Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

SYEIKH ABDUL QADIR AL-FATHANI
Friday, September 30, 2005
TOK BENDANG DAYA II

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

NAMA Tok Bendang Daya pada satu ketika dulu cukup popular bagi masyarakat Patani, Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu dan lain-lain. Walau bagaimanapun orang jarang dapat membezakan siapakah sebenarnya Tok Bendang Daya itu.

Tok Bendang Daya sebenarnya ada dua orang, iaitu Tok Bendang Daya I, beliau ialah Syeikh Haji Wan Mustafa bin Muhammad al-Fathani. Yang seorang lagi ialah Tok Bendang Daya II, beliau ialah Syeikh Abdul Qadir al-Fathani, iaitu anak kepada Tok Bendang Daya I yang tersebut.

Syeikh Haji Wan Mustafa (Tok Bendang Daya I) adalah salah seorang panglima atau hulubalang Fathani Darus Salam, juga sebagai pengasas Pondok Pengajian Bendang Daya. Pondok tersebut kemudian menjadi pondok pengajian yang paling banyak pelajarnya di dunia Melayu setelah dipimpin oleh anak beliau, iaitu Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II). Memang pada zaman itu sistem pengajian pondok di Patani paling menonjol dari tempat-tempat lainnya di dunia Melayu. Oleh itu pelajar-pelajarnya berdatangan daripada berbagai-bagai tempat di dunia Melayu.

TERKENAL

Yang sangat menarik tentang sejarah hidup ulama ini bahawa sangat ramai muridnya yang membuka pondok di tempat-tempat lain di dunia Melayu, ramai juga yang menjadi tokoh-tokoh besar terkenal dalam masyarakat, ditambah lagi dua orang anak beliau yang menjadi ulama besar yang terkenal. Kedua-duanya ialah Syeikh Wan Ismail al-Fathani atau lebih terkenal dengan sebutan Pak De El Makkah dan yang seorang lagi ialah Syeikh Wan Ibrahim al-Fathani atau lebih terkenal dengan sebutan Pak Cu Him Kedah. Aktiviti Pak De El mengajar di Mekah menjadi pakar rujuk ulama-ulama dunia Melayu pada zamannya terutama dalam bidang akidah dan ilmu-ilmu `Arabiyah. Pak Cu Him pula terkenal dengan Pondok Gajah Mati di Kedah.

Pendek kata kedua-dua ulama itu masih banyak diperkatakan orang, kerana sampai artikel ini saya tulis masih ramai murid kedua-duanya yang masih hidup, bahkan beberapa orang di antara mereka masih aktif dalam pelbagai bidang keIslaman.

PENDIDIKAN DAN AKTIVITI

Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya II) yang lahir di Sena Janjar tahun 1234 H/1817 M adalah adik kepada Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (1233 H/1817M - 1325 H/1908 M). Sejak kecil lagi Abdul Qadir dididik oleh ayah dan ibunya menghafal berbagai-bagai matan terutama matan ilmu tauhid, nahu dan saraf. Seiringan dengan itu ditekankan menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang dipandang sebagai asas untuk membolehkannya meningkat lebih maju pada masa-masa akan datang.

Oleh sebab Pondok Bendang Daya yang dipimpin sendiri oleh ayahnya Syeikh Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya I) dipandang sebagai pondok yang berautoriti pada zaman itu, maka dipercayai Syeikh Abdul Qadir al-Fathani tidak belajar ke pondok-pondok lainnya. Walau bagaimanapun beliau hanya pergi menziarahi beberapa pondok terkenal yang masih masuk keluarga Sena, iaitu Pondok Teluk Manuk, Pondok Wadi Husien, Pondok Cenak dan Pondok Pauh Bok.

Pondok- pondok tersebut letaknya sangat berjauhan. Pada zaman itu perjalanan ditempuh dengan berjalan kaki dan masih melalui hutan tebal. Sekurang-kurangnya dalam dua tahun sekali acara ziarah mesti dilakukan kerana untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan dan informasi dalam berbagai-bagai hal dan peristiwa. Perkara-perkara yang tersebut di atas sangat ditekankan oleh Syeikh Wan Mustafa al-Fathani, hal ini selain beliau sebagai bekas hulubalang Fathani Darus Salam, beliau juga dipandang sebagai orang tua dan berpengaruh di kalangan keluarga besar Sena dan Bendang Daya di mana saja mereka berada. Sebaliknya dari pondok-pondok yang tersebut hampir setiap bulan ada saja utusan ke Pondok Bendang Daya.

MENGIRIM

Oleh sebab Syeikh Wan Mustafa (Tok Bendang Daya I) memandang kedua-dua orang anaknya; Wan Muhammad Zain dan Wan Abdul Qadir sudah cukup memadai ilmu-ilmu yang diterima langsung daripadanya, maka beliau mengirim kedua-dua anaknya itu ke Mekah. Dipercayai kedua-dua orang anak beliau itu sempat belajar kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, walaupun tidak begitu lama namun melebihi lima tahun. Pada tahun-tahun terakhir Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani sibuk dengan penulisannya. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani belajar juga kepada beberapa ulama lain, di antara mereka ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Kedua-dua ulama berbangsa Arab itu usianya hanya lebih beberapa tahun daripada beliau.Atas kehendak kedua-dua ulama yang besar pengaruhnya di Mekah ketika itu, Syeikh Abdul Qadir Bendang Daya al-Fathani diminta mengajar di Masjidil Haram dan di rumahnya sendiri. Dalam masa belajar dan mengajar itulah beliau bersahabat dengan ulama-ulama yang berasal dari tanah Jawi (dunia Melayu) lainnya, di antara mereka ialah Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani dan lain-lain. Sama ada kepada Syeikh Nawawi al-Bantani mahupun Syeikh Wan Ali al-Kalantani, terjadi tukar menukar ilmu pengetahuan dengan Syeikh Abdul Qadir.Oleh sebab ayahnya, Syeikh Mustafa (Tok Bendang Daya I) memikirkan bahawa kedua-dua anaknya sudah cukup lama belajar di Mekah, sedangkan anaknya yang bernama Wan Abdul Lathif dirasakan perlu pula mendalami ilmunya di Mekah, maka beliau memanggil kedua-dua anaknya supaya kembali ke Jawi untuk memimpin Pondok Bendang Daya. Tok Bendang Daya I bersama anaknya Abdul Lathif berangkat ke Mekah, alangkah terkejut dan gembiranya beliau setelah sampai di Mekah kerana baru diketahuinya kedua-dua anaknya telah dibenarkan mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Selama ini beliau tidak mendengar khabar itu, disangkanya kedua-dua anaknya itu hanyalah sebagai pelajar saja.

AKTIVITI DI PONDOK BENDANG DAYA

Setelah Tok Bendang Daya I memandang bahawa anaknya Abdul Qadir lebih tinggi nilai keulamaannya daripada Muhammad Zain, maka beliau menyerahkan kepercayaan untuk memimpin Pondok Bendang Daya itu kepada Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir mengevaluasi sistem pengajian pondok pada keseluruhan sektornya, dari sehari ke sehari Pondok Bendang Daya bertambah terkenal, nama beliau sendiri menjadi harum ke seluruh tanah Patani, ke seluruh tanah semenanjung Melayu, bahkan hingga ke peringkat sejagat dunia Melayu yang membentang demikian luasnya.

Berduyun-duyun orang datang menghantar anakmereka memasuki Pondok Bendang Daya itu.Seluruh waktu beliau digunakan untuk mengajar, dimulai dari sesudah sembahyang Subuh hingga istirahat sekitar jam 11.00. Sesudah Zuhur pelajaran disambung lagi hingga waktu Asar. Sesudah Asar merupakan jam istirahat bagi Tok Bendang Daya II, waktu itulah digunakan untuk bersukan.

Tetapi sukannya bukan seperti sekarang, sukannya digunakannya untuk menanam sirih dan menyiram tanaman sirih yang telah hidup. Dalam waktu yang sama digunakan juga untuk menternak lembu. Dalam kedua-dua pekerjaan itu beliau sekali-kali tidak membenarkan murid-murid menolongnya, kerana pekerjaan itu dianggap untuk mengeluarkan peluh menjaga kesihatannya.

BERWIBAWA

Tok Bendang Daya II adalah seorang tok guru pondok yang berwibawa kerana sangat banyak keramatnya yang nyata. Doanya sangat dikabulkan Allah. Menurut riwayat, pada suatu malam bulan Ramadan beliau juga pernah mendapat Lailatul Qadar di perigi Bendang Daya sebagaimana yang berlaku terhadap ayahnya.

Ketika itulah beliau berdoa, meminta dalam tujuh keturunannya mesti ada yang menjadi ulama. Salah satu di antara keramatnya, jika orang akan menyabung ayam ataupun berlaga lembu/kerbau, melalui kawasan rumahnya ataupun kira-kira masih kelihatan bumbung rumahnya, maka orang yang menyabung ataupun berlaga itu tidak akan menang. Bahkan pelaku pekerjaan itu akan ditimpa pelbagai musibah.

Apa saja jenis bunyi-bunyian seumpama gendang, gong dan lain-lain, jika dibunyikan, kedengaran di rumahnya ataupun di kawasan Pondok Bendang Daya, nescaya alat bunyi-bunyian itu akan pecah ataupun rosak. Oleh hal-hal yang tersebut itulah bagaimana jahatdan bengisnya manusia pada zaman itu tidak berani membantah, apatah lagi berbuat jahat kepada Tok Bendang Daya II itu. Di manakah letaknya rahsia kehebatan Tok Bendang Daya II itu, mudah saja jawabnya, bahawa tiada lain hanyalah ketaqwaannya kepada Allah jua segala peristiwa keredhaan Allah boleh berlaku. Allahlah yang mengurniakan kekeramatan yang dikehendaki-Nya.

KARYA-KARYA

Tok Bendang Daya II banyak meninggalkan karangan, selain itu juga kegiatannya dalam penyalinan pelbagai kitab yang dikarang oleh ulama-ulama yang terdahulu daripadanya. Di antara karyanya yang sempat disalin dan ditahqiqkan oleh muridnya Tok Kelaba ialah Syarabatul Washilin al-Muflihinal Maqbulin, tarikh salinan tahun 1314 H/1896 M. Pada manuskrip kitab ini Tok Kelaba menyebut bahawa Tok Bendang Daya II itu adalah seorang al-'Arif ar-Rabbani, iaitu seorang yang telah mencapai martabat `Wali Allah'. Sebutan yang sama juga pernah beliau tulis di bahagian kulit luar karyanya, Hidayatus Sail fi Bayanil Masail. Manuskrip tersebut menjadi milik penulis, keadaan manuskrip uzur sekali.

Pada saya juga terdapat sebuah manuskrip Tok Bendang Daya II yang membicarakan tasawuf dan kumpulan amalan-amalan ilmu hikmah karangan beliau. Manuskrip yang tersebut adalah asli tulisan tangan beliau. Oleh sebab karangan-karangan beliau ada yang tinggal di Bendang Daya yang tidak teruruskan, ada juga yang dibawa ke Mekah oleh saudara kandungnya Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani, dan oleh anaknya Syeikh Ismail al-Fathani sehingga karangan-karangan beliau banyak belum diketahui. Pengumpulan ke arah menyelamatkannya sedang saya jalankan.

