Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ibnu Taimiyah bakar pejuang semangat usir tentera Moghul
Monday, July 31, 2006
Berita Harian, 31 julai 2006

IBNU Taimiyah adalah nama besar dalam dunia pemikiran Islam dan sifat kepahlawanan yang ada dalam dirinya membuatkan beliau dikenali sebagai pejuang kemerdekaan yang menegakkan kebenaran demi agama.

Ibnu Taimiyah lahir di Harra dan ketika berusia enam tahun, beliau bersama kedua ibu bapanya berpindah ke Damaskus.

Beliau memiliki kecerdasan luar biasa, otak tajam dan kuat ingatan. Pada usia muda, beliau menguasai pelbagai ilmu termasuk agama, fiqh, teologi, ilmu logika dan falsafah.

Ibnu Taimiyah banyak belajar daripada bapanya, ilmuwan dalam ilmu fiqh mazhab Hambali selain belajar serta memanfaatkan ilmu yang diperoleh daripada beberapa ilmuwan terkemuka lain.

Apabila bapanya meninggal dunia pada 1282, Ibnu Taimiyah menggantikan tempat bapanya sebagai tokoh hukum mazhab Hambali dan memikul tugas itu selama 17 tahun.

Bagaimanapun, cara pemikirannya yang agak bebas menimbulkan perselisihan dengan penganut mazhab Syafie menyebabkan beliau akhirnya beralih arah menjadi pejuang menentang melawan suku Moghul.

Beliau berkhutbah menyemarakkan semangat rakyat ketika itu untuk menentang Moghul sehingga mereka terusir.

Bermula selepas kejayaan itu, Ibnu Taimiyah terus menegakkan Islam tetapi ketegasan dan pemikiran terbuka beliau tidak disenangi pemerintah sehingga akhirnya beliau banyak menghabiskan masa dipenjara.

Kehebatan Ibnu Taimiyah ialah pada ketegasan pendirian dan kebebasan berfikir yang kadang kala menimbulkan masalah terutama di kalangan mereka yang masih berfikiran konservatif.

Beliau adalah mujtahid besar pernah dilahirkan Islam kerana menolak taklid buta dan sebagai penganut mazhab Hambali, sandaran hukum beliau ialah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jasanya yang besar terhadap Islam melalui peringatan yang disampaikan kepada rakyat supaya mereka menyesuaikan diri dengan kesederhanaan dan kemurnian Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Ibnu Taimiyah meninggalkan karya penulisan yang banyak kerana menurutnya tidak berdosa seseorang itu mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan pendapat ulama.

Beliau memerangi orang yang mengamalkan bid’ah dan syirik selain memikul sendiri tanggungjawab mengingatkan masyarakat supaya sentiasa menjaga adab sopan serta perilaku.

Katanya, umat Islam adalah umat yang utama bagi mewujudkan apa yang Allah kehendaki di muka bumi ini. Semua umat Islam perlu bersatu untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Bagi memastikan tujuan itu tercapai, haruslah didirikan sebuah negara atau kerajaan Islam yang menegakkan keadilan dan memastikan manusia melaksanakan kewajipan agama mereka.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:04 AM   0 comments
Syeikh Muhammad Sa’id Pasai bermakam di Tanah Ujung Lidah

Utusan Malaysia, 31 julai 2006

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah


PADA mulanya ulama bernama Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa yang dikatakan berhasil mengislamkan Raja Patani pada zaman dulu yang akan diriwayatkan ini hanyalah berasal daripada cerita rakyat. Sehingga walaupun belum begitu lengkap ditemui datanya, namun saya memberanikan diri memperkenalkannya dalam buku yang berjudul Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-Tokohnya di Asia Tenggara.

Dalam simpanan saya ada sebuah manuskrip Tarikh Fathani yang dikatakan berumur melebihi 300 ratus tahun yang di dalamnya juga menceritakan kisah Syeikh Muhammad Sa'id mengislamkan Raja Patani. Pada tahun 1989 sewaktu saya diberikan kepercayaan oleh Ketua Penolong Pengarah Balai Pameran Pusat Islam Kuala Lumpur (sekarang Muzium Islam) mengkatalog manuskrip-manuskrip di pejabat itu telah saya temui pula sebuah manuskrip berjudul Sejarah Fathani karya Syeikh Utsman Jalaluddin yang dalamnya ada menceritakan tentang Syeikh Muhammad Sa'id itu.

Beberapa versi sejarah Patani kadang-kadang menceritakan peranan Syeikh Shafiyuddin mengislamkan Raja Patani bukan Syeikh Muhammad Sa'id sedangkan jalan ceritanya adalah sama. Yang berbeza hanyalah watak pelaku sebagai ulama dan watak raja yang diislamkan oleh ulama itu. Manuskrip milik saya tersebut adalah dasar bagi saya untuk menceritakan Syeikh Muhammad Sa'id itu dengan perbandingan beberapa manuskrip dan beberapa edisi sejarah Patani yang diterbitkan.

Sama ada Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi ataupun Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa kedua-duanya memang pernah wujud sebagai pelaku penting dalam penyebaran Islam di bumi Patani dan sekitarnya. Kesahihan cerita rakyat kemudian dapat dibuktikan dengan beberapa bahan bertulis dan kedua-dua kubur ulama tersebut telah ditemui. Kubur Syeikh Shafiyuddin yang terkenal dengan gelar Tok Raja Faqih itu terletak di ‘Sungai Pandan’ (masih masuk dalam kawasan Kerisik, Patani) sedang kubur Syeikh Muhammad Sa'id terletak di ‘Tanah Ujung Lidah, Kampung Pasai’, Patani.

Bekas tapak rumah

Saya menziarahi kedua-dua kubur ulama yang bersejarah itu pada 11 Jamadilawal 1415 H/16 Oktober 1994 M. Mula-mula saya dan rombongan ke Perigi Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang terletak di Kampung Parit Anak Sungai Kerisik. Arah hadapannya terdapat rumpunan buluh dan mara ke depan lagi di situlah terletak Sungai Kerisik. Tidak jauh dari perigi, mengarah ke sebelah kanan dari arah masuk di situlah tempat asal bekas tapak rumah kelahiran Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Perjalanan dilanjutkan ke kubur Syeikh Shafiyuddin di Sungai Pandan, masih dalam kawasan Kerisik juga. Bentuk kubur agak kecil, di sebelah arah menjurus ke kiblat (sebelah Barat) terdapat kubur yang agak besar yang dipagari dengan batu bata. Di atas kubur hanya terdapat dua nisan daripada batu asli bukan nisan yang telah diproses.

Perjalanan diteruskan ke Kampung Pasai untuk menziarahi kubur Syeikh Sa'id. Penghuni kampung itu sekarang ialah keturunan Syeikh Sa'id. Salah

seorang keturunannya yang banyak

mengetahui sejarah Syeikh Sa'id di kampung itu ialah Tuan Guru Haji Muhammad Shalih, tetapi tidak sempat

saya temui kerana beliau meninggal dunia kira-kira sebulan sebelum lawatan. Tetapi kira-kira beberapa bulan yang

lalu Ustaz Ismail Ishaq dapat mencatat beberapa cerita daripada beliau.

Menurut Ustaz Ismail, beliau mendengar cerita Tuan Guru Haji Muhammad Shalih, “sekitar lebih kurang puluhan tahun yang lalu, atau beberapa tahun sesudah perang dunia Kedua, telah datang seorang Arab dari Mesir bernama Syeikh Muhammad Dahlan, umurnya ketika itu sekitar 60 tahun, yang mengaku bahawa dia adalah keturunan Syeikh Sa'id al-Barsisa. Dia membawa sepotong peta lama, kertas agak tebal yang menunjukkan kubur Syeikh Sa'id yang terletak di Tanah Ujung Lidah.”

Tidak jauh dari arah masuk ke Tanah Ujung Lidah arah ke sebelah kanan ada sebuah kubur yang dinamakan Kubur Tok Kemiri. Diriwayatkan bahawa Tok Kemiri itu ialah seorang pengawal Syeikh Sa'id. Yang dinamakan Tanah Ujung Lidah itu bentuknya benar-benar menyerupai lidah. Barangkali di situlah perumahan, masjid dan pondok-pondok bekas Syeikh Sa'id menjalankan tugas dakwah dan pendidikan Islamiahnya.

Di atas tanah itu terdapat pohon-pohon besar dan semak-semak semacam disengajakan tidak dijadikan tanah untuk bercucuk tanam. Sedangkan di bahagian kiri, kanan, depan dan belakang dijadikan persawahan. Di bahagian pangkal Tanah Ujung Lidah terdapat sebuah perigi, iaitu perigi Syeikh Sa'id. Setelah dua pertiga dari pangkal, di sebelah kiri masuk terletak di bahagian tepi sekali terletak kubur Syeikh Sa'id. Di bahagian kaki, merupakan sempadan sawah dan Tanah Ujung Lidah terdapat sepohon kayu besar yang seolah-olah turut berdoa terhadap Wali Allah yang berkubur di bawahnya, serta menghening dan menyejukkan suasana alam sekitar, alam syahadah dan alam arwah.

Hanya sebuah kubur di situ. Kubur dibina dengan batu bata tua, tingginya melebihi lutut dan warnanya agak menghijau kerana berlumut. Nampaknya kubur tersebut masih banyak kesan-kesan diziarahi orang, sebagai tempat orang membayar nazar. Sewaktu saya datang ke situ ditemui wang syiling bertaburan di bahagian kepala kubur.

Sebagaimana dinyatakan di atas bahawa saya memiliki beberapa versi manuskrip sejarah Patani yang antaranya sebuah menceritakan kisah Syeikh Sa'id mengislamkan Raja Patani. Versi manuskrip yang akan dipetik dan ditransliterasi di bawah ini diperkirakan berusia sekitar 300 tahun. Bagi saya, ia merupakan manuskrip sejarah Patani yang tertua yang pernah saya lihat dan ketahui. Fizikalnya dalam keadaan baik, mudah dibaca dan lengkap kecuali pada halaman pertama dan halaman kedua kanan dan kiri pada baris keempat terpotong sehingga tak dapat dibaca, yang hilang hanya selembar halaman empat.

Setelah saya bandingkan beberapa halaman yang lengkap antara manuskrip yang ada pada saya dengan Hikayat Patani yang ditransliterasi oleh Siti Hawa Haji Salleh yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, ternyata kalimat-kalimatnya adalah sama. Menurut Siti Hawa, kajian yang diguna berdasarkan manuskrip yang didapati daripada Library of Congress, Washington. Walau bagaimanapun beberapa petikan transliterasi yang dimuat dalam artikel ini saya ambil daripada manuskrip asli versi koleksi saya sedangkan karya Siti Hawa hanyalah sebagai perbandingan.

