Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.
Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.
"Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam":
Blogger
28 Ogos 2005
Fatwa Pengharaman Anti-hadith
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith
ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada' dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12
Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada
wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca
kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.
TARIKH MUNCUL
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: )
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari
golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai
sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah
difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal
'iya zubillahi min zalik.
Fatwa Mufti Perak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Gerakan Anti-hadis
Isu :
"A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –
(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam
al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;
(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis
oleh Dr. Rashad Khalifa,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang
bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta
mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran
dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku
tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith
yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai
sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan
Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan
mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian
sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan
aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh
menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang
kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung
dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu
kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah,
syariah dan akhlak Islamiah.
Fatwa :
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
"Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2
Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah
Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti
berikut
C. OLEH YANG DEMIKIAN –
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada
Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu –
Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer
Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan
berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-
ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam
buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World";
(b) mencetak, menerbitkan, memiliki,
menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan
buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan
Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah
Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan"
atau "The Computer Speaks: God's Message To The
World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau
variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa
bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang
bertujuan memberikan publisiti
kepada mana-mana buku itu,pada atau
atas apa-apa bahan, sama ada bahan
cetak atau elektronik atau
selainnya atau melalui apa-apa
media; atau
(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana
Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan
atau mengembangkan kumpulan sedemikian."
Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49
Tarikh Pewartaan :
15 Feb 1996
Borak
Saddam Hussein executed for war crimes
Saturday, December 30, 2006
By CHRISTOPHER TORCHIA and QASSIM ABDUL-ZAHRA, Associated Press Writers 49 minutes ago
BAGHDAD, Iraq -
" type="hidden"> SEARCH News | News Photos | Images | Web" type="hidden"> Saddam Hussein struggled briefly after American military guards handed him over to Iraqi executioners. But as his final moments approached, he grew calm. He clutched a Quran as he was led to the gallows, and in one final moment of defiance, refused to have a hood pulled over his head before facing the same fate he was accused of inflicting on countless thousands during a quarter-century of ruthless power.
A man whose testimony helped lead to Saddam's conviction and execution before sunrise said he was shown the body because "everybody wanted to make sure that he was really executed."
"Now, he is in the garbage of history," said Jawad Abdul-Aziz, who lost his father, three brothers and 22 cousins in the reprisal killings that followed a botched 1982 assassination attempt against Saddam in the Shiite town of Dujail.
Iraqi television showed what it said was Saddam's body, his head uncovered and the neck twisted at a sharp angle.
The footage showed the man identified as Saddam lying on a stretcher, covered in a white shroud. His neck and part of the shroud have what appear to be bloodstains. His eyes are closed.
In Baghdad's Shiite enclave of Sadr City, hundreds of people danced in the streets while others fired guns in the air to celebrate. The government did not impose a round-the-clock curfew as it did last month when Saddam was convicted to thwart any surge in retaliatory violence.
It was a grim end for the 69-year-old leader who had vexed three U.S. presidents. Despite his ouster, Washington, its allies and the new Iraqi leaders remain mired in a fight to quell a stubborn insurgency by Saddam loyalists and a vicious sectarian conflict.
The execution took place during the year's deadliest month for U.S. troops, with the toll reaching 108.
" type="hidden"> SEARCH News | News Photos | Images | Web" type="hidden"> President Bush said in a statement issued from his ranch in Texas that bringing Saddam to justice "is an important milestone on Iraq's course to becoming a democracy that can govern, sustain and defend itself, and be an ally in the war on terror."
He said that the execution marks the "end of a difficult year for the Iraqi people and for our troops" and cautioned that Saddam's death will not halt the violence in Iraq.
Within hours of Saddam's execution, a bomb planted aboard a minibus exploded in a fish market south of Baghdad, killing 31 people. At least 58 others were wounded in the explosion in Kufa, a Shiite town 100 miles south of the Iraqi capital, said Issa Mohammed, director of the morgue in the neighboring town of Najaf.
Ali Hamza, a 30-year-old university professor, said he went outside to shoot his gun into the air after he learned of Saddam's death.
"Now all the victims' families will be happy because Saddam got his just sentence," said Hamza, who lives in Diwaniyah, a Shiite town 80 miles south of Baghdad.
But people in the Sunni-dominated city of Tikrit, once a power base of Saddam, lamented his death.
"The president, the leader Saddam Hussein is a martyr and God will put him along with other martyrs. Do not be sad nor complain because he has died the death of a holy warrior," said Sheik Yahya al-Attawi, a cleric at the Saddam Big Mosque.
Police blocked the entrances to Tikrit and said nobody was allowed to leave or enter the city for four days. Despite the security precaution, gunmen took to the streets of Tikrit, carrying pictures of Saddam, shooting into the air, and calling for vengeance.
Security forces also set up roadblocks at the entrance to another Sunni stronghold, Samarra, and a curfew was imposed after about 500 people took to the streets protesting the execution of Saddam.
A couple hundred people also protested the execution just outside the Anbar capital of Ramadi, and more than 2,000 people demonstrated in Adwar, the village south of Tikrit where Saddam was captured by U.S. troops hiding in an underground bunker.
In a statement, Saddam's lawyers said that in the aftermath of his death, "the world will know that Saddam Hussein lived honestly, died honestly, and maintained his principles."
"He did not lie when he declared his trial null," they said.
Saddam's half-brother Barzan Ibrahim and Awad Hamed al-Bandar, the former chief justice of the Revolutionary Court, were not hanged along with their former leader as originally planned. Officials wanted to reserve the occasion for Saddam alone.
"We wanted him to be executed on a special day," National Security adviser Mouwafak al-Rubaie told state-run al-Iraqiya television.
Sami al-Askari, the political adviser of Prime Minister Nouri al-Maliki, told The Associated Press that Saddam initially resisted when he was taken by Iraqi guards but was composed in his final moments.
He said Saddam was clad in a black suit, hat and shoes, rather than prison garb. His hat was removed and his hands tied shortly before the noose was slipped around his neck.
Saddam repeated a prayer after a Sunni Muslim cleric who was present.
"Saddam later was taken to the gallows and refused to have his head covered with a hood," al-Askari said. "Before the rope was put around his neck, Saddam shouted: 'God is great. The nation will be victorious and Palestine is Arab.'"
Iraqi state television showed footage of guards in ski masks placing a noose around Saddam's neck. Saddam appeared calm as he stood on the metal framework of the gallows. The footage cuts off just before the execution.
Saddam was executed at a former military intelligence headquarters in Baghdad's Shiite neighborhood of Kazimiyah, al-Askari said. During his regime, Saddam had numerous dissidents executed in the facility, located in a neighborhood that is home to the Iraqi capital's most important Shiite shine — the Imam Kazim shrine.
Al-Askari said the government had not decided what to do with Saddam's body.
The Iraqi prime minister's office released a statement that said Saddam's execution was a "strong lesson" to ruthless leaders who commit crimes against their own people.
"We strongly reject considering Saddam as a representative of any sect in Iraq because the tyrant only represented his evil soul," the statement said. "The door is still open for those whose hands are not tainted with the blood of innocent people to take part in the political process and work on rebuilding Iraq."
The execution came 56 days after a court convicted Saddam and sentenced him to death for his role in the killings of 148 Shiite Muslims from Dujail. Iraq's highest court rejected Saddam's appeal Monday and ordered him executed within 30 days.
A U.S. judge on Friday refused to stop Saddam's execution, rejecting a last-minute court challenge.
U.S. troops cheered as news of Saddam's execution appeared on television at the mess hall at Forward Operating Base Loyalty in eastern Baghdad. But some soldiers expressed doubt that Saddam's death would be a significant turning point for Iraq.
