Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

TUAN MUKHTAR BOGOR
Sunday, April 30, 2006
`Ulama' ahli syari'at dan haqiqat

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

DI MEKAH pada satu ketika dulu sekurang-kurangnya ada tiga orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menguasai banyak bidang disiplin ilmu. Ketiga-tiganya pula adalah merupakan yang paling ramai muridnya, terutama bagi masyarakat dunia Melayu.

Yang pertama, ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 25 tahun, mulai 1300 H/1882 M hingga tahun 1325 H/1908 M. Yang kedua Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minankabawi (1276 H/1860 M - 1334 H/ 1916 M). Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 29 tahun, mulai 1305 H/1888 M hingga tahun 1334 H/1916 M. Yang ketiga ialah ulama yang diriwayatkan ini, nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid al-Bughri al-Batawi al-Jawi. Lahir di Bogor, Jawa Barat, pada hari Khamis, 14 Syaaban 1278 H/14 Februari 1862 M, wafat di Mekah, petang Ahad, 17 Shafar 1349 H/13 Julai 1930 M. Mengajar di Masjid al-Haram selama lebih kurang 28 tahun, mulai 1321 H/ 1903 M hingga tahun 1349 H/1930 M.

Sungguh pun Tuan Mukhtar Bogor menguasai banyak bidang disiplin ilmu termasuk ilmu-ilmu hadis, yang sering dibicarakan terutama oleh golongan tajdid, namun beliau tetap berpegang dengan Mazhab Syafie, pengikut setia Mazhab Ahlis Sunnah wal Jamaah aliran Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi. Dalam tasawuf tetap berpegang kukuh dengan imam-imam kaum sufi yang muktabar seperti Imam Abu Qasim Juneid al-Baghdadi, Imam al-Ghazali, dan lain-lain.

Pendidikan

Beliau memperoleh pendidikan dari orang tuanya sendiri, terutama tentang al-Quran sekali gus beliau hafiz kitab suci Islam itu. Dalam tahun 1299 H/1881 M melanjutkan pelajarannya di Betawi/Jakarta, belajar kepada al-Allamah al-Habib Utsman bin Aqil bin Yahya, Mufti Betawi. Melalui ulama Arab keturunan Rasulallah s.a.w tersebut Tuan Mukhtar Bogor hafal matan-matan ilmu yang pelbagai. Matan-matan itu ialah: Matn al-Milhah, Matn al-Alfiyah dan Matn al-Qathar semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn al- Ghayah wa at-Taqrib, Matn al-Irsyad, Matn az-Zubad semuanya dalam fikh dan termasuk juga akidah. Ketika belajar di Betawi juga, Tuan Mukhtar telah mahir dalam riwayat-riwayat ilmu Qiraat.

Ulama-ulama yang pernah mengajar Tuan Mukhtar, yang bersanad, yang beliau sebut dalam tulisannya, ialah: Sayid Muhammad Amin bin Sayid Ahmad ar-Ridhwan al-Madani, Sayid Abu Bakri Syatha dan saudaranya Sayid Umar Syatha, Sayid Abdul Karim an-Naji ad-Daryandi, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Mushthafa Afifi dan Syeikh Muhammad Zainuddin al-Jawi as-Sumbawi. Ulama yang berasal dari Pulau Sumbawa, Indonesia ini menghasilkan beberapa buah karangan di antaranya yang masih diajarkan sampai sekarang ialah Sirajul Huda (akidah) dan Minhajus Salam (fikh). Guru-guru yang lain beliau sebut pula Syeikh Muhammad al-Minsyawi, Sayid Umar as-Syami, Sayid Husein al-Habsyi, Sayid Yusuf an-Nabhani, Sayid Muhammad bin Ja'afar al-Kattani dan Syeikh Abdul Qadir al-Halabi.

Ada beberapa buah kitab yang dikhatamkan Tuan Mukhtar di bawah bimbingan Syeikh Ahmad al-Fathani, kitab-kitab itu ialah Fathul Mu'in dan syarahnya I'anatuth Thalibin. Kedua-dua kitab itu adalah mengenai fikh yang sekali gus Tuan Mukhtar belajar juga kepada Sayid Abu Bakri asy-Syatha, iaitu pengarang kitab I'anatuth Thalibin itu. Kitab fikh Mazhab Syafi'ie yang besar-besar Tuhfah dan Nihayah, Tuan Mukhtar juga belajar kepada Sayid Abu Bakri asy-Syatha.

Tuan Mukhtar Bogor juga secara langsung khatam dua buah kitab karya Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri. Yang sebuah dalam bahasa Arab, iaitu Tashil Nail al-Amani tentang nahu. Yang bahasa Melayu ialah Faridatul Faraid tentang akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Mengenai ilmu hadis terutama kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Tuan Mukhtar belajar dari awal hingga akhir kedua-dua kitab itu kepada Sayid Husein bin Sayid Muhammad al-Habsyi. Mengenai ilmu tafsir pula Tuan Mukhtar belajar kepada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Sayid Husein bin Sayid Muhammad al- Habsyi dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki juga adalah guru kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.

Mengajar

Dalam catatan sejarah Tuan Mukhtar Bogor adalah seorang yang sangat rajin belajar, mengajar, membaca dan sangat kuat beramal. Praktik mengajar dilakukan di Masjid al-Haram dan di rumah beliau sendiri. Mengajar di Masjid al-Haram dilakukan antara Maghrib dan Isyak. Dan sesudah Isyak disambung lagi. Yang hadir ketika beliau mengajar di dalam Masjid al-Haram sekitar 400 orang yang terdiri dari para pelajar dan termasuk para ulama.

Biasanya beliau mengajar sesudah Subuh, jika di rumah, ialah ilmu nahu, ilmu sharaf dan balaghah. Sesudah Asar mengajar kitab Ihya' Ulumid Din karangan Imam al-Ghazali. Pelajaran yang singkat tentang ilmu falak dan miqat dilaksanakan pada hari Selasa, iaitu mengajar kitab susunan beliau sendiri.

Setiap malam Jumaat, Tuan Mukhtar Bogor mengadakan majlis zikir dan doa yang ramai manusia menyertai majlis itu. Setiap selesai melakukan zikir dan doa diiringi dengan jamuan makan secara berjemaah.

Selain melakukan zikir dan doa berjemaah Tuan Mukhtar Bogor memang dikenali sebagai seorang yang zahid, banyak melakukan ibadat, banyak membaca selawat atas Nabi s.a.w, banyak membaca al-Quran dan lain-lain sejenisnya. Sungguhpun Tuan Mukhtar Bogor berkekalan membaca al-Quran sebagai amalan, namun beliau masih mampu mengamalkan zikir-zikir jenis Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Naqsyabandiyah.

Selain hal-hal yang tersebut di atas Tuan Mukhtar Bogor juga dikenali sebagai seorang yang pemurah, beliau menampung para pelajar yang tiada berkemampuan dengan bimbingan pelimpahan ilmu, sekali gus diberi makan dan pakaian seperti yang beliau lakukan terhadap keluarganya sendiri.

Di antara murid-murid Tuan Mukhtar Bogor yang menjadi ulama besar yang mendapat tempat dalam masyarakat ialah: Haji Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang, Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam Selangor, Sayid Muhsin bin Ali al-Masawi, pengasas Madrasah al-Ulumid Diniyah, Mekah, Kiyai Ahmad Dimyathi bin Abdullah at-Tarmasi (adik Syeikh Muhammad Mahfuz at-Tarmasi yang sangat terkenal), Kiyai Haji Hasyim al-Asy'ari, pengasas Nahdhatul Ulama Indonesia, Kiyai Haji Manshur bin Abdur Rahman Bogor al-Batawi, Sayid Muhammad Ahyad bin Idris Bogor, ulama ini adalah menantu kepada Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani (Padang), Tuan Guru Haji Muhammad Zain bin Tama Kajang (1324 H/1908 M - 1413 H/ 1992 M) dan ramai lagi.

Sewaktu artikel ini saya tulis masih ramai murid Tuan Mukhtar Bogor yang masih hidup, di antaranya di Malaysia ialah Tuan Guru Haji Hasyim (Pimpinan Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan), Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman (Pimpinan Pondok Lubuk Tapah, Kelantan). Selain yang masih hidup di Malaysia juga masih ramai di Patani, Indonesia dan di Mekah. Semua murid Tuan Mukhtar Bogor yang masih hidup pukul rata yang berusia melebihi usia 80 tahun ke atas.

Penulisan

Syeikh Muhammad Mukhtar Bogor menghasilkan karya yang tersebar berupa cetakan ada yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Yang telah diketahui dan dijumpai adalah sebagai yang tersebut di bawah ini:

1. Taqribul Maqshad fil Amali bir Rub'il Mujaiyab, diselesaikan hari Khamis, 15 Syaaban 1308 H. Kandungan membicarakan ilmu falakiyah. Cetakan kedua Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1331 H. Dicetak juga oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Jumadil Awwal 1347 H. Selain cetakan sebuah manuskrip salinan yang ditemui, pada akhir salinan dinyatakan, ``Saidi wa Ihsan Haji Abdur Rahman bin al-Haji Ibrahim Khathib Melabuh al-Jawi min ahali al-Juhur Baharu''. Maksudnya Saidi dan Ihsan bin Haji Abdur Rahman bin Haji Ibrahim, Khathib Melabuh yang berasal dari kekeluargaan Johor Bahru. Salinan telah dilakukan pada tengah hari Rabu, 15 hari terakhir bulan Rejab 1313 H.

2. Ushulud Din I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah, diselesaikan hari Khamis, 24 Zulkaedah 1323 H. Kandungan membicarakan akidah, sifat dua puluh. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H.

3. Ar-Risalatul Wahbatil Ilahiyah fi Bayani Itsqati ma'alal Maiyiti minal Huquqi was Shiyam was Shalati, diselesaikan malam Ahad, 2 Muharram 1327 H. Kandungan membicarakan fidiyah sembahyang, puasa dan lain-lain. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1330 H. Ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.

4. As-Shawa'iqul Muhriqah lil Auhamil Kazibah fi Bayani Hillil Baluti war Raddu `ala man Harramahu, diselesaikan: Malam Isnin, 8 Muharram 1329 H. Kandungan membicarakan hukum boleh makan belut. Dicetak oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-Utsmaniyah 1329 H

5. It-hafus Sadatil Muhadditsin bi Musalsalatil Ahaditsil Arba'in, diselesaikan: 8 Rabiulawal 1345 H. Kandungan membicarakan berbagai-bagai sanad/silsilah keilmuan dan amalan. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, Jumadilawal 1345 H Ditashhih oleh Syeikh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

6. Khutbah al-Jumaat, tidak terdapat kenyataan tahun penulisan. Kandungan Khutbah Jumaat, khutbah yang pertama dan khutbah yang kedua. Dicetak tidak terdapat nama percetakan.

7. Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat kenya-taan tahun penulisan. Kandungan membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Cetakan yang pertama Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah, atas perbelanjaan pemiliknya Muhammad Majid al-Kurdi al-Makki, 1330 H.

8. Mukhtashar Kitab ad-Durril Munif fi Syarhil Wirdil Lathif, tidak terdapat tahun penulisan. Kandungan membicarakan wirid, zikir, doa, dan lain-lain. Dicetak oleh Mathba'ah al-'Arabiyah, Mekah, 13/2/1352. Pada halaman 7 pengarang mencatatkan bahawa syarah kitab ini dicetak pertama kali di Mekah tahun 1330 H dan cetakan yang kedua, tahun 1345 H di Mesir. Bahawa beliau telah mencantumkan 30 hadis berserta dengan syarahnya di dalam kitab tersebut.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:26 AM   0 comments
TOK SELEHOR KELANTANI
Saturday, April 29, 2006

Berdakwah lewat puisi

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

TOK Selehor atau Tok Selehong, nama lengkapnya ialah Abdur Rahman bin Utsman bin Senik. Ulama yang berasal dari Kelantan ini lahir di Kampung Lubuk Jong, tahun 1289 H/1872 M, wafat malam Khamis, 18 Zulkaedah 1353 H/20 Februari 1935 M. Beliau adalah sahabat Tok Kenali, yang juga berasal dari Kelantan dan lebih tua sedikit daripada Tok Selehor. Tok Kenali lahir pada tahun 1287 H/1871 M, wafat pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Sahabatnya pula ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor (lahir di Ban Sim Dip, Bangkok, tahun 1293 H/1876 M, wafat di Mekah al-Mukarramah, hari Rabu, 6 Rabiulawal 1376 H/10 Oktober 1956 M), Utsman bin Haji Muhammad bin Haji Abdul Wahhab atau Tok Bacok (lahir tahun 1277 H/1860 M, wafat pada malam Ahad, 15 Zulkaedah 1372 H/27 Julai 1953 M), dan ramai lagi yang belum dibicarakan dalam artikel ini.

