Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

TENGKU MUHAMMAD AL-FATHANI
Monday, April 17, 2006
ULAMA BESAR JAMBI

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

DI DALAM Ruangan Agama, Akhbar Utusan Malaysia, terbitan hari Isnin, 22 Mac 2004, Seksyen 3 halaman 9, disiarkan tentang Tengku Mahmud Zuhdi, Syaikhul Islam Selangor.

Hari ini diperkenalkan pula anaknya yang juga seorang ulama besar dan sangat terkenal di Jambi, Sumatera. Apabila bercerita mengenai ulama ini, sekurang-kurangnya akan menyentuh hubungannya dengan Jambu di Patani, Mekah, Selangor dan Jambi.

Terutama dua nama yang hampir serupa, iaitu Jambu dan Jambi. Hubungan kedua-dua Kerajaan Jambu dan Kerajaan Jambi telah wujud sejak lama tetapi belum pernah diungkapkan oleh para penulis. Sampai penghujung abad ke-19, banyak berlangsung perkahwinan antara orang Jambu dengan orang Jambi. Nama lengkapnya ialah Kiyai Haji Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fathani al-Jawi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 1323 H/1905 M. dan meninggal dunia di Jakarta pada hari Ahad, 5 Muharam 1397 H/26 Disember 1976 M. Jenazahnya diterbangkan ke Jambi dan dikebumikan di Jambi.

PENDIDIKAN

Tengku Muhammad al-Fathani al-Jambi mendapat pendidikan Islam tiga sistem, iaitu pendidikan Islam tradisional Patani, pendidikan Islam tradisional mengikut tatacara orang Arab Mekah, dan pendidikan Islam persekolahan. Pendidikan Islam tradisional sistem hafalan cara Patani dibimbing oleh ayahnya, Tengku Mahmud Zuhdi sendiri dan beberapa orang ulama Patani yang berada di Mekah pada zaman itu.

Sistem pendidikan Islam tradisional Patani adalah secara hafalan matan dan sekali gus menghuraikan setiap perkataan dan baris kalimat dalam matan dengan cermat dan terperinci. Setiap perkataan ditimbang dengan timbangan sharaf, sedang kalimat dirujuk kepada nahwu. Sistem pendidikan Islam tradisional Arab Mekah ialah penekanan hafalan al-Quran dan hadis tanpa huraian yang mendalam.

Selain itu mendengar guru membaca kitab, terutama kitab-kitab hadis dengan bacaan cepat, tanpa terikat dengan tanda baca, seperti koma atau pun titik. Sistem ini lebih mementingkan banyak jumlah kitab yang ditamatkan dan mengambil berkat daripada seseorang ulama. Oleh sebab Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani adalah salah seorang guru di Madrasah Shaulatiyah, maka anaknya Tengku Muhammad dimasukkan ke madrasah tersebut. Madrasah Shaulatiyah adalah sebuah sekolah agama Islam di Mekah yang didirikan oleh orang India, dan pada zaman itu ia merupakan sekolah paling popular.

Sistem pendidikannya adalah gabungan persekolahan cara moden dan sistem pendidikan Islam tradisional India. Daripada semua yang telah diungkapkan di atas, dapatlah dipastikan bahawa pada diri Tengku Muhammad tergabung pelbagai sistem pendidikan Islam. Oleh itu cara beliau mengajar dan berdakwah mempunyai gaya tersendiri.

AKTIVITI

Pada tahun 1929 beliau berpindah dari Jambi ke Selangor bersama anaknya, Tengku Muhammad. Selain membantu kerja-kerja ayahnya berkhidmat kepada Sultan Sulaiman, Sultan Selangor, Tengku Muhammad mendapat pendidikan khusus dalam segala bidang, sama ada kepentingan ukhrawi mahu pun duniawi.

Oleh itu Tengku Muhammad adalah seorang ulama yang memahami liku-liku pentadbiran. Untuk menjejaki riwayat Tengku Muhammad, penulis telah mewawancara ramai personaliti, dimulai dari Kelang, Selangor menemui Tengku Abdul Hamid, saudara kandungnya (1972), ke Jambu menemui Imam Tengku Haji Ahmad, juga saudaranya dan ramai lagi. Bulan Disember 1985 penulis mula menjelajah dari Tanjung Pinang ke Tembilahan dan ke Kuala Enok.

Mulai Tembilahan ke Kuala Enok dan seterusnya ke Jambi, penulis hampir maut dipukul ribut kerana menumpang sebuah bot laju. Di sini penulis sempat berjumpa salah seorang rakan seperjuangan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, Haji Juneid Kasang (tahun 1985, berusia 124 tahun) yang berasal dari Ngabang, Kalimantan Barat. Daripada beliau banyak diperoleh pelbagai maklumat.Sebab-sebab Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi berpindah dari Kelang, Selangor ke Jambi ialah kerana masyarakat Islam Jambi memohon kepada Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam dan Sultan Sulaiman, Sultan Selangor, agar Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani kembali ke Jambi. Sultan Sulaiman tetap mempertahankan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani tinggal di kerajaan Selangor, namun baginda tidak mahu mengecewakan kehendak rakyat Jambi, maka sebagai gantinya baginda bersetuju agar Tengku Muhammad, anak Tengku Mahmud Zuhdi sahaja yang berangkat ke Jambi.