"First it was weapons of mass destruction. Then when there were none, it was that we had to find Saddam. We did that, but then it was that we had to put him on trial," said Spc. Thomas Sheck, 25, who is on his second tour in Iraq. "So now, what will be the next story they tell us to keep us over here?"
At his death, he was in the midst of a second trial, charged with genocide and other crimes for a 1987-88 military crackdown that killed an estimated 180,000 Kurds in northern Iraq. Experts said the trial of his co-defendants was likely to continue despite his execution.
Many people in Iraq's Shiite majority were eager to see the execution of a man whose Sunni Arab-dominated regime oppressed them and Kurds. Before the hanging, a mosque preacher in the Shiite holy city of Najaf on Friday called Saddam's execution "God's gift to Iraqis."
In a farewell message to Iraqis posted Wednesday on the Internet, Saddam said he was giving his life for his country as part of the struggle against the U.S. "Here, I offer my soul to God as a sacrifice, and if he wants, he will send it to heaven with the martyrs," he said.
One of Saddam's lawyers, Issam Ghazzawi, said the letter was written by Saddam on Nov. 5, the day he was convicted by an Iraqi tribunal in the Dujail killings.
Najeeb al-Nauimi, a member of Saddam's legal team, said U.S. authorities maintained physical custody of Saddam until the execution to prevent him being humiliated publicly or his corpse being mutilated, as has happened to previous Iraqi leaders deposed by force. He said they didn't want anything to happen to further inflame Sunni Arabs.
"This is the end of an era in Iraq," al-Nauimi said from Doha, Qatar. "The Baath regime ruled for 35 years. Saddam was vice president or president of Iraq during those years. For Iraqis, he will be very well remembered. Like a martyr, he died for the sake of his country."
Iraq's death penalty was suspended by the U.S. military after it toppled Saddam in 2003, but the new Iraqi government reinstated it two years later, saying executions would deter criminals.
Saddam's own regime used executions and extrajudicial killings as a tool of political repression, both to eliminate real or suspected political opponents and to maintain a reign of terror.
In the months after he seized power on July 16, 1979, he had hundreds of members of his own party and army officers slain. In 1996, he ordered the slaying of two sons-in-law who had defected to Jordan but returned to Baghdad after receiving guarantees of safety.
Saddam built Iraq into a one of the Arab world's most modern societies, but then plunged the country into an eight-year war with neighboring
" type="hidden"> SEARCH News | News Photos | Images | Web" type="hidden"> Iran that killed hundreds of thousands of people on both sides and wrecked Iraq's economy.
When the U.S. invaded in 2003, Iraqis had been transformed from among the region's most prosperous people to some of its most impoverished.
___
Associated Press Writer Will Weissert contributed to this report
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - Sebagai salah satu usaha berterusan membantu mangsa-mangsa banjir, Badan Perhubungan PAS Negeri Johor akan mengadakan program korban perdana sempena Aidiladha.
Menurut Ketua Penerangan PAS negeri, Saudara Mazlan Aliman, daging-daging korban itu akan diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di lapan daerah di seluruh Johor oleh para sukarelawan PAS bermula dari 31 Disember sehinggalah tamat hari tasyrik iaitu pada 3 Januari.
"Setakat tengahari ini (Jumaat, 29 Disember), kita telah menerima 10 ekor lembu untuk program korban itu. Saya menyeru kepada orang ramai dan ahli-ahli PAS untuk turut serta dalam program korban ini kerana jumlah mangsa banjir yang ramai di Johor," katanya.
Orang ramai yang berhajat untuk menyertai majlis korban perdana ini diminta menghubungi Saudara Mustafa Abdul Rahman (019-3635546), Onn Jaafar (019-7617220) atau terus Pejabat Badan Perhubungan PAS Johor (07-4316650).
Satu bahagian korban berharga RM350 dan pembayaran perlu disalurkan terus ke akaun Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BIMB 01032010007572).
Pilihanraya kecil Batu Talam akan diadakan dalam masa kurang enam puluh hari dari sekarang kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, dari UMNO.
Allahyarham meninggal dunia akibat menderita penyakit barah paru-paru dan usus pada 27 Disember 2006 lalu. Allahyarham meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang.
Menurut orang kampung ada batu berbentuk talam dan pinggan mangkuk di kampung tersebut. Dari situlah nama Kampung Batu Talam tercipta. Selain itu, di dalam sebuah gua di Kampung Ulu Gali, berdekatan pekan Sungai Ruan, juga dikatakan terdapat batu-batu berbentuk kerusi meja dan pelamin.
Di peringkat Nasional pula Batu Talam mengingatkan kita kepada kisah pembunuh kejam seorang Bomoh di dalam zaman moden ini. Kes pembunuhan paling sensasi pada awal tahun 1990-an. Siapa yang tak kenal Mona Fendey?
Pilihanraya kecil Batu Talam berlangsung pada tahun 1993. Ketika itu ADUN Batu Talam Dato’ Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 julai 1993 selepas mengeluarkan wang RM30 000 dari sebuah bank di Kuala Lumpur.
Akhirnya Maznah Ismail, Affendi Abdul rahman dan Juraimi Hussein ditangkap kerana membunuh. Perbicaran demi perbicaraan berlangsung dan akhirnya pada 2 November 2001 ketiga-tiga pembunuh kejam ini dihukum mati di tali gantung.
Kini sekali lagi pilihanraya kecil Batu Talam akan berlansung. Pilihanraya yang akan membuka sejarah baru politik tanahair dalam tahun 2007. Penulis menjangkakan pertandingan satu lawan satu di antara BA dan BN.
Dalam pilihanraya umum 2004 lalu seramai 78.70% adalah pengundi Melayu, Cina 11.30%, India 5.60% dan lain-lain 4.50%.
Sudah banyak isu-isu yang membebani rakyat. Isu kenaikan harga minyak, kenaikan tol di lima lebuhraya, isu jambatan bengkok, isu kenaikan harga barang, isu campurtangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan, isu AP dan berbagai-bagai isu lagi.
Inilah masanya rakyat terutamanya penduduk DUN Batu Talam membuat perubahan dan menyatakan protes mereka kepada kerajaan. Penulis mengharapkan BA dapat menewaskan BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti BN sebagai pemangkin untuk BA menghadapai piliharya umum ke-12 kelak.
Bangkitlah wahai penduduk Batu Talam! Tunjukkan protes anda dengan menolak BN dalam pilihanraya kecil nanti.
Dewan Pemuda PAS Pusat Berhubung Kenyataan Mufti Perlis
Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kenyataan Mufti Perlis berhubung isu serbuan khalwat di hotel supaya dihentikan oleh pihak berkuasa agama. Beliau menyatakan tujuannya agar dapat membersihkan imej Islam daripada perkara-perkara yang tidak sewajarnya.
Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin menegaskan bahawa cadangan ini akan menimbulkan implikasi yang lebih negatif. Ini kerana jika cadangan beliau dipersetujui, ia akan menggalakkan lebih banyak pasangan yang bukan mahram berkhalwat di hotel dan rumah tumpangan tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa agama.
Pihak Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat yakin pihak berkuasa agama akan menangkap pasangan yang berkhalwat berdasarkan maklumat orang ramai dan hasil risikan yang mengambil masa yang agak lama.
Kami meyakini pihak berkuasa agama tidak akan mengambil langkah yang semberono kerana ia akan mencemarkan imej jabatan agama dan Islam itu sendiri. Walaupun ada tangkapan yang salah dilakukan, ia hanyalah kes terpencil dan Mufti Perlis tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk memburukkan penguatkuasa jabatan agama dalam menangkap pasangan yang berkhalwat.
Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa cadangan beliau seolah-olah mengambil langkah berundur ke belakang. Di manakah konsep saddu al-zarai' yang semestinya diambil oleh pihak berwajib jika serbuan kepada pasangan berkhalwat diabaikan.
