Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Al-fatihah
Saturday, December 22, 2007
Aduan @ Laporan  Isteri kepada Cikgu Zakaria Nor (82-85) telah meninggal pada pukul 9.00 pagi tadi 22 Disember 2007 di Pt Raja, Jalan Haji Kosai, Muar, Johor disebabkan barah usus. Al fatihah.

Makluman untuk semua sahabat UTM sila hubungi Cikgu Zakaria 012-342 1843

Note: Kami menerima pengumunan yang penting untuk menghubungi sahabat yang sukar melalui laman ini - Reformis

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:14 AM   1 comments
Blog di tutup sementara
Wednesday, September 05, 2007

blog koleksi artikel 1 di tutup sementara untuk kerja kemaskini. Ini kerana serangan virus yang menyebabkan tulisan jadi kecil sampai tak boleh di baca.

Harap maaf....

akan di maklumkan bila ia beroperasi semula.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:09 PM   1 comments
WTV8 di HACK
Monday, August 13, 2007
Oleh: Roslan SMS
http://n32.blogspot.com/

Berita terkini. Saluran webtv WTV8 telah dihack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya anda mengunjungi http://wtv8.tv/ anda akan mendapati mesej berikut:





Hacked By SheKkoLik & Desperad0 & SacredBoy & DarkturK & KostebeK *** Capraz Ates Team *** Turkish Islamic Security Team !

Insyallah krew teknikal di WTV8 sedang mengusahakan untuk memulihkannya kembali. Sementara itu siaran WTV8 boleh diikuti melalui:

http://wwitv.com/

Update terbaru: Pengakuan eksklusif kaum keluarga Azlina Jailani atau Lina Joy.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:18 AM   0 comments
Puasa dijangka 13 September
Friday, July 20, 2007
Utusan Malaysia, 20 julai 2007

KUALA TERENGGANU 19 Julai – Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 13 September ini dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Ahmad Taufan bin Abdul Rashid berkata, umat Islam dijangka berpuasa genap 30 hari.

Katanya, berdasarkan kepada kiraan falak, ijtimak akan berlaku pada pukul 8.45 malam, 11 September ini kira-kira 1 jam 35 minit selepas matahari terbenam pada hari tersebut.

‘‘Justeru, menurut kaedah rukyah dan hisab, anak bulan disabitkan belum atau tidak wujud selepas matahari terbenam 11 September 2007 kerana ijtimak belum berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum waktu matahari terbenam,” jelasnya.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:31 AM   0 comments
Jom ke yahoo group Harakahdaily!
Friday, June 22, 2007
Harakahdaily
Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini? Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti? Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakah_daily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:50 PM   0 comments
Anak yatim perlu bantuan kewangan
Friday, January 12, 2007
Harakahdaily, 12 Januari 2007

Saidah Hairan
Fri | Jan 12, 07 | 04:02:42 AM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Orang ramai yang mahu meneruskan kebajikan terhadap anak-anak yatim dan miskin dipelawa menyumbangkan bantuan kewangan ke Sekolah Tarbiyah Darul Hijrah Al-Islamiah Kampung Paya Pasir, Temerloh.

Menurut Ustazah Norhafafa, setakat ini terdapat 18 orang anak-anak yatim dan miskin yang mengikuti pengajian di sekolah itu secara percuma.

Oleh itu katanya, pihak pengurusan sekolah berharap ada pihak yang sudi mengulurkan bantuan kewangan bagi memudahkan pengurusan pengajian dan keperluan harian pelajar terlibat.

Sesiapa yang berhajat untuk menyumbangkan kewangan boleh hulurkan kewangan ke Bank Simpanan Nasinal (BSN) 0610729863834007 atas nama Markas Tarbiyah Darul Hijrah Al Islamiah, atau hubungi 019-9180573 (Norhafafa) dan 0166429815 (Hafizah). - mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:14 AM   0 comments
Tuan Guru Sabran Asmawi meninggal dunia di Mekah
Tuesday, January 02, 2007

Saya ingin membuat pengumuman kembalinya kerahmatullah Tuan Guru Sabran Asmawi di Makkah. Saya dapat berita ini dari sahabat saya, anak Tuan Guru Sabran Asmawi iaitu Ahmad Soyuti bin Haji Sabran.