MENINGGAL DUNIA

Tok Kelaba mencatat tahun meninggal dunia gurunya Tok Bendang Daya II di dalam karyanya Hidayatus Sail fi Bayanil Masail, ``Diwafatkan dia pada Mekah al-Mukarramah pada tahun seribu tiga ratus sepuluh dua (1312 H, pen) dari Hijrah Nabi s.a.w. pada hari Ahad enam belas hari bulan Zulhijjah. Syahid akhirat, dengan sebab sakit muntah jerah, kadar sehari semalam. Dikuburkan dia pada penjiratan Ma'ala di hilir kubur Saiyidatina Khadijah al-Kubra, zaujah (isteri, pen:) Saiyidina al-Mustafa Muhammad s.a.w., 1312 H'' (1894 M, pen).

Adalah kepergian beliau ke Mekah pada tahun yang tersebut kerana menjunjung perintah Sultan Fathani Darus Salam untuk menghajikan beberapa orang keluarga Diraja Fathani Darus Salam. Daripada lima orang anaknya, tiga lelaki dan dua perempuan, Tok Bendang Daya II telah menurunkan zuriat yang ramai. Di antara mereka ramai yang menjadi ulama besar dan tokoh masyarakat yang bertebaran di pelbagai negara.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:48 AM   0 comments
KISAH HARUT & MARUT- Arak Membinasakan Manusia

KISAH HARUT DAN MARUT

Arak Membinasakan Manusia

Rujukan: Kuliah Subuh pada membicarakan hadith 40, Syed Ahmad Semait, PN, Jilid 1, 1986.

Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata “Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi tetapi mereka mendurhakaiMu”. Allah SWT berkata “Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga, nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga”. Para Malaikat menjawab “Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!”. Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi.

Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.

Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.

Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain “Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke atas diriku”. Jawab rakannya “Benar”. Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, wanita jelita itu datang lagi dan berkata “Baiklah! Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!”. Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT. Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya.

Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya “Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak”.

Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan, kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan, dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukan wanita jelita tersebut.

Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segan silu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak? Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya?

Wallah hu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:20 AM   0 comments
BAI'AH AQABAH YANG KEDUA
Thursday, September 29, 2005

BAI’AH AQABAH YANG KEDUA

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1, SEJARAH DAN KEBUDAYAAN ISLAM, PROF DR AHMAD SHALABY, 1988,PN, JILID 1

Dalam musim haji tahun ke-13 selepas Nubuwwah datanglah rombongan seramai 73 orang dari Yathrib(Madinah) ke Makkah mengajukan saranan kepada Rasulullah s.a.w. agar berhijrah ke Madinah. Mereka akan membai’ah Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan pimpinan dan mempertahankannya sama ada ketika senang atau susah.

Rasulullah s.a.w. ditemani pakciknya al-Abbas yang belum menganut Islam ketika itu dan pertemuan itu juga berlaku di Aqabah, Mina. Al-Abbas berkata “Para Khazraj! Kamu semua telah mengetahui bahawa Muhammad ini adalah salah seorang di antara kaum kami. Kami telah membelanya, sebab itu dia terhormat dan terjaga di negerinya. Sekarang ia ingin menyerah dan mengabungkan diri dengan kamu. Sekiranya kamu benar-benar bermaksud akan setia kepadanya dalam segala hal yang telah kamu kemukakan kepadanya dan kamu membelanya dari semua orang yang menentangnya, dapatlah saya menyerahkan Muhammad kepada kamu atas pertanggungjawaban kamu sendiri. Akan tetapi sekiranya kamu akan menyerahkan kepada musuh-musuhnya dan mengecewakannya maka tinggalkanlah dia dari sekarang”.

Ketua Khazraj menjawab “Telah kami dengar apa yang kamu katakana, wahai al-Abbas! Maka cubalah Rasulullah s.a.w. sendiri berbicara. Ambillah, wahai Rasulullah s.a.w., apa yang engkau ingini buat dirimu dan buat Tuhanmu!”. Maka Rasulullah s.a.w. membacakan beberapa potongan ayat al-Quran, dan akhirnya berkata “Saya ingin mengambil perjanjian dari kamu semua, bahawa kamu akan menjaga saya sebagai mana kamu menjaga keluarga dan anak-anak kamu sendiri”.

Maka mereka pun berjanji akan mematuhi kehendak Rasulullah s.a.w. dan akan membelanya dalam semua akan yang akan dihadapi nanti di Madinah. Menurut Iman Ahmad butir-butir perjanjian ialah:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:24 AM   9 comments
BAI’AH AQABAH YANG PERTAMA (BAI’ATUN NISA’)
Wednesday, September 28, 2005
BAI’AH AQABAH YANG PERTAMA(BAI’ATUN NISA’)

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1

Sebelum hijrah iaitu pada tahun ke-12 selepas Nubuwwah, rombongan dari Yathrib(Madinah) datang yang terdiri dari 10 orang Aus dan 2 orang khazraj. Mereka adalah Mu’az bin Harith, Zakuan bin Abdul Qais, Ubadah bin al-Samit, Yazid bin Tha’labah, al-Abbas bin Ubadah Nadlah, As’ad bin Zurarah, Auf bin al-Harith bin Rifa’ah bin Afra, Rafi bin Malik bin Ajlan, Qhutbah bin Amir bin Hudaidah, Uqbah bin Amir bin Nabi dari puak Aus sementara Abu al-Haitham bin al-Taihan, Uwaim bin Sa’idah dari khazraj telah datang menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah Mina dan berbai’ah dengan suatu bai’ah yang dikenali dengan Bai’atun Nisa’.

Bai’ah Aqabah yang petama ini dikenali sebagai Bai’atun Nisa’(bai’ah kaum wanita) kerana di dalamnya tiada hubungan dengan peperangan kerana peperangan belum lagi diizinkan ke atas umat Islam. Menurut sesetengah pendapat ada seorang wanita turut serta bersama 12 lelaki namanya Afra' binti Ubaid bin Tha'labah.

”Dari Ubadah bin al-Samit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya “Berbai’ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyekutu Allah SWT dengan sesuatu yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong yang sengaja diadakan sama ada pada dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara baik. Maka sesiapa yang setia dikalangan kamu maka ganjarannya disisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya amalan-amalan buruk lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kifarah baginya. Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian Allah SWT melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka tersershlah kepada Allah. Jika Ia kehendaki nescaya diampuniNya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumNya lalu kamu pun berbai’ah di atas perkara ini”

(Hadith Sahih: Imam al-Bukhari)

Mereka bukan sekadar melafazkan ikrar dua kalimah Syahadah telah menerima hukum yang menjadi asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat dari aspek aqidah, akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam semua bidang.

Kepulanag mereka ke Madinah diiringi utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Mus’ab bin Umair r.a. yang dipertanggungjawabkan mengajar al-Quran dan ajaran-ajaran Islam. Mus’ab bin Umair tinggal bersama As’ad bin Zirarah, beliau bertindak sebagai guru, imam dan pendakwah dengan cemerlang dan terkenal dikalangan penduduk Madinah sebagai Muqarri.

Mus’ab bin Umair telah berjaya meneruskan dakwahnya dikalangan Ansar dan pulang ke Makkah sebelum tiba musim Haji tahun ke-13 selepas Nubuwwah. Mus’ab bin Umair gugur sebagi Syuhada’ dalam peperangan Uhud.

(selepas ini kita akan melihat Bai’ah Aqabah ke-2, Selepas berlakunya dua bai’ah ini barulah Rasululah s.a.w. dari para sahabat r.a. berhijrah ke Madinah)


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:30 PM   0 comments
Masa depan al-Quds
Tuesday, September 27, 2005
Al-Quds Atau Urshalem?
Posted on Thursday, September 22 @ 10:11:55 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Al-Quds masih dijajah walaupun sudah berdekad diperdebatkan di pelbagai peringkat. Mereka yg buta sejarah senang sekali menyarankan agar dibahagikan sahaja peta Palestin kepada 2. Satu utk Israel dan satu untuk Palestin. Nahh!! Tiada lagi pertumpahan darah . Benarkah begitu ? Maszlee Malik menjawab ...

Ancaman terhadap Masjid al-Aqsa kini sudah mula disedari oleh segelintir umat Islam. Setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Syaikhul Aqsa, Syeikh Raed Salaah, akhirnya, kini ramai umat Islam telah mula dikejutkan dari lena mereka untuk bersikap peka terhadap masjid ketiga suci mereka itu dan juga kiblat pertama umat Islam.

Jika suatu waktu dahulu tidak ramai yang mengetahui makna perkataan "Haykal", kini ramai di kalangan umat Islam yang telah mula mengetahui bahawa perkataan tersebut membawa erti seuah kuil yang diidamkan oleh kaum Yahudi Zionis untuk menggantikan masjid al-Aqsa. Walau bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa ancaman yang sebenar ditujukan bukan hanya terhadap masjid itu secara khusus, tetapi kepada al-Quds secara lebih meluas lagi dan bukan hanya kepada kawasan masjid sahaja.

Apakah al-Quds?, al-Quds adalah nama lain bagi Baitul Maqdis, iaitu sebuah kota lama yang terletak di dalam Negara Palestin dan juga wilayah Syam pada satu waktu dahulu. Di dalam kota ini terdapatnya masjid al-Aqsa dan juga gereja "Nativity" yang diimani oleh penganut agama Kristian sebagai tempat kelahiran Nabi Isa A.S. Kota ini telah dianggap sebagai kota suci oleh tiga buah agama, Islam, Kristian dan Yahudi. Ini kerana ketiga-tiga agama tersebut mempunyai nilai sentimental dan nilai kudus pada kota tersebut. Bagi orang Yahudi, mereka mendakwa kota itu adalah janji Tuhan Yahweh kepada kaum Yahudi dan di s itu juga bakal munculnya Messiah yang dinanti-nantikan.

Di kala 'tidurnya' umat Islam, peta penjajahan terus menjalar


Bagi penganut agama Kristian pula, di sanalah terdapatnya tempat kelahiran Jesus (Nabi Isa A.S) dan di situ jugalah menurut aqidah mereka, Jesus telah disalib. Bagi umat Islam pula, kota tersebut begitu suci kerana di sanalah para Nabi-Nabi sebelum Muhammad S.A.W telah samada dilahirkan, ataupun hidup, ataupun dikebumikan di sana. Kota itu juga merupakan kota bagi masjid al-aqsa yang merupakan tempat Nabi Muhammad S.A.W. telah di "Isra"kan dan dari sana jugalah beliau telah di "Miraj"kan ke langit. Ianya juga merupakan kiblat pertama dan juga masjid ketiga suci mereka. Kota suci itu j uga merupakan tanah waqaf bagi kaum muslimin dan disana jugalah nanti pelbagai peristiwa akhir zaman akan berlaku.

Tidak hairanlah jika sejarah menyaksikan bagaimana kota ini menjadi rebutan ketiga-tiga agama ini sepanjang sejarah dunia. Bermula dengan kekuasaan Bani Israel, kemudiannya kekuasaan Empayar Roman yang beragama Kristian, kemudiannya kekuasaan umat Islam semenjak tahun 16 Hijrah lewat misi tentera muslimin di bawah pemerintahan Khalid al-Walid di zaman Omar, serangan tentera Salib Eropah, penguasaan kaum Muslimin semula terhadap kota tersebut dan juga mutakhir ini, penguasaan kaum Yahudi Zionis terhadap kota itu semenjak tahun 1967. Kesemua hakikat ini telah cukup untuk menjadi bukti bahawa penguasaan tehadap kota ini merupakan sesuatu yang didorong oleh naluri keagamaan.