Adakah Mufti Perlis sanggup memejamkan mata apabila menerima aduan masyarakat setempat mengenai perbuatan sumbang yang dilaporkan di rumah jiran beliau, hanya kerana memegang prinsip dosa khalwat hanya melibatkan antara mereka yang berkenaan dengan Allah. Apa tanggungjawab kita sebagai seorang jiran yang perlu merealisasikan hadith Nabi saw yang bermaksud
“Apabila seseorang kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasa), jika tidak mampu hendaklah diubah dengan lidahnya (nasihat) dan jika tidak mampu hendaklah membencinya di dalam hati dan itulah selemah-lemah iman”.
Adakah Mufti Perlis hanya akan membenci kemungkaran tersebut di dalam hati sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk menegahnya.
Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat ingin mengingatkan Mufti Perlis bahawa bala Allah tidak hanya akan menimpa orang yang zalim di sesuatu tempat semata-mata, bahkan ia akan juga menimpa kepada golongan alim ulama yang hanya sibuk beribadat tetapi mengabaikan usaha untuk memperbaiki masyarakatnya yang rosak.
Tidakkah Mufti Perlis sedar bahawa gejala zina mutakhir ini semakin berleluasa di kalangan remaja, belia, dewasa, tua bahkan VIP yang mengaku dirinya seorang Muslim.
Justeru, tindakan proaktif sebagaimana yang dilakukan oleh JAWI perlu diberikan kredit kerana berjaya membongkarkan kemaksiatan yang berlaku di kalangan golongan VIP Melayu Islam yang menggunakan kondominium sebagai tempat mereka menikmati belaian gundik-gundik mereka kerana khuatir dihidu oleh isteri mereka.
Menjawab Kenyataan MUFTI PERLIS .
Kenyataan yang mengelirukan dan akan menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap nama baik Jabatan Agama dan pegawai-pegawai agama. Seolah-olah mereka merupakan orang-orang yang suka mengintai dan mengendap untuk mencari salah dan aib orang lain.
Walhal mereka melakukan tugas atas nama jawatan dan tanggungjawab rasmi yang diperakui oleh undang-undang. Sepatutnya, jika ada kesilapan yang berlaku, beliau sepatutnya mengemukakan teguran mengikut saluran yang betul, bukan membuat kenyataan di dada akhbar yang dibaca oleh khalayak ramai dan akan menimbulkan salah-tanggapan orang ramai.
Kenyataan di dalam akhbar tersebut jelas berniat jahat kepada pegawai-pegawai agama yang bertugas membenteras maksiat. Penggunaan bahasa mengintip, mengendap dan mencari-cari pasangan, jelas merupakan suatu penghinaan yang ditujukan kepada mereka. Amat mengecewakan jika bahasa sebegitu keluar dari mulut seorang mufti. Bahasa yang sepatutnya ialah menyiasat, membuat tinjauan, menyelidik.
Adakah apabila pegawai-pegawai agama tersebut memperolehi maklumat atau mendapat laporan tentang sesuatu kes di mana dua orang ( lelaki dan wanita ) yang meragukan di dalam sebuah bilik ( di mana orang yang melapor mengkhuatiri mereka berdua bukan pasangan suami-isteri ), lalu pegawai agama datang untuk menyiasat, ia mengetuk pintu bilik, apabila dibuka ia meminta dari mereka berdua surat atau sijil pengesahan perkahwinan, maka apakah perbuatannya itu dapat dikatakan sebagai mengintip atau mengendap.
Jika hendak dikatakan aib, apa yang aibnya bagi kedua pasangan tersebut untuk mengemukakan surat atau sijil pengesahan nikah jika mereka benar-benar pasangan suami isteri. Apabila polis meminta kad pengenalan dari kita, kemudian kita memberinya, adakah itu suatu yang mendatangka aib bagi kita ?
Jika memberi surat/sijil pengesahan nikah apabila diminta merupakan suatu yang aib, maka tidak ada gunanya undang-undang memperkenalkan sijil tersebut, begitu juga tiada guna masing-masing ada kad pengenalan kerana ia mengaibkan orang dan melanggar hak individu.
Begitu juga, apabila pihak jabatan agama mendapat laporan ada tempat-tempat awam ( taman-taman, kawasan-kawasan reakreasi ) yang menjadi sarang maksiat dari orang ramai, lalu mereka melakukan operasi tinjauan dengan pergi menyiasat tempat-tempat tersebut, maka apakah mereka dapat kita katakan mengintai dan mengintip.
Kemudian, dalam siasatan tersebut mereka menangkap pasangan yang sedang bercumbu-cumbuan ( beromen ), apakah tangkapan tersebut salah di sisi Syarak. Apa yang ingin kita tegaskan, sekalipun suami-isteri, bercumbu-cumbuan di tempat terbuka yang terdedah kepada khalayak ramai atau ada kemungkinan besar akan dilihat oleh orang lain merupakan suatu dosa di sisi Syarak.
Di dalam hadis Rasulullah menegah si suami menceritakan kisah hubungan ( seks ) antaranya dengan isterinya kepada orang lain, begitu juga ditegah si isteri menceritakan kisah hubungannya dengan suaminya. Jika menceritakan sudah dilarang, maka lebih-lebih lagilah dilarang jika hubungan itu dilakukan di hadapan orang lain.
Beberapa kenyataan beliau sebagaimana tulisan akhbar tersebut- bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam yang sebenar;
Pertama:
Menyalah-tafsirkan makna hak peribadi menurut Islam.
Kenyataan akhbar tersebut menyebutkan; Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin mengatakan amalan tersebut adalah bertentangan dengan prinsip hak peribadi menurut ajaran Islam dan juga terjumlah kepada suatu tindakan pencerobohan.
Penjelasan:
Di dalam Islam, hak peribadi diiktiraf selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Tidak ada di dalam Islam apa yang dinamakan hak atau kebebasan untuk melakukan maksiat atau kemungkaran. Seorang muslim tidak hanya diseru menjauhi munkar dan maksiat, malah diseru agar mengelak dari tempat-tempat yang meragukan, yakni menimbulkan salah tanggap orang lain terhadap dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Elakkanlah dari yang meragukan kepada yang tidak meragukan.
(Riwayat Imam at-Tirmizi dan an-Nasai.
Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini soheh)
Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah ( Hukum-Hakam Pemerintahan ) dalam bab berkenaan al-Hisbah ( Tugas menjalan amar makruf nahi munkar );
Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar ( yakni al-Muhtasib ) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedududukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut ), maka hendaklah ia menegah mereka, namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.
Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut; Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.
Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu; Takutlah kepada Allah dari bersunyian ( dengan wanita yang bukan mahram ) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah. Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya.
(Halaman 376)
Jika berada di satu jalan yang sunyi sudah dianggap meragukan, maka bagaimana jika seorang lelaki dan wanita yang diketahui bukan muhrim dilihat oleh orang yang mengenali mereka telah menyewa bilik yang sama, tidakkah itu lebih meragukan? Adakah hal sedemikian perlu dibiarkan dengan alasan menjaga hak peribadi?
Kedua:
Terdapat kenyataan beliau di dalam akhbar tersebut; Islam tidak menggalakkan manusia untuk pergi mendedahkan perbuatan maksiat.
Penjelasan :
Sememangnya Islam tidak menggalakkan pendedahan maksiat, namun harus diingat bahawa Islam juga mewajibkan maksiat dicegah apabila ia berlaku atau diketahui akan berlaku. Pencegahan terhadap munkar menjadi tanggungjawab yang amat besar di dalam Islam.
Ini dibukti dengan banyaknya ayat di dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam melaksanakan tugas al-Amru Bil-Makruf Wa an-Nahyu Anil-Munkar ( Mengajak kepada makruf dan mencegah dari Munkar ). Mengikut banciannya, sebanyak sembilan kali perintah tersebut diulang oleh Allah di dalam al-Quran.
