Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Dua akhbar Eropah hina Islam
Monday, September 25, 2006
Berita Harian, 25 september 2006

KAHERAH: Mesir semalam bertindak mengharamkan penjualan dua akhbar Eropah - Le Figaro dari Perancis dan Jerman, Allgemeine Zeitung di negara itu kerana menyiarkan rencana menghina Islam dan Nabi Muhammad.

ni termasuk menghina junjungan mulia sebagai nabi ‘jahat.’

Agensi berita rasmi MENA melaporkan, arahan Menteri Penerangan Mesir, Anas el-Feki menyatakan, dua akhbar itu diharamkan daripada dijual di negara Islam berkenaan.

“Akhbar terbabit menyiarkan rencana menghina Islam dan mendakwa agama suci ini disebarkan secara kekerasan menggunakan pedang dan menuduh Nabi Muhammad sebagai nabi ‘kejahatan.’ Kerajaan tidak membenarkan akhbar menghina Islam atau agama lain diedarkan,” kata MENA.

Edisi akhbar Jerman bertarikh 16 September lalu, menyiarkan rencana ahli sejarah Jerman menilai bagaimana Nabi Muhammad sebagai pemimpin tentera berjaya.

Flaig turut memaparkan hujah yang menyokong pandangan mendakwa Islam sememangnya mempunyai sejarah keganasan.

Agensi berita Mesir, bagaimanapun tidak pula memberi butiran lanjut atau mengaitkan rencana itu dengan ucapan Ketua Vatican Pope Benedict XVI. – Reuters

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:18 AM   0 comments
Ramadhan 1427 H, Ramadhan Datang Lagi
Saturday, September 23, 2006


The image “http://www.tamanbunga.com/images/smiles/salam.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Esok 24 september 2006 Ramadhan menjelma kembali. Banyak peristiwa bersejarah berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Umat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan rukun Islam yang ketiga iaitu puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini juga kitab suci al-Quran telah diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadhan yang kita kenali sebagai Nuzul Quran.

Di dalam bulan ini juga berlaku peperangan Badar al-Kubra di antara umat Islam dengan Musyrikin Makkah, Islam menang dan ini mengakibatkan pengukuhan Islam dan Negara Islam Madinah di Semenanjung Tanah Arab dan akhirnya kalimah tauhid dapat disebarkan ke seluruh pelosok dunia.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini, Saya ingin mengucapakan kepada semua muslimin dan muslimat "Selamat Berpuasa". Manfaatkanlah bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya.

Pak Ngah
23 september 2006
30 Syaaban 1427H

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 3:14 PM   1 comments
Aspek pengawalan sistem matawang Dinar
Harakahdaily, 23 september 2006

Sat | Sep 23, 06 | 04:04:43 PM
Oleh Dr Rosli Yaakop

Muqaddimah

Asas sistem mata wang dalam Islam ialah sistem dwi-logam - emas (Dinar Emas) dan perak (Dirham). Sistem inilah yang diamalkan di dalam Daulah Islamiah bermula dari zaman Rasulallah Salallahu Alaihi Wassalam sehinggalah kepada berakhirnya Daulah Othmaniah pada awal abad ke-20 Masihi (1924).

Setelah dilupakan kira-kira tiga suku abad, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam.

Memang diakui bahawa sistem kewangan dunia hari ini tidak stabil. Sistem kadar pertukaran terapong atau dikenali juga sebagai sistem kadar pertukaran anjal terdedah kepada serangan spekulasi.

Rakyat negara-negara Asia Tenggara khasnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura tentunya tidak dapat melupakan serangan spekulasi ke atas mata wang mereka pada pertengahan tahun 1997 yang telah membawa kepada krisis kewangan yang terbesar di dalam sejarah moden negara-negara ini.

Krisis ini telah memiskinkan negara-negara berkenaan dengan nilai pertukaran mata wang masing-masing berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat mengalami susut nilai sebanyak antara 30-60%, pendapatan negara dan pendapatan per kapita merosot, pasaran modal musnah dan inflasi memuncak. Negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina terpaksa berhutang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Proses pemulihan ekonomi memakan masa yang cukup panjang. Nilai pertukaran ringgit Malaysia, misalnya, yang telah jatuh dari sekitar USD1.00 = RM2.75 sebelum krisis kepada RM3.80 selepas krisis masih tidak mampu dikembalikan kepada kadar pertukaran asalnya dan mungkin tidak akan kembali ke tahap itu dalam tempoh ke hadapan yang boleh diduga. Amatlah tidak munasabah apabila ekonomi sudah bekembang pesat nilai matawang menjadi semakin murah.

Walaupun disedari bahawa di bawah sistem kadar pertukaran terapong yang diamalkan sekarang tiada negara yang merasa selamat dari serangan spekulasi, negara-negara di dunia tetap mengamalkan sistem ini kerana belum muncul lagi satu sistem alternatif yang lebih baik. Kemunculan gerakan 'kembali kepada Dinar Emas' sejak akhir-akhir ini berpotensi untuk menawarkan kepada dunia satu sistem kewangan yang lebih stabil.

Namun, kemunculan gagasan ini diperhatikan oleh masyarakat dunia khasnya dunia Barat dan kuasa-kuasa besar ekonomi dengan penuh kesangsian kerana ia dianggap sebagai satu unsur yang bersepadu dengan kemunculan semula fundamentalisme Islam. Ironinya, dunia Barat tahu bahawa sistem matawang dinar emas mampu membawa kestabilan kepada sistem kewangan dan ekonomi dunia - sejarahnya yang panjang telah membuktikan kebenaran ini - namun, realiti dan percaturan politik antarabangsa memenangkan pertimbangan bahawa sesuatu yang Islamik harus diletakkan di tempat duduk belakang.

Gerakan "kembali kepada Dinar Emas" diasaskan - harus diiktiraf - oleh Profesor Omar Ibrahim Vadillo, orang yang mengasaskan Pertubuhan Murabitun Antarabangsa di Afrika Selatan seawal tahun 1983 lagi. Gerakan ini amat dikenali di Eropah tetapi di negara-negara Islam ianya kurang terserlah.

Setelah berkali-kali beliau datang ke Malaysia dan menghuraikan mengenai sistem ini kepada pemimpin tertinggi Malaysia, akhirnya idea ini mendapat sokongan Tun Mahathir Mohamad (kini bekas Perdana Menteri Malaysia) dan Tun Mahathir telah mempromosikannya di kalangan negara-negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mulai tahun 2002.

Berita bahawa Malaysia akan mula menggunakan Dinar Emas Islam dalam penyelesaian pembayaran dua hala dengan rakan-rakan dagangnya mulai pertengahan tahun 2003 tersebar luas di seluruh dunia. Walau bagaimanapun berita sama ada idea ini telah terlaksana belum lagi kedengaran. Sebaliknya, apa yang diketahui ialah ada tanda-tanda kurang minat di pihak pengganti Tun Mahathir untuk terus mempelopori dan mengembangkan gagasan ini.

Komen yang biasa oleh pemerhati-pemerhati ialah: 'Mahathir announced that Malaysia was to start using the dinar in mid-2003, but when in 2003 Abdullah Ahmad Badawi replaced him as Prime Minister of Malaysia, his idea stalled.' (lihat 'Islamic Dinar' di dalam Wikipedia, the Free Encyclopedia).

Malah, mulai awal tahun 2004 Malaysia telah kembali kepada sistem kadar pertukaran terapung menggantikan sistem kadar pertukaran dikekang yang telah diamalkan sejak tahun 1998 sebagai langkah menepis serangan spekulasi. Ini sekali lagi mendedahkan Ringgit Malaysia kepada serangan spekulasi.

Ini boleh dianggap satu langkah ke belakang dalam usaha untuk melindunigi (to shield) ringgit Malaysia dari serangan spekulasi yang mungkin sekali lagi boleh memiskinkan kita seperti mana yang berlaku dalam tahun 1997-98. Spekulator boleh memusnahakan ekonomi dalam masa yang singkat (overnight).

Mata wang di dalam Islam dikenali sebagai 'wang komoditi' (commodity money) kerana nilai mukanya (its face value) sama dengan nilai intrinsik (its intrinsic value), iaitu, nilainya sebagai komoditi. Ini berbeza dengan wang kertas yang dipakai hari ini - nilai muka wang kertas biasanya jauh lebih besar daripada nilai kertas itu sendiri. Dari segi hukum, Islam menerima dan mengamalkan wang komoditi sahaja. Nilai wang komoditi ini ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran bagi komoditi berkenaan. Komoditi yang ditetapkan dalam Islam sebagai wang ialah emas dan perak.

Sistem Penyelesaian Pembayaran Berasaskan Dinar Emas

Dalam tahun 2002, dua persidangan penting berlangsung di Malaysia melibatkan perwakilan daripada Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic conference (OIC). Persidangan pertama mengenai 'Stable and Just Global Monetary Systems' (Sistem Kewangan Sejagat yang Stabil dan Adil) diadakan pada bulan Ogos dan disusuli dengan persidangan mengenai 'The Gold Dinar in Multilateral Trade' (Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala) dalam bulan Oktober.

Dalam persidangan pertama telah diumumkan bahawa Dinar Emas akan digunakan sebagai alat penyelesaian pembayaran dua hala antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang bersetuju dengan Malaysia untuk menggunakan sistem penyelesaian pembayaran dua hala ini mulai pertengahan tahun 2003. Matalamat jangka panjang ialah untuk menjadikan Dinar Emas sebagai alat penyelesaian pembayaran pelbagai hala di kalangan negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam.

Di peringkat kerajaan, gagasan untuk 'Pulang kepada Dinar Emas' ini dipelopori oleh Tun Mahathir Mohamad yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia. Beliau bersara pada bulan November 2003 setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Namun, adalah dipercayai bahawa 'orang teknikal' di belakang gagasan ini ialah Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet Perdan Menteri Abdullah Badawi kini.