Tok Selehor memulai jihad keilmuannya belajar kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik, Sungai Pinang Kelantan. Kemudian memondok di Patani selama tujuh tahun, belajar kepada Tuan Guru Haji Abdur Rasyid di Kuala Bekah dan Tuan Guru Haji Abdulah di Tok Jum. Tok Selehor belajar di Mekah selama 18 tahun. Di antara gurunya ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Setelah Syeikh Ahmad al-Fathani wafat, beliau masih tetap belajar kepada ayah saudara Syeikh Wan Ahmad al-Fathani, iaitu Syeikh Wan Daud bin Mustafa al-Fathani (Tok Cik Wan Daud al-Fathani), mendalami ilmu-ilmu alat Arabiyah, ilmu fikah Mazhab Syafie, dan ilmu qiraat yang berbagai-bagai. Tok Selehor mulai membuka pengajian pondok tahun 1340 H/1921 M.

TOK SELEHOR DAN KITAB HIKAM

Salah sebuah kitab ilmu tasawuf yang diajar oleh Tok Selehor ialah Kitab al-Hikam. Sebelum membicarakan keterlibatan Tok Selehor dalam pengajaran Kitab al-Hikam karya Syeikh Ibnu Atha'ullah as-Sakandari yang sangat terkenal itu, saya dulukan cerita tentang Kitab al-Hikam terlebih dulu, bahawa terdapat dua buah Kitab al- Hikam versi bahasa Melayu, yang sebuah dalam bentuk matan dan yang sebuah lagi dalam bentuk syarah. Penerbitan awal kedua-dua versi dalam bahasa Melayu itu ditashih dan diusahakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani.

Selain yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Kitab al-Hikam yang dalam bahasa Arab pula terdapat berbagai-bagai syarah. Syeikh Ahmad al-Fathani dipercayai telah mengajar kitab tersebut kepada murid-muridnya, sama ada di rumahnya di Mekah mahu pun di Masjid al-Haram. Menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin, istilah `hikam', beliau takrifkan sebagai jamak daripada perkataan `hikmah', yakni `perkataan yang diteguhkan'. Ada pun istilah hikmah/hikmat mengandungi pengertian yang berbagai-bagai, di antaranya ialah: `pandai menyurat/menulis, ilmu yang dapat melahirkan sesuatu yang luar biasa/menyalahi adat kebiasaan, kata-kata nasihat yang mantap, dan lain-lain lagi.

Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa perkataan `hikmah', ditafsir oleh Ibnu Abbas r.a. yang terdapat dalam al-Quran ialah, ``dengan belajar halal dan haram''. Yang lain berpendapat, ``ditinjau dari segi lughah ialah ilmu serta amal''. Pendapat yang lain, ``hikmah itu diambil faedah daripadanya, iaitu yang sebenar pada diri pekerjaan dengan sekira-kira kuasa manusia''. Pendapat yang lain, ``tiap-tiap kalam yang muafakat akan hak, maka iaitu hikmah''.

Sanad

Jika kita jejak sanad pengajian Kitab al-Hikam mulai pengarangnya, iaitu Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari hingga turun sampai kepada Tok Selehor, ialah Tok Selehor merupakan yang ke-17. Untuk lebih jelasnya dapat diperhatikan sanad sebagai berikut:

1. Tok Selehor, Kelantan, belajar kepada (2)
2. Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, belajar kepada (3)
3. Saiyid Abi Bakri Syatha, belajar kepada (4)
4. Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, belajar kepada(5)
5. Syeikh Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, belajar kepada (6)
6. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi, beliau telah menulis syarah kitab yang dibicarakan ini. Syeikh Abdullah bin Hijazi asy-Syarqawi belajar kepada (7)
7. Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni, belajar kepada (8)
8. Syeikh `Id an-Namrisi, belajar kepada (9)
9. Syeikh `Abdullah bin Salim al-Bashri, belajar kepada (10)
10. Syeikh Muhammad bin `Ala' al-Babli, belajar kepada (11)
11. Syeikh Abi an-Naja Salim bin Ahmad as-Sanhuri, belajar kepada (12)
12. Saiyid an-Naju Muhammad bin Ahmad al-Ghaithi, belajar kepada (13)
13. Syeikh al-Islam Zakaria al-Anshari, belajar kepada (14)
14. Saiyid al-'Izzu Abdur Rahim bin al-Farrat, belajar kepada (15)
15. Syeikh at-Taju `Abdul Wahhab bin `Ali bin `Abdul Kafi, belajar kepada ayahnya (16)
16. Syeikh at-Taqiy `Ali bin `Abdul Kafi as-Subki, belajar kepada (17)
17. Syeikh al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin `Abdul Karim bin Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari atau disingkat namanya dengan Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari, iaitu pengarang Kitab al-Hikam yang sedang dibicarakan ini.

Ulama yang aktif beramal dengan Thariqat asy-Syaziliyah ini menghasilkan beberapa buah kitab, selain Kitab al-Hikam ialah Tajul `Arus fil Washaya wal Mawa'izh, Lathaiful Minan fi Manaqib al-Mursi wa Abi al-Hasan, dan lain-lain. Syeikh Ibnu Atha'ullah as-Sakandari, ulama besar sufi yang sangat besar pengaruhnya di seluruh dunia Islam, termasuk dunia Melayu, tersebut wafat di Kaherah, tahun 709 H/1309 M.

Ustaz Ismail Awang, dalam majalah Pengasuh menyebut: ``Tok Selehor mempunyai kebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan, tetapi yang sangat diminatinya ialah bidang tasawuf. Kitab Hikam oleh Ibnu Ataillah merupakan kitab paling suka diajarkan kepada orang ramai, mungkin kerana kitab ini mendorong manusia membaiki diri dan mendampingi diri kepada Allah, serta menjauhi sifat-sifat terkeji seperti sombong, hasad dengki, riak, sum`ah dan sebagainya.'' Oleh sebab Tok Selehor adalah murid Syeikh Ahmad al-Fathani, maka bererti sanad Tok Selehor dan murid-murid beliau dalam pengajian Kitab al-Hikam dan kitab-kitab lain karangan Syeikh Ibnu `Atha'ullah as-Sakandari dapat disambung seperti sanad yang telah disebutkan di atas.

Tasawuf

Kitab pengetahuan tasawuf selain Kitab al-Hikam secara umum juga dipelajari di seluruh dunia Melayu, termasuk dalam pondok yang diasaskan oleh Tok Selehor. Keseluruhan karangan Imam al-Ghazali, dalam hal ini yang paling ditekankan dan dimantapkan di antaranya ialah Minhajul Abidin dan Ihya' Ulumid Din. Sanad yang sampai kepada Imam al-Ghazali mulai nombor 1 sampai nombor 7 (Syeikh asy-Syamsu Muhammad bin Salim al-Hifni) pada sanad Kitab al- Hikam adalah sama, tetapi untuk sampai kepada Imam al-Ghazali adalah belajar kepada (8)

8. Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Budairi, belajar kepada (9)
9. Syeikh Mullah Ibrahim al-Kuarni, belajar kepada (10)
10. Syeikh Muhammad Syarif, belajar kepada (11)
11. Syeikh Abi Ishaq at-Tanukhi, belajar kepada (13)
13. At-Taqiy Sulaiman bin Hamzah, belajar kepada (14)
14. Syeikh `Umar bin Karam ad-Dainuri, belajar kepada (15)
15. Syeikh al-Hafiz Abi al-Faraj `Abdul Khaliq bin Ahmad bin Yusuf al-Baghdadi, belajar kepada (16)
16. Al-Imam Hujjah al-Islam Abi Hamid bin Muhammad bin al-Ghazali yang disingkatkan panggilan dengan Imam al-Ghazali saja. Sebagaimana yang tertulis dalam sanad yang tersebut di atas jelaslah bahawa ulama dunia Melayu yang diriwayatkan ini adalah sanadnya bersambung sampai kepada pengarang Minhajul `Abidin dan Ihya' Ulumid Din, iaitu Imam al-Ghazali yang sangat masyhur namanya itu.

BERZANJI DAN BURDAH

Ustaz Ismail Awang menulis, ``Tok Selehor pernah mengadakan Maulid an-Nabi secara besar-besaran dan dialah ulama Kelantan yang mempelopori perayaan itu. Berzanji dibaca dengan penuh perasaan. Perarakan besar-besaran di adakan. Pernah berpuluh-puluh ribu orang datang ke majlis perayaan Maulid Nabi anjurannya.

Hal ini pernah dikritik oleh akhbar-akhbar pada zaman itu, tetapi beliau tidak juga berhenti kerana beliau ingin menanam rasa cinta umat kepada Rasulullah s.a.w. yang penuh tenaganya berjuang menyebarkan Islam. Dengan cara itu anak-anak pondok lebih cepat bermesra dengan Rasulullah s.a.w. daripada hanya menyampaikan kisah tanpa diadakan gerak kerja.''

Praktik memperingati Maulid Nabi, membaca Barzanji, dan lain-lain sejenisnya, sama ada dalam dunia Arab sendiri, mahu pun dalam dunia Melayu telah berjalan sejak lama, oleh itu yang dilakukan oleh Tok Selehor seperti yang tercatat di atas adalah tidak dapat dimasukkan dalam klasifikasi bidaah dhalalah seperti yang pernah dilemparkan oleh hanya sekelompok kecil orang. Kitab Berzanji yang disyarah dalam bahasa Arab banyak dilakukan oleh ulama.

Ulama yang berasal dari dunia Melayu yang mensyarah kitab Maulid Nabi pernah dilakukan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. Beliau termasuk salah seorang guru kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Yang bererti ada pertalian keilmuan dengan murid-murid Syeikh Ahmad al-Fathani termasuk Tok Kenali, Tok Selehor dan lain-lain.

Lima

Syeikh Nawawi al-Bantani telah menulis tentang Maulid Nabi dalam lima judul karyanya, bahkan mengenai Maulid Nabi merupakan karyanya yang terawal. Karya tersebut ialah Targhibul Musytaqin li Bayani Manzhumatis Saiyid Barzanji Zainal `Abidin fi Maulidil Awwalin wal Akhirin, yang diselesaikan pada hari Jumaat, 13 Jumadilakhir 1284 H. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 23 Rejab 1311 H.

Semua karya Syeikh Nawawi al-Bantani dengan judul-judul yang lain adalah ditulis kemudian daripada kitab mengenai Maulid Nabi yang tersebut. Syeikh Ahmad al-Fathani juga memulakan penulisannya mengenai Maulid Nabi ketika beliau berusia 15 tahun, ditulis dalam bentuk puisi. Karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang pertama itu diberi judul Nazham Nuril Anam, diselesaikan pada hari Rabu, 15 Syaaban 1287 H/10 Oktober 1870 M. Transliterasi lengkap dapat dibaca dalam buku Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam, jilid 2, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, lihat hlm. 3 - 46.

Kitab Berzanji dapat dikategorikan dalam bidang sastera Arab, demikian juga Burdah Bushiri. Burdah Bushiri pernah diterjemah oleh Tok Kenali, sahabat Tok Selehor, yang diberi judul Risalatud Durril Mantsur, selesai beliau tulis pada bulan Jumadilakhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Meah, Jumadilakhir 1310 H. Selain itu juga oleh guru kedua-duanya, iaitu Syeikh Wan Ali Kutan yang diberi judul Risalah Majma' al-Qashaid wa al-'Awaid yang selesai ditulis pada bulan Zulkaedah 1320 H/ Februari 1903 M.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:30 AM   0 comments
Beribadat di angkasa
Friday, April 28, 2006

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm


Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)


SEMINAR Islam dan Kehidupan di Angkasa yang berlangsung dua hari di sebuah hotel di Bangi, Rabu lalu berjaya merungkai persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran kita tentang bagaimana melaksanakan ibadat di angkasa.

Ia juga membuktikan pintu ijtihad masih terbuka untuk para ulama dan cendekiawan membincangkan pelbagai isu semasa untuk kemaslahatan ummah waima melibatkan kehidupan di angkasa lepas.

Seminar itu diadakan selepas negara mencatat sejarah bakal mempunyai angkasawan menjelang Oktober 2007 menerusi Program Angkasawan Negara.

Secara tidak langsung, kejayaan itu turut menaikkan imej negara dan umat Islam pada amnya kerana kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi membuktikan bahawa Islam bukanlah jumud sebaliknya amat mementingkan inovasi dan kecemerlangan.

Bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana melaksanakan ibadat di angkasa terutamanya solat, bersuci dan menentukan arah kiblat dalam persekitaran yang jauh berbeza dengan suasana kehidupan di permukaan bumi.

