Login Weblog

Koleksi Artikel 1

Blog ini mengandungi koleksi artikel yang berguna sebagai infomasi dan rujukan untuk diriku dan orang lain dari harakahdaily, utusan Malaysia, berita harian, Tranungkite Online dan dari beberapa website lain. Terdapat juga sedikit tulisanku di dalam blog ini.

Dakwah cyber mestilah diterokai oleh pendakwah muslim walau pun bidang ini masih baru. Sebagai OKU inilah kesempatan bagiku untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah. "Sesungguhnya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata kerana Allah Tuhan Semesta Alam": Blogger 28 Ogos 2005

 

Menu
|Koleksi Artikel 1| |Koleksi Artikel 2| |Weblog OKU 2| |Weblog OKU 1| |e-Book|
Waktu Malaysia
Iklan





Waktu Solat
Alumni Maahad Hamidiah Kajang

Subscribe to Maahad Hamidiah
Powered by groups.yahoo.com

Fatwa Pengharaman Anti Hadith

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

Fatwa Mufti Perak

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

Borak
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Keimanan belum sempurna jika sakiti jiran
Tuesday, June 26, 2007
Berita Harian, 26 jun 2007

Oleh Mohd Shukri Hanapi

KEMANTAPAN dan keutuhan masyarakat bergantung kepada ketinggian budi pekerti. Dengan adanya adab kesopanan dan budi pekerti tinggi menjadikan seseorang manusia itu dihormati serta disegani masyarakat.


Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Justeru, demi kepentingan hidup yang boleh menjamin ketenteraman dan kebahagiaan, Islam menggariskan beberapa peraturan hidup bermasyarakat.

Salah satu daripadanya, menghormati dan berbuat baik kepada jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal dalam satu bangunan (blok), mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dan yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah daripada rumah kita.

Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah cara hidup Islam. Umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dengan jiran demi mewujudkan kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Ia secara tidak langsung memberi kemudahan menyelesaikan masalah yang timbul.

Tuntutan supaya berbuat baik dengan jiran dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh.” (Surah an-Nisa’, ayat 36)

Perkara itu juga dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku mengenai jiran tetangga sehingga aku menyangka bahawa beliau (iaitu jiran) yang akan mewarisinya (pusaka).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran pada masa kini menghadapi sedikit kesulitan kerana hakikat kehidupan dikelilingi manusia yang mempunyai pelbagai pandangan, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa, budaya dan politik berbeza.

Walau bagaimanapun, perkara itu dapat diatasi jika masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah serta kasih-sayang.

Di samping itu, sikap negatif seperti buruk sangka, iri hati, dengki dan fitnah perlu dikikis dan dijauhkan. Usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan.

Betapa pentingnya hubungan kejiranan itu apabila dikaitkan dengan iman. Keimanan seseorang masih belum sempurna jika tidak menghormati dan kasih jirannya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keimanan seseorang tidak sempurna jika dia menyakiti jirannya, sama ada melalui celaan, memfitnah dan buruk sangka.

Mencegah daripada menyakiti dan melakukan penganiayaan terhadap jiran adalah antara hak jiran yang perlu dijaga.

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, perlu melihat kepada kelebihan hidup berjiran. Antaranya, saling bantu-membantu ketika berlaku kecemasan atau di timpa musibah.

Sebagaimana dijelaskan, jiran adalah orang yang tinggal paling hampir dengan rumah kita. Segala perkara yang berlaku terlebih dulu diketahui jiran. Kerana itu, jiran adalah orang paling dekat untuk memohon pertolongan ketika ditimpa musibah seperti kebakaran, kecurian atau kematian.

Pertolongan seperti inilah yang diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya hubungan yang kuat antara jiran dapat melahirkan suasana seperti ini. Melindungi jiran daripada kesusahan adalah budi pekerti tinggi pada pandangan Islam.

Selain itu, hidup berjiran dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kenalan. Jiran yang tinggal berhampiran mempunyai latar belakang berbeza seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya dan adat resam.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Mempunyai ramai kenalan rapat, terutama dalam konteks hidup berjiran banyak memberi manfaat, antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah; mendapat nasihat kesihatan berjirankan doktor; membaiki kerosakan kenderaan jika berjirankan mekanik.

Berikutnya, jiran sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah dan samseng. Ia dapat dilakukan melalui pembentukan rukun tetangga, jawatankuasa keselamatan kawasan atau kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti ini sangat digalakkan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

Jelaslah kepada kita penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran serta kesejahteraan negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana jika kita belum menjadi jiran yang baik terlebih dulu. Walau sebesar mana sekalipun arus perubahan melanda masyarakat kita, semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.

Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan persaudaraan Islam dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan mendapat keberkatan daripada Allah adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan serta kebinasaan.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:22 AM   0 comments
Israiliyat cerita ambilan daripada Bani Israel

Utusan Malaysia, 26 jun 2007

Dr. Abdul Rashid Ahmad.

Firman Allah, Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayat-ayat Allah.

Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto MOHD. ZAKKI JILAN menemu bual pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad bagi mengupas isu ini.

UTUSAN: Apakah yang dimaksudkan dengan tafsiran Israiliyat ?

DR. RASHID: Secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan Yahudi dan Nasrani.

Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan penciptaan. Namun begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan definisi ini dengan merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam tamadun Islam termasuk kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi.

Oleh itu, apabila dikaitkan Israiliyat dengan tafsir atau tafsiran Israiliyat maka ia bermaksud tafsiran-tafsiran yang dibuat bersandarkan kepada cerita-cerita atau riwayat-riwayat yang bersumber daripada Yahudi dan Nasrani atau semua unsur asing yang diserap masuk ke dalam kitab tafsir.

Apakah peranan ahli kitab dalam tafsiran Israiliyat ini?

DR. RASHID: Memang golongan Yahudi dan Nasrani dikenali sebagai ahli kitab kerana kepada mereka diturunkan kitab Taurat dan Injil. Hal ini telah disebut oleh al-Quran sendiri contohnya dalam surah al-Ma’idah ayat 15.

Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi hubungan baik antara umat Islam dan ahli kitab ini wujud. Hubungan ini terbukti apabila sebahagian para sahabat merujuk kepada ahli kitab untuk mendapatkan keterangan berkenaan kisah-kisah yang disebut dalam Al-Quran tentang kisah Nabi Isa a.s. dan mukjizatnya, tentang umat-umat terdahulu seperti kisah penghuni gua (ashab al-kahfi) dan sebagainya.

Tujuan para sahabat adalah sekadar mendapat penjelasan berhubung kisah-kisah tersebut yang mempunyai persamaan dengan kisah yang disebut dalam Taurat dan Injil.

Seperti maklum bahawa cara pembentangan al-Quran tentang kisah-kisah ini adalah secara ringkas berbeza dengan Taurat dan Injil yang memperincikannya.

Demikianlah kita nampak betapa rapat kaitan cerita ini dengan ahli kitab dan salah satu faktor yang mendorong ke arah itu.

Adakah kita dibenarkan menggunakan tafsir Israiliyat dalam berdakwah?

DR. RASHID: Bagi menjawab soalan ini, kita mesti melihat kepada kedudukan riwayat Israiliyat tersebut. Dalam hal ini, para ulama telah membahagikan Israiliyat kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama, maklumat atau cerita yang diketahui kesahihannya menerusi al-Quran dan al-sunah. Apa yang termasuk dalam bahagian ini boleh diriwayatkan dan dijadikan sebagai hujah. Inilah yang disabdakan Nabi yang bermaksud, Dan riwayatkanlah daripada Bani Israel, tiada salahnya (Sahih al-Bukhari, no. hadis 3451).

Bahagian kedua, maklumat atau cerita yang diketahui pendustaannya kerana menyalahi al-Quran dan sunah. Semua yang termasuk dalam bahagian ini dilarang meriwayatkannya, ditegah mengambilnya dan bertanya mereka tentangnya.

Bahagian ketiga, apa yang didiamkannya tanpa komen. Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian pertama dan kedua. Kita tidak boleh mempercayainya dan tidak pula mendustainya. Inilah yang termasuk dalam sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud, Janganlah kamu benarkan Ahli Kitab dan jangan kamu dustakan mereka. (Sahih al-Bukhari, no. hadis 4485).

Berdasarkan huraian tadi, jelas bahawa ada riwayat dan cerita yang boleh digunakan dalam berdakwah dan ada yang dilarang meriwayatkannya.

Sebabnya, dalam masyarakat kita, apabila diperincikan sesuatu kisah itu mereka seronok. Jadi ini adalah antara punca mengapa tafsiran Israiliyat berkembang dan digunakan. Ini untuk targhib atau menarik minat masyarakat kepada agama. Tujuannya baik tetapi ia telah disalahgunakan dan menjejaskan Islam.

Oleh itu, golongan alim terutamanya perlu berhati-hati apabila hendak menyampaikan kisah-kisah dalam al-Quran hendaklah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kita bimbang masyarakat akan terus percaya dengan tafsiran Israiliyat apabila menemuinya dalam majalah atau buku-buku.

Adakah tafsiran Israiliyat menjejaskan syariat?

DR. RASHID: Ini mestilah merujuk kepada sejauhmana ia menepati al-Quran dan sunah atau sebaliknya. Sekiranya ia bertentangan dengan roh syariat Islam yang suci, sudah tentu ia menjejaskan syariat. Perbuatan sedemikian adalah haram dan ia tidak patut digunapakai atau disebarkan.

Tafsiran yang menjejaskan syariat adalah seperti kisah Nabi Ayub yang dikatakan sakit berbelas tahun lamanya sehinggakan badannya berkudis dan berulat. Dikatakan dagingnya gugur sama sekali hanya tinggal tulang sahaja.

Patutkah seorang Nabi yang menjadi kekasih Allah dan pilihan-Nya diuji sedemikian rupa sehingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang yang patut dihormati.

Demikian juga dalam Hasyiyah Tafsir Jalalain oleh al-Sawi masih ditemui syarah tentang bumi ini di atas tanduk seekor lembu jantan dan lembu itu di atas belakang ikan Nun. (Lihat tafsiran surah Nun oleh al-Sawi)

Tafsir ini juga menceritakan kisah Nabi Sulaiman yang membuat istana berlantaikan kaca. Apabila Ratu Balqis berjalan di atasnya disangkanya air lalu beliau menyingkapkan kainnya, lalu Nabi Sulaiman melihat dua betisnya, yang didakwa oleh jin bahawa ia berbulu seperti keldai.

Patutkah seorang Nabi dikatakan berbuat sesuatu dengan tujuan melihat betis wanita? (lihat Tafsir Jalalain, al-Naml: 44).

Pada tafsiran yang lain dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman tertinggal solat Asar kerana sibuk memeriksa kuda-kuda untuk berjihad. (Lihat, Tafsir Jalalain, Sad: 31)

Contoh-contoh seperti itu adalah antara riwayat Israiliyat yang tidak logik.

Ada juga tafsiran mereka yang bertentangan dengan sains, seperti bumi di atas tanduk lembu tadi. Walhal Islam tidak bercanggah dengan sains.

Bagaimana kita hendak mengesan tafsir al-Quran yang mengandungi ciri-ciri Israiliyat?

DR. RASHID: Majoriti tafsiran Israiliyat ini berlaku ketika menafsirkan ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah al-Quran.

Maka mana-mana tafsir yang cenderung menafsir secara terperinci cerita-cerita itu hendaklah diberi perhatian khusus sama ada ia daripada sumber yang sahih atau sebaliknya.

Untuk mengenalpasti kesahihannya haruslah melalui beberapa kaedah. Pertama, kita harus menilai riwayat-riwayat tersebut adakah selari dengan syariat Islam atau tidak. Atau tegasnya sesuai dengan maksud al-Quran dan sunah atau tidak.

Kedua, harus dilihat bahawa ia sesuai dengan logik akal atau tidak. Ini kerana banyak riwayat dan kisah Israiliyat yang tidak logik.

Dan ketiga, ia boleh dikesan melalui kritikan ahli tafsir itu sendiri apabila ia membentangkan satu-satu kisah Israiliyat dalam kitab tafsirnya.

Ada juga ulama yang jujur dalam membicarakan Israiliyat ini. Antaranya ialah Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Beliau menyebut tentang Israiliyat ini sekadar untuk memaklumkan masyarakat mengenainya supaya mereka tidak terpengaruh dengan tafsiran sedemikian.

Antara buku yang boleh dirujuk dalam isu ini adalah seperti berikut:

* Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad (1408). Al-Israiliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir.