Ini memandangkan bahawa gagasan ini dibina di sekitar perjanjian pembayaran dua hala dan pelbagai hala yang beliau mulakan pada akhir tahun 1980an semasa bertugas di Bank Negara Malaysia. Matawang penyelesaian di dalam perjanjian berkenaan ialah Dolar Amerika Syarikat (USD). Dalam gagasan terkini 'Kembali kepada Dinar Emas' dicadangkan Dinar Emas dijadikan sebagai matawang penyelesaian menggantikan USD.

Apakah perkembangan terkini gagasan 'Kembali kepada Dinar Emas' ini?

Jude Wanniski, seorang pemerhati perkembangan pasaran kewangan dan pakar 'supply-side economics' telah membuat kenyataan berikut mengenai perkembangan gagasan 'Kembali kepada Dinar Emas' ini: "But after a few speeches and press releases on this subject, he (Tun Mahathir Mohamad) has disappeared, practically dropping out of sight." (lihat 'Where Is That Gold Dinar?' oleh Jude Wanniski di dalam Aljazeera.net, 24 November 2004). Kenyataan ini meringkaskan status gagasan, iaitu, tiada kesinambungan, tiada minat untuk mengembangkannya dan seolah-seolah telah dilupakan sama sekali oleh pemimpin baru Malaysia.

Gagasan Tun Mahathir sebenarnya belum sampai ke tahap untuk mengembalikan Dinar Emas sebagai matawang yang berfungsi sebagai alat 'perantaraan pertukaran' (a medium of exchange) tetapi hanyalah sebagai unit akaun untuk penyelesaian pembayaran antarabangsa di antara bank-bank pusat (central bank) Negara-negara OIC yang berdagang antara satu sama lain.

Modus operandi daripada penggunaan Dinar Emas ini dikemukakan oleh Nor Mohamed Yackop pada persidangan dalam bulan Ogos 2002 dengan mengambil perdagangan dua hala di antara Arab Saudi dan Malaysia sebagai contoh seperti berikut: Pengeksport Malaysia akan di bayar di dalam Ringgit Malaysia (RM) oleh Bank Negara Malaysia bila jatuh tarikh pembayaran untuk eksport berkenaan. Pada masa yang sama pengimport juga akan membayar Bank Negara nilai import berkenaan dalam nilai RM (RM equivalent). Bank Pusat Arab Saudi juga menggunakan mekanisma yang sama.

Katalah penyelesaian pembayaran dibuat tiap-tiap tiga bulan sekali. Pada tarikh jatuh kitaran tiga bulan ini, jumlah eksport Malaysia ke Arab Saudi bermjulah 2 juta Dinar Emas dan jumlah eksport Arab Saudi ke Malaysia pula berjumlah RM1.8 Dinar. Ini bermakna, dalam kitaran 3 bulan ini Arab Saudi mengalami defisit perdagangan dengan Malaysia sebanyak 0.2 juta Dinar Emas. Maka. Bank Pusat Arab Saudi kena bayar Bank Pusat Malaysia sebanyak 0.2 juta Dinar Emas.

Bagaimanakah penyelesaian pembayaran boleh dibuat?

Katakan Bank Pusat Arab Saudi ada emas di dalam Custodian's Accaount miliknya dengan Bank of England. Bank Pusat Malaysia juga memiliki akaun yang serupa di Bank yang sama. Penyelesaian pembayaran terlaksana bilamana Bank Pusat Saudi memindahkan emas seberat 0.2 juta auns dari Custodian’s Account milikinya di Bank of England kepada Custodian's Account milik Bank Pusat Malaysia di Bank yang sama. Kalau Malaysia mengalami defisit, ia akan memindahkan Dinar Emas ke akaun Bank Pusat Arab Saudi.

Perkara penting yang perlu diperhatikan di dalam sistem penyelesaian pembayaran ini ialah hanya jumlah yang relatif kecil Dinar Emas diperlukan untuk menyokong jumlah nilai perdagangan yang relatif besar: 0.2 juta auns emas (bernilai 0.2 juta Dinar Emas) menyokong jumlah perdagangan sebesar 3.8 Dinar Emas, iaitu, 19 kali ganda.

Idea Tun Mahathir Mohamad sebenarnya merupakan satu cadangan untuk kembali kepada Sistem Bretton Woods atau dikenali juga sebagai sistem piawaian emas. Sistem Bretton Woods diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua hasil pertemuan Negara-negara Bersekutu di Bretton Woods, Amerika Syarikat. Mereka bersetuju mengekang kadar pertukaran matawang antarabangsa kepada emas bagi memudahkan perdagangan antarabangsa. Nilai dolar Amerika misalnya, ditetapkan pada USD1.00 = 1/35 auns emas. Ini bermakna sesiapa sahaja yang menyerahkan USD1.00 kepada Federal Reserve dan mahukan emas, ia akan diberi emas seberat 1/35 auns. Juga emas akan bertukar tangan di antara negara-negara dalam 'book entries' dan emas fizikal.

Walau bagaimanapun, sistem ini telah dimusnahkan oleh Presiden Nixon mulai 15 Ogos 1971 bila mana nilai pertukaran USD diapongkan, iaitu, membiarkan nilai pertukaran ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan tanpa sandaran emas. Hari ini tiada lagi matawang di dunia yang disokong oleh emas (gold-back currencies).

Apa yang dipanggil sebagai regim kadar pertukaran anjal (flexible exchange rate regime) ini terus diamalkan sehingga hari ini. George Soros dalam penelitiannya mendapati bahawa 'freely floating exchange rates are cumulatively destabilising.' Beliau merumuskan: 'Exchange rate misalignments have become a major source of disruption for the world economy. They make it unsafe to make long-term investments, they endanger the value of investments already made, and they are at the root of protectionist sentiment in the United States. The market mechanism fails to bring currencies back into alignment. On the contrary, speculation tends to exaggerate currency moves. As we have seen, the system of freely floating currencies is cumulatively distabilising.' (lihat George Soros, 'The Alchemy of Finance,' John Wiley and Son, New York, 1987). Beliau telah mengambil manfaat dari ketidakstabilan ini dengan berspekulasi di dalam pasaran matawang antarabangsa dan telah berhasil meraih keuntungan besar.

Apa penyelesaiannya? Goerge Soros menawarkan beberapa penyelesaian termasuklah mengamalkan polisi 'target zones' (menentukan jeda pergerakan kadar pertukaran), kembali kepada sistem kadar pertukaran tetap (fixed exchange rate system) tanpa atau dengan piawaian emas, mewujudkan satu matawang antarabangsa dan pulang kepada emas kerana kata beliau: 'Gold has served as a stabilizer throughout history and it may play that role again in one form or another...' (lihat 'Alchemy of Finance').

Jelas bahawa di sana ada sokongan kepada gagasan 'kembali kepada Dinar Emas' sebagai jalan keluar kepada permasalahan yang menghantui sistem kewangan dunia hari ini. Namun, IMF melarang mana-mana negara ahlinya dari menggunakan emas sebagai matawang.

Apa Dia Dinar Emas Islam?

Gerakan 'kembali kepada Dinar Emas' memilih untuk kembali mengguna dan mengekalkan piawaian yang telah ditetapkan 1400 tahun dahulu oleh Omar Al-Khattab, Khalifah Islam Kedua (632 Masihi) seperti berikut:

* Dinar emas Islam mempunyai berat khusus, iaitu, 4.25 gram emas 22 karat (917) bagi satu Dinar.

* Dirham Islam mempunyai berat khusus, iaitu, 3.0 gram perak tulin bagi satu Dirham.

* Syedina Omar Al Khattab juga menetapkam bahawa berat 7 Dinar bersamaan berat 10 Dirham. Disebut juga berat 10 Dirham bersamaan berat 7 mithqal emas (berat Dinar). Ini bermakna kadar pertukaran di antara Dirham dan Dinar emas ialah satu Dirham bersamaan 0.7 Dinar.

* Berat satu mithqal emas bersamaan 72 butir barley. Maka berat satu Dirham bersamaan 50.4 butir barley.

* Harga Dinar Emas dan Dirham ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

Piawaian ini dikenali sebagai 'Piawaian Omar Al Khattab' dan piawaian inilah yang berkuatkuasa dari zaman beliau sampailah kepada Kahlifah terakhir kerajaan Othmaniah (1924).

Kegunaan Dinar Emas Islam

Dalam Daulah Islamiah Dinar Emas adalah alat perantaraan pertukaran (a medium of exchange). Ia adalah wang (money) dan ia adalah matawang (currency). Wang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang diteirma sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual-beli dikenali sebagai 'legal tender.'

Selain dari berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran, wang juga berfungsi sebagai alat pengukur nilai (measurement of value), alat bayaran tertangguh (instrument of deferred payment), iaitu, alat pembayaran hutang, unit akaun (unit of account) dan alat penyimpan nilai (store of value). Kepada fungsi ini boleh ditambah dua lagi fungsi, iaitu, alat spekulasi dan alat empayar (tool of empire).

Dalam Daulah Islamiah, Dinar Emas juga adalah alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah di bawah hukum-hukum Islam seperti hudud dan lain-lain. Dengan ketiadaan Dinar Emas, semua ini diselesaikan dengan wang kertas dan di Malaysia tentulah dengan ringgit Malaysia. Untuk menentukan semua penyelesaian ini memenuhi ciri-ciri dan tuntutan hukum dan Syariat Islam, maka 'kembali kepada penggunaan matawang Dinar Emas Islam' adalah satu gerakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Gagasan yang hendak dilaksanakan oleh Tun Mahathir ialah menjadikan Dinar Emas sebagai alat penyelesaian pembayaran perdagangan antarabangsa bagi menggantikan dolar Amerika Syarikat. Ini tidak termasuk gagasan untuk menggunakan Dinar Emas sebagai wang dan matawang bagi menggantikan wang kertas dan koin, iaitu, dalam kontek Malaysia, wang kertas ringgit Malaysia yang dipakai sekarang. Tiada tanda-tanda yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia akan menggunakan Dinar Emas dan Dirham bagi menggantikan ringgit Malaysia. Lagi pun di sana adalah larangan oleh Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) yang tidak membenarkan mana-mana negara di dunia (yang menjadi ahli IMF) menggunakan emas sebagi matawang. Mungkin inilah yang menjadi halangan besar untuk negara-negara Islam menghidupkan kembali sistem Dinar Emas Islam.