Umum sedia maklum bahawa solat adalah kewajipan yang difardukan ke atas setiap individu Muslim yang mukallaf sebagaimana firman Allah, "Sesungguhnya solat lima waktu itu adalah wajib ke atas orang mukmin pada waktu yang telah ditetapkan," (An-Nisaa': 103 )

Ia diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w., Agama Islam itu dibangunkan atas asas yang lima, mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pendek kata, solat itu wajib dilakukan walau di mana sahaja kita berada walaupun dalam keadaan sakit dan tidak mampu berdiri.

Inilah antara keindahan Islam di mana Allah memberi kelonggaran atau rukhsah kepada umatnya jika menghadapi halangan atau kesukaran.

Berdasarkan pengalaman angkasawan Sepanyol, Pedro Duque yang telah dua kali naik ke angkasa pada 1998 dan 2003, bekalan air yang dibawa ke angkasa adalah terhad selain ia tidak tersejat.

Selain itu, pergerakan badan banyak bergantung kepada tangan yang memaut pemegang khas di dalam kapal angkasa kerana ketiadaan graviti yang menyukarkan berjalan seperti di muka bumi.

Jadi, seminar berjaya merumuskan angkasawan Muslim boleh menggunakan rukhsah dan juga konsep darurat iaitu jika tidak diberi keutamaan pasti mendatangkan bahaya kepada angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurut pensyarah kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Zainol Abidin Abdul Rashid, ISS berada pada ketinggian ~360 kilometer (km) dari permukaan bumi dan mengorbit (pusingan mengelilingi bumi) pada kalaan ~92 minit atau lebih kurang 16 orbit sehari.

Maknanya, angkasawan di ISS akan melalui 16 kali siang dan 16 kali malam. Soalnya, adakah kita perlu menunaikan solat 80 kali kerana di permukaan bumi kita bersolat lima waktu sehari semalam.

Bagaimanapun, pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Kedah, Dr. Abdullah Ibrahim menjelaskan, angkasawan tidak perlu berbuat demikian. Memadai menunaikan solat dalam keadaan musafir iaitu jamak dan qasar. Masa solatnya pula berpandukan kepada waktu di Mekah yang akan dimaklumkan kepada mereka melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Dari segi bersuci pula, penggunaan bata yang dibuat daripada tanah liat adalah diharuskan untuk bertayamum menggantikan debu tanah. Ini berdasarkan pendapat Mazhab Maliki.

Ia berdasarkan firman Allah, "Dan jika kamu dalam keadaan junub, maka bersucilah dengan mandi wajib, dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran dan salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan sedang tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi) maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih iaitu sapulah muka dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu,". (Al-Maaidah: 6).

Abdullah menjelaskan, dari segi menghadap kiblat jika menghadapi kesukaran maka ketika itu boleh ditunaikan solat dalam keadaan menghadap ke mana sahaja. Ini berdasarkan rujukan kitab al Jaziri, al-Fikh 'ala al Mazahib al Arba'ah.

Oleh itu, menurut Mazhab Shafie, solat angkasawan dalam ISS boleh menghadap ke mana sahaja yang ia mampu tetapi perlu terlebih dahulu perlu menunggu masa hampir tamat waktu solat yang hendak ditunaikan itu. Jika ditangguhkan juga, maka waktu solat itu akan habis.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, "Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat) maka di situlah arah yang diredai Allah. " (Al-Baqarah: 115)

Pelaksanaan solat juga tidaklah sukar kerana dalam keadaan darurat kita dibolehkan bersolat dalam keadaan duduk malah baring. Yang penting ialah kita menunaikannya.

Solat terbahagi kepada rukun fi'li (perbuatan) dan qawli (bacaan) dan qalbi (hati). Tidak timbul masalah bagi rukun qalbi dan qawli. Bagi rukun fi'li pula, angkasawan boleh solat dalam keadaan duduk iaitu rukuk dilakukan dengan membongkok sedikit, iktidal secara duduk dengan melepaskan kedua tangan menghulur di tepi rusuk kanan dan kiri.

Sujud pula membongkok lebih rendah daripada bongkok rukuk manakala duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir dilakukan seperti biasa.

Bagi puasa Ramadan pula, angkasawan diberi kelonggaran atas sebab musafir iaitu meneruskan puasa atau menggantikannya pada hari yang lain sebagaimana firman Allah, "Sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (boleh ia berbuka, kemudian wajib berpuasa) menggantikan hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain." (Al-Baqarah: 185)

Bagaimanapun, jika memilih untuk berpuasa maka hendaklah mengikut waktu Mekah.

Walaupun segala resolusi dalam seminar ini masih memerlukan perbincangan atau muzakarah di peringkat Majlis Fatwa, apa yang jelas ialah Islam adalah agama yang lengkap mencakupi pelbagai aspek kehidupan.

Apa yang penting kini ialah kesedaran kita sebagai umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab fardu ain yang ditetapkan terutama ibadat solat walau di mana kita berada.

Lagipun, Islam itu agama yang mudah sebagaimana firman-Nya, "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Al-Baqarah:185).



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:07 AM   0 comments
Ibnu Sina perintis ilmu kedoktoran


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

IBNU Sina atau nama sebenarnya Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah ialah doktor Islam terulung. Beliau dikenali di Barat sebagai Avicenna. Beliau dilahirkan pada 370H/980M.

Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Ibnu Sina amat menonjol dalam bidang perubatan.

Kisahnya mula terkenal selepas beliau berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang tidak ada doktor lain berjaya merawatnya. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan membolehkan beliau menerima gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Bukunya, al-Qanun fil Tib, telah diterbitkan di Rom pada 1593 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut menjadi bahan rujukan asas di universiti di seluruh Itali dan Perancis. Sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Buku tersebut menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk merawatnya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan tetapi merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, ilmu bahasa, syair, prosa dan agama.

Di samping mencapai kegemilangan dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki tahap yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini.

Dengan itu akan wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga dalam bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.

Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab 'Himah Ilahiyyah' dalam fasal 'Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan'.

Pemikiran beliau telah mencetuskan kontroversi dan disifatkan sebagai percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali kemudian menulis sebuah buku, Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah), untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan.

Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam hingga mengatasi kehebatan gurunya, al-Farabi.




Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:50 AM   1 comments
Robot berkaki ganti kerusi roda
Thursday, April 27, 2006

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Dunia/20060426230644/Article/

TOKYO: Seorang penyelidik Jepun mempamerkan sepasang kaki robot di Tokyo semalam yang membolehkan pengguna menggunakan tangga malah dijadikan pengganti kepada kerusi roda.

"Kami mahu mencipta robot yang boleh melakukannya dan berjalan di permukaan kasar," kata profesor kejuruteraan di Universiti Waseda di Tokyo, Atsuo Takanishi.

Takanishi berusaha menghasilkan mesin itu sejak 2003 dengan kerjasama pengeluar robot, Tmsuk Co.

Matlamat mereka ialah untuk mencipta robot berkaki dua yang dapat beroperasi sepenuhnya dalam persekitaran manusia - terutamanya seperti tangga bagi membolehkannya memanjat.

Versi terbaru robot berkenaan, WL-16RIII, boleh mengatasi keadaan sukar secara mekanikal.

Dalam satu demonstrasi di Tokyo, seorang penuntut Takanishi menunggang robot - yang mempunyai beberapa persamaan dengan mesin 'Wrong Trousers' dalam filem Wallace and Gromit - naik turun tangga dan berjalan di sepanjang laluan dipenuhi kerikil di luar rumah.

WL-16RIII beroperasi menggunakan sepasang kayu bedik. Bagaimanapun, Takanishi juga berharap untuk membangunkan sebuah model lain yang boleh berfungsi lebih bebas tanpa peralatan itu bagi membolehkan ia dijadikan pengganti kerusi roda dan memberi peluang kepada warga tua atau orang kurang upaya yang sukar menggunakan tangan atau lengan untuk terus menggunakan robot.

Takanishi dan Tmsuk berharap dapat menyempurnakan model itu tahun depan atau tahun berikutnya boleh digunakan dalam bidang sukan seperti polo versi robot, kata jurucakap Tmsuk, Rie Sudo. Mereka berharap mesin lebih bersifat autonomi, versi pengganti kerusi roda dalam masa lima tahun, katanya.

Firma Tmsuk Co beribu pejabat di Kitakyushu, kira-kira 848 kilometer di barat daya Tokyo. – AP




Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:54 AM   0 comments
Angkasawan solat ikut waktu bumi
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060427000919/Article/

Oleh Sazarina Shahrim

BANGI: Angkasawan Islam dicadangkan supaya hanya menunaikan solat fardu lima kali dalam tempoh 24 jam mengikut perkiraan masa di bumi, ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di angkasa lepas.
Cadangan itu dibuat sebagai syor untuk mengatasi masalah angkasawan Islam yang mungkin terpaksa mengerjakan sehingga 80 waktu solat fardu dalam tempoh 24 jam kerana tempoh orbit ISS di angkasa lepas hanya 90 minit.

Mengikut perkiraan, ISS mampu mengelilingi bumi dalam tempoh hanya 90 minit, berbanding satu pusingan bumi yang memerlukan 24 jam dengan semua lima waktu solat fardu perlu dilaksanakan dalam tempoh itu.

Ini bermakna, setiap angkasawan Islam terpaksa melaksanakan sehingga 80 waktu solat fardu dalam tempoh 24 jam di bumi berikutan ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh berkenaan.

Naib Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, dalam keadaan berkenaan, pihaknya berpendapat adalah wajar supaya angkasawan Islam diberi kelonggaran berhubung tuntutan mengerjakan solat.

"Kelonggaran bersembahyang boleh dipraktikkan berdasarkan kepada kaedah rukhsah dan darurat yang memudahkan seorang Muslim untuk melaksanakan ibadah dalam keadaan bermusafir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas antara resolusi yang dicapai dalam Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini, semalam.

Syed Kamarulzaman yang juga Pengerusi seminar itu berkata, resolusi berkenaan juga menyentuh beberapa aspek seperti arah kiblat, bersuci, cara hidup orang Islam termasuk makanan dan pemakaian ketika di angkasa lepas.

"Islam adalah agama yang mudah dan relevan mengikut peredaran zaman. Semuanya sudah jelas, cuma yang diperlukan ialah sedikit kajian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dokumen resolusi itu bagaimanapun tidak diberikan kepada media berikutan belum mendapat pengesahan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Semalam, Ketua Pengarah Angkasa, Prof Datuk Dr Mazlan Othman menerima resolusi itu bagi pihak Jamaluddin. Difahamkan, Majlis Fatwa Kebangsaan akan meneliti resolusi itu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan mengenainya.

Antara lain, seminar dua hari yang berakhir semalam itu bertujuan mengenal pasti isu kehidupan di angkasa dari perspektif Islam serta mencari penyelesaian berkaitan Islam dan kehidupan di angkasa.

Seminar itu juga bersempena dengan program angkasawan negara yang memperlihatkan empat calon akan berlepas ke Russia hari ini untuk menjalani saringan peringkat akhir bagi memilih seorang yang akan ke ISS pada Oktober 2007.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:52 AM   0 comments
UKM cipta kalkulator tentukan arah kiblat


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060427000942/Article/

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mencipta kalkulator yang boleh menentukan arah kiblat dan waktu solat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) di angkasa lepas.

Saintis kejuruteraan UKM, Prof Madya Dr Zainol Abidin Abdul Rashid berkata, kalkulator itu dicipta berpandukan konsep Bumi Terunjur dan Tiang Kiblat maya.

Katanya, konsep itu diasaskan kepada tafsiran Baitul Ma'mur yang dijelaskan dalam al-Quran iaitu sebagai rumah suci di langit tempat malaikat beribadat.

Beliau berkata, kalkulator itu juga dapat mengira kaedah pemetaan bagi mengurangkan 80 waktu solat kepada hanya lima dalam tempoh 24 jam di ISS mengikut kaedah yang ditetapkan.

"Perlu diingat, Islam adalah agama ilmu dan tertib. Andaian membenarkan seseorang solat dalam mana-mana arah ketika darurat kurang wajar jika ada ilmu atau kaedah menentukan kiblat di tempat atau ruang berkenaan," katanya

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Konsep Penentuan Waktu Solat dan Arah Di Angkasa di Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa di sini, semalam.

Sementara itu, Pensyarah dari Institut Agama Islam Kedah (Insaniah), Dr Abdullah Ibrahim berkata, debu tanah yang sesuai bagi tujuan bersuci atau tayammum perlu dibekalkan bagi menggantikan wuduk menggunakan air.

"Jika sukar mendapatkan debu tanah, boleh juga gunakan pasir, batu, kapur atau logam yang belum dipindah dari tempat asalnya," katanya membentangkan kertas kerja bertajuk Pelaksanaan Ibadah di Angkasa di seminar yang sama.

