Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Kontroversi menanam al-Quran di Kutub Utara
Sunday, March 25, 2007
Mingguan Malaysia, 25 Mac 2007

Batalkan hasrat – Mufti HARUSSANI ZAKARIA.

KUALA LUMPUR 24 Mac – Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang bakal mengharumkan nama negara menerusi ekspedisi solo ke Kutub Utara pada bulan depan dinasihat membatalkan hasratnya untuk menanam al-Quran di benua ais itu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia adalah satu penghinaan kepada al-Quran.

‘‘Al-Quran untuk dibaca dan dihayati, bukan untuk ditanam, saya tidak bersetuju, minta dia jangan teruskan benda (perbuatan) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perbincangan pelaksanaan resolusi-resolusi yang diluluskan dalam Kongres Umat Islam Malaysia (Kuisma) di sini, hari ini.Harussani mengulas mengenai hasrat Sharifah Mazlina, 42, mengenai hasratnya untuk menanam senaskhah al-Quran kecil pemberian guru agamanya bagi membuktikan orang Islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah.

Menurut Sharifah Mazlina, cadangan menanam al-Quran itu dipersetujui beberapa pakar agama yang ditemuinya.

Beliau sebelum ini berjaya menyempurnakan misi merentas Kutub Selatan pada tahun 2004 dalam tempoh 22 hari.

Harussani berkata, bantahannya bukan kerana bimbang al-Quran akan dipijak oleh pihak-pihak lain yang melakukan ekspedisi selepas itu sebaliknya kerana ia membawa maksud seolah-olah kitab suci itu sudah mati.

‘‘Ini bukan masalah dipijak, ia berkaitan al-Quran ini mesti dihidupkan, kenapa kita tanam. Jadi seolah-olah kita menyatakan ia sudah mati,” tegasnya.

‘‘Kalau nama ayah baik tiada masalah, peraturan yang dibuat sebelum ini kerana kita bimbang mereka berkeras untuk terus menggunakan nama tidak baik itu sedangkan ia boleh menyebabkan syirik,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman semalam yang mempersoalkan tindakan Majlis Fatwa Perlis membenarkan saudara baru mengekalkan nama keluarga mereka.

Abdul Hamid berkata, sistem sedia ada supaya ditukar kepada bin atau binti Abdullah sudah cukup baik serta mudah dan wajar dikekalkan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:54 PM   1 comments
Tokoh agama punyai kelebihan luar biasa
Monday, March 19, 2007
Berita Harian, 19 Mac 2007

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad.


ABDULLAH menunjukkan sebahagian buku tulisannya
mengenai Tok Kenali

TOK Kenali bukan saja terkenal sebagai tokoh agama mempunyai ramai anak murid, malah beliau yang zuhud dalam hidupnya, dianggap wali yang dikurniakan kemuliaan Allah.


Kemuliaan itu bersandarkan pelbagai peristiwa luar biasa membabitkan dirinya sepanjang hidup dan kisah itu turut dirakamkan warisnya, Abdullah Al-Qari Salleh.

Antara peristiwa menarik yang berlaku ke atas Tok Kenali ialah keupayaannya menyeberang sungai tanpa perahu, sebaliknya secara berjalan di permukaan air.

Suatu hari Tok Kenali dijemput ke majlis perkahwinan anak sahabatnya, Mahmud di Kampung Kangkung dekat Pasir Mas. Mahmud menugaskan dua kumpulan penyambut tetamu untuk menyambut Tok Kenali serta Datuk Perdana dan Mufti.
Kumpulan pertama menunggu Datuk Perdana dan Mufti di stesen kereta api Pasir Mas, manakala yang kedua menanti Tok Kenali di pangkalan sungai berdekatan kerana beliau menaiki perahu penambang.

Kumpulan penyambut tetamu itu menunggu lama di pangkalan terbabit tetapi tiada sebuah perahu penambang yang tiba. Tiba-tiba, seorang daripada mereka menyedari yang Tok Kenali sedang berehat dan makan.

Mereka kemudian bergegas bertanyakan mengenai cara beliau menyeberangi sungai tanpa perahu penambang itu sebelum diberitahu, "Aku menyeberang ikut itulah," kata Tok Kenali sambil menunjuk arah sungai yang dilaluinya.

Pada masa lain, Tok Kenali sentiasa dipermudahkan Allah ketika hendak ke sesuatu tempat apabila beliau sentiasa sampai dahulu di tempat yang dituju walaupun paling akhir bertolak.

Dalam satu kejadian, seorang muridnya dari Perak, tidak dapat pulang ke kampung ketika cuti. Murid itu kemudian mengunjungi Tok Kenali yang sedang menyapu laman rumahnya.

Apabila disapa Tok Kenali kenapa tidak pulang ke kampung, murid itu membisu lama sebelum memberitahu, dia mahu pulang tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tiada wang.

Tok Kenali kemudian mendapatkan kerusi malasnya sebelum meminta remaja itu duduk.

"Bila aku kata pejam mata, maka kamu pejam sehingga aku kata buka," kata Tok Kenali. Murid itu menuruti permintaan ulama itu dan selepas sejam berlalu, baru Tok Kenali menyuruh murid membuka matanya.

Tok Kenali kemudian bertanyakan kepada muridnya apa yang ditempuh sepanjang memejam mata itu. Murid itu berkata, dia pulang ke kampung secara terbang dengan pantas.

Murid itu berkata, beliau turut bertemu ibu bapa serta sanak saudaranya serta menghadiri kenduri yang diadakan sepanjang tempoh sebulan dia bercuti di kampungnya.

Dalam kejadian lain, suatu hari Tok Kenali terdengar orang ramai riuh rendah bersorak di Kampung Pulau Bunut kerana meraikan kemenangan dalam laga lembu.

Beliau menegur situasi itu dengan menyatakan," gamaknya mereka bersorak menolong rumah terbakar.

Ditakdirkan Allah, malam itu unggun api yang dipasang pemilik lembu jantan yang menang dalam temasya itu untuk mengasapkan nyamuk, merebak memusnahkan rumahnya menyebabkan dia tinggal sehelai sepinggang.

Peristiwa terbabit menyebabkan penduduk Kampung Pulau Bunut dan sekitarnya meninggalkan perbuatan berlaga lembu yang berdosa dan tiada perikemanusiaan itu.

Pernah suatu hari ketika sedang berjalan, seorang lelaki Cina yang memandu, mengherdik Tok Kenali dengan kata-kata kesat kerana dianggap mengganggu laluan keretanya.

Secara tiba-tiba, kereta itu mati dan gagal dihidupkan walau ditolak, manakala pemandu itu pula mengalami masalah cirit-birit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Seorang rakan lelaki itu menyedari perbuatan lelaki terbabit menghina Tok Kenali, bergegas memohon belas ihsan ulama itu supaya memaafkan kesalahan rakannya itu. Selepas dimaafkan, baru lelaki itu pulih daripada penyakitnya..

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:07 PM   0 comments
Tok Kenali ulama kesayangan rakyat
Berita Harian, 19 Mac 2007

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad


Muhammad Yusof Ahmad, tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam dalam sistem pendidikan nusantara abad 20.


TOK KENALI (duduk kiri) bersama ulamak Kelantan yang lain Pendita Za'aba (memgang tongkat)

TOK KENALI adalah nama cukup gah di Kelantan. Ulama kesayangan semua lapisan rakyat itu dianggap tiada tolok bandingnya dan kisah hidup beliau menjadi legenda hingga kini. Malah, kerana Tok Kenali yang dilahirkan pada 1870 itu juga, Kelantan yang dikenali sebagai tanah rendah sekebun bunga ini mendapat jolokan, Serambi Makkah.

Nama sebenarnya, Muhammad Yusof Ahmad, tetapi dikenali sebagai Tok Kenali kerana dilahirkan di Kampung Kenali (kini Kubang Kerian), adalah tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam dalam sistem pendidikan nusantara pada awal abad ke-20.

Waris jauh Tok Kenali yang juga penyelidik sejarah hidup ulama itu, Abdullah al-Qari Salleh, berkata kegigihan mencari ilmu sejak muda, mendorong Tok Kenali ke Makkah dan Mesir meskipun berbekalkan RM22.

Tok Kenali ke Makkah ketika usia 18 pada 1887 dengan kapal layar dari Kuala Besar dan belajar ilmu keduniaan serta akhirat sepanjang tempoh 20 tahun tinggal di tanah suci itu.

Beliau ke Mesir dan berguru dengan muftinya, Syeikh Muhammad Abduh, yang terkenal sebagai ulama pembaharuan, pelopor gerakan Islah yang berjuang mengembalikan umat Islam kepada pegangan agama sebenar.

Pengaruh Sheikh Muhammad Abduh terhadap Tok Kenali yang amat kuat mendorongnya menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada anak muridnya apabila kembali mengajar di Masjid Besar Muhammadi Kota Bharu yang ketika itu menjadi pusat pengajian penting di nusantara.

Disebabkan minatnya yang mendalam, Tok Kenali sanggup berjalan kaki sejauh lima kilometer ke Kota Bharu, ketika itu dikenali sebagai Pulau Saba untuk belajar ilmu agama.

Bagi memantapkan sistem pendidikan, Tok Kenali sedar bahawa pendidikan jasmani (PJ) tidak boleh diabaikan dalam sistem pendidikan pondok sebab akal yang sihat seharusnya berada dalam tubuh yang sihat.

Oleh itu, beberapa kegiatan PJ diperkenalkan termasuklah berenang, menunggang kuda dan memanah, manakala kegiatan dalam rumah atau masjid ialah sembahyang sunat dan berjalan kaki ke masjid.

Satu sifat istimewa Tok Kenali ialah beliau tidak pernah memarahi muridnya kerana kebodohan mereka sebab baginya setiap perkara ada penyakitnya dan penyakit ilmu ialah lupa.

Baginya, penyakit lupa itu perlu dicari sebab atau punca, sama ada sifat fizikal (tubuh lemah, kurang tidur atau berpenyakit), atau disebabkan kesibukan urusan harian dan gangguan syaitan (terutama dalam solat). Ini mampu diatasi dengan ilmu dan memohon bimbingan Allah.

Abdullah berkata, bagi mendapatkan gambar Tok Kenali untuk tatapan generasi kini, bukanlah perkara mudah kerana sepanjang hayatnya, hanya tiga kali gambarnya dirakamkan dan itu pun dikatakan bukan atas kehendaknya.

Tiga keping gambar Tok Kenali yang diabadikan dalam sejarah hidupnya itu, terdiri ketika beliau yang berserban bulat dirakam bersama Sultan Ismail dan pembesar negeri di Masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu.

Gambarnya memakai serban bertingkat diambil bersama Dr Zaba (Zainal Abidin Ahmad - pendita Bahasa Melayu) dan kenamaan lain di perkarangan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Gambar ketiganya, diambil bersama keluarga dalam sebuah studio di Kota Bharu. Malah, ada kisah mendakwa seorang Cina ingin menyimpan gambar itu, terpaksa membuat permintaan kepada Tok Kenali.

"Tuan Guru adalah ulama besar di Kelantan. Oleh itu, benarkan saya memiliki gambar Tuan Guru," minta lelaki Cina itu.

Mendengar permintaan itu, Tok Kenali menjawab, "Saya boleh benarkan kamu menyimpan gambar saya tetapi kamu mesti jaga, tidak boleh sembah gambar saya seperti kamu sembah gambar lain".

Walaupun bukan ahli politik, namun Tok Kenali juga mengikuti perkembangan dunia. Malah, secara peribadi, beberapa sifatnya menonjolkan keupayaannya sebagai pentadbir yang bijak berpolitik

Antaranya ialah pada 1900, ketika kerajaan negeri mengadakan perjanjian dengan saudagar Inggeris, Robert William Duff, bagi pemajakan tanah di Hulu Kelantan.

Ketika itu, saudagar terbabit menaikkan bendera ‘Union Jack’ di merata tempat sekitar Hulu Kelantan, namun hasil nasihat Tok Kenali kepada pemimpin negeri ketika itu, bendera penjajah itu diturunkan.

Sebagai orang alim, ramai anak murid Tok Kenali mendakwa beliau seorang yang masin mulut dan perkara yang pernah diberitahunya akan terjadi seperti penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Beliau memberitahu muridnya, Jepun akan menyerang menerusi Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan ia berlaku pada 8 Disember 1941. Selain itu, beliau pernah berkata, bah besar akan melanda negeri ini dan pada 24 Disember 1926, bah Air Merah menenggelamkan Kelantan.

