Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

HIJRAH MERUPAKAN TITIK TOLAK PERJUANGAN ISLAM
Tuesday, January 31, 2006

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan tahun baru bagi Umat Islam yang disambut di seluruh dunia bersempena dengan peristiwa besar dan penuh bersejarah yang berlaku 1427 tahun yang lalu iaitu penghijrahan Rasulullah SAW dan para Sahabat dari Makkah ke Madinah.

Setelah berlaku peristiwa Baiatul Aqabah ke-2, Rasulullah SAW bersama para sahabat telah melakukan hijrah dari Makkah ke Madinah. Penghijrahan ini bukan semata-mata mendapatkan sahabat setia dari kalangan Ansar dan melepaskan diri dari penindasan musyirikin Makkah tetapi umat Islam mempunyai kewajipan yang lebih besar iaitu menegakkan Negara Islam.

Itulah intipati dari ajaran Islam iaitu menegakkan Negara Islam setelah 13 tahun Aqidah Islam di tanam di Makkah kepada penganutnya. Seandainya tugas menegakkan Negara Islam tiada di dalam ajaran Islam, umat Islam tidak perlu berhijrah ke Madinah dan seandainya ajaran Islam hanya mengujudkan penganut-penganut yang sekadar melakukan syiar ibadah tanpa memperdulikan siapa yang memerintah dan bentuk Negara yang menaungi mereka, maka sudah tentu Rasulullah SAW telah diizinkan oleh Allah SWT untuk menerima tawaran dari pemimpin Musyirikin Makkah untuk menjadi Raja atau Pemerintah Makkah.

Setelah sampai di Madinah, Rasulullah SAW telah menyatukan semua kaum, puak atau golongan beragama Islam di atas satu nama iaitu umat Islam. Puak Aus dan Khazraj di atas nama kaum Ansar dan orang Islam dari makkah yang kebanyakan berbangsa Quaraisy atas nama Muhajirin. Golongan Ansar dan Muhajirin ini di kenali sebagai umat Islam. Ini menjadikan umat Islam majoriti di Madinah sementara golongan bukan Islam dipecahkan kepada kaum mereka iaitu kaum-kaum Arab yang belum Islam, Yahudi dan sebagainya.

Rasulullah SAW kemudiannya dilantik sebagai ketua Negara Islam Madinah. Ketika ini belum turun ayat al-Quran yang membenarkan umat Islam berperang. Negara Islam Madinah dibina bukan di atas dasar peperangan tetapi dibina di atas dasar persefahaman dan penyatuan umat Islam. Kemudiannya turunlah ayat al-Quran yang membenarkan umat Islam berperang. Maka umat Islam berkewajipan mempertahankan aqidah dan Negara Islam Madinah walaupun terpaksa berperang dalam pertempuran Badar al-Kubra.

Negara Islam kemudiannya berkembang lagi di bawah pemerintahan Khulafa’ ar Rashidin, Empayar Umaiyyah, Empayar Abassiyyah dan lainnya sehinggalah Empayar Othmaniyyah. Dakwah Islam terus gemilang dan ditegakkan dengan pelbagai cara sama ada melalui peperangan, diplomasi, perjanjian damai, pemerintahnya memeluk Islam, perkahwinan dan sebagainya.

Runtuhnya Empayar Othmaniyyah di Turki pada tahun 1924 kerana hasutan dari Lawrence of Arabia yang meniupkan semangat Assobiyyah atau Nasionalis Arab di kalangan puak-puak Islam yang diperintah oleh Kerajaan Islam Othamniyyah. Masing-masing puak dan golongan memberontak dan ingin memerintah Negara berdasarkan bangsa mereka sendiri.

Umat Islam terus lemah dan longlai selepas itu. Pada tahun 1948, Regim Zionis pula mula merampas bumi Palestin yang terkandung di dalamnya Baitul Maqdis iaitu terletaknya Masjidil Aqsa, salah satu bumi suci umat Islam. Umat Islam dikalahkan cuma dalam masa enam hari dalam peperangan yang memalukan itu kerana kelalaian mereka sendiri. Golongan Remaja Palestin ketika itu lebih mementingkan bolasepak piala dunia dari memerangi Regim Zionis.

Islam terus lemah dan diratah oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia kerana mereka tidak mahu menghayati Islam dan bersatu di atas nama Islam. Perpecahan yang ditanam oleh musuh Islam terutama penjajah terus menghantui umat Islam. Beruang Merah atau komunis Russia dengan takburnya mula menjajah Afghanistan. Mereka menjangkakan dengan masa yang singkat akan dapat menawan bumi Afghanistan. Jangkaan mereka meleset dengan bangkitnya Mujahideen yang berjuang penuh ikhlas walaupun mempunyai peralatan yang serba kekurangan. Mujahideen hanya berbekalkan iman dan ketaqwaan kepada Allah telah berjaya menghalau Komunis Russia sehingga ideologi Komunisme itu sendiri runtuh pada penghujung tahun 1990-an.

Di Algeria, bangkit Parti Islam iaitu Front Islamic Solidarity (FIS) pimpinan Abbasi Madani yang memenangi pilihanraya. Kemenangan Islam dinafikan dengan campurtangan kuasa Kuffar yang memerintahkan rampasan kuasa oleh pihak tentera. Bila Islam menang demokrasi dinafikan? Itulah demokrasi menurut pandangan Barat.

Di Turki, di atas keruntuhan Empayar Othmaniyyah pula bangkit Parti Refah yang akhirnya memenangi pilihanraya Turki. Sekali lagi Barat terkejut, bermacam-macam ugutan diberikan umpamanya melambatkan proses kemasukan Turki dalam Kesatuan Eropah (EU) dan sebagainya.

Di Palestin, bangkit seorang ulama yang lumpuh dan hampir buta iaitu as-syahid Syeikh Ahmad Yassin menggerakan intifadah rakyat Palestin dengan mengasaskan HAMAS. Bermula dengan balingan batu umat Islam Palestin bangkit untuk memerangi Regim Zionis. Syeikh Ahmad Yassin adalah contoh istimewa kerana beliau bukan pahlawan bertubuh sasa tetapi hanyalah seorang OKU yang digeruni oleh Regim Zionis.

Beliau tidak pernah berganjak dari matlamat jihad berserta perjuangannya dan terus istiqamah menghadapi kezaliman Regim Zionis sehingga menimbulkan ketakuatan pada musuh Islam itu.Syeikh Ahmad Yassin telah menghabiskan seluruh usianya di jalan dakwah dan jihad walaupun pernah dipenjara, disiksa, diburu dan akhirnya gugur sebagai syuhada’ akibat pengeboman pihak regim Zionis.

Kemenangan HAMAS dalam piliharaya di penghujumg tahun 1426H lalu merupakan hadiah kepada umat Islam sempena sambutan Maal Hijrah 1427H ini.

Apakah Islam akan terus gemilang ?

Apakah kemenangan ini akan menaikan semangat rakan-rakan gerakan Islam di seluruh dunia?

Apakah impian umat Islam untuk menegakkan Negara Islam akan tercapai dengan pengajaran hijrah?

Wallahua’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:22 AM   0 comments
Sikap tegas Mahmoud Zahar (HAMAS) patut dipuji
Monday, January 30, 2006
Buletin Online
http://www.buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=436

LONDON 29 Jan. - Pemimpin politik Hamas, Mahmoud Zahar menyatakan pergerakannya tidak akan mengiktiraf Israel tetapi boleh mencapai gencatan senjata jangka panjang dengan rejim Yahudi itu.

Mahmoud menyuarakan pendirian Hamas dalam wawancara dengan akhbar Britain, Sunday Telegraph hari ini.