Bagaimanapun, mengenai arah kiblat, Abdullah berkata, angkasawan dibenarkan mengadap ke arah mana saja ketika mengerjakan solat tetapi perlu menunggu sehingga waktunya hampir tamat.

Beliau turut mencadangkan supaya Malaysia mencipta kerusi berpusing secara automatik bersama alat petunjuk arah Kiblat yang berpusing mengikut Kiblat seperti yang dipasang di pesawat perdagangan biasa


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:48 AM   0 comments
SYEIKH ABDUL HAMID KUDUS
Wednesday, April 26, 2006
Pakar Ilmu Arudh, Qawafi

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

DENGAN rasa rendah hati artikel ini memberi sedikit informasi dan jawapan beberapa persoalan yang masih belum diketahui umum tentang ulama besar yang berasal dari Kudus ini. Sebagai contoh dalam buku berjudul Intelektual Pesantren oleh Dr. Abdurrahman Masud, terbitan LKIS Yogyakarta, cetakan pertama 2004, hlm. 107, tertulis, ``Adalah benar bahwa jumlah penulis di lingkungan pesantren dapat dihitung dengan jari, seperti Nawawi sendiri dan pendahulu-pendahulunya, Arsyad al-Banjari, Abd al-Hamid bin Muhammad Ali Kudus (penulis Latif al-Isyarat).'' Pada nota kaki mengenai ini tertulis pula, ``Sejauh ini tidak terdapat sumber untuk mengungkap secara pasti tanggal daripada biografi Abd al-Hamid bin Muhammad Ali Kudus.''

Sebenarnya ulama besar yang asal-usulnya dari Kudus, Jawa Tengah, kelahiran Mekah yang diriwayatkan ini sekurang-kurangnya ada tiga sumber karangan orang Arab dalam bahasa Arab dan dapat dibandingkan 22 buah karangan beliau sendiri. Sebenarnya Syeikh Nawawi al-Bantani (lahir 1230 H/1814 M), adalah guru dan jauh lebih tua daripada Syeikh Abdul Hamid Kudus. Syeikh Abdul Hamid Kudus lahir di Mekah, dalam Mukhtashar Nasyrun Naur waz Zahar dinyatakan lahir 1277 H/1860 M, dan dalam Siyar wa Tarajim dinyatakan lahir 1280 H/1863 M. Beliau juga wafat di Mekah tahun 1334 H/1915 M. Nama lengkap ialah Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus / Kudus bin Abdul Qadir al-Khathib bin Abdullah bin Mujir Qudus / Kudus.

Syeikh Abdul Hamid Kudus mendapat pendidikan asas pertama sekali dari lingkungan keluarganya yang ramai menjadi ulama. Sejak kecil menghafaz al-Quran dan terlatih dengan banyak matan pelbagai bidang ilmu. Matan-matan yang dihafalnya sejak kecil ialah Matn al-Ajrumiyah, Matn al-Alfiyah, Matn ar-Rahbiyah, semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn as-Sanusiyah tentang ilmu akidah. Matn as-Sullam dan Matn az-Zubad, kedua-duanya meliputi akidah, fikah dan tasawuf. Para ulama besar yang terkenal dan menjadi guru beliau ialah Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid ``Utsman Syatha dan saudaranya Sayid Abu Bakri Syatha.

Dalam bidang khusus mengenai ushul fiqh, hadis, tafsir dan tasawuf Syeikh Abdul Hamid Kudus memperdalamkannya kepada Sayid Husein al-Habsyi. Syeikh Abdul Hamid Kudus pula adalah orang kepercayaan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang keilmuan setelah Syeikh Ahmad al-Fathani. Hubungan antara Syeikh Abdul Hamid Kudus dengan Syeikh Ahmad al-Fathani sangat rapat. Syeikh Abdul Hamid Kudus selain dilantik sebagai salah seorang pentashih kitab beliau seringkali diutus oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ke Mesir dalam urusan cetak mencetak kitab, terutama hubungan dengan Syeikh Mushthafa al-Halaby, pemilik syarikat cetak kitab yang terbesar di Mesir pada zaman itu.

Daripada ulama-ulama tersebut, Syeikh Abdul Hamid Kudus memperoleh ijazah khusus dan umum, dan mereka pula memberikan keizinan kepada beliau mengajar di Masjidil Haram dan di rumahnya. Manakala Syeikh Ahmad al-Fathani merintis jalan mulai belajar di Masjid Jamik Al-Azhar (tahun 1290 H/1872 M) Syeikh Abdul Hamid Kudus mengikuti langkah Rais thala'ah (Ketua tela'ah atau tutor)nya itu belajar di tempat yang sama (1300 H/1882 M). Syeikh Abdul Hamid Kudus merupakan generasi kedua mahasiswa dunia Melayu yang belajar di al-Azhar sesudah Syeikh Ahmad al-Fathani, sejak itu beliau sentiasa pulang pergi antara Mekah dan Mesir dalam urusan tertentu yang ada kaitannya dengan kerja-kerja Syeikh Ahmad al-Fathani.

Sebenarnya Syeikh Abdul Hamid Kudus telah mengarang pelbagai judul dalam banyak disiplin ilmu, semuanya dalam bahasa Arab. Walau bagaimana pun pada judul artikel ini saya sebut bahawa beliau adalah ``pakar ilmu arudh dan qawafi''. Kedua-duanya termasuk dalam bidang ilmu kesusasteraan Arab. Dengan ilmu ini dapat diketahui bagaimana timbangan-timbangan syair dan nazam dalam bahasa Arab. Setakat ini informasi yang ada hanya dua orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menulis dalam kedua-dua ilmu tersebut. Seorang lagi ialah Syeikh Ahmad al-Fathani `Rais Thala'ah' bagi Syeikh Abdul Hamid Kudus. Karangan Syeikh Abdul Hamid Kudus yang ada pada saya adalah sebagai berikut:

1. Irsyadul Muhtadi ila Syarh Kifayatil Mubtadi, diselesaikan sesudah Zuhur, hari Khamis, 3 Muharam 1306 H. Kandungannya membicarakan akidah dan ia merupakan syarah daripada karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus. Dicetak oleh Mathba'ah al-Maimuniyah, Mesir, Ramadan 1309 H. Di bahagian tepinya dicetak matan karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus tersebut. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

2. Al-Anwarus Saniyah `alad Duraril Bahiyah, diselesaikan pertengahan Rabiulakhir 1311 H. Kandungannya membicarakan akidah, fikah dan tasawuf. Merupakan syarah daripada karya gurunya Sayid Abi Bakar Syatha. Cetakan pertama, Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1313 H.

3. Fat-hul Jalilil Kafi bi Mutammimati Matnil Kafi fi `Ilmayil `Arudh wal Qawafi, diselesaikan pada hari Isnin, 19 Rabiulawal 1313 H. Kandungannya membicarakan ilmu arudh dan qawafi atau kesusasteraan Arab. Dicetak oleh Mathba'ah al-Husainiyah al-Mashriyah, milik Muhammad Abdul Lathif Khathib, 1325 H. Kata pujian oleh Sayid Ahmad Bik al-Huseini, Muhammad Musa al-Bujiraimi as-Syafi'ie di al-Azhar, Muhammad al-Halaby as-Syafi'ie di al-Azhar dan Ahmad ad-Dalbasyani al-Hanafi di al-Azhar. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.

4. Al-Futuhatul Qudsiyah fi Syarhit Tawassulatis Sammaniyah, diselesaikan pada Zuhur, akhir Muharam 1322 H. Kandungan pada muqaddimahnya pengarang menyebut bahawa beliau adalah penganut Mazhab Syafie dalam fikah, Mazhab Abu Hasan al-Asy'ari dalam akidah, dan penganut Thariqat Khalwatiyah. Sebab-sebab beliau menulis kitab ini adalah atas permintaan Qadhi Muslimin Negeri Surakarta ibu kota Jawa, beliau ialah Al-'Allamah al-Hamam asy Syeikh Raden Tabshirul Anam, supaya menulis syarah matan Al-Qashidatur Rajziyah yang bernama Jaliyatul Kurbi wa Manilatu `Arabi.

Pada awal perbicaraan pengarang menyebut tentang sanad-sanad thariqat, di antaranya beliau juga mempunyai hubungan dengan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani. Dicetak oleh Mathba'ah al-Hamidiyah al-Mashriyah, 1323 H. Taqriz dinyatakan ramai ulama tetapi yang dapat disebut pada akhir karangan hanya dua orang ulama saja ialah Syeikh Jami' Al-Azhar, bernama Syeikh Abdur Rahman asy-Syarbaini asy-Syafi'ie dan Syeikh Muhammad Thumum al-Maliki Al-Azhari. Kitab ini dimiliki pertama oleh Muhammad Thaiyib bin Sulaiman ahli Pekalongan pada 7 Rejab 1323 H. Sesudah itu dimiliki oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Qadhi Muar, Johor dan pada hari Isnin, 13 Rabiulakhir 1420 H/26 Julai 1999 M diserahkan kepada saya oleh Haji Muhammad bin Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Qadhi Muar, Johor.

5. Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah, diselesaikan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1326 H. Kandungannya membicarakan ilmu ushul fiqh. Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan, di antaranya Mathba'ah Dar at-Thiba'ah al-Mashriyah, 54-60 Baserah Street Singapura (tanpa tahun).

6. Kanzun Najahi was Surur fil Ad'iyatil lati ila Tasyarruhis Shudur, diselesaikan pada hari Jumaat, bulan Safar 1328 H. Kandungannya membicarakan berbagai-bagai amalan wirid, doa, zikir dan lain-lain. Cetakan pertama oleh Mathba'ah At-Taraqqil Majidiyah al-'Utsmaniyah, Mekah, 1330 H. Kata pujian oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Muhammad Ba Bashail, Mekah, Sayid Husein bin Muhammad bin Husein al-Habsyi, Sayid Umar bin Muhammad Syatha, Sayid Muhammad ibnu Sayid Muhammad ibnu al-Faqih Sayid Idris al-Qadiri al-Maghribi al-Hasani, Syeikh Muhammad bin Syamsuddin, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, dan Syeikh Umar Hamdan.

Karangan Syeikh Abdul Hamid Kudus yang belum saya miliki ialah:

7. Risalah fi al-Basmalah min Nahiyah al-Balaghah.
8. Manzhumah fi al-Adab wa al-Akhlaq li al-Islamiyah.
9. Thali'us Sa'di ar-Rafi' fi Syarh Ilm al-Badi', kitab ini membicarakan ilmu badi'.
10. Fiqh Rubu' `Ibadat.
11. Nubzah fi at-Tashauwuf.
12. Ad-Durrah ats-Tsaminah fi al-Mawadhi' allati tusannu fiha ash-Shalah `ala Shahib as-Sakinah.
13. Tasythir al-Mudharriyah fi ash-Shalah `ala Khairil Bariyah.
14. Majmu' Bulugh al-Maram fi Maulid an-Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam.
15. Raja' Nail al-As'ad wa al-Qabul fi Madah Saiyidatina az-Zahra' al-Batul.
16. Bulughus Sa'di wa al-Amniyah fi Madah Umm al-Mu'minin al-Mabra-ah ash-Shiddiqiyah.
17. al-Jawahir al-Wadhiyah fi al-Adab wa al-Akhlaq al-Mardhiyah.
18. az-Zakhair al-Qudsiyah fi Ziyarah Khairil Bariyah.
19. At-Tuhfah al-Mardhiyah fi Tafsir al-Quran al-'Azhim bi al-'Ajamiyah.
20. Dhiyausy Syamsi ah-Dhahiyah.
21. Maulidun Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam.
22. Kanzul `Atha fi Tarjamah al-'Allamah as-Saiyid Bakri Syatha.

Syeikh Abdul Hamid Kudus adalah seorang ulama yang sangat bertuah kerana melahirkan seorang anak yang menjadi ulama besar yang warak, yang meneruskan perjuangannya, iaitu Syeikh Ali bin Syeikh Abdul Hamid Kudus as-Samarani. Beliau dilahirkan tahun 1310 H/1892 M dan wafat pada hari Isnin, 14 Syawal 1363 H/1 Oktober 1944 M.