Bandar Kubang Kerian pernah menjadi sebutannya dengan mengatakan bahawa Kampung Kenali akan menjadi besar dan anak cucu penduduk kampung itu akan menjadi orang besar-besar.

Ia terbukti kini apabila Kubang Kerian menjadi bandar baru dengan bangunan tersergam indah termasuklah Masjid As-Sultan Ismail Petra dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Namun, menjelang saat kematiannya, Tok Kenali menderita kesakitan pada kakinya yang berulat itu selama kira-kira dua bulan sebelum menghembus nafasnya terakhir pada 19 November 1933 ketika berusia 65 tahun.

Bagi mengenang jasa beliau dan menghormatinya, banyak nama diabadikan dengan Kenali seperti Jambatan Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, Akademi Kenali, Institut Kenali, Dewan Tok Kenali, Seri Kenali dan sebagainya.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sengaja mengabadikan sebuah jambatan dengan nama Tok Kenali untuk menarik minat generasi muda masa kini untuk menyelidiki kehebatan tokoh itu.

Info

# Nama sebenar, Muhamammad Yusof Ahmad

# Digelar Awang Kenali sebelum dikenali sebagai Tok Kenali.

# Dilahirkan pada 1870 di Kampung Kenali, Kubang Kerian.

# Meninggal dunia 19 November 1933.

# Isteri, Cik Ruqayyah Mahmud

# 4 anak, Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.


Jawatan Tok Kenali

1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933)

2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah)

4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.

6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu

7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bahru

8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar)

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:03 PM   1 comments
Pendinding sihir menggunakan cakera padat
Friday, March 16, 2007
Utusan Malaysia, 16 Mac 2007

CAKERA PADAT...Rawatan Sihir Menurut Al-Quran dan Hadis keluaran Syarikat Ibtisam Travel & Tour Sdn. Bhd.

SESUNGGUHNYA isu ilmu sihir diperkatakan sepanjang zaman, tanpa pernah terhenti malah sehingga dibahaskan, dibuat penyelidikan dan penulisan. Pada masa yang sama, segelintir pengamal sihir yang tidak bermoral masih terus mengaut keuntungan sekali gus memesongkan akidah umat Islam.

Hakikatnya, ilmu sihir ini bukan satu jenis tetapi mempunyai pelbagai jenis. Para alim ulama menggariskan antaranya ilmu-ilmu sihir yang ada diamalkan ialah sihir yang menggunakan bahan benda, alam jin, ilmu bintang, kekuatan batin dan sihir menggunakan kepantasan tangan.

Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, Rasulullah bersabda: Jauhilah tiga perkara yang menghancurkan, Para sahabat bertanya apakah itu wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: Syirik kepada Allah s.w.t, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan kecuali dengan alasan yang benar, melarikan diri dari peperangan, menuduh wanita mukmin berzina, minum arak dan makan harta anak yatim. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sebagai Muslim kita harus menolak dan menjauhi ilmu-ilmu sihir kerana ia adalah perkara yang ditegah kerana ia boleh menyebabkan manusia menyekutukan Allah s.w.t. Ini kerana mereka yang mengamalkan ilmu sihir itu mempercayai kuasa lain selain daripada Allah s.w.t.

Inilah antara persoalan utama yang dikupas dalam cakera padat (CD) bertajuk, Rawatan Sihir Menurut Al-Quran dan Hadis, kata Pengarah Ibtisam Travel& Tour sdn Bhd, Hassan Mahmud Al Hafiz juga selaku penceramah utama produk tersebut.

Pelbagai cara dan rawatan perubatan untuk mengubati sihir dengan mengunakan kitab Allah turut terkandung dalam CD ini. Ayat-ayat al-Quran turun diselitkan untuk memudahkan para pendengar mempelajari dan memahami serta mengelak diri daripada terkena ilmu sihir.

CD ini juga menerangkan perbuatan sihir yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk merosakkan rumah tangga pasangan suami isteri serta menimbulkan kebencian dan permusuhan di kalangan manusia dengan manusia yang lain.

Secara tidak langsung, dengan penjelasan serta ayat al-Quran yang terkandung di dalamnya, diharap dapat membantu umat Islam untuk mencari penawar selain memperbetulkan segala penyelewengan dan penyelamat kepada mangsa yang terkena ilmu ini.

- Judul Cakera Padat: Rawatan Sihir Menurut Al-Quran dan Hadis.

Penerbit: Ibtisam Travel & Tour Sdn Bhd

No. 7 Jalan 2/8, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves Selangor.

Harga: RM15.90

Tempahan: 03-6138 8042..

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:01 AM   0 comments
Kementerian seperti tidak iktiraf kejayaan pelajar Yik
Thursday, March 15, 2007

Harakah daily, 15 Mac 2007

Rizal Tahir
Wed | Mar 14, 07 | 07:11:26 PM
KOTA BHARU, 14 Mac (Hrkh) – Kerajaan negeri kecewa terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana seakan-akan tidak mengiktiraf kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan yang mencatat pencapaian 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setelah membuat penilaian didapati Siti Fatimah Mukhtar adalah pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan.

Image
Siti Fatimah bersama ibunya, Aishah Mohd keriangan melihat keputusan peperiksaan yang diperolehi tempohari.

“Saya kecewa terhadap Kementerian Pelajaran kerana tidak mengiktiraf kejayaan Siti Fatimah hanya kerana beliau belajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

“Sedangkan kita memakai sukatan yang sama yang digunakan Kementerian Pelajaran. Oleh itu tidak timbul apa-apa perbezaan antara Kementerian Pelajaran dan Yik,” katanya pada sidang media di Maahad Muhammadi Perempuan di sini, hari ini.

Siti Fatimah, 17 mendapat 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan SPM 2006. Tahun ini kerajaan Pusat tidak mengisytiharkan pelajar terbaik peringkat negara dan hanya mengumumkan keputusan secara umum.

Begitu juga Jabatan Pelajaran Negeri hanya mengumumkan pelajar terbaik di Kelantan mendapat 14 1A. Sedangkan pelajar kedua terbaik di Maahad Muhammadi Perempuan iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A dan 2 2A.

Mohd Amar juga berkata, kerajaan negeri akan menaja pengajian Siti Fatimah yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

“Sebelum ini kerajaan negeri memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Tetapi oleh kerana kecemerlangan pelajar berkenaan, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi biasiswa,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan yang dicapai Siti Fatimah membuktikan sistem yang diguna di sekolah Yik mampu menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Sementara itu, dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Mohd Amar berkata, seramai 1,399 pelajar Yik mengambil peperiksaan berkenaan tahun lepas dengan kelulusan sebanyak 74.7 peratus.

Maahad Muhammadi Lelaki mendapat keputusan 100 peratus, diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (93.5 peratus) dan Maahad Rahmah Kenali (89.29 peratus).

Manakala kategori sekolah bantuan kerajaan, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadum Ma’arif (86.79 peratus), SMU A Tarbiah Mardiah (85.42 peratus) dan SMU A Khairiah Padang Pat Amat (84 peratus).

Turut hadir persidangan media itu Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood dan Ketua Penolong Pengarah Yik (Pengurusan Sekolah), Ustaz Mohamad Ya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:24 PM   0 comments
Pameran hantu khayalkan masyarakat – Mufti Perlis
Wednesday, March 14, 2007



Mohd. Asri.
Utusan Malaysia, 14 Mac 2007

KANGAR 13 Mac – Hentikan pameran hantu dan jin kerana ia tidak membantu, sebaliknya hanya mengkhayalkan masyarakat, tegas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Menurut beliau, pameran seumpama itu hanya menunjukkan masyarakat Islam terutama bangsa Melayu lebih mengutamakan perkara-perkara mengkhayalkan sedangkan masih banyak lagi perkara bersifat fakta yang harus menjadi fokus besar.

“Kenapa kita berlebih-lebih dalam perkara ini (pameran hantu dan jin)... ia tidak langsung membantu minda dan tidak membawa apa-apa kemajuan dalam usaha membangunkan Islam.

“Tumpuan berlebihan ini boleh menyebabkan dunia Islam dianggap hanya tertumpu kepada perkara-perkara mundur sebegini,” katanya.

Dr. Mohd. Asri berkata, sepatutnya pihak-pihak berkenaan berusaha menganjurkan program-program atau pameran bersifat fakta yang memberi kesan selari dengan usaha memajukan Islam.

“Benda-benda sebegini (pameran hantu dan jin) tidak patut ada (dibuat). Kita sepatutnya memikirkan perkara-perkara realistik yang bakal kita hadapi, bukannya terus berkhayal seperti ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dr. Mohd. Asri mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam.

Seorang pembaca, Mohd. Hishamuddin Mansor dari Negeri Sembilan mempersoalkan apakah manfaat yang diperoleh daripada Pameran Alam Misteri: Jin dan Hantu yang sedang diadakan di Seremban sekarang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Islam memang mengakui kewujudan makhluk halus seperti jin, syaitan, iblis dan sebagainya tetapi masyarakat tidak harus memberi tumpuan besar terhadap perkara itu.

“Dalam al-Quran juga terdapat surah-surah tertentu yang boleh dibaca apabila diganggu oleh makhluk halus ini yang bertujuan menghalau dan menjauhkan mereka.

“Tetapi jika kita terus berkhayal seperti ini, saya bimbang kita akan kembali kepada zaman Melayu lama yang mana semua penyakit akan dikaitkan dengan jin dan syaitan. Apabila sakit kita akan terus berjumpa bomoh dan jika mati pula terus dikaitkan dengan makhluk halus itu.

“Jadi, tinggalkanlah zaman bomoh-bomoh ini, kita memiliki sistem perubatan yang moden dan luas termasuk perubatan Islam. Beri fokus kepada perkara itu lebih mustahak,” katanya.

Dr. Mohd. Asri juga menyarankan supaya diadakan lebih banyak pameran tentang tamadun atau sains Islam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mampu membina minda masyarakat Islam yang akhirnya dapat bersama-sama memajukan Islam.

“Islam anti khayal, jadi lebih eloklah pameran yang mengkhayalkan seperti itu (pameran hantu dan jin) tidak diadakan. Buatlah pameran yang lebih mendatangkan manfaat,” tambahnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:24 PM   0 comments
Malaysia wajar pelopori sukan Islam
Tuesday, March 13, 2007

Utusan Malaysia, 13 Mac 2007

DR. BADLIHISHAM MOHD. NASIR.

Semua kita sedia maklum akan kepentingan sukan untuk kesihatan. Apa yang mengekang penglibatan umat Islam terutamanya wanita dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah kod pakaiannya yang tidak menutup aurat.

Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, HAYAT SUEET menemu bual pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir bagi mengupas isu ini. UTUSAN MALAYSIA: Apakah hukum bersukan dalam Islam?

DR. BADLIHISHAM: Dalam Islam, sukan adalah harus dan digalakkan. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.

Mengikut sejarah Islam, Dr. Ahmad Shalaby membahagikan sukan kepada dua iaitu yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti berlari dan berenang. Kategori kedua ialah yang membabitkan mental seperti catur, sahibba dan karom.

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Kejayaan Ruqaya Al Ghasara dalam Sukan Asia di Doha tahun lalu membuktikan pakaian menutup aurat bukan penghalang kejayaan dalam sukan. Apakah langkah yang patut diambil oleh pengeluar fesyen tempatan dalam hal ini?

DR. BADLIHISHAM: Masyarakat kita pada amnya sudah melepasi fobia takut dengan sesuatu yang dikaitkan dengan Islam. Kita telah melalui fasa kaget ini apabila berjaya memperkenalkan Bank Islam dulu. Masyarakat kita kini secara amnya telah terdedah dengan pendekatan dualisme.

Perkembangan dalam Sukan Asia 2006 itu perlu diambil peluang oleh pengeluar fesyen tempatan. Mereka wajar merebut peluang ekonomi ini dengan menghasilkan pakaian menutup aurat untuk manfaat masyarakat Muslim terutama wanita bersukan.

Contohnya ialah di Australia bulan lalu. Negara tersebut memperkenalkan pakaian renang yang menutup aurat iaitu burqini. Ia membolehkan wanita Islam berenang dan bersantai di pantai dengan selesa.

Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan-persatuan pengguna Muslim perlu bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi merealisasikan hasrat ini.