Perlu diingat bahawa hanya satu matawang yang sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia, iaitu, ringgit Malaysia. Lain-lain matawang – semua matawang selain daripada ringgit Malaysia – tidak sah diperlakukan dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai perataraan jual-beli dalam mana-mana wilayah Malaysia. Kalau ada mana-mana pihak menggunakan Dinar Emas dan Dirham di Malaysia sebagai alat pertukaran (medium of exchange) maka perbuatan itu menyalahi undang-undang negara Malaysia.

Jika kita memiliki Dinar Emas, maka Dinar Emas itu hendaklah ditukarkan kepada ringgit Malaysia dahulu dan ringgit itulah yang digunakan untuk berjual-beli. Kadar pertukaran di antara Dinar Emas ialah harga semasa (spot price) emas di dalam pasaran emas, tempatan atau antarabangsa. Kalau piawaian Omar Al-Khattab digunakan maka satu Dinar Emas beratnya bersamaan 4.25 gram. Kalau pada hari ini (20 September 2006) harga emas di Pasaran Logam London bersamaan RM100.00 per gram, maka kadar pertukaran 1 Dinar Emas bersamaan RM425.00. Kadar pertukaran ini akan berubah-ubah mengikut harga pasaran emas.

Ada saranan supaya dibuat piawaian baru di mana satu Dinar Emas bersamaan berat satu auns emas 24 karat memandangkan bahawa harga emas antarabangsa hari ini disebut dalam USD per troy auns emas 24 karat. Ini akan memudahkan pengiraan kadar pertukaran di antara Dinar Emas dengan mana-mana matawang di dunia. Misalnya, kalau pada hari ini (20 September 2006) harga se auns emas ialah USD300.00 (spot price), maka satu Dinar Emas bersamaan USD300.00. Kadar pertukaran Dinar Emas dengan semua matawang lain boleh dikira mengikut kadar pertukaran semasa (spot price) atas 'real-time basis.'

Sebenarnya menentukan berat Dinar Emas dan Dirham dalam gram atau auns merupakan pilihan. Proses conversion dari auns ke gram dan sebalik sudah cukup untuk menyelesaiakan perkiraan seperti berikut:

* Satu Dinar Emas = 4.25 gram 22 karat emas.
* Satu kilogram emas = 32.15 troy auns 24 karat emas.
* Atau 1000 gram emas = 32.15 troy auns 24 karat emas.
* Maka Satu gram emas = 0.03215 troy auns 24 karat emas.
* Maka Satu Dinar Emas = 4.25 X 0.917 (X 0.03215) = 0.1253 troy auns.
* Kalau harga spot emas = 438.9 euro per auns,
* Maka harga Satu Dinar Emas = 438.9 X 0.1253 = 55 euro
* Atau, kadar conversion = 483.9/55 = 7.98 Dinar/auns.

Formula untuk mengira conversion rate adalah seperti berikut:

* (31.1034768 g/oz)/((4.25g/dinar)(22k/24k)) = 7.98 dinar/oz.

Dalam hukum Islam tiada konsep wang kertas dalam pengertian wang kertas yang kita ketahui hari ini, iaitu, wang kertas yang merupakan surat hutang atau surat janji mahu bayar hutang atau surat IOU. Oleh yang demikian, pengertian sebenar kepada 'menghidupkan semula sistem wang Dinar Emas Islam' ialah menggantikan wang kertas dan koin yang beredar di dalam ekonomi sekarang dengan wang Dinar Emas dan wang Dirham yang benar-benar dibuat dari, masing-masing, emas dan perak. Kalau hari ini kita membawa wang kertas ringgit Malaysia dan koin di dalam saku dan dompet kita, maka dengan hidupnya kembali matawang Dinar Emas Islam, yang kita bawa dalam saku dan dompet kita ialah emas dan perak secara fizikal.

Wang simpanan kita di dalam akaun bank kita pula benar-benar emas dan perak. Kalau kita ada baki 1000 Dinar Emas di dalam akaun kita di bank maka di dalam peti kebal bank itu ada emas seberat 4250 gram di bawah nama kita. Bila kita mengeluarkan simpanan bakinya akan turun dan bila kita tambah simpanan, bakinya akan naik.

Sudahkah ada mana-mana negara Islam yang menggunakan Dinar Emas Islam sebagai matawang menggantikan wang kertas?

Belum ada mana-mana negara Islam yang mengamalkan sistem matawang seperti ini setakat hari ini. Saranan Malaysia untuk menyelesaikan pembayaran perdagangan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan kongsi perdagangannya di kalangan negara ahli OIC belum sampai ke tahap mewujudkan Dinar Emas dan Dirham Perak Islam yang beredar dalam ekonomi sebagai legal tender atau alat perantaraan pertukaran. Tahap inilah dilarang oleh IMF.

Dinar Emas Islam telah dilancarkan di Amiriyyah Arab Bersatu (UAE) pada 7 November 2001 oleh Islamic Mint bergabung tenaga dengan Thomas Cook Rostamani Exchange Company dan Dubai Islamic Bank. Setakat yang diketahui, inilah Dinar Emas Islam yang pertama dilancarkan dalam sejarah dunia moden melalui saluran yang diiktiraf secara rasmi.

Dinar Emas Islam ini boleh diperolehi dari cawangan-cawangan Thomas Cook Rostamani Exchange Company dan Dubai Islamic Bank di kesemua 7 negara Amiriyyah Arab Bersatu.

Sejauh yang diketahui Dinar Emas Islam yang dilancarkan di UAE itu bukanlah wang tetapi hanyalah sebagai alat pelaburan. Juga ia dilihat sebagai comemorative coin dan bernilai kepada sesiapa jua yang hobinya menyimpan koin termasuk koin emas dan perak. Bagaimana pun pengenalan semula Dinar emas Islam ini sudah cukup bermakna kalau ada pihak yang akan menggunakannya bagi membayar zakat dan mahar perkahwinan.

Printis gerakan 'kembali ke Dinar Emas Islam,' Umar Ibrahim Vadillo telah menubuhkan syarikat urusniaga Dinar Emas bernama e-dinar Ltd. berpengkalan di Labuan. Syarikat e-dinar ialah satu sistem pertukaran yang membolehkan pemindahan emas dan perak secara elektronik di antara akaun. Setiap akaun ada baki dinar emas dan dirham secara fizikal. Kalau baki dalam akaun ialah 1000 Dinar Emas Islam maka di dalam bilik simpanan selamat disimpan emas seberat yang bersamaan dengan 1000 Dinar. Kalau satu Dinar beratnya 4.25 gram, maka di dalam peti selamat ada disimpan 4250 gram emas.

Dinar Emas Kelantan

Ada maklumat yang menyatakan Dinar Emas digunakan secara persendirian (private) di lebih 22 buah negara. Dinar Emas sekarang ditempa (minted) di empat negara. Juga di sana sudah wujud perniagaan jual beli Dinar Emas dan Dirham melalui internet. Oleh itu pelancaran Dinar Emas Kelantan selaras dengan perkembangan ini.

Kelantan mengikut bukan memimpin. Apa yang diumumkan oleh YB Dato' Paduka Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat kelantan ialah untuk menawarkan Dinar Emas dan Dirham sebagai alat tabungan dan pelaburan, bukan, sebagai legal tender. Reaksi gelabah dan negatif Perdana Menteri Malaysia amat tidak diduga. Usaha ini harus dilihat sebagai langkah untuk menjelmakan impian Tun Mahathir Mohamad ke alam nyata.

Penerbitan Dinar Emas Kelantan bukan sebagai alat perantaraan pertukaran (medium of exchange). Ia tidak diterima untuk membayar barang-barang yang kita beli di pasar atau di kedai. Juga tiada penjual yang boleh menerima bayaran dalam bentuk Dinar Emas Kelantan bagi barangan yang dijual. Sesiapa yang memiliki Dinar Emas Kelantan maka hendak ianya ditukarkan dahulu kepada ringgit Malaysia mengikut harga emas semasa (spot price) berdasarkan formula yang diterima pakai apabila hendak berjual beli.

Maka ringgit itulah yang digunakan untuk membeli barangan dan diterima apabila menjual barangan. Hanya ringgit Malaysia yang diiktiraf sebagi legal tender di dalam wilayah Malaysia. Matawang lain tidak sah digunakan sebagai alat pertukaran.

Maka, Dinar Emas Kelantan bolehlah digunakan sebagai alat simpanan (savings instrument), membayar zakat, membayar mahar perkahwinan dan sebagai hadiah (untuk ulang tahun perkahwinan, hari jadi, kakitangan cemerlang dan sebagainya). Dalam Daulah Islamiah, ia boleh digunakan untuk membayar denda di bawah pelbagai hukum Islam. Disini dijelaskan dua keguanaan utama.

* Alat Simpanan

Simpanan atau tabungan adalah lebihan pendapatan di atas perbelanjaan. Kalau pendapatan kita RM10,000 sebulan dan kita berbelanja RM9,000 sebulan maka kita ada lebihan sebanyak R1,000. Bagaimanakah hendak menyimpan lebihan pendapatan ini?