Maklumat mengenai Syeikh Sa'id pada halaman-halaman yang hilang saya ditinggalkan saja rasanya kerana kurang perlu dibicarakan di sini. Di antara contoh petikan transliterasi yang dapat dibaca adalah seperti berikut, “... itulah maka titah raja menyuruh memalu canang ini. Barang siapa bercekap mengubat dia, jika sembuh penyakitnya diambil [oleh] raja jadi mena[n]tu.”

Maka kata Syeikh Sa'id, “Kembalilah tuan, sembahkan [kepada] raja [bahawa] yang jadi mena[n]tu raja itu, hamba tiada mau. [Tetapi] jikalau mau raja masuk agama Islam, hambalah bercekap mengubat penyakit raja itu.” Setelah didengar oleh penghulu canang itu, maka ia pun segera kembali bersembahkan kepada Temenggung seperti kata Syeikh Sa'id itu. Arakian maka Temenggung pun dengan segera mema[k]lum akan Bendahara. Setelah Bendahara mendengar kata Temenggung demikian itu maka Bendahara pun masuk menghadap raja menyembahkan seperti kata Syeikh Sa'id Pasai itu.

Mengislamkan raja

Arkian maka Syeikh Sa'id pun dipanggil oranglah. Hatta, maka Syeikh Sa'id pun datanglah menghadap raja. Maka titah baginda pada Syeikh Sa'id, “Sungguhkah tuan hamba bercekap mengubat penyakit hamba ini?” Maka sembah Syeikh Sa'id, “Jikalau tuanku mau masuk agama Islam, hambalah cekap mengubat penyakit Duli Syah Alam itu.” Maka titah raja, “jika sembuh penyakit hamba ini, barang kata tuan hamba itu hamba turutlah.”

Disingkatkan ceritanya, akhirnya Syeikh Sa'id berhasil mengislamkan raja itu, lalu ditukarnya dengan nama Islam, iaitu Sultan Ismail Syah Zhillullah fil Alam. Syeikh Sa'id sebagai pelaku mengislamkan Raja Patani yang saya petik daripada manuskrip yang ada pada saya seperti di atas yang sesuai juga dengan beberapa sumber di antaranya manuskrip Sejarah Fathani karya Syeikh 'Utsman Jalaluddin, Hikayat Patani karya A. Teeuw dan D.K. Wyatt, jilid 1, The Hague-Martinus Nijhoff, 1970.

Juga demikian dalam Patani Dahulu dan Sekarang karya A. Bangnara. Tetapi berbeza dengan manuskrip Sejarah Patani yang ditulis tahun 1202 H, koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelas MS 809 dan yang ditulis tahun 1230 H, koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, nombor kelas MS 927.

Kedua-dua manuskrip itu menyebut pelaku yang mengislamkan raja Patani bernama Antira ialah Syeikh Shafiyuddin bukan Syeikh Sa'id.

Raja Patani setelah memeluk agama Islam diganti namanya dengan nama Sultan Muhammad Syah bukan Sultan Ismail Syah. Manuskrip Sejarah Patani karya Tengku Putra bin Sultan Abdul Muthallib Teluban dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani karya Ibrahim Syukri juga sama dengan MS 809 dan MS 927. Keempat-empat sumber tersebut tidak menyebut nama Syeikh Sa'id sebagai pelaku mengislamkan raja Patani. Ada pun manuskrip sejarah yang ada pada saya menyebut pelaku mengislamkan raja Patani memang terdapat nama kedua-dua ulama itu, Syeikh Sa'id dengan cerita tersendiri sedangkan Syeikh Shafiyuddin lain pula ceritanya.

Tahun berapa Syeikh Sa'id datang ke Patani, dalam semua versi sejarah Patani tidak pernah menyatakan hal itu. Haji Abdul Halim Bashah dalam keraguan, tanpa menyebut rujukan, menentukan bahawa Syeikh Sa'id mengislamkan Phya Tu Nakpa pada tahun 1457. Dia telah menyalin tulisan A. Bangnara dalam buku Patani Dahulu dan Sekarang, yang menyebut, “Ada pun raja Patani itu dipercayai memeluk agama Islam kira-kira pada abad ke 15, iaitu kira-kira tahun 1457 M.” Telah disalin juga oleh Siti Hawa Haji Salleh dalam Hikayat Patani (hlm. XXI).

Nampaknya demikian yang tertulis pada peta buku Jaringan Ulama oleh Dr. Azyumardi Azra (hlm. 35), yang dikatakannya didapati daripada D.J.M, Tate, The Making of Modern South-East Asia, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977. Bagi saya semua tahun yang disebutkan masih diragukan kerana dalam salasilah yang ada pada saya berdasarkan yang diperoleh daripada Tuan Guru Haji Mahmud, disebutkan bahawa Syeikh Shafiyuddin tiba di Paya Patani tahun 1400 M.

Dalam salasilah yang sama disebutkan juga, “... dahulu daripadanya ialah Syeikh Sa'id, Tok Pasai di Pasir Bira dan Syeikh Gombak Abdul Mubin.” Menurut penyelidikan saya yang terakhir, berdasarkan manuskrip salah sebuah versi sejarah Patani yang ada pada saya, diperoleh kenyataan bahawa Syeikh Sa'id memang lebih dulu sampai di Patani jika dibandingkan dengan Syeikh Shafiyuddin. Walau bagaimanapun keempat-empat mereka sempat bertemu dan ada hubungan kerjasama dalam bidang penyebaran Islam di Patani.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:56 AM   0 comments
Linda ceburi dunia busana muslimah
Sunday, July 30, 2006
Mingguan Malaysia, 30 julai 2006

Oleh Tajaiyah Ihsan


Linda.


SEJAK kebelakangan ini, wanita bertudung semakin kreatif mempelbagaikan fesyen Muslimah daripada tudung hinggalah kepada pakaian dan solekan.

Memang benar, kalau sudah wanita namanya apa juga yang berkaitan dengan fesyen dan penampilan mudah menarik perhatian mereka.

Dan ini jugalah yang menarik perhatian seorang wanita anggun, Norlinda Sulaiman, 33, yang mula berjinak-jinak dalam dunia busana Muslimah.

Katanya, pembabitan dalam dunia penerbangan menuntut seseorang itu sentiasa kemas dan menarik turut mempengaruhi minatnya sekarang ini.

Dari awan biru sebagai pramugari, Linda mula bertapak di dunia peragaan secara tanpa dirancang sejak enam tahun yang lalu. Sebaik sahaja Linda berhenti kerja sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Linda cuba mengisi masanya dengan sesuatu yang paling disukainya.

Katanya, “Pengalaman selama lapan tahun sebagai pramugari banyak membantu dan menambahkan ilmu pengetahuan. Saya percaya pengalaman pahit manis yang dilalui membuat diri cukup matang berdepan dengan apa juga suasana.’’

Ketika itu yang menariknya ialah selain melihat negara orang, dia juga berpeluang belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Mengimbas kenangan lalu, wanita bergaya ini, menambah, apabila hatinya mula terdetik untuk bertudung dan berbusana Muslimah, tercetus pula minatnya mencuba bidang peragaan.

Apa lagi, sesudah bertudung, timbul pula keinginan menggayakan fesyen wanita bertudung. Kemudian Linda berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dengan wanita lain.

Akhirnya peluang itu diperoleh apabila Linda ditawarkan untuk memperaga busana Muslimah dari Butik Atim Agoy, Shah Alam.

Linda menambah, tanpa diduga pemilik butik, Datin Hamadah Datuk Ghazali, memberitahunya, bahawa dia (Linda) sesuai menggayakan apa juga jenis fesyen bertudung dan memintanya menjadi peragawatinya.

Selepas berfikir sejenak, pelawaan itu diterima dengan hati yang teruja dan berdebar kerana minatnya dalam dunia fesyen dan peragaan hampir menjadi kenyataan.

Linda berdebar, kerana sebagai orang baru, sedikit sebanyak rasa risau menjentik perasaannya, apakah dia mampu menjadi peragawati yang baik.

Namun hakikatnya, peluang yang diberikan tidak dipersiakan, bergaya di pentas catwalk dengan menampilkan busana Muslimah memberi satu perasaan yang riang dalam dirinya.

Tentunya, ia merupakan sesuatu yang positif kerana alasannya, wanita tetap nampak anggun dan hebat biarpun mereka bertudung serta berbusana Muslimah.

“Saya percaya, wanita bertudung juga boleh tampil cantik bergaya,’’ ujarnya. Linda, ibu kepada Muhammad Ajwad dan Muhammad Nazmi 12 tahun berkata, beliau kini sudah mula berjinak-jinak dengan dunia kecantikan.

Selain muncul sebagai peragawati sambilan khususnya bagi busana Muslimah, Linda juga memberi memberi ceramah dan demonstrasi cara pemakaian tudung yang cantik, kemas dan menawan.

“Setiap wanita dianugerahkan kecantikan dan kelebihan yang tersendiri namun bagi menyerlahkan lagi kecantikan itu, ia boleh dilakukan dengan memilih tudung yang sesuai dan kena dengan raut wajah mereka,’’ ujar Linda serius.

Menjawab pertanyaan, Linda berkata, suami banyak memberi sokongan dan membekalkan pesanan agar dia terus menjaga nama baik diri serta keluarga. Tanpa sokongan suami tidak mungkin Linda berada pada kedudukan sekarang, yang nyata lebih yakin dan berwibawa.

Katanya, kerana sokongan itulah, Linda turut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di bidang rawatan muka.

“Semuanya dilakukan di rumah, sebab saya masih belum menemui lokasi yang sesuai. Dengan memiliki sijil rawatan muka atau facial yang saya peroleh menerusi kursus, saya dapat praktikan di rumah. Terdapat juga rakan dan ahli keluarga yang mendapatkan rawatan muka di sini.

“Sesuatu yang menarik apabila bekerja di rumah ialah urusan rumah tangga dan anak-anak beres dan pada waktu yang sama dapat melakukan sesuatu kerja yang kita suka,’’ ujar Linda.

Andai semua berjalan lancar, Linda ingin membuka butik dua dalam satu. Ada butik dan salun, yang menawarkan koleksi pakaian berkonsep busana Muslimah dan salun kecantikan.