Dalam masa yang sama, para penyelidik dan pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mengkaji secara mendalam supaya menghasilkan pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi dari segi saintifiknya tidak menjejaskan mutu larian.

Sukan kini mengandungi nilai ekonomi dan hubungan sesama manusia. Bagaimana umat Islam boleh memanfaatkan hal ini untuk berdakwah?

DR. BADLIHISHAM: Sememangnya sukan kini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Islam sebagai agama yang lengkap meraikan unsur ekonomi bagi pembangunan manusia. Namun ia masih mengandungi unsur syubhat dari segi penontonnya yang bercampur lelaki dan perempuan serta dasar sukan yang berkiblatkan Barat.

Ini mendatangkan masalah besar kepada umat Islam untuk bergiat serius dalam sukan, di samping kelemahan memajukan bidang sukan. Bagaimanapun, umat Islam yang melibatkan diri dalam sukan secara profesional perlu mempunyai jati diri. Jangan hanya mengikut acuan Barat.

Dalam semua keadaan, ibadat wajib seperti solat dan puasa perlu ditunaikan walaupun bagi atlet yang bertanding di peringkat Olimpik sekali pun.

Dari segi dakwah, sukan boleh membantu. Contohnya, kejayaan cemerlang petinju terkenal Muhammad Ali sedikit sebanyak menaikkan moral orang Islam di dunia. Beliau kini melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dalam Nations of Islam di Amerika.

Begitu juga kejayaan Zinedine Zidane dalam bolasepak yang secara tidak langsung semangat umat Islam juga naik. Demikian juga kemenangan 1-0 Iran dalam Piala Dunia yang lalu membuktikan Islam berupaya memadamkan hegemoni Barat.

Dari segi dakwah di Malaysia, sukan boleh digunakan sebagai ice breaker bagi menyelami kehidupan mad’u dengan lebih mendalam. Pengalaman jabatan saya di perkampungan orang asli membuktikan hal ini. Kita berjaya merapatkan jurang antara peserta dan penduduk kampung melalui sukan bola sepak dan sukaneka.

Ada umat Islam apabila bersukan lupa akan batas aurat dan pergaulan dengan bukan mahram. Bagaimana hendak membetulkan keadaan ini?

DR. BADLIHISHAM: Batas aurat lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu sentiasa dijaga. Kecuali kita meliberalkan asas atau prinsip itu demi kononnya mencapai matlamat sukan yang dikehendaki dunia moden kini.

Justeru, kita memerlukan gabungan kepakaran antara para atlet dengan alim ulama bagi mengharmonikan dua jurang yang besar dalam perkara ini.

Persoalan yang mungkin wajar diberi perhatian ialah adakah perlu diasingkan kedudukan penonton lelaki dan wanita. Adakah perlu dibataskan acara renang wanita kepada kaum wanita sahaja?

Dalam peristiwa Nabi Muhammad berlumba lari dengan Aishah, secara logiknya ia dilakukan di kawasan terbuka. Ia mungkin disaksikan orang ramai kerana yang berlari itu adalah Rasulullah. Tetapi logik ini perlu diimbangi dengan prinsip yang menitikberatkan soal akhlak dan lain-lain.

MSN boleh memainkan peranan dalam hal ini dengan turut menitik beratkan pembinaan dan pelaksanaan polisi sukan menurut Islam.

Sebagai sebuah negara Islam, sudah tiba masanya Malaysia mempelopori temasya sukan berlandaskan adab Islam. Apa pandangan Dr?

DR. BADLIHISHAM: Kita seharusnya mengambil peluang ini. Sebabnya negara kita terbukti hebat dan berjaya menganjurkan pelbagai persidangan mahu pun sukan peringkat antarabangsa.

Islamnya sesuatu pertandingan itu bukan diukur dari menutup aurat tetapi juga harus dilihat dari mengekang aspek pembaziran dalam mengendalikan sukan.

Buat permulaan, Jakim sekali lagi perlu mempelopori dari segi menyediakan polisi adab sukan menurut Islam. Mungkin kerajaan boleh menganjurkan seminar melibatkan ahli-ahli sukan, MSN dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Antara tokoh yang boleh dilibatkan ialah seperti bekas wanita besi negara, Zaiton Othman dan Prof. Datuk Dr. Khoo Kay Kim mewakili bukan Islam.

Malaysia juga boleh mempelopori sukan negara-negara Islam sesuai dengan kedudukan sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

Kita perlu menggerakkan usaha ini supaya umat Islam mempunyai identiti sukannya sendiri. Ini penting agar kita tidak terus dikongkong dalam kerangka sukan yang dipelopori oleh Barat. Ingatlah pesanan Rasulullah dalam hadisnya, Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak, kamu akan ikut sama. Kata kami (sahabat), wahai Rasulullah! Adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Sabdanya, siapa lagi? (riwayat Syaikhan)

Bagaimana pula kedudukan kesederhanaan dalam bersukan?

DR. BADLIHISHAM: Pertamanya, jangan meletakkan sukan sebagai segala-galanya. Ini bercanggah dengan prinsip kesederhanaan dalam Islam yang meminta takrifan sederhana itu dilihat dari kaca mata Islam itu sendiri.

Dalam melaksanakan apa juga yang dibenarkan dalam Islam, kita hendaklah meletakkan hukum mengatasi segala-galanya.

Kita juga jangan terlalu taksub dengan sukan. Jangan meniru perlakuan ganas yang sering ditunjukkan oleh penyokong bolasepak England.

Sesuai dengan matlamat sukan untuk menyihatkan badan, jangan kita mengambil barang larangan termasuk dadah seperti steroid. Atlet atau pemain juga perlu mengelak daripada terlibat dalam rasuah.

Bolasepak negara misalnya masih belum mencapai tahap kegemilangan seperti pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari walaupun kini para pemain diberi pelbagai insentif dan elaun yang tinggi.

Akhirnya, dalam setiap perlakuan atau detik hidup ini jangan kita lupa tanggungjawab kepada Allah. Sukan adalah wasilah atau mekanisme bukan matlamat atau end.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:40 PM   0 comments
MLM: Ustaz, cendekiawan diminta hati-hati nyata hukum
Friday, March 09, 2007
Harakahdaily, 8 Mac 2007

Muhammad Azamin Muhammad Amin

Thu | Mar 08, 07 | 03:44:48 AM

Hasil kajian Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkaitan 'multilevel marketing' dan pelaburan internet yang menyamai skim cepat kaya menjadi topik hangat yang diperbincangkan serta mendapat reaksi pelbagai pihak malah lebih meresahkan ramai umat Islam yang terlibat dengan skim jenis ini. Bagi merungkai permasalahan ini wakil Harakahdaily menemui dan mewancara Ustaz Zaharuddin yang juga Setiausaha Majlis Penasihat Syariah di sebuah institusi kewangan antarabangsa di Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (BA) Usuluddin dari Universiti Malaya dan Sarjana (MA) Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Harakahdaily: Berikutan artikel Ustaz keluaran Harakah cetak lalu, ada yang menyoal kredibiliti atau kapasiti ustaz seolah-olah tiada 'locus standi' (kelayakan) untuk membicarakan hal MLM dan riba yang mana ustaz sendiri bertugas di bank kemungkinan terlibat dalam urusan riba?

Ustaz Zaharuddin: Dalam Islam tidak ada 'locus standi', yang penting,ambil apa yang dikatakan bukan siapa yang berkata selagi mana ia menepati syariat Islam.Ibn Umar berkata berkata: "Ilmu itu ada pada tiga, al-Quran, Hadis dan menyebut ‘aku tidak tahu’ dalam perkara yang tiada ilmu dalamnya" , maka yang penting di sini adalah apa yang disampaikan dan bukan siapa yang menyampaikan" dan ALLAH SWT menyebut: 'Bilamana kamu keliru atau bertengkar dalam satu perkara maka rujuklah jawapannya di dalam al-Quran dan Sunnah.'

Yang kedua, sebenarnya kapasiti saya yang bertugas di sebuah institusi kewangan Islam menjadikan saya lebih layak dan 'advantage' bukan 'disadvantage'. Ini kerana saya terdedah dengan 'nature' kewangan semasa, instrumen kewangan moden, hal ehwal kontrak.

Di mana tugas seperti ini memerlukan saya menyemak kesahihan sesebuah produk kewangan dan kontraknya dari sudut Shariah.

Malah di sekeliling saya juga terdapat pakar-pakar pelaburan yang boleh saya bawa berbincang berbanding dengan pihak lain yang mungkin tidak memahami apa itu 'fixed deposit', 'derivatif', 'indicative rates', bagaimana implementasi Mudarabah dan musharakah dalam bentuk praktis dan sebagainya, maka seseorang yang tidak terlibat dalam industri kewangan semasa tidak akan terdedah kepada teori sahaja, menyebabkan mereka boleh tersilap dengan mudah.

Tetapi alhamdulillah saya berada dalam industri kewangan Islam serta bergaul dengan ulama tempatan dan antarabangsa yang takhassus dalam bidang Muamalat Islam.

Seorang graduan Syariah yang bertugas di industri perbankan Islam lebih berkapasiti daripada pensyarah yang mengajar teori berkenaan Fiqh Muamalat sahaja. Mungkin seorang ustaz itu boleh mengatakan 'jauhilah riba' tetapi kami di sini bukan sekadar teori tetapi kami juga berkata sahaja, tetapi juga menjadikan ke alam realiti dan membantu umat Islam.

Kita perlu faham bahawa bank ada dua jenis, satu bank konvensional dan bank Islam. Alhamdullilah saya bertugas di salah sebuah bank Islam antarabangsa yang membuka cawangannya di Malaysia. Bank ini adalah 100 peratus Islam dalam produknya malah dananya juga semuanya datang dari institusi kewangan Islam di Timur Tengah.

Manakala Pengerusi penasihat Syariah yang saya duduk ini pula adalah Syeikh Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah untuk cawangannya di Malaysia dan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi bagi cawangan utamanya di Timur Tengah. Kedua-duanya adalah ulama tersohor dalam kewangan Islam di dunia dan hampir setiap minggu saya akan berbincang dengan mereka demi memastikan urus niaga di institusi kewangan Islam yang saya berkhidmat ini ini tidak terlibat dengan sebarang usnur riba, gharar, zalim dan lain-lain yang diharamkan.

Bagaimana timbulnya kajian ini, mengapa dan tujuan Ustaz mendedahkan MLM dan skim cepat kaya internet ini?

Pada mulanya kajian umum ini sudah lama dilakukan semenjak saya bertugas di sebuah bank Islam tempatan lagi, kerana di samping bertugas saya turut aktif memberi penerangan, seminar, penulisan dan ceramah serta kuliah tentang betapa besarnya dosa riba dan kesannya kepada rakyat khususnya umat Islam.

Hasil daripada itu, timbul respons, reaksi pelbagai serta pertanyaan-pertanyaan antaranya tentang pelbagai produk pemasaran, pelaburan internet dan termasuklah skim ‘multilevel marketing’ yang wujud di pasaran.

Sebenarnya, instrument pemasaran dan kewangan ini terlalu banyak, sesetengahnya amat 'complicated', memandang sistemnya rumit, helah dan tipu dayanya sangat licik, penyokongnya pula sangat fanatik, saya tidak berminat untuk mengkaji tambahan pula tiada cukup masa kerana kesibukan, malah ulama dunia pun tidak sempat untuk menyemaknya.

Namun, ramai yang mendesak supaya saya menjawab dan menerangkan secara khusus syarikat-syarikat pelaburan internet ini dan akhirnya saya dedahkan antaranya saya muatkan dalam laman web saya sendiri dan artikel saya disiarkan dikeluaran Harakah lalu, tetapi artikel yang dikeluarkan itu hanya sebahagian sahaja daripada artikel penuh saya.

Jadi ramai dah salah sangka mengatakan saya mengharamakn semua jenis MLM, pada hal saya dah sebut di hujung artikel penuh beberapa bentuk yang halal dan ia hanyalah sekadar pandangan saya yang boleh dibincang, bukannya telah putus.

Kajian ini adalah pandangan peribadi saya, saya bukan JAKIM bukan juga mufti dan terpulanglah kepada sesiapa yang nak menerima ataupun tidak. Sama sepeprti pensyarah dan cendekiawan di universiti yang kerap membuat fatwa sendiri dalam kajian ilmiah mereka, cuma tidak dipopularkan di kalangan orang awam sahaja.

