Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IMAM MUSLIM
Wednesday, August 10, 2005

IMAM MUSLIM

Imam Muslim adalah ulama hadith yang kedua besar selepas imam al-Bukhari. Ulama lain yang menghasilkan kitab-kitab Sunan Sittah ialah Sunan al-Nasai’, sunan Abu Daud, Sunan al-tarmidhi. Mereka ini digelar al-khutub al-khamsah. 5 kitab ini dianggap sumber hadith yang terpenting. Kitab keenam hadith ialah Sunan ibnu Majah kerana ia sangat penting dalam ilmu fiqh. Sesetengah ulama’ memasukan Sunan al-Darini, Mubarak bin Muhammad bin al-Athir meletakkan al-muwatta’ karangan al-imam Malik bin Anas sebagai kitab hadith yang keenam.

Nama beliau ialah Abu Husayn Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi al-Naysaburi. Dilahirkan pada tahun 204H dan wafat pada 261H di Naysaburi. Mula mempelajari hadith pada usia 15 tahun iaitu pada 218H dengan melakukan rehlah atau pengembaraan dari satu tempat pengajian ke tempat pengajian lain. Setengah pendapat mengatakan pada 220H iaitu pengembaraan ke Makkah untuk menunaikan Haji sambil berguru dengan beberapa ulama’ seperti Qa’nabi. Ada juga pendapat rehlahnya bermula pada 230H iaitu ke iraq, Syria dan Mesir untuk mempelajari hadith.

Di antara guru-guru imam Muslim ialah Zuhair bin Harb, Sa’id bin Mansur, ‘Abd. Bin Humaid, Dhuhaili, al-Bukhari, ibn Abi Syaibah dan ibn Ma’in.

Bilangan penuntutnya sangat ramai, penuntut-penuntut yang masyhur ialah al-imam Tirmidhi, ibn Abu Hatim, ibn Khuzaimah dan lain-lain.

Imam Muslim seorang saudagar yang kaya dan mempunyai peribadi yang mulia sehingga Dhahabi menggelarnya Muhsin Naysabur. Di antara karya beliau ialah al-asma’ wa al-kuna, ifrad al-Syamiyin, al-aqran, awham al-muhaddithin, al-sahih al-musnad, al-musnad al-kabir dan sebagainya. Sahih Muslim adalah ringkasan daripada judul sebenar iaitu al-Musnad al-sahih, al-Mukhtasar min al-Sunan, bi Naql al-‘adl ‘an Rasulillah.

Hadith-hadith yang disusun oleh al-imam Muslim dalam sahihnya dianggap oleh kebanyakan ahli hadith sebagai hadith yang paling sahih selepas sahih al-Bukhari. Imam Muslim berkata “ Aku kumpulkan hadith-hadith itu supaya aku dan orang yang menulis hadithku mempunyai satu kumpulan hadith yang tidak diragui kebenarannya”.

Tujuan al-imam Muslim menyusun sahihnya ialah reaksi persoalan semasa yang berlaku pada zamannya. Beliau menyusun hadith sahih yang menjadi rujukan ulama’ untuk merumuskan hukum syarak kerana sahih Bukahri disusun mengikut bab, agak sukar orang yang tidak ahli hadith mencari sesuatu hadith di dalamnya. Sebab kedua adalah gerakan Zindik yang berleluasa memalsukan hadith, ini bertujuan menjaga aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Imam Muslim mengambil masa 16 tahun untuk menyusun kitabnya dengan membuat kajian terhadap 300 000 hadith yang dikumpul diperingkat awal. Hanya 7275 hadith sahaja yang dianggap sahih oleh imam Muslim yang tidak berulang sebanyak 4000 hadith.

Kitab sahihnya dibahagikan oleh Muslim kepada beberapa tajuk yang dinamakan kitab yang berjumlah 54 kitab. Sahih Muslim berbeza dari sahih Bukhari kerana ia disusun menurut tajuk kitab dan sahih Bukhari bab. Ini memudah orang Islam membuat rujukan dan mengeluarkan hukum darinya. Beliau menerangkan kelainan lafaz pada sesuatu riwayat.

Imam Muslim mensyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh para periwayat yang thiqah hingga sampai peringkat sahabat dan sanadnya pula mestilah berhubung hingga sahabat yang menerima hadith dari Rasulullah s.a.w., begitulah ketelitian imam Muslim.

posted by Blogger @ 5:02 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com