Banyak pilihan. Kita boleh menyimpan di bawah bantal tanpa mendapat apa-apa pulangan malah terhakis pula nilai atau kuasa belinya oleh inflasi dan bayaran zakat (kalau cukup syarat-syaratnya), mendepositkan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan, akaun deposit berjangka, dalam unit amanah saham dan pelbagai lagi bentuk pelaburan yang menawarkan konfigurasi risk-reward yang berbeza.

Bila wujud Dinar Emas Islam, bolehlah wang lebihan RM1,000 itu dilaburkan di dalam Dinar Emas. Risikonya ialah harga emas boleh naik atau turun atau kekal, samalah seperti melabur dalam komoditi-komoditi yang lain. Bukti empiris menunjukkan bahawa harga emas cukup stabil dalam jangka panjang dan bebas dari turun naik yang ekstrim dalam jangka pendek dan sederhana. Ia cukup adil sebagi pelindung kuasa beli.

* Membayar Zakat

Dari segi hukum, zakat hanya boleh dibayar dalam "tangible merchandise." Dari segi sejarah Daulah Islamiah, zakat sentiasa dibayar dalam Dinar Emas dan Dirham. Kerajaan Othmaniah sehinggalah kepada Khalifah ynag terakhir tidak membenarkan zakat dibayar dengan wang kertas. Fatwa Sheikh Mohammad Alish (1802-1881), Qadi Besar Mazhab Maliki selalu disebut dalam hal ini.

Menurut beliau kalau kita membayar zakat dengan wang kertas (fulus) maka hanya nilainya sebagai merchandise ('ain), iaitu, nilai kertas itu sebagai kertas yang diambil kira. Nilai nominal wang kertas itu tidak relevan sebagai bayaran zakat.

Oleh itu, dengan adanya Dinar Emas Kelantan, bolehlah zakat dibayar dengan Dinar Emas dan Dirham perak.

Kesimpulan

Dunia Islam dengan penduduknya melebihi 1.3 bilion umat nampaknya mahu kembali kepada sistem matawang dwi-logam hasil dari kesedaran bahawa khazanah umat Islam dari hasil penjualan minyak khasnya, yang tersimpan di institusi kewangan barat dalam bentuk wang kertas IOU boleh, pada bila-bila masa, bertukar menjadi debu. Juga di bawah sistem kadar pertukaran terapong yang diamalkan dunia sekarang, serangan spekulasi ke atas mata wang seperti yang telah berlaku dalam tahun 1997-98 boleh memiskinkan mana-mana negara.

Oleh itu gerakan 'kembali kepada Dinar Emas Islam' patut dilihat secara positif terutamanya bila dilihat di sana ada bukti yang jelas - empiris dan sejarah - bahawa harga kedua logam ini stabil dalam jangka panjang dan turun naiknya tidak ekstrim dalam jangka pendek dan sederhana.

Bermula dengan mengeluarkan Dinar Emas Islam dan Dirham sebagai alat pelaburan adalah satu langkah yang strategik dalam usaha menyelamatkan nilai harta dari dihakis inflasi dan devaluasi matawang.

Dhaka,
17 September 2006


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:45 AM   0 comments
PAS lancar web TVPAS
Friday, September 22, 2006
Harakahdaily, 21 september 2006

Thu | Sep 21, 06 | 11:58:00 AM
Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - PAS maju setapak lagi dalam bidang teknologi maklumat apabila Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan Web TVPAS.com di dewan Dato' Fadzil Noor, Markas PAS Tarbiyah, Taman Melewar, malam tadi.

Web TVPAS itu akan bersiaran selama 24 jam dengan menyediakan empat saluran iaitu berita dan rencana; wawancara; forum dan siaran secara langsung yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Slogan `Menjana kesejahteraan' merupakan tema web TVPAS yang akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat serta memberi penjelasan benar berkenaan isu semasa yang sering menjadi persoalan rakyat.

Dalam ucapan perasmian Abdul Hadi, beliau menegaskan bahawa peranan media amat penting dalam negara demokrasi yang bukan sahaja untuk menghiburkan rakyat tetapi lebih jauh daripada itu.

Menurut beliau, media merupakan acuan untuk menyatakan kenyataan antara yang benar dan bohong khususnya dalam negara yang mengeksploitasi sistem demokrasi.

"Kita tidak boleh melakukan perubahan jika media tidak berperanan dengan baik dan melaporkan perkara yang benar tanpa memihak mana-mana pihak," katanya.

Turut hadir dalam pelancaran Web TVPAS, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Paduka Husam Musa; Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Awang; Bendahari, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat, AJK PAS Pusat dan wakil Ikhwan Muslimin dari Jordan.

USTAZ Abdul Hadi menjelaskan, dengan pelancaran Web TVPAS maka tercapailah hasrat PAS untuk mempraktikkan Islam dalam setiap ruang yang boleh dilakukan untuk mengajar rakyat dengan maklumat yang benar.

"Dalam jihad kita memerlukan kebenaran untuk memberi penjelasan kepada rakyat memilih kerajaan yang baik bukan kerajaan yang menang berdasarkan kepada gejala rasuah dan kezaliman," katanya.

Tambah beliau, PAS ingin menawarkan kepada rakyat satu kerajaan yang baik bagi menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Beliau berkata, PAS akan menunjukkan contoh terbaik walaupun dalam ruang yang sempit kerana sentiasa mendapat tekanan dan halangan daripada pihak kerajaan, oleh itu media perlu berani memainkan peranan dengan melaporkan segala kenyataan yang benar walaupun mendapat tekanan daripada pihak tertentu.

Www.tvpas.com dikendalikan oleh syarikat Jana Damai, Kuala Lumpur. - lanh


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:35 AM   0 comments
Rampasan kuasa diharap tamatkan kezaliman di selatan Thai
Wednesday, September 20, 2006


Harakahdaily, 20 september 2006

Wed | Sep 20, 06 | 10:50:43 AM
Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Pemuda PAS berharap rampasan kuasa di Thailand yang diketuai Jeneral Sonthi Boonyaratglin serta penggulingan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra akan dapat menamatkan kekejaman dan penganiayaan ke atas umat Islam di wilayah-wilayah bergolak di selatan negara itu.

"Walaupun Sonthi yang beragama Islam tidak dilihat bertindak mewakili umat Islam di selatan Thailand dan dipercayai bertindak atas arahan raja negara itu, Bumiphol Adulyadej, tetapi adalah diharapkan dengan penggulingan Thaksin, kekejaman dan penganiayaan ke atas umat Islam di wilayah-wilayah bergolak dapat dihentikan dengan seberapa segera dan perundingan ke arah keamanan akan dapat dilaksanakan dengan lebih saksama," kata ketuanya, Salahuddin Ayub.

Oleh kerana tentera pimpinan Sonthi yang merampas kuasa dilaporkan berkuasa penuh dan dengan jelas mendapat sokongan Bumiphol, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, beliau diharapkan akan mendapat sokongan raja Thailand itu untuk menyegerakan usaha menghentikan penindasan dan pembunuhan umat Islam di selatan negara itu.

Kekejaman ke atas umat Islam itu, kata Salahuddin lagi, bukan sahaja amat penting untuk kepentingan mereka yang dianiaya malah amat penting untuk kestabilan serantau.

"Kebencian umat Islam sedunia terutama di Asia Tenggara terhadap kerajaan Thailand dapat dikurangkan jika tindakan segera diambil untuk menamatkan pertumpahan darah di wilayah-wilayah bergolak," katanya.

Sonthi, antara segelintir pegawai beragama Islam yang mendapat jawatan tertinggi di negara itu, terkenal sebagai seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana.

Beliau dipilih mengetuai tentera tahun lalu kerana dipercayai boleh berunding dengan lebih baik dengan pemberontak Islam di selatan Thailand.

Angka rasmi rasmi menyatakan kira-kira 1,700 orang terbunuh akibat kekejaman kerajaan pimpinan Thaksin di selatan Thailand sejak 2004.

Bertentangan dengan dasar kuku besi Thaksin, Sonthi baru-baru ini menggesa perundingan dijalankan dengan pejuang pemisah Islam di wilayah-wilayah berkenaan.

Kebanyakan penganalisis menyatakan, jika Thaksin terus berkuasa, keamanan di selatan Thailand tidak akan tercapai.

Rampasan kuasa waktu malam Selasa lalu itu dilakukan ketika Thaksin berada di New York menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sonthi sendiri mengumumkan menerusi radio tentera bahawa Thaksin telah digulingkan oleh apa yang dinamakan Majlis Reformasi Demokratik.

Keperluan mengawal krisis politik untuk kepentingan negara disebut sebagai alasan rampasan kuasa itu.

"Kami mahu ini berlaku secara aman dan kami akan mengembalikan demokrasi secepat mungkin," menurut kenyataan setelah berlakunya rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah itu.

Beliau juga mengarahkan semua unit tentera tidak meninggalkan berek tanpa perintah daripada majlis itu berikutan laporan bahawa askar yang setia kepada Thaksin akan cuba menamatkan rampasan kuasa itu.

Raja Bumiphol dijangka melantik seorang hakim Mahkamah Pentadbiran Agung atau Majlis Privy sebagai perdana menteri kerajaan sementara, kata sumber tentera.

Menurut saksi, kereta kebal dapat dilihat di beberapa tempat di ibu negara walaupun perintah berkurung belum diisytiharkan setakat tengah malam Selasa dan kenderaan masih dilihat berulang alik.

Rampasan kuasa itu juga dilihat tidak mendapat tentangan rakyat yang berkumpul di Rumah Kerajaan serta merakam video dan mengambil gambar mereka di sisi kereta-kereta kebal.

Bekas Perdana Menteri, Chuan Leekpai, yang juga anggota pembangkang, Parti Demokrat, walaupun tidak menyokong rampasan kuasa, tidak pula kelihatan membantah rampasan kuasa itu.