Ibu Kota Erez Yizrael

Bagi kaum Yahudi, kota al-Quds, ataupun menurut bahasa Hebrewnya dipanggil Urshalem merupakan tanah yang paling suci di muka bumi ini. Jarang sekali ada Yahudi yang akan menafikan fakta ini, hatta dari golongan secular dan Atheis Yahudi sekalipun. Theodore Herzl, pengasas gerakan Zionis sedunia, yang juga merupakan seorang Zionis juga tidak dapat menafikan naluri keyahudiannya yang menganggap kota tersebut sebagai tanah suci mereka.

Hanya mungkin naluri kesucian kota tersebut di jiwa kaum Yahudi sekularis lebih bersifat perkauman dan juga nilai sejarah dan nilai sentimental. Herzl, yang pernah mengutarakan ide agar dipindahkan pelan pembinaan Erez Yizrael dari bumi Palestin ke Uganda, ketika dimarah oleh para pendokong Zionis telah mengatakan:

"How can I forget you Urshalem, curse upon my right hand if I ever forget you O Urshalem!"

Maknanya, kota suci ini mempunyai makna yang amat mendalam dalam jiwa kaum Yahudi Zionis. Bagi mereka, selain daripada ianya sebuah kota bersejarah dan mempunyainilai sentimental dalam jiwa setiap individu Yahudi, al-Quds ataupun Urshaelm juga merupakan kota suci yang sepatutnya dibina Haykal (kuil) mereka sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulayman AS (menurut dakwaan mereka). Mereka juga berkeyakinan itu juga merupakan bumi yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yahweh kepada kaum Yahudi.

"Urshalem can never be separated from Israel!"


Mereka juga beriman (terutamanya golongan ortodoks) di al-Quds jugalah Messiah akan muncul dan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar sepertimana yang pernah dibina oleh Sulayman (Lihat: al-Khateeb, Mohammed Abdul Hameed (1998), al-Quds: The Place of Jerusalem in classical Judaic and Islamic Traditions, Londo n: Ta Ha Publisher, hal. 45-76).

Tidak hairanlah selepas Herzl, kebanyakan pembesar-pembesar Zionis, samada yang menjadi Presiden, perdana Menteri dan lain-lain figur di dalam perjuangan Zionis sering mengulangi komitmen mereka terhadap kota suci tersebut. Antara yang dengan jelas mengatakan demikian ialah,

a) David Ben Gurion, yang telah berkata: "There will be no Erez Yizrael without Urshalem, and there will be no Urshalem without the Temple!".

b)Ehud Barak, sejurus memenangi pilihanraya pemilihan Perdana Menteri mengalahkan Benyamin Netanyahu telah berkata: " Urshalem is Israels eternal capital city""

c)Sharon, ketika dikecam kerana keputusannya mengundurkan tentera dan penduduk Yahudi dari Gaza dan dikecam kemungkinan menyerahkan al-Quds kepada rakyat palestin, beliau telah mengatakan: "Urshalem can never be separated from Israel!"

Ternyata impian kaum Yahudi Zionis untuk menguasai al-Quds bukannya satu dakwaan tanpa asas. Yang lebih mengerikan lagi, bukan hanya al-Quds yang menjadi impian mereka, tapak Masjid al-Aqsa juga merupakan salah satu tempat yang mereka idamkan untuk membina apa yang mereka dakwa sebagai Haykal (Khateeb (1998), hal. 76).

Modus Operandi

Cita-cita kaum Yahudi Zionis bukan hanya sekadar mimpi. Mereka bergerak dan berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. Seawal 20 Ogos 1929 lagi, sekumpulan Yahudi ekstrimis dari kumpulan Kachaneh (Kach) telah cuba menyerbu masuk kedalam kawasan Masjid al-aqsa untuk menguasai tembok Buraq untuk ditukarkan menjadi "Kotel" (tembok meratap). Nasib baiklah kaum Muslimin yang pada waktu itu masih merupakan penduduk majority kota tersebut berjaya mematahkan tindakan tersebut dan sekaligus berjaya mempertahankan Masjid tersebut.

Walau bagaimanapun harga yang terpaksa dibayar amat mahal. Pengganas yahudi Kach yang dibantu oleh tentera British dari segi persenjataannya telah membunuh lebih kurang 338 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari (Muhammad, Jamal A Hadi et al. (2001), al-Tariq Ilaa Baytul Maqdis, Kaherah: Daar Tawzi wa al-Nasyr, hal. 228) .

Peritnya jasad untuk membebaskan Palestin, bersatulah umat Islam semua !!


Kegagalan percubaan pertama itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas penubuhan Negara Israel dengan restu League of Nations pada 14 Mei 1948, Zionis membuat persiapan yang lebih rapi untuk menawan kota tersebut. Kekalahan Negara-negara Arab kepada Negara rejim Zionis pada peperangan Jun 1967 telah membuka ruang baru bagi rejim tersebut. Menurut ramai dari kalangan kaum Yahudi, peperangan tersebut merupakan mukjizat bagi kaum Yahudi dan menunjukkan bahawa Tuhan Yahweh sentiasa membantu mereka untuk membina kembali Haykal.

Natijah daripada peperangan tersebut, tentera-tentera Zionis telah menyerbu masuk ke dalam masjid al-aqsa dan seterusnya menawan tembok Buraq dan ditukar menjadi Kotel. Semenjak tarikh tersebut sehingga kini tembok tersebut telah menjai milik r ejim Zionis, masjid al-Aqsa terletak di bawah kekuasaan mereka dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Yang lebih penting lagi, kota al-Quds usai peristiwa tersebut telah mula mengalami proses pengyahudian.

Bermula dengan menguasai bahagian timur al-Quds, mereka telah membina penempatan Yahudi di sana dan menghalau rakyat Palestin keluar dari kawasan tersebut. Rumah-rumah mereka dirobohkan, termasuklah masjid-masjid yang terdapat di sana. Kubur-kubur para Sahabat di kawasan tersebut telah ditukarkan menjadi kawasan taman permainan kaum Yahudi. Tanah yang pernah menjadi milik rakyat Palestin telah ditukarkan menjadi kawasan perkuburan kaum Yahudi yang dibawa mayat-mayat mereka dari serata dunia untuk dikebumikan di sana demi menantikan kedatangan Messiah yang akan membawa kegemilangan kepada bangsa Yahudi.

Keghairahan kaum Yahudi Zionis untuk menguasai al-Quds dan juga tapak masjid al-aqsa dapat dilihat dari beberapa tindakan mereka yang begitu agresif. Sebagai contohnya, pada 21 Ogos 1969, seorang ekstrimis yahudi bernama dennis Michael ataupun nama Yahudinya Mikhail Rohhan telah membakar masjid al-Aqsa. Keghairahan mereka untuk menguasai al-Quds juga dapat dilihat apabila kerajaan rejim Zionis pada bulan Julai 1980 telah mengisytiharkan secara rasmi bahawa al-Quds adalah ibu kota "negara Israel" yang abadi.

Pada 15 Oktober 1989, sekumpulan yang menamakan diri mereka sebagai "The Guardian of the Temple" telah meletakkan batu asas untuk membina Haykal, dan jurucakap mereka telah berkata: "Perletakan batu asas ini adalah tanda permulaan kebangkitan bangsa Yahudi".Selepas itu mereka telah melaksanakan projek yang baru iaitu menggali terowong di bawah tapak Masjid al-Aqsa yang sehingga kini telah menjangkaui separuh dari keluasan keseluruhan masjid tersebut. Menurut sumber dari jabatan arkeologi kerajaan Zionis Israel, jurucakapnya pada 18/8/1990 telah mengatakan: "Kami akan membangunkan semula Haykal ke-3 di atas tanah Urshalem dengan menggunakan teknologi terkini yang dimiliki oleh kerajaan Israel" (Lihat: Majalah al-Mujtama, Kuwait, bulan Julai).

The Greater Israel

Jika fakta-fakta yang telah dibentangkan sebelum ini banyak berkaitan dengan masjid al-Aqsa, maka apa yang berlaku ke atas al-Quds sebagai sebuah bandar lebih dahsyat lagi. Strategi dan langkah-langkah yang mereka ambil dan laksanakan terlampau halus dan licik tetapi membuahkan hasil dan impak seperti yang mereka impikan. Antaranya ialah pengisytiharan "The Greater Jerusalem" pada tahun 1982 oleh Knesset (Parlimen) rejim Zionis Israel, iaitu usaha meluaskan ukuran geografi kota suci tersebut dengan memasukkan kebanyakan penempatan Yahudi di dalam lokaliti tersebut demi menambahkan demografi bangsa tersebut di dalam kota al-Quds. Projek tersebut telah meluaskan kota al-Quds kepada 279 donum yang memasukkan di dalamnya 49 buah Bandar dan kampong. Kerajaan rejim Zionis juga telah mengambil lebih 70% daripada keselu ruhan tanah di kota suci tersebut dan hanya memberikan 13% daripada nisbah keseluruhan kepada pemilikan rakyat Palestin, manakala 17% pula untuk penempatan kaum Yahudi (Lihat: Majalah al-Mujtama, ibid.). Ironiknya, apakah beza pemilikan bangsa yahudi dengan pemilikan kerajaan rejim Zionis? Begitulah hebatnya mereka memutar belitkan fakta.



Langkah seterusnya yang dilakukan oleh kerajaan rejim Zionis ialah dengan mengusir keluar penduduk Palestin daripada kota suci tersebut. Lebih 435 keluarga Palestin telah dirobohkan rumah mereka dan diusir dari kawasan tersebut sehingga tahun 2005 semenjak tahun 1967. Mereka yang diusir itu merupakan penduduk asal al-Quds yang telah mendiami kota tersebut semenjak berkurun-kurun lamanya.

Bilangan mereka yang telah keluar samada kerana diusir ataupun untuk tujuan-tujuan tertentu dan tidak boleh pulang semula ke kota tersebut semenjak tahun 1967 telah menjangkau angka 750,000. ada di antara mereka yang keluar untuk melanjutkan pelajaran dan untuk mendapatkan rawatan perubatan tidak dapat memasuki kota itu kembali dan telah dibunag daerah. Bilangan mereka yang telah dibuang daerah hanya kerana keluar sebentar dari al-Quds dianggarkan berjumlah 50,000 orang. Mereka ini terpaksa mendaftarkan diri semula untuk kad pengenalan baru beralamatkan daerah lain selain daripada kota al-Quds.

Sewaktu era Benjamin Netanyahu menjadi Perdana Menteri, lebih 2083 rakyat Palestin telah dilucutkan dan dirampas kerakyatan dan bukan hanya dibuang daerah. Sehingga tahun 2005, lebih 50 sehingga 60 ribu rakyat Palestin telah ditarik keizinan untuk menetap di al-Quds. Bilangan ini termasuk mereka yang telah mendapat visa dan keizinan untuk menziarahi saudara mara mereka di al-Quds. Dengan cara sebegini kerajaan rejim Zionis telah berjaya mengurangkan demografi rakyat Palestin dan juga menghalang kemasukan warga Palestin yang lainnnya ke bumi palestin.

Hal ini juga telah menyebabkan ramai di antara warga palestin yang menyeludup masuk dan juga menetap di al-Quds tanpa kad pengenalan dan ramai pula anak-anak Palestin yang dilahirkan tanpa mempunyai surat beranak ....