Apabila dua orang yang bukan mahram dilihat atau diketahui berada dalam satu bilik yang tertutup, adakah mereka tidak perlu diselidiki atau dicegah dengan alasan Islam tidak membenarkan pendedahan maksiat atau munkar? Apakah apabila telah berlakunya zina dan perempuan yang terlibat dilihat mengandungkan anak haram, ketika itu barulah pencegahan boleh dibuat?
Kita meyakini bahawa para pegawai agama yang menjalankan operasi pencegahan maksiat, niat dan tujuan mereka pergi ke sarang maksiat atau ke tempat-tempat yang dikhuatiri berlaku maksiat bukan untuk mendedah maksiat tetapi untuk menyelidik dan melakukan pencegahan jika didapati maksiat/munkar benar-benar berlaku.
Tugas ini menepati peranan Hisbah yang telah lama dihuraikan oleh ulamak-ulamak Islam dalam kitab-kitab karangan mereka. Malah menurut ulamak, peranan Hisbah ini merupakan salah satu cabang tugas atau tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan Islam. Huraian lebih terperinci tentang Hisbah ini akan kita kemukakan di depan nanti.
Ketiga:
Antara kenyataan beliau dalam akhbar tersebut; Prinsip amr makruf nahi munkar hanya boleh dilaksanakan apabila sesuatu perbuatan maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka.
Penjelasan:
Kenyataan tersebut pada amnya benar, namun ia memerlukan penjelasan lanjut untuk mengelak kekeliruan.
Dalam Sistem Pemerintahan Islam terdapat satu jawatan khusus yang dinamakan al-Hisbah. Orang yang menjawatnya dinamakan dengan al-Muhtasib. Jawatan Hisbah tersebut berperanan secara rasmi bagi menangani tugas dalam negara untuk mengajak orang ramai kepada makruf (melaksana perintah Allah) dan mencegah munkar dan maksiat.
Menurut ulamak, antaranya Imam al-Mawardi; Al-Muhtasib (orang yang menjawat jawatan Hisbah tersebut) hendaklah benar-benar menjalankan peranannya tersebut. Tidak harus ia meninggalkan peranan tersebut kerana urusan-urusan yang lain.
Atas dirinya tugas amar makruf nahi munkar adalah fardhu ain yang tidak boleh diabaikannya. Kenyataan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa betapa pentingnya tugas amar makruf dan nahi munkar dalam sebuah negara dan masyarakat Islam pada pandangan ulamak.
(al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 363)
Dalam hal berkaitan dengan perbahasan kita, Imam al-Mawardi menjelaskan; Harus al-Muhtasib untuk menyelidik kemungkaran-kemungkaran yang diketahui secara zahir dengan tujuan untuk mencegahnya dan juga menyemak jika ada perkara makruf (perintah Allah) yang diabaikan dengan tujuan untuk mengajak orang ramai melaksanakannya.
Sememangnya munkar yang menjadi tanggungjawab al-Muhtasib menurut ulamak ialah munkar yang dzahir. Lebih jelas, para ulamak meletakkan tiga syarat bagi munkar yang hendak dicegah oleh al-Muhtasib;
Munkar itu adalah munkar yang zahir.
Munkar itu ialah munkar yang sedang berlaku atau dikhuatiri berlaku, yakni bukan munkar yang telah berlalu (kerana munkar yang telah berlalu menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mengenakan hukuman).
Munkar itu bukanlah yang diiktilafkan terhadap hukum munkarnya.
Namun demikian, perlu difahami bahawa syarat pertama ( iaitu Hendaklah munkar itu zahir ), bukan bermaksud hanya munkar yang berlaku terang-terangan atau di depan mata sahaja yang perlu diselidiki dan dicegah.
Secara tepatnya, syarat tersebut bermaksud; Hendaklah munkar itu terdedah kepada al-Muhtasib atau sampai ke pengetahuannya, bukan melalui intipannya.
Menurut penjelasan Dr. Abdul-Karim Zaidan; Termasuk dalam pengertian munkar yang zahir (nyata) ialah mana-mana tempat yang dirasai oleh al-Muhtasib dengan sangkaan yang ghalib bahawa terjadi munkar di situ, maka wajib atasnya untuk keluar ke tempat tersebut dan melakukan pemeriksaan serta pencegahan. Tidak harus ia mengabaikan perkara tersebut dengan duduk di rumahnya dengan alasan munkar itu belum berlaku atau belum diketahui.
(Usul ad-Dakwah, hlm. 190).
Berhubung dengan hukum melakukan intipan oleh al-Muhtasib, menurut Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah; larangan-larangan Allah ( maksiat atau munkar ) yang tidak zahir (yakni yang tidak terdedah atau tidak sampai ke pengetahuan al-Muhtasib ), tidak harus ia membuat intipan terhadapnya.
Oleh demikian, tidak harus al-Muhtasib mengintai-ngintai ke dalam rumah seseorang untuk melihat ada berlaku munkar atau tidak.
Namun dalam pada itu, beliau ( yakni Imam al-Mawardi ) menegaskan; jika al-Muhtasib merasai dengan sangkaan yang ghalib bahawa ada kumpulan atau pasangan sedang merancang secara rahsia untuk melakukan munkar berdasarkan tanda-tanda atau kesan-kesan yang dapat dilihat atau menjadi petunjuk, maka dalam hal ini, hendaklah diperhatikan jenis munkar tersebut;
Pertama:
Munkar dari jenis yang boleh membawa kepada rosaknya kehormatan jika dibiarkan seperti pembunuhan atau penzinaan.
Contohnya; al-Muhtasib telah diberi tahu oleh seorang yang siqah (dapat dipercayai) bahawa seorang lelaki sedang bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahram) untuk berzina dengannya. Dalam kes ini menurut Imam al-Mawardi, harus al-Muhtasib membuat intipan dan melakukan tinjauan atau siasatan.
Kedua:
Munkar dari jenis yang tidak sampai pada tahap tersebut, maka tidaklah harus dilakukan intipan oleh al-Muhtasib.
(Rujuk; Halaman 379-380)
Itu adalah ulasan Imam al-Mawardi tentang munkar yang berlaku secara tertutup.
Adapun munkar atau maksiat yang dilakukan di tempat terbuka (di taman, di tepi jalan, tempat-tempat reakreasi dan sebagainya), apa yang dapat kita fahami dari tulisan beliau dalam kitab tersebut ialah; munkar-munkar yang berlaku secara terang-terangan tidak harus dibiarkan sama sekali.
Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertangjawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan; Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.
Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahaan meminumnya).
KUANTAN 27 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang ini.
Allahyarham yang menderita penyakit barah paru-paru dan usus sejak setahun lalu sepatutnya diterbangkan ke kediamannya di Taman Shahbandar, Jalan Cheroh, Raub menggunakan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Bagaimanapun, cuaca buruk untuk ke Raub telah menyebabkan beliau terpaksa diterbangkan ke Hospital Gua Musang.
Menurut anak sulungnya, Tengku Saiful Bahri, 43, bapanya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) sejak empat hari lalu mula berada dalam keadaan tenat sejak petang semalam.
‘‘Melihatkan keadaan arwah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kami di Raub tetapi sewaktu beliau diterbangkan keadaan cuaca sangat buruk sehingga memaksa helikopter yang membawa bapa saya mendarat di IPD Gua Musang.
‘‘Arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 2 hingga 3 minit pesawat Nuri mendarat iaitu kira-kira pukul 6.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Tengku Saiful berkata, ibunya, Raja Noraziah Raja Yunan, 64, berada di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jelasnya lagi, sebelum ini, arwah pernah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama tiga hari sebelum dibawa ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan alternatif, Homepathy.
Tambah Tengku Saiful, disebabkan bapanya itu memerlukan rawatan pemindahan darah, Allahyarham kemudiannya dimasukkan ke HPKT.