Wanita cekal ini memberitahu, beliau ingin juga menjadi seorang perunding imej busana Muslimah yang berjaya pada suatu hari nanti.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:07 AM   2 comments
Fahmi tewas di Iran tapi jadi juara Akademi al-Quran
Saturday, July 29, 2006
Utusan Malaysia, 29 julai 2006

Oleh ABD. AZIZ ITAR


ABDULLAH FAHMI menerima replika cek daripada Dr. Abdullah Md. Zin sambil diperhatikan Abdul Mutalib Mohamed Razak di Shah Alam, Selangor malam kelmarin.


JUARA program realiti TV Akademi al-Quran (AQ) musim pertama, Abdullah Fahmi Che Nor, 22, boleh tersenyum puas selepas menjuarai pertandingan anjuran TV9 itu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor malam kelmarin.

Peserta dari Kelantan itu muncul juara pertandingan realiti TV tersebut walaupun dia pernah gagal dalam satu pertandingan musabaqah membaca al-Quran peringkat antarabangsa yang disertainya di Iran pada bulan April lalu.

Pada pertandingan itu, Abdullah Fahmi yang mewakili Malaysia mendapat tempat terakhir daripada enam peserta pelbagai negara yang bertanding di sana.

“Banyak negara yang menghantar peserta mereka termasuklah Belanda pada pertandingan itu. Itu adalah kali pertama saya bertanding dalam musabaqah membaca al-Quran di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya pertandingan program realiti TV tersebut.

Dengan kemenangan itu, Abdullah Fahmi menggondol hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, pakej mengerjakan umrah dan sijil penyertaan.

Abdullah Fahmi tidak menyangka memenangi pertandingan akhir membaca al-Quran itu memandangkan kesemua finalis program realiti TV tersebut hebat-hebat belaka.

“Saya memang tidak sangka akan menang dalam pertandingan ini kerana saya juga ada banyak kekurangan. Tetapi saya bersyukur kerana Allah pilih saya menang. Mungkin kemenangan ini ada kebaikannya dan semoga ia dapat digunakan dengan baik,” ujarnya yang membaca surah Yusof ayat 53 pada pertandingan itu.

Abdullah Fahmi yang akan menyambung pengajiannya di Mesir selama tiga tahun pada September ini dalam bidang qiraat al-Quran akan menggunakan wang hadiah kemenangan itu bagi membantu keluarga termasuk kawan-kawannya menyambung pelajaran.

Abdullah Fahmi bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kepadanya kesihatan dan suara yang baik dan seterusnya menewaskan lima lagi peserta pada pertandingan akhir itu.

“Saya banyak berdoa kepada Allah supaya diberi suara yang baik. Selain itu, saya juga banyakkan rehat dan kurangkan minum ais. Komen daripada juri memang banyak memberi kesan kepada saya. Malah, saya masih ada banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki,” katanya merendah diri.

Amirahman Abas, 24, yang muncul naib juara AQ juga tidak menjangka akan memenangi pertandingan akhir yang ditonton lebih satu juta penonton itu, apatah lagi pada malam tersebut dia menghadapi masalah apabila hidungnya kerap berair.

“Saya tidak sangka akan menang kerana saya ada masalah dari segi suara yang tidak stabil. Hidung saya pula cepat berair, tetapi saya anggap ini adalah ketentuan Allah. Malah, ada juga kesilapan yang biasa saya lakukan dan ia tidak dapat dielakkan,” komennya.

Kemenangan itu membolehkan peserta dari Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, pakej mengerjakan umrah dan sijil penyertaan.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Azraie Abdul Hak, 25, yang mendapat hadiah wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah dan sijil penyertaan pula terkejut walaupun dia sekadar mendapat tempat ketiga.

“Saya memang tidak sangka akan menang kerana saya fikir langsung tidak ada nombor (tidak menang sebarang hadiah) untuk saya. Ini kerana, kelima-lima peserta lain yang bertanding mantap-mantap semuanya,” jelasnya.

Hadiah untuk para peserta disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin sambil diiringi Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Sementara itu, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman, 24, satu-satunya finalis wanita AQ bersyukur kerana berjaya hingga ke peringkat akhir walaupun tidak memenangi tiga hadiah utama itu.

“Saya rasa macam biasa sahaja, tidak rasa tekanan biarpun terpaksa bersaing dengan peserta lain. Kalau pada peringkat sebelum ini mungkin lain rasanya kerana ketika itu ada peserta yang disingkirkan. Tetapi kali ini saya tenang sikit,” ungkapnya dengan tenang.

Selain mereka, dua lagi peserta yang bertanding pada pertandingan akhir AQ itu terdiri daripada Mohd. Shukri Ali, 24, dan Anuar Hasin, 22.

AQ yang bersiaran sejak April lalu selama 14 episod merupakan pertandingan realiti TV yang mengangkat para pemenangnya 100 peratus berdasarkan pemilihan dan penilaian tiga juri profesional.

Tiga juri profesional yang mengadili pertandingan akhir AQ itu terdiri daripada Mohd. Zamri Mohd. Zanuldin yang menilai bahagian tajwid dan fasohah, Radzi Kamarul Hailan (taranum) dan Mohd. Nazri Abdullah (qiraat).

Pemarkahan bagi kategori tajwid dan fasohah menyediakan markah sebanyak 40 peratus, taranum dan suara 30 peratus, manakala qiraat pula 30 peratus.

Jelas Radzi Kamarul, dia dan dua lagi juri AQ memilih Abdullah Fahmi sebagai johan pertandingan itu kerana bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Ar-Rahman, Kubang Kerian itu mempunyai auranya yang tersendiri.

“Kami dapati gaya bacaan al-Quran yang disampaikannya (Abdullah Fahmi) bukan sahaja menarik perhatian kami. Audiens juga boleh tertarik mendengar bacaannya.

“Bagaimanapun, para peserta lain juga ada kelebihan masing-masing cuma pentas pertandingan akhir sahaja yang menentukan nasib mereka. Bagi saya, AQ hebat kerana pertandingan ini dibuat secara on the spot.

“Kalau tilawah al-Quran peringkat antarabangsa memberi sesuatu surah kepada para pesertanya dua jam sebelum pertandingan, tetapi kita suruh peserta AQ baca sesuatu surah itu pada ketika itu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Bukhari Che Muda pula berkata, bagi memenuhi permintaan orang ramai, TV9 akan menerbitkan 14 episod AQ dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan ia akan dipasarkan tidak lama lagi.

“VCD khas itu dikeluarkan kerana kami mahu memanjangkan lagi manfaat daripada program realiti TV ini yang ternyata berjaya mencapai matlamatnya.

“Untuk musim kedua AQ, kita akan bekerjasama dengan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan juga jabatan agama peringkat negeri bagi mencungkil lebih ramai bakat baru,” ujarnya.

Sebelum penyampaian hadiah kepada para pemenang, para penonton dihiburkan dengan dua buah lagu berjudul Kalamullah dan Iktiraf yang disampaikan oleh Munif daripada kumpulan Hijjaz, Izzat (Mirwana) serta Salleh dan Faiz (Brothers).


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:52 AM   0 comments
Shahran teruskan kepakaran sebagai qari dalam PDRM
Thursday, July 27, 2006
Utusan Malaysia, 27 julai 2006

Oleh Ferzalfie Fauzi


Mohamad Shahran memperdengarkan bacaan al-Quran dalam satu majlis Tilawah al-Quran.


Terkejut dan kecewa – itulah perasaan yang terbuku dalam hati Inspektor Mohamad Shahran Termizi, 27, apabila melihat anak-anak gadis Melayu beragama Islam di ibu kota terjebak dengan ‘kerjaya’ pegawai perhubungan pelanggan (GRO).

Lebih mendukacitakan Mohamad Shahran adalah apabila dia melihat segelintir golongan itu yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadikan GRO sebagai kerjaya sambilan untuk menambah pendapatan.

“Saya pernah menahan mereka dalam satu operasi pada bulan puasa dan bayangkanlah, kesedaran mereka untuk memuliakan bulan Ramadan terhakis sama sekali. Boleh dikatakan rasa malu mereka juga terhakis,’’ keluh Inspektor muda yang bertugas di Bahagian Pelucuthakkan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor itu ketika ditemui baru-baru ini.

Berlatarbelakangkan keluarga yang patuh dan berpegang kuat pada ajaran agama, Mohamad Shahran amat kecewa dan berasa geram dengan tindak-tanduk muda-mudi zaman sekarang.

Selain daripada tugasan hakikinya sebagai seorang pegawai polis, sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Mohamad Shahran untuk menegur kesalahan anak-anak muda yang jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam.

“Selain bekerja untuk dapat pendapatan, saya juga meletakkan niat bahawa kerja ini adalah satu ibadah,’’ tegas anak bongsu daripada 11 adik-beradik ini yang memiliki kepakaran membaca al-Quran. Dia dikenali sebagai qari PDRM.

Menyingkap kepakarannya memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik, anak kelahiran Bukit Gantang, Perak ini memberitahu, beliau mendapat tunjuk ajar daripada bapanya, Termizi Mohamad, yang merupakan seorang guru agama yang berpengalaman selama 30 tahun dan pernah menjadi hakim Tilawah Kebangsaan.

“Setiap hari bapa saya akan mengajar qari-qari yang tinggal berdekatan dengan rumah saya dan dari situlah timbul minat dalam diri saya untuk menjadi seorang qari yang disegani,” katanya.

Bapanya tidak lokek menurunkan petua bagaimana untuk menjadi seorang qari yang mampu memperdengarkan bacaan al-Quran dengan baik.

“Saya tidak makan makanan yang berminyak dan pedas untuk menjaga mutu suara. Selain itu, menyelam dalam air merupakan teknik yang terbaik untuk memiliki nafas panjang yang amat diperlukan dalam bacaan al-Quran,’’ ujarnya.

Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Panglima Bukit Gantang dan Sekolah Menengah Tengku Menteri Changkat Jering, Perak, Mohamad Shahran sudah mula menunjukkan kebolehannya dengan menjuarai Tilawah al-Quran peringkat daerah sebanyak lima kali dan sekali menjadi johan negeri.

Kecermerlangannya dalam bidang itu diteruskan lagi apabila dia muncul naib johan sebanyak dua kali dalam pertandingan antara kakitangan Syarikat Telekom Malaysia Berhad peringkat kebangsaan ketika bertugas di badan korporat itu selama empat tahun selepas menamatkan pengajian di Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dalam jurusan perakaunan.

Ditanya mengapa beralih ke bidang kepolisan, beliau menjelaskan, kerjaya sebagai seorang anggota polis merupakan minatnya sejak kecil lagi dan minat itu makin mendalam selepas dua orang abangnya menjadi anggota polis.