 

(Dapatkan artikel selanjutnya di www.palestinkini.info)


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:24 PM   1 comments
NEGARA ISLAM MADINAH-MEMBINA MASJID
Monday, September 26, 2005

NEGARA ISLAM MADINAH-MEMBINA MASJID

Rujukan: Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, DPF, 1992, Jilid2

Hubungan manusia dan Allah SWT amat penting, oleh itu antara langkah pertama Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah mendirikan masjid. Tegaknya masjid bermakna tegaknya syi’ar Islam yang penting bagi menyediakan tempat bagi umat Islam mendirikan ibadah solat yang merupakan tiang agama.

Masjid juga menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan masyarakat dan Negara Islam kerana keteguhan masyarakat Islam adalah berteraskan kepada ikatan aqidah yang kuat dan pegangan yang teguh kepada ajaran Islam. Ikatan yang teguh dan kukuh ini adalah bersumber dan terpancar dari masjid yang penuh dengan keberkatan itu.

Masjid yang pertama dibina ini dinamakan Masjid Quba’ yang ditegakkan atas dasar taqwa dan ia menjadi dasar kepada penegakan masjid-masjid lain kemudiannya. Mendirikan masjid juga adalah sebagai memenuhi tuntutan setelah diberi kuasa oleh Allah SWT menegakkan Negara Islam Madinah.

Masjid yang dididirikan mestilah benar-benar menambat hati agar sentiasa mengingati Allah SWT walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun. Pembinaan masjid ini berdasarkan ajaran Islam yang syumul di mana ia melibatkan semua kegiatan umat Islam dan negaranya. Masjid dibina bukan semata-mata sebagai pameran tetapi ianya bertujuan memimpin dan membentuk kegiatan sama ada di dalam mahupun di luar masjid.

Rasulullah s.a.w. telah memilih tapak masjid Quba’ di tempat baginda berhenti dan turun dari unta ketika hijrah. Tanah yang dipunyai oleh dua anak yatim dibeli dan dibersihkan serta dibongkar kubur musyrikin yang kebetulan berada di situ. Pokok tamar ditebang dan tanah diratakan kemudian Rasulullah s.a.w. sendiri mengangkat batu-bata diikuti oleh para sahabat r.a.

Masjid yang didirikan ketika itu berdindingkan batu-bata diikat dengan tanah liat, atapnya pelepah tamar dan tiangnya dari batang tamar. Binaanya diteguhkan dengan dua tiang dari batu dan lantainya diperbuat dari pasir dan batu-batu kecil. Qiblatnya menghadap kearah Baitul Maqdis kerana belum lagi menerima perintah menukar arah qiblat. Di tepi masjid didirikan rumah-rumah dan bilik-bilik umm al-mu’minin isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Masjid juga menjadi tempat tinggal ahli suffah dan orang-orang fakir dikalangan sahabat r.a.

Wallahu a’lam…


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:00 AM   0 comments
NEGARA ISLAM MADINAH-SUASANA AWAL
Sunday, September 25, 2005

NEGARA ISLAM MADINAH-SUASANA AWAL

Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, DPF, 1992, Jilid2

Matlamat utama hijrah bukanlah semata-mata untuk melepaskan diri dari tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata tetapi bertujuan membina masyarakat dan Negara di tempat yang diizinkan Allah SWT iaitu di Madinah. Rasulullah s.a.w. pula menjadi ketua misi hijrah kerana baginda seorang pemimpin yang sentiasa mendapat hidayah Allah dan Wahyu dan merupakan imam dalam melakukan syi’ar ibadat.

Madinah mempunyai masyarakat majmuk dan boleh dibahagikan kepada 3 golongan utama iaitu:

  1. Para sahabat r.a dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Muhajirin adalah orang-orang Islam yang berasal dari Makkah dan Ansar terdiri dari suku Aus dan Khazraj.
  2. Orang Musyirikin dari kalangan penduduk Madinah yang masih belum beriman, mereka mengamalkan fahaman syirik pusaka nenek moyang tetapi tidak mempunyai permusuhan terhadap Rasulullah s.a.w. dan akhirnya mereka menganut Islam. Golongan kedua ialah Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai, mereka benci pada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tetapi mereka tidak berani menyatakan secara terbuka malah mereka berpura-pura mengaku Islam.
  3. Orang-orang Yahudi iaitu terdiri dari 3 qabilah yang termasyhur iaitu Bani Qainuqa’ yang bersatu dengan suku Khazraj, Bani al-Nadhir, Bani Quraizah yang bersatu dengan suku Aus.

Selepas peperangan antara Yahudi dan Rom pada tahun 70M, Bangsa Rom telah berjaya menakluki Palestin serta menghancur-leburkan dan menruntuhkan hikal Baitul Maqdis. Sebahagian besar bangsa Yahudi telah berhijrah ke Semenanjung Arab, mereka bercampur gaul dengan masyarakat Arab dan terpengaruh dengan bangsa Arab terutama dari penggunaan bahasa, pakaian dan berkahwin dengan bangsa Arab. Namun begitu mereka masih tebal assabiyyah bangsa Yahudi dan merasakan mereka lebih mulia dari bangsa Arab.

Kaum Yahudi menghina bangsa Arab dengan memanggil bangsa mereka ummiyyin(bangsa buta huruf, liar, mundur dan hina). Orang Yahudi menganggap ramalan, sihir, jampi mentera sebagai ajaran agama mereka tetapi mereka tidak menyebarkan kepada bangsa lain. Dengan mengetahui perkara tersebut mereka berasa mulia dan lebih berilmu dari bangsa lain. Yahudi juga menguasai ekonomi, menguasai pasaran tamar, arak dan pakaian. Mereka bermu’amalah dengan sistem riba’ dan menggunakan harta kekayaan bagi mempengaruhi ketua-ketua qabilah. Kaum Yahudi sentiasa mencetuskan peperangan bagi mengekalkan keperibadian bangsa mereka. Mereka merupakan bangsa yang pintar dalam meniupkan fitnah dan melaga-lagakan qabilah Arab.

Kedatangan Rasulullah s.a.w. ke Madinah membawa Islam telah menimbulkan kemarahan, rasa permusuhan dan dendam di kalangan Yahudi. Ini adalah kerana:

  • Rasulullah s.a.w. bukan dari kalangan bangsa Yahudi.
  • Ajaran-ajaran yang dibawa Islam akan membawa kebaikan terutama konsep persdaudaraan dalam Islam. Ini akan menghilangkan permusuhan dan seterusnya menghentikan peperangan.
  • Hukum-hukum Islam yang berlandaskan amanah, halal dan haram akan menghapuskan peluang mereka meneruskan mu’amalah berdasarkan sistem riba dan menutup ruang-ruang penipuan.

Wallahu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:10 PM   0 comments
TEBALNYA SIKAP PERMUSUHAN YAHUDI TERHADAP ISLAM
Saturday, September 24, 2005

NEGARA ISLAM MADINAH

TEBALNYA SIKAP PERMUSUHAN YAHUDI TERHADAP ISLAM

Rujukan: Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, DPF, 1992, Jilid2

Kedatanga Rasululah s.a.w. ke Madinah bersama para sahabat r.a. telah menimbulkan kemaran, permusuhan dan dendam dikalangan bangsa Yahudi. Sifat permusuhan mereka telah didedahkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Yahudi yang memeluk Islam kerana berpegang teguh dengan ajaran Taurat yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan penyelewengan dalam agama mereka.

Ibn Ishaq rahimullah telah meriwayatkan dari Ummu al-Mu’minin Safiah r.a.”Aku adalah anak yang paling disayangi oleh ayah dan bapa saudaraku. Apabila Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, ayahku Huyai bin Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir bin Akhtab berada di dalam keadaan sugul. Aku mengintip perbualan mereka”. Bapa saudaraku bertanya, “inikah orangnya?. Ayahku menjawab: “ya”. Bapa saudaraku bertanya, “Apakah perasaan hatimu?”. Ayahku menjawab, “Aku bermusuh dengannya, demi Allah selagi aku masih ada”.

Imam al-Bukahri pula menceritakan peristiwa Islamnya Abdullah bin Salam r.a. sebagai berikut: “Apabila mengetahui tentang kedatangan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan tinggal di kampung Bani Najjar, beliau yang juga ulama’ besar dikalangan orang-orang Yahudi dengan segera datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan tujuan mengemukakan soalan-soalan yang tidak boleh dijawab melainkan oleh orang yang menjadi Nabi. Apabila beliau mendapati Rasulullah s.a.w. dapat menjawab soalan yang dikemukan, beliau terus beriman dan memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa orang-orang Yahudi adalah bangsa berputar-belit dan menyembunyikan kebenaran. Seandainya mereka tahu beliau sudah beriman, nescaya mereka akan mengemukakan hujjah yang bukan-bukan. Beliau mengesyorkan supaya orang-orang Yahudi dipanggil dan ditanya dalam keadaan beliau bersembunyi di dalam rumah. Apabila orang-orang Yahudi datang, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apakah kedudukan orang yang bernama Abdullah bin Salam dikalangan kamu?”. Mereka menjawab, “Itulah orang paling alim, orang yang paling baik dan anak kepada orang yang paling baik dikalangan kami”. Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Apa pendapat kamu kalau Abdullah bin Salam itu masuk Islam?”. Mereka semua berkata, “Mudah-mudahan Allah melindungkannya daripada berklaku begitu”. Mereka mengulangi kata-kata mereka sebnayak tiga kali. Tiba-tiba Abdullah bin Salam muncul dan mengucap dua kalimah syahadah. Mereka semua berkata, “Inilah orang yang paling jahat, anak kepada orang yang paling jahat dikalangan kami.

Begitulah gambaran bagamana sikap permusuhan kaum Yahudi terhadap Islam dan Rasulullah s.a.w. dan sikap ini berterusan sehingga sekarang. Sejarah memperlihatkan umpamanya peristiwa Sabra Shatila, pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin seorang ulama’ yang buta dan lumpuh dan berbagai-bagai kekejaman lagi ke atas umat Islam.

Wallah hu a’lam….


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:04 AM   0 comments
OKU Minta Perhatian
Friday, September 23, 2005
Perjumpaan Persatuan Orang-orang cacat anggota Malaysia dengan SUHAKAM amat dialu-alukan, ini kerana warga OKU merasakan diri mereka dilayan seperti warga kelas kedua oleh sesetengah masyarakat di Malaysia. Perisytiharan Selangor Maju 2005 dan usaha mencapai Negrara maju 2020 mestilah melibatkan semua pihak bukan setakat orang normal sahaja. OKU merasakan kerajaan perlu bertindak tegas terutamanya bangunan yang dibina selepas akta kebebasan bergerak diwartakan mestilah mematuhi piawai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri.

Sudah 14 tahun OKU menunggu tetapi pihak-pihak kontraktor yang hanya mementingkan keuntungan disamping sikap kerajaan yang menguatkuasakan akta tersebut sambil lewa menyebabkan OKU merasa kecewa. Di manakah suara parti-parti politik dalam memperjuangkan isu-isu OKU, kami juga rakyat Malaysia dan menjadi pengundi pada setiap kali pilihanraya umum.

Akta kebebasan bergerak untuk OKU sebenarnya telah dirangka dan diwartakan di Malaysia sejak bulan Julai 1991 lagi. Dua jenis akta telah disediakan iaitu:

  1. Code of practice for access for disabled people to public building (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU di dalam bangunan awam).
  2. Code of practice for disabled people outside buildings (Kod untuk diamalkan untuk kebebasan bergerak bagi OKU diluar bangunan).

Akta tersebut MS1184 : 1991, UDC 721.052 : 362.4 telah diluluskan oleh Majlis Sirim(Sirim Council) pada Julai 1991 dan diakui oleh Jawatankuasa industri piawaian bangunan dan Kejuruteraan awam (building and civil engineering industry standards committee).