‘‘Bagaimanapun, sewaktu dirawat di hospital tersebut keadaan bapa saya bertambah tenat,” ujarnya.
Tengku Paris memenangi kerusi Batu Talam selama dua penggal sejak tahun 1999 dan pada pilihan raya 2004 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi.
Beliau mendapat sebanyak 5,414 undi manakala lawannya pula menerima 2,653 undi.
Allahyarham memperoleh enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Raja Noraziah iaitu Tengku Saiful Bahari, Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30 dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya tengah malam ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Gali, Raub selewat-lewatnya petang esok.
Tahun 2006 semakin berada dipenghujung. Tirai 2006 bakal dilabuhkan dan tirai baru 2007 bakal menjelma. Berbagai persitiwa berlaku sepanjang tahun 2006 ini. Bagi penulis rakyat semakin terhimpit dan terbeban dengan dasar-dasar dan polisi kerajaan yang hanya mahukan rakyat sahaja berkorban. Musibah banjir di penghujung tahun menambahkan derita dan beban yang tidak kunjung habis dipikul oleh rakyat.
Beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aiduladha atau Hari raya Korban. Di negara kita iaitu Malaysia Hari Raya Korban tetah ditetapkan pada hari Ahad iaitu 10 Zulhijjah bersamaan 31 Disember 2006.
Umat Islam bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah SWT selama empat hari iaitu pada 10 hingga 13 Zulhijjjah iaitu pada Hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik kerana bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka. Dalam pada itu sebahagian lagi umat Islam pula akan sibuk menyambut kedatangan tahun baru 2007 dalam kalender masehi yang jatuhnya sehari selepas Hari Raya Korban.
Sebagai umat Islam, kita mengharapkan Umat Islam tidak menyambut tahun baru 2007 nanti dengan budaya mungkar yang penuh maksiat seperti konsert, jom heboh dan seumpamanya. Program mentor, juara antara juara yang cuba membudayakan remaja kini amat memalukan dengan penyanyi dan penarinya yang terloncat-loncat dan tidak menjaga aurat mereka. Apa nak jadi dengan remaja Malaysia kini jika ini budaya yang ingin dipaparkan oleh media massa utama kita.
Peristiwa banjir yang melanda beberapa negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyaksikan ramai rakyat yang menderita. Saya yakin dan percaya sambutan Hari Raya Korban dan Tahun Baru 2007 pada tahun ini tidak akan disambut dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya oleh mereka yang menyambutnya. Masing-masing mangsa banjir sibuk membersihkan dan membetulkan rumah dan peralatan yang rosak akibat banjir.
Tambah membebankan ialah sesi persekolahan 2007 akan bermula pada 3 januari 2007 nanti. Selain itu penduduk Malaysia juga dihadiahkan dengan kenaikan tol di lima lebuhraya utama yang mencecah sehingga 60%. Bantuan yang diterima oleh mangsa banjir tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan kerosakan dan kemusnahan yang mereka alami akibat banjir yang terburuk dalam masa 100 tahun ini.
Walaupun nilai ringgit semakin mengukuh dengan pengapungannya berbanding dollar Amerika. Harga minyak dunia yang telah turun. Rakyat masih lagi dibebani dengan harga minyak yang mahal. Rakyat telah berusaha menuntut harga minyak diturunkan dengan mengadakan ”Protes hingga turun” tetapi harga minyak tetap kekal dan tidak turun-turun.
Kenapa harga minyak tidak diturunkan? Sedangakan jika ia diturunkan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan dapat mengimbangi kesan kenaikan harga barang-barang keperluan mereka.
Akhirnya kita mengharapkan Umat Islam akan dapat menjalankan ibadat Korban pada Hari Raya Haji ini dan menghayati konsep Korban itu sendiri, begitu juga kepada sebahagian umat Islam yang berada di Makkah dapat menunaikan Haji Akhbar pada tahun ini dan mendapat haji yang mabrur.
KOTA TINGGI, 24 Dis 2006 (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera PAS di negeri ini terutama Unit Amal, yang telah bertungkus lumus turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini.
Selain itu beliau juga turut merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Johor dan juga negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir.
Kecenderungan orang perseorangan, syarikat dan juga ahli-ahli korporat ini menghulurkan sumbangan melalui PAS membuktikan keyakinan orang ramai terhadap ketelusan PAS dan mereka percaya sumbangan mereka akan sampai kepada mangsa-mangsa banjir ini.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan peruntukan tambahan kepada PAS kawasan Kota Tinggi, dekat sini kelmarin, hadir sama Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan dan Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Terdahulu Nasharuddin yang berkampung selama dua hari di Johor telah mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Segamat dan Kluang.
Katanya, peruntukan tambahan ini diberi memandangkan PAS Kota Tinggi turut menampung hampir seratus mangsa banjir di Markas PAS Taman Hijrah, dekat sini, selain itu terdapat juga mangsa banjir yang tinggal di pusat-pusat pemindahan yang disediakan kerajaan tetapi mangambil makanan di sini, ini disebabkan sama ada bekalan makanan tiada atau lewat tiba.
Sejak Negeri Johor dilanda banjir besar yang dianggap ‘luar biasa’ beberapa hari lalu, selain Timbalan Presiden, beberapa pemimpin PAS Pusat turut berkunjung ke Johor, antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut Nasharuddin lagi, sepanjang kunjungannya ke beberapa pusat pemindahan mangsa banjir khususnya di kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Segamat dan Kota Tinggi, mangsa-mangsa banjir ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PAS yang begitu pantas turun padang memberi bantuan berupa makanan kepada mangsa.
“Bagi kita hanya itulah sedikit sumbangan yang mampu diberi kepada rakyat sesuai dengan kedudukan PAS sebagai pembangkang, lainlah kalau kita kerajaan yang memerintah, sudah tentu bantuan yang akan kita beri jauh lebih besar lagi,” ujar beliau.
Katanya lagi, ini kerana terdapat sebahagian besar mangsa di pusat pemindahan yang mengadu kepada kita mereka tidak diberi makanan secukupnya selain tidak dibekalkan dengan air bersih selama beberapa hari, begitu juga terdapat beribu-ribu mangsa yang begitu lambat diselamatkan bahkan ada mangsa yang terpaksa berlindung di bumbung rumah selama dua hari tanpa makan dan minum.
“Kita hairan bagaimana negeri yang Umnonya dikatakan terkuat di dunia gagal menguruskan mangsa-mangsa banjir ini dengan cekap dan tersusun sehingga menyebabkan kebajikan mereka terabai,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu beliau mengingatkan seluruh ahli PAS bahawa segala penat lelah serta pengorbanan mereka untuk membantu rakyat yang sedang dilanda musibah adalah sumbangan yang sangat besar ertinya.
“Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang kita berikan ini dapat membuka mata rakyat Johor bahawa PAS bukan sekadar tahu berpolitik sahaja tetapi kita telah buktikan bahawa PAS juga mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat walau pun tidak sesempurna mungkin,” ujar beliau lagi.- tajdid
Penuh sesak, itu adalah gambaran awal dapat dijelaskan pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS dari seluruh negara yang diadakan di Padang Perdana di sini, hari ini.
Biar pun dalam suasana musim tengkujuh dan banjir melanda negeri-negeri di sebelah selatan semenanjung dan Pantai Timur, namun pemuda PAS dari seluruh tetap datang ke Kota Bharu bagi menghadiri perhimpunan yang dirancang sejak Jun lalu.
Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan kawasan sekitarnya penuh sesak dibanjir pemuda berpakaian baju t-shirt putih yang bertulis H15K Himpunan Pemuda PAS Pusat 2006.