Di Jambi beliau dikenali dengan nama Kiyai Haji Muhammad Mahmud Zuhdi dan digelar dengan Ulama Jubah Hitam. Beliau diberi gelaran demikian kerana mempunyai disiplin tersendiri, iaitu dalam urusan-urusan tertentu dengan pakaian yang rapi dan mencerminkan seorang ulama yang berwibawa dan hebat. Beliau memakai serban dan jubah hitam yang khusus. Dalam upacara biasa atau sewaktu mengajar dan berdakwah, beliau juga memakai jubah hitam tetapi agak berbeza dengan upacara-upacara besar, rasmi dan tertentu. Sekitar tahun 1930, Tengku Muhammad mulai memimpin Madrasah Sa'adatud Darain, Kampung Tahtul Yaman, iaitu sebuah sekolah agama Islam yang diasaskan oleh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani sebelum beliau pindah ke Kelang, Selangor.

Sekolah tersebut terpaksa ditutup pada tahun 1941 kerana darurat perang dunia yang kedua (1939 - 1945).Tengku Muhammad pernah mengasaskan satu pertubuhan yang dinamakan Azzuhdiyah di Tanjung Pinang, Jambi (bukan Tanjung Pinang, di Kepulauan Riau). Pertubuhan tersebut ditangani beliau sampai akhir hayatnya. Memperhatikan pada nama Azzuhdiyah, dapat dipastikan bahawa ada hubungan dengan Tengku Mahmud Zuhdi, Syeikh al-Islam Selangor.

Menurut banyak sumber, Tengku Muhammad adalah seorang ulama besar bukan dalam lingkungan Jambi sahaja tetapi termasuk tempat rujukan ulama Sumatera, bahkan ulama Indonesia. Dalam perkara-perkara penting yang melibatkan keIslaman, beberapa ulama dan pemimpin Indonesia datang menemui beliau di Jambi atau beliau diterbangkan ke Jakarta. Bukan setakat itu, beliau juga ada hubungan dengan ulama-ulama peringkat antarabangsa terutama ulama Mekah.

Oleh itu beliau sering ke Mekah, terutama pada musim haji. Tengku Muhammad seorang yang sangat aktif menyampaikan ceramah dalam kota Jambi, Jakarta dan beberapa tempat lain, termasuk di Mekah. Jika beliau memberikan ceramah di Mekah atau di Asia Barat di kalangan para cendekiawan, beliau menggunakan bahasa Arab. Beliau lebih fasih berbahasa Arab jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.

PENULISAN

Walaupun hasil karya Tengku Muhammad tidak sebanyak karya ayahnya, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun dapat dicatatkan bahawa beliau termasuk golongan ulama yang sempat menghasilkan karya yang menjadi tatapan dan mempengaruhi pemikiran para muridnya. Antara risalah untuk amalan dan pegangan peminat-peminat beliau yang disebarkan ketika beliau berceramah ialah: Munajat Sebelum Fajar (14 Mei 1966), I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah (10 Julai 1968), Al-Wasilah (Mekah al-Mukarramah, 16 Muharam 1389 H/3 April 1969 M) dan lain-lain. Selain berupa risalah yang tersebut, terdapat beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Al-Ahmadiah, Singapura, tahun 1930an.

Kitab yang dapat dikesan ialah Badi'uz Zhuhur.Antara pesanan Tengku Muhammad yang ringkas tetapi mantap, katanya, ``Ingin selamat, bersihkan diri daripada maksiat. Ingin berjiwa luhur, munajatlah waktu sahur.''

KETURUNAN

Penulis datang ke Jambi menemui keluarga ini dua kali, iaitu pada Disember 1985 dan tahun 1986. Penulis dilayan dengan baik oleh mereka. Beberapa malam penulis tidur di rumah Tengku Muhammad di Kampung Tahtul Yaman. Rumah tersebut dihuni oleh anaknya yang bernama Zakaria bin Tengku Muhammad.

Kedatangan penulis yang kedua di Jambi, Zakaria memperoleh seorang cucu daripada anak perempuannya. Menantunya bernama Mirza. Ketika pasangan itu mendapat anak, Mirza dan ayah mentuanya, Zakaria meminta supaya anak yang dilahirkannya itu diberikan kepadanya. Selain Zakaria ada lagi seorang anak Tengku Muhammad yang sempat penulis jumpa.

Salah seorang anak perempuan Tengku Muhammad berkahwin dengan seorang pegawai bank kerajaan di Aceh. Sungguhpun penulis banyak mencatat pelbagai sejarah, namun tidak terlepas daripada kelalaian, kerana sibuk mencatat hal-hal lain sehingga nama anak-anak Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani tidak terdapat dalam catatan penulis. Nama Zakaria dan Mirza tersebut itu pun hanya ada dalam ingatan, mohon maaf sekiranya terjadi kekeliruan ingatan.

MENINGGAL DUNIA

Di dalam akhbar Ampera No. 129, Tahun ke-VIII, Selasa 28 Disember 1976 tertulis, ``Seorang Tokoh Agama Islam yang terkenal di Jambi Guru Zuhdy, hari Minggu 26 Disember tutup usia di Jakarta. Almarhum singgah di Jakarta dalam perjalanan kembali ke Jambi dari Tanah Suci Mekah. Jenazah Tokoh Islam Jambi itu, Senin kemaren tiba di lapangan Palmerah dengan pesawat terbang milik National Air Charter. Ribuan masyarakat termasuk sejumlah besar pegawai pemerintah di sini menyambut di lapangan terbang. Dari Palmerah jenazah dibawa ke Mesjid Raya Jambi untuk disembahyangkan ... `` Beliau meninggal dunia tanpa menghidap sebarang penyakit. Pada malam dan Subuh hari meninggalnya, beliau masih sempat memberi nasihat.
posted by Blogger @ 11:34 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com