” Itulah yang menjadi pegangan penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1427 peringkat Negeri Sembilan, Muhammad Fuad Kamaludin, 32. Walaupun berada di Bumi Para Anbia’ Mesir hanya selama tiga tahun enam bulan tetapi beliau memanfaatkan sepenuhnya masa itu untuk berguru dengan lebih 40 ulama terkemuka di negara itu.

Istilah berguru di sini bukan seperti kaedah biasa yang diamalkan di kuliah pengajian universiti iaitu mengikut sukatan dalam dewan pengajian dengan pelajar yang ramai, sebaliknya anak muda ini berguru secara talaqqi iaitu berguru secara terus dengan para ulama berkenaan dalam kumpulan kecil untuk mendalami kitab pengajian daripada ‘kulit ke kulit’.

Tidak cukup dengan itu, ulama muda ini turut berkelana menimba ilmu daripada beberapa ulama terkenal dari seluruh dunia, antaranya pakar hadis Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki dari Mekah Al Mukarramah dan beberapa lagi tokoh dari Mesir, Syria, Yemen, Dubai dan Sudan.

Apa yang istimewa, kesemua guru beliau itu bukan setakat menganggapnya sebagai anak murid kebanggaan tetapi turut mengambilnya sebagai anak angkat. Kesemua mereka memberikan tauliah khusus kepadanya untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh itu kepada umat Islam di seluruh dunia. Dr. Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki telah menganugerahkan gelaran keluarganya, Al Maliki, kepada beliau.

“Kadang-kadang jika saya terlewat atau terlelap kerana terlalu letih, yang mulia guru-guru saya ini akan datang ke rumah untuk bertanyakan khabar dan seterusnya memulakan kelas pengajian di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti al-Azhar ini memberitahu bahawa beliau tidak memasuki kuliah seperti pelajar lain sepanjang berada di negara itu.

Muhammad Fuad hanya berurusan sebanyak dua kali sahaja dengan pentadbiran universiti iaitu untuk membuat kad pelajar dan menduduki peperiksaan akhir universiti.

“Saya bukan tidak mahu mengikuti pengajian kuliah tetapi saya ingin mengambil peluang berguru sendiri secara talaqqi dengan ulama terkenal di masjid-masjid dan rumah kediaman mereka. Sepanjang tiga tahun enam bulan berada di sana, rutin pengajian saya bermula seawal subuh sehingga larut malam setiap hari.

“Saya akan pergi berguru secara terus daripada ulama dan tuan punya kitab untuk mendalami ilmu agama secara kulit ke kulit dalam pelbagai disiplin seperti al-Quran, nahu, syariah, fikah, usuluddin, tasawuf dan tauhid,” kata Muhammad Fuad yang amat memuliakan kesemua gurunya.

Walaupun demikian, beliau diminta oleh rakan pelajar mengadakan sesi tuisyen khas bagi membantu mereka yang kurang memahami pengajaran di universiti. Anak bongsu daripada lima beradik dan anak lelaki tunggal kepada pasangan Kamaludin Mahat dan Zainab Mahmud itu berkata, kitab pertama yang ditulisnya ialah perbahasan dan perbincangan peribadi Rasulullah dalam bahasa Arab pada tahun 1993 selepas setahun berada di Mesir.

Disiplin

Sehingga kini, bapa kepada enam cahaya mata itu telah menghasilkan 115 kitab pelbagai disiplin dan digunakan oleh ahli-ahli agama. Ia menjadi rujukan ulama tempatan dan luar negara.

Kitab-kitab tersebut ialah tiga kitab tafsir, 19 kitab karangan hadis, sembilan kitab karangan tauhid, 14 kitab karangan fikah, sembilan kitab karangan tasawuf, enam kitab karangan sirah, 10 kitab karangan tokoh dan 44 kitab berkaitan amalan.

Malah, Muhammad Fuad yang juga Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan turut menulis 12 kitab bahasa Arab. Kitab Al Toli'al Sa'id Al Muntakhab Min Al Athbat Wal Al Asanid dan kitab al-Jawahir al- Ghawali min Asanid al-Imam al-Azhari yang berkaitan ilmu hadis diterbitkan di Mesir. Kitab itu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh para ulama al-Azhar, Mesir seperti Profesor Dr. Judah al Mahdi, Dekan Fakulti al-Quran dan Qiraat serta Ahli Lembaga Lujnah Tafsir al-Quran al-Azhar.

Ketokohan anak muda ini bukan sahaja diperakui dalam negara. Beliau turut mendapat undangan berceramah dan pidato serta membentangkan kertas kerja di Singapura, Mesir dan Mekah di hadapan para ilmuwan Islam lain.

Menceritakan proses penulisan buku, Muhammad Fuad mensyaratkan dirinya menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah kitab sebulan.