Syeikh Ali anak Syeikh Abdul Hamid Kudus mendapat pendidikan langsung daripada ayahnya. Selanjutnya juga belajar kepada Syeikh Muhammad Mahfuz Termas, Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid al-Bughri (Bogor), kedua-duanya adalah ulama yang berasal dari dunia Melayu yang pengetahuannya setaraf dengan ulama-ulama bangsa Arab yang berada di Mekah pada zaman itu. Syeikh Ali Kudus selain mempusakai martabat ulama seperti ayahnya, Syeikh Abdul Hamid Kudus sekali gus beliau juga menghasilkan karangan, di antaranya ialah ar-Raddu `ala ar-Rawafidh. Kandungannya merupakan penolakan pegangan golongan Rafidhiyah, iaitu salah satu firqah golongan Syiah yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu beliau juga menulis banyak artikel yang dimuat dalam majalah. Dalam tahun 1343 H/1925 M Syeikh Ali Kudus bersama keluarganya pindah dari Mekah ke Jawa Timur mendirikan sebuah madrasah di sana. Selanjutnya pindah pula ke Sulawesi, di sana juga menyebarkan ilmu-ilmu demi memartabat agama Islam yang dianutnya.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:32 AM   2 comments
Ilmuwan Islam: Umar Al-Khayyam pencipta kalendar
Monday, April 24, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060423230615/Article/


UMAR Al-Khayyam adalah ilmuwan yang terkenal dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan, dan turut dikenali sebagai seorang penyair yang hebat pada zamannya.

Nama sebenar beliau ialah Ghayyathuddin Abu Al-Fath Umar bin Ibrahim Al Khayyam atau Al-Khayya.

Beliau dilahirkan pada 1040 Masihi dan gelaran Al-Khayyam yang bermakna khemah dikatakan diberi kerana bapanya seorang pembuat khemah.

Umar Al-Khayyam seorang berpengetahuan luas, sangat pintar dan menghafal banyak hadis Rasulullah SAW.

Beliau banyak mengarang buku ringkasan mengenai alam tabii, menulis risalah mengenai alam semesta dan syariah serta sebuah kitab besar dalam bidang aljebra yang boleh menyelesaikan masalah tingkatan kedua dengan cara geometri dan algebra.

Beliau menyusun kaedah penting ilmu pengiraan dan cara untuk menyelesaikannya sehingga menjadikan kitabnya, Maqalat fi al-Jabr wa al-Muqabila dianggap sebagai penemuan terbaru dalam ilmu algebra.

Beliau pernah diarahkan Sultan Saljuq-Malikshah Jalal al-Din bekerja di balai cerap dan ditugaskan menentukan kalendar solat yang tepat.

Umar Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Selain itu, beliau juga menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti dan dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku.

Namanya turut menyerlah sebagai penyair terkemuka apabila hasil puisinya Ruba'iyyat Al-Khayyam dalam bahasa Parsi diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald.

Ruba'iyyat Al-Khayyam adalah keratan puisi empat bait, bait ketiga bebas daripada ikatan bait manakala tiga bait yang lain pula terikat.

Manuskrip puisi itu mempunyai pengaruh sastera yang besar dengan tema dan makna yang tersembunyi serta penuh falsafah yang dikagumi.

Umar Al-Khayyam adalah pencinta ilmu dan sentiasa berusaha menambah pengetahuan, selain menyumbang ke arah pengembangan ilmu dalam pelbagai bidang.

Tidak hairanlah jika 30 risalah ilmiah dan empat bukunya dalam bidang matematik, masing-masing tiga buku metafizik dan fizik serta masing-masing satu buku mengenai algebra dan geometri, menjadi rujukan hingga hari ini.

Sumbangannya dalam pembangunan ilmu matematik dan geometri memberi faedah besar kepada pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan masyarakat Eropah.

Umar Al-Khayyam menghembuskan nafas terakhir ketika mengerjakan solat selepas membaca kitab Al-Shifa', karangan Ibnu Sina.

Kecintaannya kepada pengetahuan menjadikan tuntutan ilmu satu bidang tanpa batasan Al-Khayyam. Beliau adalah ilmuwan yang dikenang kerana jasanya dalam bidang ilmu, kebudayaan, pembangunan dan kecemerlangan.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:32 PM   0 comments
Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi sebarkan ilmu dari Libya ke Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

RUANGAN Agama Utusan Malaysia telah menyiarkan 110 rencana mengenai ulama. Semua ulama yang diriwayatkan berasal dari dunia Melayu. Ulama ke-111 yang dibicarakan sekarang merupakan ulama yang berasal dari dunia luar. Beliau berasal dari Libya, tetapi telah menabur jasa dan keharuman peribadi di Malaysia khususnya dan dunia Melayu umumnya.

Pada 10 April 2006, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan World Islamic Call Society (WICS), Libya mengadakan Nadwah Ilmiyyah 2006 bertemakan Syeikh Abdullah Al-Ghadamsi (Al-Maghribi): Peranannya Dalam Pendidikan Islam Di Tanah Melayu. Ia diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya.

Saya membentangkan salah satu daripada 10 kertas kerja seminar itu. Kertas kerjanya berjudul Saiyid Syeikh Abdullah Al-Maghribi: Penulisan dan Penyebaran Ilmu. Kertas kerja tersebut saya ringkaskan dalam rencana ini dan ditambah beberapa maklumat yang dianggap penting setelah mengikuti semua pembentangan pada seminar itu. Sebelum saya memasuki pokok perbicaraan perlu juga saya membuat sedikit penilaian bahawa masih banyak terdapat perselisihan pendapat dalam penulisan terutama tentang tahun-tahun aktiviti Syeikh Abdullah Al-Ghadamsi.

Sesuatu yang bersifat andaian lebih menguasai daripada yang bercorak data dan fakta yang konkrit. Tiga tokoh yang dikemukakan sebagai tokoh islah ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Al-Maghribi. Ketiga-tiga mereka sering dibicarakan. Pada pandangan saya kajian secara menyeluruh, adil, ilmiah, berfakta dan tidak berpihak perlu dibuat dalam penilaian, terutama dalam menilai dua golongan ketika itu iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda (islah atau tajdid).

PENGENALAN RINGKAS

Nama lengkap ulama yang diperkatakan ini ialah Saiyid Syeikh al-Qadhi Abu Jabir Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad bin Muhammad al-Qairuani al-Balawi al-Ghadamsi al-Maghribi. Nama ringkas ialah Saiyid Abdullah al-Maghribi saja. Beliau dilahirkan di Ghadamas, tahun 1310 H/1892 M (mengikut Dr. Adel Muhammad Abdul Aziz dalam satu kertas kerja bertarikh 10 April 2006, hlm. 3). Ada riwayat lain menyebut beliau lahir di Tripoli. Wafat di Mekah pada waktu Maghrib, 7 Ramadan 1395 H atau 12 September 1975. Sejak kecil telah berpindah ke Mekah. Antara gurunya selama di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar (lahir di Thaif, 1272 H/1856 M, wafat 1347 H/1928 M).

Menurut Syeikh Umar Abdul Jabbar, guru bagi Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar ialah Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226 H/1811 M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233 H/9 Mac 1818 M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308 H/2 Mei 1891 M). Syeikh Rahmatullah ialah pengasas Madrasah ash-Shaulatiyah di Mekah. Pada penelitian saya berdasarkan sanad nampaknya tertinggal satu nama yang tidak disebut oleh Syeikh Umar Abdul Jabbar. Syeikh Ahmad bin 'Ali an-Najjar bersama-sama Syeikh Ahmad al-Fathani berguru kepada Syeikh Abdul Qadir asy-Syibli ath-Tharablusi. Sesudah ulama Libya ini barulah naik kepada Syeikh Rahmatullah al-Hindi itu. Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar juga belajar kepada Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Memperhatikan tahun lahir Syeikh Ahmad bin Ali an-Najjar (1272 H/1856 M) bererti ia sama dengan tahun lahir Syeikh Ahmad al-Fathani (1272 H/1856 M), kedua-duanya sama-sama belajar kepada Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan (lahir 1232 H/1816 M, wafat 1304 H/1886 M). Kemungkinan Saiyid Abdullah al-Maghribi juga pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani atau ulama-ulama dunia Melayu di Mekah lainnya.

Untuk lebih memperkuatkan hujah, sekiranya beliau tidak belajar kepada ulama dunia Melayu kepada siapakah beliau belajar bertutur bahkan dapat menulis dengan menggunakan bahasa Melayu? Hal ini memerlukan penelitian kepada pelbagai sumber. Oleh sebab Saiyid Abdullah al-Maghribi pernah belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah, Makkah, kemungkinan beliau juga pernah belajar kepada Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani yang pernah mengajar di madrasah itu sebelum beliau menjadi Syeikh al-Islam di Selangor.

Banyak pertikaian pendapat tentang riwayat kedatangan dan tahun Saiyid Abdullah al-Maghribi berhijrah ke Pulau Pinang. Ada riwayat menyebut bahawa beliau sampai di Pulau Pinang pada 1918 M. Riwayat yang lain pula menyebut setahun kemudian, iaitu tahun 1919 M. Ada juga riwayat yang menyebut bahawa pada tahun 1919 M itu juga beliau dilantik menjadi mudir di Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah (Abdul Rahman Al-Ahmadi, dalam Tamadun Islam di Malaysia, DBP, 2000, hlm. 489) di Tek Soon Street, Pulau Pinang menggantikan tempat Saiyid Syeikh al-Hadi.

Riwayat yang lain pula menyebut bahawa beliau menjadi mudir di madrasah tersebut pada 1921 M (Abdul Rahman Al-Ahmadi, hlm. 489) hingga 1927 M (Abdul Rahman Al-Ahmadi, dalam Tamadun Islam di Malaysia, DBP, 2000, hlm. 492). Tetapi dalam majalah ar-Raja' terbitan 23 Syawal 1343 H/19 Mei 1925 pada halaman 7 dan 15 terdapat maklumat bahawa pada tahun terbitan ar-Raja' itu mudir madrasah tersebut ialah Syeikh Abbas Rafi'.

Pada 1927 M saat-saat sewaktu akan pindah ke Perak, Saiyid Abdullah al-Maghribi mengasaskan organisasi Jam'iyah Al-Khalifah Syarif Husein yang bertujuan menyokong kekhalifahan Syarif Husein Raja Mekah yang mulai tergugat setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tidak sampai setahun Saiyid Syeikh Abdullah al-Maghribi mengajar di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak, pada 1928 M beliau terpaksa berpindah kerana fahaman agama Islam yang dibawanya dianggap termasuk golongan Kaum Muda sedangkan di madrasah tersebut masih ramai yang faham sangat tentang selok-belok Kaum Tua.

Informasi yang lain menyebut bahawa Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Perak itu diasaskan oleh Saiyid Abdullah al-Maghribi dan beliau menjadi mudir madrasah itu (1928-1932 M). Pada tahun 1934 M didirikan pula Madrasah ad-Diniyah di Kampung Lalang di Perak. Selanjutnya pada 1935 M Saiyid Abdullah al-Maghribi mengasaskan madrasah sendiri yang dinamakan Madrasah Al-Huda di Pulau Pinang.

PENULISAN

Bagi saya, pengesanan awal ketokohan seseorang sama ada ia berasal dari dunia Melayu sendiri ataupun dari luar adalah melalui penulisannya. Demikianlah juga dengan ulama yang sedang dibicarakan ini.

Pertama kali saya mengetahui nama beliau adalah melalui sebuah karya yang berjudul Kitab Munir al-Afham Pada Menyatakan Syarah Bulugh Al-Maram (jilid 1). Tidak terdapat tahun penulisan. Dicetak oleh Al-Huda Press, 27, Cholia Street, Penang. Dicatatkan, 'Telah didaftar di bawah nombor 873-1211-1936'. Dalam kitab tersebut ada dicatatkan maklumat ringkas tentang pengarangnya sebagai berikut: 'Al-Allamah al-Fadhil wa al-Muhaqqiq al-Kamil Tuan Syeikh Abdullah al-Maghribi, seorang daripada ulama Mekah al-Mukarramah dan tuan empunya Madrasah al-Huda ad-Diniyah bagi laki-laki dan perempuan'.

Pada halaman akhir diiklankan dua buah karya ulama tersebut iaitu Kitab Pada Menyatakan Tafsir al-Quran dan Kitab Pada Menyatakan Perjalanan Nabi s.a.w.. Tanpa melengah-lengahkan masa tentang data kitab tersebut, saya catat nota dalam buku yang sedang saya susun iaitu Katalog Besar Persuratan Melayu. Kandungan garis besarnya berdasarkan katalog yang saya tulis itu yang membicarakan segala dalil-dalil hukum syariat agama Islam bagi mazhab yang empat daripada hadis-hadis Nabi s.a.w.

Daripada maklumat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa Saiyid Abdullah al-Maghribi adalah berbangsa Arab tetapi berkemampuan menulis dalam bahasa Melayu yang berkembang pada zaman itu. Yang dibicarakan dalam penulisan tersebut adalah mengenai hadis, iaitu syarah kitab Bulugh Al-Maram karya Syeikh Ibnu Hajar al-Asqallani. Selain menulis tentang hadis, ulama Arab kelahiran Libya tersebut juga menulis tafsir al-Quran dan sirah Nabi Muhammad s.a.w. juga dalam bahasa Melayu. Menerusi maklumat yang lain nampaknya beliau tekun dan rajin mengikuti perkembangan penulisan dalam bahasa Melayu kerana aktif dalam PASPAM (Persaudaraan Sahabat Pena Melayu). Dalam beberapa terbitan PASPAM terdapat tulisan beliau.