Narkotik

“Saya menyertai polis selepas empat tahun bekerja dengan Telekom Malaysia. Saya menjadi Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak pada 1 November 2003 dan tamat latihan sembilan bulan berikutnya iaitu pada 21 September 2004,’’ katanya.

Sebaik sahaja tamat latihan pada bulan Disember 2004, beliau terus diserapkan di Ibu Pejabat Kontijen Shah Alam di Bahagian Pelucuthakkan Harta, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sehingga sekarang.

Menurut Mohamad Shahran, kerjaya yang dipilihnya kini tidak pernah melunturkan kepakarannya sebagai qari apabila beliau dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan Tilawah al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Maktab PDRM Cheras pada Jun lalu.

“Ia merupakan satu kenangan yang manis buat saya kerana saya dapat memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar,’’ katanya.

Selain itu, Mohamad Shahran juga aktif menganggotai kumpulan Qasidah Al-Najwa dan pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan 2006 di Stadium Malawati Shah Alam baru-baru ini, kumpulan itu diberi peluang untuk mempersembahkan bakat mereka pada upacara pembukaan dan penutup.

“Saya amat berbesar hati apabila menyertai kumpulan Qasidah Al-Najwa yang dibimbing khas oleh tokoh agama yang tersohor dalam negara kita, Datuk Hassan Azhari,’’ ujarnya.

Beliau yang lahir pada 25 Julai 1979 telah mendirikan rumah tangga dengan Aida Yusnizan, seorang pegawai bank, dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd. Airil Azfar yang kini berusia lapan bulan.

Hebat dalam pendidikan agama, Mohamad Shahran juga membuktikan komitmen dan kecemerlangan dalam tugas yang diamanahkan kepadanya.

Dalam mengendalikan kes-kes jenayah, bukan tidak pernah anak pasangan Termizi dan Harison Othman ini cuba disogok dengan material oleh manusia yang menganggap ‘duit boleh membeli apa saja’.

“Saya pernah ditawarkan wang sogokan oleh pengedar dadah yang cuba untuk menghalang hartanya daripada disita oleh pihak polis tetapi kerana berpegang kepada prinsip ‘tugas saya adalah satu ibadah’, alhamdulillah saya mampu menepis semua itu,’’ tegasnya.

Berbicara mengenai impiannya, Mohamad Shahran menegaskan, matlamatnya hanya satu iaitu ingin menjadi qari yang berjaya di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama cemerlang dalam karier kepolisan yang diceburinya.

“Tujuan saya aktif dalam bidang keagamaan ini adalah untuk mengharumkan nama baik polis dan menepis segala tohmahan negatif yang dilemparkan oleh segelintir masyarakat.

“Suka saya menekankan kepada semua anggota polis terutama kepada anggota muda seperti saya supaya sentiasa jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas. Jangan rasa terpaksa dalam melaksanakan tanggungjawab tetapi letaklah ia sebagai satu ibadah untuk keamanan dan kesejahteraan negara.

“Pada masa yang sama, saya juga suka mengingatkan golongan remaja dan belia agar jangan terlalu taksub dengan hiburan dunia semata-mata,’’ katanya dengan penuh harapan. Ditanya mengenai perbezaan antara kelulusan yang dimiliki dengan kerjaya yang dipilih, Mohamad Shahran tidak pernah rasa menyesal menjadi seorang anggota polis walaupun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhinya.

“Saya masih lagi dalam proses pembelajaran memandangkan usia saya masih muda dan kerjaya saya baru hendak bertapak.

“Apa pun, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai atasan yang banyak membimbing dan memberi dorongan terutama sekali kepada Deputi Supritendan Razidi Tan Abdullah yang membentuk diri saya lebih matang dalam melaksanakan tugas,’’ katanya.

Yang pasti, kata Mohamad Shahran, kepakarannya dalam bidang perakaunan tidak sekali-kali disia-siakan sebaliknya ia digunakan sebaik mungkin terutama ketika mengendalikan kes-kes yang melibatkan prosedur-prosedur kewangan.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:52 PM   0 comments
‘Tuan Edmund’ puas berdebat sebelum peluk Islam
Utusan Malaysia, 27 julai 2006

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


MOHD. Danial Edmund B. John.

SYUKUR kepada Allah s.w.t. walaupun agama-Nya kini berhadapan dengan pelbagai asakan dan cabaran. Namun masih ada di celah-celah cabaran itu mereka yang akhirnya mengakui kebesaran-Nya dan tanpa paksaan mana-mana pihak sanggup meninggalkan agama asalnya untuk memilih Islam.

Antaranya ialah Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPD), Inspektor Mohd. Danial Edmund B. John, 25, yang memeluk Islam pada April lalu.

Penulis mengenali beliau sejak hampir setahun lalu ketika bertugas di Meja Jenayah Utusan Malaysia. ‘Tuan Edmund’ ialah manusia yang sentiasa bersaing dengan masa.

Sebagaimana pesatnya bandar raya Petaling Jaya itu sendiri, begitu jugalah kadar kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari di daerah itu.

Jadi, Edmund tidak pernah senang duduk dan beliau sering dilihat berada di hampir setiap tempat kejadian kemalangan tanpa mengira kecil atau besar, panas atau hujan, siang atau malam, dekat atau jauh.

“Melayan semua rekod kemalangan juga menyebabkan saya sering tidak menyedari begitu pantasnya masa berlalu. Tahu-tahu malam sudah melabuhkan tirai,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Oleh itu, bilakah Edmund berpeluang untuk mengenali Islam sehingga membolehkan beliau akhirnya mengucapkan kalimah syahadah?

“Saya mengaku kerelaan saya meninggalkan ajaran Kristian dan memeluk Islam adalah kerana saya ingin mengahwini teman wanita saya yang merupakan seorang beragama Islam.

“Dengan memeluk Islam, ia membolehkan saya bertunang dengannya baru-baru ini dan jika tidak ada sebarang aral, kami akan bernikah hujung tahun ini,’’ katanya sambil tersenyum.

Pun begitu, Edmund yang kini mahu dikenali sebagai Danial berkata, beliau tidak begitu memikirkan soal perkahwinannya itu berbanding tanggungjawab utama beliau kini iaitu untuk belajar dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul.

“Walaupun perkahwinan itu penting, tetapi bagi saya mengenali dan mempelajari Islam itu kini lebih saya utamakan.

“Ini kerana saya mahu mempunyai pegangan Islam yang kukuh bagi membolehkan saya dan tunang, Norawati Ibrahim, 26, mampu melayari bahtera perkahwinan yang kuat untuk menempuh sebarang cabaran yang mendatang,’’ katanya.

Bagi Danial, tidak ada yang lebih menjamin kebahagiaan rumah tangga kecuali pasangan suami isteri itu mempunyai pegangan dan mengamalkan ajaran agama yang sama.

“Saya tidak memeluk Islam semata-mata kerana menghormati agama bakal isteri saya. Ini kerana sekadar hormat sahaja berapa lama ia dapat bertahan.

“Malah itu sebenarnya hanya bersifat luaran sedangkan menikmati iman yang sama dapat membereskan banyak perkara dalam perhubungan suami isteri,’’ jelasnya. Begitu pun Danial mengaku bukan mudah untuk beliau meninggalkan agama asalnya.

Lebih-lebih lagi beliau yang berasal dari Tenom, Sabah adalah anggota suku kaum Lundayeh yang kebanyakan masyarakat di kampungnya merupakan penganut Kristian.

“Saya sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai kepercayaan dan pegangan yang begitu kuat terhadap Kristian aliran Protestan. Bapa saya sendiri ialah ahli gereja yang menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh masyarakat,’’ katanya.

Sebagai anak sulung daripada empat adik-beradik, Danial diasuh mengenai ajaran-ajaran Kristian dan beliau juga suka menghabiskan masa membaca kitab Injil.

“Walaupun ada ibu saudara saya – yang satu-satunya memeluk Islam dalam keluarga kami – namun saya sendiri tidak pernah terfikir mengenai agama lain kecuali Kristian,’’ katanya.

Sehinggalah Danial kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Taman Maluri, Cheras

“Selepas saya mendapat diploma dalam jurusan Sains Komputer dan mula menyertai pasukan polis pada tahun 2003, saya masih mampu mempertahankan Kristian walaupun tidak lagi sekuat berbanding semasa berada di Sabah,’’ katanya.

Tetapi apabila mula bertugas di IPD Petaling Jaya, pandangan hidupnya mula berubah akibat suasana baru di situ.

“Di sini majoriti petugas dan kakitangannya beragama Islam. Jadi ini memberikan kesan pada diri saya secara tidak langsung.

“Sedikit demi sedikit, saya mula mengenali Islam melalui pergaulan dan sehinggalah tiba bulan puasa, misalnya, saya sendiri ikut berpuasa,” tambahnya.

Puasa

Menurut Danial, suasana itu cukup harmoni lebih-lebih lagi apabila tiba masa berbuka puasa beramai-ramai.

“Saya rasa sungguh gembira dengan suasana seperti itu tetapi apabila masing-masing kemudian berkejar pulang untuk merebut peluang mendirikan sembahyang sunat tarawih, misalnya, saya tiba-tiba menjadi sedih dan keseorangan.

“Jadi semua ini menyebabkan saya cuba mengenali Islam dan atas dorongan dan sokongan kuat beberapa kakitangan di sini, niat saya untuk memeluk Islam menjadi semakin kuat,’’ katanya.

Namun perjalanan memeluk Islam masih tidak mudah selagi Danial tidak menafikan ‘kebenaran’ ajaran Kristian yang beliau anuti selama ini.

“Saya bukannya seorang alim malah mengaji Injil pun tidak habis tetapi pada masa itu saya tidak nampak apa kurangnya Kristian.

“Jadi semasa mengikuti pengajian Islam di Perkim, saya selalu berdebat dengan ustaz mengenai Islam dan Kristian.

“Kami berhenti berdialog hanya untuk sembahyang dan makan, yang lain sehingga larut malam kami tidak henti-henti membicarakan soal agama ini,’’ katanya.

Akhirnya Danial dapat menerima dan mengakui sepenuhnya kebenaran mengenai Islam.

“Malah yang lebih mengharukan Islam sebenarnya meletakkan Nabi Isa mempunyai kedudukan yang tinggi sehinggakan diperuntukkan surah Maryam dalam kitab suci al-Quran yang menjelaskan kedudukan Nabi Isa,” jelasnya.

Kata Danial, penjelasan tersebut begitu menjawab persoalan selama ini sama ada baginda itu benar-benar tuhan atau nabi.

“Rupa-rupanya baginda hanyalah seorang manusia yang menerima wahyu untuk memberi petunjuk kepada manusia yang lain dan bukan juga raja yang mempunyai kekuasaan atas hidup dan mati rakyatnya,’’ katanya.