Beliau menggesa seluruh dunia supaya mengiktiraf Hamas sebagai pemerintah baru Palestin yang sah sambil memberi amaran bahawa pengintip dan pencuri yang `mencuri tanah kami' patut berasa gerun dengan Hamas.

``Kami tidak akan mengiktiraf Israel,'' kata Mahmoud kepada akhbar minggu British itu di rumahnya di Bandar Gaza.

Namun beliau menambah: ``Kami boleh mencapai hudna (gencatan senjata) jangka panjang dengan mereka.''

Piagam Hamas menuntut kemusnahan Israel dan pejuangnya telah melancarkan puluhan serangan berani mati terhadap negara Yahudi itu.

Menurut Mahmoud, beliau tidak terkejut dengan kemenangan besar Hamas untuk menamatkan penguasaan Parti Fatah terhadap politik Palestin sejak sedekad lalu.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengiktiraf Hamas dengan berkata: ``Dunia luar tidak harus takut dengan kami.''

``Yang perlu takut dengan kami ialah pengintip dan pencuri. Pencuri ialah mereka yang mencuri tanah kami,'' kata beliau dengan merujuk kepada Israel.

Mahmoud menjelaskan sungguhpun Hamas belum membuka hubungan rasmi dengan Barat, ``kami ada saluran komunikasi dan selalu mengadakan pertemuan.''

Beliau mengakui tidak berminat dengan jawatan tertinggi sebaik sahaja Hamas selesai mengagihkan portfolio kerajaan.

``Bukan cita-cita peribadi saya untuk menjadi Perdana Menteri,'' ujar beliau.

Dalam wawancara berasingan dengan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), CBS, Mahmoud menegaskan AS bukanlah musuh Hamas.

``Kami tidak menganggap Amerika sebagai musuh kami,'' katanya.

Manakala Isreal melalui Perdana Menteri, Ehud Olmert menggesa ketua pemimpin negara-negara luar memulaukan kerajaan Palestin termasuk Hamas seperti yang akan dilakukan oleh Israel.

``Israel tidak akan mempunyai sebarang hubungan dengan Palestin melainkan Hamas menolak keganasan, mengakui hak kewujudan negeri Yahudi dan menerima semua perjanjian Pihak Berkuasa Palestin yang ditandatangani dengan Israel,'' kata Olmert hari ini.

Menurutnya, pesanan tersebut telah disampaikan menerusi panggilan telefon kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair; Presiden Perancis, Jacques Chirac; Presiden Mesir, Hosni Mubarak; Raja Jordan, Raja Abdullah dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.

``Pendirian ini adalah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Saya tidak bermaksud untuk bertolak-ansur terhadap perkara ini,'' katanya.

............................
Berita Agensi


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:39 PM   0 comments
Keputusan Penuh Pilihanraya Palestin 2006 & 1996
OLEH : AMIRULREZA
http://amirulreza.blogdrive.com

Bendera HIJAU menguasai tanah Palestin!



996 ELECTION
1) Fatah: 55 seats
2) Independent Fatah: 7 seats
3) Independent Islamists: 4
4) Independent Christians: 3
5) Independents: 15 seats
6) Samaritans: 1 seat
7) Others: 1 seat
8): Vacant: 2 seats
2006 ELECTION
1) Hamas - 76 seats
2) Fatah - 43 seats
3) PFLP - 3 seats
4) Badeel - 2 seats
5) Independent Palestine - 2
6) Third Way - 2 seats
7) Independent/other - 4
Fakta Pilihanraya Palestin 2006
  • 1.3 juta mendaftar, dan layak mengundi
  • 1008 tempat pembuangan undi, 254 di Gaza, 754 di Tebing Barat
  • Masa mengundi: 7 pagi hingga 7 malam (0500 GMT hingga 1700 GMT)
  • 132 kerusi parlimen direbut
  • 728 calon bertanding, 414 di daerah-daerah, 314 calon dinamakan oleh parti.
  • 343 pemerhati luar, 17,268 pemerhati tempatan bagi mengawasi proses pengundian.
  • 11 parti bertanding: Fatah, Reform and Change (Hamas). Third Way, PFLP(Popular Front for the Liberation of Palestine and Independent Palestine)
(Sumber: Palestinian Central Election Commission)
Maka berkibar-kibarlah bendera HIJAU di seluruh Palestin bagi merayakan kemenangan besar dan tidak disangka-sangka oleh rakyat Palestin. Sekarang kita lihat apa reaksi spontan dari pengundi yang menerima berita gembira kemenangan mereka itu.
Khaled Jaber, Office Manager
"Kemenangan Hamas adalah suatu perkara yang baik, ia adalah pilihan rakyat.
Saya rasa masa depan akan menjadi lebih baik dibawah kerajaan Hamas. Ia tidak akan menjadi apa-apa masalah dalam kerajaan berbanding dengan dengan Fatah.
Agama adalah suatu manual untuk kerajaan yang baik di dalam dunia ini dan saya rasa kami akan melihat Kerajaan Hamas yang bagus."
Felicia Barghouti, journalist
"Kami sangkakan Hamas akan melakukan yang terbaik kerana memenangi banyak kerusi dalam undian tempatan.
Selepas kematian Yasser Arafat, Fatah rebah. Mereka(Fatah) tidak boleh bekerja bersama-sama, mereka selalu berdepan dengan masalah. Rakyat menjadi bosan.
Manakala Hamas pula, saya tidak bimbang, masyarakat akan menjadi lebih konservatif. Hamas mementingkan penentangan terhadap Israel dan memperbaiki tahap ekonomi."
Nehad Mahmoud, rights worker.
"Saya sokong Hamas. Mereka akan membawa ideabaru kepada kerajaan.
Saya suka Hamas kerana mereka adalah penentang Israel yang sebenarnya. Hamas adalah positif manakala Fatah adalah negatif. Fatah hanya mementingkan kedudukan (pangkat) dan duit, bukannya rakyat.
Masyarakat antarabangsa perlu bercakap dengan Hamas sekiranya mahu bercakap dengan rakyat Palestin."
Barakat Barakat, civil servant.
"Hamas adalah perubahan yang baik. Hamas telah memenagi pilihanraya ini kerana rakyat perlukan perubahan.
Mereka adalah kumpulan yang menyokong rakyat palestin dan mereka adalah sahabat baik kami. Melalui khidmat masyarakat, Hamas menolong rakyat.
Semalam orang ramai bertanya siapakah pilihan untuk rakyat palestin dan jawapannya tiba sekarang: Hamas"
Nampaknya kerana PERUBAHAN mereka menyokong Hamas yang dilihat mengamalkan cara islam di dalam pentadbiran mereka! Adakah Fatah tidak islamik? Seperti juga dengan Malaysia, PAS bagi saya mengamalkan pentadbiran yang bersih dan islamik adakah BN tidak cukup islamik ?
Apa yang menarik perhatian saya tentang pengundian di Palestin ini adalah (sila lihat gambar dibawah):
Penggunaan "Dakwat Susah Tanggal" ( Indelible Ink) sewaktu rakyat Palestin membuang undi, ini dakwaannya untuk mengelak pengulangan undi. Manakala kita pula (Malaysia) yang dianggap telus, adil, terbilang dan temberang masih menggunapakai sistem pangkah pakai pensil!

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:37 PM   0 comments
Adab berpakaian menurut Islam
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Agama/20060121141706/Article/

– Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar


ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

ISLAM tidak menetapkan
fesyen pakaian tetapi
perlu mematuhi garis
panduan dan menutup
aurat.


Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh

PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat

TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." – (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera

ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai

CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas

TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.

Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.

Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan

APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian

APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa

KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."

Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:42 AM   0 comments
Doa akhir dan awal tahun
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Doa Akhir Tahun sempena Maal Hijrah dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.” Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosa sesiapa yang membaca doa itu setahun.

Doa Akhir Tahun:

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya walhal Engkau tidak meredai dan tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya.

Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

Doa Awal Tahun:

Doa Awal Tahun pula dibaca tiga kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

Berikut adalah Doa Awal Tahun:

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Muhammad dan atas keluarga, sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tidak permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat dan juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu, Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:35 AM   0 comments
Kemenangan Hamas diharap mampu ubah lanskap politik dunia Arab - Amsec
Sunday, January 29, 2006
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=15884699

Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Kemenangan besar pergerakan Hamas dalam pilihan raya Parlimen Palestin semalam dijangka akan membawa perubahan besar terhadap politik dunia khususnya di negara-negara Arab.

Pengerusi Amsec, Haji Mahfuz Omar berkata, kemenangan tersebut membuktikan masyarakat di dunia Arab telah melakukan satu anjakan paradigma untuk membawa perubahan di rantau itu.

Beliau turut berharap Hamas meneruskan perjuangan membebaskan rakyat Palestin daripada terus dikuasai kuasa besar Barat seperti Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Pergerakan Hamas semalam meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen Palestin dan sekaligus mengenepikan penguasaan lama Fatah. Hamas menguasai lebih 70 kerusi di Gaza dan Tebing Barat.

Akhbar juga melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat mengumumkan Hamas memenangi 76 kerusi manakala Fatah hanya memperolehi 43 kerusi daripada keseluruhan 132 kerusi yang dipertandingkan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pergerakan Hamas serta rakyat Palestin dan berharap Hamas dapat membebaskan kota suci umat Islam Baitul Maqdis daripada terus dikuasai tentera Israel dan AS.

“Hamas harus diberi laluan untuk membentuk sebuah kerajaan tanpa mendapat halangan daripada mana-mana pihak yang cuba menganggu proses pembentukan kerajaan dan Wilayah Palestin.

“AS harus menerima kemenangan Hamas itu, ini kerana ada ura-ura AS akan memberi tekanan terhadap Presiden, Mahmoud Abbas supaya tidak membenarkan Hamas membentuk kerajaan,” katanya di sini.

Katanya, jika benar AS memberi tekanan kepada Mahmoud Abas ia menunjukkan negara kuasa besar itu tidak berjaya mendemokrasi diri mereka sendiri dalam konteks sebenar.

"AS harus belajar menghormati rakyat Palestin kerana ia sebagai satu proses dalam amalan prinsip demokrasi," katanya. Mahfuz juga berharap, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu membenarkan Hamas menganggotai Pihak Berkuasa Palestin (PA) selepas memperolehi kemenangan besar tersebut.

Beliau turut menyarankan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) turut membantu Hamas dalam usaha membangunkan negara Palestin bagi memastikan kelancaran proses pembinaan dan pembangunan semula.

Mahfuz juga berkata, umat Islam di seluruh dunia perlu mengambil ikhtibar itu sebagai satu rangsangan untuk meningkatkan daya juang serta membebaskan diri mereka daripada pengaruh kuasa antiIslam.

“Ini kerana Palestin sebuah negara yang kecil tetapi rakyatnya mampu serta berani untuk memilih Hamas yang mereka sudah tahu AS akan memberi tekanan lebih kuat terhadap rakyat Palestin,” ujarnya.


- /mj



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:53 AM   0 comments
Malaysia launches billion dollar debt plan
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=15884699

KUALA LUMPUR, Jan 24 - Malaysia's Bank Pembangunan Tuesday launched the largest ever debt securities programme in the country worth about seven billion ringgit (1.87 billion dollars).

"This landmark programme is indeed significant as it is the largest debt programme ever arranged by a financial institution, and is the largest programme ever established by any issuer in the (private debt securities) market," it said.

Bank Pembagunan Malaysia said the securities would take the form of conventional or Islamic medium term notes, which would allow it greater flexibility.

The transaction allows the bank "to meet the funding requirements of both its Islamic and conventional banking activities, as and when the need arises," it said in a statement.

Proceeds from the sale of the securities over 30 years, starting in 2006, will fund the bank and its subsidiaries' lending activities and capital requirements.

Bank president Abdul Rahim Mohamad Zin said a substantial amount of the financing would go towards the infrastructure sector, where the bank currently holds a portfolio of 12 billion ringgit in projects.

"Our commitment will be around seven billion ringgit in the next couple of years in terms of those we have approved. The level of approval a year will be about three billion ringgit," he was quoted as saying by the state Bernama news agency.

Abdul Rahim said the bank's asset size was expected to grow to 23 billion ringgit in 2006 compared to 17.5 billion ringgit last year.

Bank Pembangunan Malaysia is wholly-owned by the government through the finance ministry.

The bank finances business in a number of sectors, including shipping, electronics, food production and transportation.

-AFP



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:51 AM   0 comments
PAS calls international community to accept Hamas victory
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17661&mode=thread&order=0&thold=0

There is no need to criticize HAMAS since it had won on a level playing field in an open and democratic election which is also what the Europeans and Americans want.

KUALA LUMPUR, Jan 28 (Hrkh)-PAS calls the International Community, in particular the US, that they should accept HAMAS’ victory with an open mind and change their stance over the party’s role in the Middle East.



PAS Secretary General, Dato' Kamarudin Jaffar in his statement said, America in particular must accept that the choice of government rests solely upon the Palestinian people.

Any future negotiation over the occupied territories undertaken by the European community or America will have to take cognisance of this fact, he said.

Yesterday, Hamas declared the winner in the Palestinian elections.

"PAS congratulates HAMAS on its victory in the recently held Palestinian elections. This victory is an endorsement by the Palestinian people of HAMAS’ role in struggling for the freedom and dignity of the Palestinian people.

"The Palestinian people have decided that HAMAS is the better alternative for realizing the aspirations of an independent Palestine and the return of their rights and freedom," Kamaruddin said in his statement.

For Kamaruddin, Israel’s continued oppression and terror and its continuous policy of settlement expansion in the occupied territories facilitated HAMAS’ victory.

This is the time for the world community to accept and respect the aspirations and decision of the Palestinian peoples’ verdict.

"There is no need to criticize HAMAS since it had won on a level playing field in an open and democratic election which is also what the Europeans and Americans want.

"The Palestinian people have freely accepted HAMAS as a legal and responsible party that is committed to the Palestinian cause and in restoring the rights of the Palestinian people," he said.

For PAS, any future negotiation over the occupied territories undertaken by the European community or America will have to take cognisance of this fact.

"We believe that HAMAS as much as the other members of the world community is committed to a lasting peace in West Asia without compromising the rights and interests of the Palestinian people as demanded by the Israeli regime," he said in the statement.

For PAS, this victory besides recognizing the work HAMAS has done so far for the welfare of the Palestinians, also proves that given the opportunity to ‘play on a level field’ in a truly democratic atmosphere, Islamic parties can come out as winners.

"PAS calls upon the world community to reject extremist views that have been propagated by Israel and move forward to assist HAMAS in its quest to establish a strong and stable government that would work for peace on a fair and just basis, not on the basis of aggressive, irrational and unjust precepts as forced upon by the Tel Aviv and its backers.

"It is now time to open a new chapter in the pursuit of West Asian peace in the framework of a just solution rather than one that is dictated by Israel," he said.


-zs


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:48 AM   3 comments
Malaysia to increase overseas investment forays
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17620&mode=thread&order=0

KUALA LUMPUR, Jan 25 - Malaysian Deputy Prime Minister Najib Razak said Tuesday that the nation's growing current account surplus would increasingly see the country looking overseas for investment opportunities.

