Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.
Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.
"Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam":
Blogger
28 Ogos 2005
Fatwa Pengharaman Anti-hadith
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada' dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada
wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal
'iya zubillahi min zalik.
Fatwa Mufti Perak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Gerakan Anti-hadis
Isu :
"A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam
al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.
Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
"Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2
Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti
berikut
C. OLEH YANG DEMIKIAN –
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer
Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World";
(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian."
Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49
Tarikh Pewartaan :
15 Feb 1996
Borak
Salam Aidilfitri 1427 H
Tuesday, October 24, 2006
Aidilfitri 1427H
Assalamualaikum...
Sempena Syawal 1427 H Saya menyusun sepuluh jari mengharap kemaafan sekiranya ada melakukan kesilapan kepada tuan/puan sekalian.
Mohon laluan utk pengiklanan ini, terima kasih. ----------------------------------------------------------
Aslm wbt
Kepada semua bekas2 pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana setelah menanti lebih dari suku abad (lebih dari 26 tahun), akhirnya pendaftaran ALUMNI SMKA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG, Selangor telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society atau ROS).
Mungkin pada hari esok ataupun lusa YDP Penaja iaitu Sdra Budiman akan collect certificate pendaftaran dari ROS.
AGM akan diadakan secepat mungkin selepas cuti Hari Raya. Dengan itu, kami menyeru kepada alumni2 yg lain agar dapat tampil ke hadapan bagi meneuskan kepimpinan dan kesinambungan Alumni yg baru berusia beberapa hari ini. Secara peribadi, saya ingin membuka laluan kepada barisan kepimpinan baru untuk melonjakkan Alumni maju ke hadapan, kerana perjuangan kita sebenarnya baru sahaja bermula.
Bagi pihak Kepimpinan JK Penaja, saya menyeru kepada kesemua ex-Hamidians agar dapat menggabungkan diri dengan platform AKLUMNI yg baru kami bentuk ini.
Wanita mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam Islam. Ramai tokoh-tokoh wanita tercatat di dalam sejarah Islam di antaranya Siti Khadijah r.a, Siti Aisyah r.a., Sumaiyyah binti Khaiyat, Ummu Aiman dan banyak lagi nama besar lain yang boleh menjadi suri teladan dan panduan kita semua. Malah wanita diberikan penghormatan sebagai syahid pertama umat Islam di bumi Makkah.
Berdasarkan sejarah Islam, Syuhada' pertama penganut Islam ialah seorang wanita iaitu Sumaiyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepadaYasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Muammar bin Yasir.
Sumaiyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi. Beliau dikahwinkan dengan Yasir bin Amin Al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang mengikat janji setia dengan Huzaifah. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Ammar. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.
Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah dibawah naungan Bani Makhzum.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Makkah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah SAW. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyiksaan dari golongan musyrikin Makkah.
Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir pun diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala.
Sumaiyah, Yasir dan Ammar telah di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.
Pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di tempat keluarga Yasir disiksa. Rasulullah SAW berkata " Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah Syurga".
Kata-kata Rasulullah SAW itu telah menenagkan hati dan jiwa raga mereka, Iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka disiksa dengan kejam dan zalim oleh Musyrikin dari Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca sumaiyah dan turut sama menyeksa Sumaiyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah SWT dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan Sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Makkah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugurlah sebagai Syahid Pertama di bumi Makkah. Suaminya Yasir juga turut Syahid kemudiannya.
Nama Sumaiyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai Syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan aqidah dan keimanannya kepada Allah SWT.
Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada', Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala. Ammar hanya menyebut dilidah semata-mata tetapi dihatinya terus memuji Allah SWT.
Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara rukshah dan azimah.
Musyrikin Makkah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.
Selepas dilepaskan dari seksaan Ammar pun menemui Rasulullah SAW menceritakan perbuatannya tadi. Rasulullah SAW bertanya bagaimana dengan hatimu? jawab Ammar saya tetap beriman dengan Allah. Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih rukshah.
wallahua'lam...