Beberapa tulisan dan pendapat yang menyebut bahawa Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah didirikan atau ditubuhkan oleh Saiyid Sheikh al-Hadi pada 1919 M perlu diselidiki kembali. Saya lebih menyetujui pendapat yang menyebut bahawa Saiyid Sheikh al-Hadi mereformasikan madrasah yang tersebut.

Berdasarkan informasi yang telah ditulis orang, institusi tersebut telah wujud sejak 1914 M dan dinamakan demikian kerana mengambil sempena nama Saiyid Ahmad al-Masyhur, iaitu salah seorang ahli jawatankuasa madrasah tersebut yang besar pengaruhnya di Pulau Pinang. Daripada bahan yang belum saya jumpai dalam penulisan, tetapi cerita yang bersambung daripada salah seorang keturunan murid dan anak angkat pendiri madrasah tersebut, dia menyebut bahawa Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah Pulau Pinang adalah didirikan oleh orang-orang Arab.

Yang terpenting di antara pendirinya ialah ulama bernama Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri al-Faqih al-Makki. Barangkali beliau inilah yang dimaksudkan oleh Prof. Dr. Mohd. Sarim Mustajab dalam kertas kerjanya (10 April 2006, hlm. 2) bahawa di antara 20 orang yang hadir dalam mesyuarat pada 13 Rejab 1332 H/7 Jun 1914 M, terdapat nama Syed Manshuri. Setelah merintis jalan dan mengajar di madrasah di Pulau Pinang, Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri selanjutnya mendirikan sebuah madrasah yang dinamakan Madrasah Dar-al-Falah di Sungai Bakau Besar, Mempawah, Kalimantan Barat.

Madrasah

Seterusnya, Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri al-Faqih al-Makki mendirikan pula madrasah di Batu Raja, Palembang, Sumatera Selatan. Diriwayatkan pula bahawa bentuk bangunan Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah di Pulau Pinang, Madrasah Dar al-Falah di Sungai Bakau Besar, Mempawah, Kalimantan Barat dan Madrasah Batu Raja di Palembang, Sumatera Selatan adalah serupa.

Sebelum tahun 1930-an Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri membawa beberapa anak angkat dan murid beliau dari Kalimantan Barat ke Madrasah Batu Raja, Palembang dan seterusnya ke Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang. Baik yang berasal dari Mempawah mahupun yang berasal dari Palembang ramai yang mengikut Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri kerana semua mereka akan diberi latihan khusus di Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang.

Menurut riwayat, ketika itu Saiyid Abdullah al-Maghribi masih mengajar di madrasah tersebut. Antara yang ikut dalam rombongan Syeikh Muhammad Yusuf al-Manshuri ketika itu ialah Haji Sulaiman bin Sa'ad. Haji Sulaiman bin Sa'ad setelah pulang dari Pulau Pinang mendirikan sebuah madrasah di Sungai Sahang dan Sungai Cina (nama sekarang Nusapati). Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Taufiqiyah yang masih aktif sampai sekarang. Sumber ini diperoleh dari Mempawah yang saya yakin kerana ada beberapa bukti. Saya sendiri sempat mengajar di Madrasah Taufiqiyah pada 1972 hingga 1974

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:31 PM   0 comments
Cindy perjuang hijab Muslimah
Sunday, April 23, 2006
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Rencana/20060422161932/Article/


Pereka fesyen bukan Muslim Denmark hasilkan tudung untuk bersukan, selesa, praktikal

NAMA Denmark dan Belanda terlalu sensitif buat masyarakat Islam berikutan kes penghinaan Nabi Muhammad dan sentimen anti-Islam, tidak lama dulu. Jika Denmark terkenal dengan tindakannya mempersendakan Islam, Belanda pula dengan dasar didakwa anti imigran, khususnya yang membabitkan warga Muslim.

Namun siapa sangka, di celah-celah warganya yang berfikiran cetek mengenai agama Islam dan umatnya, masih ada ‘permata’ yang beranggapan sebaliknya.

Permata yang cuba menunjukkan Islam dan warga muslimnya tidaklah sejahat seperti dilabelkan Barat. Permata yang dikenali pada peringkat antarabangsa mencanangkan kewajaran wanita memakai tudung sebagai hak kebebasan insan mempraktikkan amalan agamanya.

Apa yang menarik, permata dimaksudkan ini bukannya beragama Islam, tetapi insan biasa yang mahu menegakkan kebenaran dan hak masyarakat Islam, khususnya golongan muslimah untuk bersama-sama wanita lain.

Inilah keistimewaan warga Belanda, Cindy Van Dremen yang turut popular di Denmark, memilih cara tersendiri untuk menonjolkan ciri unik Islam, khususnya kewajipan golongan Muslimah mengenakan tudung atau hijab.

Bersenjatakan idea, kreativiti dan pena sejak 1999, Cindy menzahirkan niat murninya di atas kertas dengan melakar pelbagai fesyen tudung yang menarik, logik dan praktikal. Fesyen tudung ‘hip’ yang menyaksikan hijab biasa diberi nafas baru–baik bentuk dan kain digunakan bagi membolehkan wanita Muslimah selesa menggunakannya ketika bersukan.

Senjata penanya itu turut diperluaskan lagi dengan menghasilkan buku memaparkan 25 imej wanita dengan gaya hijab berbeza. Buku itu membawa Cindy merantau melangkaui Belanda bagi memberi ceramah dan debat mengenai tudung.

Atas usahanya itu, Cindy juga pernah meraih hadiah anugerah Jepun ‘Rekaan Terbaik’ kerana rekaan tudungnya itu.

Namun sebagaimana pelik bunyinya, apakah sebenarnya yang menyebabkan kaitan hijab ini dengan seorang wanita bukan Islam seperti Cindy? Apakah yang menyebabkannya beriya-iya memperjuangkan hak pemakaian tudung, biarpun dilihat membelakangi dasar kerajaannya?

“Niat saya cuma satu – supaya wanita yang menutup aurat ini tidak disisihkan hanya kerana mempraktikkan tuntutan agama. Sebagai pereka fesyen, senjata saya cuma pena dan lakaran yang saya buat boleh dilihat menerusi pelbagai projek yang dihasilkan.

Kenyataannya itu jelas terbentang di laman webnya, www.cvdbremen.nl selain paparan sebahagian gambarnya - gadis bermata biru, berambut perang sambil tersenyum lebar.

Malah, dia sememangnya layak untuk tersenyum lebar kerana hijab rekaannya yang dikenali ‘capster’ itu bukan sekadar merevolusi tudung pada peringkat antarabangsa, lebih penting mengikis tanggapan sinis masyarakat Barat terhadap ciri menutup aurat itu.

Ia memberi kesempatan kepada pelajar dan guru Muslim memakai pakaian alternatif apabila ke gimnasium tanpa perlu risau tudung mereka boleh koyak atau tertanggal.

Ciptaannya bertumpu kepada penggunaan ‘capster’ bagi empat kegunaan dan ciri berbeza sukan – tennis, meluncur ais, aerobik, sukan luar. Dalam warna menarik termasuk putih, merah dan kelabu, ia turut diakui ulama di Belanda sebagai menepati ciri pakaian ditetapkan Islam.

Hari ini, senyumannya pasti lebih lebar kerana hijab ‘capster’ itu amat popular di Eropah sehinggakan kesempatan membuka laman web menjual hijab, mendapati tudung Cindy itu sudah kehabisan stok!

Laman web Britain itu menyenaraikan empat jenis ‘capster’ pada harga antara £14–£17 (RM106–RM129) setiap satu.

Usaha murninya bermula pada 1999 ketika Cindy, yang menuntut di Akademi Eindhoven, mencari projek khas yang menjadi syarat mendapatkan ijazah. Tumpuannya satu - mencari idea menyelesaikan masalah yang sememangnya hangat ketika itu - masalah wanita bertudung.

Ini berikutan tindakan Suruhanjaya Hak Layanan Sama Belanda, memutuskan sekolah mungkin mengharamkan wanita Muslim memakai tudung ke gimnasium.

Akibatnya, ramai yang sebaliknya tidak mengendahkan arahan itu dan tidak mengikuti langsung kelas itu.

Pada masa sama juga, Belanda sedang bergelut dengan masalah kepelbagaian budaya – trend yang kemuncaknya hanya dilihat beberapa tahun kemudian iaitu pembunuhan ahli politik antiimigran atau pendatang asing, Pim Fortuyn dan pengarah filem radikal, Theo Van Gogh.

Kontroversi di Belanda itu sebaliknya menggerakkan naluri Cindy menyatukan fahaman politiknya yang bencikan diskriminasi kaum dan agama dengan kepakarannya.

Beberapa bulan kemudian, lahirlah hijab ‘capster’ – moden, bergaya tapi paling penting masih menutup aurat yang memperkenalkannya kepada media antarabangsa disebabkan usaha uniknya itu.

Sebuah media Amerika Syarikat (AS) turut mendekati beberapa pembeli ‘capster’.

Farah Azwi, pelajar sebuah universiti London yang memakai tudung sejak usianya mencecah 16 tahun, menganggap kehadiran capster itu satu kelegaan tersendiri.

“Sebelum capster, saya cuba pelbagai cara – memakai bandanna dan cuba mengikat tudung pelbagai gaya, tetapi masih tidak praktikal.

“Capster memudahkan saya untuk bersukan tanpa menampakkan leher dan sesuai pula digayakan dengan pakaian sukan lain seperti Nike dan Adidas,” katanya.

Berikutan sambutan luar jangkaan itu, perniagaan Cindy kini diperhebatkan. Pada masa sama, dia bersama dengan jurugambar keturunan Iran, Giti Entezami menghasilkan buku bertajuk Sharing Motives mengenai pelbagai bentuk hijab.

Kini, bukan saja Cindy mampu tersenyum lebar, tetapi wanita Muslim juga lega kerana ada pilihan bagi terus melakukan kegiatan sukan tanpa perlu mendedahkan aurat.

Usaha Cindy bukan setakat merevolusi tudung pada peringkat dunia, tetapi membuka mata ramai yang pemakaian hijab itu bukanlah satu alasan untuk wanita muslim disisihkan. Bayangkanlah keadaan dunia yang pastinya aman jika ada ramai permata seperti Cindy Van Bremen.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:29 AM   0 comments
Khat masyhurkan Noor Hadi
Friday, April 21, 2006
Oleh: SITI AINIZA KAMSARI

SEMUA tempahan dibuat oleh Noor Hadi dengan teliti, halus dan cantik.

KETIKA di bangku sekolah menengah dahulu, beliau pantang melihat ada papan hitam yang kosong. Pasti tangan Noor Hadi Miskun, 36, akan mencontengnya dengan kaligrafi-kaligrafi khat dalam pelbagai bentuk dan gaya yang sungguh menarik.

Ketika itu, anak muda ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor yang tanpa mengira kelas siapa atau kelas sendiri, ada saja peluang, tangannya akan 'conteng' sehingga penuh papan-papan hitam itu dengan tulisan-tulisan khatnya walaupun perbuatannya itu selalu dimarahi oleh rakan pelajar dan guru.

Kini minat dan bakatnya itu membuahkan hasil, malah anak sulung kelahiran Kampung Sungai Kandis, Kelang ini mampu memiliki syarikatnya sendiri, Sha Adha Enterprise bagi tujuan mengkomersialkan tulisan Jawi dan kaligrafi khat. Malah, kini beliau tidak menang tangan memenuhi pelbagai tempahan para pelanggan.

Ketika ditemuramah baru-baru ini, beliau sibuk memenuhi pelbagai tempahan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1427 H. Lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Hadi kerana masih bertugas sebagai guru agama di salah sebuah sekolah rendah di Kajang, Selangor. Berikut adalah sedutan temu ramah tersebut.

Utusan Malaysia: Bilakah saudara mula menaruh minat terhadap khat sedangkan difahamkan saudara tidak mempunyai sebarang kemahiran dan pendedahan mengenai khat daripada mana-mana pihak?

Noor Hadi: Ketika itu saya masih berada di tingkatan dua dan saya masih ingat seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab, iaitu Ustaz Hamzah Palembang. Beliau sebenarnya berasal dari Indonesia tetapi sepanjang guru ini mengajar, langsung tidak ada sepatah perkataan Melayu digunakan. Saya bukan hendak mengkritik beliau, sebab pelajar lain boleh menerima cara guru ini mengajar. Akibatnya saya dilanda kebosanan tetapi ketika itu saya tertarik dengan tulisan khat yang menghiasi kulit muka buku Al Qawaid (buku teks tatabahasa Bahasa Arab) jadi saya cuba meniru-niru tulisan itu dan akhirnya saya dapati saya boleh menulis sendiri, menjadi juga 'stroke' khat tersebut.