Malaysia has run "persistently-large" current account surpluses since the 1997 Asian financial crisis, he told business leaders in a opening address at a conference on Malaysia's outlook.

He said construction investment would likely grow much slower going forward, reducing its contribution to economic growth since the country had largely built much of its physical infrastructure.

The slowdown will "leave a large gap between our national investment and savings rates reflected now in a large current account surplus of 14 percent of GDP," said Najib.

Along with a rebound in foreign direct investment flows to about four percent of GDP, Najib said the combined result was a large, basic surplus that could be "recycled" through the acquisition of foreign assets.

"Malaysia is consequently going to be a major capital exporter and foreign investor in the medium term," he said.

The deputy premier said the country had learned from its forays overseas during the 1980s and 1990s, when initiatives hinged more on "geopolitical advantages rather than our deep commercial strengths".

In the next stage of the country's development, "Malaysia Inc will need to be more hard-nosed, more analytical, more discriminating in establishing our global footprint of assets, investments and talent," he said.

Najib also said that Malaysia's economy would see reasonably buoyant growth -- analysts have forecast it to grow by 5.5 percent in 2006 -- but acknowledged there were perceptions the country's economy was sluggish.

"At the micro-level, there are discernible rumblings that things are not moving fast enough and that business remains slow," he said.

"This can be attributable to the export-driven feature of our growth that is skewed towards oil and gas, palm oil and electronics exports," said Najib.

He said Malaysia needed to address the situation to accelerate growth and renew confidence in Malaysia's economy.

"We need to seriously address the savings-investment gap and stimulate stronger domestic investments," he said. - AFP/mks.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:45 AM   0 comments
Kemenangan HAMAS:
Saturday, January 28, 2006
Hadiah tahun baru Hijrah buat Umat Islam

Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Allah swt berfirman dalam surah an Nur ayat ke 55 maksudnya:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu(wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhai Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)



Benarlah janji Allah, sungguhpun exit poll semalam menjangkakan HAMAS sekadar akan memperolehi kemampuan menghalang FATAH dari mengekalkan majoriti besarnya di dalam Majlis Perundangan Palestin yang mempunyai 132 kerusi itu, rupa-rupanya HAMAS dengan izin Allah swt bukan sekadar berjaya menghalang malah menyapu sebahagian besar kerusi dan kini berhak membentuk kerajaannya sendiri tanpa bantuan mana-mana parti.

Keputusan akhir menunjukkan HAMAS memenangi 76 kerusi, FATAH 43 dan baki 13 kerusi dimenangi oleh parti-parti kecil dan Bebas.

Perdana Menteri Ahmad Qorei sejak semalam lagi telah menjangkakan kekalahan besar dipihaknya malah beliau dan kabinetnya telah pun meletakkan jawatan sebelum pun keputusan rasmi diperolehi.

Ini bermakna Presiden Pentadbiran palestin, Mahmoud Abbas terpaksa memanggil pemimpin HAMAS untuk melantik perdana Menteri baru dan membentuk kerajaan pentadbiran Palestin yang baru setelah berjaya mematahkan kuasa FATAH yang bertapak di bumi Palestin sejak 40 tahun kebelakangan.



Saya melihat dalam suasana hidup yang sungguh tertekan dan berhadapan pula dengan regim zionis Israel yang zalim itu, rakyat Palestin akhirnya memilih untuk bersama-sama dengan mereka yang Allah redhai lantaran yakinnya mereka pada janji-janji Allah. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman dalam surah al Kahf ayat 28 maksudnya:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuham mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu dari mereka kerana mahu kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang-orang yang Kami ketahui hatinya lali daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al Quran serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Pada jam 545 petang semalam waktu Malaysia saya sempat menonton siaran CNN yang ketika itu menemuramah secara langsung Pengerusi Palestinian Research Institute Dr Mehdi Abdul Hadi, kata beliau:

Saya kini sedang berdiri di hadapan makam Yaseer Arafat. Saksikanlah (Arafat) kejatuhan pimpinan korup FATAH sedang berlaku disaat ini.

Dr Mehdi menganggap kemenangan HAMAS sebagai suatu POLITICAL EARTHQUAKE atau GEGARAN BESAR POLTIK di bumi Palestin dan juga dunia. Beliau yakin HAMAS dengan kemenangan ini akan mampu menjalani proses perubahan besar dari perjuangan militant ke perjuangan politik berlandaskan demokrasi. Dengan kemenangan ini juga kata beliau HAMAS perlu memikul tanggungjawab memimpin keseluruhan rakyat Palestin dengan meraikan pelbagai perbezaan dan fahaman sebagai sebuah kerajaan.

Manakala seorang lagi penganalisa politik Robert Springborg yang juga Pengarah London Middle East Institute pula yakin dengan kemenangan ini HAMAS akan mula memgang kuasa dan mengawal segala bentuk keganasan kerana kini kemenangan ini memberikannya tanggungjawab baru sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa. Beliau juga yakin HAMAS akhirnya akan secara beransur-ansur terlibat dalam proses diplomatik ke arah mewujudkan kedamaian di Timur Tengah.

Kita lihat pihak Barat agak terperanjat dengan kemenangan diluar jangkaan ini. Tetapi beberapa pemimpin dunia termasuklah dari Timur Tengah dan Kesatuan Eropah telah mula mengirim ucap tahniah kepada pimpinan kanan HAMAS di atas kejayaan luar biasa mereka itu dan berharap agar keamanan akan tercapai di palestind an Timur Tengah.

Yang agak tergamam cumalah Amerika Syarikat, Britain dan Israel.

Dua tuntutan yang kedengaran disaat ini adalah agar, pertama. HAMAS menghentikan keganasan dan gerakan militannya dan kedua, agar HAMAS mengiktiraf kewujudan Negara Israel.

Bagi saya kemenangan politik HAMAS ini sudah merupakan petanda kesediaan HAMAS untuk meneroka jalan demokrasi dan pasti mereka akan merintisnya dengan penuh keyakinan setelah diberi pengiktirafan dan mandat besar oleh rakyat Palestin. Cuma dalam tuntutan kedua itu, tidak ada mana-mana kuasa yang berhak untuk memaksa mereka. Amerika Syarikat sendiri tidak mengiktiraf Korea Utara dan Cuba, dan itu hak mereka, mengapa dalam hal Palestin, HAMAS mahu dipaksa memberikan pengiktirafan kepada Israel.

Apa pun saya yakin HAMAS akan menjadi pemain utama dalam politik Timur Tengah dan dunia selepas ini. Insyallah perjuangan Islam yang didokongnya akan memandu mereka ke arah kejayaan. Ruang seluas dan sebebas-bebasnya perlulah diberikan kepada mereka jika dunia benar-benar menghargai proses demokrasi, jika tidak maka setandinglah mereka dengan Junta Tentera di Myanmar dan Negara-negara kuku besi lain yang menolak keputusan rakyat.

Kemenangan HAMAS merupakan hadiah besar tahun Hijrah 1427 bagi umat Islam seluruh dunia. Allahu Akbar!

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:21 AM   0 comments
Kemenangan Mengejut Hamas Menggugat Strategi Bush
http://www.bakongnet.com/marhaen/mar_a_tag1956.html

(Hamas Upset Rattles Bush Strategy)
Oleh: Jim Lobe Inter Press Service News Agency Friday, January 27, 2006 04:18 GMT - Laman M@RHAEN

Kemenangan mengejut parti Hamas dalam pilihan raya Parlimen Palestin pada Rabu lalu mencetuskan satu cabaran baru kepada Presiden George W. Bush yang berharap memajukan proses kedamaian Israeli – Palestin dan menjuarai demokrasi di seluruh negara Arab di Timur Tengah

WASHINGTON, Jan 26 (IPS) –

Hamas yang telah memenangi 76 kerusi Parlimen Palestin yang baru berbanding hanya 43 kerusi yang dirangkul oleh parti pemerintah yang sekular, Fatah, masih beriltizam ke arah kemusnahan Israel dan tidak pun menghumban keazaman itu secara formal bahawa ia menolak keganasan sebagai caranya. Sedangkan sayap militia parti itu telah mengekalkan sikap berdamai selama 10 bulan menjelang pilihan raya itu.