Saya lakukan kajian itu adalah atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan bukti-bukti, dalil-dalil, dan fakta daripada ulama terkemuka dunia sekadar yang saya faham dan temui. Maka jika sesiapa tidak setuju, anda bebas untuk menulis semula di Harakah atau di mana-mana jua dengan dalil dan hujah anda.

Saya tiada masalah kerana saya dah sebut ia masih terbuka untuk perbincangan. Kebaikannya adalah, tulisan saya itu membuka mata para ustaz dan ilmuan Islam yang lain untuk mula membuat kajian. Bagi saya itulah matlamat dan kejayaan tulisan saya itu…iaitu agar awam membuka mata tentang halal dan haram dalam bab kewangan yang boleh menyebabkan seluruh hidup dan darah daging mereka dipenuhi dosa.

Asas utama sesuatu MLM atau skim cepat kaya yang dikenali sebagai sistem piramid itu haram?

Saya bukan 'specialist' dalam bidang MLM atau skim piramid, dan ada masanya saya juga keliru kerana konsepnya hampir sama antara satu dengan lain, tetapi yang saya tahu sistem asasnya berkonsepkan sama ada ‘jual produk’ dan dapat komisyen atau tiada produk tapi komisyen atas 'kepala' , lalu terbentuklah 'upline - downline'. Yang jelas haram dan riba ialah sistem piramid yang menjual 'kepala' tanpa menjual sebarang produk.

Ini disepakati ulama dunia iaitu Kesatuan Ulama Fii Sedunia yang pakar tentang kewangan Islam dan mereka telah kaji satu MLM di Indonesia, iaitu Biznaz Multilevel. Biznaz tiada produk, dia melantik orang lantik orang iaitu untuk dapatkan komisen bersandarkan lantikan orang atau wakil.

Maknanya, ini permainan duit, seseorang beri duit untuk dapat duit lebih lagi. Ini 'basic knowledge' iaitu duit bertukar duit yang menjadikan riba. Tidak perlu JAKIM atau mufti untuk keluarkan fatwa. Jenis sistem ini, jelas riba dan haram.

Malangnya, untuk memberi faham kepada orang awam, ia agak sukar kerana ia memerlukan bebrapa ‘basic knowledge’ tentang apa itu riba dan pembahagiannya dan bagaimana sifat-sifat dan helah riba. Tidaklah saya mampu untuk meneybut dengan mudah dan ringkas di ruangan ini.

Macam orang tanya pada jurutera bagaimana cara buat bangunan sebesar KLCC dan tak runtuh, maka tidak bolehlah dijawab dengan begitu mudah, perlu belajar dan ambil masa yang lama untuk menerangkannya.

Orang awam perlu faham, apa itu Riba Duyun' dan riba Buyu’, dan Riba Qard, Riba Jahiliah, Riba Al-Fadhl, Riba An-Nasiah, Riba Al-Yad dan banyak lagi. Selain memhami teori dan takrif-takrif itu, perlu juga faham bagaimana bentuk ia wujud dalam aktiviti harian dan perbankan. Jika tidak, ilmu teori itu tidak berapa dapat menolong.

Dalam konteks tiada produk tapi jual kemudian dapat komisyen daripada duit. Ahli masuk bayar yuran, dia dapat komisen, maka dia ambil komisyen daripada duit itu. Ini dinamakan riba buyu’ dan Riba al-Fadhl, ‘nature’nya sudah berubah daripada komsiyen atau broker atau apa jua istilah topengnya kepada riba yang terhasil daripada jual beli duit dengan tangguh serahan daripada sebelah pihak, malah lebih pula jumlahnya.

Satu lagi, bayangkanlah kalau semua orang buat masuk skim pelaburan jenis internet yang letak duit, goyang kaki duit masuk selagi ada kepala yang masuk, maka semua orang tidak akan bekerja, hanya tunggu dapat duit sahaja, tiada sesiapa yang bekerja. Buat duit dapat duit. Tidak ada yang akan bina bangunan, jalan kerana semua orang tunggu duit masuk selepas 100 hari. Inilah yang amat bercanggah dengan Maqasid Shariah.

Bagi orang ramai yang 'naif' dan bukan ahli agama, apakah asas utama yang perlu diketahui sebelum menceburi sesuatu bidang pelaburan supaya ia menepati syariat dan diterima oleh Islam?

Saya suka mengingatkan masyarakat kata-kata Khalifah Umar Al-Khatab:" Jangan kamu masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya.” Ini bukan bermaksud tak boleh beli sayur atau susu di kedai.

Maknanya, kamu jangan masuk bab-bab kewangan yang keliru dan kompleks kecuali sudah faham bab hukum seperti MLM dan pelaburan internet yang kompleks dan rumit serta penuh dengan helah dan gharar.

Kedua, untuk memudahkan orang awam ialah sesuatu pelaburan asasnya tidak boleh ada riba. Riba ini panjang isunya dan pelajarannya di universiti ada yang mengambil masa satu semester untuk memahaminya.

Yang ketiga 'Gharar' iaitu 'uncertainty' (tidak jelas/ tidak pasti). Sebagai contoh pelaburan internet yang tinggi unsur ghararnya kerana tiada sebarang kontrak dibuat, semuanya bergantung kepada laman web. Seseorang itu masuk dan bayar melalui internet kemudian tunggu level atau 'kakinya'atau 'downline' keluar di situ. Bagaimana kalau laman web itu hilang? Maka, jadinya 'sekian terima kasih lah kot'(ketawa).

Ada individu yang hubungi saya dan sebut bahawa dia tidak mempunyai sebarang kontrak atau sebarang perjanjian dengan pelaburan internet tersebut, maka kalau berlaku sesuatu, saya reda ditipu. Mana boleh begitu. Semua bergantung kepada internet, hilang sahaja laman web itu, habis. Inilah gharar, dan Allah sebut dalam al-Quran agar jika berhutang kena tulis, ia termasuk hal ehwal urusan kewangan yang besar-besar seperti pelaburan. Maka mesti ada perjanjian dan kontrak.

Selain itu, bagi sebahagian MLM pula, ada yang menjadi gharar apabila tiada akad dan jika ada akadnya pun atas wakil kepada wakil, kepada wakil yang lain. Syarikat ini nak jual barangnya, tetapi tak jelas barangnya dan tak jelas kegunaannya.

Malah yang beli sebenarnya bukan reti guna benda yang dibelinya, sebagai contoh, ada MLM yang jual lima laman web, apabila beli secara automatik dapat masuk ‘line’. Tapi ada peserta yang masuk skim ini beritahu saya , internet pun dia tak tahu apa, apatah lagi nak guna lima web yang dia beli tu. Skim beginilah yang telah diputuskan oleh Kesatuan Fiqh sedunia sebagai haram.

Yang keempat dari sudut akad pula ada syarat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “tidak boleh buat dua transaksi atau urus niaga dalam satu akad.”

Seperti contoh akad yang betul menjadi haram apabila syaratnya ada unsur haram dan tidak munasabah.

Contoh akadnya seperti 'saya jual ‘handphone’ ini dengan harga RM100 kepada awak tetapi syaratnya jangan guna ‘handphone’ itu'. Akad yang pada mulanya halal menjadi batal apabila wujud syarat yang mengarut - sedangkan tujuan beli ‘handphone’ untuk guna dan pakai ‘handphone’ tersebut.

Begitu juga sesetengah MLM, saya jual barang ini dengan syarat anda mesti menjadi ejen atau wakil syarikat kami dan kami akan bagi anda komisyen jika dapat cari ahli lain yang bayar. Awak nak beli barang saya, awak kena jadi ahli dan wakil saya.

Ini memaksa, sedangkan ada orang nak beli tetapi dia tidak mahu menjadi ahli atau menjadi kaki dan masuk 'downline' ini menjadi paksaan kepada peserta tadi. Ini bentuk yang disebut oleh hadis Nabi s.a.w. Boleh rujuk kajian terperinci oleh Prof Dr Nazih Hmmad tentang erti dua akad dalam satu. Dan juga huraian hadis: “Larangan jual dan disertai dua syarat” yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Banyak syarat dan terma yang perlu disemak. Tanya kepada peserta yang telah masuk MLM atau skim itu, sama ada anda semak syarat dan termanya. Pernah tak mereka tahu tentang halal dan haram dalam bab kontrak. Adakah mereka faham apa itu semua terma-terma yang ada dalam aqad mereka?.

Ini kelebihan dan ‘advantage’ orang yang bertugas di institusi kewangan Islam, iaitu lebih berkapasiti lagi untuk menbicarakan soal halal haram dalam urusan kewangan dan perniagaan seperti ini. Untuk menjelaskan secara detail perkara-perkara itu, tiada jalan mudah melainkan belajar ilmu tentangnya, tiada jalan 'simple' untuk faham.

Seperti di laman web ustaz, adakah ustaz hanya mengkaji sistem pelaburan ABB Fund sahaja atau ada syarikat lain lagi?

Saya tidak sekadar mengkaji itu sahaja, saya juga sumbangkan ilmu saya untuk kaji Swisscash, ABB Fund, Winlifund, Arabic Fund dan terbaru E-barrel. Ada pengharaman disebabkan oleh konsep yang sama.

E-barrel dan EM-PAY atau yang lain-lain, dari sudut perundangan negara, adakah ianya 'legal' atau sah di segi undang-undang dan bagaimana pula ada sesetengah program dan skim tersebut dilancarkan oleh menteri?

Itu bukan alasan walaupun ada yang sah dari segi undang-undang malah ada menteri merasmikannya namun itu tidak penting dan bukan fokus saya.

Fokus saya ialah bab hukum Syariah. Kilang Carlsberg di Lebuh Raya Persekutuan itu juga sah dari sudut undang-undang Malaysia.

Orang ramai kena faham bahawa kajian saya bukanlah terhadap benar atau tidak sistem ini boleh buat duit, atau berkesan atau terjaminkah sistem ini, ada tipu muslihat atau sebaliknya tetapi fokus kajian ialah sama ada sistem MLM atau Skim tersebut menepati syariat Islam atau sebaliknya. Memang benar ada yang menelefon saya beritahu dah dapat RM2-10 juta dari skim-skim ini. Ia benar katanya. Memang benar, tapi sah ke dari sudut Syariah?. Itu fokus saya.

Saya beri pandangan haram beberapa skim tersebut 'base on my personal view' iaitu pandangan peribadi saya dan sebagai umat Islam yang bertanggungjawab. Kalau anda tahu dan ada ilmu tentangnya, anda perlu beri tahu kepada orang ramai.

Memang benar saya tiada 'authority' di negara untuk memberi fatwa sebagai mufti, sebagai orang Islam yang faham tentang kajian ini, saya kena jelaskan dan saya ada hujah.

Kalau ada pihak yang tidak bersetuju dengan hujah saya terpulanglah atau sediakan dan nyatakan hujah anda pula, begitulah yang sebaliknya.

Dan jangan salah faham, bukan semua MLM, saya hanya sebut bentuk-bentuk yang syubhah dan boleh jadi haram. Jika terbukti salah, maka syarikat MLM itu boleh membetulkan sistemnya supaya tidak menjadi haram dengan memperbetulkan akad, syarat dan kaedahnya seperti contoh buat musyarakah, kena ada 'partnership' sesama ahli.

Tapi persoalan, adakah pengarah syarikat atau bos-bos MLM ada usaha ke arah itu? Saya nampak seolah-olah tidak berminat untuk memperbetulkan sistemnya agar ianya menjadi halal dan merasakan sistem Islam ini menyusahkan mereka.

Kapasiti ustaz sebagai individu yang faham kedudukan kewangan dan pelaburan, adakah secara logik mahupun fakta, adakah sistem ini memang benar-benar memberi pulangan berlipat kali ganda? Adakah sistem ini sesuatu yang meyakinkan?

Memang sesetengahnya memang benar pulangannya malah ada yang telah mengaku telah berjaya memperolehi RM10 juta melalui sistem ini. Dari sudut undang-undang negara, syarikat tersebut memang sah , ada yang telah didaftar dengan Kementerian Kewangan tetapi persoalannya adakah sah dan halal dari sudut agama Islam.

Yang penting adalah hukumnya. Siapa penasihat syariah mereka dan berkaliberkah mereka? Bab hukum ini berkait dengan iman.Hukum ini satu perkara yang tidak nampak.