Perjalanan hidup Danial sebenarnya semakin ‘mencabar’ kerana pengislamannya itu bakal mengundang lebih banyak cabaran dan salah tanggapan ramai pihak.

“Saya memaklumi perkara ini dan dalam keadaan saya masih begitu baru dalam Islam tentu saya memerlukan kekuatan dan ketabahan yang tinggi.

“Namun, apa yang pasti pengislaman saya ini tidak melahirkan Danial yang lupa daratan, lupa pada asal usulnya jauh sekali ingin memisahkan diri daripada keluarga dan zaman lampaunya,’’ katanya.

Kata Danial, beliau masih mahu menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan perbezaan agama tentunya bukan menjadi penghalang.

“Saya begitu menyayangi dan sangat memerlukan keluarga saya dan berharap kepulangan saya pada suatu hari nanti ke pangkuan mereka dapat diterima dengan baik.

“Kali ini lebih istimewa bersama bakal menantu sebagai anggota keluarga baru yang juga tidak sabar untuk mengenali dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka,’’ katanya.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:41 PM   0 comments
Sejarah bukti kezaliman Yahudi
Berita Harian, 27 julai 2006


KEZALIMAN Israel terhadap orang Islam sebenarnya bukan baru. Walaupun serangan terbaru Israel ke atas Palestin dan Lubnan lebih menjurus kepada faktor politik, isu keagamaan tidak boleh diketepikan memandangkan seteru mereka – Hizbullah dan Palestin menonjolkan imej pejuang Islam.

Bagi penganut Islam, tindakan kekerasan dilakukan Israel seharusnya boleh dijangka kerana al-Quran sendiri banyak menceritakan bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.

Malah, Allah memberi peringatan kepada umat Islam menerusi Surah al-Maidah, ayat 82 bermaksud: “Sesungguhnya kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang beriman ialah orang Yahudi dan musyrik.”

Shakil Ahmed Zia, dalam bukunya A History Of Jewish Crimes pula menyenaraikan beberapa ‘jenayah besar’ yang dilakukan kaum Yahudi terhadap Nabi dan Rasul, Islam, Kristian, Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Barat. Akibat jenayah yang mereka lakukan itu maka wujud gerakan anti-Yahudi dengan sejarah juga menunjukkan bagaimana golongan Yahudi pernah diperangi, ditindas serta sentiasa dipandang penuh curiga di mana saja mereka berada terutama di Eropah.

Asalnya, Islam tidak memusuhi kaum berkenaan. Hal ini dibuktikan ketika permulaan Islam yang mana mereka diberi hak sama seperti penduduk Madinah lain. Mereka hanya diusir selepas melanggar perjanjian dengan orang Islam apabila bersekongkol secara sulit dengan musuh Islam untuk menyerang Madinah.

Malah, seorang pendeta Yahudi, Rahib Benjamin Blech, dalam bukunya Jewish History and Culture menyatakan orang Yahudi menikmati zaman paling aman, kreatif, produktif dan menyinar selepas kemunculan Islam.

Sambil menyifatkannya sebagai zaman keemasan, Blech berkata sifat toleransi jelas kelihatan antara orang Arab dan Yahudi ketika zaman berkenaan yang memungkinkan lahir ramai golongan intelektual, ahli perniagaan, ahli seni, diplomat dan penasihat kerajaan yang disegani di kalangan orang Yahudi.

Begitu juga ketika zaman pertengahan, kaum Yahudi menjadi antara golongan kaya, maju, berpengaruh serta menjadi antara kaum teramai ketika pemerintahan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Mereka hidup dalam suasana makmur di bawah pemerintahan kerajaan Islam dalam tempoh 900 hingga 1200 Masihi sehingga kerajaan berkenaan ditumpaskan oleh tentera Kristian di bawah naungan Ratu Isabella.

Selepas kejatuhan Granada di tangan Isabella dan Ferdinand II, kedua-duanya mengeluarkan Perintah Alhambra pada 1492 bagi mengusir semua orang Yahudi dari Sepanyol dan seluruh wilayah jajahannya.

Sebahagian besar orang Yahudi yang diusir itu kemudian mendapat perlindungan daripada Kerajaan Uthmaniah di Turki. Sikap toleransi itu juga ditunjukkan oleh Salahuddin Al-Ayubi ketika menguasai Baitulmaqdis dan ditonjolkan oleh pihak Barat sendiri menerusi beberapa filem keluaran Hollywood dengan yang terbaru menerusi Kingdom In Heaven.

Seperti dinyatakan dalam al-Quran, kaum Yahudi tidak pernah berpuas hati selagi orang Islam tidak mengikut telunjuk mereka. Bekas Dekan Fakulti Usuluddin Universiti al-Azhar, Prof Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, dalam bukunya, Orientalisme: Kesan Pemikirannya terhadap tamadun Islam berkata sepanjang sejarah orang Yahudi sentiasa mengintai peluang untuk menghancurkan Islam dan umatnya dan satu daripada caranya ialah menerusi gerakan Orientalisme.

"Mereka dapati gerakan itu sebagai pintu untuk memasukkan racun bagi menentang Islam dan orang Islam, lalu mereka masuk ke dalam bidang ini dengan berselindung di sebalik tujuan ilmu seperti mereka dapati gerakan Zionisme itu satu pintu lain yang boleh menguasai orang Arab dan orang Islam," katanya.

Dr Mahmud bagaimanapun menyatakan sukar untuk mendapat jawapan lebih jelas mengenai peranan sebenar Yahudi terhadap gerakan Orientalisme kerana sumber rujukan bagi membicarakan hal itu tertutup berikutan kejayaan golongan berkenaan menyusup masuk dan menyesuaikan diri sehingga menjadi satu unsur asasi dalam gerakan Orientalis Eropah.

Beliau hanya memberi contoh, Ignaz Goldziher (1850-1921), yang berjaya pada zamannya untuk menjadi seorang ketua pakar dalam pengajian Islam dan diiktiraf sebagai pengasas pengajian Islam moden di Eropah.

Goldziher menjelajah negara Islam terutama Syria, Palestin dan Mesir serta menghadiri ceramah ulama dan cendekiawan Islam di Universiti al-Azhar di Kaherah. Kepakarannya sukar diatasi oleh mana-mana sarjana Barat sehingga bukunya seperti Islamic Theology and Law masih dihargai, dirujuk dan dihormati oleh golongan Orientalis sehingga sekarang.

Goldziher juga yang menyebarkan cerita palsu kononnya Masjid Kubah Batu di Palestin dibina oleh Khalifah Abdul Malik Marwan sebagai usaha mengalih kiblat umat Islam daripada Kaabah di Makkah ke Baitulmaqdis kerana cemburu terhadap pengaruh Abdullah Az-Zubair yang menjaga Kaabah ketika itu.

Sebenarnya, ada ramai lagi orang Yahudi menjalankan kajian secara mendalam terhadap Islam dan umatnya yang secara tidak langsung memberi dua keuntungan kepada mereka iaitu memajukan diri dan bangsa mereka serta melemahkan umat Islam.

Antaranya seperti Abraham Geiger (1810-74), rahib muda dari Frankfurt, yang menerbitkan buku Was hat Mohammed aus dem Judenthume aufgenommen?, yang mendakwa ajaran Islam adalah diciplak dari agama asal Yahudi.

Martin Kramer, dalam bukunya The Jewish Discovery of Islam menyatakan senarai pengembara, penulis dan ahli akademik berbangsa Yahudi yang memberi sumbangan dalam usaha memberi kefahaman Eropah terhadap Islam dan Arab terlalu ramai.

Sebenarnya, jumlah mereka bukan saja terlalu ramai tetapi juga terus bertambah dengan usaha tidak henti-henti dan tanpa jemu mengkaji mengenai Arab dan Islam serta menerbitkan buku mengenainya. Josef Horovitz (1874-1931), misalnya, sanggup mengembara bertahun-tahun ke Turki, Mesir, Palestin dan Syria, semata-mata mencari manuskrip Arab silam.

Sehingga kini, sudah wujud pelbagai institut dan pertubuhan di Eropah dan Amerika Syarikat yang melakukan kajian mengenai Arab dan Islam. Malah, ada antaranya yang sudah begitu kukuh kedudukannya dan dihormati di seluruh dunia, memiliki tenaga pengajar yang fasih berbahasa Arab serta menyimpan manuskrip Islam silam.

Walaupun tidak jelas peranan kaum Yahudi terhadap institusi berkenaan, yang jelas rujukan mengenai Islam lebih banyak menggunakan buku dan kajian dilakukan Orientalis berketurunan Yahudi seperti Goldziher, Geiger, Gustav Weil (1808-89), Hartwig Derenbourg (1844-1908), Solomon Munk (1805-67) dan Moritz Steinschneider (1816-1907).

Ketika ini, usaha mereka boleh dianggap agak berjaya kerana masyarakat Yahudi yang hanya berjumlah kira-kira 14.5 juta orang di seluruh dunia dengan sebahagian besarnya tinggal di Amerika Syarikat dan Israel berjaya mengawal pemikiran penduduk dunia serta menggunakan sejarah untuk mengalihkan perasaan curiga masyarakat Barat terhadap mereka kepada umat Islam.

Mereka sentiasa mengingatkan Barat mengenai dosa ‘holocaust’ serta kemenangan Islam dalam Perang Salib.

Ironinya, masyarakat Islam sendiri seakan tidak berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan itu dengan membiarkan sejarah terus dicipta oleh bangsa Yahudi seperti dakwaan Blech. Umat Islam seakan-akan terus membiarkan masa depan mereka direncanakan mengikut acuan kaum Yahudi dan masyarakat Barat.

Jika masyarakat Barat dan kaum Yahudi berlumba-lumba mengkaji Islam dan umatnya, orang Islam sendiri seolah-olah bukan saja tidak berminat terhadap ajaran agama sendiri, malah sanggup menerima bulat-bulat tafsiran mengenai agama mereka yang dibuat oleh Barat dan kaum Yahudi.

Justeru, sudah tiba masanya orang Islam kembali kepada al-Quran dan hadis serta tradisi budaya ilmu seperti zaman permulaan dan kegemilangan pemerintahan Islam terdahulu. Sarjana Islam harus mengkaji pemikiran Yahudi dan mempelajari bagaimana kaedah yang mereka gunakan sehingga berjaya menjadi bangsa yang hebat di dunia ketika ini walaupun populasi mereka hanya kira-kira satu peratus daripada penduduk dunia.