* Al-Dhhabi, Muhammad Husayn(1987). Al-Tafsir wa al-Mufassirun.

lAbd al-Wahhab Abd al-Wahhab Faid(1978). Al-Dakhil fi al-Quran al-Karim.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:09 AM   0 comments
Jom ke yahoo group Harakahdaily!
Friday, June 22, 2007
Harakahdaily
Fri | Jun 22, 07 | 03:55:05 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Ingin mendapatkan berita muktahir dan terkini? Ingin bersantai sambil membaca berita-berita serta maklumat alternatif sewaktu bercuti? Atau ingin melengkapi diri dengan perkembangan semasa dengan maklumat alternatif?

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Kini anda berpeluang untuk mendapat segalanya dengan menyertai yahoo group Harakahdaily.

Para peminat, penyokong dan pembaca berita alternatif dipelawa untuk menyertai secara percuma yahoo group ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah layari; http://groups.yahoo.com/group/harakah_daily dan daftarkan diri untuk mendapatkan segala maklumat melalui emel peribadi anda.

Jom meriahkan sumber maklumat dan pemberitaan alternatif terkini!

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:50 PM   0 comments
Mel ex Wings tidak ceramah, hanya menyanyi saja

www.klpos.com, 20 jun 2007

Oleh Wartawan klpos.com

KHABAR TERBARU kami terima dari rakan-rakan rapat bekas penyanyi kumpulan Wings Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin. Menurut beliau, berita klpos sebelum ini bahawa Mel berceramah di pentas Keadilan tidak tepat. "Yang sebenarnya Mel dijemput untuk menyertai konsert hiburan Islam yang dianjurkan oleh Biro Penerangan Keadilan Pematang Pauh pada 23 Jun ini," kata rakan rapat Mel kepada kami. Sementara itu, klpos.com sedang mengaturkan temubual dengan Mel mengenai perkembangan terkini beliau termasuk album barunya yang berunsur dakwah. Ikuti klpos.com dari masa ke semasa untuk membaca temubual tersebut.

BERITA SEBELUMNYA

Oleh: Wartawan klpos.com

BEKAS penyanyi utama kumpulan Wings Ismail Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Mel kini menjadi pendakwah. Menurut Mel, beliau bersyukur kerana mendapat hidayah lebih cepat dan ketika usia masih lagi dalam lingkungan 30-an. Yang penting sekarang dia mahu berbakti kepada masyarakat pula, itu cita-cita utamanya. Dan lebih penting lagi, beliau kini berceramah di atas pentas parti Anwar Ibrahim, Keadilan.

Menurut maklumat yang diterima klpos.com, Mel akan berceramah DI DEWAN YAYASAN AMAN PENANTI, PERMATANG PAUH pada Sabtu 23 Jun ini jam 9.00 malam.

Program tersebut anjuran Biro Penerangan Keadilan Pematang Pauh.

Mel diingati selepas mengantikan penyanyi utama Wings Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka.

2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing dihasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings.

Antara lagu popular beliau adalah, Biru mata hitamku, semalam yang hantar dan lena diulit intan.

Mungkinkah Mel akan mengikuti jejak langkah Ustaz Akil Hai, yang kini merupakan penceramah PAS. Sama-sama kita saksikan.

Temubual dengan Mel di ambil dari laman webnya http://mel.com.my.


Apa yang mendorong perubahan Mel?

Saya masuk Wings bukan sebab saya minat rock. Bapa saya imam masjid, emak saya ajar orang mengaji al-Quran. Saya pun bilal masa itu. Tetapi sebab Joe (Wings) ajak sangat saya masuk untuk ganti Awie tahun 1995, saya masuklah. Tiba-tiba nama saya besar juga. Lagu Lena Diulit Intan yang julang nama saya. Tiba-tiba populariti datang. Tetapi saya tanya diri saya sampai bila hendak macam itu? Lebih setahun, saya ambil jalan keluar sebab antara kami (anggota Wings) banyak perbezaan. Banyak benda yang tak boleh ngam. Jadi sebab saya masih hendak berkawan lagi dengan mereka sebagai sahabat, saya ambil keputusan tarik diri. Terus terang saya cakap, setiap artis ada ego sendiri. Begitu juga saya.

Mel nampaknya macam menyesal pernah terlibat dengan Wings?

Susah hendak cakaplah. Hiburan ni sebenarnya banyak sangat melalaikan. Teruk! Tapi kita tak pernah hendak sedar. Bukan hendak puji penyanyi-penyanyi luar. Artis macam Gun ‘n’ Roses misalnya, masa nyanyi ke, buat apa ke, mereka pakai salib besar-besar. Itu perjuangan untuk agama dia. Agama dibentangkan dalam hiburan. Tapi kita, apa kita buat? Dengan hiburan kita lalaikan orang lagi adalah. Banyak penyanyi sekarang fikir duit, suka glamor saja. Tak ada perjuangan.

Benarkah Mel pernah terlibat dengan kumpulan Al-Arqam?

Dululah. Sebenarnya banyak orang keliru dengan saya ni. Kita ambil mudah, kalau saya penyanyi, kenapa mesti saya takut untuk berkawan dengan tuk haji, dengan orang pakai kopiah? Macam inilah, kita janganlah banyak sangat suluh diri orang. Lebih baik suluh diri kita sendiri sebab kita pun tak lengkap juga.

Jadi betul kisah dulu tu?

Saya berkawan dengan ramai orang. Dulu dengan Wings saya fikir glamor ego saja. Selagi kita ada ego, kita tak akan ke mana. Kita makin sesat. Untuk buang tu perlukan masa sikit demi sikit. Itu sebab saya berkawan. Ramai. Album ketuhanan (tahun 1996 dan 1997 pernah keluar dua album solo) mempertemukan saya dengan ramai orang. Orang tabligh, orang ABIM , orang Al-Arqam, macam-macam. Apa salahnya? Itu sebab orang keliru dengan saya. Kira dulu tu saya masih tengah mencari. Apa yang baik kita ikut. Tak baik buang saja. Saya sebagai artis nak sombong dengan orang, tak bolehlah macam itu. Saya menimba ilmu, tak kira ke mana. Dulu mungkin saya pakai serban orang cakap macam itu.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:02 PM   0 comments
Bekas penyanyi Wings jadi pendakwah, berceramah dipentas Keadilan

www.klpos.com, 14 jun 2007

Oleh: Wartawan klpos.com

BEKAS penyanyi utama kumpulan Wings Ismail Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Mel kini menjadi pendakwah. Menurut Mel, beliau bersyukur kerana mendapat hidayah lebih cepat dan ketika usia masih lagi dalam lingkungan 30-an. Yang penting sekarang dia mahu berbakti kepada masyarakat pula, itu cita-cita utamanya. Dan lebih penting lagi, beliau kini berceramah di atas pentas parti Anwar Ibrahim, Keadilan.

Menurut maklumat yang diterima klpos.com, Mel akan berceramah DI DEWAN YAYASAN AMAN PENANTI, PERMATANG PAUH pada Sabtu 23 Jun ini jam 9.00 malam.

Program tersebut anjuran Biro Penerangan Keadilan Pematang Pauh. Mel diingati selepas mengantikan penyanyi utama Wings Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka.

2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing dihasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings.

Antara lagu popular beliau adalah, Biru mata hitamku, semalam yang hantar dan lena diulit intan.

Mungkinkah Mel akan mengikuti jejak langkah Ustaz Akil Hai, yang kini merupakan penceramah PAS. Sama-sama kita saksikan.

Temubual dengan Mel di ambil dari laman webnya http://mel.com.my.


Apa yang mendorong perubahan Mel?

Saya masuk Wings bukan sebab saya minat rock. Bapa saya imam masjid, emak saya ajar orang mengaji al-Quran. Saya pun bilal masa itu. Tetapi sebab Joe (Wings) ajak sangat saya masuk untuk ganti Awie tahun 1995, saya masuklah. Tiba-tiba nama saya besar juga. Lagu Lena Diulit Intan yang julang nama saya. Tiba-tiba populariti datang. Tetapi saya tanya diri saya sampai bila hendak macam itu? Lebih setahun, saya ambil jalan keluar sebab antara kami (anggota Wings) banyak perbezaan. Banyak benda yang tak boleh ngam. Jadi sebab saya masih hendak berkawan lagi dengan mereka sebagai sahabat, saya ambil keputusan tarik diri. Terus terang saya cakap, setiap artis ada ego sendiri. Begitu juga saya.

Mel nampaknya macam menyesal pernah terlibat dengan Wings?

Susah hendak cakaplah. Hiburan ni sebenarnya banyak sangat melalaikan. Teruk! Tapi kita tak pernah hendak sedar. Bukan hendak puji penyanyi-penyanyi luar. Artis macam Gun ‘n’ Roses misalnya, masa nyanyi ke, buat apa ke, mereka pakai salib besar-besar. Itu perjuangan untuk agama dia. Agama dibentangkan dalam hiburan. Tapi kita, apa kita buat? Dengan hiburan kita lalaikan orang lagi adalah. Banyak penyanyi sekarang fikir duit, suka glamor saja. Tak ada perjuangan.

Benarkah Mel pernah terlibat dengan kumpulan Al-Arqam?

Dululah. Sebenarnya banyak orang keliru dengan saya ni. Kita ambil mudah, kalau saya penyanyi, kenapa mesti saya takut untuk berkawan dengan tuk haji, dengan orang pakai kopiah? Macam inilah, kita janganlah banyak sangat suluh diri orang. Lebih baik suluh diri kita sendiri sebab kita pun tak lengkap juga.

Jadi betul kisah dulu tu?

Saya berkawan dengan ramai orang. Dulu dengan Wings saya fikir glamor ego saja. Selagi kita ada ego, kita tak akan ke mana. Kita makin sesat. Untuk buang tu perlukan masa sikit demi sikit. Itu sebab saya berkawan. Ramai. Album ketuhanan (tahun 1996 dan 1997 pernah keluar dua album solo) mempertemukan saya dengan ramai orang. Orang tabligh, orang ABIM , orang Al-Arqam, macam-macam. Apa salahnya? Itu sebab orang keliru dengan saya. Kira dulu tu saya masih tengah mencari. Apa yang baik kita ikut. Tak baik buang saja. Saya sebagai artis nak sombong dengan orang, tak bolehlah macam itu. Saya menimba ilmu, tak kira ke mana. Dulu mungkin saya pakai serban orang cakap macam itu.

www.klpos.com
Apa Siapa Mengapa

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 12:54 AM   0 comments
Hak Muslim: Isteri tertekan boleh tuntut fasakh
Thursday, June 21, 2007
Berita Harian, 21 jun 2007

Oleh Musa Awang


Suami abai tanggungjawab sepanjang tempoh 14 tahun perkahwinan

SAYA dan suami bekerja sebagai guru dan sudah berkahwin 14 tahun serta mempunyai enam anak. Sepanjang perkahwinan kami, semua gaji saya akan diperuntukkan untuk membeli keperluan rumah tangga dan sekolah anak, sedangkan suami tidak pernah ambil peduli keperluan anak. Suami lebih mendahului orang luar dan jarang berada di rumah. Balik dari sekolah, beliau akan tidur dan apabila bangun, menghabiskan masa di kedai kopi sepanjang hari sehingga lewat malam. Rutin hidup beliau setiap hari benar-benar mengecewakan saya menyebabkan jiwa saya tertekan. Kami sering bergaduh dan saya meminta suami menceraikan saya tetapi tidak dipersetujuinya. Saya sedih apabila suami mengatakan dia tidak mahu melepaskan saya kerana katanya susah mencari isteri yang baik. Disebabkan tindakannya, saya sudah tiada perasaan sayang lagi terhadapnya malah timbul benci, tertekan dan saya sering terfikir untuk membunuh diri. Saya sangat mengharapkan suami berubah dan berada bersama kami sekeluarga di rumah serta mendidik anak yang sedang membesar. Tetapi apabila saya cuba berbincang, beliau akan menolak mentah-mentah semua pendapat saya, umpama menyiram air ke daun keladi. Saya mohon pendapat tuan, apakah yang perlu dilakukan dan apakah ada cara untuk keluar daripada ikatan perkahwinan begini?

Guru tertekan
Pahang

SAYA simpati dengan apa yang puan lalui disebabkan tindakan suami yang kurang bertanggungjawab. Saya melihat setiap individu adalah salah satu juzuk daripada keluarga (usrah) mempunyai peranan masing-masing yang tersendiri.

Individu adalah batu bata dalam pembentukan sesuatu keluarga. Batu bata yang sudah diikat dalam keluarga itu pula adalah sel penting dalam pembentukan masyarakat.

Jika ikatan batu bata individu dalam keluarga itu longgar, maka goyahlah bangunan masyarakat.

Dalam berkeluarga, semua pihak perlu bekerjasama untuk menjadikan perkahwinan berjaya. Islam menetapkan tanggungjawab dan hak suami serta isteri seperti berikut:

# Tanggungjawab dan hak suami. Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Hadis riwayat Muslim).

Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)

# Tanggungjawab dan hak isteri. Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

# Tanggungjawab bapa terhadap anak. Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.

Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

Kini kita selalu berjumpa dengan masalah hampir sama seperti puan hadapi. Suami tidak bersungguh menjaga kebahagiaan dan menunaikan tanggungjawab dalam keluarga.