Sejak bila khat menjadi hobi saudara?

Bukan sahaja hobi, ketika belajar di sekolah aliran agama, tentulah ia memberikan saya lebih peluang dan persekitaran yang membantu saya untuk terus mengasah bakat termasuk menggunakan papan-papan hitam kelas itu (ketawa) tadi. Tetapi selepas sekolah saya tidak terfikir bahawa saya akan pergi jauh dengan kemahiran ini.

Maksudnya?

Selepas sekolah dan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Islam (MPI) saya sebagaimana pelatih yang lains hanya tahu bahawa kami akan keluar sebagai tenaga pengajar. Bagaimanapun, saya tidak meninggalkan penulisan khat sebaliknya mengambil kursus tambahan selama setahun semata-mata bagi mendalami bidang ini. Ini kerana khat memerlukan kita menguasai ilmu-ilmu yang tertentu bagi memastikan kita benar-benar mempunyai kemahiran yang tinggi dan mematuhi semua peraturan menulis.

Bolehkah saudara berkongsi pengalaman pahit manis sebelum berjaya menjadikan kemahiran ini menjadi satu bentuk perniagaan walaupun ia jarang dikuasai oleh kalangan anak muda dan bangsa Melayu itu sendiri?

Saya tidak nafikan pernah mengalami pelbagai cabaran dan jatuh bangun sebelum saya berada dalam kedudukan sekarang. Demi cinta yang mendalam terhadap tulisan jawi dan khat, saya pernah mahu berguru dengan seorang pengusaha iklan jawi yang ketika itu satu-satunya ahli perniagaan yang menguasai pasaran iklan tulisan jawi di daerah ini. Saya tidak diberi upah pun tidak mengapa, asalkan saya dapat belajar selok belok perniagaan yang berasaskan kemahiran ini.

Tetapi permintaan saya ditolak dengan pelbagai alasan yang sengaja direka-reka. Sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan yang bertugas sebagai Penolong Kanan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Rawang, Ustaz Kamilen Marzuki menawarkan saya tugas untuk menceriakan sekolahnya dengan elemen tulisan jawi dan khat. Apabila saya berjaya membuat tulisan-tulisan tersebut, saya kemudian perlu menyerahkan kepada pengusaha iklan untuk tujuan penyudahan.

Namun di saat-saat akhir, dia enggan terima hasil kerja saya itu melainkan saya sanggup membayar kepadanya sebanyak RM2,000 jika mahu kerja itu diselesaikan. Tentulah saya kecewa dan marah dengan sikap pengusaha itu kerana membuat kerenah pada saat-saat akhir.

Lalu saya ambil keputusan untuk menyiapkan sendiri seluruh projek tersebut dengan membeli sendiri bahan-bahan, menyalin semula tulisan, membuat kemasan akhir dan memasang sendiri hasil-hasil kerja saya itu.

Alhamdulillah, pelanggan berpuas hati walaupun ia hasil kerja yang sangat amatur. Sejak itu saya melibatkan diri secara serius dalam bidang ini dan sehingga hari ini, banyak hasil tulisan jawi dan khat saya terpampang di merata tempat terutamanya di sekolah, surau dan masjid-masjid di sekitar Kajang dan Hulu Langat.

Tidakkah saudara merasakan kerja ini mengganggu tugas hakiki saudara sebagai guru agama?

Tentulah tidak kerana saya lakukan kerja-kerja ini hanya pada waktu senggang seperti petang, malam dan hujung-hujung minggu. Cuti sekolah adalah antara masa yang sibuk untuk menyiapkan pelbagai tempahan. Namun saya tetap memberikan tumpuan tugas saya sebagai guru, malah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuburkan minat dan pengetahuan terhadap tulisan jawi dan khat ini dengan mengadakan kelas-kelas khas malah saya pernah mengajar khat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tambah lagi, syarikat ini sebenarnya didaftar atas nama isteri, Aliz Safiyya Daud, jadi beliau juga tulang belakang di sebalik kejayaan ini.

Apakah falsafah saudara dalam perniagaan lebih-lebih lagi membabitkan tulisan jawi dan khat untuk tujuan komersial?

Saya sedar bahawa niat dan falsafah memainkan peranan penting, sama ada saya hendak membuat duit dengan menjual kemahiran ini atau ala kadar. Walaupun menyedari bahawa kemahiran ini merupakan satu hasil karya seni yang boleh diletak harga namun saya masih mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan agama itu sendiri agar ia tidak bertujuan untuk manipulasi apatah lagi untuk kepentingan diri sendiri.

Maknanya saudara tidak meletakkan harga untuk penat lelah dalam menghasilkan kerja-kerja itu?

Kebanyakan pihak yang membuat tempahan dengan saya membabitkan institusi awam seperti sekolah, surau dan masjid. Jadi, tentulah ia melibatkan bajet dan sebut harga awam. Saya tidak mahu terlalu berkira malah ada peratusan daripada harga tersebut yang saya mahu sumbangkan kembali ke tabung sekolah sebagai amal jariah.

Adakah saudara berhasrat memperluaskan pasaran selain menumpukan kepada institusi awam sebagai pelanggan tetap?

Sebenarnya saya selesa berurusan dengan institusi awam kerana selama hampir lima tahun berkecimpung dalam perniagaan ini, saya tidak pernah menghadapi masalah dengan mereka. Bagaimanapun, jika mendapat permintaan atau tempahan daripada pihak lain, saya sedia berurusan dengan mereka.

Adakah saudara bercadang meluaskan operasi ini di bengkel memandangkan kini saudara hanya beroperasi di rumah?

Saya memang berhajat untuk mempunyai bengkel dan studio saya sendiri sebagaimana impian setiap ahli perniagaan yang mahu kembangkan sayapnya. Sehingga kini walaupun beroperasi di rumah kediaman sendiri alhamdulillah saya mampu menyiapkan tempahan semua projek tulisan jawi dan khat.

Ini termasuklah papan tanda, papan tanda neon, kain rentang, papan kenyataan, kotak cenderahati, pelekat, logo, lencana, hiasan pentas (backdrop) dan lukisan dinding.

Dalam apa juga bahan iaitu akrilik, plet aluminium, color bond, aloi karbon, keluli tahan karat selain lukisan dinding atau mural.

Apakah harapan saudara seterusnya?

Tentunya saya tetap hendak 'menjual' kemahiran ini tetapi tujuannya untuk memartabatkan tulisan jawi dan khat supaya ia tidak akan luput dek zaman. Begitupun banyak lagi selok belok perniagaan yang perlu diketahui kerana saya masih terlalu mentah dan kurang pengalaman. Jadi, semuanya masih dalam proses pembelajaran dan masih memerlukan sokongan banyak pihak untuk faedah bersam



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:01 PM   0 comments
Abu Dulaf penyair dan pakar logam


http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm

ABU Dulaf atau nama penuhnya, Mus'ar bin Muhalail al-Khazraji al-Yanbu'i Abu Dulaf adalah seorang penyair Arab dan dikenali sebagai ahli mineralogi (kajian mengenai mineral). Beliau pernah mengembara ke Parsi antara tahun 331-341H/943-952M.

Penulis Al-Fihrist menyebutnya sebagai Jawwala (pengelana dunia) dan menganggapnya sebagai kerabat yang mempunyai peribadi unggul. Ath-Tha'alibi dalam bukunya, Yatimah adDahr, pernah memasukkan Abu Dulaf dalam kelompok as-Sahib Ismail bin 'Abbad (326-385H/938-995M). Sebagai penyebar ajaran Abu Dulaf, ath-Tha'alibi menyebutkan secara sepintas lalu orang-orang pribumi Hamadhan, antara lain Badi' az-Zaman (meninggal dunia pada 398H/1007M).

Sebagai seorang ahli mineralogi, Abu Dulaf pernah mempersembahkan dua bukunya mengenai geografi termasuklah kajian mengenai mineral kepada pelajar dan pengikutnya. Daripada karya tersebut, salah satunya menggambarkan perjalanan Abu Dulaf mengikuti rombongan duta-duta Raja Turki, Kalin bin Sakhir, dari Bukhara ke Sandahil.

Dalam perjalanan tersebut, Abu Dulaf mengumpul nama-nama suku bangsa Turki yang sempat dikunjunginya. Buku kedua pula menggambarkan perjalanannya ke daerah-daerah seperti Parsi Barat dan Utara serta Armania. Beliau menghuraikan sebuah rencana perjalanan yang jelas dan menarik serta penuh kebenarannya.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:55 PM   0 comments
UTSMAN SENIK
Thursday, April 20, 2006
MUFTI PAHANG SELAMA 20 TAHUN

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Nama lengkapnya ialah Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Diriwayatkan bahawa beliau adalah keturunan Bugis.

Tetapi jika diperhatikan nama ayahnya Haji Senik, menurut lazimnya nama Senik digunakan oleh masyarakat di Patani dan tidak pernah digunakan oleh orang Bugis. Namun, dengan pasti dapat diketahui bahawa Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendik, Kelantan.

Sedangkan yang bernama Haji Salim pula meninggal dunia di Singapura. Tahun kelahiran Haji Utsman belum diketahui dengan pasti. Beliau meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi)

PENDIDIKAN

Utsman dipercayai mendapat pendidikan awalnya di Kelantan, terutama daripada ayahnya atau datuknya. Pendidikan tentang keIslaman secara mendalam dilanjutkan ke Pondok Bendang Daya, Patani daripada Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II) bin Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani.

Selain itu beliau mempelajari ilmu Arabiyah seumpama nahwu, sharaf dan lain-lain, asas tauhid, fikah dan tasawuf. Beliau juga mempelajari ilmu hikmat yang dibangsakan kepada Imam al-Buni seperti tersebut dalam Syamsul Ma'arif al-Kubra, Mujarrabat dan lain-lain. Dipercayai bahawa Utsman belajar langsung kepada Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani, pengasas Pondok Bendang Daya, dan beliau pula adalah seorang hulubalang Patani yang sangat handal.

Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani adalah sahabat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Kedua-duanya bersama Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani ikut dalam satu peperangan besar ketika Kedah dan Patani melawan Siam.

Ilmu hikmat tersebut sangat berguna untuk menghadapi cabaran zamannya, kerana pada zaman itu orang ramai masih menghandalkan kekuatan fizikal berupa pencak silat untuk menghadapi pergaduhan. Permusuhan seringkali terjadi bukan sahaja terhadap sesama manusia tetapi juga dengan haiwan seumpama harimau, ular besar, buaya dan sebagainya.Ilmu hikmat itulah yang telah dipergunakan oleh Tuan Guru Haji Utsman Pahang sewaktu beliau membuka hutan membuat perkampungan.

Kampung yang dibuka itulah yang dikenali dengan nama Kampung Ketapang yang terletak di Pekan, Pahang. Menurut ceritanya, ketika membuka hutan tersebut binatang buas memang tunduk kepada beliau.Seiring dengan mempelajari ilmu hikmat, Utsman juga mendalami ilmu perubatan tradisional. Beliau pandai membuat berbagai-bagai jenis makjun. Semua ilmu tersebut diperoleh daripada Tok Bendang Daya II al-Fathani tersebut.

Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dan belajar kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, guru thala'ah kitabnya di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Fathani jauh lebih muda daripadanya, Utsman mendalami nahwu dengan menggunakan kitab Tashil Nailil Amani kepada pengarangnya, iaitu ulama Patani tersebut. Kitab Tashil Nailil Amani itulah yang beliau ajar hinggalah beliau menjadi Mufti di Pahang.

AKTIVITI DI PAHANG

Dari Mekah Utsman langsung menuju ke Pulau Tawar, Pahang. Sewaktu di Pulau Tawar beliau tidak memperlihatkan dirinya sebagai seorang ulama kerana beliau bergaul dengan orang-orang kebanyakan. Pada peringkat awal dakwahnya, beliau hanya memperlihatkan kebolehan dalam bidang ilmu hikmat.

Pada suatu ketika Utsman pernah mengeluarkan sebuah kapal yang telah karam. Pada kesempatan lain beliau pernah didatangi buaya ganas yang telah memakan manusia sehingga buaya tersebut dapat dibunuhnya. Pada kali yang lain pula beliau pernah menangkap harimau buas yang selalu mengancam ketenteraman manusia dan binatang ternakan.Melihat hal-hal pelik yang menyalahi adat itulah, maka Mat Kilau sejak kecil diserahkan oleh kedua-dua orang tuanya kepada Tuan Guru Haji Utsman untuk diajar berbagai-bagai ilmu fardu ain. Umur Mat Kilau sama dengan anak sulungnya, Haji Juned.

