Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Ulama haruskan baca al-Quran untuk si mati
Saturday, April 28, 2007
Utusan Malaysia, 28 April 2007

SOALAN:

Apakah hukumnya membaca al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati. Saya ada terbaca artikel mengatakan pahalanya tidak sampai. Persoalannya betulkah pandangan yang mengatakan bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati?

JAWAPAN;

Sebenarnya dalam persoalan ini ada dua pandangan. Pandangan yang menolak dan pandangan yang mengharuskan. Maka bila kita membawa hujah adalah lebih baik kita kemukakan hujah golongan yang menolak dan golongan yang menerima. Supaya berlaku adil di dalam berhujah.

Memandangkan saudara telah membaca alasan dan hujah yang menolak, di sini saya kemukakan alasan serta hujah golongan yang menerima.

Membaca al-Quran dan menghadiahkannya kepada si mati, ulama ada beberapa pendapat. Ada yang mengharuskan dan ada yang melarang. Ulama yang mengharuskan berpendapat bahawa amalan membaca al-Quran dengan niat menyedekahkanya kepada si mati diharap mendapat manfaat kepada si mati.

Ulama yang menganggap pahala daripada bacaan al-Quran tidak akan sampai kepada si mati kerana membaca al-Quran adalah amalan badaniah tidak boleh dilakukan oleh orang lain untuknya. Dalam erti kata yang lain amalan badan ketika masih hidup, apabila mati terputuslah amalannya dan tiada siapapun yang boleh memberi manfaat kepada si mati. Amalannyalah yang akan menjadi penyelamat baginya dalam kubur.

Namun tidak kurang banyaknya riwayat daripada Rasulullah s.a.w. yang diistinbat oleh para ulama di dalam mengharuskan bacaan al-Quran kepada si mati. Dan diharapkan melalui amalan itu si mati dapat dirahmati Allah s.w.t.

Kita sebagai hamba memohon Allah berhak menentukan, ini kerana keampunan Allah lebih luas daripada kemurkaannya.

Hujah yang dikemukakan oleh ulama yang mengharuskan seperti berikut:

1- Fatwa Mufti Atiyyah Saqar pada tahun 1997 mengharuskan bacaan al-Quran di sisi mayat kerana yang demikian akan memberi manfaat kepada si mati. Sama ada di bacaan dengan niat menyedekahkannya atau tidak. Hukum ini lebih kepada bacaan di sisi mayat.

Seperti mana hadis-hadis yang terdapat dalam kitab-kitab al-Hadis. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, Para malaikat akan menghamparkan sayapnya serta menyebut-nyebut kehadiran di sisi Allah, mereka juga akan dilimpahi dengan rahmat Allah s.w.t. serta mendapat ketenangan. (Riwayat Muslim)

Al-Quran adalah zikir, malahan sebaik-baik zikir. Di dalam membicarakan masalah ini terdapat riwayat yang menyebut secara jelas saranan Nabi s.a.w. supaya membaca Yasin kepada si mati.

Riwayat ini disebut oleh Ahmad, Abu Daud, al-Nasaie termasuk juga Ibn Majah manakala Ibn Hibban telah memperakui akan kesahihan hadis ini.

Seperti mana yang diriwayatkan, sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, yang bermaksud: “Jantung al-Quran ialah Yasin, tidak seorangpun yang membacanya melainkan dia mengharapkan pembalasan di hari akhirat melainkan dia diampuni Allah swt, justeru hendaklah kamu membacanya kepada yang hampir mati dan orang-orang Islam yang lebih awal meninggalkan kamu.”

Imam An-Nawawi di dalam Syarah al-Muhazzab berpendapat: “Disunatkan bagi orang yang ziarah kubur itu membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah-mudah baginya dan mendoakan mereka setelah membaca itu. Lebih lanjut beliau menambah: “Jika mereka mengkhatamkannya, itu adalah lebih afdal lagi.