"Sejak lima tahun lalu, kerajaan Thaksin mencetuskan beberapa keadaan yang memaksa tentera merampas kuasa. Thaksin menyebabkan berlakunya krisis di negara ini," katanya.

Seorang pelajar universiti yang turut berhimpun dekat Rumah Kerajaan turut menyatakan sokongan walaupun tidak setuju dengan rampasan kuasa.

"Saya tidak setuju dengan rampasan kuasa, tetapi sekarang mereka telah melakukannya, saya menyokong kerana Thaksin enggan meletak jawatan," kata Sasiprapha Chantawong.

"Membenarkan Thaksin terus berkuasa akan memusnahkan negara lebih dari ini. Reputasi negara mungkin terjejas (dengan rampasan kuasa), tetapi lebih baik dari membenarkan Thaksin terus berkuasa.

Sementara itu, di New York, Thaksin dilaporkan belum memutuskan lagi ke mana beliau akan pergi selepas penggulingannya.

"Perdana Menteri kini di New York dan belum memutuskan ke mana beliau akan pergi," kata jurucakapnya, Surapong Suebwonglee.

Thaksin membatalkan rancangan untuk memberikan ucapan kepada perhimpunan agung PBB yang dijadualkan lewat Selasa lalu dan tidak keluar dari hotel tempat beliau menginap.

Beliau mempunyai rumah persendirian di London di mana salah seorang anak perempuannya belajar di sana.

Isterinya, Potjaman dilaporkan telah meninggalkan Bangkok ke Singapura lewat Selasa lalu ketika rampasan kuasa itu diumumkan.

Thaksin, 57, menjadi perdana menteri pada 2001 dan kembali berkuasa dalam pilihan raya mengejut pada 2 April tahun ini.

Bagaimanapun, bekas bilionair telekomunikasi itu mengalami tekanan agar meletak jawatan berikutan dakwaan salahguna kuasa, rasuah dan jualan Shin Corporation milik keluarganya tanpa cukai kepada Temasek Holdings dari Singapura awal tahun ini.

Mahkamah Perlembagaan juga mengisytiharkan pilihan raya pada 2 April itu sebagai tidak sah dan pilihan raya baru dijangkakan pada November.

Sebelum itu, terdapat rancangan untuk mengadakan rapat umum anti-Thaksin dekat Rumah Kerajaan lewat Rabu -ah


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 11:41 AM   0 comments
Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu
Monday, September 18, 2006

Utusan Malaysia, 18 september 2006

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Pahlawan Datuk Bahaman pernah meminta perlindungan daripada Tok Ku Paloh Al-Aidrus.


DALAM halaman Agama Utusan Malaysia keluaran Isnin lalu, nama Tok Ku Paloh ada disebutkan. Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pula oleh Tok Ku Paloh.

Beberapa riwayat tulisan yang terdahulu daripada ini, termasuk percakapan lisan, ada memperkatakan tentang sumbangan tersebut. Bagaimanapun, saya menemui beberapa dokumen yang menunjukkan Tok Ku Paloh bukan berpengaruh di Terengganu saja, tetapi juga di Patani.

Hubungan beliau sangat erat dengan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu Kadi Jambu. Walau bagaimanapun, Haji Wan Ismail al-Fathani (lahir 2 Jamadilawal 1304 H/27 Januari 1887 M) dari segi perbandingan umur adalah peringkat cucu kepada Tok Ku Paloh (lahir 1233 H/1818 M).

Tahun lahir Tok Ku Paloh itu sama dengan tahun lahir Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (lahir 1233 H/1817 M). Beliau ini ialah datuk kepada Haji Wan Ismail al-Fathani. Hubungan antara Haji Wan Ismail al-Fathani, Kadi Jambu, dengan Tok Ku Paloh hanyalah kesinambungan hubungan yang terjalin sejak zaman datuknya itu, dan meneruskan hubungan antara Tok Ku Paloh dengan ayah beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Darah perjuangan Tok Ku Paloh dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu tidak dapat dinafikan mempunyai kesan tersendiri dalam tubuh Syeikh Ahmad al-Fathani. Isu kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi pelbagai masalah penjajah pada zaman itu perlu dilihat dalam konteks hubungan antara Syeikh Ahmad al-Fathani, Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang digelar dengan Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus digelar Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tok Ku Tuan Dalam.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Tuan Embung Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik, Tuan Nik (Senik). Antara nama-nama tersebut, ramai yang memegang peranan penting dalam Kerajaan Terengganu tetapi nama yang paling masyhur ialah Tok Ku Paloh.

Pendidikan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006).

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De 'El al-Fathani) bahawa ulama Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

Perjuangan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu, hlm. 184)

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada menyebut bahawa risalah 'Uqud ad-Durratain adalah karya Tok Ku Tuan Besar, berdasarkan cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli Al-Khair dan cetakan pada tahun 1978 oleh Yayasan Islam Terengganu (Pesaka, hlm. 91). Tetapi pada cetakan yang jauh lebih awal berupa selembaran dalam ukuran besar yang diberi judul Dhiya' 'Uqud ad-Durratain, ia merupakan karya Tok Ku Paloh. Tertulis pada cetakan itu, “Telah mengeluar dan mengecapkan terjemah ini oleh kita as-Saiyid Abdur Rahman bin Muhammad bin Zain bin Husein bin Mustafa al-Aidrus....”

Di bawah doa dalam risalah itu dinyatakan kalimat, “Tiada dibenarkan sekali-kali siapa-siapa mengecapkan terjemah ini melainkan dengan izin Muallifnya dan Multazimnya Ismail Fathani. Tercap kepada 22 Ramadan sanah 1335 (bersamaan dengan 11 Julai 1917 M).”

Yang dimaksudkan Ismail Fathani pada kalimat ini ialah Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Risalah cetakan ini saya terima daripada salah seorang murid Haji Wan Ismail Fathani.

Beliau menjelaskan bahawa risalah itu diajarkan di Jambu, Patani secara hafalan. Orang yang menyerahkan risalah itu bernama Nik Wan Halimah yang berusia lebih kurang 78 tahun (Oktober 2000). Ketika beliau menyerahkan risalah itu kepada saya, beliau masih hafal apa yang termaktub dalam risalah itu.

Kemuncak penulisan Tok Ku Paloh yang sering diperkatakan orang ialah kitab yang diberi judul Ma'arij al-Lahfan. Sungguhpun kitab ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat sufi sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang namun ia belum dijumpai dalam bentuk cetakan.

Saya hanya sempat membaca tiga buah salinan manuskrip kitab itu. Ilmu yang terkandung di dalamnya adalah mengenai tasawuf.

Sebagaimana telah disebutkan, Tok Ku Paloh ialah seorang pejuang Islam dan bangsa. Beliau ialah penganut Thariqat Naqsyabandiyah.

Antara anak Tokku Paloh ialah Saiyid Aqil bin Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus. Beliau inilah yang bertanggungjawab mentashhih dan menerbitkan kitab nazam Kanz al-Ula karya datuknya, Tok Ku Tuan Besar, terbitan Mathba'ah al-Ahliyah Terengganu, 1347 H.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:45 PM   0 comments
Dapatkan buku terbaru tulisan Maszlee Malik di pasaran sekarang !!
Saturday, September 16, 2006

Palestinikini.info

Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin.

Penulis buku ini bukan sekadar memperkatakan berkenaan ideologi dan matlamat perjuangan HAMAS semata-mata tetapi juga terselit seribu satu pengertian dan pengajaran buat kita, umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:39 PM   0 comments
Perang Al Hittin bebaskan Baitulmaqdis

Palestinkini.info

Antara peristiwa penting yang berlaku pada Rabiulawal adalah peperangan 'Al Hittin' di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubiy menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan Julai 1187 Masihi.

Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya 'Hattin'. Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli sejarah yang berpendapat ia berlaku pada Rabiulakhir.

Meskipun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia Islam dulu, kini dan selama-lamanya.

Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan tentera salib ke atas Baitulmaqdis.

Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam - Salahuddin, yang berjaya menyatukan seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu.

Kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kejayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada pencerobohan kuasa Barat. Kemenangan Salahuddin itu turut membolehkan Baitulmaqdis bebas daripada penjajahan tentera Salib selama 88 tahun.

Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di pesisiran pantai berhampiran Tasik Tiberias, Palestin. Tentera Islam diketuai antara pemerintah agungnya, Salahuddin, manakala askar tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias. Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka.

Berikutan itu, tentera Islam diketuai Salahuddin mengepung askar Salib pada waktu malam hingga terbit kemunculan fajar.

Nyata, pada sebelah siangnya meletus pertempuran sengit berhampiran Hittin di sebelah Tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa. Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai askar Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka. Jelas sekali, Perang Hittin adalah antara kemenangan Islam yang gemilang dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususnya Barat.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata 'untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan tidak memadai. Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah'.
Kejayaan Salahuddin membebaskan Baitulmaqdis yang juga ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatupadukan umat Islam di Mesir, Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4 Mac 1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang di medan perang ketika berusia 16 tahun.


Sumber : www.massej.info

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:14 PM   0 comments
Farmasi Anis mahu perluas pasaran
Friday, September 15, 2006

Utusan Malaysia, 15 september 2006

IBRAHIM Abdullah (kiri) bersama Pembantu Farmasi, Mohd. Saufi Othman memeriksa pelbagai produk di Farmasi Anis, di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan, Selangor.

SATU hal yang sangat menarik mengenai Rangkaian Farmasi Anis ialah mereka mempunyai laman web yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja bagi mendapatkan nasihat kesihatan. Dianggarkan seramai 4,330 menjadi ahli kepada laman web itu.

Menurut Pengarah Urusannya, Ibrahim Abdullah, 37, selain menjual pelbagai produk farmasi, mengendalikan laman web itu adalah salah satu cara beliau menghargai pelanggan.

Ini kerana sokongan pelangganlah membolehkan Ibrahim mempunyai pegangan terhadap enam rangkaian Farmasi Anis di sekitar Lembah Klang.