Perkembangan ini sangat menyedihkan kerana apabila bapa tidak menjalankan tugasnya dengan baik, anak kurang terbentuk dan hilang hormat kepadanya. Sedangkan anak adalah zuriat dan menjadi pelapis masa depan yang perlu diberi perhatian, didikan serta kasih sayang.

Kadangkala ada suami yang memberi wang sebagai nafkah tetapi tidak mendidik anak dengan baik.

Walaupun bapa memberi nafkah kepada anaknya sekalipun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan terus tanggungjawabnya mendidik anak kerana semua ibu bapa adalah penjaga dan mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak mengenai orang di bawah jagaannya.

Jika suami puan masih berterusan mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak, puan boleh mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah supaya suami diperintahkan membayar nafkah anak dalam jumlah sewajarnya.

Perintah pembayaran nafkah anak juga boleh dibuat dengan cara potongan gaji suami.

Tetapi perlulah diingatkan bahawa campur tangan mahkamah adalah jalan atau pilihan terakhir. Cubalah berbincang dengan cara baik dan penuh hikmah.

Sekiranya nasihat atau kata-kata puan terhadap suami bagai mencurah air ke daun keladi, sebaiknya puan berusaha mendapatkan nasihat atau pertolongan daripada ahli keluarga lebih tua dan matang yang disegani suami.

Individu itu mestilah seorang yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, kata-kata dan nasihatnya didengar dan diterima oleh suami.

Jika usaha ini juga tidak berjaya, puan panjangkan perkara ini ke Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam tempat puan tinggal.

Biarlah pegawai kaunseling di jabatan berkenaan berjumpa dan menasihatkan suami.

Kadangkala suami akan mendengar nasihat dan teguran yang dibuat pegawai kaunseling ini.

Jauhkan fikiran puan daripada memikirkan perkara yang menyesatkan seperti membunuh diri.

Membunuh diri bukan saja berdosa besar, malah puan tidak akan mencium bau syurga. Membunuh diri juga bukan penamat masalah.

Fikirkanlah nasib anak puan yang masih memerlukan belaian seorang ibu yang penyayang dan mulia.

Sebagai orang Islam, kembalilah kepada ajaran Islam yang syumul dan lengkap.

Banyakkan berdoa, sembahyang hajat dan memohon keampunan daripada Allah. Mudah-mudahan Allah membuka hati suami untuk menjadi suami yang baik yang akan dikenang baik sepanjang hayat oleh isteri dan anak.

Apabila segala ikhtiar gagal dan puan tidak mahu lagi berada dalam ikatan perkahwinan, maka puan boleh menuntut fasakh atau cerai taklik atas alasan pengabaian nafkah oleh suami terhadap diri puan.

# Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan soalan boleh dikirim ke exco_pgsm@yahoo.com

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:14 AM   0 comments
Sah solat berimamkan mazhab lain
Saturday, June 16, 2007
Utusan Malaysia, 15 jun 2007

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN

Saya memeluk Islam sejak Disember 1996. Soalan saya ialah tentang solat subuh, di mana di kawasan tempat saya tinggal terdapat dua surau. Surau yang berhampiran dengan rumah saya jaraknya lebih kurang 100 meter. Imamnya bermazhab Hanafi dan surau yang lagi satu imamnya bermazhab Syafie yang jaraknya dalam 300 meter dari rumah saya. Untuk pengetahuan ustaz, saya bermazhab Syafie.

Bolehkah saya selalu berjemaah di surau yang berhampiran tanpa qunut kerana imamnya tidak membaca qunut, dan sekali -sekala saya berjemaah solat Subuh juga di surau satu lagi yang ada qunut itu pun kalau sempat kerana saya berjalan kaki untuk ke sana?

JAWAPAN

Pertamanya, tahniah kerana saudara kembali kepada agama fitrah, agama yang sah di sisi pencipta, tiada pencipta melainkan dia. Keempat-empat mazhab yang dikenali umum iaitu mazhab al-Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali adalah mazhab yang muktabar. Solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang imam yang bermazhab Hanafi adalah sah.

Solat saudara sah walaupun saudara bermazhab Syafie solat berimamkan imam mazhab Hanafi yang tidak membaca qunut. Imam itu adalah untuk diikuti, jadi bila imam bermazhab Hanafi dan tidak membaca qunut sedang orang bermazhab Syafie menjadi makmumnya maka solat itu tetap sah.

Tanggapan solat tidak sah kerana tidak membaca qunut tidak betul. Ini kerana tidak ada mazhab yang mewajibkannya. Dalam mazhab Syafie sekalipun membaca qunut tidak diwajibkan kerana membaca qunut adalah sunat yang dituntut.

Sekiranya orang yang bermazhab Syafie menunaikan solat subuh lalu dia lupa untuk membaca qunut, lalu dia sedar dalam solat maka adalah dituntut sujud sahwi, jika sujud sahwi juga tertinggal solatnya tetap sah.

Seperkara yang ustaz kongsikan ialah sikap toleransi dan keterbukaan imam al-Syafie ketika mengunjungi kota Kufah, tempat berkembangnya mazhab Hanafi. Diriwayatkan bahawa imam al-Syafie telah mengimamkan solat subuh dan beliau tidak membaca qunut.

Apabila selesai solat makmum yang bermazhab Hanafi bertanya: Bukankah tuan telah menuntut supaya dalam solat subuh dibaca qunut dan orang yang tertinggal pula tuan meminta sujud sahwi? Kami dapati tuan bukan sahaja meninggalkan qunut malahan tuan juga tidak sujud sahwi?.

Lalu imam al-Syafie sambil menunjukkan makam imam Abu Hanifah dengan ibu jarinya menjawab: Adakah patut aku menyanggahi beliau sedang beliau berada di hadapan ku?

Melalui peristiwa ini banyak perkara yang boleh kita pelajari sebagai seorang muslim di dalam menunaikan perintah Allah terutamanya ibadat solat.

Lihat sahaja betapa hormatnya imam al-Syafie kepada imam Abu Hanifah. Perkara yang kedua imam al-Syafie menghormati pandangan dan pendirian imam Abu Hanifah dalam masalah membaca qunut dalam solat Subuh.

Maksudnya apabila kita berada di tempat orang yang bermazhab Hanafi maka kita menghormati mazhab mereka dan solat di belakang imam mereka, dan begitulah seterusnya.

Ada di kalangan ulama yang berpendapat bahawa adalah lebih afdal orang bermazhab al-Syafie menjadi makmum kepada imam yang bermazhab al-Syafie dan sebaliknya bagi orang yang bermazhab yang lain.

Dr. Wahbah al-Zuhaili berpendapat, sah solat di belakang imam yang berselisih dalam masalah furuk fikah. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm:181 ).

-

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:11 AM   0 comments
Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayubi
Monday, June 11, 2007
Berita Harian, 11 jun 2007

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 10:29 AM   0 comments
Wanita bujang harus menyusu anak angkat
Friday, June 08, 2007
Berita Harian, 8 jun 2007

SAYA seorang wanita bujang berumur 47 tahun yang bekerjaya. Saya tidak berkahwin kerana ada beberapa masalah peribadi dan ia bukan kehendak saya. Dalam umur yang sudah mendekati senja, saya berasakan peluang untuk berkahwin amat tipis. Saya berhasrat untuk mencari anak angkat sebagai pengisi kesunyian.

Baru-baru ini saya mengambil anak angkat seorang bayi lelaki daripada seorang remaja yang terlanjur dan sudah insaf. Saya menasihatkan remaja terbabit supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Kini remaja itu sudah kembali ke rumah ibu bapanya dan menyambung pelajaran.

Saya amat bersyukur dengan rezeki Allah. Saya bercita-cita menjadikan bayi lelaki ini sebagai 'anak saya' sebenar, agar satu masa nanti tidak timbul masalah 'mahram' dan 'aurah' apabila dia dewasa kelak.

Saya menghubungi seorang doktor pakar mengenai penyusuan bayi bagi wanita yang belum berkahwin. Katanya, walaupun saya belum pernah berkahwin tetapi perkembangan sains kedoktoran masa kini boleh memberikan sejenis hormon penggalak yang berupaya mengeluarkan susu daripada seorang wanita yang belum berkahwin.

Persoalan saya ialah apakah pandangan Islam dan persepsi budaya Melayu mengenai perkara ini (wanita bujang menyusukan bayi)?



Ibu ingin tahu

Kg Tunku, PJ

ISLAM tidak melarang umatnya mengambil anak angkat. Dengan niat dan cara yang betul, memelihara anak angkat boleh menjadi amal salih yang dapat membekalkan pahala berterusan menjangkau ke alam barzakh dan akhirat.

Pengambilan anak angkat oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan kemasyarakatan sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah sosia. Dengan kata lain, amalan mengambil anak angkat memenuhi keperluan secara timbal balik dan memenuhi naluri keibuan dalam jiwa setiap wanita.

Namun, tidak semua wanita dianugerahi cahaya mata. Maka, mengambil anak adalah penyelesaian baginya. Dan dari segi yang lain pula ia memberi peluang kepada anak yang tidak mempunyai tempat bernaung kerana kematian ibu bapa, kemiskinan dan sebagainya mendapat pembelaan sewajarnya.

Mengenai hukum wanita bujang menyusukan anak angkat, fuqaha pernah membincangkannya dalam bab – adakah disyaratkan wanita yang menyusukan itu disetubuhi (bersuami) dan mencapai usia tertentu atau tidak?

Ulamak, Mazhab Hanafi, Syafi'e dan Hambali berpendapat, wanita yang menyusukan bayi itu tidak disyaratkan berkahwin dan disetubuhi. Jika payu dara seorang dara mengeluarkan air susu, dan susu itu diminum oleh bayi, maka berlakulah hurmah (haram berkahwin) antara wanita itu dan kerabatnya dengan bayi itu seperti haram dengan sebab hubungan nasab.

Mengenai usia wanita yang menyusukan, mereka menyatakan disyaratkan usia wanita itu tidak kurang sembilan tahun kerana kemampuan mengeluarkan susu adalah berkaitan dengan kemampuan mengandung dan melahirkan anak. Kanak-kanak bawah sembilan tahun tidak boleh dikatakan sudah mampu (dari segi fizikal) melahirkan anak.

Dari segi persepsi budaya Melayu, apa yang saya perhatikan ia sering berubah-ubah dan tidak semua berlandaskan hukum syarak. Sesuatu yang pada suatu masa dianggap jelek, bertukar menjadi baik pada masa yang lain. Justeru, apa yang penting adalah hukum Allah SWT kerana Dialah satu-satunya yang berhak menentukan halal atau haram sesuatu perkara.



(Jawapan disediakan Oleh Prof Madya Maznah Daud dengan kerjasama Wanita JIM. Untuk persoalan dan jawapan bagi isu-isu yang lepas, boleh dilayari di www.bicarakalbu.blogspot.com)

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:22 AM   0 comments
Merendah diri di Masjidilharam
Berita Harian, 8 jun 2007

Oleh Mohd Sirajuddin Siswadi Putra Mohamed Shith

MASJID adalah institusi penting dalam sejarah tamadun Islam. Selain menjadi tempat mendirikan ibadat solat fardu, ia juga berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pentadbiran Islam. Sejajar dengan peranannya yang besar, seharusnya setiap individu menjaga perilaku ketika berada di masjid.

Jemaah haji sangat bertuah kerana berpeluang mengerjakan ibadat di tempat mustajab doa khususnya dalam Masjidilharam. Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdal daripada 1,000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, dan solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjid-Ku ini (iaitu 100 ribu kali di masjid lain)” (HR Imam Ahmad r.a.). Melihat kepada kelebihan ini, jemaah haji hendaklah menanamkan satu azam agar mereka sentiasa berusaha memakmurkan Masjidilharam sepanjang berada di Makkah al-Mukarramah.

Dalam ruangan ini, dipaparkan beberapa adab dan panduan yang wajib diberi perhatian serius oleh jemaah haji ketika berada di Masjidilharam, agar amalan mereka benar-benar mendapat keredaan Allah SWT dan ganjaran daripada-Nya. Adab dan panduan itu adalah seperti berikut:

Adab Menuju ke Masjidilharam

Ikhlaskan niat – Niat yang ikhlas adalah kunci bagi segala amalan salih diterima oleh Allah SWT. Firman Allah: “Tidak mereka diperintah melainkan agar beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan” (Al-Bayyinah 98:5). Justeru, jemaah haji hendaklah menghindari sifat menunjuk-nunjuk dan bermegah kononnya dialah yang paling rajin ke masjid.

l Menyucikan diri – Jemaah haji kebiasaannya berada lama dalam masjid. Bagi memastikan keselesaan beribadat, sempurnakan khidmat diri sebaik mungkin seperti membuang air, menggosok gigi, berwuduk dan berpakaian bersih yang bersesuaian. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci dan berwuduk untuk menunaikan solat fardu, maka pahalanya seumpama menunaikan haji”. (HR Imam Abu Daud).

l Berjalan dengan penuh ketenangan dan tawaduk – Mulakan langkah menuju ke masjid dengan kaki kanan. Berjalan dengan tenang mengikut arus sambil mempelbagaikan doa. Antaranya: “Ya Allah! Jadikanlah dalam hati dan lisanku cahaya, pada pendengaran dan penglihatanku cahaya, dan di hadapan, belakang serta di sekelilingku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku nur (cahaya)”. Hindari daripada window shopping.