Imam Ahmad bin Hanbal juga pada mulanya menolak pendapat ini kerana menganggap tidak ada dalil, tetapi menerimanya kemudian setelah mendapati terdapat dasar mengenainya. Asy-Sya’bi pula berkata: “Jika seorang daripada kaum Ansar meninggal dunia, mereka akan pulang dan pergi semula ke kuburnya untuk membaca al-Quran baginya.

Imam al-Darqutni dan ibn al-Qattan telah menyatakan bahawa bacaan al-Quran dalam ayat ini bermakna: “Membaca Yasin ketika sakaratul al-Maut”. Namun pandangan ini telah dikritik sebahagian ulama dengan menyatakan “lafaz am-mayyit dalam hadis tersebut adalah lafaz umum, tidak dikhususkan bagi orang yang hampir mati sahaja, maka tidak ada yang menghalang dari sampainya manfaat bacaan ayat-ayat suci al-Quran biarpun orang telah meninggal.” (Musnad al-Firdaus)

Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:

1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.

Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.

2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”

3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.

Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”

Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya”

Kebanyakan ulama mengharuskan orang yang masih hidup menghadiahkan atau menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati. Pendapat ini disetujui oleh ulama-ulama bermazhab al-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam al-Nawawi. Fatawa alAzhar ( jld; 8, 302 )

Bukan sahaja bacaan surah al-Fatihah malahan keseluruhan al-Quran bacaannya boleh dihadiahkan kepada para arwah yang telah lebih awal meninggalkan kita.

Di dalam al-Quran, Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang telah kembali lebih awal daripada kita seperti mana firman-Nya yang bermaksud: Ya Tuhan kami, berilah kami keampunan dan keampunan bagi saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami. (al-Hasyr: 10).

Kita berdoa dengan harapan agar Allah s.w.t. merahmati serta mengampuni mereka yang lebih dahulu kembali kepada alam baqa. Maksudnya Allah memberi harapan kepada yang masih hidup supaya berdoa kepada saudara-saudara mereka yang meninggal lebih awal. Kita boleh membantu saudara kita yang masih hidup dengan wang ringgit, bagi yang sudah meninggal bantuannya ialah dengan berdoa dan menyedekahkan fatihah dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Biarpun apa yang kita kirimkan kepada mereka tidak dapat membebaskan mereka dari kemurkaan Allah, namun harapan dapat diringankan dengan belas ihsan serta rahmatnya yang luas. Sekurang-kurangnya ada usaha dari insan-insan yang masih hidup.

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Faks: 03-9222 4967.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:30 AM   0 comments
Tabut dan Bani Israel
Utusan Malaysia, 28 April 2007

Kisah AL-QURAN (SIRI 38)

DAN nabi mereka mengatakan kepada mereka, “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu jika kamu orang yang beriman. (al-Baqarah: 248) TABUT sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran adalah satu anugerah Allah kepada Bani Israel. Di dalamnya terdapat sebuah kitab suci. Ia berukuran tiga hasta panjang dan dua hasta lebar. Ia mempunyai berbagai-bagai keistimewaan. Tabut tersebut boleh memberikan ketenangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Ia mampu mengalahkan pihak lawan dalam peperangan. Sekiranya Tabut itu dibawa ketika berperang, sudah pasti pihak musuh akan berasa gentar dan tewas.

Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel. Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh orang yang alim. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat. Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Sebagaimana yang tercatat di dalam al-Quran mereka berkata:

“Utuskanlah seorang raja kepada kami supaya kami boleh berperang di jalan Allah.”

Nabi Samuel menjawab: “Jika diwajibkan bagi kamu berperang, kamu tidak mahu berperang.”

Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu. Dia menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Palestin. Ketika Palestin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel dengan mudahnya. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas.

* Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.

PENGAJARAN

- Allah sangat murka kepada umatnya yang tidak tahu bersyukur.

- Allah Maha Berkuasa untuk menarik balik segala nikmat yang telah diberikan kepada manusia.