Perasmian perhimpunan itu diadakan di dewan tersebut memandangkan keadaan padang masih berair disebabkan hujan sebelumnya. Bagaimanapun selepas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub merasmikan himpunan itu, program kemudian dipindahkan ke Padang Perdana disebabkan dewan tidak mampu menampung jumlah kehadiran.
Kawasan sekitar Hotel Perdana, Dewan Perhimpunan Perempuan, Jalan Bayam dan perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV penuh sesak dengan kenderaan peserta sehingga sebahagian Jalan Mahmood terpaksa ditutup kepada lalu lintas.
Bas juga banyak kelihatan diletakkan di kawasan tersebut.
Salahuddin ketika ditemui pemberita selepas perasmian menjelaskan sasaran bagi mencapai angka 15,000 pemuda menjadi kenyataan biar pun banyak negeri berdepan dengan banjir.
“Saya bersyukur kerana program yang dirancang dapat diadakan dengan jaya biar pun ada halangan di kalangan rakan-rakan kita di selatan tanah air.
“Ini menandakan pemuda PAS mulai bangkit kembali untuk meneruskan perjuangan terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang kemungkinan besar akan diadakan akhir tahun depan,” katanya.
Menurut beliau juga, perhimpunan tersebut dapat menggambarkan kekuatan sebenar sayap kanan parti bagi meneruskan perjuangan menegakkan Islam.
Kata beliau, Kelantan dipilih sebagai menggambarkan pemuda akan mempertahankan kepemimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS yang memerintah Kelantan sampai bila-bila.
Selain itu, mesej Pemuda mahu merampas semula Terengganu dan melebarkan pengaruh PAS di seluruh negara.
Katanya, perhimpunan tersebut menjadi pemangkin kepada gerak kerja pemuda dan bersedia berhadap dengan musuh politik termasuk Pemuda, Puteri dan Putera Umno.
Ketika berucap sebelum itu beliau berkata, perhimpunan tersebut diadakan di Kota Bharu bukan bermakna mereka tidak prihatin dengan mangsa-mangsa banjir di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, sebaliknya melaksanakan apa yang sudah lama dirancang.
Oleh itu Pemuda bercadang menubuh skuad khas bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara pada masa akan datang.
“Kita akan bergerak membantu mangsa-mangsa yang terperangkap dan membersihkan rumah-rumah mereka selepas banjir surut,” ujarnya.
Pemuda juga akan menubuh pusat human resource bagi menyalurkan maklumat semasa mengenai kegiatan pemuda.
Salahuddin juga memberitahu Pejabat Pemuda PAS Pusat akan berpindah ke Chow Kit Road bagi mengubah lanskap kawasan tersebut yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai kegiatan manusia.
“Kawasan ini sekarang dikenali sebagai pusat perniagaan, pelancongan dan kegiatan kurang bermoral. Dengan berpindah pejabat ke lokasi itu kita akan berusaha merubah lanskap yang tidak sihat kepada lebih baik,” ujarnya.
Pada program itu beliau juga melancarkan sistem SMS Komuniti UKJ (SMSUKJ) bagi membolehkan Sektretariat Dewan Pemuda PAS Pusat menghantar maklumat dan berita semasa dengan cepat serta efektif.
Anggota Pemuda dikehendaki mendaftar dengan menaip ‘on SMSUKJ’ dan hantar kepada 32244. Setiap SMS yang dihantar dicaj 50 sen kepada bil telefon penerima.
Pada program itu, Pemuda Kawasan Bachok, Kelantan menerima cek bernilai RM1,000 kerana berjaya mendaftar lebih 91 cawangan sehingga 21 Disember lalu.
Manakala kategori kawasan yang mempunyai 61 hingga 90 cawangan pula dimenangi Pemuda Kawasan Rantau Panjang dan Pengkalan Chepa.
PAS Johor buka bilik gerakan banjir di semua kawasan
Sunday, December 24, 2006
Harakahdaily, 24 Disember 2006 Oleh Salman Hussin Sun | Dec 24, 06 | 03:34:33 AM
KOTA TINGGI, 24 Dis 2006 (Hrkh) – Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Banjir PAS Johor, Aminolhuda Hassan, berkata, PAS Johor telah membuka Bilik Gerakan banjir di semua kawasan kecuali Mersing, sebaik saja banjir mula melanda negeri ini.
Tindakan segera ini telah berjaya menggerakkan seluruh tenaga terutama Unit Amal yang bertindak sebagai tenaga utama dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir.
PAS Johor juga, tambahnya mengucapkan terima kasih kepada PAS Pusat yang telah menyalurkan bantuan berbentuk wang ringgit bagi disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Memandangkan jumlah mangsa banjir semakin meningkat maka PAS Johor masih mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membolehkan bantuan dapat diberi kepada lebih ramai lagi mangsa.
"Kita difahamkan sehingga hari ini jumlah mangsa banjir di Johor telah mencecah 70,000 orang dan angka ini dijangka terus meningkat berikutan hujan yang masih berterusan.
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkan terus ke akaun PAS JOHOR (BIMB 1032010007572). -tajdid
KUALA LUMPUR, 24 Dis 2006 (Hrkh) – Yayasan Amal Malaysia turut bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas teruk terutamanya di negeri Johor.
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Saudara Jamuliddin Elias, ketika dihubungi berkata, lapan kumpulan bantuan banjir yang setiap satunya diketuai seorang doktor perubatan telah menjalankan kerja-kerja menyelamat, merawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Segamat sejak dua hari lalu.
Antara kampung yang dilawati, ujarnya adalah Kg Jawa, Kg Kasap, Kg Doi dan Kg Paya.
"Team Yayasan Amal telah merawat lebih kurang 220 orang di kampung-kampung tersebut di samping memberi bantuan susu untuk kanak-kanak.
"Kami juga sedang mengusahakan bantuan pakaian ke kawasan-kawasan yang memerlukan," ujar beliau.
Menurutnya, seramai lapan orang doktor perubatan, tujuh orang pembantu perubatan dan 15 orang sukarelawan terlibat dalam operasi itu dengan setiap kumpulan dianggotai empat hingga enam orang.
Yayasan Amal juga membahagikan operasi bantuan kepada tiga bahagian utama iaitu rawatan, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.
"Team rawatan diketuai Dr Halimah Ali, team penyelamat diketuai saya sendiri manakala team bantuan kemanusiaan diketuai Dr Rani Othman," ujarnya.
Pihak Yayasan Amal juga sedang berusaha mendapatkan bot-bot untuk memudahkan operasi khususnya di kawasan terjejas teruk.
Sehingga kini, jelas Jamuliddin, anggota Yayasan Amal daripada Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan telahpun digerakkan untuk membantu mangsa banjir.
"Saya menyeru para anggota Yayasan Amal di negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan lain-lain negeri supaya dapat membantu rakan-rakan mereka di negeri-negeri yang mengalami banjir," ujarnya.
Menurutnya, setakat ini Yayasan Amal Kedah yang diketuai Dr Hamdan telah menghantar anggota bantuan bersama 200 guni beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Gerakan bantuan juga, tambah beliau ditumpukan di kawasan Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Kepada seluruh anggota Yayasan Amal yang ingin turut serta dalam operasi bantuan mangsa banjir diminta menghubungi Ketua Bilik Gerakan Banjir Amal Johor, Saudara Onn Jaafar di nombor 019-7617220.
Jamuliddin juga memaklumkan bahawa sekumpulan anggota Yayasan Amal dari Kuala Lumpur akan bertolak ke Johor pada jam 1 petang ini.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan menerusi Yayasan Amal diminta menyalurkannya menerusi akaun "Amal Pusat" (Maybank 553010122090).-tajdid
SIAPA AKU? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
Lahirku di Kampung Al-Jaurah, Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah, Tercetus perang 1948, familiku berpindah, Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman, Malang menimpa, aku terhumban, Lumpuh seluruh badan, Namun, kutekad kekuatan, Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan, Minda, fikiran, tadbir jua amalan...