Kalau beli ‘handphone’ betul dengan ‘handphone’ curi, tiada bezanya langsung. Sama warna, sama bentuk. Ia tidak bertukar warna sekiranya dibeli secara sah dan tidak juga berubah wajah jika ‘handphone’ tersebut adalah ‘handphone’ curi, ‘handphone’ tetap sama begitu. cuma dari segi hukum ia berkait rapat dengan iman. Apabila ada akad, ada perjanjian dan beli ‘handphone’ yang betul menandakan iman kita kepada Allah SWT.

Berkenan skim jual kad diskaun dengan plan A,B dan C, boleh jadi betul dan memang ada yang sudah dapat duit tetapi itu bukan 'point' saya. ‘Point’ saya bukan sistem itu tipu atau tak. ‘Point’ saya adalah dari sudut agama iaitu halal atau haram.

Boleh jelaskan lagi?

Bukan semua sistem yang mendatangkan wang jutaan ringgit atau berlipat-kali ganda semuanya haram. Islam menghalal sekiranya kita melabur dan dapat duit banyak, tetapi yang menjadi haram ialah mereka membuat jaminan keuntungan yang pasti.

Seperti contoh, yang mana kita boleh tengok web-web mereka, labur RM168 syarikat jamin keuntungan dalam sekian waktu umpamanya seminggu atau sebulan anda dapat dijamin dapat RM100,000.

Analogi saya mudah, jika anda membeli satu lot saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, adakah anda diberi jaminan akan dapat keuntungan pada tempoh tertentu dengan 120 peratus dari wang modal anda? Sudah pasti tidak. Yang ada ialah jaminan risiko untung rugi.

Itu adalah konsep pelaburan Islam. Siapa beritahu, Nabi Muhammmad yang beri tahu iaitu ‘alkharraj bi ad-Dhaman’ ertinya ‘keuntungan mestilah menanggung risiko yang berpatutan’ dan itu adalah kaedah fikah atau dengan kata lainnya ‘profit is by taking risk’.

Tetapi apabila syarikat jamin sahaja keuntungan, itulah telah mengubah 'nature' akad, mengubah pelaburan Islam kepada riba.

Contoh saya melabur RM1000 sebab dijanjikan dengan jaminan RM1,500 sebagai pulangan dalam tempoh sebulan, duit untung RM500 itulah riba duyu' jenis al-Qard.

Pelaburan dalam Islam ialah, saya beri dan labur RM1,000 untuk syarikat buat perniagaan, jika ada untung kita akan bahagikan mengikut peratusan seperti 20 peratus untuk kita atau 80 peratus untuk syarikat. Kalau rugi, lupus begitu sahaja atau ada perkiraan rugi mengikut peratus tertentu. Ini yang dibenarkan.

Saya mahu beri duit itu kepada awak dengan syarat awak bagi duit itu dengan jumlah yang tertentu. Ini macam jual beli duitlah. Saya bagi RM100 dengan syarat awak bagi saya RM150 kemudian. Dalam pelaburan, apabila sahaja ada jamin keuntungan pada sekian masa, maka jatuhlah riba disitu.

Bagaimana kalau MLM dan skim itu mempunyai produk atau barang, malah ada yang halal?

Walaupun perniagaan halal seperti jual Quran. Itu isu kedua. Isu pertama tadi ialah akadnya mesti jelas sifatnya dan tidak terbatal. Barulah dinilai dari sudut barangnya pula.

Jika akad batal atau haram, maka barangan yang diurusniagakan tidak menjadi isu lagi walaupun produk iu halal seperti Quran digital, ubat kuat dan sebagainya. Ada juga akad halal tetapi produknya haram pula, juga tidak terpakai pelaburan seumpama ini.

Analogi mudah ialah si A curi duit kemudian dia beli Quran. Beli Quran itu perkara kedua, perkara pertama yang dilihat ialah cara dia dapat duit tu dulu. Kalau yang pertama sudah haram, maka tidak berguna langsunglah walaupun ianya adalah untuk beli Quran.

Nabi pernah menyebut dalam hadis sohih yang bermaksud: "Tidak akan lepas kedua-dua kaki anak Adam sehingga ditanya dari mana dia dapat duit dan ke mana duit itu dibelanjakan."

Ada dua peringkat kena semak, pertama: cara anda letak duit itu kita kena semak, kemudian baru kita 'check' pelaburan produk itu sama ada halal atau tidak.

Ada yang kata, kami terlibat dengan urus niaga minyak and gas. Itu tahap semakan kedua, tahap pertama adalah atas dasar apa duit itu diberi, apa akad dan cara anda laburkan atau beri duit itu macamana kaedahnya. Sudah selesai, baru semak produk apa pula yang dijual, namun itupun ada yang kena tipu juga.

Malah jika semak pun, sebenarnya macam ABB dan sekutunya , mereka bukan labur dalam ‘oil’ and gas semata-mata, bila anda 'check' betul-betul, anda akan lihat syarikat itu terlibat pula dengan 'forex trading' dan 'money market' yang begitu banyak boleh berlaku Riba. Memang ada FIREX yang halal, tapi dalam hal ia dikendalikan oleh puak-puak kapitalis Barat ni, semua mereka langgar je semua jenis.

Contoh lain juga berkaitan ABB Fund, bukan sahaja minyak dan gas tetapi juga terlibat dalam 'commodity features'(pasaran hadapan), iaitu pasaran hadapan yang telah disepakati oleh ulama dunia, haram.

Contohnya mudah: Saya jual kereta yang belum saya beli lagi kepada awak pada masa akan datang. Kereta itu adalah aset atau 'commodity' manakala terma 'akan datang' ialah hadapan - pasaran hadapan.

Ini yang Nabi kata "jual hutang dengan hutang" dan jangan jual sesuatu barang yang belum anda miliki. Ini 'confirm' haram, ijmak ulama.

Bukankah lebih baik menceburi pelaburan yang telah menjamin keuntungan, jadi orang ramai tidak risau malah yakin sudah 'confirm' ada jaminan untung berbanding ada risiko rugi disamping itu ada pula berpendapat sistem jenis ini perlu diberi penafsiran semula, sebab instrumen jenis ini tiada pada zaman Nabi?

Memang benar tiada pada zaman Nabi, tetapi Nabi telah meletakkan asas utama untuk dijadikan panduan untuk diikuti oleh umat Islam pada dahulu dan akan datang. Jangan kata pula Islam tu tak lengkap ye. Allah dah sebut Islam lengkap dan semua jenis instrument kewangan dan pelaburan ini dah ada garis panduannya.

Kita perlu faham, bahawa Islam menjaga kedua-dua belah pihak, pelabur dan pengusaha. Bayangkan jika tiada pelabur mahu letak kecuali jika pengusaha menjamin untung tertentu.

Ini menyusahkan dan menzalimi pengusaha dalam melakukan perniagaan. Kerana terpaksa berisiko amat tinggi, jika ia rugi pun, masih nak kena bayar untung yang dijanjikan, inilah RIBA.

Pelabur seronok, pengusaha mungkin susah hati ataupun seronok juga sebab dapat duit banyak. Memang benar mereka boleh jamin untung tertentu bila bisnes mereka hebat dan bagus, tetapi apa yang akan berlaku jika musibah akan datang, bencana alam seperti taufan yang berlaku sehingga mengakibatkan syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Bagaimana jaminan untung itu?

Bukankah sudah menzalimi satu pihak dan terpaksalah pengusaha berusaha mencapai jaminan itu atau melarikan diri, atau tutup perniagaannya.

Yang dibenarkan dalam Islam ialah syarikat menunjukkan prestasi keuntungan syarikat sepanjang tahun atau lima tahun, untung sentiasa dan berbeza-beza jumlahnya, itu tidak mengapa. Begitu jugalah yang ditunjukkan oleh bursa saham. Ada laporan kewangan. Ini untuk menarik minat pelabur. Ini boleh, sebab syarikat tersebut tidak menyatakan jaminan keuntungan pada tempoh tertentu dengan jumlah yang tertentu.

Kalau ada, 20 peratus untuk pelabur dan 80 peratus pengusaha ambil tetapi kalau rugi anda rugi sepenuhnya.Itulah risiko yang harus dihadapi dan ini risiko yang dibenarkan dalam Islam bukan risiko ditipu atau hilang wang dan sebagainya.

Pendapat yang menyatakan bahawa inilah masanya dan melaui MLM dan Skim inilah untuk menjana ekonomi umat Islam?

Menjana ekonomi umat Islam...sebagai orang yang memperjuangkan Islam, semua mesti faham bahawa kejayaan sesuatu umat itu bukanlah terletak kepada material atau harta.

Firaun telah menunjukkan kekayaannya dan mampu membina piramid yang hebat dan juga mepunyai harta yang melimpah, tetapi Allah suruh utusannya berjumpa dengannya sebab apa? Sebab dia menderhaka, memang ramai yang menderhaka kerana duit. Mulut melaungkan kalimah Islam tapi terlibat dengan riba.

Kesilapan yang dilakukan oleh umat islam meletakkan material sebagai segala-gala kepada jawapan masalah.

Dua unsur untuk berjaya ialah material dan spiritual, mesti ada unsur berkat. Apabila material atau wang terlibat dengan riba maka keberkatan itu tidak ada. 'Allah menghancurkan keberkatan yang terlibat dengan riba' sila rujuk surah Al-Baqarah - ayat 278.

Kalau begitu, membina ekonomi umat islam tetapi buat perkara bathil seperti rasuah, merompak, mencuri dan terlibat riba maka adakah gunanya di sisi agama? Langsung tidak berguna.

Duit riba sebenarnya tidak dimiliki oleh orang memiliknya, tidak sah dan tidak membawa sebarang berkat serta membawa kepada sifat tamak, pergaduhan, maksiat dan jauh dari Allah SWT.

Pendapat menyatakan urusan pembelian rumah dan kereta juga terlibat dengan unsur riba, maka apalah kurangnya dengan MLM atau skim ini?

Siapa kata semua pembelian rumah dan kereta sekarang semua terlibat unsur riba sedangkan masyarakat telah menggunakan pelbagai dana dan kaedah perbankan Islam yang tidak melibatkan sebarang riba untuk membeli rumah dan kereta.Ada konsep murabahah untuk beli rumah dan ada konsep ijarah untuk beli kereta,

Akadlah dan penjagaan syarat-syaratnya itu akan menjadikan sesuatu perkara itu halal atau haram. Sebenarnya akad tersebut menandakan keimanan kita kepada Allah SWT.

Akad begitu penting. Menggunakan hujah bahawa semua bank dan urus niaga di negara ini terlibat riba sebenarnya mereka ini tidak faham dan tidak benar sama sekali. Ini panjang utntuk saya ulas, rujuklah di web saya.

Bagaimana caranya dan nasihat bagi yang sudah terlibat dengan MLM dan skim jenis yang haram ini?

Caranya ini, mengikut pandangan peribadi saya dan pelajaran yang saya ambil daripada para ulama, ia terdapat khilaf, kesimpulannya segala modal yang telah diletak layak untuk kita ambil semula kerana itu hak kita, ada sesetengah syarikat tidak mengizinkan. Tak mengapa, duduk dulu dalam sistem itu sehingga tempoh matang.

Sudah sampai masanya keluarkan balik modal itu kemudian untung yang diperolehi kena serah kepada fakir miskin atau badan kebajikan anak yatim atau kebajikan awam untuk bina bangunan dan sebagainya.Ini keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan juga Majlis Fatwa Eropah yang diketuai oleh Al-Qaradawi.

Tidak boleh guna wang keuntungan itu untuk tujuan dan kepentingan peribadi seperti bayar kereta, rumah ataupun cukai pendapatan apatah lagi guna untuk membayar zakat.Ada yang kata boleh guna untuk bayar zakat untuk membersihkan keuntungan, tidak boleh sama sekali.

Zakat hanya untuk barang halal yang kita miliki, kita keluar.Zakat guna duit curi, tak boleh. Zakat mesti milik penuh kita sepenuhnya yang halal seperti gaji kita.

Bagaimana menangkis hujah dan saranan ustaz kepada individu yang 'naif' dari sudut hukum agama yang meletakkan sesetengah para ustaz,lebai atau orang yang arif dibidang agama sebagai 'benchmark' mahupun kayu ukur untuk memasuki dan menyertai MLM atau Skim ini?