Negara-negara maju yang lain telah melaksanakan akta kebebasan bergerak mereka sendiri untuk OKU di dalam bangunann misalnya Australian Standard design for access and mobility. General requirement for access-buildings pada 1988 dan British standard code of practice for access for disabled to buildings pada 1979,

Di Malaysia bangunan persendirian yang mempunyai keluasan kurang dari 280 meter persegi tidak diwajibkan menyediakan kemudahan kepada OKU tetapi bangunan awam mestilah menyediakan kemudahan untuk OKU. Bangunan awam yang dimaksudkan ialah pejabat-pejabat, bank, pejabat pos, kedai-kedai, supermarket, jabatan stor, bangunan-bangunan pentadbiran dan bangunan komersial. Termasuk juga hospital, pusat perubatan, klinik, pusat kesihatan dan bangunan kebajikan, masjid serta rumah-rumah ibadat, sekolah, kolej, universiti, zoo, muzium, galeri kesenian, perpustakaan, bangunan pamiran, bangunan pendidikan, kebudayaan dan kajian saintifik, asrama, hotel dan bangunan kediaman yang didiami warga OKU, bangunan kenderaan awam seperti stesen kereta api, stesen bas, stesen komuter dan LRT, bangunan parking kereta dan bangunan kilang.

Bagi diluar bangunan pula, bagi sesuatu tempat yang mempunyai 100 tempat parking kenderaan mestilah menyediakan sekuarang-kurangnya satu tempat parking khas untuk OKU dan adalah sesuai dua tempat parking.

Kecuraman sesuatu laluan (pathways and ramps) mestilah sekurang-kurangnya 1:12 bagi OKU menggunakan kerusi roda dan 1:8 bagi OKU yang tidak menggunakan kerusi roda. Panjang sesuatu laluan yang disediakan itu tidak kurang dari 1200mm dan tidak melebihi 6000 mm. Pintu untuk keluar masuk sesebuah bangunan juga mestilah luas 800mm- 1500mm bagi memudahkan OKU berkerusi roda menggunakannya. Di sesetengah laluan perlu disediakan ‘handrails’ bagi memudahkan OKU melaluinya.

Bukaan pintu lif pula hendaklah tidak kurang dari 1800mm. Tandas khas Oku bersaiz lebih besar. Semua kemudahan ini hendaklah diletakkan tanda atau symbol OKU seperti Simbol antarabangsa, gambar manusi duduk atas kerusi roda. Kadangkala agak pelik dalam bulan lepas apabila timbul isu OKU yang dapat rumah flet kos rendah ditingkat atas sedangkan tiada lif disediakan, macammana mereka nak naik ke rumah masing-masing?

Kami juga insan yang memerlukan keprihatinan masyarakat Malaysia. Janganlah anggap kami warga kelas dua.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:25 AM   0 comments
TEORI AKHBAR YAHUDI
Thursday, September 22, 2005

TEORI AKHBAR YAHUDI


1. Sentiasa menghebahkan berita-berita bohong asalkan menguntungkan Yahudi.

2. Memukau perhatian pembaca terhadap kebebasan hidup hingga terkeluar daripada garis-garis agama dan adap sopan.
3. Mendedahkan seberapa banyak cerita rekaan mengenai musuh (pemimpin-pemimpin Islam serta perjuangan mereka) dan orang-orang yang menentang pergerakan Zionis.

4. Menghidangkan cerita-cerita karut yang boleh melemahkan daya fikir hingga manusia bersikap seperti lembu yang boleh dihela ke mana-mana.

5. Akhbar-akhbar mesti dijadikan alat propaganda untuk maksud politik bagi kepentingan Yahudi.

6. Pengaruhi akhbar-akhbar sehingga menyokong perjuangan Zionis.

7. Kuasai media-media elektronik sehingga mereka menyiarkan rancangan yang hanya sesuai dengan matlamat dan nafsu kita (Yahudi).

8. Akhbar dan media elektronik Yahudi mestilah menjadi racun kepada manusia, sedangkan mereka menyangka ia madu yang sangat manis.

9. Akhbar kita (Yahudi) mesti mengatur strategi melumpuhkan pergerakan Islam dan agama-agama lain di seluruh dunia.

10. Rancangan media elektronik juga mesti menghidangkan cereka-cereka berunsur seks yang boleh merosakan nilai-nilai mulia masyarakat terutama masyarakat Islam.

11. Tentang habis-habisan akhbar-akhbar yang jujur dalam laporan, ulasan dan lain-lain.

Professor Sergyeni A. Nilus dalam sebuah buku yang diterjemahkan pada tahun 1905 berkata, Yahudi merancang menjajah secara aman diseluruh dunia. Aman difahami sebagai perang saraf iaitu dengan memperalatkan media cetak dan elektronik. Nampaknya Zionis agak berjaya dengan rancangan-rancangan jahat mereka memandangkan rata-rata akhbar yang diterbitkan termasuk di negara-negara umat Islam sudah menyimpang terlalu jauh dari matlamat asal melapor dan mendidik.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:13 PM   0 comments
KISAH SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Wednesday, September 21, 2005

KISAH SALAHUDDIN AL-AYYUBI

AQIDAH ISLAM ASAS KEMENANGAN

Salahuddin Al-Ayyubi Sebagai Teladan


Kemenangan dari sudut kacamata Islam bukanlah dengan terdapatnya suara majoriti yang menjadi penyokong di kalangan rakyat. Tidak juga dengan memiliki teknologi pembangunan yang pesat atau ekonomi yang kukuh mahupun kekuasaan yang padu di dalam jentera pentadbiran negara. Namun pada hakikatnya kejayaan atau kemenangan di dalam Islam ialah kemenangan aqidah Islamiyyah ke atas sistem jahiliyyah. Ia merupakan proses penukaran sistem jahiliyyah kepada sistem Islam keseluruhannya dalam melaksanakan syariat Allah sehinggalah wujud daulah Islamiyyah.

Umat Islam mencapai kegemilangannya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. sehinggalah di zaman khulafa? ur Rashidin dan empayar-empayar Islam selepasnya. Umat Islam dahulu menang kerana mereka adalah merupakan terjemahan amali kepada agama suci ini yang bergerak di atas muka bumi. Apabila umat Islam mula engenepikan agamanya dan meninggalkan ajarannya, mereka telah diserbu oleh berbagai umat lain, mereka telah bertukar menjadi seperti buih di dalam arus. Umat Islam telah ditinggikan oleh Allah dengan Islam dan tidak akan mencapai ketinggian selain dari Islam.

Tumbangnya Empayar Othmaniyyah pada tahun 1924 membuka ruang kepada Israel menakluki bandar suci Al-Quds pada bulan Jun 1967 di mana dalam masa tidak sampai enam hari umat Islam ditewaskan. Kekalahan yang amat memalukan bagi semua umat Islam.Sehingga sekarang umat Islam masih lagi gagal membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis.

Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh yang mampu mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin al-Ayyubi umpamanya seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh telah berjaya membebaskan al-Quds pada hari Jumaat 27 rejab 583 hijrah.

Peperangan"Hutain" yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi telah membuka ruang kepada pembebasan bandar al-Quds. Jumlah tentera Islam ialah 12 000 orang sementara tentera salib 50 000 orang. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12 000 orang sementara pihak tentera salib 60 000 orang. Kumpulan kecil telah menang ke atas kumpulan besar dengan izin Allah.

Sebab-sebab kemenangan di situ adalah banyak. Yang utama ialah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi sendiri kerana beliau mempersembahkan keseluruhan hidupnya untuk jihad di jalan Allah. Aqidah Islam telah memenuhi keseluruhan jiwanya, perasaannya bernyala-nyala dengan aqidah Islam dan tidak beriman dengan yang lain selain dari Allah. Beliau seorang yang amat toleransi, amat merendah diri, sederhana pakaian dan makanan, membelanjakan setiap sen yang sampai ke tangannya untuk jihad dan lain-lain kepentingan umat Islam, tidak memberi perhatian pada mata benda dunia sama ada harta, istana atau lain-lainnya sehinggah apabila beliau wafat tidak eninggalkan sebarang harta. Tidak ada emas atau perak di dalam simpanannya kecuali satu Dinar empat puluh tujuh Dirham sahaja.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis “ Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur”

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala
Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah!!

Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar 589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:16 PM   0 comments
PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH SEBAGAI MODEL NEGARA ISLAM
Tuesday, September 20, 2005

PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH SEBAGAI MODEL NEGARA ISLAM

Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura,1988 dan Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, DPF, 1992, Jilid 1 & 2

Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat ke Madinah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan sahabat setia dari kalangan Ansar dan melepaskan diri dari penindasan Musyirikin di Makkah tetapi umat Islam mempunyai kewajipan yang lebih besar iaitu menegakkan Negara Islam.

Seandainya tugas menegakkan Negara Islam tidak ada di dalam ajaran Islam, umat Islam tidak perlu berhijrah. Ajaran Islam bukan sekadar mengajar penganutnya melakukan syi’ar ibadah tanpa mengira siapa yang memerintah dan bentuk Negara yang menaungi mereka. Pemimpin Musyirikin Makkah pernah menawarkan Rasulullah s.a.w. sebagai Raja dan Pemerintah tetapi ditolak oleh baginda atas arahan Allah SWT kerana tidak ada tolak ansur dengan Jahiliyyah terutamanya dalam hal yang menyentuh aqidah.

Negara Islam yang ditegakan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah telah menyatakan Islamnya secara terbuka dan menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Peristiharan itu dinyatakan kepada rakyatnya yang majmuk sama ada Islam atau bukan Islam. Rakyat Islam mempunyai kewajipan untuk menegakan Negara Islam dan rakyat bukan Islam yang terdiri dari kaum Arab dan Yahudi mempunyai kewajipan mentaati Negara Islam tanpa paksaan dan diberi hak yang sewajarnya sebagai warganegara Islam Madinah.

Di dalam Piagam Madinah telah dinyatakan secara jelas setiap permaslahan yang timbul hendaklah dirujuk kepada al-Quran kemudian hadith Rasulullah s.a.w. Inilah prinsip yang terpancar dari dua kalimah syahadah dalam konteks Negara Islam iaitu meletakkan Allah sebagai Tuhan yang mempunyai kuasa hakimiyyah dan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh pelaksana yang mesti diakui secara mutlak kerana baginda adalah utusan Allah SWT yang dijamin ma’sumnya. Negara Islam tidak berkuasa mengadakan hukum yang lain dari hukum yang diizinkan oleh Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertindak sebagai ketua Negara Islam Madinah memandangkan jawatan itu mempunyai kedudukan yang penting dalam Negara Islam. Pimpinan sesudah Rasulullah s.a.w. iaitu khulafa’ ar-Rashidin iaitu Abu Bakar r.a., Umar al-Khattab r.a., Usman ibn Affan r.a. dan Ali bin Abu Talib r.a. juga meneruskan amanah kepimpinan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Di zaman khulafa’ ar-Rashidin inilah dakwah Islamiyyah terus berkembnag, Umat Islam dapat menundukkan dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Dua Pahlawan Lagenda iaitu Hercules di Rom dan Rustam di Parsi dapat ditundukkan oleh umat Islam dengan pimpinan pahlawan-pahlawan Islam seperti Khalid al-Walid, Amru al-As, Abu Ubaidah al-Jarrah, Yazid bin Abu Sufyan, Syurahbil bin Hasanah dan sebagainya.