Adab Masuk ke Masjidilharam

l Membuka kasut dan berdoa – Apabila menghampiri pintu, buka kasut dan masuk ke masjid dengan kaki kanan sambil berdoa: “Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu rahmat dan keampunan-Mu”. Lafazkan salam kepada penjaga pintu dan berikanlah kerjasama sekiranya diperiksa.

l Iktikaf dan tawaf – Sebaik-baiknya jemaah berniat iktikaf sejurus selepas masuk. Berdoa apabila melihat Baitullah. Tunaikan tawaf Tahiyyatul Bait. Elakkan kesilapan dan salah faham terhadap kaifiyyat serta fadilatnya seperti bersesak-sesak di penjuru Hajarul Aswad dan solat di belakang Makam Ibrahim sehingga menyulitkan jemaah lain. Sekiranya tiada berkesempatan tawaf, memadai dengan solat Tahiyyatul Masjid.



Adab berada dalam Masjidilharam

l Mencari ruang solat – Berhati-hati agar tidak berada di kawasan pintu dan laluan kerana ini akan mengganggu jemaah dan menyebabkan kehilangan tumpuan beribadat. Justeru, lihat, pilih dan tuju ke ruang sesuai agar jemaah tidak dilangkah-langkah ketika khusyuk bermunajat.

l Duduk menghadap kiblat – Datanglah awal agar dapat berada di saf hadapan dan berkesempatan melihat Baitullah. Sesungguhnya, rahmat Allah sentiasa menaungi Baitullah dan makhluk yang memakmurkannya. Elak percampuran antara saf lelaki dan saf wanita kecuali dalam darurat. Jangan mengambil ruang yang luas untuk duduk kerana ini menafikan hak jemaah lain. Sekiranya terlewat, jangan menyempit sehingga menyusahkan mereka.

l Berzikir, munajat dan tafakur – Selesai mengerjakan tawaf, solat fardu dan sunat, basahkan lidah dengan membaca al-Quran, berzikir dan ibadat lain. Penuhkan hati dengan cahaya petunjuk ilahi. Sentiasa bermuhasabah dengan menumpukan minda pada kelemahan diri agar berasa kerdil di hadapan Allah SWT. Beribadatlah dengan penuh khusyuk. Tunaikan solat sunat pada bila-bila masa kerana tiada waktu yang dilarang solat di Makkah.

l Berdoa ke hadrat Allah – Berdoalah dengan hati yang tawaduk dan ikhlas. Tanamkan suatu pengharapan yang tinggi bahawa doa yang dipanjatkan ke hadrat ilahi akan dimakbulkan. Jangan cepat berputus asa kerana Allah tidak sekali-kali mengabaikan hamba-Nya yang beriman, beramal salih dan memohon kepada-Nya.

l Hindari kejahatan & lagha – Jemaah haji adalah tetamu Allah. Justeru, mereka hendaklah berakhlak dan berbudi pekerti mulia sepanjang berada di Tanah Suci. Jangan menyakiti jemaah lain seperti bertolak-tolak ketika masuk ke masjid atau tawaf, begitu juga ketika berebutkan saf. Mafhum hadith: “Antara manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah mereka yang melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram” (HR Imam al-Bukhari). Jauhi berbual-bual kosong perihal dunia semata-mata atau mengajuk perbuatan jemaah lain ketika berada dalam masjid apatah lagi sekiranya perbuatan itu menyentuh sensitiviti jemaah dan menimbulkan perselisihan faham atau perkelahian.

Elak bermundar-mandir dalam masjid kerana perbuatan itu adalah bid'ah.



Adab keluar dari Masjidilharam

l Memohon keampunan dan keselamatan – Sebelum keluar dari masjid, jemaah hendaklah memohon keampunan dan keselamatan dirinya sepanjang perjalanan pulang ke hotel. Tanamkan niat dan tingkatkan harapan agar diizinkan Allah untuk dapat kembali mengerjakan ibadat di Masjidil Haram pada masa terdekat.



Wakaf Masjid dan Luqatah

l Jemaah dilarang merosak atau membawa keluar barang Masjidilharam kerana bukan haknya. Bagi yang menjumpai barangan yang tercicir (Luqatah), biarkan saja di situ. Sekiranya perlu dan tahu arah, bolehlah diambil untuk diserahkan ke Kaunter Luqatah. Jemaah adalah haram mengambilnya bagi kegunaan sendiri.

Ini beberapa adab dan panduan yang boleh dijadikan bekalan jemaah haji semasa mereka berada di Masjidilharam. Semoga adab dan panduan ini dapat dimanfaatkan supaya segala ibadat dan amal soleh yang ditunaikan benar-benar mengikut kehendak dan ketentuan syarak. Binalah silaturahim dengan berakhlak mulia agar hari-hari yang dilalui setiap jemaah ketika berada di sana benar-benar terisi dan diberkati ilahi.



Penulis adalah pengkursus ibadat haji

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:19 AM   0 comments
Makanan, minuman campur arak haram
Thursday, June 07, 2007
Berita Harian, 7 jun 2007

Oleh Ibrahim Abdullah

SUDAH menjadi tradisi umat, minuman atau makanan yang haram atau beralkohol perlu dielakkan. Dengan pemahaman itu, seseorang yang mengakui ia Muslim sejati, tidak akan tergamak meminum seteguk air haram atau anggur walau pun ditawarkan atau dipujuk rayu oleh seseorang.

Jenis minuman beralkohol umum digunakan sebagai bumbu masakan adalah anggur, arak dan seumpamanya. Jenis bahan ini banyak digunakan dalam campuran masakan Barat daripada masakan oriental seperti Cina, Jepun, dan Korea.

Penggunaan minuman beralkohol dalam kuih, umumnya untuk memberikan rasa dan aroma tertentu. Penggunaan minuman beralkohol sebagai campuran makanan dan minuman cukup luas dalam pelbagai bentuk yang sering tidak disedari oleh pengguna.

Menurut peraturan syarak, semua bahan yang tergolong khamar hukumnya haram digunakan, sekali gus dikatakan sebagai najis (seperti juga dadah). Oleh itu, penggunaan khamar dalam jumlah yang sedikit tetap juga haram.

Minuman beralkohol jelas termasuk kategori khamar. Segala bahan yang memabukkan adalah haram. Bukan saja ia memabukkan, malah boleh menyebabkan kematian. Penyelidikan menyatakan, pada kandungan 0.05 - 0.15 peratus etanol dalam darah peminum akan mengalami kehilangan keseimbangan (akal), pada kandungan 0.15 - 0.20 peratus etanol menyebabkan keracunan, pada kandungan 0.30 - 0.40 peratus peminum boleh hilang kesedaran dan pada kandungan lebih tinggi lagi iaitu 0.50 peratus boleh menyebabkan kematian.

Minuman beralkohol diproses dengan cara fermentasi (pemeraman) khamar dari bahan baku mengandungi pati atau gula yang tinggi. Bahan baku adalah bijian seperti jagung, beras, gandum, dan barli, ubi seperti kentang dan ubi kayu, buah-buahan seperti anggur, epal juga tanaman seperti kelapa, nipah, gula tebu daripada gula bit serta molases. Bahan itu diproses dengan cara merendam kemudian direbus dan diproses menjadi bubur dan dimasak semula.

Jenis minuman beralkohol ialah wain dan brandi yang dibuat dari buah anggur. Dari jus epal dapat dibuat minuman cider. Di Amerika dan Kanada, cider atau sweet cider adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan, sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut hard cider. Di United Kingdom istilah cider selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di Australia, istilah cider digunakan untuk produk beralkohol. Hasil cider dengan proses pembekuan menghasilkan produk yang dinamakan applejack.

Arak (bir) secara umum dibuat daripada barli. Tetapi dapat juga dibuat daripada campuran pelbagai jenis biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat daripada campuran beberapa jenis bijian dikenali dengan nama wiski. Jenis wiski seperti scoth, rye dan bourbon digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan kadang-kala oat.

Lamanya proses fermantasi (pemeraman) bergantung kepada bahan dan jenis produk dihasilkan. Proses pemeraman singkat berlaku sekitar satu dua minggu dapat menghasilkan produk dengan kandungan etanol 3-8 peratus, contohnya seperti bir (arak). Bagi pembuatan wain mengalami proses pemeraman lebih panjang hingga mencapai waktu berbulan-bulan atau juga bertahun-tahun lamanya dengan kandungan etanol sekitar 7-18 peratus.

Kandungan etanol yang dihasilkan dalam pemeraman minuman beralkohol biasanya berkisar sekitar 18 peratus kerana pada umumnya khamar tidak dapat hidup pada lingkungan dengan kandungan etanol di atas 18 peratus.

Jadi untuk menghasilkan minuman beralkohol dengan kandungan etanol lebih tinggi, dilakukan proses distilasi terhadap produk yang dihasilkan melalui proses pemeraman itu.

Dengan mengenali jenis minuman beralkohol seperti di atas itu, diharapkan pengguna Muslim menghindari atau mengelakkan diri daripada menggunanya, kerana ia jelas barang ditegah syarak.

Selain minuman beralkohol, ada juga masakan menggunakan alkohol seperti pembuatan kuih. Contohnya Rum, adalah sejenis khamar yang sangat popular digunakan dalam pelbagai jenis kuih, seperti kek blackforest dan pelengkap puding. Di dalam pelbagai jenis kuih yang terkenal di Barat, wiski juga lumrah digunakan sebagai campuran kuih.

Salah satu jenis kuih yang cukup popular waktu ini ialah 'biramisu' yang resepi asalnya menggunakan jenis minuman beralkohol. Berbeza dengan masakan, penggunaan khamar dalam pembuatan kuih cukup mudah dikenali rasa dan aromanya, kerana itu memang tujuan utama penggunaannya. Kek blackforest menggunakan rum dan memiliki rasa khas yang cukup menyengat.

Penggunaan bahan itu tidak dapat mendidik masyarakat untuk meninggalkan penggunaan produk haram, malahan lebih menyulitkan lagi kerana ada pembuatan bahan haram dalam kuih itu seperti yang ada di pasaran sekarang.

Penggunaan pelbagai jenis minuman beralkohol atau makanan berunsur bahan khamar, sebenarnya dapat dihindari atau dielakkan dan dicarikan bahan ganti berstatus halal.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:16 AM   1 comments
Pahala besar beri nafkah kepada ibu
Berita harian, 7 jun 2007

Hak Muslim Oleh Musa Awang

SAYA sudah berumah tangga dan mempunyai pekerjaan tetap tetapi pendapatan saya kini tidak cukup untuk menyara keluarga saya memandangkan suami saya baru saja diberhentikan kerja. Oleh itu, segala urusan perbelanjaan rumah dan harian kini bergantung kepada pendapatan saya yang tidak seberapa. Pada masa yang sama saya masih mempunyai seorang ibu yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Adik saya ada memberi sumbangan kepada ibu secara tetap setiap bulan. Sebelum saya berkahwin dan selepas kahwin saya masih menjalankan tanggungjawab memberi perbelanjaan kepada ibu. Namun sejak tiga bulan ini, saya gagal memberi sebarang sumbangan kewangan kepada ibu berikutan kesempitan hidup yang terpaksa saya lalui. Ibu menggunakan kesempatan ini untuk memburukkan keadaan dan menuduh saya sebagai anak yang tidak mengenang budi dan anak derhaka. Keadaan ini memberi tekanan kepada saya menyebabkan jiwa saya tidak tenteram. Adakah menjadi satu dosa jika saya tidak memberi sebarang perbelanjaan kepada ibu? Apakah peranan dan tanggungjawab sebenar seorang anak perempuan sebelum dan selepas berumah tangga? Benarkah jika suami saya tidak mengizinkan saya memberi sebarang perbelanjaan kepada ibu, saya harus mematuhinya?

Anak Keliru

Untuk menjawab soalan puan, lebih elok saya kupas dengan lebih lanjut apakah definisi dan takrifan nafkah menurut perspektif hukum syarak. Asal makna nafkah ialah mengeluarkan atau menghabiskan. Nafkah menurut istilah syarak ialah semua perkara yang diperlukan manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.