PERBENDAHARAAN KATA

alim: mempunyai penegtahuan yang mendalam tentang agama Islam

ingkar: menderhakai

azimat: sesuatu yang dianggap mempunyai sakti

INFORMASI

Tabut ialah kotak warisan Bani Israel yang mengandungi pelbagai penulisan mengenai undang-undang Yahudi peninggalan nabi terdahulu. Antara barangan yang dikatakan terdapat di dalam Tabut tersebut ialah tongkat Nabi Musa dan Harun serta sekeping roti yang masih segar. Menurut sesetengah ulama, saiz ukuran Tabut ialah tiga hasta kali dua hasta. Selain daripada barang-barang di atas, kasut serta serban Nabi Harun turut terdapat di dalam Tabut.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:27 AM   0 comments
Al-Jabbar hasilkan rawatan alternatif hati
Utusan Malaysia, 28 april 2007

Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY


PENGUSAHA produk kesihatan, Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar menawarkan rawatan alternatif kepada mereka yang mempunyai masalah hati.

Selepas 10 tahun berada di pasaran, Al-Jabbar kini mengembangkan sayap perawatan apabila menghasilkan Jabbar Hidayah HB Plus.

Ia adalah kapsul herba untuk pesakit yang menderita bengkak hati, berlemak mahupun apa sahaja masalah hati yang boleh digunakan tanpa was-was kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu MAL07021505T. Pengasasnya, Mohd. Kamaruzaman Che Hussain berkata, kapsul biru putih ini sudah boleh digunakan oleh pesakit hati.

Produk yang hanya boleh diperoleh di ibu pejabat Al-Jabbar ini sebenarnya sudah menjengah seluruh negara seperti Brunei dan Indonesia, sebelum ia diterima di negara Arab.

Pusat yang beroperasi di Kajang, Selangor juga menawarkan pakej kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan lain.

Tambahnya, kos pembedahan untuk merawat penyakit hati agak tinggi dan tidak ramai yang berkemampuan, jadi Jabbar Hidayah HB boleh menjadi alternatif kepada rawatan penyakit hati.

Setakat ini, syarikat itu menggunakan hampir 200 ramuan herba dalam semua produk Al-Jabbar. Kebanyakan sumber diperoleh di Malaysia dan sebahagiannya diimport dari Myanmar, contohnya buah bidadari merah.

Al-Jabbar turut mengeluarkan produk untuk rawatan virus HiV iaitu Jabbar SV-10, Jabbar Bayu (membantu merawat penyakit angin), Jabbar Kasturi (kencing manis), Jabbar Maya 99 (tekanan darah tinggi) dan Jabbar Raudah (resdung).

Selain itu, khasiat ubi bidadari putih merupakan ramuan utama Jabbar Ayuni 02 khusus untuk kesihatan wanita manakala Jabbar 101 untuk lelaki pula menggunakan khasiat ubi bidadari merah.

Pengguna yang ingin mendapatkan ramuan herba semula jadi untuk memecah dan membakar lemak berlebihan dalam badan boleh mencuba Jabbar Slimo Cap 60. Manakala Jabbar Slimo Gel pula membantu mengatasi masalah perut buncit, paha dan betis menggelebeh.

Mereka yang berminat, boleh menghubungi talian 03-8737 9474.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:25 AM   0 comments
Kedudukan anak hasil perkahwinan syubhah
Thursday, April 19, 2007
Berita harian, 19 April 2007

Bersama Mohamad Isa Abd Ralip


SAYA sudah berumah tangga selama lima tahun dengan duda beranak satu. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak. Bagaimanapun, saya meragui status anak suami dengan bekas isterinya kerana baru-baru ini saya menjumpai salinan sijil perkahwinan lamanya. Di bahagian atas sijil tertulis ‘Nikah Semula’ dan terdapat lampiran surat dari Jabatan Agama Islam Selangor yang menyatakan pernikahan mereka tidak sah kerana wali pada masa itu adalah abang bekas isterinya yang tidak sah taraf. Ketika proses perkahwinan semula, bekas isterinya telah mengandung dan melahirkan anak mereka tiga bulan selepas perkahwinan semula itu. Soalan saya:
# Apakah taraf anak itu? Bolehkah dia berbinkan suami saya?
# Adakah anak itu berhak atas harta suami dan nafkah anak setiap bulan?
# Batalkah air sembahyang dengan anak-anak kami?