Walaupun jelas bahawa kemenangan parti adalah bukan disebabkan sikap anti-Zionisme berbanding keberkesanannya menyalurkan khidmat sosial dan satu imej yang bebas daripada rasuah, khususnya kalau dibandingkan dengan al-Fatah, dasar dan sikap kerajaan Amerika terhadap penubuhan sebuah kerajaan pimpinan Hamas sudah tentu akan dipastikan oleh keupayaan parti itu menunjukkan kesediaan menyimpang jauh daripada prinsip utamanya dahulu.

“Saya telah berkata dengan jelas bahawasanya sebarang parti politik yang menganjurkan kemusnahan Israel sebagai agenda parti tidak akan mendapat layanan kita,” kata Bush kepada pemberita di sini Khamis lalu dalam satu sidang akhbar di mana dia telah menelefon pemimpin Fatah dan Presiden PA (Palestin Authority) Mahmoud Abbas agar beliau terus kekal memegang jawatannya walaupun Hamas sudah menang besar.

Bush enggan menyatakan apakah Washington akan memotong bantuan kepada PA seandainya Hamas menubuhkan kerajaan, dia telah membuat penekanan bahawa seandainya Hamas terus berdegil dengan ideologi dan terus menggalas senjata - AS akan terus menganggapnya secara rasmi sebagai satu pertubuhan ‘pengganas’ – Washington tidak akan mengalukannya dalam perbincangan damai.

“Saya tidak nampak bagaimana anda boleh menjadi seorang rakan dalam perdamaian seandainya anda terus berkhutbah arah kemusnahan negara sebagai sebahagian agenda parti,” kata Bush, “Dan saya tahu anda tidak boleh menjadi rakan perdamaian seandainya parti anda mempunyai sayap bersenjata.”

Hujah itu telah diulangi lagi oleh Setiausaha Negara Condoleeza Rice, dalam satu telekonferens daripada Davos, Switzerland. Beliau menambah “Anda tidak boleh meletakkan satu kaki untuk berpolitik dan satu kaki lagi untuk mengganas.”

Sememangnya kemenangan Hamas yang jauh lebih besar daripada jangkaan sebelum pilihan raya itu di mana jangkaan kemenangan hanyalah sekitar 30 hingga 40 peratus pengundian., menjadi satu dilema besar kepada Bush dan juga kepada Pemangku Perdana Menteri Israel Ehud Olmert. Demikian analisis Geoffrey Kemp, seorang pakar Timur Tengah di Pusat Richard M. Nixon yang pernah juga menjadi pembantu kanan bekas Presiden Ronald Reagan (1981-1989)

“Kalau mereka menubuhkan kerajaan dan bertanggungjawab ke atas PA, mereka terpaksa membuat pilihan awal yang sukar apakah mereka mahu mengetepikan keganasan terhadap Israel, dan jika tidak, serangan roket mereka ke atas Israel akan berterusan, adalah wajar untuk sesiapa bersuara dan mengatakan bahawa Israel tidak ada rakan damai dalam kerajaan Palestin,” katanya

Seandainya Hamas memilih menangguhkan pilihan seperti itu, ramai penganalis di sini percaya bahawa parti itu akan cuba menubuhkan satu kerajaan campuran sebaliknya dengan Fatah, yang khabarnya sudah pun menolak tawaran awal pada hari Khamis.

“Seandainya Abbas mengambil pendirian untuk terus kekal menjadi Presiden, dan Hamas tidak mahu menubuhkan kerajaan sendirian, besar kemungkinan dia menyokong penubuhan satu kerajaan teknokrat - termasuk pembabitan (Menteri Kewangan PA) Salaam Fayyad sebagai Perdana Menteri,” kata Gen bersara Shlomo Brom, yang kini bertugas sebagai fellow di U.S Institute of Peace di sini yang turut serta dalam sidang damai Oslo. “Mereka akan berpuas hati kalau diberikan jaminan mempunyai pengaruh dalam kerajaan, dan yang pentingnya dalam kementerian yang ada hubung-kait dengan masalah dalam-negara.”

“Jika demikian, keadaan akan berterusan, seperti biasa sahaja,” katanya sambil menambah betapa senario semacam itu yang akan memberi ruang prinsip Hamas tidak diubah-ubah dan sayap militia tetap kekal, sudah pasti akan melumpuhkan rangka damai untuk gerakan kedamaian kedua-dua pihak, dan menjadikan apa juga kemajuan dalam perundingan menjurus persetujuan damai yang muktamad menjadi langkah yang perlu hati-hati pula."

Israel perlu membuat pendirian terhadap menarik-balik segala pangkalan di Tebing Barat dan orang Palestin perlu membina apa yang mereka sebut sebagai pembinaan bersendirian,” katanya “Inilah satu senario yang paling positif yang mampu saya fikirkan.

Phyllis Bennis, daripada Institute for Policy Studies yang menjurus pada kefahaman sayap kiri, bersetuju bahawa Hamas akan berubah untuk menubuhkan satu kerajaan campuran yang mengambil-kira golongan teknokrat yang terkemuka seperti Fayyad – yang memang disenangi oleh Washington - dan tidak melakukan perubahan kalau pun tidak sedia menyendiri ke arah perdamaian.

“Kita sedang mendengar segala cakap-cakap bagaimana Israel akan berurusan dengan Palestin selepas kemenangan Hamas?” katanya. “Tetapi mereka tidak pun ada sebarang asas perundingan secara dua hala sejak dua tahun kecuali antara Israel dan A.S .Kerana itu tidak ada apa-apa yang baru dan berbeza”

Sebaliknya kalaulah Hamas membuat keputusan untuk memerintah sendiri, Israel dan AS akan cuba memaksa parti itu membuat keputusan mengenai prinsip teologinya dengan mengenakan beberapa syarat untuk diperakui, bantuan dan kerjasama, seperti yang pernah disalurkan kepada PLO dalam usaha perundingan pada 1980-an dahulu yang menjadi asas Perdamaian Oslo.

“Sama ada mereka terpaksa meninggalkan ideologi mereka, ataupun bantuan asing, hubungan ekonomi Israel dan kesahihan mereka,” kata Brom yang menekankan bahawa cabaran paling besar untuk Washington ialah menganjurkan satu kerjasama antarabangsa di sebalik pendekatan semacam itu, terutama sekali European Union yang menyediakan PA dengan bantuan kewangan luar negara yang paling berkesan.

Malahan Hamas sudah membuat beberapa cadangan betapa ia bersedia mencapai persetujuan sementara dengan Israel, dan salah satu pemimpin tertingginya, Mahmooud Zahar telah memberitahu pemberita hari Khamis lalu selepas keputusan pilihan raya diumumkan bahawa ia sedia mengekalkan gencatan senjata yang sedia ada.

Adalah sesuatu yang menarik nanti kalau mereka boleh campurtangan dengan Perlembagaan serta ideology untuk meyakinkan kita dan Eropah betapa mereka sudah pun menukar hala mereka, kata Kemp.