Ada lima jenis nafkah, iaitu nafkah manusia kepada dirinya sendiri, nafkah usul (ayah atau datuk) kepada furu' (anak atau cucu), nafkah furu' kepada usul, nafkah suami kepada isteri dan nafkah lain.

Nafkah kepada diri sendiri, maksudnya ialah perbelanjaan untuk diri sendiri. Ia perlu didahulukan daripada yang lain. Nafkah ini meliputi semua perkara asas diperlukan oleh seseorang manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mulakan dengan nafkah terhadap dirimu.”

Nafkah usul (ayah atau datuk) kepada furu' (anak atau cucu) iaitu bapa atau datuk (usul keturunan) berkewajipan memberi nafkah kepada anaknya dan cucu hingga ke bawah (furu' keturunan). Bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya yang sah menurut syarak, tiada beza baik anak lelaki atau anak perempuan.

Jika anak tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib memberi nafkah kepada cucunya. Ini difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Al-Talak ayat 6 yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya.”

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 233, anak disandarkan secara khusus kepada bapanya, yang memberi maksud bahawa bapa bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak. Demikian juga cucu termasuk dalam hukum ini kerana persamaan atau 'illah di antara anak dan cucu ialah dari segi hubungan nasab (keturunan).

Islam menggariskan syarat usul diwajibkan memberi nafkah kepada furu', iaitu usul mempunyai makanan yang melebihi keperluan dirinya dan isteri untuk tempoh sehari semalam. Jika makanan yang dimiliki hanya cukup digunakan dalam tempoh itu untuk dirinya atau untuk diri dan isterinya, dia tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada furu'nya.

Furu hendaklah terdiri daripada kalangan orang fakir, dan juga masih kecil atau sakit yang berpanjangan atau gila.

Nafkah furu' kepada usul - seperti dalil dan syarat yang dijelaskan, furu' juga wajib memberikan nafkah kepada usul iaitu bapa, ibu, datuk, nenek dan ke atas. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah Lokman ayat 15 yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan baik.” Dalam surah yang lain, surah Al-Isra' ayat 23, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhan telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu, sesungguhnya anak kamu adalah sebaik-baik hasil usaha kamu. Oleh itu makanlah (harta) hasil usaha anak kamu.”

Tariq al-Muharibi r a berkata: “Aku sampai di Madinah ketika itu Rasulullah SAW sedang berdiri di atas mimbar berkhutbah kepada orang ramai. Baginda berkata: “Tangan yang memberi ialah tangan yang di atas. Mulakanlah dengan tanggunganmu; emak kamu, bapa kamu, adik beradik perempuan dan adik beradik lelaki kamu, kemudian orang yang paling dekat dan paling dekat.”

Nafkah daripada furu' kepada usul juga mempunyai syarat, iaitu anak (furu') mempunyai lebihan nafkah untuk keperluan dirinya dan isterinya. Jika furu' juga seorang yang fakir, dia tidak dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada bapa dan ibunya.

Usul terdiri daripada kalangan orang fakir, iaitu tidak mempunyai pekerjaan atau pendapatan, atau tua dan uzur.

Ibu tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suami. Maksudnya seseorang anak wajib memberi nafkah kepada ibunya dalam keadaan di mana ibu itu tidak mendapat nafkah secukupnya daripada suaminya (bapa) atau jika bapa telah meninggal dunia. Jika ibu mendapat nafkah secukupnya daripada bapa atau jika ibu yang kematian suami (bapa) tetapi kemudian berkahwin semula dengan lelaki lain, maka anak tidak wajib memberikan nafkah kepada ibunya.

Bagaimanapun, jika anak ingin memberikan juga nafkah kepada ibunya, ia bukanlah suatu dosa, malah suatu amalan mulia yang mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Nafkah suami kepada isteri - ulama bersepakat bahawa suami wajib memberikan nafkah kepada isterinya, dengan syarat isteri menyerahkan dirinya kepada suami, menurut kehendak hukum syarak. Isteri perlu mengikut suami tinggal di tempat atau di rumah yang disediakan oleh suaminya, melainkan tempat itu tidak sesuai untuk didiami menurut hukum syarak.

Jika semua syarat ini dipenuhi, suami wajib memberikan semua nafkah yang diperlukan oleh isteri. Puan boleh merujuk mengenai perkara ini dalam soalan Hak Muslim yang pernah disiarkan sebelum ini.

Berbalik kepada soalan puan, jika keadaan ibu memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, dan jika tiada saudara mara lain yang membantu itu, adalah menjadi kewajipan puan untuk memberi nafkah kepada ibu setakat munasabah. Pada masa yang sama, tanggungjawab untuk menyara keluarga puan dan anak bukan tugas dan tanggungjawab puan tetapi ia adalah adalah kewajipan suami.

Ibu puan juga seharusnya menggunakan budi bicara yang baik kerana puan memberinya sekian lama dan dalam keadaan terdesak, dia seharusnya memahami dan tidak menuduh dengan kata derhaka terhadap anak sendiri. Ibu seharusnya mendoakan agar anak dimurahkan rezeki dan dapat memberi sumbangan kepadanya dengan lebih baik.

Mengenai keperluan mendapat keizinan suami, saya tidak berjumpa sebarang nas al-Quran atau al-Hadis yang melarang isteri memberi nafkah kepada ibu jika suami tidak mengizinkan.

Puan yang bekerja dan wang pendapatan adalah hak mutlak puan sebenarnya, maka terserah kepada puan bagaimana cara untuk menggunakannya dan beberapa jumlah wang yang ingin diberi kepada ibu puan.

Tetapi dari segi menjaga keharmonian rumah tangga, seharusnya suami isteri bersikap telus, saling berbincang terutama membabitkan kewangan dan sama-sama berusaha menghargai ibu dan mentua dengan baik.

Jawapan disediakan oleh Musa Awang, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan soalan boleh dikirim ke exco_pgsm@yahoo.com

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:13 AM   0 comments
Buku perkenal ilmu bacaan al-Quran 7 imam
Wednesday, June 06, 2007
Berita Harian, 6 jun 2007


QIRAAT adalah ilmu berkait rapat dengan al-Quran yang membincangkan kaedah pembacaan al-Quran daripada pelbagai riwayat yang mutawatir daripada Baginda Rasulullah SAW.

Sejak wahyu Allah diturunkan, satu-satunya sumber pengambilan qiraat hingga kini, ilmu qiraat sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan dikembangkan oleh ulama yang silih berganti. Hukum mempelajari ilmu qiraat adalah fardu kifayah.


Judul: Manhaj Qiraat 7 Berserta Dalil Matan Imam As-Syatibi Penulis: Mohd Nazri Abdullah Penerbit: Pustaka Salam Sdn Bhd Pengulas: Hasliza Hassan


ABuku Manhaj Qiraat 7 Berserta Dalil Matan Imam As-Syatibi hasil tulisan Pensyarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Nazri Abdullah, memperkenalkan ilmu bacaan al-Quran daripada tujuh imam yang bersambung kepada Rasulullah SAW.

Tujuh imam terbabit ialah Imam Nafi’, Imam Ibnu Kathir, Imam Abu ‘Amru, Imam Ibnu ‘Amir, Imam ‘Asim, Imam Hamzah dan Imam Kisaei. Setiap Imam mempunyai dua rawi (anak murid) yang meriwayatkan bacaan itu daripada gurunya. Hakikatnya, ilmu qiraat agak baru di Malaysia tetapi ia cepat berkembang dengan ada maahad tahfiz di seluruh negara dan program pembelajaran al-Quran yang kian mendapat tempat di hati masyarakat seperti program realiti Akademi al-Quran (AQ).

Mungkin juga melihat kepada minat serta kecenderungan remaja sekarang mendalami al-Quran, Mohd Nazri yang juga juri AQ, berasa terpanggil menghasilkan buku mengenai ilmu qiraat sebagai bahan bantuan kepada golongan yang ingin mendalami ilmu pembacaan al-Quran.

Jelasnya, buku ini agak teknikal dan pastinya hanya mereka yang sudah melepasi asas serta peringkat pemahaman ilmu qiraat akan mudah memahami fakta dan kaedah pembacaan yang dijelaskan dalam Manhaj Qiraat 7 Berserta Dalil Matan Imam As-Syatibi.

Namun, bagi mereka yang sudah mempunyai asas, buku ini boleh menjadi pelengkap kerana selain memuatkan biodata tujuh imam yang dikaitkan, penulis turut menerangkan cara bacaan setiap imam berserta contoh.

Buku setebal 157 halaman itu turut menceritakan mengenai sejarah pengumpulan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq apabila Saidina Umar mengemukakan cadangan supaya mengumpulkan al-Quran kerana khuatir daripada hilang.

Selain takut al-Quran hilang bersama gugurnya syuhada terdiri daripada sahabat Rasulullah SAW, pengumpulan al-Quran juga bertujuan menyebarkan syiar Islam.

Turut diperjelaskan dalam buku ini ialah hikmah al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf iaitu sebagai kemudahan dan kelapangan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana bangsa Arab sendiri mempunyai bahasa Arab dan lahjah (loghat) yang berbeza.

Buku Manhaj Qiraat 7 sesuai dibaca dan dijadikan rujukan pelajar sekolah menengah, pusat pengajian tinggi, maahad tahfiz dan profesional yang ingin mendalami jenis bacaan al-Quran serta tidak ketinggalan peminat setia AQ setiap kali menonton program realiti itu.

Mohd Nazri bagaimanapun berkata, untuk memahami dengan lebih tepat, pembaca dinasihatkan mendapat khidmat guru kerana buku berkenaan sekadar pemudah cara bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu qiraat.

Manhaj Qiraat 7 Berserta Dalil Matan Imam As-Syatibi boleh diperoleh di Pustaka Salam atau hubungi 019-2241675.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 8:51 AM   2 comments
Nasharuddin dan dua Naib Presiden kekalkan jawatan
Monday, June 04, 2007
Harakahdaily, 3 jun 2007

Wan Nordin, Salmiyah, Azamin dan Intan Sun | Jun 03, 07 | 01:16:27 PM KOTA BHARU, 3 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengekalkan kedudukannya dengan 574 undi menewaskan bekas Ketua Dewan Ulama Ustaz Dato' Harun Taib (367 undi) bagi pemilihan jawatan tersebut.



[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Sementara dua penyandang jawatan Naib Presiden, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu mengekalkan jawatan masing-masing dan perwakilan telah memilih seorang muka baru bagi jawatan tersebut iaitu, Ustaz Ahmad Awang.

Husam memperolehi 831 undi, sementara Mohamad Sabu (666) dan Ahmad Awang (427).

Bagi pemilihan jawatan AJK PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului pungutan undi perwakilan dengan 821, sementara, 17 lagi AJK yang lain dimenangi oleh, Ustaz Idris Ahmad (763), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (744) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (681), Dr Syed Azman Syed Ahmad ( 668), Dr Lo'Lo Mohd Ghazali (651), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (639), Hanifa Maiden (636).

Mujahid Yusof Rawa (620), Ir Amiruddin Hamzah (605), Ustaz Azizan Razak (601), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (584), Dato' Annuar Tan Abdullah (543), Dr Zulkifli Ahmad (541) Mazlan Aliman (537), Nik Amar Nik Abdullah (552) Ustaz Dato' Abdul Halim Abdul Rahman (515) dan Dato' Takiyuddin Hassan (504).

Manakala dua Pemeriksa Kira-kira PAS Pusat bagi sesi 2007 - 2009 dimenangi oleh Abdul Malik Yusof dan Mohd Rashidi Hassan.

Pengumuman keputusan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Ke-53, Dato' Wan Mutalib Embong selepas selesai sesi penggulungan perbahasan Ucapan Dasar Presiden dan Usul sempena Muktamar PAS kali ke-53 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).

Perwakilan menyambut keputusan itu dengan laungan takbir setelah selesai Wan Mutalib membacakannya.- mks.

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 6:01 AM   0 comments
Ucapan dasar Presiden: Selamatkan demokrasi, tegakkan keadilan (2)
Sunday, June 03, 2007
Sambungan....

Tranungkite.net, 1 jun 2007

Presiden PAS

PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN YANG SEMAKIN CELARU


mukHadirin dan Hadirat yang dihurmati sekelian,

Umno adalah warisan penjajah untuk meneruskan dasar menghakis kejatian diri umat Islam di negara ini secara halus. Moto perjuangan Umno ialah membela bangsa, agama dan negara. Namun dasar-dasar dan tindakannya membawa kesan sebaliknya, membahayakan umat Islam, kerana melahirkan pengkhianat agama, bangsa dan negara .


Sistem pendidikan yang dilaksanakan sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, gagal membangun insan sejati mengikut acuan penciptanya, ia-itu Allah S.W.T.