Ibu Bingung

Selangor MASALAH yang puan alami banyak terjadi di dalam masyarakat kita hari ini. Status sah taraf seseorang anak terutama yang membabitkan anak hasil perzinaan dipandang remeh sehingga ada yang sanggup menipu dan menyorokkan hal sebenar semata-mata demi menjaga nama atau hati anak berkenaan.

Malangnya, masyarakat kita lupa kesan daripada tindakan itu sangat besar dan akhirnya membawa kemudaratan. Kerana itu, Islam tidak pernah memandang mudah permasalahan ini bahkan turut memberi jalan penyelesaiannya.

Ia kerana permasalahan serta persoalan berkaitan keturunan adalah satu isu penting. Bermula dari keturunan akan menentukan pelbagai hukum asas seperti pernikahan, nafkah, al-wilayah ataupun kedudukan, pembahagian harta pusaka serta penentuan bahagian dan kelayakan menerima wasiat.

Jika keturunan tidak dapat ditentukan dengan jelas maka ia akan memberi kesan terhadap beberapa hukum penting sebagaimana yang dijelaskan di atas.

Hal itu juga yang berlaku ke atas perkahwinan terdahulu suami puan iaitu perkahwinan itu harus difaraqkan (dipisahkan) atas alasan wali ketika pernikahan adalah wali yang tidak sah.

Walaupun lelaki itu abang kepada pengantin perempuan tetapi abangnya adalah seorang anak yang tak sah taraf. Perkahwinan itu pada asalnya dianggap sah tetapi terpaksa difaraqkan atas alasan yang menyebabkan perkahwinan itu menjadi tidak sah.

Antara faktor suatu perkahwinan menjadi tidak sah adalah kerana masalah wali. Selanjutnya, pasangan suami isteri hendaklah berkahwin semula mengikut syarat perkahwinan yang sah bagi membolehkan perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.

Itulah yang dilakukan suami puan dan bekas isterinya yang terdahulu. Setelah mereka berkahwin semula mengikut tatacara yang tepat dan menggunakan wali selayaknya, barulah hubungan mereka dianggap sah dan boleh meneruskan kehidupan suami isteri seperti biasa.

Pertama, persoalan puan mengenai status anak kepada suami yang dilahirkan ketika dalam tempoh perkahwinan terdahulu. Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, Seksyen 114 menyatakan, “Jika seseorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan seorang perempuan, dan kemudian perempuan itu melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu”.

Peruntukan itu bermaksud, setiap anak yang lahir melalui persetubuhan syubhah tetap dianggap sebagai anak sah taraf dan anak kandung kepada bapanya sekiranya dilahirkan di antara tempoh enam bulan hingga empat tahun qamariah dikira bermulanya dari persetubuhan itu berlaku.

Perkahwinan syubhah bermaksud suatu akad perkahwinan yang dianggap sah oleh pasangan kerana semua syarat perkahwinan telah dipenuhi tetapi pada hakikatnya akad itu tidak sah kerana sebab tertentu.

Contohnya bagi suami puan dan isterinya terdahulu, mereka beranggapan perkahwinan mereka sah kerana ada wali, saksi, ijab kabul, pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Tetapi hakikatnya, akad itu tidak sah kerana wali tidak memenuhi syarat perwalian. Oleh yang demikian, jika ketika dalam proses perkahwinan tiada mana-mana pihak yang mengetahui status wali yang mewalikan pernikahan itu, maka anak tiri puan telah memenuhi syarat peruntukan di atas dan anak berkenaan adalah anak sah taraf dan boleh dibinkan atau dibintikan kepada suami puan.

Tetapi jika ada pihak ketika proses perkahwinan itu mengetahui status sebenar wali yang mewalikan pernikahan tidak menepati syarat atau adalah anak tak sah taraf, maka kesan ke atas anak dari perkahwinan itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan dengan nama bapa anak berkenaan.

