Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IMAM BUKHARI
Thursday, August 11, 2005

IMAM BUKHARI

Rujukan: Terjemahan Sahih Bukhari , jilid 1, Terbitan JAKIM. (cetakan ketiga 1997)

Merupakan tokoh hadith yang agung, beliau berjaya mengumpulkan kepada umat Islam hadith sahih (darjah yang paling tinggi) di dalam kitabnya ‘Sahih Bukhari’. Para ulama’ Islam memberikan julukan kepada kitab ini sebagai sebuah kitab yang paling sahih di mukabumi ini selepas kitabullah al-Quran. Kitab ini mengandungi 7275 hadith termasuk hadith-hadith yang disebut berulang-ulang kali. Hadith tersebut merupakan hadith-hadith saripati yang sahih yang dipilih di antara 600 000 hadith yang didengarnya, dikumpul dan dikaji beliau selama 16 tahun.

Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizabah al-ja’fi al-Bukhari. Beliau dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah ( 810 Masehi).

Beliau mula menghafaz hadith ketika berumur 10 tahun. Untuk menghasilkan karya agungnya sahih Bukhari beliau telah mengembara ke semua negeri-negeri Islam yang mempunyai khazanah hadith Rasulullah s.a.w. Beliau memulakan penjelajahan ke ibu kota Islam pada 210H(825M) untuk mengumpul dan mencatatkan hadith dari tokoh-tokoh hadith yang terkenal di zamannya. Di antara tempat kunjungan beliau Basrah, kufah, Baghdad, hijjaz iaitu Makkah dan Madinah, Syam, Damsyik, Qisariyyah, Askalan, Hamas, Kaherah dan lain-lain.

Nama beliau begitu terkenal di zamannya sehingga di mana sahaja beliau berada, beliau dilingkungi oleh para ulama’ dan para hafiz hadith. Kota Kufah dan Baghdad merupakan pusat kunjungan beliau yang paling kerap. Beliau akan berkunjung ke mana-mana sahaja didapati guru-guru yang banyak mengetahui tentang hadith untuk berbincang dan mengambil hadith dari mereka.

Beliau terkenal mempunyai daya ingatan yang kuat dan luarbiasa. Beliau telah menghafaz 100 000 hadith sahih disamping 200 000 hadith tidak sahih. Hadith yang terkumpul di dalam sahih Bukhari ini adalah didengar oleh beliau lebih dari 70 000 orang orang perawi hadith.

Setiap hadith yang dikumpul dikaji dari semua aspek dengan teliti dan halus sehingga beliau benar-benar yakin kesahihannya dan mencatatkannya di dalama sahih Bukahri. Sebelum itu beliau bersolat dua rakaat dan beristiharah kepada Allah SWT agar ditaufikkan kepada pengumpulan hadith yang benar-benar sahih. Selain itu beliau mengenakan syarat yang ketat bagi memastikan hadith itu benar-benar sahih dan tidak memasukkan hadith hassan dan daif ke dalam kitab sahih Bukhari. Setelah siap disusun kitab sahih Bukahri dibentangkan di depan para imam ahli hadith di zamannya bagi mendapatkan pandangan dan setelah mendapat pengiktirafan barulah kitab sahih Bukhari dikemukakan kepada orang ramai.

Selepas itu, kitab sahih Bukhari menjadi masyhur dan menjadi rujukan utama ulama’ selepas al-Quran. Bilangan kitab yang mensyarah atau mengulas hadith sahih Bukhari telah mencapai mencapai angka 82 jenis kitab di antaranya Kitab at-tankih oleh imam Badruddin al-Zarkashi(794H), kitab fatah al-Bari oleh Syeikh Islam ibnu Hajar(825H), kitab amadatul Qari oleh al-alamah al-aini al-hanafi(855H) dan kitab at-Taushih oleh Jalaluddin as-sayuthi(911H).

Kitab-kitab lain yang dikarang oleh imam Bukhari ialah tiga buah kitab sejarah iaitu al-Kabir, al-wusto, as-syaghir. Kitab lain ialah al-kini, kitab wijdan, kitab adab mufrad dan al-duafa’.

Pada peringkat akhir hayat, beliau kembali menetap ditanah tumpah darahnya Bukhara. Beliau mengajar dan wafat di kampung Khortang Samarkand pada tahun 256H(870M).

posted by Blogger @ 4:58 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com