Apa yang diwarwarkan oleh pemimpin Umno dengan slogan baru, ‘Modal Insan’, tanpa pembangunan insan mengikut acuan Allah, kerana manhaj ketetapan Allah dirobekkan mengikut selera pemimpimnya yang mengekspolitasi penggunaan perkataan Islam . Allah SWT telah menetapkan acuan pembangunan insan untuk tujuan mereka diciptakan supaya beribadah, berkhilafah dan menunaikan amanah, hendaklah berasaskan firman Allah :

وَالْعَصْرِ (103:1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (103:2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (103:3

(Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, malainkan mereka yang beriman, mengerjakan amal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran ).

Bertemakan Iman, Amal Soleh dan berani serta sabar menegakkan kebenaran. . Ditafsirkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan Iman, Islam dan Ihsan atau Aqidah, Syari'ah dan Akhlak .

Acuan yang meletakkan peranan manusia di alam dunia yang menjadi jambatan kebahagiaannya yang bersambung dengan kebahagian alam akhirat. Alam dunia yang berwawasan akhirat .

Umno membina jambatan kebahagiaan dunia yang di pisahkan dengan kebahagian di alam akhirat. Hasil modal insan mengikut acuannya melahirkan gejala murtad, meninggalkan Islam, menolak Syari'at Allah dan Akhlak Islam, berlakunya rasuah, menipu, jenayah dan berbagai jenis ma'siat, laksana banjir yang menghanyutkan.

Bayangkan bagaimana buku teks sains sekolah yang menjelaskan penciptaan alam oleh Tuhan dibuangnya perkataan ’Tuhan’ kerana desakan golongan anti-Tuhan.

PENDIDIKAN KONTRA-TAUHID, HASIL ISLAM BERPILIH-PILIH

Bukan sahaja Umno merosakkan Akidah Islam dan membawa falsafah pendidikan yang bersifat Kontra-Tauhid, tetapi ternyata prinsip utama Rukun Negara yang mereka sendiri kemukakan pun, hari ini telah mereka pinggirkan.

Slogan Islam Hadari yang jelas mengambil pendekatan Islam ’berpilih-pilih’ adalah menjebak Islam ke dalam acuan sekularisma ala-Barat yang memisahkan agama daripada menjadi dasar dan petunjuk kepada urusan pentadbiran dunia. Melahirkan insan yang mengadap Allah ketika beribadah, adapun dalam urusan kehidupannya lupakan Allah, tanpa perhitungan dosa dan pahala. Maka ’Modal Insan’ laksana modal pinjaman yang telah menenggelamkan Bank Bumiputra yang melahirkan jutawan berhutang yang dilupuskan sekaligus melahirkan pelbagai jenis jenayah ’kolar putih’ golongan cerdik-pandai bijaksini tetapi tidak sebenarnya bijaksana, yang hanya diasah mindanya tetapi ketandusan pegangan agama, nilai akhlak serta arah hidup.

Setelah lumpuhnya tulisan jawi yang mengakibatkan kewujudan buta dan jahil agama, wujud pula dasar penggunaan Bahasa Inggeris, mengganti Bahasa Melayu, sepenuhnya sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran Matematik dan Sains, bermula tahun 2007 dalam sistem pendidikan negara, sehingga ke peringkat universiti.

Di zaman Nabi (S.A.W) Baginda hanya membenarkan segolongan kecil sahaja belajar bahasa Ibrani, bahasa orang Yahudi dan bahasa lain untuk menyampaikan Risalah Islam dan mengambil ilmu bermanfa'at daripada berbagai bangsa. Orang Islam merantau ke seluruh dunia di masa itu mencari ilmu, sekembalinya mereka menyaring ilmu itu, membuang bahagian-bahagian yang bertentangan dengan prinsip Islam dan menulis kembali kedalam bahasa Arab untuk disebarkan kepada umum, selepas itu lahirnya Hadarah Islamiyyah (Tamadun Islam).

Semasa kegemilangan Tamadun Islam, benua Eropah berada dalam kegelapan (The Dark Ages). Bila mereka bertembung dengan tamadun Islam di Andalus (Sepanyol), orang-orang Eropah itu mengambil ilmu dari orang-orang Islam. Apabila kembali ke negeri masing-masing, mereka menterjemahkan ilmu itu kedalam bahasa ibunda , untuk disebarkan kepada kaum mereka. Bahasa Arab tidak digunakan menjadi bahasa pengantar di Eropah, walau pun Eropah lebih mundur dari negara Islam di masa itu .

Namun apabila ilmu itu di terjemahkan ke dalam bahasa ibunda dan mengajarnya, akhirnya Eropah maju dalam ilmu duniawinya. Beginilah juga yang dilakukan oleh German, Jepun dan China pada hari ini. Hasil kajian UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu) mendapati bahawa manusia lebih senang dan berkesan belajar dalam bahasa ibunda. Maka kita tidak hairan, apabila kaum China Malaysia bermatian-matian untuk meneruskan pembelajaraan dalam bahasa Mandarin. Apa yang menghairankan, ialah Umno menipu bangsa sendiri supaya meninggalkan bahasanya.

PAS memandang serius langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan rancangan penubuhan ’Sekolah Kluster’ seperti yang terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Ini kami takuti akan melahirkan gejala pendidikan elitist yang sekaligus akan meminggirkan sejumlah besar sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar khususnya di luar bandar. Jurang capaian berkualiti ini perlu diperhatikan oleh kerajaan kerana mengikut statistik Kementerian Pelajaran sendiri wujud 794 buah sekolah kebangsaan tiada bekalan elektrik, 1555 buah sekolah tiada bekalan air dan 1084 buah sekolah tiada makmal komputer. Ini lebih bersifat dan mencerminkan negara dunia ketiga. Sementara kita menyokong usaha untuk melahirkan sekolah-sekolah yang bertaraf ’world-class’, adalah wajar untuk memenuhi hak pendemokrasian pendidikan bahawa jurang pendidikan ini segera ditangani. Sebuah kerajaan PAS/BA tidak akan mengizinkan fenomena ’jurang pendidikan’ ini berlanjutan selama 50 tahun lamanya.

PERJUANGAN DAN TANGGUNG JAWAB DEWAN-DEWAN

DEWAN ULAMA

Para Ulama pewaris Islam yang wajib memikul amanah mempertahan dan menegakkannya, mereka adalah teras kepada PAS, mereka memikul amanah Islam dalam menghadapi cabaran kini, walaupun mereka juga menjadi sasaran musuh . Ada dikalangan mereka orang-orang yang telah ditawan pemikirannya, sehingga menjual agama dengan harga murah, lahir di kalangan mereka golongan saperti dinyatakan dalam firman Allah SWT:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِيَ آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (7:175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَـكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (7:176) الأعراف 175

175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menjelerkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menjelerkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Maka lahirlah ungkapan ’Islam di Persimpangan’, di antara kejahilan umat dan kelemahan ulama. Al HamduLillah, mereka yang seperti itu tidak sanggup bersama PAS. Namun ulama tetap menjadi sasaran musuh di seluruh dunia, mereka di-perlekehkan dengan pelbagai cara, melalui media elektronik, kenyataan dan tulisan. Namun merekalah orang yang mempertahankan Islam yang sempurna secara ilmu, iman, dan amal.

Perancangan melemahkan serta menghapuskan sekolah agama rakyat di seluruh dunia, menunjukkan betapa serangan terhadap golongan ulama untuk menghapuskan mereka bagi melumpuhkan Gerakan Islam. Islam akan tetap dipelihara oleh Allah SWT selagi dunia belum Qiamat dan kita bertanggungjawab mempertahankannya. Para ulama tidak boleh memandang ringan cabaran ini, mereka hendaklah bersedia secara peribadi dan jama'ah untuk menghadapinya. PAS telah menetapkan wujudnya Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama kerana maha pentingnya peranan golongan ulama bagi PAS.

Peranan para ulama dalam PAS hendaklah dimantapkan lagi, selaras dengan cabaran dalam Harakah Islamiyyah dan medan perjuangannya . Maka ulama hendaklah mendalami Fiqh Harakah, Fiqh Awlawiyat dan Fiqh Siyasah, bukan sahaja Fiqh Hukum yang telah ditulis dan disimpan di dalam pelbagai kitab. Mereka wajib menyuburkan ilmu di kalangan mereka sendiri agar dapat memahami setiap situasi, jangan berasa cukup dengan ilmu yang ada. Bukan sekadar Ilmu Islam , bahkan juga ilmu untuk menterjemahkan Islam itu dalam menghadapi Jahiliyah dan Taghut yang tidak berubah prinsipnya, tetapi cara dan pendekatannya yang merosakkan dan menipu sentiasa berubah . Ini mesti difahami.

Maka para ulama tidak cukup dengan menangani masalah yang telah terjawab di dalam kitab turath di zaman masing-masing. Mereka juga hendaklah mengetahui sejarah zaman para ulama yang berijtihad di zaman itu, begitu juga wajib berijtihad dalam perkara baru muncul dan melengkapkan diri untuk memahami cabaran baru yang dihadapi oleh PAS dan umat seluruhnya. Ada ulama yang menutup pintu ijtihad di zaman mereka supaya Islam tidak menjadi permainan Ulama Al Suu' yang diperalatkan oleh Para Umara' zalim dan sesat di- sepanjang zaman, dalam masa yang sama tetap wujud para Ulama Mujaddidin yang mempertahankan Islam dan menyelsaikan masalah dengan Islam , berijtihad menyatakan hukum Islam terhadap setiap cabaran baru yang muncul dalam masyarakat .

Sejarah Tasyri' mengajar kita bahawa para ulama semua mazhab muktabar hanya berkhilaf dalam perkara cabang hukum Islam, kerana situasi berbeza, tempat, masa dan cabaran yang berlainan, hanya sedikit sahaja. Ini kerana perbezaan penafsirannya , itu pun dalam perkara yang diizin oleh ajaran Islam yang anjal. Dalam masa yang sama mereka berguru di antara satu sama lain dan bersatu di medan jihad dalam masyarakat Islam kerana menentang kerajaan zalim di-kalangan umat, dan musuh dari luar .

Para ulama di zaman itu mampu berijtihad bersama dengan meluasnya perkembangan Islam sehingga ke dalam masyarakat bukan Islam di-seluruh pelusuk dunia. Mereka yang mentarbiyah orang yang baru menganut Islam tidak perlu diubah pakaian dan adat bangsa masing-masing selagi tidak bercanggah dengan prinsip asas hukum Islam sehingga melahirkan ulama pula dikalangan bangsa itu. Dalam masa yang sama , mereka yang telah menganut Islam, berada dalam masyarakat bukan Islam, dengan kekuatan syakhsiah menjadi pendakwah yang berjaya .

Para ulama kita jangan sekali-kali saperti ulama upahan-jalanan yang bersekongkol dan hanyut bersama dengan arus jahiliyyah. Para ulama PAS jangan terkeliru dalam membincangkan masalaah khilafiyah dengan meninggalkan masalah utama ummah. Ulama PAS wajib membina kekuatan syakhsiah ilmu secara fardi dan jama'i untuk menguatkan parti dan memelihara perjalanannya dengan istiqamah.

Syabas kepada Dewan Ulama, yang mewujudkan saf ulama muda, bagi melangsungkan peranan yang berterusan, dalam bidang yang diamanahkan kepada mereka, agar golongan ulama pewaris Anbiya’ terus subur dan diperkasakan.

DEWAN PEMUDA Dewan Pemuda adalah tonggak kekuatan PAS dalam arena perjuangan secara muwajahah yang banyak cabaran, dan pewaris kesinambungan perjuangan yang tidak akan tamat dan panjang wawasanya. Kita mahukan pemuda beriman, berilmu, berketrampilan dan kuat semangatnya :

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى (18:13) وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا (18:14) ... الكهف 13.

13. Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad S.A.W) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

14. Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan Mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah tuhan yang lain daripadaNya; jika Kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Pemuda yang beriman, mendapat hidayah Allah, dan kuat semangat juangnya, berfikir panjang dan banyak kerjanya, bukan lagi bersembunyi dalam gua di-bukit-bukau atau menjadikan pejabat sebagai guanya, tetapi berada di medan, bangkit bila diseru untuk ke medan, proaktif dalam setiap situasi mendatang. Pemuda yang diadun kekuatan, kecergasan, kecermerlangan dengan kematangan orang-orang dewasa .

Pemuda pelajar yang wajib digerakkan kembali kelandasannya yang sebenar, pecahkan kepungan akta karut yang menjumudkan mereka di-kampus-kampus. Sedarkan Pemuda rempit dan lepak supaya bangkit bekerja, selamatkan mereka daripada suasana yang sengaja membelengui mereka yang diwujudkan oleh BN untuk memancing mereka dengan berbagai-bagai agenda kesenangan dan hiburan melekakan seterusnya menhancurkan masa depan mereka. Syabas kepada Dewan Pemuda , kerana gagah berani turun ke gelanggang dalam setiap situasi dan bencana yang menimpa masyarakat, samada bencana moral atau bencana alam .