Nasihat saya kepada pemimpin sesebuah organisasi, persatuan, pertubuhan, atau masyarakat ialah Nabi sebut dalam hadis sohih yang bermaksud: “Allah tidak melantik seseorang menjadi pemimpin melainkan untuk memberi nasihat kepada ahli ataupun rakyat tentang urusan agama termasuklah kewangan. Jika tidak, Allah haramkan syurga ke atas mereka.”

Jadi janganlah main-main dengan urusan seperti ini, cari jalan bagaimana nak 'educate' mereka dan memberi penerangan apa itu halal dan haram mengenai kewangan Islam.

Kepada para ustaz termasuk diri saya sendiri, saya nasihatkan cermin diri dan ‘check’. Bidang mana yang anda ahli, pakar tentangnya malah bagi lepasan ijazah, ‘check’ diri sendiri, anda ‘graduate’ bidang apa.

Jika bidang Syariah, anda faham tak instrumen pelaburan semasa yang dicipta kebanyakan oleh puak Barat ni? Sebelum beri hukum kena faham dulu untuk aplikasikan ilmu dari kitab-kitab tu.

Jadi buat sembarangan dalam hal kewangan ini, bila diri sudah ustaz, tidak bermakna kita boleh mengajak orang lain untuk menyertai kita. Bukan semua ustaz mahir semua bidang.

Ada yang jadi ustaz kerana mengajar bahasa Arab atau mengajar mengaji muqaddam. Ustaz yang pakar bahasa Arab tetapi dia tidak mahir tentang fiqh muamalat.

Saya sendiri walaupun orang gelar ‘ustaz’, saya tidak pakar dalam urusan faraid dan menguruskan pusaka wasiat kematian. Ada yang tanya saya, saya minta mereka rujuk dan semak dengan ustaz-ustaz di Amanah Raya Berhad kerana mereka pakar tentang perkara itu.

Jadi jangan bagi fatwa atau pandangan yang menyeleweng, kerana ia sesat lagi menyesatkan.

Kena tahu kemampuan diri masing-masing khususnya jika pakar tentang Fiqh muamalat barulah layak untuk memberi telahan, hujah, pandangan dan fatwa tentang kewangan Islam.

Akhir sekali kepada orang awam atau oarang ramai ialah 'Kalau anda sakit jantung, jumpa pakar jantung jangan jumpa pakar tulang', walaupun namanya juga doktor, pakai stetoskop dan uniform pakaiannya putih nanti, di kemudian hari penyakit anda akan menjadi lebih parah.

Wallahualam. – lanh

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:44 AM   2 comments
Guna pampasan Kifaalah selesai hutang simati
Harakahdaily, 8 Mac 2007

Wajdi Mayusoh

Thu | Mar 08, 07 | 09:46:07 AM

KUBANG KERIAN, 8 Mac (Hrkh) – Keluarga kepada warga emas yang dicarum dalam skim Takaful Warga Emas (Kifaalah) diharap memanfaatkan pampasan diterima bagi membayar hutang simati. Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wang pampasan tersebut selain menyelesaikan pengurusan jenazah, ia juga perlu digunakan untuk menyelesaikan hutang simati sekiranya arwah berhutang.

“Menyelesaikan hutang piutang simati menjadi keutamaan bagi ahli keluarga yang masih hidup sebelum pusaka diagihkan,” katanya pada majlis solat hajat dan pelancaran kenderaan jenazah Badan Kebajikan Kampung Chicha, dekat sini baru-baru ini.

Takaful Kifaalah diwujudkan kerajaan negeri mulai tahun ini yang membolehkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dicarum. Apabila berlaku kematian keluarga mereka akan menerima pampasan sebanyak RM2,500.

Menteri Besar juga berkata, penubuhan badan-badan kebajikan di kampung-kampung sesuai sekali bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan termasuk untuk menyelesaikan urusan jenazah.

Beliau juga mahu tradisi mengiringi jenazah secara beramai-ramai ke tanah perkuburan perlu dihidupkan kembali sebagai penghormatan terakhir kepada simati dan ia disuruh agama.

“Jangan pula bila ada kenderaan jenazah menjadi alasan kita tidak mengiringi jenazah ke tanah perkuburan,” katanya.

Pengerusi Badan Kebajikan Kampung Chicha, Haji Mohd Yusoh Ahmad berkata, penubuhan badan itu bagi berbakti kepada masyarakat terutamanya apabila berlaku kematian.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:42 AM   0 comments
Idea Roslan SMS tentang perubahan kepimpinan PAS disanggah
Tuesday, March 06, 2007
Detikdaily, 6 Mac 2007

Oleh Abu Abdillah Azzam



TERBACA artikel yang ditulis seorang sahabat bertajuk “Ustaz Hadi perlu letak jawatan Presiden?”, sebagai komentar terhadap artiKEL tulisan Roslan SMS di dalam akhbar Siasah dan blognya, diri ini merasakan keperluan untuk menulis satu article untuk menyatakan kepentingan kepimpinan ulama untuk memacu ketaqwaan kepada Allah. Tidak dinafikan, pergerakan gerakan iIlam PAS agak lembab sedikit semenjak kekalahan teruk didalam pilihanraya lepas. Kekalahan yang menyebabkan terengganu jatuh ketangan taghut UMNO dan kelantan yang dilihat negeri terkuat PAS juga menjadi lemah selepas pilihanraya tersebut.

Selepas kekalahan tersebut, pelbagai respon “masyarakat dalaman PAS” dan “luaran PAS” bergema di sana sini. Sebilangan mereka mengatakan bahawa kekalahan tersebut di sebabkan kelemahan dari peringkat ulama yang tidak menguruskan tarbiyyah dengan baik. Sebilangan yang lain pula mendakwa, kekalahan itu berpunca dari kelemahan strategi yang di pelopori dari mereka yang bergelar sebagai professional.

Dengan kegemaan tersebut, menyebabkan musuh-musuh Allah dari UMNO dan Barisan Nasional mula mengambil kesempatan “menyalakan api” permusuhan dalaman PAS, sehinggakan lahir perbincangan antara dua puak, iaitu puak tarbiyyah dan strategi.


Kebijaksanaan kepimpinan Ulama, tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menangkis segala kemelut dan krisis tersebut yang memberi kesan baik kepada masyarakat PAS sendiri.

SIAPAKAH PUNCA KEMELUT

Jika di kembalikan ke zaman era permulaan kepimpinan ulama, tidak pernah kedengaran kemelut sebegini rupa, tetapi setelah kemenangan Islam di kelantan dan kepimpinan Islam bertahan sejak 1990 itu, maka lahirlah beberapa kelompok yang dahulunya membenci PAS di peringkat universiti dan kampus, menyertai PAS seperti UMNO, JIM, ABIM dan sebagainya. Sebelum PAS, mereka dikenali masyarakt, maka mereka mudah untuk dipilih sebagai kepimpinan tertinggi dalam kepimpinan PAS.

Maka dengan itu, lahirlah beberapa pemikiran-pemikiran yang bukan budaya PAS ingin di bawa masuk ke dalam kepimpinan PAS.

Ekoran dari itu, mereka telah membawa agenda mereka sendiri. Mereka mula menganjurkan pemikiran-pemikiran yang boleh memecah belahkan masyarakat PAS sendiri atau istilah lain, mereka telah “merojakkan fikrah masyarakat PAS”.
Maka dengan itu, tidak hairan, mereka sanggup membuka keaiban “rumah tangga PAS” di hadapan musuh-musuh Islam, samada berbentuk tulisan atau lisan.

Mereka mencetuskan perebutan jawatan di semua peringkat, hatta di peringkat cawangan sekalipun, walaupun setiap kali mesyuarat di adakan, mereka sendiri tidak dapat menghadirkan diri.

Apa yang memelikkan, apabila cadangan untuk mengugurkan jawatan mereka di peringkat-peringkat tersebut atas alasan ketidak kemampuan mereka menghadiri mesyuarat, mereka dengan senangnya mengeluar “fatwa songsang” dengan menyatakan bahawa, menghadiri mesyuarat tidak penting, yang penting adalah jawatan.

Apakah mereka sedar, kata-kata sebegini sebenarnya telah menafikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”
(surah Al-Imran : 159)

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa, tawakkal kepada Allah itu bermula dengan mesyuarat dahulu.

PROFESIONAL BUKAN ISUNYA

Jika professional adalah isu yang perlu perdebatkan, pada kiraan penulis, pendapat itu tidak tepat. Ini kerana, sejarah PAS membuktikan bahawa ramai kepimpinan PAS terdahulu yang “bertitlekan” professional.

Maka dengan demikian, isu yang patut di bincangkan bukanlah isu professional, tetapi isunya adalah golongan “muallaf-muallaf PAS” yang sedang mengacau gerak kerja dan fikrah PAS dengan membawa agenda mereka sendiri.

Bagi penulis, perkara ini tidak pelik berlaku di dalam PAS, ini kerana, keadaan yang sama juga pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW semasa kepimpinan Baginda di Madinah.

Semasa di Makkah, dakwah Rasulullah tidak pernah berhadapan dengan golongan oportunis (munafiq), tetapi semata-mata berhadapan dengan golongan kuffar yang menentang islam.

Setelah perlantikan Rasulullah SAW menjadi kepimpinan Madinah, maka mulalah lahir beberapa kelompok yang “berfikrah kuffar” masuk kedalam Islam dengan tujuan “bermuka-muka” dengan Islam dan Rasulullah SAW sendiri.

Perkara ini jelas diceritakan oleh Allah didalam firman-Nya yang bermaksud:
“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman * Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar”
(surah Al-Baqarah : 8-9)

BAGAIMANA MENGHADAPI GOLONGAN OPORTUNIS?

Menghadapi mereka hendaklah dilihat seperti gambaran yang telah di tetap oleh Allah SAW di dalam firman-Nya dan hadis Nabi SAW.

Golongan oportunis ini tidak selayaknya kita mengisytihar sebagai orang-orang PAS (walaupun menjadi pemimpin PAS di mana-mana peringkat sekalipun), tetapi hendaklah di isytiharkan sebagai orang-orang yang bersama-sama PAS sahaja.

Ini dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya yang bermaksud;
“Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman”
(surah An-Nisa’ : 146)

Maka dengan demikian, di muktamar pemilihan akan datang, golongan sebegini tidak layak di lantik menjadi kepimpinan, melainkan mereka sudah sebati dengan fikrah PAS, bukan membawa agenda mereka.

PENUTUP

Melihat keadaan sebegini, keperluan kepimpinan ulama adalah sesuatu yang penting. Ini kerana, dengan kepimpinan ulama, sesuatu keputusan itu tidak akan dilaksanakan berdasarkan kepada kehendak “kepakaran professional” semata-mata, bahkan keputusannya beralaskan “firasat mukmin” yang di gali dari Al-Quran dan Al-Hadis Nabi SAW.

Ingatlah kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri, Sabda Nabi SAW yang bermaksud;
“Takutlah firasat mukmin, maka sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah, kemudian Baginda SAW membaca firman Allah yang bermaksud; Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” (Surah Al-Hijr : 75)

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:45 PM   1 comments
Pelajar wajib guna permohonan dalam talian ke IPTA 2008
Monday, March 05, 2007
Utusan Malaysia, 5 Mac 2007

Oleh Abdul Muin Sapidin


KEPALA BATAS 4 Mac – Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diwajibkan membuat permohonan melalui aplikasi secara dalam talian mulai sesi 2008/2009. Mulai sesi tersebut, pelajar lepasan SPM tidak lagi dibenarkan membuat permohonan melalui kaedah manual atau borang kertas seperti yang diamalkan sekarang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, keputusan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengaplikasikan sepenuhnya kaedah elektronik bagi pengambilan pelajar baru ke IPTA.

Pada masa ini, katanya, kaedah aplikasi dalam talian hanya diwajibkan bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lepasan matrikulasi yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA.

“Bagi pengambilan sesi tahun 2006/2007 sahaja, 45,000 lepasan SPM menggunakan aplikasi secara dalam talian iaitu peningkatan kira-kira 80 peratus berbanding pengambilan sebelumnya.

“Kini kementerian mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah ini sepenuhnya bagi sesi tahun 2008/2009,” kata Mustapa kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Rakyat 2007 di sini hari ini.

Mustapa berkata, melalui aplikasi secara dalam talian, pemohon hanya perlu mengemukakan satu permohonan dan berpeluang mengemaskinikannya sebanyak tiga kali dalam tempoh 10 hari selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Katanya, kaedah tersebut akan dapat mengelakkan sebarang masalah dan kesesakan capaian pada saat-saat akhir.