Perkara kedua, kedudukan anak itu dianggap anak sah taraf, menjadi kewajipan bagi seorang ayah menyediakan nafkah sewajarnya terhadap anaknya sebagaimana yang layak diterima oleh anak-anak puan.

Nafkah dari segi istilah adalah dimaksudkan dengan semua perkara yang diperlukan manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Bapa dan datuk ke atas wajib memberi nafkah kepada anaknya dan cucunya ke bawah.

Oleh itu, bapa adalah bertanggungjawab menyediakan nafkah untuk anaknya tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Jika bapa tiada, maka datuk atau mana-mana waris yang terdekat hendaklah mengambil alih tanggungjawab itu.

Begitu jugalah hak anak terhadap harta suami puan, memandangkan anak itu adalah anak kandung suami puan, maka dia berhak terhadap pembahagian harta pusaka milik suami puan.

Jika anak itu tak sah taraf, maka dia tidak berhak ke atas nafkah serta harta pusaka suami puan. Sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 86 Enakmen yang sama bahawa hak penjagaan ke atas anak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu. Maka ibu anak itu berkewajipan menyediakan nafkah dan anak juga hanya layak menerima pembahagian harta pusaka dari hak milik ibunya saja.

Berkenaan batasan aurat di antara anak itu dan anak puan, jelas tanpa sebarang pertikaian jika anak itu dan anak puan adalah saudara kandung sebapa tidak akan terjadi istilah batal air sembahyang.

Tetapi jika sebaliknya, maka auratnya adalah sama seperti hubungan dengan orang lain yang tiada perhubungan persaudaraan. Semoga puan dapat menjaga dan melayan anak itu dengan baik dan ikhlas seperti anak puan yang lain.

Saya berharap jawapan saya dapat memuaskan hati puan dan jika masih terdapat kemusykilan saya sarankan puan membuat rujukan lebih terperinci atau merujuk kepada alim ulama yang lebih arif.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang persoalan syariah sila kemukakan ke admin@pgsm.org.my

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:48 AM   0 comments
Pemelihara khazanah ulama
Friday, April 13, 2007

Utusan Malaysia, 13 April 2007

Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)

ALLAHYARHAM Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang uzur dipapah selepas membentangkan kertas kerja di Muzakarah Alus Sunah Waljamaah oleh keluarga Rawa di Raub, Pahang, bulan lalu.

SETIAP Isnin, pasti ramai pembaca setia Ulama Nusantara tertunggu-tunggu apakah nukilan terbaru Wan Muhammad Shaghir Abdullah anak kelahiran Pulau Midai, Riau, Indonesia dalam ruangan Agama, Mega.

Bagaimanapun, kita pasti akan terasa kehilangan atau ketandusan tulisan dan manuskrip tokoh yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Shaghir ini yang dipanggil menghadap Ilahi, semalam.

Beliau meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 10.50 pagi di rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak. Biarpun penulis tidak pernah bertemu mata, namun komitmen Allahyarham terhadap pengkajian ulama Nusantara amat mengagumkan.

Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.

Dalam uzur, Allahyarham menggagahkan diri membentang kertas kerja pada seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di dalam dan luar negara.

Walaupun baru keluar dari hospital kira-kira dua minggu lalu, Allahyarham masih terus berkarya. Dan karya terakhir beliau telah dikirim ke ruangan Agama, Mega Rabu lalu untuk siaran 16 April ini.

Semalam, Allahyarham juga dijadual membentangkan kertas kerja pada suatu seminar di Terengganu.

Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam walaupun semasa terlantar sakit di rumah.

“Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya.

Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal mengumpul, menyebar dan mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu.

Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif Tambi Ulama gigih dan Dermawan.

Allahyarham juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996.

Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu.

Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi Allahyarham adalah salah seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan.

Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah.

Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam antarabangsa.

Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari, Allahyarham memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di beberapa pondok di sana.”

Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam.

Kelebihan Allahyarham ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali dirinya.

Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Pattani dan Kalimantan Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji.

Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat Allahyarham menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah berjaya.

Pemergian Allahyarham memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja.

Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh Allahyarham akan meneruskan perjuangan yang murni ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:02 AM   0 comments
Tokoh ulama Nusantara meninggal dunia
Utusan Malaysia, 13 April 2007

KUALA LUMPUR 12 April – Ulama Nusantara, Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini kerana serangan angin ahmar.

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.

Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.50 pagi ini.

Allahyarham merupakan kolumnis ruangan Ulama Nusantara yang disiarkan setiap Isnin dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia. Beliau giat menyumbangkan karyanya kepada beberapa penerbitan lain. . Hasil kerjanya juga menjadi bahan rujukan para pelajar universiti, penggiat sejarah dan profesional dari dalam dan luar negara.

Menurut Setiausaha Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (Pengkaji), Abdul Halim Muhammad yang berkhidmat hampir 11 tahun dengan Allahyarham, beliau adalah seorang tokoh yang tiada tandingan di alam nusantara.

“Kesungguhannya dalam kerja penyelidikan dan penulisan tidak pernah pudar, meskipun menghadapi kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Gajah Mati, Pendang, Kedah malam ini atas wasiat Allahyarham untuk disemadikan berdekatan dengan keturunan beliau.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:59 AM   0 comments
Pelaburan saham melalui Internet haram – Majlis Fatwa
Utusan Malaysia, 13 April 2007

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM


KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk. Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:55 AM   2 comments
Cerai guna SMS sah jika suami tak gila
Thursday, April 05, 2007
Berita harian, 5 April 2007

Bersama Mohamad Isa Abd Ralip


APAKAH kedudukan perceraian sebenarnya dalam pandangan Islam. Apakah cerai patut dilakukan sekiranya suami tidak menyukai isteri dan tidak suka melihat isterinya lagi. Bagaimana pula jika suami hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi ‘Aku sudah ceraikan kau’ tetapi ketika SMS dikirimkan, suami berada dalam keadaan tekanan penyakit mental (skizophrenia). Maksudnya, suami tidak sedar perlakuannya dan tidak berniat menceraikan isteri. Apakah sah perceraian itu.


Ingin Tahu
Johor Bahru

Lafaz ijab dan kabul pada upacara akad nikah bermaksud lafaz penerimaan lelaki terhadap perempuan sebagai isteri, bukan satu akad bertempoh tetapi ikatan selama-lamanya.

Walaupun begitu, Islam juga ada mensyariatkan perceraian jika rumah tangga dibina tidak mampu diteruskan atau sudah tidak wujud persefahaman di antara pasangan.

Benci melihat isteri mesti bersebab dan tidak wajar dengan berdasarkan rasa saja suami ingin menceraikan isterinya. Walaupun Islam membenarkan perceraian, ia bukan tindakan digalakkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.”

Dalil pensyariatan talak dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk itu hanya dua kali. Kemudian bolehlah ia memegang terus (merujuk isterinya) dengan cara sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Talak satu dan dua saja yang boleh dirujuk ketika isteri dalam edah, dan rujuk tidak boleh kepada talak tiga.

Ia dipanggil talak bain kubra. Perceraian dalam Islam dianggap sah jika memenuhi serta menepati lima rukun talak ditetapkan.

Rukun itu ialah suami yang menjatuhkan talak; tempat talak dijatuhkan iaitu isteri yang sah; wilayah; suami yang berakal, baligh dan tiada paksaan (mukalaf) dan sighah, iaitu perantaraan sama ada talak dibuat dalam bentuk tulisan atau lafaz.

Tetapi, talak dibuat melalui tulisan media elektronik seperti SMS atau e-mel termasuk dalam lafaz yang boleh diterima dan perlu disahkan di mahkamah.

Rukun terakhir adalah qasad, iaitu lafaz talak sama ada dibuat dalam keadaan sarih (jelas) atau pun kinayah (sindiran).