Kemenangan Hamas adalah tamparan serius kepada pentadbiran Bush. Namun sudah diperjelaskan dalam beberapa laporan minggu ini bahawa Washington telah berbelanja lebih dua ratus juta Ringgit ke atas beberapa dozen projek dalam bulan kebelakangan ini untuk menyungkit imej Fahat di kawasan pilihan raya yang dikuasai oleh Hamas dalam pilihan raya majlis tempatan tahun lalu.

Ramai penganalis menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang terlampau kecil dan terlampau lambat untuk Fatah; khususnya. Abbas yang digambarkan oleh Shibley Telhami, seorang pakar Timur Tengah di Universiti Maryland sebagai ‘tinggal terkapai-kapai “ disebabkan kegagalan Washington mengenakan tekanan terhadap kerajaan Ariel Sharon agar membekukan kegiatan pembinaan perkampungan, membebaskan banduan Palestin, dan mengambil langkah yang dapat merangsang imej PA dan Fatah serta kekuasaannya.

“Hubungan baik Abbas dengan A.S yang pada tahap awal dilihat sebagai kekuatannya, tidak membantunya dalam banyak hal,” demikian sorotan Telhalmi kepada National Public Radio.

Kemenangan besar Hamas juga mencetuskan rangkaian kemajuan politik yang tidak terduga oleh parti Islam di merata Timur Tengah sejak tahun lalu, termasuk calon yang ada kaitannya dengan Ikhwan Muslimin Mesir, parti Sunni dan Shia di Iraq dan Hezbollah di Lubnan.

Di sebalik sokongan AS terhadap Fatah dan parti sekular di Iraq, Bush telah menafikan pada hari Khamis lalu bahawa dia tertekan dengan perkembangan yang berlaku. “Kami sedang melihat bagaimana kebebasan merebak merentasi Timur Tengah,” katanya.

Terjemahan MT-SPAR - 27.01.2006 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:17 AM   1 comments
PA milik HAMAS - Sumber Al-Jazeera
Friday, January 27, 2006
http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=775
Note: sumber : al jazeera
penterjemah : maszlee
"


Jumaat, 27/01/2006 -Menurut keputusan awal selepas pengiraan lebih 95 % daripada kotak-kotak undian, ternyata HAMAS mengguguli pilihanraya legaslatif kali ini. HAMAS berjaya memenangi 76 kerusi daripada 132 kerusi yang dipertanding, ini bermakna HAMAS mendapat 60.5% daripada suara rakyat. Fatah, yang merupakan mantan parti memerintah hanya berjaya memenangi 43 kerusi sahaja, manakala 13 kerusi yang lain dimenangi oleh parti-parti kecil yang lain.Lebih 77.9% rakyat Palestin yang layak mengundi dilaporkan telah membuang undi mereka di dalam pilihanraya kali ini.

Perdana menteri PA, Ahmad Qurey' telah meletakkan jawatannya semalam (26/1/2006) berikutan kekalahan Fatah. Langkah beliau kemudiannya diikuti oleh menteri-mentari kabinet PA yang lain. Perletakan jawatan Qurey' telah diterima dan disahkan oleh Presiden PA, Mahmoud Abbas. Abbas telah meminta HAMAS untuk membentuk kerajaan mereka yang baru. Keadaan PA ini mempunyai sedikit persamaan dengan kerajaan Chirac di Peranchis, di mana Chirac dari parti UMP yang telah dipilih untuk menjadi Presiden Peranchis bukanlah dari parti yang memerintah Peranchis (iaitu parti Sosialis Peranchis). Parti Soasialis Peranchis telah memenangi 50% daripada kerusi legaslatif yang dipertandingkan, manakala UMP hanya meraih 36% sahaja pada pilihanraya umum Peranchis pada tahun 2004 yang lepas.

Ribuan datang mengundi semalam


Di dalam wawancara al-Jazeera semalam, Saeb Erekat, yang merupakan individu yang penting di dalam perhubungan PA-Zionis juga telah meletakkan jawatan dan menyatakan Fatah tidak akan terlibat dengan kerajaan yang akan ditubuhkan oleh HAMAS. Beliau menegaskan, waktu yang ada akan digunakan oleh Fatah untuk menjadi Pembangkang yang Setia serta memperbaiki jentera parti Fatah yang telah kehilangan sokongan rakyat Palestin. Beliau, walau bagaimanapun menghormati pilihan rakyat Palestin dan mengucapkan tahniah kepada HAMAS di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Usamah Hamdan, wakil HAMAS di Lubnan pula menyatakan kerajaan yang akan dibentuk oleh HAMAS bukanlah kerajaan HAMAS semata-mata. HAMAS akan melibatkan semua fraksi termasuk Fatah dan masih mengharapkan Fatah bersedia untuk menyertai kerajaan baru yang bakal dibentuk nanti. Menurut Usamah, kerajaan yang akan dibentuk itu merupakan kerajaan rakyat Palestin bersatu yang menjadikan agenda negara sebagai keutamaan dan juga menjadikan "perjuangan kemerdekaan" sebagai matlamat bersama. Usama juga mengatakan bahawa HAMAS akan sentiasa mengiktiraf jasa serta pengalaman Fatah ketika memerintah PA dan akan mengambil kira perkara tersebut.

Rakyat bergembira dengan kemenangan HAMAS


Di pihak antarabangsa pula, pelbagai reaksi dapat dilihat usai pengumuman kemenangan HAMAS. Bagi Presiden AS, George W Bush , beliau mengatakan bahawa AS tidak akan menjalinkan hubungan dengan mana-mana kerajaan Paelstin yang bercita-cita untuk menghapuskan Israel. Beliau mengatakan rakyat AS mencintakan kedamaian dan kehancuran Israel bukanlah satu komitmen di dalam proses damai. Beliau walau bagaimanapun menghormati pilihan rakyat Palestin dan mengatakan apa yang berlaku merupakan kehendak majoriti rakyat dan juga protes rakyat kepada kerajaan PA pimpinan Fatah yang lemah. Beliau menasihati Fatah agar membetulkan diri mereka, terutamana golongan yang disifatkan sebagai "The Old Guards".

Jack Straw pula mengalu-alukan kemenangan HAMAS dan meminta agar HAMAS komited dengan proses damai, proses demokrasi dan melucutkan senjatanya. Presiden Peranchis pula mengatakan beliau berasa riasu tentang masa depan proses damai di Asia Barat sejurus diumumkan kemenangan HAMAS. Silvio Berlusconi, PM Itali pula menyifatkan keputusan pilihanraya Palestin tersebut sebagai "a very, very. very bad result!". Setiausaha hubungan luar AS, Rise pula menegaskan: "Kita tidak boleh menjalinkan hubungan dengan mereka yang mempunyai sebelah kaki di dalam sistem demokrasi dan sebelah kaki yang lain di dalam gerakan pengganas".

Pemimpin tertinggi HAMAS, Ismail Abu Haniyyeh pula ketika diminta untuk mengulas komen antarabangsa mengenai kemenangan tersebut mengatakan: "Jangan takut, HAMAS merupakan gerakan Palestin yang matang dan telah biasa dengan hubungan antarabangsa, dan akan sentiasa bersikap terbuka". Di sudut yang lain pula, Hanan Ashrawi, mantan wanita besi Palestin dari parti Fatah pula menyatakan kerisauannya terhadap projek Islam yang akan diterapkan oleh HAMAS di dalam negara Palestin. Mantan Presiden AS, Jimmy Carter yang mengetuai badan pemantauan antarabangsa bagi pilihanraya tersebut ketika diminta mengulas tentang pilihanraya berkenaan, telah menyatakan: "Ianya berjalan dengan penuh teratur".