Rujukan: Safwan Fathy, Kisah Wanita Islam Terbilang, Times book international, 1988
Gerakan Islam seperti mana-mana organisasi lain, wujud dalam satu realiti dan persekitaran yang dinamik. Sesebuah organisasi berfungsi dan berinterakasi dengan persekitarannya. Dengan itu, bagi mencapai visi dan misinya, sesebuah organisasi mencari kaedah dan cara-cara untuk mengukuh dan memantapkan survival atau kelangsungannya.
Organisasi yang pintar adalah organisasi yang sentiasa mencari, mewujud dan mencipta kesepadanan di antara persekitaran dalamannya dengan persekitaran luar di mana ia berfungsi dan beroperasi. Organisasi yang berjaya ialah organisasi yang prihatin dan sensitif terhadap realiti di sekitarnya. Dalam bahasa gerakan Islam realiti disebut sebagai al-waqi'.
Pada hari ini organisasi mewujudkan pelbagai kaedah dalam memahami dan menangani realiti masing-masing. Wujudlah ilmu perancangan strategik yang menggunakan pelbagai kaedah. Antara teknik yang digunakan adalah analisis SWOT dan analisis CATWOE. Di mana kedua-dua ini bertujuan memberi fokus kepada organisasi bagi memahami persekitaran dan realiti secara berkesan.
Selain itu, organisasi hari ini juga menggunakan kaedah VSD, iaitu viable system diagnosis di mana ia sekali gus merupakan kaedah pembaikpulihan organisasi dengan realiti luarannya.
Lebih menarik lagi, ada organisasi yang berjaya membuat unjuran realiti yang bakal dihadapinya pada masa hadapan dengan melaksanakan satu proses yang dinamakan sebagai perancangan senario atau scenario planning.
Kesemua ini dijalankan bagi membolehkan organisasi sentiasa berjalan sepadan dengan realiti di sekelilingnya tanpa mengorbankan prinsip, nilai, misi dan visi asasnya. Gerakan Islam pula bagaimana?
Penulis-penulis haraki menggariskan di antara lain manhaj atau metodologi gerakan Islam mestilah bersifat waqi'i, iaitu mengambilkira waqi' atau realiti sekeliling. Pemikir gerakan Islam masa kini, Dr. Yusof Al-Qardawi menegaskan bahawa dewasa ini perlu dua peringkat ilmu fiqh. Peringkat pertama ialah fiqh asy-syari'ah dan peringkat kedua adalah fiqh al-waqi'.
Fiqh asy-syari'ah adalah ilmu yang didasarkan kepada tuntutan nas dan dalil Al-Quran dan As-Sunnah serta segala ruh yang berkaitan dengan tuntutan syari'at. Ilmu fiqh di peringkat ini memberi tumpuan dalam menepati maqasid syari'ah atau maksud syari'at Islam itu diturunkan oleh Allah.
Dasar utama yang bersifat universal kepada fiqh asy-syari'ah adalah ia ditegakkan demi mencapai maslahah kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Di segi pelaksanaannya pula, ia ditumpukan bagi melindungi pelbagai kepentingan manusia, organisasi dan masyarakat menurut keutamaan ad-daruriyyah, al-hajjiyyah dan at-tahsiniyyah.
Dr. Yusuf Al-Qardawi menegaskan lagi bahawa fiqh al-waqi' pula adalah ilmu yang didasarkan kepada kajian dan tuntutan realiti semasa. Ia merangkumi semua aspek semasa berdasarkan maklumat terkini yang tepat.
Dalam konteks ini, gabungan antara kedua-dua peringkat fiqh asy-syari'ah dan fiqh al-waqi' amat diperlukan bagi membolehkan gerakan Islam mewujudkan kemantapan di segi strategi dakwahnya.
Namun, dalam konteks fiqh asy-syari'ah bukanlah ia bidang untuk ditangani oleh orang awam. Ia memerlukan penguasaan ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah di samping pemahaman fiqh dan usul al-fiqh yang mendalam. Kebiasaannya bidang ini hanya dimiliki oleh ulamak dan fakih.