Pusat pemerintahan Islam kemudiannya berpindah dari Madinah ke tempat-tempat yang lain di zaman Kerajaan Umaiyyah, Abasiyyah dan sebagainya sehinggalah kepada kerajaan Uthmaniyyah. Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1928 bermakna runtuhnya Daulah Islamiyyah di dalam dunia ini. Umat Islam sudah tidak dinaungi lagi maka rentetan dari itu satu persatu Negara umat Islam dijajah oleh kuasa Barat Selepas itu Regim Zionis mengambil kesempatan menakluki bumi Palestin di mana terletaknya Baitul Maqdis atau al-Quds, kekalahan yang amat memalukan cuma dalam tempoh enam hari bumi al-Quds ditakluki. Ini kerana umat Islam sudah mengabaikan ajaran Islam. Walaupun umat Islam adalah manusia teramai sehingga mencapai angka berbilion tetapi ia bagaikan buih di lautan, apabila datang arus dan ombak mereka akan dihanyutkan, berpecah-belah dengan berbagai karenah dan ragam masing-masing.

(Selepas ini kita akan melihat kegemilangan Islam terutama di zaman Khulafa’ ar-Rashidin terutamanya perluasan Empayar Islam sehingga tumbangnya Rom dan Parsi dan melihat tewasnya dua orang pahlawan lagenda iaitu Hercules dan Rustam ditangan umat Islam)

Wallah hu a’lam…..


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:51 PM   0 comments
Hukum beramal dengan hadith da’if
Monday, September 19, 2005
Para ulama’ tidak sependapat dalam menentukan hukum beramal dengan hadith da’if yang boleh dibahagikan kepada 3 pendapat. Pendapat ulama’ beramal dengan hadith da’if:

1) Pendapat ini dipelopori oleh ibn al-Arabi daripada mazhab Maliki, al-Bukhari, ibn Hazm, Abu Syamah al-Maqdisi dari mazhab syafi’i dan lain lagi. Menurut mereka tidak harus beramal dengan hadith da’if secara mutlak sama ada hadith tersebut berkait dengan hukum-hukum atau fada’il al-amal.

2) Pendapat diutarakan oleh al-imam Ahmad bin Hanbal, al-imam Abu Daud, ibn Taimiyyah dan ibn Qayyim al-Jawziyyah. Mereka berpendapat hadith da’if boleh diamalkan secara mutlak jika tidak ada lain-lain dalil bagi persoalan yang disentuh oleh hadith tersebut.

3) Pendapat ini disokong oleh antaranya al-imam al-Nawawi dan ibn Hajar al-Asqalani. Mereka berpendapat hadith da’if boleh dijadikan hujah dengan persoalan yang berhubung dengan fada’il al-amal, mawa’iz, qisas, targhib dan seumpamanya. Dalam kes yang berkaitan dengan perkara aqidah seperti sifat-sifat Allah SWT atau pun dalam persoalan bukan halal haram, hadith da’if tidak boleh diamalkan sama sekali. Ini pendapat yang muktamad menurut para ulama’ muhaqqiqin dengan syarat-syarat tertentu. Di antara syarat-syarat beramal dengan hadith da’if menurut ibn Hajar al-Asqalani ialah:

a) Hendaklah da’if yang ada pada hadith itu tidak keterlaluan.

b) Hendaklah maksud hadith da’if itu selari dengan kaedah umum agama Islam.

c) Hendaklah tidak diiktiqadkan semasa beramal dengannya bahawa hadith itu thabit dari Rasulullah s.a.w. tetapi diiktiqadkan sebagai ihtiyati. Tujuannya ialah supaya kita tidak salah menyandarkan hadith itu kepada Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang mungkin tidak disebut oleh baginda s.a.w.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 2:19 PM   0 comments
PENTINGNYA MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH S.A.W.
Sunday, September 18, 2005

PENTINGNYA MENGHAYATI SIRAH RASULULLAH S.A.W.

RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI AWANG, 1988, DPF, JILID 1

Adalah menjadi perkara utama setiap muslim menghayati sejarah(sirah) Rasulullah s.a.w. kerana ianya menjadi tafsir praktikal kepada al-Quran al-Karim. Mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. bukan sekadar mengkaji tokoh atau pemimpin biasa tetapi ianya mempunyai hubungan yang erat dengan persoalan mengapa kita mempercayai rukun-rukun iman yang disampaikan oleh Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w dan akhirnya sampai kepada kita sekarang.

Di antara kepentingan kita mempelajari dan menghayati sirah Rasulullah s.a.w ialah :

  • Memahami akhlak Rasulullah s.a.w. di dalam kehidupan dan situasi yang dialami bagi meyakinkan bahawa Nabi Muhammad itu bukan sekadar seorang tokoh dikalangan kaumnya tetapi lebih dari itu ialah sebagai seorang Rasul yang disokong oleh wahyu dan sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah SWT.
  • Mendapat gambaran yang jelas dari contoh yang paling baik di dalam kehidupan sama ada akhlak, prinsip hidup dan sebagainya melalui perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
  • Dapat memahami al-Quran dengan cara yang betul melalui penghayatan dan merasa roh dan matlamatnya kerana kebanyakan ayat-ayat al-Quran ditafsirkan oleh peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w.
  • Dapat mengumpulkan pengetahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Islam sama ada yang berhubung dengan aqidah, hukum-hukum atau akhlak kerana peribadi Rasulullah s.a.w. itu mengandungi contoh Islam yang sebenarnya.
  • Seseorang Muslim dapat meneruskan cita-cita Islam melalui jalan yang ditunjukan oleh sirah Rasulullah s.a.w.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 9:57 PM   0 comments
IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL DAN IMPLIKASINYA KE ATAS UMAT ISLAM
Saturday, September 17, 2005

Oleh : Dr. Muhammad Nur Manuty
Pengarah CESMACS


IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL DAN IMPLIKASINYA KE ATAS UMAT ISLAM

(Kertas ini dibentangkan di Wacana Bulanan Yayasan Pembangunan Ummah(YPU) yang dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Keilmuan dan Kepimpinan Kelantan (Y3K) pada 02 September 2005, bertempat di Hotel Shah Village Petaling Jaya)

1.0: Mukaddimah:

Idea-idea Islam liberal sebenarnya bukanlah merupakan satu gagagsan baru yang kini sedang berkembang luas dalam beberapa buah negara Islam. Faktor orientalisme dan aliran modernisme pada abad ke-19 dan 20 mempunyai pertalian yang rapat dengan aliran Islam liberal masa kini. Dalam kertas ringkas ini, kita akan meneliti idea-idea pokok Islam liberal dan sekaligus melihat latar belakang para ideolognya. Selanjutnya beberapa respon kritikan dari kalangan cendekiawan Muslim semasa akan dikemukakan. Akhir sekali wacana Islam liberal pada malam ini akan membahaskan implikasi-implikasi yang sedang dirasai oleh umat Islam akibat jangkitan virus pemikiran Islam liberal secara umum di dunia saat ini dan khususnya di rantau Asia Tenggara.

2.0: Idea-Idea Pokok Islam Liberal Dan Beberapa Figur Ideolognya:

2.1: Kritikan Terhadap Teks al-Qur'an:

Antara tokoh kontroversi pemikiran Islam liberal saat ini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (NHAZ). Anak kelahiran Mesir yang kini sedang bertugas di Institut Pengajian Asia, Universiti Leiden, Belanda, telah dihukum murtad oleh Jawatankuasa Fatwa, Universiti al-Azhar, Mesir beberapa
tahun lalu kerana kritikannya kepada al-Qur'an dan lain-lain aspek terpenting dalam agama Islam. Dia telah menulis beberapa buah karya mengenai teks al-Qur'an seperti Mafhum al-Nas – Dirasah fi 'Ulum al-Qur'an (Kefahaman Mengenai Teks – Satu Kajian Mengenai al-Qur'an) dan Naqd al-Khitab al-Dini (Wacana Nalar Agama). Dalam kajiannnya terhadap al-Qur'an, NHAZ banyak menggunakan kaedah hermeneutic. Sebagai seorang harmeneut, maka tahap terpenting dalam melakukan kajian terhadap makna teks, adalah melakukan analisis terhadap corak teks itu sendiri. Hanya dengan penggunaan kaedah yang sedemikian, maka maklumat-maklumat tentang pengarang teks itu dapat diketahui. NHAZ yang jelas terpengaruh dengan teori hermenuetik Frederich Schliemarcher (1768–1834) telah mengaplikasikan teori tersebut dengan melontarkan satu teori bahawa "al-Qur'an yang telah diturunkan melalui malaikat Jibril (a.s) kepada seorang Muhammad yang manusiawi. Bahawa, Muhammad, sebagai penerima pertama, sekaligus penyampai teks adalah bagian dari realitas masyarakat. Membahas Muhammad sebagai penerima teks pertama, bererti membicarakan seorang manusia yang dalam dirinya terdapat harapan-harapan masyarakat yang terkait dengannya (Adian Husaini dan Henri Salahudin, 2004, ms. 34).

Tentang konsep wahyu dan Muhammad versi NHAZ dan yang sejenis dengannya, mereka memandang al-Qur'an – setidak-tidaknya sampai pada tingkat perkataan – bukanlah teks yang turun dari langit (surga) dalam bentuk kata-kata aktual – sebagaimana pernyataan klasik yang
masih dipegang pelbagai kalangan – tetap merupakan spirit wahyu yang disaring melalui Muhammad dan sekaligus diekspresikan dalam tapal batas intelek dan kemampuan linguistiknya. Jadi, takrif NHAZ yang sedemikian itu telah meletakkan Junjungan Muhammad (saas) semacam seorang "PENGARANG" al-Qur'an. Kata mereka lagi bahawa Muhammad sebagai seorang yang ummiy, bukanlah penerima pasif wahyu, tetapi juga mengolah redaksi al-Qur'an, sesuai kondisinya sebagai manusia biasa. Konsep yang menyatakan bahawa teks al-Qur'an sebagai "spirit wahyu dari Tuhan" begitu identitik dengan konsep teks Bible, bahawa "the whole Bible is given by inspiration of God." Pandangan tadi adalah lanjutan dari pemikiran klasik orientalis-orientalis Barat generasi awal yang telah mendakwa dan seterusnya mendi`ayahkan idea bahawa Islam itu adalah "agama bikinan Muhammad" dan hukum Islam disebut sebagai "Muhammadan Law", sementara umat Islam digelar sebagai "Mohammadan". Para penganut konsep al-Qur'an versi NHAZ enggan menyatakan "Allah berfirman dalam al-Qur'an" sebab mereka mendakwa bahawa al-Qur'an adalah kata-kata Muhammad atau al-Qur'an adalah karya bersama antara Tuhan dan Junjungan Muhammad (saas). NHAZ juga berhujah bahawa teks dalam apa bentukpun, adalah pada hakikatnya produk budaya (…inna 'n nass fi haqiqatihi wa jawarihi muntaj 'ath thaqafah).

Selanjutnya, NHAZ mengkritik keras metod tafsir para mufassir ternama Ahlus Sunnah wa 'l-Jama`ah. Selepas ini disebut dengan singkatan perkataan ASJ. Katanya tanggapan yang menyebut bahawa otoriti tafsir adalah milik mutlak mufassir terdahulu adalah salah. NHAZ mendakwa bahawa kesilapan mereka ialah kerana adanya kekeliruan yang mendasar di kalangan ASJ dahulu dan sekarang yang suka mengaitkan "makna teks" dan dalalahnya dengan makna kenabian, risalah dan turunnya wahyu. Kaum ASJ menyusun sumber-sumber utama penafsiran al-Qur'an pada empat hal: Rasulallah, para sahabat, tabi`in, dan terakhir iaitu tafsir bahasa.