Walau apa pun yang berlaku dan apa sahaja komen antarabangsa mengenai kemenangan HAMAS, ternyata pilihanraya tersebut merupakan pilihanraya terbersih yang pernah diadakan di Timur Tengah dan negara-negara Islam. Ini telah ditegaskan oleh penganalisis politik dari Jordan, Muhammad Abu Rumman.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:13 AM   0 comments
Demonstrasi yang menggemparkan Putrajaya
Sunday, January 22, 2006
Oleh : Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/




Sejurus selesai SOLAT JUMAAT semalam lebih 1,000 para jemaah di Masjid Negara Kuala Lumpur telah berkumpul mendengar penerangan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Salahuddin Ayub dan AJK PAS Pusat Peguam Hanipa Maidin diperkarangan masjid.

Yang disuarakan adalah bantahan umat Islam darihal tuntutan pihak-pihak tertentu khasnya masyarakat bukan Islam yang menuntut agar Perkara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana kononnya menafikan hak masyarakat bukan Islam.

Sedangkan Perkara itulah satu-satunya perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan maruah dan kewibawaan institusi mahkamah syariah di Malaysia. Sudahlah kewujudan mahkamah syariah itu pun dengan seribu-satu kekurangan dan kedhaifan, tiba-tiba yang sekelumit ada itupun mahu dirampas di depan mata kita.

Maka jemaah yang berkumpul diajak beramai-ramai berarak secara aman ke Pejabat SUHAKAM untuk menyerahkan memorandum kepada pihak SUHAKAM atas alasan perkembangan ini menganggu-guggat hak umat Islam dalam negara kita.

Dan beraraklah sekitar 500 orang dari Masjid Negara melalui Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut terus ke Pejabat SUHAKAM di Menara Tun Razak

YB Salahuddin telah menyerahkan memorandum kepada Prof Dr Hamdan Adnan, Pesuruhjaya SUHAKAM yang telah menerima rombongan dengan begitu mesra sekali.

Turut memberikan pandangan sebelum memo diserahkan adalah Tuan Hj Muhammad Sabu, Tuan Hj Mahfuz Omar, Tuan Hj Abd Rahman Othman, Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Idris Ahamd dan Sdr Hanipa Maidin.

Turut berada mengiringi rombongan adalah Dr Hatta Ramli, YB Ir Amiruddin Hamzah, Wakil Angkatan Muda PKR dan wakil-wakil NGO Melayu.

Di waktu dan ketika yang sama, EXCO Pemuda Umno dan EXCO Wanita Umno bermesyuarat dengan selesa di Putrajaya. Dan ketika itulah PM Dollah Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak berhasrat meminda Perkara 121 (1)(A) sebagaimana dituntut pihak-pihak tertentu termasuklah Geng 10 iaitu anggota kabinet bukan Islam.

Terima kasih Dollah Badawi dan syabas Pemuda dan pimpinan PAS serta NGO-NGO Melayu/ Islam yang lain yang begitu prihatin dan dengan berani membawa perkara ini ketengahh.

Individu dan kumpulan tidak penting dalam hal ini, yang pentingnya adalah harga diri dan maruah umat Islam berjaya dipertahankan.

Allahuakbar!




Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:13 PM   2 comments
Petikan Harian Metro: Laman web pujuk remaja antihadis
Oleh: Ahmad Nazri Mohamad dan Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Gerakan antihadis dipercayai melancarkan gerak gempur bagi mempengaruhi belia dan remaja dengan mewujudkan laman web bagi menyebarkan kepercayaan, amalan dan pemikiran berlandaskan al-Quran semata-mata.

Laman web berkenaan itu adalah kesinambungan bagi penyebaran buku terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu tanpa rujukan bahasa Arab bertajuk, ‘Bacaan’ hasil tulisan Othman Ali yang diharamkan kerajaan pada 22 Julai 1995.

Golongan antihadis itu dipercayai menyebarkan fahaman mereka melalui internet selepas Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyenaraikan kumpulan antihadis sebagai ajaran sesat ke-36 daripada 56 ajaran yang diwartakan.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, berkata pihaknya mengesan aktiviti golongan itu yang boleh memberi kesan tidak baik kepada generasi muda.

Beliau berkata, walaupun setakat ini PPIM belum menerima laporan secara rasmi daripada mana-mana individu yang mungkin sudah menjadi ahli kumpulan itu, pihaknya mengesan aktiviti kumpulan berkenaan berdasarkan laman webnya www.*-*****.com.

“Kami bimbang laman web ini akan dijadikan sebagai rujukan oleh pelayar internet terutama golongan pelajar yang ingin mendalami Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, orang ramai terutama ibu bapa perlu berhati-hati dengan mengawasi anak remaja masing-masing bagi mengelak mereka terjebak dalam fahaman kumpulan ini yang dipercayai boleh menjejaskan pegangan dan akidah seseorang.

“Kita juga berharap jabatan agama Islam dapat mengawasi aktiviti atau gerakan kumpulan seperti ini sebelum ia berjaya menarik lebih ramai ahli terutama di kalangan belia dan remaja,” katanya.

`Bacaan’ yang diterbitkan di Singapura mula diedarkan kepada orang ramai dalam mesyuarat penubuhan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori Dr Kassim Ahmad pada Jun tahun sama.

Buku itu diharamkan kerajaan kerana terjemahannya tidak disertakan dengan ayat asal dalam bahasa Arab dan perkataan al-Quran itu sendiri diterjemahkan sebagai `Bacaan’.

Pada muka utama laman web yang dilancarkan pada 1 April 2002 itu, moderatornya turut memberi amaran bahawa;

“Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran al-Quran, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini.

“Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.”

Laman web yang menggunakan slogan `Satu Tuhan Satu Kitab Satu Umat’ itu mengandungi ruangan `Bacaan’ atau terjemahan kepada al-Quran dalam bahasa Melayu, Artikel, Kalimat Pilihan, Keratan Akhbar, Sudut Pelajar, Soalan Lazim, Hiasan, Penemuan dan artikel berbahasa Inggeris.

Kebanyakan kandungan artikelnya lebih cenderung kepada rujukan terus kepada hukum dalam ayat al-Quran tanpa mengambil kira hadis dan sunnah nabi, yang menjadi kecenderungan gerakan antihadis.

Moderator laman web itu juga menyediakan khidmat muat turun `Bacaan’ untuk kegunaan PC poket, PDA atau Palm selain menggalakkan pengunjung laman web memberi sumbangan penulisan.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:48 PM   1 comments
Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW
Friday, January 20, 2006
Oleh: Salina1968

(Teks Kuliah Subuh oleh Trustee Al Ansar International Foundation sebelum berlepas pulang dari Jeddah}

Saudara jemaah sekelian, Subuh ini merupakan hari terakhir kita bersama-sama berkampung disini, di musim ini. Insya-Allah, suatu hari nanti kita akan ketemu kembali di sini jika diizinkan Allah. Yang pasti, kita akan berkumpul jua di satu hari yang telah ditetapkan Allah. Di hari itu, manusia pertama yang wujud di mukabumi juga akan bersama-sama berkumpul dengan kita. Di hari itu juga, kita sudah tidak punya masa untuk memikirkan apakah yang sedang dan bakal terjadi kepada saudara-mara kita. Yang hanya terlintas di kotak fikiran kita hanyalah satu persoalan, "Apakah untung nasib ku di mahkamah Allah ini ?".

Itulah perkumpulan yang akbar, perhimpunan di Padang Mahsyar. Di mana segala amal kebajikan dan amal kemungkaran mendapat perhitungan dan dinilai di mizan. Di situlah nanti akan terbukti sama ada ke syurgakah atau ke nerakakah tempat perhentian kita di negara yang kekal abadi.


Saudara-saudari yang dikasihi sekelian. Saya ingin mengambil kesempatan di Subuh terakhir kita bersama kali ini, untuk berkongsi sebuah lagi kisah yang pernah di ceritakan oleh arwah datuk saya sewaktu kami kecil.

Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah meyusun satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah melantik Usamah Bin Zaid sebagai pemimpin bala tentera Muslim. Antara para sahabat yang terpilih untuk menjadi tentera muslimin untuk ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun ketentuan Allah mendahului segalanya, sebelum tiba tarikh keberangkatan bala tentera tersebut, Allah telah menjemput kekasih-Nya untuk kembali ke sisi-Nya. Kewafatan baginda Rasulullah SAW, meninggalkan jutaan kenanangan buat umat baginda. Perginya Rasulullah SAW dalam linangan air mata sambil melafazkan "Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku" sebagai tanda kecintaan baginda buat umatnya. Begitulah pengorbanan seorang pemimpin.

Setelah jasad Rasulullah SAW diuruskan, maka berhimpunlah ahlul hilli wal aqdi untuk melantik pemimpin. Berikutan syura yang dijalankan, keputusan diambil dan Saidina Abu Bakar As Siddiq telah dilantik oleh ahlul hilli wal aqdi sebagai khalifah. Setelah perlantikan dirasmikan, maka berucaplah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah tamat ucapannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah didatangi oleh Saidina Omar Al Khattab. Maka berlakulah dialog antara kedua orang sahabat sejati Rasulullah SAW yang diredhai Allah itu.

Omar : Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW baru saja meninggalkan kita. Sebelum kewafatan baginda, telah disusun satu angkatan tentera bagi berhadapan dengan tentera Rom. Memandangkan tarikh keberangkatan angkatan tentera kita agak hampir, apakah pandangan mu, andainya kita tangguhkan dulu keberangkatan tentera kita ke suatu tarikh yang lain ?
Dengan nada yang tegas, Saidina Abu Bakar As Siddiq menjawab usulan yang dimajukan oleh Saidina Omar Al Khattab.

Abu Bakar : Wahai sahabat ku Omar. Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW ? Demi Allah dan Rasul-Nya. Aku akan tetap menghantar tentera muslimin untuk berhadapan dengan tentera musyrikin.

Jawapan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang tegas telah menamatkan dialog tersebut. Saidina Omar Al Khattab akur dengan keputusan sahabatnya.


Setelah tarikh keberangkatan tiba, maka berbarislah para tentera muslimin. Antara yang turut berbaris ialah Saidina Omar Al Khattab. Setelah khutbah dan nasihat dibacakan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq selaku khalifah. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah turun dari mimbar Masjid Nabi dan berjalan menuju barisan tentera yang bakal bertolak ke medan jihad. Maka berjalanlah Saidina Abu Bakar As Siddiq menemui ketua tentera muslim, Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam nada perlahan, tawaddhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Saidina Usamah bin Zaid.

Abu Bakar : Sahabatku Usamah. Kau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengepalai bala tentera ini, maka kekalkanlah diri mu disana. Tidak akan ku ubah apa yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW atas mu. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Dan jawatan khalifah yang baru ku sandang ini, amat berat dan merupakan suatu ancaman buat diri ku. Ianya suatu amanah yang haram untuk aku khianati. Tiada daya ku atas usaha ku, melainkan dengan izin Allah. Maka ku harap belas ihsan mu, agar Omar Al Khattab diberi kelonggaran untuk tidak turut serta dalam angkatan perang ini. Agar dapat aku berbincang dengannya tentang hal ehwal pengurusan negara kita.

Kata-kata Abu Bakar As Siddiq itu mengundang linangan air mata keseluruhan umat Islam di Madinah. Manakah dapat dicari, seorang khalifah berjawatan tinggi, tetapi masih mengekalkan sifat tawadduk dan menjaga adab sesama pengikut ? Berkatalah Usamah :
Usamah : Wahai Abu Bakar Amirul Mukminin, jika begitu kehendak mu, Demi Allah dan Rasul-Nya, ku izinkan Saidina Omar untuk tinggal bersama mu di kota Madinah agar dapat dia menjadi pembantu mu, sebagaimana engkau pernah menjadi pembantu kepada Rasul kecintaan ku suatu masa dulu.


Maka tinggallah Sadina Omar Al Khattab di kota Madinah membantu Saidina Abu Bakar menjalankan urusan pentadbiran negara.

Saudara-saudari sekelian. Walaupun kisah ini amat singkat. Namun disebalik kisah ini terdapat banyak suri teladan yang mampu kita pelajari. Antara teladan yang mampu kita pelajari ialah :
1. Peranan jemaah Ahlul Hilli Wal Aqdi dalam menentukan kepimpinan.
2. Sifat seorang pemimpin dan hamba Allah yang tawadduk dan dengan rasa kehambaan sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada umat Islam di kala itu, juga Saidina Omar Al Khattab yang menjadi sahabat utama Rasulullah SAW, bersedia menjadi tentera biasa dibawah pimpinan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
3. Ketegasan dan kelembutan dalam melaksanakan titah perintah dari Rasulullah SAW sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq.
4. Pentingnya syura dalam mencari sesuatu keputusan sebagaimana ditunjukkan oleh Ahlul Hilli Wal Aqdi, Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
5. Pentingnya sahabat yang sejati dalam melaksanakan sesuatu mekanisme menuju matlamat.
6. Jawatan pemimpin bukanlah tiket untuk memperhambakan rakyat, tetapi merupakan suatu amanah yang HARAM untuk dikhianati.
7. Pentingnya mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama bersatu dari segi aqidah, ibadah, akhlak, hal khilafiah dan penentuan kawan/lawan dalam pentadbiran sebagai mana di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Sasidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid.
Dalam kisah tersebut juga, didedahkan kepada kita betapa sistematiknya sistem yang telah dijadikan blueprint oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh para sahabat.


Dinyatakan dengan jelas, Rasulullah SAW telah memilih sahabat-sahabatnya untuk pergi ke medan jihad, diketuai oleh Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Antara tentera yang bakal ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun Saidina Abu Bakar As Siddiq, tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai khalifah untuk menjadikan Saidina Omar Al Khattab sebagai pembantunya dalam mentadbir negara. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah menemui Saidina Usamah Bin Zaid, dan mereka bermesyuarat, agar kesefahaman dicapai antara mereka. Ini sebagai tanda kepada kita yang lemah iman ini, Sedangkan orang yang telah dijamin syurga dan sahabat uatama Rasulullah SAW pun bermesyuarat dalam menentukan sesuatu keputusan, apatah lagi orang yang macam muka kita ini, memang patut kita semua bermesyuarat.

Kisah ini juga menunjukkan jalan kepada kita, kaedah untuk over-ride sesuatu arahan dengan cara yang berakhlak. Rasulullah SAW telah menamakan Saidina Usamah bin Zaid sebagai ketua tentera dan Saidina Omar Al Khattab sebagai salah seorang tentera. Saidina Abu Bakar As Siddiq, mengekalkan perintah dasar iaitu Usamah Bin Zaid sebagai ketua tentera. Untuk mendapatkan khidmat Saidina Omar Al Khattab dalam pentadbirannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah menemui ketua tentera untuk "meminjam" Saidina Omar Al Khattab dalam menjalankan pentadbiran negara.

Dalam kisah tersebut banyak pengajaran yang dapat kita perolehi. Saya hanya menyebut sebahagian dari pengajaran yang tersurat. Namun disebalik kisah tadi, masih ada banyak pengajaran yang tersurat dan yang tersirat boleh kita ambil darinya. Sama-samalah kita jadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan. Tidak lupa, bahawa sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah bagaikan bintang-bintang dilangit. Pilihlah salah satu antara mereka, nescaya kita beroleh petunjuk.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:52 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com