Bagi mana-mana organisasi yang berdaya maju hari ini, perancangan strategik adalah satu proses yang bersifat bottom-up dan top-down. Ini bermakna semua lapisan aktivis dalam organisasi terlibat sama dalam melakar dan menjayakan strategi organisasi. Sekiranya, ilmu-ilmu teras, fiqh dan usul al-fiqh pula merupakan bidang ulamak dan faqih, apakah pula peranan ahli-ahli biasa pada hari ini dalam menggariskan strategi gerakan Islam dalam konteks waqi' dan realitinya?
Pada 29 ogos 1966 iaitu pada pagi isnin, Syed Qutb bersama dua orang rakannya iaitu Muhammad Yusuf Hawwash dan Abdul fatah Ismail dari Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera yang dihakimi Jeneral Fuad al-Dagawi di tali gantung.
Umat Islam di seluruh dunia membantah hukuman ini tetapi tidak diendahkan oleh regim Gamal Abdul Nasser. Akhirnya gugurlah seorang tokoh yang merupakan ulama' yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang agong untuk tatapan dan rujukan umat Islam. Banyak karya beliau dan di antara yang masyhur ialah Tafsir Fi-Zilalil Quran.
(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid di tali gantung)
Saudara! Seandainya kau tingisi kematianku. Dan Kau siram pusaraku dengan air matamu. Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, Nyalakan obor buat ummat ini Dan... Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara! Kematianku adalah suatu perjalanan Mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku Burung-burungnya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Jangan gentar berkelana di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar...
Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini, saya lebih menumpukan kepada pengumpulan artikel-artikel yang berfaedah untuk diri saya serta umat Islam sebagai pengetahuan, rujukan dan untuk muhasabah bagi diri sendiri dan masyarakat umumnya.
Puji-pujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah SWT yang memberikan kita ketenangan dan keamanan dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini berbanding saudara-saudara kita yang mengalami penindasan di bumi mereka sendiri akibat dari tindakan kuasa-kuasa kuffar yang cuba menjajah wilayah Islam. Umat Islam diratah di Afghanistan, Iraq, Palestine dan di beberapa negara Islam yang lain.
Di antara peristiwa paling bersejarah berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini adalah peperangan Badar al_kubra yang menentukan jatuh bangunnya agama Islam di atas mukabumi ini pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. Kemenangan umat Islam dalam peperangan ini telah mengukuhkan Negara Islam Madinah yang baru sahaja dibina seterusnya agama Islam dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia.
Peperangan Ain Jalut juga berlaku pada bulan Ramadhan yang mulia ini iaitu pada tahun ke-658 hijrah. Tentera Tar Tar yang terkenal gagah, kuat dan tidak pernah dikalahkan sebelum itu telah menerima kekalahan di tangan tentera Islam. Sebab utama kemenangan Islam pada pertempuran ini terletak pada Qathaz dan dua orang imam besar iaitu Al-Az bin Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali, dengan kata lain sebab kemenangan ini terletak pada panglima, ulama’ dan tentera.
Kuasa-kuasa Kuffar ini dapat ditundukkan dengan Jihad Fi Sabillah walaupun bilangan tentera Islam kecil dan mempunyai kelengkapan peperangan yang sedikit berbanding pihak lawan. Begitu juga sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh umat Islam.
Menurut Dr Abdullah Azzam “Ulama’ Salaf dan Khalaf telah bersepakat dan juga para ahli Fiqh dan para ahli Hadith di setiap abad, bahawasanya bila sejengkal tanah umat Islam dirampas oleh kuffar, maka pada saat itu jihad adalah fardhu Ain atas segenap kaum muslimin laki-laki mahupun perempuan,…”[1]
Menurut Mazhab Hambali
Dari kitab al Mughni , Ibnu Qudamah menerangkan "Dan jihad itu wajib dalam 3 keadaan
i) Apabila barisan tentera muslimin bertemu dengan barisan tentera kafirin di medan perang.
ii) Apabila orang kafir masuk ke negeri Islam, penduduknya diwajibkan memerangi orang kafir itu.
iii) Bila imam muslimin mengeluarkan perintah jihad.