Ia berbeza dengan kaedah lama yang tidak membolehkan pemohon membuat perubahan selepas menghantar borang permohonan.

“Kita harap dengan pelaksanaan kaedah ini, para pemohon akan mempunyai ruang untuk membuat keputusan terbaik mengenai kursus-kursus yang mereka mohon,” jelasnya.

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi juga telah membuat perancangan rapi bagi melaksanakan sepenuhnya konsep tersebut dengan mengambil kira keupayaan pelayan berkapasiti tinggi serta infrastruktur teknologi maklumat (ICT).

Para pemohon yang mempunyai sebarang masalah dalam membuat permohonan melalui aplikasi secara dalam talian boleh menghubungi talian 03-8883 5848 atau melayari laman web http://www.mohe.gov.my.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:51 AM   0 comments
PAS anjur Persidangan ICT (PICT 2007) 10 Mac
Harakahdaily, 4 Mac 2007

Intan Abdullah
Sun | Mar 04, 07 | 08:46:44 AM

KUALA LUMPUR 4 Mac(Hrkh) - Dengan tema "Reformasi ICT: Pencetus Kemenangan PRU-12", PAS akan menganjurkan program Persidangan ICT (PICT 2007) pada 10 Mac 2007. PICT 2007 adalah kerjasama antara Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) dan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP) dan ia akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan ditutup oleh Pengerusi Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.

Persidangan sehari ini akan disertai oleh seluruh jentera IT dan Jabatan Pilihan raya peringkat Negeri, Pusat dan Cawangan serta penglibatan semua dewan iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.

Antara objektif utama PICT 2007 ini adalah untuk menghimpunkan seluruh tenaga yang akan bekerja serta mempersiapkan segala keperluan bagi mendepani cabaran PRU ke-12 ini.

Ia juga merupakan medan pertemuan bagi menyelaraskan pengurusan serta pelan tindakan secara bersepadu Jentera ICT PAS agar lebih sistematik dan efisyen sesuai dengan perkembangan ICT semasa dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan.

Program PICT 2007 ini merupakan kesinambungan Konvensyen IT PAS atau KITP 2003 dan Seminar & Bengkel IT atau S & BIT 2000 yang pernah dijalankan sebelum ini.

Namun, keistimewaan PICT 2007 ini adalah ia dilaksanakan dalam tahun pilihan raya umum dijangka akan berlaku bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan seperti yang dirancang. - mns

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:50 AM   0 comments
Pelaburan Masa Kini
Saturday, March 03, 2007
Tranungkite, 1 mac 2007

Oleh dinobravo


"ABB Fund, Eaindex & Winlifund Yang Diminati : Haram Lagikah ?
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis tentang 'nature' sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka berbondong-bondong menyertainya dengan 'keyakinan' ianya adalah halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting baginya adalah RM RM RM.

'Keyakinan' palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya http://www.zaharuddin.net/ dan disebar luas oleh yang sukarelawan Islam tersedar melalui email dan yahoogroups yang pelbagai. Setelah meneliti pelaburan-pelaburan 'favorite' ini, ternyata hampir semuanya adalah tidak sah di sisi Islam secara sepakat ulama.

Selain itu ternyata juga bahawa ianya tidak lain hanyalah 'pinjaman dengan pulangan Riba' belaka dan bukannya pelaburan yang sah atas dasar konsep 'Mudarabah' atau 'Musharakah' yang diredhai Allah SWT. Kali ini kita semak sama-sama beberapa isu asas dalam tiga dana pelaburan yang amat di 'gilai' oleh ramai.

Saya kira, mungkin ramai juga yang akan berhenti membaca artikel ini di sini akibat teruji dengan satu perasaan hebat di hatinya, bimbang akan 'terbaca' sesuatu yang tidak enak berkenaan pelaburan yang menjadi penyelesai masalah kewangan hidupnya. Apapun, saya tiada pilihan lain kecuali menyahut apa yang dikatakan oleh Nabi SAW « Berkata benarlah walaupun ianya pahit ».

Saya juga ada mendengar terdapat beberapa indivdu utama pelaburan ini dengan sengaja mengatakan " Jangan tanya ustaz yang reti, nanti dijawabnya haram, tak pasal-pasal susah kita nak cari ahli" Bagi saya, ucapan ini tidak lain dari bercanggah dengan kehendak ALLAH SWt yang mengingatkan kita " Tanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" dan juga ertin firman Allah SWT : " Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada yang dapat memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang berpengalaman" ABB Fund, Eaindex dan Winlifund Semasa dihujani dengan soalan berkaitan pelaburan Em-Pay, saya juga dihujani dengan lebih lebat dengan soalan berkenaan ABB Fund, Winlifund dan Eaindex.

Jika saya jumlahkan semuanya, semua soalan ulangan ini berjumlah lebih 150 kali kepada saya. Pada mulanya, ingin saya abaikan saja kerana kesibukan tugasan yang rencam, tetapi hari demi hari saya sendiri naik letih membaca soalan yang sama berulang kali, sehinggalah tergerak hati untuk mengkajinya bagi manfaat umat Islam setelah beberapa individu menelefon serta memberi penerangan lisan akan cara pelaburan ini dibuat. Ia menjadi lebih cepat dan mudah jika ada yang telah menyertainya menerangkan. Justeru, saya ingatkan, jiak masih ada yang ingin saya cepat tolong menyemak pelaburan yang dikehendakinya, anda perlulah menelefon saya dan menerangkan dengan jelas secara lisan. Hanya kemudian selepas itu, saya akan ikuti dengan pembacaan 'line by line' di web site syarikat terbabit.

Diwarwarkan Halal

Ketiga-ketiga jenis pelaburan ini pernah dan kerap diwarwarkan 'halal' oleh individu yang kurang biasa dengan displin mualamat Islam. Bagi ABBFund, Winlifund dan eaindex ia secara tidak sengaja atau sengaja didakwa halal kerana dikatakan pelaburannya terhad kepada aktiviti halal seperti industri minyak dan gas, hartanah, getah dan sebagainya yang halal. Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya, paling minima kita perlu melihat dari dua tahap.

1) Tahap Pertama : Wang dari poket kita kepada syarikat pelaburan .
Inilah tahap yang kerap dilupakan oleh para peserta ABB Fund & Swiss cash dan sekutunya. Mereka kerap memfokuskan kepada tempat ABB melaburkan dana terkumpulnya. Ini tindakan yang kurang tepat kerana kita perlulah menyemak apakah aqad atau kontrak antara kita dan syarikat Pelaburan itu terlebih dahulu. Ringkasnya, ia MESTILAH dibuat dengan tepat menurut kehendak Shariah dan menepati cara dan syarat pelaburan Islam. Jika tidak, aqad akan batal, maka tiada gunalah lagi untuk mengetahui di mana dilaburkan dana terkumpul itu. Sebagai contoh mudah, si A mencuri duit dan kemudian membeli al-Quran dengan duit curi itu. Hukum adalah jelas dalam hal ini, walaupun duit itu digunakan dengan cara yang betul di tahap kedua (membeli Quran), tetapi kerana tahap pertama (curi) adalah haram, maka tahap kedua yang baik tidak akanmenjadikan pembelian itu halal.

2) Tahap Kedua : Wang kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan untuk industri dan instrumen pelaburan halal atau haram. Kajian tahap pertama, terhadap aqad di antara peserta dengan syarikat ABB ,Eaindex dan Winlifund ternyata menunjukkan masalah yang sama iaitu :- Isu Pertama : 'Fixed Return' atau keuntungan yang dijamin. Telah berkali-kali saya sentuh isu ini, tapi nampaknya umat Islam masih kabur dan tidak dapat menangkap dengan jelas konsep sebenar pelaburan Islam yang dibuat atas asas Mudarabah dan Musharakah. Saya ingin tegaskan di sini agar saya tidak ingin lagi ditanya dengan soalan dan skim pelaburan yang sama. Sebagai panduan utama : SEBARANG PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN UNTUNG SECARA TETAP ADALAH HARAM MENURUT KONSEP PELABURAN ISLAM. Saya harap dengan panduan amat amat mudah ini, semua orang boleh menjadi menentukan ianya halal atau haram bagi dirinya setiap kali ingin membuat pelaburan. Justeru, aqad antara peserta dan syarikat ini telah dikira tidak halal di sisi Islam, Maka di ketika ini, tiada gunalah menghabiskan tenaga menyemak tahap kedua. Bagaimanapun , bagi mendatangkan lebih keyakinan kepada pembaca yang saya kira majoritinya telah menyertainya, saya akan bantu anda untuk mengesan di mana silapnya secara ringkas dan padat. ABB FUND

Hal ini ternyata apabila kita melihat di web ABB Fund di http://www.abbfund.biz/ atau http://abfund.mine.nu/. Kita akan dapati plannya begini : Ini bermakna jika modal 'pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan sebanyak 2 % , dan jika anda letak USD 2000, maka akan mendapat 2.9 % setiap hari. WINLIFUND Adapun Winlifund pula seperti berikut ( rujukanhttp://www.winlifund.com/investment.html) :- EAINDEX Manakala Eaindex pula sebagaimana berikut ( http://www.eaindex.com/index.php ) :- Ini bermakna jika modal 'pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda dijamin mendapat pulangan sebanyak 1.8 % , dan jika anda letak USD 1000, maka akan mendapat 2.0 % setiap hari dan jika diberi pinjam USD 5,000 akan dibalas dengan riba sebanyak 230 %. Dalam masa 100 hari. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan. Saya juga telah mengulas perkara ini semasa saya menulis berkenaan Swiss Cash dan juga Em-pay. EAINDEX dengan terus terang menyebut di laman webnya

" EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from inception"

Adakah anda perasan perkataan 'FIXED RETURN' yang dinyatakan ? Inilah yang dikatakan Riba. Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44) Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI yang saya sebutkan nama pakar-pakarnya di bawah telah membuat keputusan berikut,
berikut teks fatwanya :- إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240) Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba.

Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut : أن الخراج بالضمان Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli) " (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan) Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram dan kontrak menjadi batal menurut sepakat Ulama.

Isu Kedua : 'Commodity Futures' dan Forex

Adapun sekiranya, tahap pertama tadi berjaya, kita wajib memeriksa tahap kedua pula. Apabila saya merujuk dan membaca 'line by line' penerangan berkenaan ABB Fund dan Winlifund. Eaindex ternyata ia bukan sahaja melabur di dalam industri minyak dan gas sebagaimana yang difahami, ini disebutkan di web ABB Major oil companies, energy services, oil and gas exploration and production companies, and natural gas pipeline companies. , tetapi ia juga terlibat menggunakan perniagaan 'commodity futures' dan Forex bagi meraih keuntungan. Ini disebutkan dari petikan dari webnya iaitu : The ABFUND program is a long term high yield private investment program managed by a group of professional traders specialize in trading on equity market, currencies , major market indexes and energy commodity futures markets. Our successful trading record has maximize high yield return to our investors' investment and we are paying real-time in daily basis through the PAY-IT 4 PROFIT SYSTEM.

Beirkut pula dalam web Winlifund ( http://www.winlifund.com/market.html ) " Basically, the markets are categorized into: Equities , Commodities Currencies , Real Estates " Anda nampak perkataan CURRENCIES, itulah perniagaan berkaitan Forex, telah saya bawakan kajian dan keputusan Majlis Penasihat Shariah Dunia di artikel saya ketika mengulas isu Swiss Cash, sila buka link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Berkenaan 'Commodity Futures' pula, saya amat pasti, para ustaz yang tidak terlibat dengan industri perbankan dan kewangan di Malaysia atau antarabangsa, AMAT SUKAR UNTUK MEMAHAMI apakah erti 'commodity futures', apatah lagi mengulasnya dari sudut hukum, mungkin membaca tulisan saya ini pun boleh dilanda 'migrain'. Ia perkara biasa dan boleh diterima, kerana setiap ustaz mempunyai pengkhususan masing-masing, seperti saya yang tidak mahir dalam bidang 'faraid' (pembahagian harta pusaka), tiada apa yang perlu dimalukan dan aib. Cuma yang aib adalah berlagak 'specialist' dan pakar lalu memberi fatwa dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan mudah anda boleh ditertawakan atau disanggah oleh 'specialist' kelak dengan hujjah 'check mate'. Justeru, saya menasihatkan orang ramai yang menjadikan 'ustaz' dan 'ustazah' sebagai kiblat dalam pelaburan ini memastikan mereka benar-benar 'specialist' dalam bidang ini, untuk itu cuba meminta penjelasan kepada ustaz yang diikuti ini, apakah 'Commodity Futures' dan bagaimana ABB Fund ini boleh menjadi halal bila terlibat dengan commodity futures?. Sedangkan Majlis Penasihat Shariah Institusi Kewangan Dunia telah membuat keputusan bahawa (Rujuk keputusan no 5/1/2, Al-Ma'ayir As-Shariah, hlm 371 ; Keputusan Persidangan Dallah AlBarakah, tahun 1999, no 17/1): TIDAK HARUS (HARAM) DARI SUDUT SYARA' UNTUK BERURUSAN DENGAN 'FUTURES CONTRACT' (termasuk Commodity Futures) SAMADA MEMBUATNYA, MEMBELI DAN MENJUALNYA.