Kegigihan dan kesungguhan menuntut ilmu dalam pelbagai bidang serta kesanggupan sarjana berketurunan Yahudi menjelajah serata dunia semata-mata untuk meneroka ilmu baru sewajarnya perlu dicontohi umat Islam.

Di Malaysia, misalnya, belum ada lagi institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian pemikiran, sejarah atau budaya Yahudi, pecahan mazhab agama kaum berkenaan, kitab Talmud serta melahirkan mereka yang pakar dalam bahasa Ibrani. Sebaliknya, perkataan ‘Yahudi’ di negara ini dan negara Islam lain sering digunapakai sebagai jolokan negatif bagi perkembangan, pemikiran atau sikap yang dianggap membahayakan umat Islam.

Secara tersurat, keadaan ini berbeza di Israel. Selain bahasa Ibrani, Israel sendiri menjadikan bahasa Arab sebagai satu daripada bahasa rasminya sekali gus memastikan rakyatnya memiliki keupayaan bertutur dan membaca dalam bahasa al-Quran itu. Persoalannya sekarang, berapa ramaikah umat Islam yang fasih bertutur dan membaca dalam bahasa Ibrani?

INTI PATI
  • Al-Quran banyak menceritakan kedegilan Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.

  • Yahudi jadikan gerakan Orientalisme sebagai pintu untuk memasukkan racun bagi menentang Islam dan orang Islam, lalu mereka masuk ke dalam bidang ini dengan berselindung di sebalik tujuan ilmu.

  • Seorang tokoh Yahudi, Ignaz Goldziher (1850-1921), yang berjaya pada zamannya untuk menjadi seorang ketua pakar dalam pengajian Islam dan diiktiraf sebagai pengasas pengajian Islam moden di Eropah.


  • Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 6:11 PM   0 comments
    Personaliti: Zaid berjuang menerusi JIM bela umat ditindas

    PROFIL


    NAMA: Zaid Kamaruddin
    ASAL: Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor
    LAHIR: 15 Ogos 1956

    PENGALAMAN ketika terbabit dalam gerakan pelajar sejak usia belasan tahun hingga kini jika dikumpul, cukup untuk melahirkan sebuah buku mengisahkan pahit manis erti perjuangan.

    Namun, bagi Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, 50, beliau mempunyai alasan tersendiri untuk menangguhkan hasrat menghasilkan buku walaupun kerap didesak rakan.

    Katanya, jika dibukukan, mungkin peristiwa yang pernah dilalui tidak dapat digambarkan daripada perspektif sebenar kerana setiap cerita boleh mendatangkan interpretasi berbeza kepada mereka yang membacanya nanti.

    “Apabila saya bercerita dengan sahabat, maklum balas mereka terhadap cerita saya itu menunjukkan wujud pandangan berbeza. Mungkin bagi saya yang melalui saat itu mempunyai pandangan tersendiri, tetapi bagi mereka, kesan yang dirasakan lain.

    “Ia memberi cabaran kepada saya untuk menghasilkan buku kerana takut apa yang diceritakan nanti, dilihat daripada sudut pandangan berbeza oleh pembaca. Niat itu memang ada,” katanya yang tersenyum ketika mengemukakan cadangan itu.

    Kisah dilalui Zaid agak menarik kerana beliau mengenali perjuangan pergerakan pertubuhan bukan kerajaan ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Brighton Technical College, di selatan England.

    Pembabitannya dalam gerakan pelajar di sana ketika itu, atas keperluan mencari jati diri sebenar dan sumber yang hampir ialah kesedaran dan penghayatan terhadap Islam.

    Kehadiran anak muda Malaysia melanjutkan pengajian ke Britain mendedahkan mereka kepada banyak perkara sebelum ini tidak ditemui di tanah air hingga ada yang terpengaruh dengan kehidupan masyarakat tempatan. Sementara sesetengah yang lain pula cuba mengekalkan asas yang ada dalam diri dengan menghayati Islam.

    Masalahnya, Islam di luar negara adalah Islam global mencerminkan umat daripada pelbagai bangsa, bahasa, mazhab dan budaya.

    Zaid berkata, perbezaan itu mendedahkan mereka kepada pelbagai pandangan dan mazhab yang menjadi amalan umat Islam lain sehingga mendorong mereka menumpukan pemahaman mengenai Islam kepada sumber asalnya al-Quran dan sunnah.

    Katanya, melalui pertubuhan Majlis Syura Muslim (IRC) yang dianggotai gabungan pelajar Islam Malaysia yang lahir pada 1975, mereka memperjuangkan Islam dengan mengaitkannya secara terus kepada erti persaudaraan dalam Islam.

    “Perbezaan ideologi di antara Islam dan Barat juga mewarnai perdebatan yang akhirnya mendesak anggota IRC mendalami untuk lebih memahami Islam dan falsafah hidup masyarakat Barat.

    “Jadi untuk lebih fokus, kami kembali kepada sumber asal syariat Islam iaitu al-Quran dan sunnah. Tumpuan perjuangan juga ketika itu bersandarkan sudut pandang Islam untuk isu kemasyarakatan dan pembangunan ekonomi negara,” katanya.

    Sekembali ke tanah air pada 1982, Zaid bergiat cergas sebagai aktivis memperjuangkan pelbagai isu untuk kepentingan umum melalui gagasan alternatif Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang berpengaruh ketika itu.

    Malangnya, pada Mac 1982 berlaku perubahan dalam kepemimpinan Abim yang menyebabkan kebanyakan aktivis Islam yang mendapat pendedahan di Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Mesir, mengambil keputusan menubuhkan organisasi baru.

    Berbekalkan kesepakatan dan matlamat terus menjadi gerakan Islam yang menghayati pengertian al-Islah bermaksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian, maka JIM ditubuhkan pada Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411.

    Sebagai sebuah organisasi dakwah dengan keahlian mencecah 8,000 orang, JIM yang kini mempunyai 14 cawangan negeri terus berkembang dan menempatkan diri dalam masyarakat dengan misi ‘Bersama Islam Membina Masyarakat’.

    Menerajui gerakan berteraskan kegiatan dakwah dan pembangunan sosial, Zaid yang pernah menjawat pelbagai jawatan dalam JIM berkata, matlamatnya adalah jelas demi pembangunan Islam dan masyarakat.

    Anak ketiga daripada empat beradik itu menjelaskan, semangat kepemimpinan dan perjuangan yang menyubur dalam dirinya, hasil siraman rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu saudara Islam yang lain.

    Perasaan tanggungjawab itu diterjemahkan melalui usaha berterusan JIM membela hak asasi manusia dan menentang apa juga tindakan berbentuk penindasan atau penganiayaan terhadap umat Islam seluruh dunia.

    Ia dikuatkan dengan prinsip bahawa medan dakwah terlalu luas untuk sesiapa saja menyumbang dengan apa juga cara bagi menghasilkan kesan positif jangka panjang yang memberi manfaat kepada semua.

    Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 5:08 PM   0 comments
    Umat Islam diajak bermunajat agar mahkamah tolak permohonan murtad
    Wednesday, July 26, 2006
    Harakahdaily, 26 julai 2006



    Wed | Jul 26, 06 | 05:21:09 PM
    Oleh Mohd Rashidi Hassan


    KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Umat Islam di seluruh negara diminta berpuasa sunat esok (Khamis) dan menunaikan solat hajat pada malam hari untuk memohon ke hadrat Allah supaya mahkamah menolak permohonan Azlina Jailani untuk keluar Islam dengan menggugurkan nama Islam pada kad pengenalannya untuk dikenali sebagai Lina Joy.

    Dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan di hadapan Mahkamah Persekutuan, Azlina memohon untuk pemansuhan (deletion) perkataan “ISLAM” sebagai agama dalam kad pengenalan Lina Joy.

    Permohonan ini ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata pihaknya bimbang gejala murtad akan bertambah buruk jika mahkamah memberikan kebenaran kepada Azlina untuk keluar Islam.

    Sehubungan dengan itu beliau menyeru umat Islam juga diseru untuk hadir beramai-ramai di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya 28 Julai ini, untuk memberikan sokongan kepada pihak berkuasa agama untuk mempertahankan kesucian Islam di Malaysia.

    Agenda tersirat

    Menurut kumpulan NGO Pembela Islam (PEMBELA), isu yang dicabar oleh Lina Joy merupakan suatu yang amat serius kerana ia memberikan implikasi sama ada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti dan diamalkan.

    Menurut mereka ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan.

    Menyentuh lebih lanjut isu ini, Ustaz Riduan berkata, umat Islam merasakan ada suatu agenda tersirat apabila kes yang dibawa Lina Joy mendapat sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain).

    Seorang peguam (anggota PPI) yang menghubungi Harakahdaily berkata, jika mahkamah membenarkan permohonan Lina Joy, status Islam sebagai Agama Persekutuan akan (Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan) tidak bermakna sama sekali kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

    Ini kerana katanya, menurut Perlembagaan Malaysia, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain.

    Contoh, Artikel 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain akan terhapus.

    Kes Lina Joy juga menyentuh Artikel 11(4), di mana ia memberi hak kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.

    Jika kes Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

    Malah ia juga secara serius menyentuh Artikel 160, di mana MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM.

    "Membenarkan kes Lina Joy bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu dihapuskan. Ini juga bermakna orang Melayu yang dibenarkan murtad secara automatis melupuskan status, hak-hak dan keistimewaannya sebagai Melayu," tegas beliau.

    Himpunan Raksaksa Anti-Murtad

    Sehubungan dengan itu PEMBELA turut menganjurkan Himpunan Raksaksa Anti-Murtad Negeri Selangor pada 30 Julai 2006 mulai jam 8.30 pagi di Dataran Surau An-Nur, Fasa 1, Bandar Baru Bangi, Selangor (berhampiran Darussyifaa').

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, antara pemimpin NGO yang akan berucap adalah Yusri Mohamad (Presiden ABIM/Pengerusi Gabungan NGO Pembela Islam), Sulaiman Abdullah, Prof Dr Abdul Aziz Bari, Mohamed Hanipa Maidin, Dato Muhamad Burok dan Zulkifli Noordin. Manakala Ustaz Shafie Ngah bertindak sebagai moderator.

    Program tersebut adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi/Surau-Surau, Gabungan NGO-NGO Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) dan PEMBELA.


    Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 7:27 PM   0 comments
    SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN 3
    Tuesday, July 25, 2006
    Diary seorang mujahid

    Kenapa Berserban ?