Selain daripada NHAZ, seorang lagi pemikir kontroversi liberal Muslim ialah Muhammad Arkoun, professor pemikiran Islam di University Sorbone, Perancis. Kajian Arkoun mengenai al-Qur'an adalah dengan menggunakan pendekatan "sejarah" atau "historical method". Antara
karya-karya yang sangat disanjung di dunia Barat serta dalam beberapa buah negara Islam saat ini ialah The Unthought in Contemporary Thought (2002) dan Min al-Ijtihad Ila Naqd al-`Aql al-Islami (1992). Arkoun yakin bahawa kajian kritis sejarah tentang al-Qur'an adalah satu bentuk ijtihad. Menurut Arkoun lagi bahawa pendekatan terhadap fenomena wahyu dari perspektf umum. Dia memasukkan berbagai fenomena kitab suci dari komunitas agama lain, seperti kitab agama Hindu, Buddha, dan lebih penting lagi kitab Injil Perjanjian lama dan Perjanjian Baru. Dari perspektif antropologi, Arkoun meletakkan sifat nabi sesuai dengan fenomena yang disebut sebagai "production of great men" (intaj rijal al-`izam) dalam sejarah. Menurutnya lagi seorang nabi itu adalah seorang pemimpin yang bijaksana, yang dianugerahkan semangat raksaksa dan imaginasi hebat. Arkoun memperdebatkan segala bentuk "kesucian", yang menganggap Tuhan secara aktif terlibat setiap saat dalam sejarah, dalam period heroik dan karismatik para nabi.

Mengenai wahyu, Arkoun membaginya dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah apa yang biasanya al-Qur'an menyebutnya sebagai Ummu 'l Kitab (induk Kitab) (Al-Qur'an, 13:39), dan pada peringkat kedua apa yang disebut sebagai berbagai kitab termasuk Bible, Gospel dan
al-Qur'an. Ummul Kitab adalah Kitab Langit, wahyu yang sempurna, dari mana Bible, Gospel dan al-Qur'an berasal. Arkoun yakin bahawa pada peringkat pertama wahyu adalah bersifat abadi, tidak terikat dengan waktu, serta mengandung kebenaran tertinggi. Justeru wahyu jenis ini adalah kebenaran absolut di luar jangkauan manusia yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Bagaimanpun, Arkoun turut berpandangan bahawa wahyu hanya dapat difahami oleh manusia pada tahap kedua. Inilah jenis wahyu yang diistilahkan oleh Arkoun sebagai "edisi dunia" yang telah mengalami modifikasi, revisi dan substitusi. Kata Arkoun; "Kitab Langit hanya boleh diikuti oleh para pemeluknya melalui versi tertulis dari kitab-kitab suci yang ada sekarang… Aspek kedua dari Kitab Induk/Langit ini kemudian harus tunduk dengan pelbagai rintangan dalam kenyataan sejarah yang arbitrer." (Arkoun, Rethinking Islam Today, ms. 241). Dengan membandingkan bentuk lisan dan tulisan dalam al-Qur'an, Arkoun menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur'an lebih suci, lebih autentik dan lebih dapat dipercayai ketika masih dalam bentuk "wacana" jika dibanding dalam bentuk tertulis. Alasannya menurut Arkoun kerana al-Qur'an terbuka untuk semua erti ketika dalam bentuk lisan, dan dalam bentuk tulisan tidak lagi begitu. Sebaliknya dia mendakwa bahawa penggunaan alat-alat tulis seperti pena dan kertas telah mengurangi status al-Qur'an yang bersifat ketuhanan sebagai sebuah buku dunia.

Ulil Absar selaku pengasas Jaringan Islam Liberal (JIL) menyimpulkan pemikiran mengenai teks al-Qur'an dengan menimbulkan masalah pemikiran pokok dalam pemahaman Islam sekarang ini adalah adanya pandangan yang dominan tentang teks sebagai sesuatu yang "supreme", sehingga pemahaman atas teks itu kerapkali mengabaikan kenyataan dan pengalaman manusia yang konkrit. Akibatnya adalah pengasingan manusia dari pengalamannya sendiri, kerana supremesi teks yang berlebihan. Ulil Absar mahukan wahyu dan pengalaman manusia (termasuknya di dalamnya adalah akal) adalah sama kedudukan dan status "epesitemologis" nya dalam tindakan penafsiran (Ulul Absar, ms.427-428).

2.2: Idea Teologi Pluralis:

Selain dari bidang kajian kritis mengenai al-Qur'an, satu lagi aspek pemikiran Islam liberal yang sedang merebak saat ini ialah peri pentingnya masyarakat beragama Islam menerima adanya "teologi pluralis". Adalah jelas bahawa idea teologi pluralisme agama telah bermula dengan penerbitan karya-karya kontroversi Nurkholis Madjid yang baru saja berpulang ke alam baqa Isnin lalu. Sebagai seorang lokomotif yang nyaris dikultuskan di Indonesia dan handal dalam menyajikan bahan-bahan klasik secara terpilih, Cak Nur amat kuat menganjurkan supaya toleransi antara agama-agama dunia dapat dilaksanakan semaksimum mungkin. Dalam buku Pluralitas Agama: Kerukunan Dalam Keragaman, Cak Nur menjelaskan maksud teologi inklusif lawan eksklusif. Katanya; "Umat Islampun diperintahkan untuk sentiasa menegaskan bahawa kita semua, para penganut kitab suci yang berbeda-beda itu, sama-sama menyembah Tuhan yang Maha Esa, dan sama-sama pasrah (muslimun) kepadaNya." Jadi, mengikut Cak Nur bahawa "kebenaran dan keselamatan" suatu agama bukan monopoli sesuatu agama. Justeru, dari perspektif teologi inkulisf bahawa dakwaan hanya agamanya sahaja yang benar dan menjadi jalan keselamatan adalah salah dari segi teologi!

Alwi Shihab yang kini adalah Menteri Kesejehteraan Sosial Indonesia adalah seorang lagi pendiri mazhab pluralisme agama. Dalam bukunya Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka Dalam Beragama, beliau mendakwa bahawa ayat al-Qur'an yang acap kali digunakan untuk membuktikan eksklusifnya agama Islam iaitu dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Mai'dah: 69. Ketika menghuraikan ayat-ayat tersebut, Alwi berpandangan bahawa hal itu tidak diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Hujah yang dipakai oleh Alwi di sini ialah rujukannnya kepada perkataan "menyerah diri" dalam agama Islam dan lain-lain agama adalah manefastasi keimanan seseorang individu itu terhadap Tuhannya. Alwi juga begitu yakin bahawa ayat-ayat al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah: 62 dan al-Ma'idah: 69 adalah bersifat inklusif untuk semua agama. Justeru, beliau menterjemahkan ayat tersebut seperti berikut; "Sesungguhnya mereka telah beriman, iaitu, Yahudi, Kristen dan kaum sabi'in. Mereka yang percaya pada Tuhan dan Hari Akhir dan berbuat kebaikan akan menerima pahala dari Tuhan mereka. Mereka tidak akan merugi dan berdukacita." Pokoknya, Alwi percaya bahawa dengan hanya terdapat pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap "masyarakat beragama" maka layaklah mereka menerima pahala dari Tuhan. Idea teologi pluralisme didokong kuat oleh lain-lain sarjana seperti Abdul Rahman Wahid, Djohan Effendi, Budhy Munawar Rachman, Masdar F. Mas`udi, Arief Budiman dan lain-lain. Pokoknya mereka percaya bahawa Islam yang dikehendaki dalam zaman yang berubah ini ialah Islam yang bercitra kemanusiaan dan kedamaian bukan Islam yang "theocentric exclusive".

2.3: Penolakan Terhadap Syari'at Islam

Golongan liberal Islam menolak pelaksanaan Shari'at Islam. Abdullah al-Naim, seorang penulis yang berasal dari Sudan telah menghasilkan sebuah karya yang berjudul Toward an Islamic Reformation (1989) yang intinya merombak pemahaman orang Islam terhadap shari`at. Abdullah mempopularkan bahawa syari'ah adalah "human" bukannya "divine". Seperkara yang wajar mendapat perhatian, pemikiran shari`ah Abdullah al-Nai'mi adalah lanjutan dari pemikiran Islam Mahmud Muhammad Taha yang telah mati dihukum bunuh dalam era kepimpinan Presedian Ja`afar Numairi kerana mendakwa bahawa shari`at Nabi Muhammad masih belum berakhir, dan dia adalah penyempurnanya. Justeru, Abdullah menyuarakan pendapatnya bahawa syari`at Islam khususnya Islamic Public Law mesti dirobah kerana teks agama tidak perlu diikuti secara literal (harfiyyah). Abdullah Ahmad al-Na`imi melengkpakan hujahnya dengan berkata;

"I have shown that shari'ah was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunnah. Shari'ah is not divine because it is the product of human interpretation of those sources..." (ms. 1850).

Sehubungan dengan penolakan shari`ah, para pendiri Islam liberal menolak dengan tegas konsep "Negara Islam". Selain daripada Cak Nur, Dr. M. Amien Rais, mantan Ketua Muhammadiyyah Indonesia menolak gagasan adanya perintah Tuhan dalam al-Qur'an dan al-Sunnah untuk menegakkan negara Islam. Yang ada kata Amein Rais ialah peri pentingnya melaksanakan etos-etos Islam seperti menegakkan kedailan sosial dan penciptaan masyarakat egalitarian. Amein Rais dapat menerima PANCASILA yang sedang dipraktiskan di Indonesia sebagai memenuhi sebahagian daripada ajaran Islam (Dr. M. Amein Rais, 1997, ms. xxii). Golongan Muslim liberal bersekongkol dengan inteligensia dan pembuat-pembuat dasar di negara-negara Barat bahawa Islam politik atau al-Islam al-Siyasi hendaklah ditentang habis-habisan.

3.0: Respons Terhadap Pemikiran Islam Liberal:

Adalah jelas bahawa pemikiran NHAZ dan yang bersamaan dengannya adalah bertentangan dengan pendapat jumhur para `ulama tentang al-Qur'an seperti yang terungkap dalam satu disiplin khusus yang dinamakan `Ulum al-Qur'an. Pendapat yang diterima pakai secara jumhur ialah al-Qur'an itu dari segi lafaz dan makna adalah dari Allah (swt). Junjungan Muhammad (saas) hanyalah sebagai penyampai sahaja. Baginda tidak mengapresiasi atau mengolah wahyu yang diterimanya. Kedudukan Junjungan Muhammad (saas) selaku penyampai wahyu adalah pasif. Baginda tidak menambah atau mengurangi apa yang telah diwahyukan kepadanya menerusi malaikat Jibril (a.s). Baginda terpelihara dari segala kesalahan, kerana beliau itu adalah ma`sum. Al-Qur'an memperakukan hakikat tersebut dengan firmanNya; "Dan Dia (Muhammad (saas) tidak menyampaikan sesuatu, kecuali (dari) wahyu yang diwahyukan kepadanya" (Surah al-Najm: 3). Bahkan al-Qur'an memberi ancaman kepada Nabi Muhammad (saas); "Seandainya dia (Muhammad) sebahagian dari perkataan atas (nama) Kami, niscaya kami pegang dia pada tangan kanannya, kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya." (Surah al-Haqqah: 44-46).