Ibnu Taimiyyah berkata ”Apabila musuh telah masuk menyerang negeri Islam maka tidak diragukan lagi bahawa wajib atas setiap orang Islam yang dekat dengan negeri yang diserang itu kemudian yang lebih dekat. Kerana seluruh negeri Islam pada hakikatnya adalah satu Negara yang tidak terpisahkan. Maka oleh sebab itu wajib ke atas setiap muslim pergi berperang menuju wilayah yang diserang itu dengan tanpa izin orang tua dan izin yang lainnya.”[2]
Menurut Mazhab Syafi'i.
Dalam kitab Nihayatul muhtaj ar- Ramli menerangkan "Kalau orang kafir itu sudah masuk ke negeri kita dan jarak antara kita dengan mereka tidak ada lagi sejauh perjalanan yang boleh kita mengqasa solat, maka penduduk negeri itu wajib berjihad membela wilayah tersebut dari serangan musuh. Dan kewajipan ini berlaku juga bagi mereka yang asalnya tidak wajib perang seperti fakir, anak-anak, hamba sahaya, orang yang berhutang dan wanita.[3]
Menurut Mazhab Maliki Dalam kitab Hasyiyatud Dasuki mentakan " Dan jihad itu wajib kerana serangan mendadak musuh Islam. Ad Dasuki mengatakan: Wajib jihad atas setiap muslim lelaki mahupun perempuan untuk menghadapi musuh yang menyerang mendadak dan bahkan juga terhadap anak kecil..."
Menurut Mazhab Hanfi
Ibnu Abidin berkata " adalah fardhu ain jihad itu bila musuh telah menyerang sebahagian wilayah Islam ke atas penduduk yang berdekatan dengan wilayah tersebut. Adapun penduduk yang jauh dari wilayah tersebut adalah fardhu kifayah jikalau mereka tidak diperlukan untuk pembelaan wilayah yang diserang tersebut. Adapun kalau penduduk yang berjauhan dengan wilayah diperlukan untuk membantu mengusir penyerang tersebut kerana penduduk yang berdekatan dengan wilayah tersebut tidak mampu mengusir musuh dari wilayah tersebut atau malas berjihad, maka kewajipan kewajipan jihad itu menjadi fardhu ain ke atas penduduk yang lebih jauh dan demikianlah seterusnya sampai kewajipan jihad menjadi fardhu ain kepada segenap umat Islam di Timur mahupun Barat untuk membela wilayah Islam yang diserang dengan tahap-tahap sebagai mana di atas".[4]
Inilah rahsia kekuatan umat Islam terdahulu yang mencapai kegemilangan di zaman Rasulullah SAW, khulafa’ ar-Rashidin dan empayar-empayar Islam seterusnya. Mereka tidak meninggalkan jihaf fi sabilillah. Apabila umat Islam mula meningglakan jihad dan hidup bermewah-mewahan segala kegemilangan ini akan hilang. Bumi Palestin dijajah oleh Regim Zionis kerana umat Islam di sana meninggalkan seruan jihad. Dalam masa 6 hari sahaja Regim Zionis dapat menawan bumi Palestin.
Kini seruan jihad bergema kembali. Umat Islam di Palestin melakukan intifadah yang diasaskan oleh seruan jihad oleh gerakan Islam di sana iaitu HAMAS. Sebagai umat Islam kita mendoakan kejayaan saudara-saudara kita di bumi Palestin. Kita percaya dan yakin seruan jihad akan mencapai kemenangan dan mengatasi kebatilan kuasa kuffar zionis serta sekutu-sekutunya yang menjajah bumi Umat Islam.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Rujukan:
[1] Dr Abdullah Azzam, Tentera Allah Mengempur Komunis, Putaka Syuhada, 1988. m/s 2
[2] Dr abdullah Azzam, Tentera Allah Mengempur Komunis, Pustaka Syuhada, 1988. m/s 17
[3] Al-Fatawa al kubra, Ibnu Taimiyyah, jilid 4 halaman 584
[4] Dr Abdullah Azzam,Tentera Allah Mengempur Komunis, Pustaka Syuhada, 1988. m/s 16