Wartawan SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto ABDUL RAZAK LATIF menemubual usahawan muda ini di Farmasi Anis di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan, Selangor, bagi mendapatkan kisah selanjutnya.

Utusan: Mempunyai rangkaian Farmasi, bermakna saudara mempunyai latar belakang perniagaan yang kuat?

Ibrahim: Tidak sama sekali. Malah sebelum saya mula melibatkan diri dalam perniagaan ini, saya pernah makan gaji bagi menimba pengalaman. Semuanya begitu asing kepada saya, farmasi dan perniagaan itu sendiri.

Bidang farmasi mula saya kenali apabila melanjutkan pelajaran di Universiti Notthingham, England pada 1989.

Sebelum itu saya tidak pernah terfikir untuk mendalami bidang ini walaupun beraliran sains semasa menuntut di sebuah sekolah menengah agama (kebangsaan) di Kajang, Selangor.

Tambah mencabar, saya satu-satunya pelajar Malaysia yang mengambil bidang farmasi ini. Berbekal kesungguhan dan bersahabat dengan pelajar asing yang mengambil bidang yang sama, akhirnya saya pulang dengan segulung ijazah pada 1992.

Soalan: Bagaimana saudara boleh melibatkan diri dalam perniagaan farmasi ini?

Setelah membuat latihan amali di jabatan kerajaan dan hospital, saya memberanikan diri menyertai sebuah syarikat farmasi terkenal, yang diketahui umum mempunyai rangkaian di hampir setiap bandar utama di negara ini.

Pada mulanya sebagai ahli farmasi di situ tetapi saya rasa bertuah kerana dapat mendalami selok perniagaan kerana saya diberi kepercayaan untuk mengurus dan mengendalikan soal tempahan, sebut harga dan sebagainya di farmasi itu. Ini menyebabkan saya sangat bercita-cita untuk mempunyai farmasi saya sendiri.

Soalan: Dengan hanya pengalaman tiga tahun di gedung rangkaian farmasi itu, saudara sudah mampu untuk membuka perniagaan saudara sendiri?

Tentunya ia melibatkan soal rakan kongsi dan perkongsian modal. Iaitu apabila seorang rakan menawarkan perkongsian untuk menubuhkan sebuah syarikat dan membuka premis farmasi pertama kami di Seksyen 19 Shah Alam, Selangor pada 1998.

Selepas setahun beroperasi di situ, mungkin disebabkan kawasannya agak strategik, sambutan yang diberikan oleh pelanggan sangat menggalakkan. Ini membolehkan kami membuka sebuah lagi cawangan di Seksyen 2, Shah Alam.

Tiga tahun selepas itu, membuka sebuah lagi Farmasi Anis di Kota Damansara. Tetapi dua tahun sebelum itu, saya mengambil alih sebuah farmasi di Seksyen 3 Shah Alam.

Terbaru, sebuah lagi farmasi saya ambil alih di Kajang dan membuka sebuah lagi cawangan baru di Putri Subang, Shah Alam. Setiap pembukaan baru dan pengambil alihan farmasi melibatkan kos sebanyak RM150,000 setiap satunya.

Soalan: Pegangan atau kepentingan saudara yang sebenar?

Kami mempunyai enam farmasi runcit di mana kedai saya sendiri beroperasi di Taman Serdang Jaya dan sebuah farmasi pemborong. Saya lakukan semua ini tanpa membuat pinjaman bank. Modal yang diperoleh adalah hasil perkongsian bersama rakan-rakan yang ingin berniaga.

Farmasi Anis merupakan milik kepada empat orang rakan kongsi kini. Kami bukan sahaja melibatkan aktiviti runcit, malah membekalkan ubat-ubatan dan barangan pakai-buang kepada hospital-hospital di seluruh negara. Kami kini mempunyai 30 pekerja.

Soalan: Mungkin saudara mempunyai konsep perniagaan yang tersendiri menyebabkan perniagaan farmasi mampu menjanjikan pulangan yang lumayan.

Konsep tertentu mungkin tidak ada, tetapi Farmasi Anis beroperasi seperti One Stop Center, iaitu tidak fokus kepada produk farmasi semata-mata. Pelbagai produk lain turut dijual di sini, ini mungkin yang menjadi tarikan.

Selain aspek harga barangan, kami hanya akan mendapatkan pemborong yang menawarkan harga paling murah dan memuaskan supaya kami dapat menjualnya dengan harga yang murah dan tidak membebankan orang ramai.

Ini kerana kami mahu semua peringkat dan latar belakang sosio ekonomi pelanggan, melanggani Farmasi Anis. Mereka menikmati harga yang murah pada produk dan berjenama yang berkualiti dan setanding.

Apabila saya berinteraksi dengan orang ramai melalui laman web, www.anispharmacy.com dengan tujuan mendidik orang ramai mengenai kesihatan dan perubatan secara tidak langsung menyebabkan mereka mengunjungi Farmasi Anis bagi mendapatkan produk yang disyorkan.

Ini bukan satu taktik tetapi tidak lebih sebagai membina hubungan dengan pelanggan, yang memberikan faedah yang lebih besar kepada kedua-dua belah pihak.

Soalan: Boleh saudara mengulas lanjut mengenai laman web tersebut?

Umumnya ia merupakan khidmat nasihat secara online, iaitu sesiapa yang mempunyai persoalan dan pertanyaan mengenai kesihatan boleh melayari laman web tersebut.

Saya sendiri turut menulis rencana-rencana mengenai penyakit dan masalah perubatan mengikut suasana atau paten di negara ini.

Adalah penting ia dikemukakan dalam bahasa Melayu, supaya soal kesihatan dan perubatan ini dapat difahami dalam bahasa yang mudah. Ini kerana bidang ini begitu dipenuhi dengan pelbagai istilah asing dan kebaratan.

Pengunjung juga boleh berchatting supaya mereka dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman terutama melibatkan soal kesihatan. Tetapi saya tidak bertindak memberi nasihat seperti seorang doktor kerana kerap juga saya meminta pengunjung supaya bertemu doktor bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik. Malah saya cuba bantu mereka mencari doktor yang harus mereka temui.

Soalan: Bagaimana dari aspek persaingan? Tentunya bermain dengan cabaran dan rintangan menjadi asam garam dalam perniagaan?

Tidak dinafikan nama Farmasi Anis masih jauh untuk menandingi pelbagai rangkaian farmasi yang lain. Kami masih bertatih lagi dan banyak perkara perlu dipelajari

Malah membuka sebuah klinik itu mungkin adalah lebih mudah dan menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Ini kerana tidak semua masalah kesihatan mampu ditangani atau dirawati oleh seorang ahli farmasi.

Tetapi keperluan sebuah premis farmasi kini menjadi sama penting seperti premis barangan atau perkhidmatan utama yang lain dalam sesebuah kawasan.

Setiap pembukaan kawasan perumahan dan bandar baru misalnya, memberikan peluang untuk membuka premis farmasi di situ. Persaingan lazimnya sesuatu yang sangat sihat, normal dan tidak boleh tidak perlu dihadapi dan ditangani dengan bijak dan proaktif.

Soalan: Apakah rancangan saudara seterusnya?

Saya mengimpikan rangkaian farmasi yang merupakan gabungan farmasi-farmasi milik Bumiputera atau Islam di negara ini. Malah mungkin dapat difrancais ke seluruh negara dan dunia. Ini semata-mata bagi memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang cukup berpatutan kepada seluruh masyarakat.

Mempunyai produk perubatan berjenama Anis juga menjadi impian saya. Iaitu produk yang begitu mengikut spesifikasi dan piawaian yang tinggi, halal, suci dan tidak ada sebarang keraguan dari aspek mutu dan buatan.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:09 PM   1 comments
Personaliti: Ustaz Rock gabung nasyid ketika dakwah
Thursday, September 14, 2006

Berita Harian, 14 september 2006


Bapa doa 40 kali di Makkah mohon ubah 'Aqil

GELARAN Ustaz Rock sudah sinonim dengan penceramah dan pendakwah Akhil Abdul Hayy yang lebih senang namanya dibunyikan sebagai ‘Aqil, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an.

Transformasi daripada kehidupan sebagai penyanyi kepada pendakwah menjadikan perjalanan kisah hidupnya menarik perhatian terutama di kalangan jemaah yang setia mengikuti setiap ceramah agama beliau.

Ia mungkin disebabkan untuk berubah kepada keadaan lebih baik bukan sesuatu yang mudah dan hanya mereka yang pernah melalui detik dipanggil ‘turning point’ itu dapat merasai nikmat kurniaan Ilahi.

Akhil Abdul Hayy

Justeru, kata anak kelahiran Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak itu, beliau tidak kisah apabila sering diperkenalkan sebagai bekas penyanyi rock pada setiap majlis ceramah dihadiri.

“Memang sehingga kini saya masih lagi diperkenalkan sebagai Ustaz Rock dan itu bukan tohmahan. Selagi hati tidak jadi macam batu, gelaran itu tidak menjadi masalah besar.

“Mungkin juga dengan cara itu lebih merapatkan hubungan saya dengan kumpulan didakwah apabila mereka mengetahui siapa saya dulu dan siapa saya kini. Kira tanda nama Ustaz Rock ibarat bonus,” katanya.

Katanya, kelebihan yang ada pada dirinya juga disebabkan hanya beliau meniti jambatan perubahan ketika itu dan penghijrahan yang ketara menimbulkan impak besar pada pandangan umum.

Tidak lengkap jika perbualan dengan ‘Aqil tidak menyingkap faktor mendorong beliau membuat perubahan besar dalam hidup, meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi untuk menjadi pendakwah.

Katanya, jiwa yang kosong disebabkan kurang amal, kehidupan sosial dilalui serta sering termimpi perkara menyentuh kematian pasti menimbulkan tanda tanya dalam diri.