Kutamatkan pengajian sekolah, Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah, Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti, Hati yang terhiris itulah, Yang kubawa ke Mesir gagah, Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.
Di Palestin, Akulah guru, mengajar tatatertib, Berkhutbah di masjid, akulah khatib, Akulah pengasas Majma' Islami, Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh, Pengasas Majd Mujahidin pembunuh, 13 tahun penjara, mahkamah menyuruh, Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS, Gerakan Penentangan Islamiah, kemas, 1987, HAMAS berdiri tegas!
Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi, Dihukum penjara seumur abadi, Ditambah 15 tahun lagi, Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara, Pandangan kananku hilang mutiara, Mata kiriku kabur, terseksa didera, Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.
Subuh 1 Oktober 1997 barakah, Aku dibebas dengan janji payah, Antara Jordan & Israel laknatullah, Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.
Kusenyum, kulihat Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat, Menentang, melawan Zionis penjajah laknat, Hingga terbunuh jua tercedera berat.
Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri, Munajatku mohon ke hadrat Ilahi, Agar ganjaran Syahid diberi di sisi, Dan kuniat puasa di pagi hari.
Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya, Usai solat Subuh, tiada lama hanya, Tika berjalan pulang, aduh sakitnya, Tiada rasa nyeri, pulanglah, Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah, Haruman syurgawi, rohpun terbanglah, Duniaku, pisahlah, Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin! Siapa kamu? Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Hrkh) - Esok bermulalah Himpunan Pemuda PAS 2006 yang akan diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan bakal menghimpunkan seramai 15,000 pemuda PAS seluruh negara.
Menurut Penyelaras, Safarizal Saleh melalui kenyataan media yang difaksimilikan kepada Harakahdaily, perhimpunan tersebut adalah merupakan satu penyataan kesediaan Pemuda PAS untuk menggerakkan Jentera Pilihanraya Pemuda bagi menghadapi Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-12 yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat menurut sesetengah penganalisa politik.
"Dalam masa sama, ia adalah usaha menyusun dan mengukuhkan lagi struktur organisasi dan keahlian pemuda PAS di semua peringkat sama ada di kawasan mahupun cawangan.," katanya.
"Pemuda PAS akan menyatakan ikrar dan keazaman mereka untuk memberi sepenuh tenaga dan usaha untuk memastikan kejayaan dan kemenangan PAS pada pilihanraya akan datang," katanya lagi.
Majlis tersebut katanya akan dipenuhi dengan pelbagai acara dan ucapan daripada pimpinan PAS antaranya ialah Ucaptama Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Selain itu katanya turut diadakan acara yang pasti menarik perhatian ramai ialah pidato daripada bekas Ketua-Ketua Pemuda PAS seperti Dato' Mustafa Ali, Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Haji Mahfuz Omar dan Haji Mohamad Sabu.
Di samping itu, acara kemuncaknya adalah amanat daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz ; Presiden PAS Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Untuk sebarang maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi penyelaras perhimpunan Safarizal di talian 019-2231424.-Az
azhrddn writes "Isu kenyataan SS Dr Maza hangat diperkatakan.Berikut adalah beberapa pandangan yang boleh difikirkan bersama.Hasil wawancara di antara sipulan dan sipulan.Baca dan fikirkan dahulu. Keputusan terserah kepada tuan-tuan.
Isu kenyataan SS Dr Maza hangat diperkatakan.Berikut adalah beberapa pandangan yang boleh difikirkan bersama.Hasil wawancara di antara sipulan dan sipulan.Baca dan fikirkan dahulu. Keputusan terserah kepada tuan-tuan.
Sebelum itu, saya tekankan focus pandangan ini adalah pada penekanan SS Dr Maza dalam kenyataan yang di petik daripada akhbar Harian Metro :
“ New Straits Times kelmarin memetik Dr Mohd Asri sebagai berkata pegawai penguatkuasa jabatan agama Islam perlu berhenti merisik dan mengintai untuk menahan pasangan yang berkhalwat kerana bertentangan dengan kaedah yang disarankan Islam.
“Ia memalukan Islam melihat pegawai penguat kuasa agama kita ke hotel untuk mendapatkan senarai tetamu. Islam tidak mengalakkan kita mencari mereka yang berbuat dosa. Kita patut berpegang kepada ‘amar makruf nahi mungkar’ dan bertindak apabila jenayah dan maksiat dilakukan di tempat terbuka,” katanya….”
…………………………….
Sama-sama kita fikirkan wawancara ini dgn tenang :
1) Soalan = Apa perasaan saudara berkenaan isu kenyataan SS Pulau Pinang ?
Jawapan = sedih kerana kenyataan zahir itu mengundang seribu satu macam fitnah terhadap kekuatan ummah islam secara umumnya.
2) S = Pihak yang Pro kepada SS Pulau pinang cuba menyatakan pendirian masing-masing. Ada yg berkata Pas tidak adil pada SS,Teras berfikiran selari dalam mengulas kenyataan itu, ahli Pas suka menfitnah,ambil kesempatan politik, suka bermusuhan,kerana benci dengan Dr Maza segala-galanya di tolak……dan macam-macam lagi…Saudara pula bagaimana ?
J = Mudahnya,kalau kita nak komen politik harakah soleh, pertama sekali kena faham konsep asas SIASAH SYARIYYAH. Kita kena fIkir…mengapa ada kritikan terhadap kenyataan Dr Maza?, kemudian fikirkan apa akan jadi kalau tiada respon kritikan sedemikian dalam kontek realiti negara kita ?
Melalui Fiqh Muazanah dan Fiqh Waqi’ iaitu salah satu komponen penting yang mendokong kematangan dan kebijaksanaan Siasah Syariyyah, saya perincikan begini..
Melalui Fiqh Waqi’ kita perlu memahami suasana islam di Negara kita. Islam sangat diasak oleh musuh-musuh sekeliling samaada musuh yang kafir atau musuh umat islam yang liberal dan umat islam yang lemah dalam realiti seni OPERASI KERJA-KERJA ISLAMI.
Oleh kerana itu apabila kenyataan tersebut tidak di kritik,dengan mudah pihak musuh-musuh harakah soleh atau islam menyandarkan hujjah mereka kepada kenyataan itu.mereka akan memanipulasi kenyataan itu untuk secara umumnya memburukkan imej islam atau harakah soleh sekaligus menyungguhkan tuntutan mereka selama ini adalah benar.Dari sudut teknikal operasi perang, kenyataan Dr Maza menjadi senjata atau bahan kekuatan untuk mereka.
Ertinya, kalau tiada respon tegas berkenaan kenyataan itu, dibimbangi kerja-kerja atau strategi-strategi harakah soleh dan jemaahnya akan musnah sekelip mata.
Perkara ini memang dalam dilema,serba salah,ditelan mati emak diluah mati bapak.Kalau tiada kritikan musuh akan ambil kesempatann ini mudharat, kalau dikritikpun akan timbul fitnah sesama pencinta islam inipun mudharat.
Melalui Fiqh Muazanah,apabila bertembung dua mudharat ( kritik salah tak kritik pun salah )maka ulamak menggariskan penyelesaian dengan kaedah :
2) Dar ul Mafasid Muqaddam ‘ala Jalbil Masolih ( tindakan menolak kerosakan itu kita dahulukan berbanding tindakan mengambil manfaat kecil )
Ertinya dalam kes ini mengkritik kenyataan Dr maza itu dharuratnya ringan keranan dharurat hanya terkena pada dirinya sahaja.Berbanding tindakan tidak mengkritik, dharurat dan fitnahnya sangat luas,samaada kepada survival islam di tanah air kita, umat islam itu sendiri, atau kepada jamaah soleh dan harakah islam induk yang menaungi jamaah2 soleh itu.Dalam kes makan babi ketika dalam dharurat boleh kita kiaskan.Di situ berlaku dua kerosakan tak makan babi nyawa akan hilang, makan babi pula adalah haram, maka ketika ini menjaga nyawa perlu diutamakan maka islam membenarkan makan babi dengan syarat-syaratnya.Di sini aulawiyyat / preority sangat perlu terutama kepada mereka yang bergelar pemimpin.