Dewan Pemuda PAS yang telah aktif dengan kegiatannya, jangan merasa puas dengan apa yang telah ada dan telah dilakukan, jangan merasa sudah tahu segala-galanya. Wajib terus belajar, tarbiyyahkan diri, mempertingkat ketrampilan diri, kerana perjuangan masih panjang dan banyak cabaran.

Kewajipan Pemuda disamping turun medan, mereka juga hendaklah bertugas penuh yakin, mempertingkatkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman, bersemangat dan beristiqamah untuk mempertahankan Islam dan menegakkanya di zaman Islam dicabar begitu rupa, dalam masa yang sama, wajib menyelamatkan generasi mereka yang lemas dalam agenda BN yang merosakkan umat .

DEWAN MUSLIMAT

PAS sangat sedar kedudukan Muslimat dan tanggungjawab mengikut ketetapan Allah. Gerakan wanita di barat menunjukkan kepalsuan dalam perjuangan hak wanita mereka, kononnya untuk persamaan taraf tetapi mereka lupa hak yang adil dan tugas sebenar kepada kaum wanita dalam segala aspek. Sebenarnya Barat telah merendahkan martabat wanita hingga ke lembah kehinaan. Perkembangan Islam yang pesat di negara barat menunjukkan wanita lebih ramai daripada lelaki menganut Islam dan ia adalah jawapan balas paling tepat kepada isu wanita dijadikan hujah untuk menghina Islam.

Peristiwa penghinaan ahli-ahli Parlimen BN yang bukan sahaja cuba merendahkan ahli parlimen wanita DAP di parlimen dengan kata-kata tidak sopan dan tidak bertamadun bahkan menjelaskan sekaligus sikap negatif mereka terhadap kedudukan mertabat wanita itu sendiri. Ini adalah amat dikesali dan tidak sepatutnya berulang lagi. Muslimat telah bingkas bangun untuk menzahirkan penentangan mereka dan juga dalam hal-hal urusan yang lain yang menyinggung kepentingan wanita secara khususnya dan kemaslahatan rakyat dan negara umumnya.

Syabas juga di-ucapkan kepada Dewan Muslimat yang berjaya melahirkan Nisa', bukan hanya sekadar pelapisnya, bahkan jentera penting parti dalam menghadapi cabaran kini kepada Islam, khusus dalam aspek wanita, yang seringkali menjadi sasaran golongan yang anti-Islam. Kemampuan Nisa’ menarik beribu ahli dan penyokong muda dalam waktu yang singkat adalah cukup membanggakan kita semua. Kejayaan mereka menganjurkan Temasya Sukan Nisa’ Games di Kota Bharu di sini baru-baru ini juga mendapat liputan luas seluruh negara. Konvensyen Generasi 3 (Gen. 3) mereka mendapat sambutan remaja dan muda-mudi luar jangka.

PAS mahukan Dewan Muslimat mengarusperdanakan serta mendepani isu-isu wanita dan kekeluargaan merentasi batas kaum etnik dan agama. Majoriti bilangan wanita di pusat pengajian tinggi berbanding lelaki sudah cukup sebagai petanda bahawa peranan Muslimat dalam Harakah Islamiyyah di masa depan adalah lebih kritikal lagi dan amat penting dalam menjana kemenangan perjuangan.

PENGGEMBLENGAN SELURUH TENAGA MENDUKUNGI PERJUANGAN.

Saya ingin menegaskan kembali di sini mengenai peranan ulama dan golongan profesional serta aktivis parti yang saling memerlukan, saling lengkap melengkapi untuk keutuhan jamaah dan parti.

Dalam ucapan Dasar Muktamar PAS ke-47 (1422H/2001M), Al-Marhum Presiden Dato' Al-Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor RahimahulLah menegaskan antara rahsia kejayaan PAS ialah :"Penampilan imej Parti yang Islamik , berwibawa dan responsif yang diterajui oleh kepimpinan ulama dan digandingi golongan profesional-intelektual dan seluruh lapisan ahli Parti".

Almarhum Dato' Presiden menegaskan lagi dalam Ucapan Dasarnya Ke-48, tahun berikutnya :"Konsep Kepimpinan Ulama juga telah dapat menyatukan golongan ulama dan professional serta cendikiawan Muslim, sama ada dalam parti atau diluar parti. Ini sekaligus menghapuskan batas pemisah antara gulungan ulama dan cendikiawan Muslim. Ia membuka ruang dua gulungan ini mengadun ilmu dan pengalaman masing-masing untuk mencapai matlamat hingga dualisme yang memisahkan ilmu wahyu dan ilmu bukan wahyu dapat dirapatkan ".

Ahi-ahli PAS mesti memahami betapa wujudnya dalam PAS disemua peringkat kepelbagaian tersebut adalah kejayaan yang besar kepada perjuangan kita yang telah dipelupuri oleh pejuang yang mendahului kita kejayaan mengadun kepelbagaian ini. Kejayaan kurnia Allah ini mengulangi kejayaan generasi awal umat ini ketika Islam diasak dan dipulau dari segenap penjuru , Rasulullah S.A.W bersabda :

بدأ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

(Bermula Islam dalam keadaan Dagang, maka ia kembali semula (di-akhir zaman ) sebagaimana bermulanya, maka berjayalah orang orang yang dagang (Al-Ghuraba’).

Kemajuan dan kemenangan perjuangan kita selaras dengan tersebarnya kefahaman Islam yang sebenar. Justeru itu BN mengambil langkah membendung kebangkitan Islam. Mereka bersama agenda Barat yang bermusuh terhadap Islam dengan menonjolkan Islam baru, yang berkecamuk dengan unsur murtad, maksiat, tanpa amar maruf dan nahi munkar. Mereka membangun masjid tetapi dikepung dengan hiburan yang melekakan. Mereka memperkenalkan apa yang dinamakan sebagai projek ‘Building Moderate Muslim Networks’, dengan menggunakan golongan yang diberi nama ‘Secular Moslems’ atau Muslim sekular.

Golongan yang berpendidikan Barat di dalam PAS adalah mereka yang merdeka daripada penyakit sekularisme yang membarah ke dalam Umno. Mereka yang berpendidikan barat dalam PAS menjadi pemimpin bersama dengan kepimpinan ulama untuk menegakkan Islam. Adapun mereka yang berpendidikan agama dalam Umno hanya layak menjadi alat untuk iklan jenama agama yang tidak berfungsi untuk menjadi pemimpin yang memandu Umno kearah Islam.

Mari kita tentang usaha yang dilakukan oleh musuh ini bagi memisahkan ikatan yang telah kita jalin dengan teguh ini, demi menyelamatkan kesempurnaan Islam yang kita perjuangkan, dengan kesempurnaan latar belakang kepimpinan yang kita tegakkan .

Pihak luar tidak boleh menyamakan pertandingan dalam parti kita dengan mereka, kerana pertandingan dalam PAS tidak boleh disamakan dengan Umno. Politik wang adalah diharamkan dalam PAS. Etika Islam yang mentarbiyah ahli tidak boleh menonjolkan kepimpinan dengan lobi cara politik wang Umno sehingga Naib Presiden dan beberapa kepimpinan Bahagiannya ada yang dipecat kerana rasuah.

Pertandingan berlaku adalah untuk menempah pengorbanan dan berlumba merebut fadhilat berslogankan, فاستبقوا الخيرات

(Belumba-lumba mengejar amal kebajikan), bukannya melamar pangkat dan projek. Allah menyelamatkan PAS kerana orang-orang yang bersifat Umno akan terjun atau diterjunkan daripada Bahtera kita. Ulama yang berotak sekular, atau propesional dan intlektual cari makan dan kedudukkan hanya layak berada dalam Umno, kita dibersihkan daripada anasir yang negatif ini, kerana mereka semua telah berada dalam Umno.

Setiap bulan kita menerima ahli-ahli baru, menunjukkan kemaraan parti berlainan dengan keputusan piliharaya yang tidak menentu oleh amalan Demokrasi yang penuh tipudaya dan penyelewengan. Kepesatan penerimaan ahli baru dan penyokong yang bertambah tidah boleh dipadamkan oleh berita keluar PAS yang menjadi amalan biasa Umno yang menguasai media untuk menunjukkan sekadar menjadi tanda besar hampirnya pilihanraya .

PERSAUDARAAN ISLAM DAN KEHARMONIAN UMAT MANUSIA

Kita mahukan PAS dan seluruh aktivis jamaah ini menunjukkan kematangan dan kewajaran kita dalam bertindak sesuai dengan akhlak yang dituntut Islam dan dihayati oleh RasulAllah (SAW). Samada mereka yang menganut agama Islam dalam erti dan tuntutan Persaudaraan Islam dan Kesatuan Berakidah dan juga sesama manusia dengan sikap dan tuntutan Allah SWT bahawa RasulAllah (saw) itu dibangkitkan sebagai ’Rahmatan lilLalamin’ (Rahmat ke atas Seluruh Alam), dalam pengertian persaudaraan sesama manusia yang lebih luas bagi memakmurkan seluruh semesta alam ini dengan Keadilan Islam dan nilai-nilai sejagat.

Inilah yang meletakkan parti Islam ini, ditengah-tengah gelanggang politik nasional bahkan ditengah tengah gelanggang politik antarabangsa diperingkat global. Dalam kemelut konflik dan pertentangan antara Barat dan Islam, PAS tetap akan melakukan penglibatan atau ’engagement’ di peringkat yang lebih luas, samada sesama Gerakan Islam antarbangsa mahupun yang melibatkan ’engagement’ di antara Islam dan Barat, supaya PAS akan terus berperanan bagi menegaskan kedudukan Islam yang mahukan suasana dunia lebih aman, adil dan menyelamatkan maruah dan tamaddun manusia itu sendiri. Duta-duta asing dan semua pihak sivil dan rakyat awam termasuk masyarakat antarabangsa, tidak harus sangsi tentang keihklasan dan kesungguhan PAS dalam usaha mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan tamadun manusia sejagat. Justeru itu, PAS tidak takut bahkan bersedia untuk terlibat samada dalam apa jua bentuk kerjasama, persidangan, forum atau wacana antarabangsa mahupun serantau bagi mencari jalan jalan penyelesaian terhadap konflik yang sedang bergolak dirantau dan negara-negara Islam

PAS DALAM KEPRIHATINAN PERJUANGAN UMMAT ISLAM

Namun bagi PAS, suasana gawat yang sedang berlaku di bumi Irak menghendaki penjajah Amerika Syarikat agar segera keluar dari bumi Anbiya’ ini. Kembalikan hak rakyat Irak bagi menentukan masadepan politik dan kepimpinan mereka. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di bumi suci Palestin. Pembunuhan serta pertumpahan darah sesama sendiri yang sedang berlaku sekarang ini hanya memenuhi keperluan rejim Zionis dan musuh-musuh Palestin. Seperti yang di tegaskan oleh pemimpin tertinggi Hamas, Khalid Mashal, ’matlamat kita bukan menghala muncung senapang sesama sendiri tetapi untuk di halakan pada rejim Zionis bagi membebaskan bumi Palestin dan kiblat pertama kita Masjid Al-aqsa’.

PAS mahukan penegasan agar masyarakat antarabangsa lebih adil kepada kemelut yang terus berlaku di dunia Islam kini kerana campurtangan kuasa Barat; di Darfur Sudan, Somalia, Afghanistan, Chechenya. Jangan sekali-kali bercakap soal keadilan dan hak asasi sedangkan di waktu yang sama tidak pernah memberikan keadilan dan hak asasi kepada dunia Islam.

Dan jangan sekali-kali meletakkan darah dan nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan binatang. Kita mahukan masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara Islam dalam OIC peka serta mengambil inisiatif politik untuk mendepani tekanan sekatan yang dibuat ke atas Iran oleh Majlis Keselamatan PBB. Iran terus bertegas bahawa projek pengkayaan uranium mereka itu adalah untuk membangunkan teknologi menjana tenaga alternatif.

HUBUNGAN DENGAN KUMPULAN ISLAM

PAS yang menjadi satu-satunya Parti Islam di negara tercinta ini untuk membawa wadah politik, diberi kepercayaan oleh pendukung Islam yang berorentasikan berbagai pedekatan dan nama, mewajibkan kita berukhuwwah dengan kumpulan Islam. Kita wajib memelihara adab ikhtilaf dikalangan pendukung Islam, sehingga saf ummat tidak digugat oleh perpecahan yang memberi kesempatan hanya kepada musuh Islam. Tegakkan ciri Parti Allah :

أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (5:54) إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (5:55) وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (5:56) .. المائدة 54

54…Mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kufur terhadap Allah, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

56. Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang.

KELAB PENYOKONG PAS – TUNTUTAN MERENTASI BATASAN KAUM.