Memang benar bahawa teks al-Qur'an dalam bahasa Arab dan beberapa di antaranya berbicara tentang budaya ketika itu. Tetapi al-Qur'an tidak tunduk kepada budaya. Al-Qur'an justeru merombak budaya Arab dan membangun suatu polar pemikiran dan peradaban baru. Istilah-istilah dalam al-Qur'an walaupun dalam bahasa Arab, tetapi ia telah mengalami makna yang baru berlawanan dengan kefahaman masyarakat jahiliah Arab dahulu. Ketika konsep teks al-Qur'an dibongkar, dan dilepaskan dari statusnya sebgai "kalam 'ul lLlah", maka al-Qur'an itu akan diperlakukan sebagai teks bahasa dan sastera serta produk budaya. Ini bermakna bahawa teks al-Qur'an hanya dapat difahami sebagai metod sejarah (historisitis), tanpa memperhatikan bagaimana Junjungan Muhammad (saas) dan para sahabat utama memahami ayat-ayat yang ditanzilkan dalam kehidupan mereka. Banyak yang menyangka bahawa kajian teks al-Qur'an versi NHAZ adalah berangkat daripada tradisi Islam, pada hal kajian yang telah dilakukan oleh NHAZ adalah menyamai metodologi kajian di Barat yang berakar kepada kajian teks Bible yang
bermasalah. Pada hakikatnya NHAZ telah berusaha untuk menghidupkan semula kritikan orientalis Barat seperti Alphonse Minga, Arthur Jeffery, Burton, Joseph Puin dan ramai lagi, terhadap kesucian al-Qur'an. Lihat sahaja ungkapan Mingana – seorang Profesor Arab Kristian yang berasal dari Iraq di Universiti Birmingham dalam tahun 1927. Katanya; "The time has surely come to subjet the text of the Kur'an to the sam criticism as that to which we subject to Hebrew and Aramaic of the jewish Bible and the Greek of Christian scriptures." (Adian Husaini dan Henri Salahudin, ms. 37-38). Nampak ketara kepada kita bahawa NHAZ ingin melupuskan kesakralan al-Qur'an sehingga ianya boleh menjadi bahan kajian yang bersifat subjektif lagi.

Mengenai Arkoun, kita dapat membuat kesimpulan bahawa dia amat terpengaruh dengan kaedah historitis Marx. Beliau nampaknya tidak mahu mengakui metodologi untuk kepentingan al-Qur'an, tetapi menggunakan kajian al-Qur'an untuk mengabsahkah keyakinan metodologi Barat yang diyakininya. Al-Qur'an secara jelas merupakan sebuah Kitab untuk didengar (al-Qur'an 7: 24), dan tentu untuk dibaca serta direfleksikan (al-Qur'an, 3: 82; 38: 29). Walaupun Arkoun menerima kesakralan al-Qur'an dalam bentuk lisan, tetapi dia enggan menerima tuntutan untuk mendengar apa yang merupakan implikasi daripada penerimaan tersebut. Sebaliknya, Arkoun bertanya kenapa al-Qur'an mensakralkan sejarah yang bersifat umum dan bagaimana al-Qur'an menerapkan sebuah erti yang tidak pasti. Kerana begitu kuat dipengaruhi oleh pemikiran dan metodologi Barat termasuk idea "deconstructicism" Focoult, Darida dan Gama, amat banyak berlaku kesamaran, kekeliruan dan kebodohan dalam analisisnya. Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang ilmu semiotika, paparan Arkoun tentang al-Qur'an menjadikannya satu kajian matametik. Memang benar dakwaan Arkoun bahawa kajian kaedah al-Qur'an yang digunakan olehnya yang disebut sebagai "the close official corpus" (korpus rasmi tertutup) pada hakikatnya sama dengan penggali lubang kubur untuk dirinya sendiri. Jika konsep al-Qur'an sebagai "kalam 'ul Llah" berhasil diruntuhkan, maka giliran berikutnya adalah Hadis Nabawi yang dalam beberapa dekad lalu telahpun dipolemikkan oleh sebahagian penulis Muslim seperti Kasim Ahmad. Mohamad Arkoun, umpamanya, menyatakan
pandangan kontroversinya bahawa Hadis itu tidaklah sakral kedudukannya kecuali setelah Imam al-Shafi`iy melakukan penyaringan terhadapnya.

Ungkapan Cak Nur sewajarnya dibantah. Apakah benar penganut Islam, Kristian, Hindu, Budha, Konfusius dan sebagainya sama-sama menyembah Tuhan Yang maha Esa dan sama-sama pasrah kepadaNya? Bukankah antara Islam dan Kristian serta Yahudi terdapat perbedaan akidah yang sangat prinsip? Hal ini dapat dilihat dalam Surah al-Ma'idah: 72-75. Adalah jelas bahawa penganut Kristian telah melakukan amalan syirik – apalagi para penganut Hindu, Budha dan lain-lain. Dalam subjudul sebuah makalah Cak Nur yang berjudul "Satu Tuhan, Beda Jalan", dia menghurai dengan panjang lebar bahawa Islam juga mengakui keabsahan agama-gama lain dan kitab sucinya. Jadi, jika diteliti ayat-ayat seperti dalam Surah al-Ma'idah: 66 adalah jelas menolak dengan tegas konsep "inklusif" semua agama dunia. Cak Nur nampaknya cuba mengelak daripada mengutip ayat-ayat al-Qur'an yang mengecam atau mengutuk sikap kaum Yahudi dan Nasrani seperti yang terdapat dalam Surah al-Ma'idah ayat 72-75. Selain itu, pemikiran Cak Nur yang kononnya mendakwa bahawa dia banyak bergantung dengan hujah Ibn Taymiyyah ketika menjustifikasikan teologi inklusif, pada hakikatnya adalah
berlawanan dengan apa yang telah ditulis oleh Ibn Taymiyyah secara komprehensif. Dalam bab yang berjudul "Kaum Yang DiMurkai Allah Adalah Yahudi, Yang Tersesat Adalah Nasrani", dalam kitab ini Ibn Taymiyyah menghuraikan dengan panjang lebar larangan ALlah swt untuk menyerupai orang-orang kafir, khususnya Yahudi dan Nasrani, termasuk menghadiri perayaan-perayaan besar mereka. Ibn Taymiyyah telah mengutip sebuah Hadis yang menyatakan; "Sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah yang dimurkai, sedangkan kaum Nasrani adalah yang tersesat." (HR Tarmizi). Jelas sekali tindakan Cak Nur mengutip-mengutip pandangan Ibn Taymiyyah untuk meletakkannya dalam bingkai "teologi inklusif dan pluralis" merupakan tindakan yang tidak bermoral. Benar sekali seperti ungkapan Adian Husaini dan Nuim Hidayat, antara tokoh muda intelektual Muslim Indonesia yang telah berjaya menggugah pemikiran Cak Nur secara khusus dengan kata-kata berikut; "Selama puluhan tahun Nurkholis berhasil membonceng nama besar Ibn Taymiyyah untuk memuluskan misinya, Gerakan Pembaharuan Islam Liberal. Sayang sekali, kaum Muslimin kurang mencermati hal yang sangat serius bagi akidah Islam ini." (Adian Husaini dan Nuim Hidayat, 2002, ms. 79).

4.0: Implikasi-Implikasi Pemikiran Islam Liberal Ke Atas Umat Islam:

4.1: Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip a'qidah Islam. Pemikiran Islam liberali boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufr, syirik dan fasiq. Pokoknya ia berlawanan dengan doktrin ASJ.

4.2. Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Indonesia sehingga Majlis Ulama Islam (MUI) di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa pemikiran Islam liberal itu adalah HARAM pada 25 Julai yang lalu.

4.3. Kehadiran Muslim liberalis yang kini menjadi "celebrities" di dunia telah memberi peluang dan ruang untuk musuh-mush Islam seperi Zionis, Evangelis Kristian, sekularis liberal Barat, pengembang-pengembang agama Hindu, Buddha, Bahai, Sikh dan lain-lain menyusup masuk secara lansung dan tidak langsung bagi merealisasikan cita-cita jahat mereka untuk melemahkan status agama Islam dan masyarakatnya supaya terus terpinggir dari arus perdana
masyarakat.

4.4. Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individiu terutamanya dari Dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam. Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran modeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam (al-turath al-Islami).

4.5. Atas nama "moderat Islam/Muslim", kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan doktrin Islam yang syumul dalam world viewnya sebagai "al-din" sedang diturunkan stat usnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata. Konsep "moderat" tidak lagi diukur dengan skala al-Qur'an dan al-Sunnah yang hakiki seperti kaitannya dengan keadilan (ummatan wasatan). Pada masa ini beberapa konsep dan institusi asas Islam serta pemeluknya seperti jihad, hudud, da'wah, madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan Islam dalam
bijana Barat seperti Islam Amerikana. Justeru, terlalu banyak "think-tank" Barat yang mengakui tentang Islam seperti projek Rand Corporation, SIM di Leiden, Belanda, Institut Brooke, Washigton, D.C. dan yang lain-lain.

4.6. Dari segi syari'at, pemikiran Islam liberal menganjurkan supaya "otoriti agama" tidak lagi berada di tangan para 'ulama sebaliknya atas nama "egalitarian" siapa sahaja boleh mentafsirkan agama! Hukum-hukum Islam seperti poligami mahu dihapuskan kononnya ia adalah berlawanan dengan realiti zaman moden.

4.7. Aliran untuk melonggarkan status hukum-hukum Islam supaya ianya lebih terbuka bagi menyesuaikan dengan peredaran zaman dengan menggunakan justifikasi DARURAH dan mengaplikasikan IJTIHAD secara wewenang.

4.8. Mutakhir ini masyarakat bukan Muslim di Malaysia dan di lain-lain tempat semakin berani melontarkan fikiran mereka mengenai agama Islam termasuklah mempersoalkan kewibaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan otoriti 'ulama. Gagagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam dan umat di Malaysia ketika umat Islam kuat mengukuhkan diri mereka dengan identity Islam bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran yang semakin menyemarak.

4.9. Di Malaysia, beberapa ngo, antaranya, Sisters in Islam, adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan permepuan. Ia mendapat dokongan moral dari beberap figure politik nasional serta begitu akrab jarinagnnya dengan beberapa agensi di dunia Barat.

5.0: Kesimpulan:

Gerakan pemikiran Islam adalah satu usaha yang terancang secara langsung atau tidak langsung. Pemikiran Kurzman dalam karyanya Liberal Islam mempunyai jaringan yang luas dengan kegiatan pemikiran Islam liberal di dunia pada masa ini. Kaum intelektual Muslim di mana sahaja berasa tidak wajar menyepi diri dengan menanggapi pemikiran Islam liberal sebagai satu gerakan yang tidak merbahaya dari segi akidah. Strategi yang sedang digunakan oleh liberalis Muslim ialah menidakkan adanya "otoriti agama". Ulama diserang habis-habisan dengan pelbagi cemuhan, sinisime dan maki hamun. Sesungguhnya serangan pemikiran ke atas umat Islam atau apa yang disebut "al-ghuzuwwu al-fikri" masih belum berakhir. Sebaliknya ia menjadi semakin menyemarak dengan berlindung di bawah panji-panji progresif, kesederhanaan, modeniti, keamanan dan kedamaian, kemanusiaan dan hak asasi manusia. Wallahu 'alam bi 'l-sawab.

Dr. Muhammad Nur Manuty

Pengarah CESMACS

Jum`at 2 September, 05.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:49 AM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com