“Guru saya pernah berpesan bahawa adalah menjadi satu keaiban kepada seorang pelajar dan pemimpin ilmu yang tidak membawa bersamanya buku nota dan pen kerana setiap benda yang dilihat adalah maklumat dan ilmu berguna baginya,” katanya yang memetik pesanan gurunya, Syeikh Ghassan al Bahrimi.

Beliau, bagaimanapun, mengakui dirinya terlalu kerdil dan ketinggalan berbanding ulama silam yang mampu menghasilkan beribu-ribu jilid kitab pelbagai disiplin dalam keadaan serba kekurangan berbanding muslim masa kini yang memiliki segala kemudahan dan teknologi canggih.

“Sebagai contoh, Ibn Shahin menulis 33,000 kitab dan kitab tafsir sebanyak 1,000 jilid; Abu Hasan al-Asyari menulis lebih 600 jilid kitab dan ulama tafsir, Ibn Tabari juga telah mensyaratkan dirinya menulis setiap hari sebanyak 40 helai.

“Tanpa elektrik, komputer dan internet, mereka masih boleh menghasilkan karya bermutu yang menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia hingga kini. Justeru, tidak mustahil bagi kita yang memiliki segala-gala kemudahan itu untuk turut sama berbuat demikian,” katanya yang amat mengasihi Rasulullah dan keluarganya serta menolak fahaman yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas pulang ke Malaysia pada 1996, anak jati Kampung Chenong Chengkau, Rembau ini membuka pondok pengajiannya seluas 0.2 hektar dalam kawasan tanah milik ibunya dengan modal RM17. Ketika itu beliau berusia 22 tahun.

Kini, penuntutnya semakin bertambah sehingga beliau memerlukan kawasan yang lebih besar. Maka kawasan kira-kira empat hektar di Kampung Sembilan, Chengkau telah dipilih bagi menubuhkan Surau al-Taufiqi al-Husaini.

Usaha tersebut, bagaimanapun, menerima pelbagai tohmahan dan fitnah. Orang memfitnahnya mengatakannya membawa fahaman yang sesat.

“Atas dasar keikhlasan untuk berdakwah semata-mata untuk keredaan Allah, maka segala cabaran dan dugaan itu berjaya diatasi dan kini masyarakat mulai dapat menerima usaha yang saya jalankan,” katanya.

Muhammad Fuad tidak pernah menjadikan usia mudanya sebagai halangan untuk menyampaikan ilmu yang diperoleh daripada guru-gurunya yang bersambung terus sanad mereka dengan Rasulullah.

“Saya tidak berasa tekanan. Saya percaya bahawa setiap niat ikhlas nescaya akan mendapat kekuatan daripada Allah yang disertakan sekali dengan restu dan ijazah yang diberikan oleh kesemua guru-guru saya,” ujar beliau.

Beliau menekankan perasaan rendah diri dan tawaduk terhadap kekurangan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa dengan mempercayai bahawa setiap nikmat yang diperoleh adalah segala-galanya daripada Pencipta.

“Saya seboleh-bolehnya mengamalkan pendekatan ahli sufi iaitu menganggap orang tua lebih hebat kerana mempunyai banyak ilmu dan amal; orang muda lebih hebat kerana tidak banyak melakukan dosa berbanding orang yang lebih berusia; dan orang jahil lebih beruntung kerana mereka melakukan maksiat kerana tidak berilmu berbanding orang yang berilmu tetapi masih melakukan maksiat,” katanya.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:28 AM   0 comments
Malaysia says Denmark seeking its help over cartoons: report
Sunday, February 12, 2006
h//www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=746&Itemid=28ttp:

Oleh AFP

KUALA LUMPUR, Feb 12 - Denmark has sought Malaysia's help to quell the global furore over the controversial Prophet Mohammed cartoons, a report said Sunday.

Foreign Minister Syed Hamid Albar said he received a call from his Danish counterpart Per Stig Moeller on Friday, said the Star daily.

"He telephoned me to ask for cooperation from Malaysia to explain the issue," Syed Hamid was quoted as saying.

"He told me they respect Islam and it was never their intention to hurt the feelings of Muslims," he said.
"He hopes Malaysia can help in explaining and containing the situation from getting out of control and causing a divide between Muslims and non-Muslims."

Mainly-Muslim Malaysia is the current chair of the Organisation of Islamic Conference (OIC), the world's largest grouping of Islamic nations.

The government suspended the publishing licence of a daily newspaper last week after it re-printed the cartoons. It has also slapped a ban on circulating and possessing the caricatures.

The cartoon row was sparked by the publication last September of the controversial drawings in a Danish newspaper, including one with a turban shaped as a bomb.

The cartoons, repeated by newspapers in a number of European countries, have sparked protests across the Muslim world over the last two weeks, including several which turned violent.

-AFP

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:37 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com