Memang isu ini meletakkan kita dalam dilema.Tapi dalam seni OPERASI KERJA ISLAMI keputusan perlu dibuat dan tindakan perlu diambil dengan tujuan memenuhi tuntutan waqi’ yang ada.semuanya untuk kepentingan umum.Inilah kematangan dan kebijaksanaan Siasah Islami.
3) S = Mengapa dalam kes tuhan samseng,TGNA tidak mendapat kecaman daripada pihak pencinta islam.Adakah kerana individu itu bermasalah atau berlainan aliran apa yang dikata semua tak betul?
J = Dalam keadaan biasa,ada benarnya persoalan ini.Tetapi kalau kita pergi lebih jauh, khususnya dalam persoalan pengalaman atau kemahiran SENI OPERASI KERJA ISLAM dalam Negara kita, kita akan dapati betapa perlunya kita membezakan antara PANDANGAN PIMPINAN SOLEH DAN PANDANGAN ORANG YG DIPIMPIN.Bezakan antara HARAKAH SOLEH INDUK dan individu.Lihat situasi kes tuhan samseng.Ia telah diperbahaskan secara ilmiah.Telah jelas kedudukannya.Tapi dalam kes kenyataan Dr Maza dalam akhbar bekenaan, ia dilontarkan dalam suasana islam dikelilingi musuh-musuhnya.
Suka saya katakan sebagai pencinta islam mesti ada ikatan dengan harakah soleh atau jamaah soleh terdahulu yang memahami strategi bergerak dalam berdakwah.Kita bukan pemula perjuangan apalagi menganggap kta adalah mujaddid kurun ini.Kita hebat dalam konsep tapi kita kerap gagal dalam seni praktikel dalam masyarakat.
4) S = Tidakkah kenyataan Dr Maza benar menurut konsep Amar Makruf Nahi Mungkar ? Menepati saranan Buku Fiqh Daulah Dr Qhardhawi dalam bab cegah mungkar ?
J = Kita fokus pada kenyataan akhbar itu dan soal kemahiran SENI OPERASI KERJA ISLAM dalam Negara kita.Saya dah kata ramai orang berjaya memahami konsep tetapi gagal apabila berada dalam realiti alam praktikel bersama masyarakat.Bahkan kalau berbicara pasal konsep pun , tindakan jabatan agama dalam kes ini masih mengikut prosuder, mereka menerima aduan. Dalam Bab Hisbah, perbahasannya sangat cantik.Jabatan agama berkenaan telahpun berkunjung kepejabat mufti itu .Bermunaqasyah mencari titik temu.Tindakan ini bagus,dan sepatutnya Mufti itu bertindak demikian sebelum menyatakan penekanannya terhadap isu ini.
Berkenaan buku Fiqh Daulah.Perlu kita fahami Dr Qardhawi menulis secara umum dengan konsep yang umum.Supaya boleh dirujuk oleh pihak kawan dan lawan. Apabila kita berada diruang praktikal kita berhak mengaplikasi kaedah umum itu mengikut kesesuaian dan tuntutan waqi’.Adakalanya praktikalnya berbeza tapi maqasid atau matlamatnya sama.Dr Yusuf Qardhawi sangat menyungguhkan persoalan perubahan fatwa bergantung dengan perubahan waqi’.Bezakan antara “ tahwaabit dan mutaghayirat ”.
Tiada pertembungan di sini kalau kita tumpu pada fokus kes ini.
5) S = Adakah ini melambangkan buruknya aliran Wahabi dan pengikut-pengikutnya ?
J = Mohon perlindungan daripada Allah daripada maksud soalan ini.
Secara peribadi saya tidak gemar melabel si pulan itu dan ini dengan label buruk.Khuatir ia akan menambah perpecahan ummah islam.Bagi saya bukan soal nama atau istilah.Yang menjadi punca sekarang ialah sikap atau ciri-ciri negatif yang ada.Sikap atau ciri-ciri seperti “ memperbesarkan isu furu ”….” Aku sahaja yang lebih dekat dengan Rasul..” “ bermudah-mudah menghukum amalan ini sesat masuk neraka “ “taassub melulu” “bersikap celupar dengan harakah soleh “ dan lain-lain lagi.
Kalau saya memiliki sifat ini orang lain berhak membenci saya walaupun ketika itu saya bukanlah wahabi.Kalau nama saya Wahabi belajar di Arab Saudi suka kepada tokoh Wahabi tetapi tidak ada sikap negative di atas, saya percaya tidak timbul fitnah begini.
Kita perlu pandu minda ummah khususnya pencinta islam agar jangan bersikap begini.Kalau kita membaca buku Dr Qhardhawi kita akan faham kemelut ini.
Saya cuba memahami apa yang tersirat di balik kenyataan zahir Dr Maza di dalam akhbar itu.Dengan husnus zhon ,saya percaya niat beliau baik.Perkara yang sama perlu dipraktikkan oleh Dr Maza dan akan-rakannya agar memahami apa maksud tersurat di balik respon-respon tegas ke atas kenyataannya.Saya kira ini titik pertemuan kita.Kekocakan antara pencinta islam adalah gelombang pemusnah buat musuh kita bersama
6) = Apakah pesanan terakhir atau harapan saudara dalam kes ini ?
J = Setiap yang berlaku kita fikir dengan tenang dan rasional.Jangan dahulukan emosi atau amarah.Disebalik kes ini ada seribu satu mcam pengajaran khususnya berkenaan pripentingnya memahami SENI OPERASI KERJA ISLAMI dalam Negara kita.
Dr mahmod zuhdi, Dr Harun din dan lain2....
mereka memahami konsep seni kerja dlm harakah islamiah...
bila mereka kerja di luar Pas....mereka tahu apa yg perlu disumbangkan
pada Pas....langsung atau tidak langsung....mereka tahu yang mana satu arahan pimpinan harakah dan yang mana satu bukan arahan...mereka tahu isu mana yg boleh memberi manfaat umum ( kekuatan harakah )...isu mana yang sekadar memberi manfaat individu dikendiankan.....mereka tahu disiplin parti.....
mereka bergerak selari dlm kerangka amal jama'i dan amal ijtimaie....
Bukan soal membenci individu,tak tahulah, tapi saya suka kata....
- konsep dakwah satu hal....
seni praktikel dakwah bersama masyarakat dan musuh satu hal..
- teori dalam kitab satu perkara...
praktikel ilmu dan penyelarasannya dengan waqi' satu perkara lain.....
- kepemimpinan / siasah syariyyah satu hal....
org yang dipimpin satu hal.....
- ada perbezaan antara kepatuhan dgn pemimpin negara yg soleh
dan kepatuhan kpd syeikh atau guru....
Bukan soal membenci individu....
tapi yg perlu diteliti ialah...
sikap memperjuangkan " individu " dlm kerja2...
harakah soleh dulu kini dan selamanya memperjuangkan " islam....'
Sebagai seorang islam...
saya masih sayangkan Dr Maza....
tak sanggup saya nak kata
dia pendokong liberal , bersekongkol dengan liberal.....
apa yg ada hanyalah perumpamaan, agar masyarakat berjaga-jaga.
TAPI INILAH REALITI ALAM PERJUANGAN
DALAM PERJUANGAN ISLAMI, FAHAMI konsep dan SENINYA PRAKTIKALNYA......
YG PASTI SAYA , MAZA, DAN KITA SEMUA pencinta islam......