Dalam menghadapi cabaran terkini, Islam menjadi sasaran khusus dengan fitnah mencacatkan wajahnya di kalangan golongan bukan Islam. Kita telah berjaya melakukan anjakan paradigma sekaligus memecah tembok pemisahan, apabila berjaya mendapat sokongan secara langsung daripada kalangan bukan Islam, tanpa mempertikaikan segala pendekatan untuk menjadikan Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah kehidupan bernegara. Kejayaan kita menegakkan perpaduan nasional yang sebenar seperti perakuan sejarah di mana tidak berlakunya pergolakan kaum dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969 di negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS, negeri yang kuat PAS saperti Terengganu, Kedah, Perlis dan beberapa daerah, menandakan Islam sebenar yang diperjuangkan oleh PAS adalah contoh terbaik daripada aspek politik dalam ajaran Islam, berbeza dengan agama yang dipolitikkan mengikut pendekatan Umno. Kejayaan Kerajaan negeri Kelantan dan juga Terengganu di masa pemerintahan PAS menunjukkan bahawa "Keadilan Untuk Semua" adalah asas perpaduan nasional yang sebenarnya.

Perpaduan tidak boleh diwujudkan dengan paksaan secara merampas hak bangsa lain, tetapi ianya di-tegakkan dengan hukum dan pembahagian hak yang adil kepada semua dan semangat persaudaraan kemanusian yang sebenar mengikut firahnya .

Umno telah menunjukkan contoh buruk kepada ajaran Islam, kerana melahirkan wajah rasuah, keruntuhan moral dan berbagai kezaliman terhadap rakyat semua kaum, termasuk orang-orang melayu sendiri, secara kasar yang dapat dilihat dan halus tanpa disedari. Kegagalan Dasar Ekonomi Baru adalah kerana keburukan perangai pemimipin-pemimpin Umno sendiri yang naik turunnya bertanggakan rasuah dan penyelewengan.

Sebutan "Bumiputera" hanya sekadar jenama yang memberikan mereka kesempatan politik dan atas nama "Agenda Melayu" untuk terus menerus membolotkan kekayaan negara sesama elit "Umnoputera" di kalangan mereka. Yang jelasnya bukan sahaja Melayu-Bumiputera adalah yang tercorot di segi jurang pendapatan antara 3 kaum di negara ini, bahkan juga mengikut statistiknya, merupakan kaum yang paling teruk dan tercorot di segi jurang pendapatan "Dalam-Kaum" Melayu itu sendiri. Sebabnya adalah jelas kerana kerana Melayu-Bumiputera menghadapi satu lagi persaingan yakni persaingan "Umnoputera lawan Bumiputera"! - Usahawan dan Korporat Melayu lawan Kroni Umno.

’SELAMATKAN DEMOKRASI, TEGAKKAN KEADILAN’.

PAS yang berlandaskan Islam yang bersifat syumul, merealisasikan dalam amalan Fiqh Siyasah, melaksanakan Tahaaluf dengan pihak lain dalam menghadapi isu bersama untuk membawa perubahan dan gerakan reformasi. PAS wajib menunjukkan kesetiaan kita kepada sahabat seperjuangan dengan ikhlas dan terbuka. Tingkatkan kejayaan kita hasil kerjasama tahaluf dengan PKR dalam komponen BA. Kita buktikan perpaduan kita melalui pemulauan bersama PRK Batu Talam dan menyertai PRK Ijuk dengan gagah berani. Mari kita pertingkatkan komitmen dan persiapan kita untuk menghadapi PRU 12 yang dijangka lebih zalim bagi menyelamatkan Demokrasi yang hendak dikuburkan .

Rapatkan lagi persahabatan dengan NGO yang telah membuktikan kesetiaan mereka bersama kita dalam setiap isu dan cabaran. Mereka turut bersama merasai penderitaan rakyat dan membela rakyat dengan pengorbanan yang tinggi. Mereka adalah sebahagian daripada jentera reformasi yang diharapkan mengubah masa depan yang menyelamatkan negara dan ummat .

Sekiranya kita (PAS bersama rakan BA) dikurnia Allah dengan kemenangan, maka menegakkan ’Keadilan Untuk Semua’ bukan sekadar janji pilihanraya, bahkan ia adalah kewajipan agama dan kemuncak Tujuan Islam dan seluruh perundangannya yang wajib di tunaikan, berdosa kalau mengabaikannya dan akan diadili di kampong akhirat, di Mahkamah Rabbul Jalil.

Firmanullah SWT:

"Sesungguhnya telah Kami utuskan para Rasul dengan Bukti yang Nyata dan Kami turunkan akan al-Kitab dan Neraca Pertimbangan agar kamu mengadili manusia dengan Keadilan".......Surah al-Hadid 25.

PERKEMASKAN JENTERA PILIHANRAYA

Kita mahukan semua jentera pilihanraya bersiap sedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal mendatang. Samada ia berlaku dalam masa terdekat ini sebelum September ini mahupun awal tahun depan atau pun Perdana Menteri mahu menamatkan penggalnya sehingga penuh ke Mac 2009, saya sarankan supaya semua jentera pilihanraya dan semua dewan dewan mengambil peringatan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan parti dan semua portfolio jentera pilihanraya parti.

• Alhamdulillah, kita telah mempertingkatkan dan mempelbagaikan keupayaan penerangan kita bagi mencapai sasaran yang merentasi pembaca dan penonton yang lebih luas lagi, samada di segi media cetak, mahupun elektronik yang bersifat web-based stesyen TV and website serta blog.

• Kita mahukan supaya seluruh media kita menggarap dan medepani cabaran menyampaikan informasi dan pemberitaan yang benar, berani, telus dan pantas, tetapi tetap kreatif dan menarik.

• Kita mahupun seluruh media kita digembleng dan diselaraskan bagi menghasilkan impak yang paling berkesan dalam menangani diayah dan propaganda media arus perdana yang menyembunyikan kebatilan dan kemungkaran mereka dengan solekan Islam Hadhari yang di buwai hiburan melampau.

Isu Daftar Pemilih seharusnya diberi segala penelitian segera bagi menyempitkan apa jua ruang penipuan dan menangkis tipuhelah mereka dalam pilihanraya akan datang. Saya suka mengingatkan pimpinan pusat, negeri dan kawasan untuk turut memenfaatkan dan meneliti kajian-kajian yang dibuat dari masa ke semasa agar olahan isu dan pendekatan kita bukan sahaja menarik bahkan berkesan untuk mengangkat keyakinan rakyat terhadap kita dan sekaligus menangani prajudis dan kesangsian mereka terhadap Islam dan PAS serta Barisan Alternatif. Isu teras mesti digabungjalin dengan isu-isu terkini yang menjawab segala tandatanya serta permasalahan mereka sekaligus menghuraikan kekeliruan yang cuba disuntik dan disebarkan oleh media perdana.

Saya mahukan PAS menjalinkan dan merapatkan lagi kerjasama dan keserasian kerja dengan rakan PKR kita. Dengan kerjasama ini, saya yakin Barisan Alternatif akan lebih mantap lagi dan kita akan pacu dan manjana kemenangan yang lebih baik dari Pilihnaraya Umum ke-11 lalu. Kita telah menetapkan beberapa dasar strategi yang luas oleh rakan BA kita dan akan menghalusi perkara penting dan bersifat praktikal dan teknikal di semua peringkat operasi di negeri, kawasan/bahagian sehingga ke peringkat jentera akar umbi.

PENUTUP

Pada kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Perhubungan Negeri Kelantan selaku tuan rumah, pihak Urusetia dan semua anggota pasukannya serta semua pihak yang terlibat memberi kemudahan, para dermawan budiman yang turut serta menjayakan penganjuran Muktamar kali ini, seterusnya semua para tetamu yang memeriahkan majlis kami, Jazakumu Allah Khairan Kathiran, ucapan jutaan terima kasih semoga Allah SWT membalas amalan dan jasa baik tuan-tuan semua dengan balasan dan ganjaran pahala yang lebih baik.

Akhirnya marilah sama-sama kita menyahut seruan Allah, dengar dan hayatilah firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (3:200) ال عمران . 200.

200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perintah Allah dan cabaran hidup), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih-lebih lagi di medan perjuangan), dan laksanakan tugas (dimedan kamu ditugaskan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Ahli parti hendaklah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan menghayati ciri-ciri kemenangan bagi menempah janji Allah serta berwawasan panjang dari dunia sehingga akhirat. PAS dengan kerjasama rakan PKR, akan bersama mempertahankan pemerintahan kita di negeri Kelantan Darul Naim dan bercita-cita untuk menyaksikan pihak BA menawan satu atau dua negeri yang lain dengan izin Allah SWT hasil berkat usaha gigih serta sokongan rakyat dan pengundi. Kita mampu mengembalikan prestasi penguasaan kerusi kita di Parlimen seperti dalam PRU ke-10 seandainya kita pertingkatkan iltizam dan merancang kerja dengan disiplin kerja yang tinggi dan bersungguh-sungguh serentak menangkis pelbagai penipuan mereka.

Ingatlah bahawa kedudukan kita dalam Parti ini adalah :

1- Menunaikan Amanah yang wajib bagi kesinambungan mesej Islam yang tidak mati dengan wafatnya Rasulullah S.A.W. iaitu amanah memimpin umat dalam segala urusannya dengan Islam, mengkhianatinya adalah bencana besar yang menjadi tanda kehancuran dunia. Pimpinan Umno yang mengkhianati amanah ini wajib ditentang kemungkarannya terhadap Allah dan negara. Kita pula wajib melengkapkan diri dengan sifat-sifat dan ciri-ciri Parti Allah yang dijanjikan kemenangan dunia dan akhirat dengan Iman dan Taqwa .

2- Mentarbiyyah diri masing-masing dengan kesabaran menghadapi cabaran dengan mengeratkan hubungan kita dengan Allah yang meningkatkan Iman dan Taqwa , serta meningkatkan ukhuwwah dikalangan ahli, bersatulah laksana satu jasad. Wajib bersatu diatas perkara prinsip dan beradab dalam perbezaan pendapat dan pendekatan. Pertandingan kita dalam parti Islam ini adalah menempah amanah yang mahal harganya , berlumba untuk berada dibarisan hadapan, yang besar fadhilatnya kalau ditunaikan dengan baik, dan celakalah kalau mengkhianantinya.

Firmanullah SWT dalam Surah al-Fath: ayat 10:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا (48:10) 48:10

48:10 Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu (Wahai Muhammad) sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.

3- Beristiqamah di medan perjuangan dengan teguh diatas prinsip perjuangan, wajib melaksanakan tugas dan memikul amanah dimana sahaja kedudukannya dalam parti, dan menerima cabaran yang dihadapi, tanpa mengira penat-lelah, dan bersedia menyumbangkan segala pengurbanan yang diperlukan agar janji Syurga Allah SWT sama-sama menjadi buruan dan tekad kita bersama.

Sabda RasulAllah (saw) : Ala inna sil’aTaulLahi Al-Gholiyah. Ala Inna Sil ’aTaulLaihi aL-Jannah! Sesunnguhnya barang dagangan Allah itu Mahal. Sesungguhnya barang dagangan Allah itu Jannah!

Firman Allah;

وَلاَ تَهِنُواْ فِي ابْتِغَاء الْقَوْمِ إِن تَكُونُواْ تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللّهِ مَا لاَ يَرْجُونَ وَكَانَ اللّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (4:104) النساء 104.

104. Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) Dalam menghadapi musuh itu; kerana kalau kamu menderita sakit, maka Sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa Yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dengan peringatan ini saya akhiri ucapan perasmian . Dengan lafaz :

بسم الله الرحمن الرحيم وسيروا على بركة الله

Saya rasmikan Muktamar Tahunan Parti Islam Se Malaysia PAS ke-53.


الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر . ولله الحمد

Presiden PAS

Labels:


Baca Lagi...
posted by Blogger @ 7:47 AM   0 comments
About Me

Name: Blogger
Home: Malaysia
About Me:
See my complete profile
Kunjungan

Pengunjung Dari Negara Online
Previous Post
Archives
Links
Tarbiyyah
  • Uslub Dakwah
  • Sasaran Dakwah
  • Pengurusan Tanzim
  • Memahami Perjuangan Islam
  • Tarbiyyah : Satu Keperluan Harakah
  • Cabaran dan Persiapan Tarbiyyah
  • Prinsip dan Matlamat Tarbiyyah Islamiyyah
  • Akhlak dan Adab Berjemaah
  • Tahaluf Dalam Islam
  • Al Murabitun
  • Usrah dan Kepentingannya dalam Tarbiyyah Islamiyyah
  • Maudhu' dakwah
  • Persiapan para da'ie
  • Halangan dan rintangan dalam perjuangan
  • Semakan Daftar Pemilih SPR
  • Semak Status Anda Di sini
  • Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © 2006 Koleksi Artikel 1 .Template by Isnaini Dot Com