Ia menjadi haram kerana sebab berikut :-

a) Penjualan beli komoditi secara tangguh bayaran dan penghantaran komoditi yang dijual . Ini menyebabkan ia tergolong dalam hadith, berkatalah Ibn Umar : أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 ) Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

b) Menurut kebiasaannya penjual secara 'futures' ini menjual komoditi yang belum berada dalam miliknya . Ini dilarang oleh Nabi SAW sebagaimana hadith لا تبع ما ليس عندك Ertinya : "Janganlah (dilarang) kamu menjual sesuatu yang belum dimiliki olehmu" (Riwayat At-Tirmidzi , no 1232 , Albani : Sohih ) Selain dua sebab ini terdapat 2 sebab lain yang menyebabkan Majlis Ulama Fiqh mengharamkannya. Termasuklah unsur perjudian yang wujud. Bagaimanapun, cukuplah dua hujjah ini untuk saya dedahkan kepada awam agar infomasi yang diberikan tidak begitu berat. Sesiapa yang berminat boleh rujuk di artikel saya tentang Swiss Cash, telah saya ulasnya http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Sebagai makluman, keputusan ini dibuat setelah sepakat seluruh Ulama Fiqh SeDunia bersama perbincangan pakar ekonomi. Ahli Majlis Penasihat

Shariahnya dianggotai oleh ulama seperti berikut :- ·

Sheikh Mufti Taqi Uthmani (Hakim Syarie Mahkamah Tinggi, Pakistan - Pengerusi)

Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Mane (Hakim Mahkamah Mekah)

Sheikh Prof. Dr. Muhammad Siddiq Ad-Dharir ( Prof Shariah, Univ Khartoum, Sudan)

Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof Shariah, Univ Damsyiq, Syria)

Sheikh Prof. Dr 'Ajil An-Nashmi ( Prof Shariah, Univ Kuwait)

Sheikh Husayn Hamid Hassan (Pengerusi Majlis Penasihar Shariah, Dubai Islamic Bank, UAE)

Sheikh Abd Rahman Al-Atram ( Penasihat Shariah, Ar-Rajhi Investment Bank, Saudi)

Sheikh Ali Tashkiri ( Setiausaha Agung, Kesatuan Dunia 'Taqrib' Sunnah dan Syiah, Iran)

Sheikh Dato' Ghazali Abd Rahman (Ketua Hakim Syarie, Malaysia)

Sheikh Al-Ayyashi As-Sadiq Al-Faddad ( Ma'ahad Penyelidikan Islam, Islamic Development Bank, Saudi)

Sheikhuna Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, Kumpulan Perbankan Dallah Al-Barakah Sedunia)

Sheikh Ahmad bin Abdullah ( Setiausaha Agung, Majlis Penasihat Shariah, Sudan)

Sheikh Nizam Ya'qubi (Majlis Penasihat Shariah, Bahrain Islamic Bank)

Sheikh Nazih Hammad (Majlis Penasihat Shariah, Citibank Islamic )

Sheikh Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan, Malaysia)

Itulah ahli Majlis yang membuat keputusan itu, saya tidak pasti jika anda masih mempercayai orang tertentu di Malaysia sedangkan ia telah dibincangkan oleh pakar-pakar seperti di atas.

Isu Ketiga : Syarikat yang amat diragui

Selain itu, walaupun perniagaan minyak dan gas, eletrik, adalah halal, dokumen-dokumen utama dan cara jual belinya dilakukan hendaklah disemak oleh sebuah Majlis Penasihat Shariah terlebih dahulu agar semua rukun dan syarat jual beli diikuti. Sebagai contoh, Majlis Penasihat Shariah Dow Jones Islamic Fund, sila buka laman mereka di http://www.investaa.com/ ; sebelum meluluskan sebarang syarikat yang boleh di sahkan halal, mereka akan mengkaji dengan teliti, antara contohnya mereka akan memastikan syarikat tersebut tidak mempunyai pinjaman konvensional lebih dari 30 % dan banyak lagi kaedah semakannya. Selain Dow Jones Islamic, anda boleh merujuk cara semakan dan pengesahan yang dibuat Jabatan 'Islamic Capital Market' di Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Dengan itu anda akan mengetahui bagaimanakah cara mereka mengesahkan sesebuah Dana Pelaburan itu untuk boleh sebagai halal. Inilah antara kerja di Suruhanjaya Sekuriti di Jabatan Pasaran Modal Islam. Tidak perlulah saya dedahkan kaedah 'screening' mereka kerana ianya agak teknikal dan hanya akan memeningkan orang awam yang tidak berpengalaman dalam hal pelaburan. Kesimpulan saya di sini adalah, ABB Fund dan EAindex tidak pernah memikirkan tentang halal haram, mereka adalah Kapitalis yang hanya mencari untung semaksimum mungkin tanpa mengendahkan displin Islam, jika tidak mereka sudah tentu melantik pakar-pakar Shariah untuk menyemak pelaburan mereka. Dengan tiga hujjah ini pun sudah jelas, dan tidak perlu lagi saya mendedahkan kepincangan Shariah dalam system agensi dan commission memperkenalkan ahli bawah mereka. Jika tiga isu tidak lepas, yang lain juga tiadalah gunanya.

RUNGUTAN & RESPOND

"Kalau macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah, ekonomi kita, negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian luahan tak puas hati yang pasti akan kedengaran bila artikel ini dibaca. Inilah jenis respond 'cari makan' apabila sudah didedahkan satu persatu bahawa pelaburan yang disertainya adalah bercanggah dengan hukum Allah SWT. Iaitu, cuba mengaitkan dengan perkara lain agar kelihatan mustahil untuk mengelaknya, selain itu ada juga yang akan mula mempersoalkan kewangan peribadi saya pula. Padahal, ia tiada kaitan dengan hukum pelaburan mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah focus isu ini kepada topic lain. Nasihat saya, janganlah menjadi tidak teliti tentang hukum sebelum melabur hanya kerana ia membawa keuntungan lumayan. Membuat kesimpulan umum tanpa ilmu hanya membawa masalah dan kemerbahayaan kepada diri sendiri. Saya tidak punyai masa yang panjang untuk menjelaskan satu demi satu. Cukup saya katakan, bahawa lebih mudah untuk saya menjelaskan secara 'lisan' dari menulis. Justeru, anda boleh menemui saya atau mendaftar di kursus kewangan Islam yang akan diadakan 24 Februari 2007 jika anda ingin mengajukan soalan seperti itu. Saya tidak mahu mempromosi kursus itu di sini, kerana itu saya katakan, anda masih boleh mengajukannya secara telefon dan berjumpa saya di kuliah-kuliah bulanan saya di serata lembah Klang secara percuma. Saya kira, saya mampu menerangkannya dalam masa 5-15 minit sahaja.

HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM

Hujah-hujah 'favorite' dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah seperti berikut :

Hujjah Pertama Mereka : "Apa salahnya, bukankah ia boleh meningkatkan ekonomi umat Islam", Jawapan saya : "Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada unsur keberkatan. Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat dan pasti tidak akan berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang, ia hanya menambahkan dosa seperti melahirkan lebih banyak si tamak, penipu, pemberi dan penerima rasuah dan lain-lain unsur jahat yang secara senyap menghancur sesebuah masyarakat. Ia disebut oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 278 : "Allah memusnahkan keberkatan dari harta Riba.."

Hujjah Kedua Mereka : "Maslahat" Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=63....

Kesimpulannya ia adalah 'Maslahat Mulghah' iaitu Maslahat yang tertolak.

Hujjah Ketiga Mereka : "Jika tiada duit maka buat kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya. Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut : من جمع مالاً من حرام ثم تصدق به , لم يكن له فيه أجر Ertinya : Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian bersedeqah dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang ganjaran kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no 797 : Sohih menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Zahabi; Albani : Dhoif)

Hujjah Keempat Mereka : "Sampai tahap dharurat"

Jawapan saya : Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah sesuatu perlara keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka seseorang boleh hilang nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi). Saya percaya ramai orang tidak melabur, tetapi masih hidup aman damai. Hujjah Kelima Mereka : Ada hadith kata " tak boleh lari dari riba di akhir zaman, semua akan kena debunya" Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith ini dhoif menurut imam Al-Munziri dan Albani. Hujjah Keenam Mereka : "Tak mengapa nanti kami bersihkan sebahagian bonus dengan mengeluarkan zakat" Jawapan saya : Syarat wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT (Rujuk Al-Badai' As-Sona'i, Al-Kasani, 2/4 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) . Jelasnya, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram, ia hanya boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara halal. Secara sepakat ulama bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi yang diperlukan adalah melupuskannya (Qadhaya Az-Zakat Al-Mu'asiroh, Dr Naim Yasin, 2/208 ). Marah dan Menyekat Untung Saya pasti ada yang amat marah kerana ia telah mempunyai rangkaian yang cukup luas dan keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun dengan lebat sekali. Apa yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith Nabi yang telah saya nyatakan dahulu iaitu كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil 'Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226) Sebagai penambah kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa pelaburan ABB Fund, Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah tidak sah menurut pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba dengan jelas. Saya juga sedar betapa besarnya ujian jika saya berada di tempat pemain, pelabur dan pelopor abb fund, eaindex dan sudah meraih untung ribu-ribu..memang sukar. Cuma suka saya ingatkan bahawa, lagi sukar sesebuah ujian, sudah tentu pahalanya juga lebih besar, sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a dalam sebuah riwayat : "Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan kesukaranmu'
Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang nafsunya demi untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW berbangga dengan anda !! Malah saya juga merasakan, pahala individu yang sanggup berhenti kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya yang menulis jawapan ini. Allahu akbar.! Sebagai akhirnya, tahukah anda setara mana besarnya dosa Riba iaitu duit untung yang diperolehi dari ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-Pay ini?. Saya nyatakan disini bahawa. Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

BAHAYA DAN KECELAKAAN DARI RIBA
Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam darinya.

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ia berdasarkan Firman Allah SWT : Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan 'saki baki' riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut 'saki baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus. Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan dengan hidup dikelilingi 'virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini. Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata : Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan 'An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366) Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan. Allah SWT berfirman : Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 ) Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:- Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir 'an 'iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas'ud r.a :- Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 ) Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir 'An 'Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya. Nabi SAW bersabda : Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina. Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 ) Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini.

e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jika kumpulan dalil ini masih tidak mampu menyedarkan anda dari keuntungan dunia yang sementara, Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala yang kita lakukan. Justeru, saya tiada sebarang komen lagi. Saya ucap tahniah bagi sesiapa yang mampu membaca satu persatu tulisan ini ke tahap ini. Ini bermakna anda sememangnya masih mempunyai iman di hati dan masih berfikir tentang urusan halal haram. Kini ilmu telah ada, maka tindakan sahaja yang diperlukan. Akhirnya, cukuplah sekadar ini huraian ringkas saya, samada pembaca dan peserta semua dana pelaburan Riba ini ingin berhenti atau tidak, itu terpulanglah kepada empunya diri masing-masing. Tugas saya secara sukarela yang saya jalankan hanyalah mendedahkan kebenaran yang tidak dapat lagi disembunyikan. Saya juga pasti ramai yang ingin berhenti tetapi tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan keuntungan yang masuk, bagaimana ingin mendapatkan kembali modal, haruskah untuk mendapatkannya kembali dan pelabagi lagi bermain di kepala. InshaAllah saya akan cuba menulis dalam artikel lain. Kerana tidak mahu memanjangkan lain artikel ini.

Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 29 Muharram 1428 H / 17 Februari 2007
"

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:05 AM   5 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com