Sekelian muslimin dan muslimat,

Saya mohon kepada pihak moderator untuk mengumumkan di sini, bahawa Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini Selasa 2hb-Jan 2007 bersamaan 12-Zulhijjah 1427H lebih kurang pukul 1:15pg tadi sekitar jam 8:00 malam waktu tempatan (Mina-Mekkah) ketika persiapan untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah.

Saya mohon muslimin dan muslimat sekelian menyempurnakan Solat Jenazah Ghaib untuk Allayarham Tuan Guru Sabran Asmawi.


Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:23 AM   0 comments
SEGERA! Program korban perdana untuk mangsa banjir
Friday, December 29, 2006
Harakahdaily, 29 Disember 2006

Saidatul Amani
Fri | Dec 29, 06 | 04:16:53 AM

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Sebagai salah satu usaha berterusan membantu mangsa-mangsa banjir, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor akan mengadakan program korban perdana sempena Aidiladha.

Menurut Ketua Penerangan PAS negeri, Saudara Mazlan Aliman, daging-daging korban itu akan diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di lapan daerah di seluruh Johor oleh para sukarelawan PAS bermula dari 31 Disember sehinggalah tamat hari tasyrik iaitu pada 3 Januari.

"Setakat tengahari ini (Jumaat, 29 Disember), kita telah menerima 10 ekor lembu untuk program korban itu. Saya menyeru kepada orang ramai dan ahli-ahli PAS untuk turut serta dalam program korban ini kerana jumlah mangsa banjir yang ramai di Johor," katanya.

Orang ramai yang berhajat untuk menyertai majlis korban perdana ini diminta menghubungi Saudara Mustafa Abdul Rahman (019-3635546), Onn Jaafar (019-7617220) atau terus Pejabat Badan Perhubungan PAS Johor (07-4316650).

Satu bahagian korban berharga RM350 dan pembayaran perlu disalurkan terus ke akaun Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BIMB 01032010007572).

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:06 PM   0 comments
Himpunan Pemuda PAS 2006 di Kelantan esok.
Friday, December 22, 2006
Harakahdaily, 22 Disember 2006

Azamin Amin
Fri | Dec 22, 06 | 11:05:39 AM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Hrkh) - Esok bermulalah Himpunan Pemuda PAS 2006 yang akan diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan bakal menghimpunkan seramai 15,000 pemuda PAS seluruh negara.

Menurut Penyelaras, Safarizal Saleh melalui kenyataan media yang difaksimilikan kepada Harakahdaily, perhimpunan tersebut adalah merupakan satu penyataan kesediaan Pemuda PAS untuk menggerakkan Jentera Pilihanraya Pemuda bagi menghadapi Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-12 yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat menurut sesetengah penganalisa politik.

"Dalam masa sama, ia adalah usaha menyusun dan mengukuhkan lagi struktur organisasi dan keahlian pemuda PAS di semua peringkat sama ada di kawasan mahupun cawangan.," katanya.

"Pemuda PAS akan menyatakan ikrar dan keazaman mereka untuk memberi sepenuh tenaga dan usaha untuk memastikan kejayaan dan kemenangan PAS pada pilihanraya akan datang," katanya lagi.

Majlis tersebut katanya akan dipenuhi dengan pelbagai acara dan ucapan daripada pimpinan PAS antaranya ialah Ucaptama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Selain itu katanya turut diadakan acara yang pasti menarik perhatian ramai ialah pidato daripada bekas Ketua-Ketua Pemuda PAS seperti Dato' Mustafa Ali, Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Haji Mahfuz Omar dan Haji Mohamad Sabu.

Di samping itu, acara kemuncaknya adalah amanat daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz ; Presiden PAS Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi penyelaras perhimpunan Safarizal di talian 019-2231424.-Az

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:44 AM   2 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com