Namun, beliau yakin perasaan itu taufik dan hidayah Allah memberikan cahaya kepada siapa dikehendaki-Nya apabila tiba masanya.

Selain itu, beliau berterima kasih kerana kesabaran serta doa tidak putus arwah bapanya, Abdul Hayy Md Isa, yang tidak pernah jemu memohon supaya satu hari nanti anaknya ditemukan dengan jalan kebenaran.

Bapanya yang juga ahli agama dan mutawwif haji adalah insan paling gembira, walaupun menanti sehingga kunjungannya kali ke-40 ke tanah suci Makkah diiring doa supaya anaknya berubah dimakbulkan.

“Mengenang pengalaman dilalui, saya sedar pentingnya pegangan asas agama kerana ia akan mengembalikan kita kepada matlamat asal kehidupan. Saya bersyukur arwah bapa dan datuk menanamkan ajaran agama sejak kecil lagi.

“Walaupun pernah melalui zaman kegelapan, saya mampu kembali ke pangkal jalan. Arwah bapa banyak membantu saya mendalami ilmu agama termasuk menghantar saya belajar di Pesantren Purba di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata, perubahan dalam dirinya turut menjadi tamparan kepada keluarga kerana siapa sangka anak ketiga daripada tujuh beradik yang banyak menimbulkan masalah berubah menjadi kebanggaan.

Sikap keterbukaan, terus terang serta lucu pendakwah berusia 37 tahun itu menjadikan beliau mudah didekati dan tidak hairan jika ramai terpaku atau ketagih mendengar ceramahnya berulang kali.

‘Aqil Hayy berkata, pendekatan secara santai dan tidak meleret memberi keselesaan kepadanya menyampaikan dakwah selain yakin cara itu akan memudahkan pendengar menerima mesej ingin disampaikan.

Begitu juga dengan menyelitkan lagu nasyid ketika berceramah sebagai cara menghilangkan tekanan, memberi keselesaan serta menarik minat golongan muda menghadiri majlis ilmu.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan pendekatan menyanyi ketika berdakwah yang dibawa ada kebaikan dan keburukan kerana bukan semua orang boleh menerima gabungan dua elemen itu terutama perkara berkaitan keagamaan.

Malah, penampilannya sebagai pendakwah berambut panjang turut dijadikan isu menyebabkan matlamat asalnya mengembangkan syiar Islam kadangkala tersasar apabila wujud pandangan serong.

“Saya tidak salahkan mereka kerana mungkin bagi sesetengah pihak menyanyi ketika berceramah agama dianggap sebagai tidak wajar.

“Tetapi saya juga berdepan dengan dilema apabila golongan muda seperti mat rock dan mat rempit merungut apabila saya tidak menyanyi sambil berceramah. Sebenarnya ada pro dan kontra bab menyanyi ini.

“Pada saya ia berkait dengan pendekatan kerana pendakwah ada cara menarik minat pendengar. Saya selesa menggabungkan dua elemen ini kerana yakin selagi tidak jatuh hukum berdosa, tidak salah,” katanya.

Katanya, mengenai imej rambut panjang, ada maksud tersirat di sebalik tindakannya itu di mana beliau ingin melihat kesan daripada isu menyimpan rambut panjang terhadap kerjaya dakwahnya.

‘Aqil berkata, kesimpulan yang boleh dibuat ialah gelagat masyarakat masih tidak berubah, suka mempersoalkan isu tidak penting dan meminggirkan perkara sepatutnya menjadi keutamaan mereka.

Kehadiran beliau sebagai pendakwah ialah menyebarkan ilmu mengajak ke arah kebaikan tetapi sering kali menjadi perhatian, penampilan atau cara digunakan dalam menyampaikan dakwah.

Katanya, beliau tidak boleh memuaskan hati semua orang dan walau apa juga cabaran mendatang, matlamat perjuangannya ialah menyampaikan ilmu demi agama, bangsa dan negara.

“Saya pernah rambut pendek, orang kata juga. Saya rambut panjang, orang tetap kata. Apa mereka hendak sebenarnya saya tidak tahu sebab niat saya ialah berdakwah.

“Lagi satu peliknya, mereka mengkritik tetapi pada masa sama, mereka jemput berceramah. Pada saya, jika hendak menghentam, baik jangan panggil penceramah,” katanya.

Dan kini, dengan kelahiran album koleksi nasyid nostalgia berjudul Nasyid Legenda di pasaran, beliau sekali lagi berdepan dugaan apabila dianggap sudah tidak alim dan kembali sesat.

Hairan katanya, penyanyi Yusuf Islam pun menghasilkan album pop, tetapi tindakan itu tidak pula dipersoalkan atau beliau juga dianggap sebagai sudah tidak alim lagi kerana terbabit dengan nyanyian.

Meniti kehidupan sebagai pendakwah terkenal dan mempunyai pengikutnya sendiri mengingatkan ‘Aqil kepada kata-kata hikmah tok guru dari Indonesia, “Jika ingin masuk pasentren (sekolah pondok di Indonesia), jangan fikir hendak keluar akan jadi pak kiyai atau ustaz. Fikir untuk menuntut ilmu saja”.

Justeru katanya, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi pendakwah tetapi bersyukur kerana kehadirannya sebagai penceramah agama sejak 15 tahun lalu tetap diterima masyarakat.

“Saya yakin setapak hamba itu melangkah menuju ke jalan Allah, sepuluh langkah Allah datang kepadanya dengan hamparan permaidani. Saya bersyukur dengan bantuan Allah, saya diterima hingga hari ini.

“Apabila saya memilih jalan ini, tidak mungkin saya berpatah balik. Pembabitan sebagai artis hanyalah antara saluran untuk saya berdakwah dan diharap tindakan itu tidak disalahertikan.

“Sebaliknya doakan supaya hasrat saya menyampaikan dakwah melalui lagu mampu membawa perubahan dalam diri mereka yang mendengar nyanyian saya,” katanya.

Mengembangkan lagi bakat yang ada, beliau sedang menyiapkan buku motivasi berdasarkan pengalaman hidupnya berjudul Semua Dilahirkan Kaya yang dijangka siap sebelum Ramadan ini.

Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:15 PM   1 comments
Prof. Ataullah lalui jalan kebenaran penuh berliku

Utusan Malaysia, 14 september 2006

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Prof. Ataullah Bogdan Kopanski pernah dua kali dianugerahkan pingat Struggle for Freedom and Independence iaitu pada 1995 dan 2006.


DAN Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah: 213) Ayat di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa hidayah atau nur petunjuk itu adalah milik mutlak Allah s.w.t.

Biarpun kita mampu menerangkan tentang kelebihan agama Islam itu kepada semua manusia sama ada yang beragama Islam ataupun mereka yang masih dalam zaman kejahilan.Pun begitu, tanpa keizinan-Nya maka tiadalah hidayah yang diperoleh oleh mereka.

Lantaran itu, sebagai hamba-Nya yang mengakui diri beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan pengislaman seseorang saudara baru itu meskipun hidayah yang diterima dianggap terlalu mudah, pelik ataupun penuh kesengsaraan.

Ini dibuktikan dengan sikap dan penerimaan segelintir umat Islam yang sering meremehkan bentuk pengislaman seseorang saudara baru itu, lebih-lebih lagi menerusi perkahwinan. Hakikatnya, setiap muslim mestilah sama-sama memberi sokongan dalam apa jua bentuk bukannya menyisihkan mereka.

Kita sepatutnya bersyukur dalam senario umat Islam yang semakin diberi gambaran negatif dan tidak kurang juga fenomena Islam sekadar di nama, masih banyak jumlah yang nampak keindahan Islam menerusi hidayah Allah s.w.t.

Kisah perjalanan pengislaman pensyarah Sejarah & Politik pengkhususan Sejarah Zaman Pertengahan Eropah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ataullah Bogdan Kopanski, yang dikongsi dengan tetamu pada majlis Makan Malam Tahunan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) di Sheraton Subang Hotel, Subang Jaya, Selangor tidak lama dahulu berjaya membawa hadirin menyelami kisah penderitaan dan kegembiraan beliau sehingga bergelar muslim.

Prof. Ataullah, 58, berasal dari Poland, tengah Eropah pernah dalam hidupnya dipenjarakan sebanyak dua kali oleh Rejim Komunis Poland iaitu pada 1968 dan 1981 hingga 1982.

Menurut beliau, hidayah yang diterimanya tidak datang secara spontan tetapi ia diterima secara perlahan dan berliku. Semuanya bermula semenjak di usia belasan tahun lagi.

“Semasa saya berusia 12 tahun, saya sudah tidak boleh menerima langsung atau betah dengan ajaran agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan aspek akidah dan kepercayaan. Hakikatnya banyak yang boleh dipersoalkan serta ia tidak seiring dengan fitrah hidup manusia

“Malah banyak pengalaman-pengalaman yang dilalui sepanjang usia remaja saya yang dihabiskan di sekolah beraliran Kristian menambahkan lagi kurang keyakinan saya kepada orang yang mengaku diri mereka tinggi ilmu agama tetapi tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Dua tahun kemudian iaitu pada 1962, saya tertarik dengan kemenangan yang diperoleh Mujahidin Islam Algeria terhadap perjuangan mereka menentang Kolonial Perancis. Itulah panahan awal terhadap Islam,” cerita Prof. Ataullah yang memeluk Islam kira-kira 32 tahun lalu iaitu pada tahun 1974.

Mengimbau kisah zaman sekolah menengahnya dan membawa kepada detik awal pengajian peringkat menara gading, Prof. Ataullah menggambarkan dirinya sebagai contoh tipikal generasi pemberontak.

Pada 1974 tambah Prof. Ataullah, beliau berkesempatan ke Turki dan menulis tajuk berkaitan polisi pemerintahan Sultan dan Khalifah Suleiman Kakuni terhadap Kerajaan Poland bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera.