    Serban ialah pakaian yang dipakai oleh golongan lelaki dililit diatas kepala sebagaimana dinyatakan dalam mu'jam dibawah:

    و فى المصباح المنير والمعجم الوسيط والمخصص لابن سيده تم تعريفهم للعمامة مايلى:العمامة : اللباس الذى يلاث ( يلف ) على الرأس تكويرا ، وتعمم الرجل ، والجمع عمائم

    Masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga telah memakai serban dan hal ini telah menjadi kebiasaan dan adat mereka. Apabila datang Islam, pengamalan memakai serban diteruskan memandangkan ianya adalah satu perkara yang baik.

    My Photo Rasulullah saw juga berserban dan telah menyatakan dalam sabdaan Baginda tentang serban ini bahkan terdapat hadis yang menyuruh agar Sahabat beserban, membuktikan bahawa pemakaian serban ini bukanlah menjadi ikutan dan adat semata-mata, malahan ia adalah Sunnah dan petunjuk (al hadyu) Baginda saw yang agung. Ini kerana sunnah bermaksud:

    السنة النبوية هي ما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير، وأضاف بعض أهل العلم أو صفة سواء خَلقِية أو خُلُقية

    “ Sunnah An Nabawiyyah ialah apa yang sabit dari nabi saw yang terdiri dari perkataan , perbuatan atau taqrir ( dan telah ( menyandarkan ) menyatakan oleh sebahagian ahli ilmu ) atau sifat samaada Khalqiyyah ( semula jadi ) atau Khuluqiyyah .( perlakuan seharian )

    DALIL-DALIL BERKAITAN DENGAN SERBAN

    Antara dalil yang disebut bahawa Nabi saw memakai serban ialah:

    حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ‏ ‏قَالَا أَخْبَرَنَا ‏ ‏وَكِيعٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مُسَاوِرٍ الْوَرَّاقِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَعْفَرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَطَبَ النَّاسَ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ

    Bhw Rasulullah saw. telah berkhutbah dihadapan manusia dan di atasnya serban berwarna hitam.

    Riwayat Imam Muslim

    ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏هَارُونُ بْنُ إِسْحَقَ الْهَمْدَانِيُّ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَدَنِيُّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ مُحَمَّدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نَافِعٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏كَانَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِذَا اعْتَمَّ ‏ ‏سَدَلَ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏‏قَالَ ‏ ‏نَافِعٌ ‏ ‏وَكَانَ ‏ ‏ابْنُ عُمَرَ ‏ ‏يَسْدِلُ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏عُبَيْدُ اللَّهِ ‏ ‏وَرَأَيْتُ ‏ ‏الْقَاسِمَ ‏ ‏وَسَالِمًا ‏ ‏يَفْعَلَانِ ذَلِكَ

    Dari Ibnu Umar telah berkata : Adalah Nabi saw apabila berserban , ia telah melabuhkan hujung serbannya kebelakang antara kedua bahunya . Telah berkata Nafi’ dan adalah Ibnu Umar melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara kedua bahunya . Telah berkata Ubaidullah dan aku telah melihat Al Qasim dan Saalim keduanya melakukan sedemikian itu.

    Riwayat Imam Muslim

    ما ورد عن ابن عمربن حريث قال " كأنى انظر الى الرسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر ، وعليه عمامة سوداء ، وقد ارخى طرفيها ( فى رواية : طرفها ) بين كتفيه "

    Apa yang telah datang dari Ibnu Umar bin Harith telah berkata : Bagaikan aku melihat kepada Rasulullah saw di atas mimbar dan diatasnya serban yang berwarna hitam dan sesungguhnya ia telah melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara dua bahunya.

    Riwayat Imam Muslim,Nasaie,Abu Daud

    Dalam nas di atas dinyatakan bahawa Nabi saw membiarkan ekor serban diantara dua bahunya, bahkan Sahabat dan Tabien mengikut amalan memakai serban yang diamalkan oleh Nabi ini.

    Demikian itulah, terdapat perbahasan dalam Feqh Islam tentang kaedah sebenar memakai serban yang menepati Sunnah Baginda saw seumpama dinyatakan dalam Raudhah Tolibin bahawa yang menjadi sunnah ialah serban yang mempunyai perca yang dilepaskan antara dua bahu, setengah Ulamak menyatakan diletak perca serban disebelah bahu yang kanan.

    Dalam hadis yang lain dinyatakan:

    ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي الْحَسَنِ الْعَسْقَلَانِيِّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ رُكَانَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رُكَانَةَ ‏ ‏صَارَعَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَصَرَعَهُ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏رُكَانَةُ ‏ ‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّ فَرْقَ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُشْرِكِينَ الْعَمَائِمُ عَلَى ‏ ‏الْقَلَانِسِ ‏ ‏

    Telah berkata : Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis ( jama’ qalanswah ) iaitu seumpama kopiah .

    Riwayat Imam Tirmizi

    Dalam hadis di atas jelas Nabi saw menyatakan bahawa serban adalah salah satu syiar Islam yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir. Nas di atas walaupun tidak datang dalam bentuk arahan tetapi ia adalah taujih khabari yang seakan-akan menggalakkan memakai serban ( dalam ruang lingkup yang tidak sampai peringkat wajib )

    وقد ثبت في الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه عمم عبد الرحمن ابن عوف ، وأرسل العَذَبة بين كتفيه، وقال: هكذا فاعتمَّ يا بن عوف

    Dalam hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Nabi saw pernah menyuruh Abdul Rahman ibn Auf agar berserban dan menunjukkan kepadanya cara berserban.Hal ini di jelaskan dalam kitab Raudhah Thalibin Imam Nawawi.

    Dalam nas yang lain dinyatakan bahawa Nabi telah memakaikan serban keatas kepala salah seorang sahabat:

    حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدٍ الرَّازِيُّ أَنَّ أَبَاهُ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَجُلًا بِبُخَارَى عَلَى بَغْلَةٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ وَيَقُولُ كَسَانِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

    Telah menjelaskan kepada kami yahya bin Musa , menjelaskan kepada kami Abdur Rahman bin Abdullah bin Saad Ar Raazi bahawa bapanya telah mengkhabarkannya dari bapanya telah berkata : Aku telah melihat seorang lelaki di Bukhara, di atas tunggangan beliau memakai serban hitam dan beliau berkata: Rasulullah saw telah memakaikan nya kepadaku

    Hadis riwayat Tirmizi

    Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Nabi saw meyapu air ke serban ketika berwudhuk, menyatakan bahawa Nabi saw dalam banyak keadaan berserban terutama ketika mengerjakan Solat, perca kain serban tersebut dilepaskan diantara dua bahunya, dan Baginda menggalakkan agar Sahabatnya berserban seumpama yang telah dinyatakan kepada Abdul Rahman Ibnu Auf Radhiallahu 'Anhu:

    حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ قَالَ بَكْرٌ وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ وَذَكَرَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى نَاصِيَتِهِ وَعِمَامَتِهِ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ذَكَرَ بَعْضُهُمْ الْمَسْحَ عَلَى النَّاصِيَةِ وَالْعِمَامَةِ وَلَمْ يَذْكُرْ بَعْضُهُمْ النَّاصِيَةَ و سَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ الْحَسَنِ يَقُولُ سَمِعْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يَقُولُ مَا رَأَيْتُ بِعَيْنِي مِثْلَ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقَطَّانِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةِ وَسَلْمَانَ وَثَوْبَانَ وَأَبِي أُمَامَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَأَنَسٌ وَبِهِ يَقُولُ الْأَوْزَاعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ قَالُوا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ و قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ لَا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ إِلَّا بِرَأْسِهِ مَعَ الْعِمَامَةِ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ قَالَ أَبُو عِيسَى و سَمِعْت الْجَارُودَ بْنَ مُعَاذٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعَ بْنَ الْجَرَّاحِ يَقُولُ إِنْ مَسَحَ عَلَى الْعِمَامَةِ يُجْزِئُهُ لِلْأَثَرِ

    ……katanya: telah berwudhuk Rasulullah saw dan kemudiannya disapukan air ke atas dua khuf dan serban baginda. Berkata Bakr: sesungguhnya aku mendengarnya dari ibn Mughirah. Telah menyebut Mohd ibn Basyyar dlm hadis ini pada tempat lain bahawasanya Rasulullah menyapu diatas ubun-ubunnya dan serban Baginda. Sesungguhnya diriwayatkan hadis ini selain dari riwayat Mughirah ibn syu'bah, sesetengah rawi menyebut di atas ubun-ubunya dan serbannya dan tidak disebut dalam setengah riwayat yg lain akan ubun ubun

    Hadis riwayat Tirmizi

    Pandangan Ulamak:

    Ibnul Qayyim telah menyifatkan perihal serban Nabi saw sebagaimana dalam nasnya:

    قال ابن القيم: لم تكن عمامته صلى الله عليه وسلم كبيرة يؤذي الرأس حملها و لا صغيرة تقصر عن وقاية الرأس بل كانت وسطاً بين ذلك وخير الأمور الوسط. وكان الرسول صلى الله عليه وسلم يعتم بعمامة بيضاء وأحياناً خضراء أو غير ذلك

    “Telah berkata Ibnu Qayyim : Tidaklah serban Rasulullah saw itu besar yang menyakitkan kepala untuk menanggungnya dan tidak kecil sampai tidak memelihara kepala , malah ia sederhana . Sebaik – baik perkara ialah pertengahan/sederhana . dan adalah Rasulullah saw memakai serban berwarna putih dan terkadang hijau atau selainnya.”

    Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
    oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

    Antara Ulamak Salafi, Syeikh Muhammad ibn Soleh Usaimin ( rujukan ulamak salafi kini ) juga telah menyebut tentang pemakaian serban, bahawa serban adalah pakaian malaikat, Nabi melihat malaikat memakainya pada perang badar lalu Baginda iqtida' dengan amalan tersebut. ( tetapi kenapa ramai anak buah salafi yang kata serban adalah adat masyarakat arab dan sunnah jibiliyah sahaja ?? )

    ولقد اعتم صلى الله عليه وسلم بعد بدر حيث رأى الملائكة تلبسها. وصحة لبس المصطفى للسواد ونزول الملائكة يوم بدر بعمائم صُفر لا يعارض عموم الخبر الصحيح الآمر بالبياض

    Dan sesungguhnya Nabi saw telah memakai serban selepas Ghazwah Al Badar sekira – kira baginda telah melihat ( bagaimana ) Malaikat memakainya.

    Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
    oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

    Sebenarnya kenyataan tersebut,yang menyatakan bahawa Malaikat Jibril berserban, bukan sahaja dalam perang badar tetapi pada waktu selain peperangan sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis Aishah Radhiallahu 'Anha , Bahawa Jibril as telah mendatangi Nabi saw sedang Jibril memakai serban yang percanya dihulurkan antara dua bahunya :

    حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَخِيهِ عَنِ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بِرْذَوْنٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ طَرَفُهَا بَيْنَ كَتِفَيْهِ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَأَيْتِيهِ ذَاكَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام

    Hadis riwayat Imam Ahmad

    Sementara Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi ) dalam risalahnya At Thawabit al Asasiah fil Islam telah menyatakan:

    وكل أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم هي في مجال التأسي والقدوة فإن خير الهدى هدى محمد صلى الله عليه وسلم فجميع ما فعله الرسول صلى الله عليه وسلم في طعامه وشرابه ولباسه، ونومه وقيامه، وصحبته، ومعاشرته، وطرائق حياته ومعيشته كل ذلك كان على أتم الهدى وأسمى ما يتأدب به المتأدبون، ويفعله الحكماء العالمون... والخلاصة أنه ليس شيءٌ من أفعال الرسـول صلى الله عليه وسلم يخرج عن التأسي والاقتداء حتى في أموره الجبلية الحياتية.. وأما في أعماله التشريعية فإن يجب الأخذ بسنته لأنها تشريع من الله سبحانه وتعالى.

    “..dan setiap perbuatan Rasulullah saw adalah menjadi pedoman dan ikutan . Maka sesungguhnya sebaik – baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Justeru itu , semua yang telah dilakukan oleh rasulullah saw , makan , minum , berpakaian , tidur , berdiri , persahabatan , berkeluarga , cara hidup seharian dan bermasyarakat , semuanya adalah semulia – mulia petunjuk dan setinggi – tinggi adab yang dimiliki oleh orang yang beradab dan melaksanakannya oleh para hukama’ yang berilmu .

    Kesimpulan : Sesungguhnya tiada suatu pun daripada perbuatan Rasulullah saw terkeluar dari pedoman dan ikutan , sekalipun dalam perkara Al Jibiliyyah Al Hayaatiyyah .

    Adapun pada amalan – amalan baginda saw. yang disyariatkan , maka sesungguhnya wajib dilaksanakan sunnahnya , kerana ia disyariatkan daripada Allah swt.”

    Kenyataan Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ini menyatakan bahawa sunnah jibiliyah , biarpun ia adalah sunnah adat biasa , namun guru - guru yang bermanhaj salafi tegas menyatakan bahawa , mengamalkan walaupun sunnah jibiliyah adalah mengikut petunjuk Nabi saw.

    قال حسان بن ثابت رضي الله عنه يصف أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم من المهاجرين والأنصار: إن الذوائب من فهر وإخوتهم قد بيَّنوا سُنَناً للناس تُتَّبَعُ يرضى بها كلُّ من كانت سريرته تقوى الإله وبالأمر الذي شرعوا

    Telah berkata Hasan bin Thabit : sesungguhnya serban yang mempunyai percanya ( ekornya ke belakang ) dari puak-puak Fihr dan saudara-saudara mereka (muhajirin dan ansar) telah menerangkan (dengan pemakaian mereka) kepada manusia seluruhnya sunnah supaya di ikuti, diredhai (oleh Allah) setiap apa yang yang diikuti pada jalannya, sebagai sifat taqwa kepada Allah dan mengikut arahan yang disyariatkan .

    Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 4:26 PM   0 comments
    2 masjid kukuh walau dihempas tsunami
    Monday, July 24, 2006
    Berita Harian, 24 julai 2006

    CIPATUJAH (Jawa Barat): Sekurang-kurangnya dua masjid di sini berdiri kukuh walaupun dihentam ombak tsunami sedangkan kawasan sekitarnya umpama padang jarak padang terkukur.




    TETAP KUKUH: Masjid yang tidak rosak walaupun
    di sekitar bangunan di sekitar kawasanya musnah dilanda
    tsunami di Pantai Sipatujah.

    Masjid Jamie As Sunnah yang terletak di pinggir pantai Cipatujah hanya mengalami kerosakan kecil iaitu pagar, cermin tingkap, beberapa jubin lantai dan peralatan elektrik yang rosak.

    Tsunami yang memusnahkan puluhan rumah dan gerai di sepanjang pantai itu, menyusul tidak lama selepas kira-kira 20 penduduk menunaikan solat Asar.

    Sebahagian penduduk mengaitkannya dengan kekuasaan Allah SWT dan melihat sebagai peringatan kerana ada hampir 20 gerai yang menjual minuman keras termasuk kepada pelancong walaupun hanya 100 meter dari masjid.

    "Lihatlah kekuasaan Tuhan, kebanyakan bangunan di sini khususnya gerai lenyap tetapi masjid masih teguh. Gerai hampir dengan masjid tetapi menjual minuman keras. Di Pangandaran juga bebasnya maksiat termasuk ada tempat pelacuran dan di situ juga dihentam tsunami.

    "Saya kira ini satu peringatan kepada umat Islam," kata Supriandi, 39, semalam.

    Sementara itu, Masjid Pamungkas di Pantai Adipala di Binangun, Cilacap, Jawa Tengah, turut berdiri teguh walaupun tsunami yang melanda Desa Karangtawang menghancurkan keseluruhan rumah penduduk.

    Malah, seorang penduduk, Mangun Surojaya, 48, berkata ombak tsunami tidak memasuki bahagian dalam walaupun kedudukan masjid itu kurang 100 meter dari pantai.

    Masjid Pamungkas dengan ketinggian empat meter, panjang tujuh meter dan lebar empat meter itu dibangunkan pada 1965 dengan reka bentuk perahu sempena memperingati bahtera Nabi Nuh.

    "Jika mahu dihitung kekuatan ombak dan kemusnahan bangunan sekitar kawasan itu, seharusnya Masjid Pamungkas hancur berkeping-keping tanpa meninggalkan sisa," katanya.

    Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 4:25 PM   0 comments
    Sharifah Khasif Fadzillah finalis wanita tunggal AQ
    Utusan Malaysia, 24 julai 2006

    Oleh: ABD. AZIZ ITAR


    SHARIFAH KHASIF FADZILLAH SYED MOHD. BADUIZZAMAN.

    SHARIFAH Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman merupakan satu-satunya finalis wanita dalam pertandingan program realiti TV, Akademi Al-Quran (AQ) yang akan berlangsung pada 27 Julai ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam.

    Menerusi program terbitan stesen TV9 itu, peserta berusia 24 tahun itu akan bersaing dengan lima lagi finalis yang terdiri daripada peserta lelaki.

    Sebagai finalis wanita tunggal dalam AQ, Sharifah Khasif Fadzillah tidak berasa tertekan, sebaliknya dia akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi pertandingan program realiti TV itu.

    “Saya akan memperkemaskan lagi kelemahan saya terutamanya daripada segi bacaan dan qira’at al-Quran. Setiap hari saya berlatih dan membaca al-Quran di rumah.

    “Selain itu, saya juga akan kawal pemakanan saya supaya tidak berlebihan kerana ia boleh mempengaruhi mutu bacaan saya,” katanya kepada Mega ketika ditemui selepas sidang akhbar AQ di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Menurut anak kelahiran negeri Perak ini, dia juga tidak menganggap lima peserta lain yang bertanding dalam AQ sebagai cabaran kepadanya.

    Sebaliknya, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini akan membuktikan kebolehannya membaca al-Quran yang dipelajari daripada bapanya, Syed

    Mohd. Badiuzzaman.

    “Saya merupakan satu-satunya finalis AQ yang tidak mempunyai latar belakang pengajian rasmi dari mana-mana sekolah agama.

    “Walaupun bersaing dengan peserta lain yang lebih berpengalaman tetapi saya tidak rasa goyang atau sedikit pun rasa putus asa.

    “Malah, semua itu membakar semangat saya untuk membaca al-Quran dalam pertandingan ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

    Keyakinan dan semangat pelajar jurusan Kewangan itu tidak menghairankan kerana dia sebelum ini sudah pun membuktikan kemampuannya dalam banyak pertandingan membaca al-Quran.

    Sharifah Khasif Fadzillah pernah mewakili negeri Perak dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan sebanyak lima kali.

    Pencapaian terbaik gadis ini ialah apabila dia muncul pemenang tempat ketiga Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu.

    “Kalau boleh, tahun depan saya mahu bertanding lagi kerana cita-cita saya ialah untuk mewakili negara dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa,” katanya yang mula belajar mengaji al-Quran sejak berusia empat tahun.

    Walaupun sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Uniten dalam bidang Kewangan, tetapi dia tidak menafikan mempunyai minat yang tinggi dalam jurusan pembelajaran Al-Quran.

    Justeru, katanya, jika muncul juara AQ dan memenangi hadiah wang tunai RM30,000, dia merancang mahu membuka sebuah kelas bimbingan membaca al-Quran.

    “Kalau saya menang dalam pertandingan ini, saya mahu buka kelas mengaji al-Quran sama ada di Perak atau Kuala Lumpur.

    “Saya akan gunakan hadiah wang tunai itu sebagai modal untuk mengusahakan kelas tersebut. Itu pun kalau ditakdirkan menang,” katanya sambil ketawa.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, AQ akan memulakan musim keduanya pada tahun depan.

    AQ diteruskan selepas program realiti TV itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton sewaktu ia mula disiarkan April lalu.

    “Jumlah penonton AQ kini sudah mencecah satu juta penonton. Kita baru selesai memasang pemancar-pemancar TV9 di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lembah Klang.

    “Dengan adanya pemancar-pemancar baru itu, saya yakin jumlah penonton AQ akan bertambah,” jelasnya pada sidang akhbar tersebut.

    Hadir sama pada majlis itu ialah wakil-wakil penaja AQ iaitu Pengarah Urusan MMVitaoils Sdn. Bhd., Mazlan Muhammad, Pengurus Kanan Perhubungan Awam Lembaga Tabung Haji, Mohd. Rafidi Ibrahim serta Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.

    Selain Sharifah Khasif Fadzillah, lima lagi finalis AQ ialah Abdullah Fahmi Abdullah, 22, Amirahman Abas, 24, Anuar Hasin, 22, Azraie Abdul Hak, 25, dan Mohd. Shukri Ali, 24.

    Selain hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 juara AQ juga akan menerima pakej mengerjakan umrah, tempat kedua akan mendapat wang tunai RM20,000

    manakala tempat ketiga pula akan me-

    nerima RM10,000

    Baca Lagi...
    posted by Blogger @ 4:14 PM   1 comments
    About Me

    Name: Blogger
    Home: Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Kunjungan

    Pengunjung Dari Negara Online
    Previous Post
    Archives
    Links
    Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com