Setelah masyarakat mengetahui bahawa Utsman adalah seorang ulama, maka ramai yang berminat untuk menuntut ilmu kepada beliau. Sehingga Sultan Pahang ketika itu, Sultan Ahmad berkenan melantik beliau sebagai Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur. Sekali gus beliau menjadi orang terkemuka di Kerajaan Pahang, mengajar kaum keluarga Diraja Pahang di istana, selain mengajar orang awam. Beliau menjadi Mufti Pahang selama 20 tahun hingga meninggal dunia dalam tahun 1918 Masihi.

Diriwayatkan bahawa Utsman menjadi mufti selama itu dalam tiga pemerintahan Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad, Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah. Selain sebagai mufti, Utsman juga mengasaskan pengajian pondok. Lokasi pondok pengajian, surau dan rumah Utsman terletak di Kampung Ketapang Tengah. Setelah Utsman meninggal dunia pada tahun 1918 Masihi dalam usia hampir 100 tahun, pondok tersebut diteruskan oleh dua orang anaknya.Perlu juga dicatat bahawa pondok yang diasaskan oleh Utsman di Kampung Ketapang Tengah, Pekan Pahang tersebut adalah pondok pengajian menurut sistem pondok cara Patani yang pertama sekali dalam Kerajaan Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1922 Masihi, pondok tersebut berubah sistem menjadi pengajian madrasah.

Setelah berbentuk madrasah, bantuan pembiayaan diterima daripada seorang saudagar Arab bernama Habib Hasan al-Attas dan madrasah tersebut dinamakan Madrasatul `Arabiyah Islamiyah Al-Attas. Pada tahun 1966 Masihi, pondok pengajian bekas peninggalan Mufti Haji Utsman itu dijadikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Guru Besarnya yang pertama ialah Ustaz Abdul Qadir Kamaluddin, cucu beliau.

Sewaktu Utsman menjadi Mufti Pahang, beliau bergerak cergas membawa ulama-ulama terkenal dari luar dengan tujuan menambah semangat anak tempatan mempelajari agama Islam. Antara ulama besar terkenal yang pernah dijemput datang ke Pahang ialah gurunya Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani. Menurut riwayatnya, ulama tersebut datang ke Terengganu pada tahun 1912 Masihi atas permintaan muridnya, Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu.

Kedatangan beliau ke Terengganu itu dimanfaatkan oleh semua kerajaan di Semenanjung termasuk Pahang atas kehendak Mufti dan Sultan Pahang sendiri.Utsman sangat mengasihi gurunya dan bersikap tawaduk kepadanya sehingga beliau mengerahkan murid-muridnya menandu dan mengayuh sampan ketika menjemput dan menghantar pulang Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani itu.

Ketika itu perjalanan masih banyak menggunakan perjalanan darat dengan berjalan kaki dan mengharung sungai. Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani berada di Pekan Pahang kira-kira sebulan sahaja, namun dalam waktu singkat itu telah dipergunakan oleh Utsman untuk mempelajari ilmu tafsir al-Quran bagi dirinya sendiri. Sedangkan ilmu-ilmu fardu ain lainnya beliau bukakan kepada masyarakat untuk bertanya langsung kepada ulama besar dunia Melayu yang datang dari Mekah itu.

MURID MURID NYA

Adapun murid-murid Utsman yang menjadi tokoh terkenal antaranya ialah:

1. Tuan Guru Haji Daud, ketika hidupnya banyak mengajar masyarakat. Beliau berasal dari Patani dan ayah kepada ibu Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang kedua).

2. Haji Mat Daud bin Zainal Abidin. Beliau pernah menjadi Qadi Besar Pahang.

3. Lebai Yusof pernah menjadi Qadi Kuantan.

4. Haji Abu Bakar (Datuk Seri Penggawa) bin Haji Abdul Halim (Imam Perang Indera Mahkota).

5. Mat Kilau, Pahlawan Melayu yang terkenal sangat memusuhi penjajah Inggeris.Dengan mengetahui bahawa Haji Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang ini adalah guru kepada sebahagian besar para tokoh di Pahang termasuk Mat Kilau, ia dapat menambah pengetahuan kita betapa hebatnya peranan ulama silam dalam membina umat di negara ini. ia juga menambah maklumat sejarah, terutama mengenai Mat Kilau yang selama ini kebanyakan para penulis tidak menyebut peranan guru dan ayah angkatnya, iaitu Utsman bin Haji Senik, Mufti Pahang yang sangat berpengaruh dalam lingkungan masyarakat Pahang.

PENULISAN

Utsman bin Haji Senik tidak banyak menghasilkan karangan, yang diketahui hanya dua buah, iaitu:

1. Majliatul Mushalli yang pernah dicetak dengan huruf batu di Singapura. Penulis hanya diperlihatkan oleh Ustaz Haji Abdul Qadir bin Kamaluddin, beberapa lembaran sahaja kerana halaman yang beliau miliki ternyata banyak yang hilang.

2. Kitab Perubatan. Kitab perubatan secara tradisional susunan beliau ini tidak dijumpai lagi. Namun sebagai kesan peninggalan beliau, terkenal suatu makjun yang dinamakan Makjun Telor. Beberapa orang anak cucu beliau masih mengusahakan pembuatan makjun tersebut.

KETURUNAN

Utsman bin Haji Senik berkahwin dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan Syarifah berasal dari Kelantan. Perkahwinan ini dianugerahkan beberapa orang anak;

1. Haji Juned. Beliau adalah sahabat Mat Kilau ketika kecilnya.

2. Haji Jamaluddin (meninggal dunia di Mekah) dan

3. Haji Kamaluddin.Haji Juned pula memperoleh beberapa orang anak. Antaranya, yang men- jadi tokoh masyarakat ialah: Abdul Basit, menjadi guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar (sekarang Sekolah Tinggi Agama), Dr. Su'udi yang ketika hidupnya menjadi Pensyarah Bahagian Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Haji Kamaluddin pula memperoleh anak bernama Ustaz Haji Abdul Qadir, bekas guru Kulliyatul Lughah wad Din Sultan Abu Bakar.

Beliau pula pernah bertugas sebagai Pemeriksa Hal Ehwal Agama Pahang. Utsman bin Haji Senik berkahwin kali kedua dengan seorang wanita berasal dari Pahang bernama Naubah, iaitu anak saudara kepada isteri Khatib Rasu atau Imam Perang Indera Gajah. Perkahwinan keduanya ini bererti menjalin tali persaudaraan antara keluarga pembesar Pahang dengan ulama.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:29 AM   0 comments
Zainul Rijal pikul amanah memartabat hukum syariah

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Agama/20060419233448/Article/

Oleh Hasliza Hassan


JAWATAN Presiden Persatuan Peguam Syarie (PGSM) bukan kelebihan dan bagi yang dipilih, sebenarnya memegang amanah untuk memimpin persatuan itu mencapai visi serta misi meletakkan hak kepada yang berhak.

Berteraskan kepada matlamat itu, Presiden PGSM yang baru, Zainul Rijal Abu Bakar, 37, berharap semua ahli PGSM aktif bersamanya ke arah memantapkan persatuan supaya dapat menyumbang kepada masyarakat.

Baginya kerusi presiden yang diduduki adalah landasan bagi melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan lebih berkesan untuk memartabatkan undang-undang syariah demi Islam dan masyarakat Islam.

"Saya tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini kerana kurniaan akal fikiran, intelektual dan bakat yang diberikan Allah adalah amanah. Tugas saya memenuhi amanah dan dengan cara itu saya dapat berjasa kepada agama.

"Kerana itu saya tidak mahu wujud jurang di antara pucuk pimpinan dengan ahli. Masing-masing perlu menyumbang dan memainkan peranan. Saya hanya diamanahkan untuk memimpin tetapi, yang memastikan kejayaan persatuan, semua ahli PGSM," katanya.

Zainul Rijal yang dulunya Timbalan Presiden PGSM dipilih menggantikan Muhammad Burok pada Mesyuarat Agung PGSM kelima pada 2 April lalu. Perlembagaan PGSM mensyaratkan presiden hanya memimpin selama dua penggal.

Pembabitan aktif beliau dalam persatuan bermula sejak PGSM ditubuhkan pada Ogos 2000 dengan aspirasi ke arah melahirkan peguam syarie yang berdedikasi dan amanah serta memelihara kewibawaan mahkamah syariah.

Jelas anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu, memang sejak di bangku sekolah cita-citanya menjadi seorang peguam tetapi tidak khusus bidang syariah atau sivil memandangkan ketika itu beliau sendiri tidak faham kedua-dua bidang berkenaan.

Beliau merakamkan terima kasih kepada gurunya, Mohd Saim yang bertanggungjawab memujuk bapanya untuk menghantarnya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah di Ipoh.

Ada guru yang tidak bersetuju dengan keputusan itu, namun bapanya membuat keputusan tepat yang menjadi titik mula beliau mempelajari agama dan bahasa Arab.

"Pada awal 80-an sekolah agama dipandang sebagai sekolah kelas kedua. Jadi, ramai guru saya di Sekolah Kebangsaan Inggeris Holy Methodist yang membantah keputusan saya masuk sekolah agama kerana takut saya tidak cemerlang.

"Bagaimanapun, ayah buat keputusan tepat kerana apabila duduk asrama, saya mula berdikari, lebih mendalami agama dan dapat belajar bahasa Arab. Jika tidak masuk sekolah agama, pengetahuan agama saya mungkin berbeza," katanya.

Cita-cita menjadi peguam terus membara ketika meneruskan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (kini Penilaian Rendah Menengah).

Sebagai seorang yang agak pendiam dan tidak pandai bercakap di depan khalayak, Zainul Rijal kagum melihat rakan sekolah yang boleh berbahas atau menjadi ketua usrah yang tugasnya memberi ceramah.

Terdetik dalam hatinya dan impian itu tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun, suatu hari nanti beliau juga akan jadi seperti mereka, bijak berbahas dan pandai berhujah di depan khalayak.

Tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 1987, beliau ditawarkan mengikuti program Oxbridge dalam bidang perakaunan tetapi terpaksa menarik diri apabila permohonan bertukar ke jurusan undang-undang ditolak penganjur.

Ada hikmah di sebalik keputusan itu, beliau diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang sivil dengan kepujian.

Permulaan hidup sebagai seorang peguam bermula apabila beliau yang ketika itu masih melakukan latihan dalam kamar diarahkan Masternya, K Manoharan untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor.

"Pagi itu master saya beri fail dan beritahu, kes ini tidak ada harapan menang dan dia tidak mahu buang masa. Kelam kabut saya buat penyelidikan dan tanya itu ini untuk dapatkan maklumat.

"Kes itu jenayah curi motosikal. Hendak dijadikan cerita, saya menang atas dasar pembuktian pihak pendakwa tidak mencukupi. Kemenangan itu beri saya semangat bahawa saya boleh buat," katanya.

Sejak itu juga kebanyakan kes jenayah diserahkan kepadanya sehingga ada kalanya beliau berasa seolah dibuli kerana terpaksa melakukan semua kerja dan balik lewat.

Mengenang kembali saat itu, beliau berasa bertuah ketegasan ketuanya membolehkannya belajar banyak perkara dan memiliki asas kukuh dalam bidang guaman serta perundangan.

Zainul Rijal berkata, rencah hidup peguam tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan pelanggan yang marah atau tidak puas hati terutama apabila kes mereka kalah.

Bagaimanapun, beliau tidak mudah melatah dan jika anak guam tidak puas hati boleh melantik peguam lain atau tidak bersetuju dengan keputusan hakim, mereka masih boleh mengemukakan rayuan.

Selalunya, beliau boleh berhadapan dengan keadaan anak guam yang marah kerana menjadi kebiasaan baginya bersifat telus dengan setiap pelanggan dan menerangkan kepada mereka mengenai tindakan diambil.

Beliau turut memberi salinan hujah kepada anak guam walaupun sedar tidak semua akan membaca hujah yang diberi – sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang sudah dilakukan dan kenapa ia dilakukan sedemikian rupa.

"Saya tidak kecewa sangat kalau kalah selagi kita sudah berusaha sebaiknya untuk mengendalikan kes itu. Terpulang kepada keputusan hakim kerana hakim yang membuat keputusan. Jika tidak puas hati kita buat rayuan.

"Yang penting, sebelum keputusan saya sudah beritahu mereka apa yang saya buat dan terangkan kenapa hujah begini. Bagi saya, mesti telus dengan pelanggan dan selalunya mereka akan puas hati," katanya.



Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:28 AM   1 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com