Lafaz talak secara sarih seperti, “Aku ceraikan engkau dengan talak satu” tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talak memandangkan lafaz itu nyata dan terang menggugurkan talak.

Berbeza dengan lafaz kinayah seperti, ‘Kita berpisah’ memerlukan niat suami bagi menggugurkan talak kerana mungkin lafaz dibuat mempunyai maksud dan pengertian lain selain daripada perceraian.

Secara jelasnya, talak yang dilafazkan suami puan termasuk dalam talak secara kinayah iaitu dinyatakan secara tulisan melalui SMS.

Perceraian jenis ini kurang jelas dalam dua rukun iaitu sighah yang digunakan berserta niat atau qasad suami ketika perbuatan berkenaan dilakukan.

Untuk menentukan sama ada lafaz talak melalui SMS itu sah terhadap isteri, seharusnya hakim yang mendengar kes ini memanggil suami berkenaan bagi memastikan lafaz diucapkan itu bermaksud talak atau tidak.

Namun begitu, perceraian melalui SMS perlu disahkan di hadapan hakim. Jika suami mengaku mempunyai niat semasa menulis SMS itu, maka jatuh talak dari sudut hukum syarak.

Persoalan adakah gugur talak yang dibuat ketika suami dalam keadaan tidak sedarkan diri, iaitu suami berada dalam keadaan sakit atau mengalami gangguan mental (skizophernia).

Pendapat ulama daripada 'Uthman bin 'Affan, 'Umar 'Abdul 'Aziz, Tawus, al-Qasim dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad Hanbali menyatakan, mereka yang mabuk menyebabkan hilang akal tidak mempunyai perasaan, hukumnya seperti orang gila atau mereka yang sedang tidur atau mereka yang terpaksa kerana akal adalah sebagai syarat taklif syarak ke atas seseorang, sama ada suruhan atau larangan dan hukum adalah tidak diwajibkan ke atas mereka yang tidak faham.

Begitu juga hukum seseorang yang waras akalnya, tetapi dipukul kepalanya menyebabkan gila, maka gugur hukum taklifnya. Perceraiannya yang dilakukan ketika hilang akal bukan kerana mabuk, ulama bersependapat perceraian itu tidak dikira talaknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak diambil dosa daripada tiga jenis manusia, daripada mereka yang tidur sehingga sedar, kanak-kanak sehingga baligh, daripada orang gila sehingga sedar.”

Sabda Baginda: “Setiap perceraian adalah diharuskan, melainkan perceraian yang dilakukan oleh mereka yang bodoh dan mereka yang hilang akalnya.”

Begitu juga perceraian dilafazkan dalam keadaan marah, ulama bersepakat perceraian dalam keadaan marah sama ada menggunakan perkataan sarih atau kinayah yang disertakan niat adalah diambil kira talaknya. Tetapi, jika kemarahan itu sampai ke tahap hilang akal atau pitam, tidak dikira talaknya.

Ia berdasarkan hadis Khuwailid binti Tha'labah, isteri Aus bin al-Samit, Khuwailah menyatakan suaminya menziharkannya dalam keadaan marah. Beliau berjumpa Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Aku tidak nampak kecuali kamu diharamkan ke atasnya.”

Suami anda termasuk dalam golongan orang tidak sedar dan di luar kawalan kewarasan disebabkan penyakit skizophernia dan mengalami gangguan mental ketika melafazkan talak itu.

Tetapi mengikut prosedur mahkamah, jika benar suami tidak sedar ketika melafaz talak, kes itu memerlukan pengesahan pakar seperti doktor yang menyatakan suami menghidap penyakit mental.

Jika doktor dapat mengesahkan keadaan itu, barulah dapat diputuskan sama ada lafaz itu menggugurkan talak atau tidak. Namun jalan sebaiknya, puan mendapatkan pengesahan status perkahwinan melalui Mahkamah Syariah.

Melalui perbicaraan di mahkamah, hakim akan memutuskan adakah sudah gugur talak atau tidak.


# Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang soalan boleh dihantar ke admin@pgsm.org.my

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 4:24 PM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com