“Ketika berada di situlah saya terpikat dan jatuh cinta dengan laungan azan yang berkumandang di salah sebuah masjid tua di kota Istanbul memanggil umat Islam menunaikan solat.

“Bagai ada semacam desakan dalaman bila mendengarkan kelunakan suara muazin, saya jadi terpana dan tiba-tiba, bulu roma saya meremang. Kaki saya terus melangkah ke arah datangnya suara tersebut tanpa saya ketahui dari mana kekuatan itu diperoleh. Saya disambut seorang lelaki tua rakyat tempatan yang mengajarkan saya cara mengambil wuduk atau bersuci.

“Saya akhirnya mengucap syahadah dengan linangan air mata dan saya mendirikan solat yang pertama iaitu solat Maghrib,” akui Prof. Ataullah yang memaku setiap hadirin dari meninggalkan majlis malam itu.

Akui beliau lagi, pertama kali dalam hidupnya dirasakan tenang dan tenteram iaitu selepas bergelar muslim.

Berkongsi pengalamannya sebelum dipenjarakan, kata Prof. Ataullah pada 1980 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah Falsafah. Di tengah-tengah kancah revolusi sosial yang berlaku di Poland, beliau menjadi aktivis, pensyarah dan pengasas Solidarity Movement.

Dipenjarakan

Selepas Pemerintahan Tentera pada Disember 1981, Prof. Ataullah bersama seramai 12,000 intelektual bangsa Poland telah dipenjarakan beramai-ramai di kem tahanan dekat sempadan Kesatuan Soviet.

“Sewaktu di dalam penjara inilah hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana penyeksaan yang terpaksa ditanggung. Kami diseksa 24 jam dengan teruk dan pada masa itulah saya mula mempercayai dan teringatkan kepada Tuhan.

“Benarlah bagai dikata, hamba akan lebih mengingati kepada Tuhannya apabila berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Pada masa itulah saya berdoa sekiranya saya dibebaskan, saya akan mengakui kewujudan Allah dan sujud kepada-Nya.

“Alhamdulillah, keesokkan harinya saya bebas dan dibenarkan pulang. Saat itu amat gembira kepada saya dan sekali gus memantapkan lagi keyakinan saya kepada Allah itu,” kata Prof. Ataullah yang dibebaskan pada 1983 di mana beliau menerima perlindungan politik di Amerika Syarikat.

Semenjak itu, beliau menetap di Texas dan pada 1985, Prof. Ataullah mengerjakan haji sebagai yang pertama dalam sejarah Silesian.

Selepas kejatuhan komunis di Eropah Barat, beliau telah berhijrah ke Bosnia, Albania, Jerman, Lithuania, Hungary, Bulgaria dan Romania. Pada 1990 beliau menjadi pensyarah dan Pakar Eropah dan Asia di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad di Pakistan.

Beliau merupakan saksi kepada kejatuhan penaklukan komunis di Afghanistan pada 1991. Manakala pada 1992, beliau bergelar pensyarah pelawat di UNISA, Pretoria di Republik Afrika Selatan di mana beliau menjadi saksi kepada kejatuhan apartheid. Setahun kemudian, Prof. Ataullah mula menjadi tenaga pengajar di UIAM.

Prof. Ataullah pernah dianugerahkan dengan pingat Struggle for Freedom and Independence pada 1995 dan juga pada tahun ini.

Beliau kini mempunyai empat cahaya mata iaitu Khalid, Tareq, Sumayyah dan Salaheddin hasil perkahwinan beliau dengan Peguam Syarie berbangsa Palestin, Mariam binti Abdurrahman Ktaila.

Sempat berseloroh dengan kisah pertemuannya dengan isteri sebelum membawa mereka ke jinjang pelamin, Prof. Ataullah pandai mengambil hati hadirin yang tidak kering gusi mendengarkan pengalamannya memikat dan memilih calon isteri.

Di Malaysia, Prof. Ataullah mengakui menggemari buah durian, Gunung Kinabalu, Pulau Perhentian, Terengganu, budaya masyarakat Minangkabau dan keris-keris asli.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:17 PM   0 comments
Fadzli bersyukur impian jadi nyata
Monday, September 04, 2006

Utusan Malaysia, 4 september 2006

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Mohd. Fadzli Mohd. Amin sedang menjalankan tugas kejuruteraan komunikasi di syarikat Smart Digital Communications di Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur.


ANAK muda ini amat bersyukur. Beliau menyedari perjalanan hidupnya kini benar-benar merupakan satu terjemahan daripada takdir-Nya yang mengandungi pelbagai hikmah. Sedangkan dahulu beliau tidak puas hati apabila perjalanan hidupnya tidak sealiran dengan nalurinya.

“Jangan salah faham pula kerana selamanya saya akan berpegang bahawa tanpa agama manakan ada kehidupan yang sejati. Tetapi atas pengaruh-pengaruh tertentu, saya ingin membuktikan dengan agama saya juga mahu menguasai bidang yang profesional.

“Walaupun bunyinya agak keduniaan tetapi dengan menguasai bidang profesional, apatah lagi bersifat teknologi tinggi, sebenarnya ia bakal memberi faedah kepada Islam itu sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di Putrajaya baru-baru ini.

Mohd. Fadzli Mohd. Amin, 26, bertugas sebagai Jurutera Telekomunikasi Satelit di sebuah syarikat terkemuka yang beroperasi di Bandar Teknologi Bukit Jalil.

Menurutnya, beliau kuat dipengaruhi oleh abangnya, Mohd. Farid, 34, yang bertugas sebagai jurutera petroleum.

“Apabila pulang ke rumah, beliau sentiasa bercerita mengenai bidang kerjayanya itu yang menyebabkan saya begitu tertarik,” katanya.

Mujur zaman bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Sungai Ramal Luar, Kajang tidak menjadi penghalang untuk Fadzli mencapai bercita-cita menjadi seorang jurutera.

“Walaupun sekolah tersebut beraliran agama tetapi ia tidak meminggirkan aliran sains. Jadi saya memilih sains ketika dalam tingkatan empat bagi membolehkan saya mencapai cita-cita saya menjadi jurutera,” katanya.

Namun setelah beroleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, Fadzli merasakan sudah tiba masanya untuk beliau memisahkan diri daripada suasana pengajian agama bagi memastikan cita-citanya benar-benar tercapai.

“Saya merasakan ketika itu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan pilihan terbaik bagi saya meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Namun Fadzli hampa apabila permohonannya gagal malah lebih mengejutkan apabila beliau ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Terus saya beranggapan akan pudarlah harapan saya untuk menjadi jurutera jika saya terpaksa mengikuti pengajian di UIAM,” jelasnya.

Namun pemikirannya berjaya dimerdekakan apabila beliau ditawarkan untuk mengikut pengajian kejuruteraan komunikasi di Kulliyyah Kejuruteraan UIAM.

Fadzli kemudian menumpukan perhatian dan sedikit demi sedikit beliau berjaya meluputkan UTM daripada ingatan.

“Malah saya amat bersyukur kerana di UIAM saya mendapat kepuasan maksimum untuk meneroka lebih jauh dalam bidang kejuruteraan ini.

“Hanya pada tahun-tahun akhir saya memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti luar dan berpersatuan sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak,” katanya.

Malah suasana pembelajaran yang begitu holistik di UIAM membolehkan Fadzli menyeimbangkan diri terhadap keperluan duniawi dan ukhrawi.

Namun sebaik tamat pengajian, anak ketiga daripada lima adik-beradik ini mengintai dunia pekerjaan dengan menyertai sektor perbankan dan kewangan.

“Bagi saya ia satu pengalaman yang cukup berguna. Saya bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah bank di Cyberjaya, Sepang” katanya.

Setelah mengikuti kursus dan latihan, Fadzli berkeyakinan tinggi untuk bertugas.

“Tetapi rupa-rupanya saya begitu kepanasan. Ini kerana saya sering ‘dibelasah’ oleh para pelanggan terutama warga Barat yang sentiasa tidak berpuas hati dan berlagak pandai.

“Apabila mengetahui saya seorang Islam, bertambah teruk saya diprovokasi dengan pelbagai isu pertembungan Barat dan Islam sehingga begitu pedih telinga saya menahannya.

“Hendak ‘dilawan’ mereka adalah pelanggan. Lalu sambil menahan marah saya sarankan mereka supaya luaskan minda dengan lebih banyak membaca,” katanya.

Fadzli hanya bertahan enam bulan bekerja di situ. Dia berhenti kerja pada bulan Ramadan.

Tindakan nekad berhenti itu sebenarnya mempunyai hikmah apabila Fadzli kemudian berjaya bergelar jurutera apabila ditawarkan bertugas di syarikatnya sekarang.

“Saya mengecap apa yang selama ini saya cita-citakan. Saya benar-benar bersyukur ke hadrat Illahi walaupun bertugas sebagai jurutera komunikasi satelit ini adalah tugas yang begitu sukar dan mencabar,” katanya.

Beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana kejuruteraan di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Tugasnya di syarikat itu memerlukan Fadzli membuat pengawasan dan meningkatkan keupayaan trouble shooting semua talian Internet yang dilanggan melalui perkhidmatan satelit.

Katanya, oleh kerana ia adalah perkhidmatan berbayar, beliau perlu memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.

“Cuaca buruk adalah detik yang mencabar kerana saya perlu memastikan semua jaringan tidak menghadapi masalah,” katanya.

Fadzli ialah anak pensyarah yang terkenal dalam bidang kajian sejarah Melayu, iaitu Mohd. Amin Hassan yang dahulunya bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Memang agak pelik apabila kuah tidak tumpah ke nasi. Tetapi bapa saya tidak kecewa. Beliau seorang yang terbuka asalkan kami berjaya dalam bidang pilihan masing-masing,” katanya.


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 5:18 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com